The Alien - Link Select

Selasa, 19 Mei 2015

13 PETANDA, RUMAH ANDA BERHANTU ATAU DIHUNI JIN-SYAITAN ???


KADANG-KADANG kita tidak sedar bahawa Rumah yang kita diami itu berhantu atau dihuni oleh Makhluk Halus (Jin) secara DOMINAN kerana akibat dari kelalaian kita terhadap beberapa tanda.  Terutamanya kelalaian kita kepada ALLAH, khususnya ZIKRULLAH.   Apabila kita jauh dari ALLAH, maka ALLAH menjadikan Jin-Syaitan sebagai pendamping bagi kita tanpa kita sedari.  Dalam hal ini, makhluk halus ini adalah Jin yang bersifat Syaitan.  Ia digelar Jin-Syaitan atau Syaitan-Jin.  Mereka ini biasa sangat kuat dan cekal menduduki sesuatu tempat sehingga apabila tempat mereka diganggu, mereka akan kembali mengganggu dengan pelbagai cara.  Mereka lebih takut kepada kita berbanding takut kita kepada mereka.   Tetapi apabila kita takut kepada mereka, mereka akan lebih berani ke atas kita.  Oleh itu, elakkan aura takut anda berkembang dengan pesat sehingga dilihat oleh Syaitan Jin.  Ini sangat  bahaya untuk anda.   Caranya amat mudah…. ZIKRULLAH.  Selain lalai dari ALLAH dan Rumah yang selalu ditinggalkan dalam tempoh yang lama berikut ialah 13 tanda yang menunjukkan rumah anda berhantu ATAU dihuni Jin Syaitan dan hal ini akan menggamit ‘Fenomena Syaitan-Jin’ yang lain.



13 PETANDA, RUMAH ANDA BERHANTU @ DIHUNI JIN!

KELANCARAN ALAT-ALAT ELEKTRONIK TERGANGGU
Siaran Radio, TV, Internet dan alat-alat Elektronik terganggu. - Kehadiran makhluk halus biasanya boleh mengganggu frekuensi alat-alat elektronik atau elektrik, seperti lampu yang menyala dan mati sendiri. Beberapa tanda lain adalah TV yang menyala sendiri, atau tiba-tiba terganggu. Hal ini juga boleh terjadi pada radio dan alat-alat elktronik yang lain.

OBJEK MENGHILANG DAN MUNCUL SEMULA
Benda-benda atau objek menghilang dari tempatnya-Apakah anda pernah kehilangan benda-benda yang seolah ghaib begitu saja? Kemudian benda tersebut terkadang muncul sendiri tanpa diduga? Hal semacam ini juga boleh disebut Dissapearing Object Phenomenon. Ke mana benda-benda itu pergi? Tak ada yang tahu. Boleh jadi ke dunia paralel, atau ada makhluk halus yang sedang bermain dengan benda-benda anda.

OBJEK DAN BAU PELIK
Anda menemui objek ganjil dan pelik serta menyeramkan. Seperti kotak misteri, patung buruk, Sarang Labah-labah yang banyak dan sebagainya.  Bau-bau yang busuk dan pelik, terlalu wangi atau terlalu busuk di sudut tertentu dalam rumah anda.

SUARA ATAU BUNYI GANJIL
Beberapa tanda bahawa rumah anda berhantu adalah munculnya suara-suara aneh yang tak jelas asalnya. Boleh jadi seperti bisikan, ketukan di dinding, suara langkah kaki. kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.Jika ini sering terjadi di rumah, sebaiknya segera lakukan investigasi.  Dan anjing yang tiba-tiba menyalak di luar rumah anda.

KELIBAT MISTERI
Bayangan, lembaga dan kelibat, Bayangan tak hanya berbentuk manusia, tetapi juga boleh berbentuk banyak hal, mulai binatang hingga gumpalan berwarna hitam. Jika anda sering melihat bayangan-bayangan semacam ini di sekitar rumah, terutama saat malam hari, kemungkinan rumah anda berhantu.

REAKSI HAIWAN
Perilaku dan reaksi Haiwan - Haiwan, bahkan ayam kecil biasanya sensitif terhadap kehadiran makhluk halus. Mereka biasanya bertingkah aneh, seperti sedang melihat sesuatu atau terlihat ketakutan. Jika anjing anda terus-terusan menggonggong pada suatu tempat tertentu dalam rumah, atau kucing anda seolah-olah tengah mengikuti sesuatu, padahal tak ada apapun atau siapapun di sana, sebaiknya waspadalah.

SEJARAH RUMAH
Mempelajari sejarah rumah anda sendiri boleh bermanfaat. Misalkan apakah rumah yang anda tempati konon pernah digunakan untuk bunuh diri, pernah terjadi pembunuhan, atau lainnya. Ini boleh menjadi petunjuk mengenai apa yang terjadi dalam rumah. Memiliki rumah yang dulunya digunakan sebagai tempat pembantaian, atau kuburan massal tentu membuat anda waspada.

AKTIVITI PSYCOKINETIK
Aktiviti psychokinetic adalah ketika anda sering melihat benda-benda melayang atau bergerak dengan sendirinya. Ini juga sering menjadi tanda bahwa rumah anda tengah dihuni oleh hantu poltergeist. Jika anda sering melihat benda-benda bergerak sendiri, sebaiknya waspadalah.

RUANG SERAM
Ruang Rumah yang menyeramkan - Wujudnya satu ruang khas yang menyeramkan seperti bilik-bilik yang memang berkunci sejak dari mula dan tidak pernah dibuka atau dibersihkan.

PATUNG DAN GAMBAR
Wujudnya gambar-gambar manusia, patung manusia dan binatang di dalam rumah dengan rupa bentuk seakan-akan asli dan hidup.

HISTERIA DAN FENOMENA RASUKAN
Histeria – ada ahli keluarga atau orang lain yang Histeria apabila berada dalam  rumah anda.

BULU ROMA MEREMANG DAN PERASAAN ANEH
Bulu Roma meremang - Anda sentiasa merasa seram dan meremang bulu roma anda ketika berada di dalam rumah anda sendiri.  Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda terasa tebal, sempit atau berat.

KEMUNCULAN ENTITI
Kemunculan Hantu - Yang terakhir dan yang paling jelas adalah adanya penampakan hantu atau kemunculan makhluk halus di rumah anda. Ini boleh jadi langka, karena jika terjadi berarti rumah anda benar-benar berhantu. Biasanya hantu juga boleh mengambil wujud apapun dalam rumah, dan tak selalu menunjukkan wujud asli atau wujudnya sepenuhnya.

Itulah 13 tanda rumah dihuni hantu. Apakah rumah anda memiliki tanda-tanda di atas? Atau ada tanda lain rumah berhantu yang anda ketahui?

SILAKAN BERKONGSI DENGAN KAMI SEMUA DI RUANG KOMEN.



*SARANAN
Hantu yang paling sering muncul di negara kita antara lain pontianak, pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari keturunan kita, atau hantu tanpa kepala.  Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang dilakukan orang terpulang kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya kita harus selalu yakin bahwa Allah akan selalu memberikan perlindungan kepada kita.  Boleh juga dengan menaburkan garam kasar. Tapi awas ! Garam kasar boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk halus ini. Sehinggakan rumah anda akan berbau hanyir akibat kecederaan makhluk halus tersebut akan membalas dendam.Jika anda tiada ilmunya jangan lakukan ini. Sebaik-baiknya pangilah mereka yang pakar dalam bidang ini.

ATAU ANDA BOLEH IKUT CARA YANG TERDAPAT DALAM ARTIKEL SAYA YANG LAIN.




SELAMAT MENCUBA!

Isnin, 18 Mei 2015

20 TANDA LELAKI DICINTAI JIN BETINA ???


Sekadar perkongsian untuk semua. Akibat beberapa sebab seperti selalu berbuat maksiat, jin akan cepat berdamping dengan orang-orang seperti ini. Tidak hairan jika ada jin betina suka kepada lelaki yang suka buat maksiat. Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:



20 tanda Lelaki di cintai Jin Betina

1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.

2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.

3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.

4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.

5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.

6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.

7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.

8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.

9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.

Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.

10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.

11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.

12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.

13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.

14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.

15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.

16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.

17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.

18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.

19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.

20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.

Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca tanda-tanda jin jantan menyintai seorang wanita.

Adalah sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.




Ahad, 17 Mei 2015

JAMINAN ALLAH KE ATAS QUR'AN DAN HADIS-SUNNAH NABI ???

ALLAH S.W.T 
Berfirman : 
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya Kami-lah yang memelihara dan menjaganya.”
[ Q. S. AL-HIJR 15 : 9 ] 

"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi ALLAH tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya." 
[ Q. S. AS- shaf 61 : 8 ]

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W 
 Bersabda :
“Kutinggalkan kepadamu dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab ALLAH (Al Quran) dan Sunnahku.”
Daripada Ibnu ‘Abbas R.A
[ H.R.S : Imam al-Hakim Ra. A. ] 

"Aku adalah seorang nabi, bukanlah pendusta, aku adalah cucu Abdul Muthalib."
Daripada Al-Abbas bin Abdul Muthalib R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan maka bersedialah menepati tempat duduknya di Neraka."
Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A & Ummu Salmah R.A
[H.R.S. M : Imam Muslim Ra. A. ]

“Barangsiapa menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian orang-orang mengerjakannya, maka ia akan mendapatkan sebagaimana pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi sedikitpun dari pahala mereka. Dan barangsiapa membuat kebid'ahan, kemudian kebid'ahan itu dikerjakan oleh orang lain,  maka ia akan mendapatkan dosa sebagaimana dosa orang yang mengerjakannya.”
[ H.R.S :  Ibnu Majah Ra. A. ]

Khamis, 14 Mei 2015

TIPS ELAK MENGINAP DI HOTEL BERHANTU ???

Hampir semua HOTEL di MALAYSIA ber-HANTU. Tetapi beberapa cara mengurangkan peluang anda berjumpa dengan Makhluk Halus ini. Bukan apa.....  Seperti anda, makhluk ini juga perlu katil untuk berbaring, cermin untuk bersolek dan sambungan internet untuk e-mel dan sebagainya. Kalau dulu mereka cuma mengetuk bilik, kini mereka sudah pandai mendail telefon anda pada waktu malam.  begitulah rutin malam mereka, kehadiran kita di bilik tersebut pastinya akan mengganggu mereka....



Apabila anda datang ke bilik mereka dengan 4 Orang anak yang asyik bergaduh, anda yang sebenarnya mengganggu mereka. Gunakan 5 tip hotel di bawah untuk mengurangkan peluang diganggu di hotel sewaktu cuti sekolah bersama anak-anak :

1. ELAK RESORT / HOTEL / HOMESTAY TERPENCIL
banyak resort di yang letaknya tersorok nun jauh di ceruk kampung. Contohnya Resort Tok Senik, Langkawi. juga hotel yang nun jauh di atas bukit seperti First World Hotel di Genting. Resort terpencil di yang selalu terjadi kes chalet misteri kerap terbakar. juga tapak markas tentera Jepun pada zaman perang dunia. Mengapa anda pilih tempat sebegini? Mengapa pula pilih untuk bercuti di kawasan peranginan yang berhantu seperti Genting?

Hotel First World, Genting memang dikatakan berhantu sehingga ia diletak dalam senarai 15 hotel paling berhantu di dunia oleh Yahoo Travel. lebih 6,000 bilik di sini. Dengan bilik sebanyak ini, dan dengan tetamu yang ramai, anda pastikah yang suara orang bergaduh dari bilik sebelah anda itu suara manusia? Dan bolehkah anda pastikan wanita tua menyapu koridor yang menyapa anda itu bukan hantu ? Amber Court, Apartmen Ria dan penginapan lain di Genting juga terkenal dengan entiti yang suka mengacau. Bukan apa. Tempat itu tidak baik dan selalu diguna untuk benda tidak baik.

2. WASPADA DENGAN HOTEL BERSEJARAH
Hotel bersejarah adalah hotel yang lebih tua dari moyang anda. Contohnya hotel Cheong Fatt Tze dan E&O di Pulau Pinang serta hotel Majestic di Kuala Lumpur. Hotel-hotel ini diminati kerana taraf 5 bintang dan gaya kolonialnya. Tapi, usia yang panjang juga menyebabkan bilik-bilik hotel ini menyimpan pelbagai peristiwa dan rahsia — tak kiralah bersejarah atau tragis. Hotel Majestic Kuala Lumpur kini adalah hotel 5 bintang ternama di Kuala Lumpur.
Hotel Majestic contohnya telah ditutup pada tahun 1984 sebelum dinaiktaraf dan dibuka semula selepas tiada penghuni selama 28 tahun.

Sewaktu Jepun kalah perang dunia, tentera Jepun yang membunuh diri dengan menusuk pedang mereka ke badan sendiri di hotel ini. juga orang-orang Inggeris yang sangat suka tinggal di sini sehingga mereka meninggal dunia di dalam bilik di hotel. Sewaktu ia ditutup, kakitangan KTM dikatakan sering melihat kelibat lelaki berpakaian Jepun memandang jauh ke arah jalan melalui tingkap salah satu bilik di situ.

3. BILIK PENUH DI HOTEL TERSEBUT
Peluang anda bertemu si penunggu cukup tinggi jika anda datang ke satu resort dengan tergesa-gesa, tanpa tempahan, pada waktu malam — dan kemudian marah-marah bila diberitahu tiada lagi bilik kosong. Kerana tidak tahan dengan perangai anda, akhirnya, selepas beberapa minit mengetuk keyboard komputer, staff hotel itu berkata pada anda, “Jika encik tidak kisah, kami satu bilik (istimewa) untuk encik.”

Tahniah! Anda baru saja menempah TIKET V.I.P  untuk berjumpa HANTU di bilik nanti.

Di dalam hampir semua hotel, bilik yang ditutup untuk tempahan. Kadangkala, bukan satu atau dua bilik. Tapi satu tingkat ditutup untuk tetamu. Bilik-bilik ini selalunya tempat kes ngeri, tempat kerap dijumpai makhluk halus atau tempat di letaknya patung2 keagamaan orang Cina yang di simpan untuk membuang sial atau makhluk halus di hotel. Jika penyambut tetamu katakan pada anda yang bilik sudah tiada, mengapa pula selepas beberapa minit mengetuk keyboard, dia akhirnya terjumpa dengan bilik kosong? Anda susahkan dia. Kini giliran anda pula untuk susahkan! 
Enjoy the show!

4. BILIK DALAM SUASANA PELIK  
Katil berselerak, bau kurang menyenangkan, suhu yang tidak sesuai dan sebagainya.  Jangan kompromi dengan bilik yang kelihatan terusik.  Tanda awal yang bilik anda dihuni makhluk lain ialah bila anda masuk, bilik anda berbau pelik, berselerak, atau sejuk dari biasa. Ada juga yang tidak berselerak. Cuma bila anda pertama kali masuk, anda lihat lantai basah seperti orang yang baru keluar dari bilik air.

Atau anda melihat Labah-labah atau sarang labah-labah di salah satu sudut bilik.  Kita faham, mungkin bahagian housekeeping kekurangan staff hari itu. Tapi amat jarang bilik diberi tanpa diperiksa dahulu.  Jika anda masuk dan bilik anda berselerak teruk — contohnya selimut di lantai, pintu almari ternganga, atau daun-daun kering berterabur di bilik, jangan tunggu lagi.  ANDA tidak perlu buang masa, cari saja bilik lain.  Walaupun apa alasan yang diberi pihak hotel, minta bilik lain. Bukan apa, tetamu tak diundang mungkin muncul pada malamnya.

5. ADAB WAKTU SENJA
Sebelum senja, ajak anak masuk bilik. Jangan lagi biar mereka mandi-manda dan menjerit-jerit di kolam renang.  Bila tiba senja, tutup saja langsir tingkap dan balkoni. Terutama jika balkoni bilik anda menghadap laut atau pokok-pokok kelapa yang menjulang tinggi. Memanglah angin laut waktu senja sejuk dan mengasyikkan. Tetapi banyak kes makhluk yang mengacau terbang masuk melalui balkoni.

Ini kisah seorang tetamu sebuah hotel tepi laut seperti yang diceritakan dalam thread mengenai hotel berhantu di forum Cari.

“Our room facing the sea. balcony. Memalam nak tido, aku ni tah aper je gi bukak sliding door. Biar open. Angin masuk best je. Tengah aku best renung2 laut try nak tgk lautan waktu malam (walhal mmg gelap takkan nampak), tetiber kain sangkut kat muka aku. Aku ok lagi. Aku tolak tepi coz for sure langsir — coz aku diri dekat ngan langsir. Pastu kain serkup muka aku lagi. Aku tolak lagi until aku sedar. Kain tu kain putih. Then aku dah gigil. Aku undur aku pusing je — perempuan diri depan aku tapi tak show muka. Cuma rambut panjang sampai lantai — ketawa. Terus pengsan. Sedar2 kwn aku dah balik. Aku diam je. Esok pagi terus checkout. Tak sanggup aku.”

Sebenarnya, banyak hotel yang berhantu di tempat lain di seluruh dunia pun begitu. Malah, kemungkinan juga hotel yang baru anda tempah pun ada makhluk yang tak diundang.  Atau kadang-kadang nasib anda malang, anda telah menempah HOTEL HANTU.  Walaupun jarang berlaku.  Tetapi tidak mustahil berlaku kepada anda.  Hotel dan bangunannya yang pelik dan buat anda meremang bulu tengkuk, kemungkinan besar adalah HOTEL HANTU.  Segera tinggalkan bangunan tersebut sehingga anda menemui hotel yang menyenangkan. Apapun, kami harap anda kini lebih bijak memilih bilik.

Jika anda ternampak kertas di kaunter -in yang tertulis :

“JANGAN JUAL BILIK-BILIK DI BAWAH INI, MELAINKAN JIKA PELANGGAN MENDESAK!”

... kini anda tahu mengapa!

Itu merupakan tips umum. Dan ini adalah tips khusus untuk umat Islam yang pada akhirnya terdesak untuk menginap di hotel tersebut.


  AZAN :  
Sebaik sahaja anda dapat bilik bacalah ayat-ayat ini sebelum membuka pintu pada kali pertama, bacalah Bismillah 7 kali, Salawat 1 kali, Al-Fatihah 1 kali, Ayat Qursyi 1 kali dan 4 Qul- 1 kali setiap Qul.  Buka suis lampu  Bacalah “ALLAHULADZHIIM”- Kemudian berwuduk dan AZAN serta  solat sunat dua rakaat.  Berdoalah memohon perlindungan ALLAH dari kejahatan Syaitan Jin dan Manusia dalam sujud terakhir.
    Sentiasa mandi dalam kedaan menutup aurat.
  Alihkan dan tanggalkan gambar-gambar manusia dan binatang sekiranya ada dalam bilik tersebut.  Pasang kembali apabila Check –Out.  Baca Bismillah setiap kali mengalihkan barang-barang dalam bilik tersebut       Selama menginap di bilik tersebut, apabila keluar dan menutup pintu. Iringi penutupan pintu itu dengan lafaz ‘ALLAHUAKBAR’ dengan suara yang keras dan rendah tonanya.
    Apabila masuk ke bilik itu semula.  Baca Bismillah dan Salawat.  Baca“ALLAHULADZHIIM” tatkala memutar tombol pintu untuk membukanya. Begitu juga apabila anda membuka dan menutup tingkap bilik dan suis lampu bacalah lafaz yang sama. 
    Sentiasa bawa senaskah kitab Qur’an dan baca sebelum tidur.
  Adalah lebih baik menggunakan HP atau Mp3 yang ada bacaan Qur’an ( Al-Fatihah, Al-Baqarah, Yasin dan surah Al-Jin)  . Pasangkannya dalam ton yang sederhana sehingga anda tertidur dan membawa waktu Subuh.
  Sebelum tidur baca Bismillahirrahmaanirrahim 21 kali, salawat 7 kali dan ucap kalimah Talbiah.  Sesudah itu jangan kata atau bersuara lagi melainkan terus berzikir “ALLAH...ALLAH...” dalam hati sampai tertidur.
   Apabila anda menunaikan solat fardhu lima waktu.  Maka AZAN dan IQAMAT di dalam bilik  itu.
 Kalau anda tidak memiliki kemahiran ini.  Anda digalakkan membawa seorang kawan yang mahir dan faham dengan tips yang saya beri.  Sekiranya anda langsung tidak ada kawan dna tidak tahu apa-apa tentang tips yang saya beri ini.  Maka anda balik sahaja ke rumah atau menginap dirumah kawan anda.

Apapun, mencegah lebih baik dari mengubat.  Lebih menjauhi dari mendekatinya.  Ini merupakan tips yang umum dan khusus kepada semua orang.

DOA DALAM KITAB QUR'AN UNTUK MEMOHON PERLINDUNGAN DARI SYAITAN


“Nikmati Bilik penginapan anda dengan tenang dan selamat”




Senarai ini adalah untuk rakyat Malaysia dan para pelancong yang percaya kewujudan dunia ghaib. Maklumat ini adalah dikumpul daripada pelbagai sumber seperti, forum, laman web, majalah dan blog-blog tertentu dan pendapat-pendapat serta pengalaman peribadi individu yang terbabit dan pernah mengalami detik-detik tersebut.


HOTEL BERHANTU DI KUALA LUMPUR
1. Crystal Crown Hotel, KL
2. Grand Continental Hotel, KL
3. Mandarin Oriental Hotel, KL
4. Hotel Corus, KL
5. Hotel Kowloon Jalan TAR, KL
6. Grand Millennium Hotel, KL
7. Federal Hotel, KL
8. Park Royal, KL
9. Crowne Plaza, KL
10. Mint Hotel Sungai Besi, KL
11. Mandarin Court Hotel, KL
12. Hotel Istana *Bilik 712*, KL
13. Hotel Maya, KL
14. Dynasty Hotel, KL
15. Pearl International Hotel

HOTEL BERHANTU DI PETALING JAYA
1. Holiday Villa, Subang Jaya
2. Saujana Hotel, Subang Jaya
3. Hilton Hotel, Petaling Jaya

HOTEL BERHANTU DI JOHOR BAHRU
1. Mutiara Hotel, JB
2. M Suites Hotel, JB
3. Sebab Hotel Desaru, JB
4. New York Hotel, JB

HOTEL BERHANTU DI KEDAH
1. Hotel Grand Continental, Alor Star
2. Swiss Inn, Sungai Petani
3. SP Inn, Sungai Petani
4. Hotel Cinta Sayang, Sungai Petani

HOTEL BERHANTU DI  PULAU LANGKAWI
1. Marina Cove Resort, Langkawi
2. Kondo Istana, Langkawi
3. Resort Kampung Tok Senik, Langkawi
4. Aseana Resort, Langkawi
5. Datai Langkawi, Langkawi

HOTEL BERHANTU DI MELAKA
1. Angkasa Hotel *Tingkat 5*, Melaka
2. Shah’s Beach Resort, Melaka
3. Mahkota Hotel *Tingkat 11*, Melaka
4. Hotel Duluxe, Melaka

HOTEL BERHANTU DI PORT DICKSON
1. Ancasa Resort, PD
2. Ilham Beach Resort, PD
3. Thistle Resort, PD
4. Palm Spring Resort, PD
5. Le Paris Costa Rica Resort *Bilik 517*, PD
6. Avillion Resort, PD

HOTEL BERHANTU DI PAHANG
1. Swiss Garden Hotel, Kuantan
2. Impiana Hotel, Cherating
3. Legend Resort, Cherating
4. MS Garden Hotel, Kuantan
5. Hyatt Hotel, Kuantan
6. Vistana Hotel, Kuantan

HOTEL BERHANTU DI CAMERON HIGLANDS
1. Heritage Hotel *Tingkat 4*, CH
2. Equatorial Hotel *Bilik 809*, CH
3. Strawberry Park Hotel, CH
4. Apartmen Dahlia, CH

HOTEL BERHANTU DI GENTING HIGHLANDS
1. First World Hotel *Tingkat 13*, GH
2. Genting Highlands Resort Hotel, GH
3. Hotel Berhantu di Pulau Pinang
4. Sheraton Hotel, Penang
5. Hotel Copthorn, Penang
6. Rasa Sayang Resort, Penang
7. Northam Hotel, Penang
8. E&O Hotel, Penang
9. Crown Prince Hotel, Penang
10. Sunway Hotel, Penang
11. Gurney Hotel, Penang
12. Sri Malaysia Hotel, Penang

HOTEL BERHANTU DI PERAK
1. Excelsior Hotel, Ipoh
2. Majestic Hotel, Ipoh
3. Pangkor Island Resort, Pangkor
4. Pangkur Laut Resort, Pangkor
5. Bukit Merah Lake Town Resort, BM
6. Marina Cove Resort, Lumut
7. Swiss Garden Damai Resort, Lumut
8. Hotel Sri Mersing Taiping

HOTEL BERHANTU DI SABAH
1. Sibu Island Resort, Sabah
2. Renaissance Hotel *Bilik 107*, Sabah
3. Hotel Ruby, KK
4. Hyatt Hotel, KK

HOTEL BERHANTU DI SARAWAK
1. Hilton Hotel, Kuching
2. Damai Beach Resort, Sarawak
3. Holiday Inn, Sarawak
4. Crown Riverside Hotel, Kuching
5. Santubong Resort, Sarawak

HOTEL BERHANTU DI TERENGGANU
1. Resorts World Awana,Terengganu

HOTEL BERHANTU DI NEGERI SEMBILAN
1. Hotel Royal Bintang, Seremban

HOTEL BERHANTU DI KELANTAN
1. Sutra Inn, Kota Baru
2. Hotel Danialla, Bachok

HOTEL BERHANTU DI SELANGOR

1. Apartment UiTM 
2. Renaissance Subang

HOTEL HANTU DI MALAYSIA
* ANDA MUNGKIN BERPELUANG MENGALAMINYA.  YANG BERNASIB MALANG AKAN MENGETAHUINYA- BUKANNYA HOTEL BIASA- SESIAPA YANG BERPELUANG. MEMANG DIA TELAH DIPILIH OLEH PEMILIK HOTEL INI. LOKASINYA TIDAK TETAP.

*Mereka yang tidak percaya atau kurang yakin atau tidak yakin sama sekali. anda digalakan merasainya dan mengalaminya sendiri di tempat-tempat tersebut. Risiko anda tanggung sendiri.  Penulis tidak akan bertanggung-jawab atas tindakan anda.  
Harap maklum! 


TIPS PENTING BAGI MEREKA YANG TIDAK TAHU ATAU TIADA ILMU AGAMA:

1. sila bawa TERMOMETER : Mungkin anda bertanya-tanya di dalam hati, biasanya Termometer digunakan untuk mengukur suhu tubuh pada manusia.  Dengan menggunakan thermometer,  bisa merekam dengan jelas dan teliti suhu di sekitar ruangan yang berhantu. Menurut para ahli bila penurunan suhu di dalam ruangan hingga 10 'C maka hal ini merupakan satu tanda ruang itu berhantu dan  kemunculan dari makhluk halus atau hantu. 

2. Bawang Putih : Dua siung Bawang putih, letakkan di atas meja dalam bilik. biarkan seulas dipotong dan aromanya menyebar ke serata ruang bilik.  ia bukan sahaja jadi anti-makhluk halus tetapi anti-bakteria dan anti-kuman yang menyebar di udara bilik.

3. Garam Kasar + Air :  spray Air Garam di sekeliling bilik. Ia akan berfungsi seperti pendinding yang keras pada makhluk Halus.   Baca Bismillah setiap kali spray.

4. Air Garam + Bawang putih :  juga satu cecair yang sangat ampuh untuk menghalang kemaraan makhluk halus.

selamat mencuba....