The Alien - Link Select

Khamis, 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA!

BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM... AKU UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA PUASA 2009... SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT BERKAT DAN RAHMAT-NYA DI BULAN YANG AMAT MULIA INI. MARILAH KITA SEMUA BERMAAF-MAAFAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN. SEMOGA HUBUNGAN KITA SEMUA BERTAMBAH ERAT DAN SALING MENGASIHI.
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
IKHLAS DARI AKU....
SILZACK KHAIROL
PELAJAR UiTM HILANG: AHMAD HUZAINI AHMAD YASIN

Kali terakhir datang kelas pada hari Rabu (2/9/09). Hari Khamis tidak dapat datang kelas kerana nak siapkan kerja (drawing). Pada hari Khamis saya (Azmi) telah menghubungi beliau untuk menerangkan kerja-kerja yang perlu dihantar pada hari Jumaat (QSV 403).Beliau juga berjanji akan jumpa saya pada hari tersebut tetapi pada pukul 5.27 petang beliau telah menghantar sms (Aku jumpa kau esok pagi (jumaat) kat office kau, nak bagi surat dan modem). Pada esoknya (Jumaat) saya tunggu tetapi beliau tidak datang sampai tgh hari. Sebelum pergi sembahyang Jumaat saya mengubungi beliau tetapi masuk ke pesanan suara. Saya cuba menhubungi beliau lagi pada hari Sabtu dan Ahad tetapi masih tidak dapat di hubungi. Pada hari Isnin (7/9/09) saya berhasrat ingin ke rumah beliau untuk mengetahui apa yg berlaku. Sebelum saya sempat kerumahnya kakak beliau telah menghubungi saya bertanyakan beliau (Huzaini). Kakak beliau memberitahu , menurut jiran Huzaini , rumahnya di Keramat terbuka dan tidak berkunci sejak hari Khamis lalu. Kereta beliau juga tiada.

Keadaan rumah beliau sedikit bersepah seperti ada orang masuk dan mencari sesuatu, tetapi tiada barang yg berharga yg hilang seperti komputer dan lain2, kecuali laptop beliau sahaja tidak dijumpai. Abang beliau telah membuat report di balai polis keramat dan polis klasifikasikan sebagai lari dari rumah. Maklumat terbaru yg abang beliau perolehi bahawa ada orang nampak beliau telah keluar rumah bersama 3 orang yang tidak dikenali. Pada 12/9/2009 saya telah di panggil oleh Polis bahagian jenayah IPD Ampang untuk beri keterangan kerana kes beliau telah di klasifikasi sebagai Jenayah pula.


SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA,

KAMI SEDANG MENCARI RAKAN SEKELAS YANG HILANG SEMENJAK 3 SEPTEMBER 2009 SEHINGGA HARI INI. MAKLUMAT MENGENAINYA SEPERTI BERIKUT:-


NAMA: AHMAD HUSZAINI BIN AHMAD YASIN
UMUR: 34 TAHUN
ASAL: GOMBAK, KUALA LUMPUR
PEKERJAAN: SYARIKAT ID CONSULTANT (syarikat sendiri JAUXI SDN BHD)
TINGGI: LEBIH KURANG 6 KAKI 2 INCI
RAMBUT: KERINTING NIPIS
KALI TERAKHIR: UiTM SHAH ALAM (2 SEPTEMBER 2009) 10:00PM
KERETA: HONDA VTI BFY6968, WARNA SILVER

ALAMAT TERAKHIR HUZAINI DI NO. 11A, JALAN ENGGANG TIMUR 8, TAMAN KERAMAT, 45200 KUALA LUMPUR. (RUMAH BUJANG BELIAU). KELUARGANNYA SEDANG MENCARI DAN SESIAPA YANG BERTEMU DAN TERJUMPA KERETANYA, SILA HUBUNGI KELUARGA BELIAU DI:-
1. 012-3476799 (En. Saiful)
2. 017-3891675 (Abang/ Kakaknya)
3. Balai Polis berhampiran

SEMOGA EMAIL INI DAPAT DIPANJANGKAN DAN SEGALA PERTOLONGAN YANG DIHULURKAN AKAN MENDAPAT RAHMAT DARI ALLLAH.

WASSALAM.
PELAJAR-PELAJAR PLK AP226 2009
-Azmi Che Leh
PERSOALANNYA.
-SIAPA TIGA ORANG YANG TIDAK DIKENALI ITU?
-MENGAPA RUMAHNYA DIBIARKAN TIDAK BERKUNCI?
-APAKAH BELIAU TERGESA-GESA? MENGAPA?
-MAKLUMAT APA YANG ADA DALAM LAPTOPNYA? SULIT SANGAT KE?
-APA URUSAN 3 ORANG TERSEBUT DENGAN BELIAU?
-APA AKTIVITI SYARIKAT BELIAU?
-APA KERJA BELIAU DIWAKTU MALAM SELEPAS MASA OPIS?

Selasa, 15 September 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah
Allahuakbar!

Wahai Penghina-penghina Allah!
Wahai Penghina-penghina Yesus!
Wahai penghina-penghina Muhammad!

Berhentilah kamu dari menzalimi dirimu sendiri…
Berhentilah mengatakan Allah itu salah satu dari yang tiga…
Berhentilah mengatakan Yesus itu Allah…
Berhentilah mengatakan Yesus itu anak Allah…
Dan berhentilah dari mengatakan Muhammad itu gila dan pembohong…
Sesungguhnya siapa di antara kamu yang menghina Muhammad, tidaklah dia mengenali Yesus…

Wahai Penghina-penghina Allah!
Wahai Penghina-penghina Yesus!
Wahai penghina-penghina Muhammad!

Kamu mengenali Muhammad melalui Injil,sepertimana kamu mengenali anak kamu sendiri.
Kamu Tahu Yesus bukan demikian… tapi kamu menyembunyikan kebenarannya!
Siapakah yang lebih zalim dari demikian?

Hanya Islam di sisi Allah…
Hanya Islam yang dibawa Jesus, seperti Musa.
Dan Muhammad meneruskannya dengan agama yang sama untuk seluruh alam hingga akhir masa dunia…
Kata Baginda Rasulullah,
“Katakanlah Tiada Tuhan selain Allah…”
Lalu Allah memuliakannya dengan syahadah kedua,
“… dan Muhammad itu pesuruh Allah”

Wahai Penghina-penghina Allah!
Wahai Penghina-penghina Yesus!
Wahai penghina-penghina Muhammad!

Bukankah ia sama apabila Yesus mengatakannya pada Bani Israel yang pernah dimuliakan di zamannya?
“Wahai Israel, Tuhan kita ialah Tuhan yang satu!”
Lalu Baginda Yesus mengatakan pula …
“Aku bukanlah Allah… berhentilah kamu dari mengatakannya! Sesungguhnya yang mengikuti jalanku nescaya keselamatan baginya.”

Wahai Penghina-penghina Allah!
Wahai Penghina-penghina Yesus!
Wahai penghina-penghina Muhammad!

Yesus diutus untuk Bani Israel sahaja bukan selain itu…
Dan zaman Yesus sudah lama berlalu dan Kitabullah Injil telah dirosakkan!
Dirosakkan oleh kezaliman Paulus Laknatullah bersama ajaran sesatnya.

Masa Muhammad pula menyusulnya…
Dan berimanlah kepada Muhammad sepertimana kaum Yesus sebelumnya.
“Islamlah nescaya kamu selamat!”
Itulah kalimat yang sama
Yang bersumber dari cahaya sama…
Seperti Ibrahim, Ismail, Ishak, Musa, Isa atau Yesus…
Mereka beriman pada Allah dan tidak sekali-kali menyekutukannya dengan satu apa pun.

Wahai Penghina-penghina Allah!
Wahai Penghina-penghina Yesus!
Wahai penghina-penghina Muhammad!

Al-Quran telah sempurna…
Di dalamnya terkandung segala Kitabullah
Sebutkan saja… Dari Suhuf yang pertama, kitab Taurat, Zabur , Injil dan akhirnya lengkap dengan al-Furqan yakni Al-Qur’an yang mulia.
Itulah kalimah-kalimah Allah untuk seluruh alam Jin dan Manusia…

Sesungguhnya kami beriman kepada kitab-kitab terdahulu dan nabi-nabi-Nya
Dan Kami beriman kepada Muhammad, penutup para nabi dan apa yang diteruskannya dari para nabi terdahulu.
Tuhan kamu dan Tuhan kami adalah Tuhan yang Satu… Allah SWT yang tiada sekutu bagi-Nya.

Wahai Penghina-penghina Allah!
Wahai Penghina-penghina Yesus!
Wahai penghina-penghina Muhammad!

“Islamlah nescaya kamu selamat!”
Sekiranya kamu menolak,
Maka saksikanlah sesungguhnya kami ini orang-orang Islam.
Tuhan Kami adalah Allah SWT
Diutus-Nya untuk kami Nabi Muhammad SAW
Dan panduan kami adalah Kitab Allah, Al-Qur’an yang mulia dan sempurna.
Serta agama kami ialah Islam yang diredhai Allah dan telah disempurnakan buat kami..
Dan kepada Allah jua kita semua dikembalikan menerima balasan amal masing-masing!

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!














Isnin, 14 September 2009


Sifat-sifat Allah yang mesti ada…. Sebagai Tuhan seluruh alam.
Wujud -Ada
Qidam -Sedia ada
Baqa - Kekal
Mukhalafatuhu lilhawadith - Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu
Qiamuhu binafsih -Berdiri-Nya dengan sendiri
Wahdaniat -Esa Allah Ta'ala pada dzat,pada sifat dan pada perbuatan
Qudrat -Berkuasa
Iradat -Berkehendak menentukan
Ilmu -Mengetahui
Hayat- Hidup
Sama' -Mendengar
Basar -Melihat
Kalam -Berkata-kata
Kaunuhu qaadiran- Keadaan-Nya yang berkuasa
Kaunuhu muriidan- Keadaan-Nya yang berkehendak menentukan
Kaunuhu 'aliman -Keadaan-Nya yang mengetahui
Kaunuhu hayyan -Keadaan-Nya yang hidup
Kaunuhu sami'an -Keadaan-Nya yang mendengar
Kaunuhu basiiran- Keadaan-Nya yang melihat
Kaunuhu mutakalliman -Keadaan-Nya yang berkata-kata

Dalam agama Islam, Asmaaul Husna adalah sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah SWT yang terbaik. Sejak dahulu para ulama telah banyak membahas dan menafsirkan Asmaaul Husna ini. Meskipun timbul perbezaan pendapat tentang jumlah nama itu, ada yang menyebut 132, 200, bahkan 1000 nama, namun menurut mereka, yang terpenting adalah hakikat Zat Allah SWT yang harus difahami oleh orang-orang yang beriman.

Asmaaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.

Para ulama berpendapat bahwa kebenaran adalah ketetapan dengan kebenaran yang lain. Dengan cara ini, masyarakat Muslim tidak akan mudah menulis "Allah adalah ..." kerana tiada satupun yang dapat disetarakan dengan Allah. Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat terbatas ini. Semua kata yang dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan penggunaan wajar kata-kata itu.

Para ulama menekankan bahwa Allah adalah pencipta dan penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaaul Husna, yaitu nama-nama yang baik.


Nama-nama Allah SWT mesti ada ini…
1 al-Rahman - Maha Pengasih
2 al-Rahim -Maha Penyayang
3 al-Malik - Maha Merajai/Memerintah
4 al-Quddus - Maha Suci
5 al-Salam -Maha Memberi Kesejahteraan
6 al-Mukmin - Yang Memberi Keamanan
7 al-Muhaimin - Maha Pemelihara
8 al-Aziz -Maha Gagah
9 al-Jabbar - Maha Perkasa
10 al-Mutakabbir ا-Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11 al-Khaliq - Maha Pencipta
12 al-Barik -Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13 al-Musawwir -Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
14 al-Ghaffar - Maha Pengampun
15 al-Qahhar -Yang Memaksa
16 al-Wahhab - Maha Pemberi Kurnia
17 al-Razzaq - Maha Pemberi Rejeki
18 al-Fattah - Maha Pembuka Rahmat
19 al-Alim - Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20 al-Qabid - Yang Menyempitkan (makhluknya)
21 al-Basit -Yang Melapangkan (makhluknya)
22 al-Khafid -Yang Merendahkan (makhluknya)
23 al-Rafik - Yang Meninggikan (makhluknya)
24 al-Muiz - Yang Memuliakan (makhluknya)
25 al-Muzil -Yang Menghinakan (makhluknya)
26 al-Samik -Maha Mendengar
27 al-Basir ا-Maha Melihat
28 al-Hakam - Maha Menetapkan
29 al-Adl- Maha Adil
30 al-Latif - Maha Lembut
31 al-Khabir ا- Maha Mengetahui Rahasia
32 al-Halim -Maha Penyantun
33 al-Azim- Maha Agung
34 al-Ghafur - Maha Pengampun
35 al-Syakur -Maha Pembalas Budi (Menghargai)
36 al-Ali -Maha Tinggi
37 al-Kabir ا- Maha Besar
38 al-Hafiz -Maha Menjaga
39 al-Muqit-Maha Pemberi Kecukupan
40 al-Hasib - Maha Membuat Perhitungan
41 al-Jalil - Maha Mulia
42 al-Karim - Maha Pemurah
43 al-Raqib - Maha Mengawasi
44 al-Mujib - Maha Mengabulkan
45 al-Wasik -Maha Luas
46 al-Hakim - Maka Bijaksana
47 al-Wadud - Maha Pencinta
48 al-Majid - Maha Mulia
49 al-Bais- Maha Membangkitkan
50 al-Syahid - Maha Menyaksikan
51 al-Haq -Maha Benar
52 al-Wakil- Maha Memelihara
53 al-Qawi - Maha Kuat
54 al-Matin - Maha Teguh
55 al-Wali ا- Maha Melindungi
56 al-Hamid - Maha Terpuji
57 al Muhsi - Maha Menghitung
58 al-Mubdik- Maha Memulai
59 al-Muid - Maha Mengembalikan Kehidupan
60 al-Muhyi - Maha Menghidupkan
61 al-Mumit - Maha Mematikan
62 al-Hai -Maha Hidup
63 al-Qayyum - Maha Mandiri
64 al-Wajid -Maha Penemu
65 al-Majid ا-Maha Mulia
66 al-Wahid - Maha Esa
67 al-Ahad--Maha Esa
68 al-Samad -Tempat Meminta
69 al-Qadir ا-Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70 al-Muqtadir ا- Maha Berkuasa
71 al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72 al-Muakhir - Maha Mengakhirkan
73 al-Awwal -Maha Awal (Alfa)
74 al-Akhir- Maha Akhir (Omega)
75 al-Zahir - Maha Nyata
76 al-Batin - Maha Ghaib
77 al-Wali -Maha Memerintah
78 al-Mutaali - Maha Tinggi
79 al-Bar- Maha Penderma
80 al-Tawwab - Maha Penerima Tobat
81 al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82 al-Afu ا- Maha Pemaaf
83 al-Rauf - Maha Pengasih
84 Malik al-Mulk - Penguasa Kerajaan (Semesta)
85 Zu al-Jalal wa al-Ikram - Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86 al-Muqsit - Maha Adil
87 al-Jamik- Maha Mengumpulkan
88 al-Ghani - Maha Berkecukupan
89 al-Mughni -Maha Memberi Kekayaan
90 al-Manik - Maha Mencegah
91 al-Dar - Maha Memberi Derita
92 al-Nafik - Maha Memberi Manfaat
93 al-Nur - Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94 al-Hadi -Maha Pemberi Petunjuk
95 al-Badik - Maha Pencipta
96 al-Baqi -Maha Kekal
97 al-Waris -Maha Pewaris
98 al-Rasyid -Maha Pandai
99 al-Sabur -Maha Sabar

Menurut tradisi Islam, seseorang Muslim tidak akan diberi nama menyerupai nama Allah dalam bentuk yang sama-contohnya Al Malik, tetapi boleh dipanggil Malik.

Bagaimanapun nama/sifat Allah boleh digabungkan dengan perkataan "Abdul -" yang bererti hamba (contohnya. - kepada Allah) dan biasa digunakan sebagai nama orang bagi orang Muslim. Sebagai contoh ‘Abdul ar-Rahman ("hamba kepada Tuhan Yang Maha Pengasih").

Ahad, 13 September 2009

KERAJAAN LANGIT

Hari ini mari kita lihat senarai nabi-nabi Allah SWT, Tuhan semesta alam ini. Kerajaan langit atau Jabatan Kenabian Islam menyenaraikan senarai nabi dan Rasul Allah SWt. jumlah sebenar bagi semua utusan Allah ini adalah sebanyak 124 000 orang nabi dan Rasul, 315 yang menjadi Rasul dan hanya 25 nabi dan Rasul yang wajib diimani dalam Islam.
Lima nabi Ulul-'Azmi(Nabi Muhammad, Nabi Isa, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Nuh.)-yang diMuliakan Allah lebih dari yang lain atas sebab ujian dan tentangan kaum mereka yang sangat kuat.
mari kita lihat nabi-nabi Allah ini.
Khatamu Anbiya Rasulullah Muhammad SAW @The Archprophet of God, Rasulullah Muhammad (PBUH) @Prophet Shiloh (PBUH)-The Last Mesengger, The Paraclete (Periqlytos) The Comforter, The Last Prophet, Syiloh@Shiloh, Eudokia(Lukas 2:14), Ahmad(Haggai 2:7) (KITAB Bible)-Kalki Avatar (KITAB Hindu)-Kavi dan Eelit(Yang terpuji)-Nabi yang dijanjikan(Zoroaster)-Narashansah Astvishyate(Muhammad yang terpuji dan diagungkan- Weda)-Buddha Maitreya(Buddha Gautama)-Dalam perjanjian lama Muhammad disebut sebagai Himada yang membawa Shalom (sama dengan Muhammad yang membawa Islam).
Merupakan Nabi Ulul-'Azmi
Nabi Adam a.s @ Prophet Adam
Nabi Ibrahim a.s @ Prophet Abraham-Nabi Ulul-‘Azmi
Nabi Musa a.s @ Prophet Moses-Nabi Ulul-‘Azmi
Nabi Harun a.s @ Prophet Aaron
Nabi Isa a.s @ Prophet Jesus @Yesus-Nabi Ulul-‘Azmi
Nabi Idris a.s@ Prophet Enoch
Nabi Nuh a.s@ Prophet Noah-Nabi Ulul-‘Azmi
Nabi Yusuf a.s@ Prophet Jacob
Nabi Sith a.s @ Prophet Sheth
Nabi Yaqub a.s @ Prophet Joseph
Nabi Sulaiman a.s @ Prophet Solomon
Nabi Ismail a.s @ Prophet Ishmael
Nabi Ishak a.s @ Prophet Isaac
Nabi Luth a.s @Prophet Lot
Nabi Daud a.s @ Prophet David
Nabi Salleh a,s @ Prophet Salleh
Nabi Ayub a.s @ Prophet Job
Nabi Syu’aib a.s @Prophet Jethro
Nabi Hud a.s @ Prophet Eber
Nabi Zulkifli a.s @ Prophet Ezekiel
Nabi Ilyas a.s. @ Prophet Elijah
Nabi Ilyasa a.s @ Prophet Elisha
Nabi Yunus a.s @ Prophet Jonah
Nabi Zakaria a.s. @ Prophet Zechariah
Nabi Yahya a.s @ Prophet John the Baptist
Nabi Danial a.s @ Prophet Daniel(nabi biasa-tidak termasuk dalam senarai 25 nabi wajib diimani)

LIMA JARI ANDA!

Jari yang 5..

"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima.Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil,seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini,alam remaja menjengah diri.Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.Bersediakah anda??Nah...naik kepada jari ketiga.Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan.Alam dewasa kian menjengah.Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti denganekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.Namun,anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.Kita beralih kepada jari telunjuk.Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini,hendaklah tampil sebagai modelkepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.Akhir sekali, renung ibu jari.Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes"sambil menggengam semua jaridan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu.Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???"

MANUSIA DAN POKOK EPAL YANG MENARIK

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Diatidak lagi menghabiskan masanya setiaphari bermain di sekitar pokok epaltersebut. Namun begitu, suatu hari diadatang kepada pokok epal tersebutdengan wajah yang sedih. "Marilahbermain-mainlah di sekitarku," ajakpokok epal itu."Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidaklagi gemar bermain dengan engkau,"jawab budak remaja itu."Aku mahukan permainan. Aku perlukanwang untuk membelinya," tambah budakremaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pokok epal itu berkata, "Kalaubegitu, petiklah epal-epal yang adapadaku. Jualkannya untuk mendapatkanwang. Dengan itu, kau dapat membelipermainan yang kau inginkan." Budakremaja itu dengan gembiranya memetiksemua epal di pokok itu dan pergi darisitu. Dia tidak kembali lagi selepasitu. Pokok epal itu merasa sedih.Masa berlalu... Suatu hari, budakremaja itu kembali. Dia semakindewasa. Pokok epal itu merasagembira. "Marilah bermain-mainlah disekitarku," ajak pokok epal itu. "Akutiada masa untuk bermain. Aku terpaksabekerja untuk mendapatkan wang. Akuingin membina rumah sebagai tempatperlindungan untuk keluargaku.Bolehkah kau menolongku?" Tanya budakitu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyairumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlahrumah daripadanya." Pokok epal itumemberikan cadangan. Lalu, budak yangsemakin dewasa itu memotong kesemuadahan pokok epal itu dan pergi dengangembiranya. Pokok epal itu pun tumpanggembira tetapi kemudiannya merasasedih kerana budak itu tidak kembalilagi selepas itu.Suatu hari yang panas, seorang lelakidatang menemui pokok epal itu. Diasebenarnya adalah budak lelaki yangpernah bermain-main dengan pokok epalitu. Dia telah matang dandewasa."Marilah bermain-mainlah disekitarku," ajak pokok epalitu. "Maafkan aku, tetapi aku bukanlagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa.Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.Malangnya, aku tidak mempunyai bot.Bolehkah kau menolongku?" tanya lelakiitu. "Aku tidak mempunyai bot untukdiberikan kepada kau. Tetapi kau bolehmemotong batang pokok ini untukdijadikan bot. Kau akan dapat belayardengan gembira," cadang pokok epalitu.Lelaki itu merasa amat gembira danmenebang batang pokok epal itu. Diakemudiannya pergi dari situ dengangembiranya dan tidak kembali lagiselepas itu.Namun begitu, pada suatu hari, seoranglelaki yang semakin dimamah usia,datang menuju pokok epal itu. Diaadalah budak lelaki yang pernahbermain di sekitar pokok epalitu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Akusudah memberikan buahku untuk kaujual, dahanku untuk kau buat rumah,batangku untuk kau buat bot. Aku hanyaada tunggul dengan akar yang hampirmati..." kata pokok epal itu dengannada pilu. "Aku tidak mahu epalmukerana aku sudah tiada bergigi untukmemakannya, aku tidak mahu dahanmukerana aku sudah tua untukmemotongnya, aku tidak mahu batangpokokmu kerana aku tidak berupaya untukbelayar lagi, aku merasa penat daningin berehat," jawab lelaki tuaitu. "Jika begitu, berehatlah diperduku," cadang pokok epal itu. Lalulelaki tua itu duduk berehat di perdupokok epal itu dan berehat. Merekaberdua menangis kegembiraan.CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUKMENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANGPENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT.SEBENARNYA, POKOK EPAL YANGDIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAHKEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITAMASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGANMEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA,KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUKMENERUSKAN HIDUP. KITATINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALIMEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DIDALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKATETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APASAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DANGEMBIRA DALAM HIDUP.ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAKLELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAPPOKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH,ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKANANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPAMEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADAKITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAIMEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DANHARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGAMEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARANKEPADA REMAJA KITA.