The Alien - Link Select

Khamis, 26 Jun 2008

TODAY?

Hari ini hari Jumaat. penghulu segala hari dan hari ketiga au demam selsema... tapi hari ni lega sikitlah... lepas minum ubat batu jenama Hurix tu.. Ubat batuk Gamat dan Madu asli... kiranya bagus la juga berbanding ubat batuk yang klinik bagi.. Ubat jenis Hurix ni tak buat aku ngantuk.. kalau ubat batuk klinik punya... fuh .. mau tidur sepanjang hari je rasanya... nak bawa motor pun kena buka mata luas2... hahahahah.. lepas tazkirah tadi aku pekena kuih2 yang disediakan. Makan free la aku hari ni.. alhamdulillah... kenyang juga lah makan kuih dan teh O ni... nasi lemak aku tak jamah... sambal dia pedas wooo.. aku bagilah nasi lemak aku kat sorang pegawai yang kiut2 tu.. hihiihii.... ada juga tambah2 list kawan2 aku... lepas tu ingat nak gi bank Giro... nak hantar duit kat adik aku yang kebulur sgt tak berduit dah... ada ke dia turun KK tanpa duit tambang... aku lak risau cara dia ... nasib baik ada makcik aku kat situ.. tipon dia suh bawa adik aku sekali.... ntahlah dah balik umah ke belum.. wallahualam... semoga Allah selamatkan dia di mana2 pun dia berada.... so.. pi bank je ..OFF-LINE la pula.. terpaksa patah balik dan terus balik p3... kali ini perut aku lak meragam.... tak habis2 nak berak je kejenya... hahaha... lepas buang hajat aku terus sambung keje...sambil2 tu isi cite kat blog aku ni.... tentang novel aku tu.. aku buat sikit2 dulu.. pala otak aku ni masih dikuasai oleh ajaran2 kat BTN penang 3 hari lepas... masih lagi terasa kesan2 trauma and psiologi aku ni.. heheheh....

Permainan hidup

"TIDAK KU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA-KU"


KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya
Guru kepada anak muridnya.
"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
selainnya.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,
sehingga kita tidak sedar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya
murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."
RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..
TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN
HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA
AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!
UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
DIRI!!
JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.
YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN. .. Sebagai umat Islam yang
bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini kepada sahabat2 Islam
kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan telada dan yang buruk
dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR

Rabu, 25 Jun 2008

DEMAM

ALHAMDULILLAH aku demam hari yang ke 2 hari ni.... syukurlah.. sekurang-kurangnya Allah sayangkan aku lagi... kalau tak tentu aku dikecualikan dari penyakit. Inilah hebatnya Islam... Saidina Umar Al-Khattab akan menangis apabila dia tidak sakit atau mengalami sebarang masalah kesihatan pada satu hari. Beliau selalu menyangka Allah tak sayang dia lagi.. kerana sebagai hamba-hamba yang dicintai Allah ujian kesakitan dan bermacam2 ujian lagi akan diterima oleh hamba-hamba-nya dengan redha dan harapan. Alhamdulillah... sakit juga adalah satu nikmat dan ujian yang cukup besar nilainya. tanpa sakit kita takkan tahu bagaimana nikmatnya sihat... kan ??? hihiihii.. oleh itu kita perlu bersyukur selalu tak kiralah kita dapat nikmat kesenangan atau nikmat kesusahan atau sakit... Mungkin kamu suka satu kesenangan itu tapi kamu takkan sedar kesusahan disebaliknya nanti... mungkin kamu tidak suka akan kesusahan tetapi kamu tidak tahu kesenangan disebaliknya itu.
Alhamdulillah.... hari ini tetap bekerja walaupun demam selsema... aku sempat pi klinik pagi tadi... sambil menahan-nahan hingus yang meleleh dan rasa pinau kepala aku tetap menanti doktor untuk memeriksa aku. Aku bukan nak Syirik pada Allah... Allah emnyuruh aku berusaha.... Aku yakin kaedah yang Allah beri itu dan kesembuhannya hanya dari Allah SWT... Ubat2an tidak akan menyembuhkan sakit ku... tetapi kerana Allah menyembuhkannya.... itulah keyakinan kita semua kepada Allah.... beriman kepada Allah. rukun iman yang pertama. Wajib kita Imani... ubat aku minum macam yang disarankan oleh doktor.
Aku lega sikit ... alhamdulillah.... lepas tu akau sambung balik kerja senaraikan buku-2 baru ni... banyak gile.. ada dalam 5 troli rasanya... berlambak-lambak kat tepi dinding. dah macam bukit Tunggal kat belakang umah aku. hahahaha..... sejak aku balik dari p.pinang dua hari lepas inilah keje aku ... terperap senaraikan buku2 baru dan lagenda Adamus terpaksa dihentikan sementara...
semalam aku pi gym temankan si Kajol. semalam juga dia dapat trainer. so dia melaramlah ngan trainer dia ke hulu-ke hilir. aku sibuk ngan training aku... lepas tu bila sesi dia habis aku temankan dia jap...sebelum pi sauna basah dan kering.... alhamdulillah.. lepas keluar dari sauna ... lega sikit pala otak aku.... mandi2 dan bersiap untuk balik umah. Sampai umah aku bantai tidur... heheehe.. penat gila! dan hari ni Subuh terlepas !!! waarrgghhhh!!!!!

Isnin, 23 Jun 2008

KURSUS KENEGARAAN PENANG






BEST! BEST! BEST! itulah ungkapan yang paling sesuai rasanya kalau aku ditanya tentang kursus kenegaraan yang aku ikuti di KBN, Kg Pasir panjang, Balik Pulau, PP. kami seramai 151 peserta dari dua jabatan. UITM dan JPN penang. memang ramai gile! aweks-aweks pun ramai and comei-comei... ada jugalah makcik-makcik...



Kami bertolak dari Kolej seroja, UITM s. alam pada hari Khamis jam 10 lebih kurang lah... Ada dua bas uitm yang digunakan dalm perjalanan kali ini. memula naik bas tu ada ramai muka2 yang aku langsung tak kenal... tetapi ada juga lah member2 lama masa Induksi kat kampung gajah, Perak dulu. antaranya Haikal, Fauzi dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat namanya.


so... perjalanan yang membosankan pun bermula dengan jayanya. hehehe... sampai di jambatan Pulau Pinang. aku rasa seronok bangat hehehe.. sebab inilah kali pertama aku jejak kaki ke pulau ini... Pulau Mutiara yang menjadi rebutan sultan dan Francis Light, si tamak yang kurang ajar. Pulau ini kini dibawah kuasa pembangkang. Orang cina lah yang berkuasa kat sini... hiihi.. kami sampai di kem pada jam 4 petang lebih kurang laa.... dan pendaftaran pun bermula... lepas tu kumpul kat dewan... dan akhirnya diberi taklimat sebelum ke dorm masing2... aku dapat Tanjung Dawai A. bersama aku adalah Haikal member induksi aku. aku tidur kat atas katil besi dia pula kat bawah. Boleh tahan tempatnya... betul-betul kat tepi laut...http://maps.google.com/?ie=UTF8&ll=5.296028,100.185163&spn=0.014743,0.018711&t=h&z=16 klik kat sini ./. anda boleh tgk kem tu dengan jelas... hihihi... makan enam kali sehari... dan part paling memboringkan ialah part ceramah... hihihih.. aku bantai tidur kat belakang. ngantuk wooo... bila sampai kertas kerja 'Rakyat' je ... sempat lelap laaa juga... anyway kursus ini adalah untuk menyemai semangat cintakan negara dan paling penting kami diajar sejarah negara .. aku rasa macam baca balik buku teks sejarah tingkatan 3 dulu... hihiihii.. seronok tgk slaid and filem yang tak pernah aku tgk selama ini... walaupun hitam putih tetapi ada nilai sejarah yang sgt mahal di setiap tayangan di dewan. banyak aktiviti yang kami lalui. antaranya Abseiling... ntah apa2 ntah.. aku yang first time nak turun pakai tali menggelabah woooo.... aku kan main takut ... aku gayat sebenarnya.. tapi sebab aku macam nampak senang je .. aku try la juga... hahahaha... macam spiderman je aku rasa... takut nak lepas tali.. aku turun pelahan-lahan. gile ! punya aktiviti... hahahah... lepas tu aku gelabah la sampai masa makan. nampak je nasi...hilang gelabah aku.. hahaha... takut campur lapar gile!.. esoknya aku dan tema lain( 1-6) buat lak senam aerobik... masa ni seronok gile... macam2 gaya peserta yang timbul.... ada bakat gak diorang ni buat senaman mememnatkan badan ni yaa... hehehe aku paling suke senaman cam ni sebenarnya.. tambah2 lagi bila kak lela jadi model kat depan... hahaha..seronok wa cakap lu... ini yang bestnyer bila ikut kursus... ada 3 perkara yang aku suka kursus...pertama mestilah makanan... kedua aktiviti senaman dan ketiga.. part usha2 aweks... hahahaha gile bangat aku ni yaa?? hehehehe.. anyweay dalam kelas aku ada dua aweks cun la juga... hehhe.. malangnya dua2 takleh kacau... hahaha satu anak dara dah ada BF ,... aku bukan jenis yang kacau GF orang... gile ke ape?!?!?! sorang lagi isteri orang !! laaagi laaa aku takut kacau... naya je!... hehehe anyway satu kelas ngan diorang seronok gile... aku dalm kumpulan Perajurit tanah air- lagu pun lagu perajurit tanah air.... hahaha padan lah.. lepas tu ada jumpalh 13 orang lak tu.. aku teringat cite 13th warriors lakonan Antonio Banderas .... hahaha campur laa Uitm dan JPN... fasilitator kami adalah E. Jaafar... Orang melayu (Perkara 160 (2) ).. hehe hafal lagi aku ngan perkara2 perlembagaan ini yaa.. hehehe... banyak perkara yang aku belajar selama 5 hari kat situ. satu yang tak bestnya ialah walaupun aku baca semua buku tentang perkara2 dlm perlembagaan ... haram satu pun tak kuar exam .. hahhaa ... maklum lah aku kat sasaran 3 ... semua soalan senang gile.. rasa penat je baca buku sampai pagi.. hehehe... uhuhuhuhu... so hari terakhir lepas exam buat pula aktiviti kembara dalam hujan renyai2... seronok gile dapat masuk hutan balik... macam kera kena belacan rasanya... cuma saja aku bukan KERA ....! hehehehe.

hari itu aku dapat dua keping gambar besar... satu gambar keseluruhan peserta dan satu lagi gambar kumpulan 6... dan jam 12.30 tgh malam ... kami tiba di uitm selepas satu perjalan yang sangat menggembirakan.... satu perjalan dari KEM ke UITM shah alam yang tidak boring lagi.... masing2 melalak menunjukkan bakat2 terpendam dengan menyanyi dalam bas sepanjang jalan. hihiiii termasuk aku laa....

Aku tak sabar2 nak balik umah... tilam dan bantal busuk aku menunggu.... tak sabar2 nak tidur atas tilam sendiri... dan paling penting ialah.. Lagenda Adamus akan disambung lagi heheheh.... kali dengan urutan perjalanan yang lebih mencabar dan menyeronokkkan.... hihiih

Anyway..kalau nak tau seronok ke tak??? pi la join kursus ni kalau ada peluang!!!

KURSUS??!?!?!?!!?!

KENEGARAANNN!!!!!!

hahahaha!... (tetiba aku teringat penghulu melaungkan 'Kursus' jadi dengan sebutan 'Kurus'.. kuat pyula tu... En. fauzi pun terkejut! Aku dan yang lain gelak .. hahahahah)

Ahad, 15 Jun 2008

new karakter-Angelhawk




DALAM banyak-banyak watak yang aku reka cipta. hanya ini yang aku suke gile... ini merupakan watak utama dalam perang angkasa di planet Yunatik. salah satu lokasi novel sai Fai aku... insyallah... watak ini adalah pencorak utama dalam empayar Hawk. Ini merupakan novel sai fai akuyang seterusnya. tetapi masih dalam perancanagn... Watak2 lain baru dibina. antara ciri utama yang aku masukkan dalam watak Hawk ini adalah kekuatan, kemampuan terbang, kekebalan dari segala jenis senjata dan kemampuannya melihat-tembus sebarang objek pegun. heheheh... Hawk akan mengamuk dalam Novel sai fai aku yang bertajuk "GALAKSI".

Khamis, 12 Jun 2008

8 PROTOKOL YAHUDI?

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....
1.. Song.... Lagu-lagu yang menghiburkan.. jika ada anak-anak yang tak tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir...... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?
2. .....Sex..... Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U. .. VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......
3. ....Smoke.... Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date".. Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee)..... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....
4. .......Sport... Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss... bukan yang bermain sahaja tak sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan.. sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah,..
5. .. Fun.. Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan..... Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan..... Kalau ada konsert..... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....
6.... Female... Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta.... di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi bersorak lagi.....
7...Fashion..... Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.... Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung... bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....
8. .. Food..Makanan.. Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan... Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check... halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi.... Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi... Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia ...... tapi lebih cintakan ALLAH..... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah...... DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH... Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan : Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102 Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
sapa nak ikut lagi protokol Yahudi??? kalau dah sedar tu takyah la ikut... yang kesian tu yang belum sedar2 lagi...
insaflah wahai umat islam.!

Isnin, 9 Jun 2008

gym

GYM FITNESS. Fuh... sejak aku join gym kat Subang ni.. aku rasa ada power sikit body ayng selalu lemah-lemah kebelakangan ini. mujurlah si kajol bawa aku sekali dalam program kuruskan badan dia tu... best nak mampus wa cakap lu! Dalam Gym Celebrity fitness ni semua peralatan tu memamng lengkap gile! Sauna basah and sauna kering pun ada... Part sauna tu yang best gile tu... yang lain tu oklaa... bayaran sebulan yang aku kena langsaikan ialah RM 150... kira berbaloi gak laa... so.. aku akan ke situ seminggu 3 kali di bawah nama adik si Kajol. so... petang aku akan ke sana berjalan kaki dari rumah di Kg. Pdg Jawa ke stesen komuter pdg Jawa ....terus ke Subang stesen dan jalan kaki lak ke fitness centre tu.. memang seronok nak letihkan badan kat sini.. awek2 pun cun2.. ada Yoga and senam Aerobik kat sini... di lengkapi dengan coach yang memang tough2 gile babing!... paling aku suke kesini sebab ..aku pi ngan kajol.. hehehe.. dia pun dah kurus sikitla.. sejak dia ikut program kuruskan badan Amway tu 3 minggu lepas .. memang banyak perubahan.... alhamdulillah.. tercapai lah cita2 dia nak kurus.. hehehe.. lepas ni boleh la dia pakai seksi2... hahahaha... Anyway semalam...isnin.. aku hadiri satu majlis perpisahan dengan KP. Aku tak pi awal...sebab aku nak part makan je.. heheheh( lapar wooo) so... amsa aku tiba semalam... aku nampak Apek tengah mengalunkan sajak perpisahan di atas pentas yang berhadapan dengan Pyramid kaca Ptar1. memang tangkap syahdu dan lentok gile laaa dia tu... jiwang tul mamat tu... au yang jiwang ni.. takdelah macam dia.. hehehehe... lepas tu KP pula buat ucapan... siap berpantun2 lagi tu... then time makan memang best sgt!.. ada sate dan ada minuman kegemaran aku... kopi pekat panassss! kaw2 punya! walaupun hari sisnin adalah Waterday aku... yang mana aku takleh minum minuman manis2 ..tapi aKu langgar juga waterday aku... hahaha... bantai and sental sate tu puas2.... aku kenyang kan main lagi wooo... lepas tu adalah upacara salam2 perpisahan... sempat la salam datuk VC Uitm.... okla dia tu... big boss aku gak laa.. aku balik je umah ..solat and prepare to gym...
hari ahad tu aku nagn FD pi KLCC nak jumpa si Firdaus ariff... alaa... si penulis sayap adinila tu laa... FD punya main gabrah nak jumpa mamat ni(FA). Hahaha... aku gelak sepanjang jalan tu yang tak tahan tu... aku rileks je nak jumpa mamat ni... bukan apa...kata si FD ni... si FA tu memang jenis yang serius gile.. takleh main2 katanya... tak huha2 laa maksudnya.. aku tgk bila aku jumpa si FA tu .. selamba je dia.. biasa je... tapi bakat penulis tu memang memancar2... hahaha.. tu yang aku respek ngan mamat ni... sebenarnya aku nak ajak si fadli sekali ... alaa penulis Saga Horizon tu... memang sayang betul tak dapat jumpa dia.... aku msg2 tak dapat..tak balas2... rupanya... dia tak pakai hp tu.. dah kena curi katanya.. takpela.... sabar jela..(royalti SG tu kan ada ... beli satu laa weeii wahai Bro Fadli..)hihihihi... Kami bincang2 pasal sai fai kat FC sambil2 minum.. hehehe. sempat juga si FA tu tayang sikit keje2 novel dia... oklaaa ... aku pun takde macam dia... aku takde laptop ..hehhee dia ada senangla... FD pun ada.. aku problem sikit...so aku buat semua tu kat opis.... hihiihi
Anyway.. masa aku kat Jb hari tu... aku jumpa somebody.. dia adalah salah seorang chatters aku laa... Seorang ibu yang seksi.- aku bagi gelaran ni kat dia... memang seksi laa ibu sorang ni... tambah2 lagi wajahnya tu memang jenis yang cantik dan menggiurkan lah bagi aku seorang lelaki normal. hihiiihi.... anyway... masa dia jumpa aku tu.. dia bawa anak dia sekali. (Kiut anak dia) aku suka tgk anak dia yang memang cergas dan cerdas... lasak lak tu.... First time aku tgk dia... memang aku suke jenis pompuan macam dia. Itu sudut lain, dan bila memikirkan bagaimana dia boleh jumpa aku kat Mall tu tanpa pengetahuan suami dia... Aku agak terkejut gak... namun inilah dunia sekarang.... ada suami, carilah betina lain kat luar... ada isteri, isteri cari jantan kat luar... tapi aku taklah salahkan dia 100%... ada macam2 faktor yang menajdikan dia macam tu... salah satu yang penting ialah Iman tipis dan kurangnya pengetahuan agama yang jitu dan power laa... Usah cite lah apa yang berlaku hari.. aku sendiri malas nak cite ... hahah.. tapi aku nak cite bagaimana isteri2 zaman sekarang ni dengan mudahnya berpaling tadah pada suami... kesian si suami tu... aku sendiri tak nak menghukum sapa2 secara membabi buta... biar lah Allah yang menjadi hakim tentang hal2 seperti ini... aku just anggap dia adalah kawan yang sporting gile!...