The Alien - Link Select

Selasa, 20 April 2010

URUT REFLEKSOLOGI...HMMM, NAK TRY KAT LUAR LAK!



INSYALLAH SABTU ni...aku nak pergi berurut refleksologi, selalunya aku buat sendiri... tapi kali ini aku nak rasa orang lain buat pula.. aku dah pilih premisnya dan in dirahsiakan ... minggu depan aku bagitau laa katne.. hehehe... dan insyallah sabtu aku nak pi try... hehehe murah je.. RM 40 sejam je... insyallah sihat lepas ni... hehehe bersedia untuk menjerit dan mengiauwwwww! heheheeheh!... sebelum tu mari kita baca tentang urutan refleksi ini... apakah dia bendanya tu?
jom!

Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.
“Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan,” katanya.
Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan. Karen berkata, apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan.
“Malah, sesiapa yang mengalami masalah tidur juga disarankan melakukan refleksologi kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat. Mereka juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing,” katanya.
Beliau berkata, bagi mengetahui jika ada masalah pada bahagian organ tubuh seseorang, mereka biasanya akan berasa sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki.
“Rasa sakit menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun, selepas beberapa sesi urutan dibuat, pesakit biasanya akan meneruskan urutan kerana yakin dengan keberkesanan rawatan.
“Ada yang mengakui selepas mengamalkan refleksologi, badan lebih sihat malah sistem imunisasi juga lebih baik,” katanya.

FAKTA: Kelebihan refleksologi

Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan rasa letih
Mengelak risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?
Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

Bagaimana toksin terjadi?
Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
Merokok
Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.

aku sakit ni pun sebab banyak sangat toksin yang berkumpul dalam badan... tu yang sakit tu.. lagopun dah lama aku tak urut kaki dan tangan aku.. aku ingat nak urut satu badan laa.. insyallah..

hehehee..

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Kasihan bukan?! orang yang tidak faham erti IKHLAS...

Isnin, 19 April 2010

PENDEKAR LAUT




PENDEKAR LAUT GENERASI PERTAMA. merupakan hero komik terbest yang pernah aku kenali. hehehe.. aku kenal PL ni tahun 1997. masa tu aku tingkatan 6 lagi... dan masa aku mula2 melihat majalah ini.. aku bertekad untuk menyimpannya sebagia koleksi . sehinggalah episod ke 48... aku kumpul... dan memasuki generasi kedua... aku tetap kumpul tetapi bila rumah aku terbakar.. dengan majalah ini sekali terbakar... maka aku tidak mengumpulnya lagi... tapi 10 tahun kemudian aku jumpa online PL ni dan terus memuat turunnya.. kali ini aku nak semua generasi dalam simpanan aku... heheheh

BUAH PINGGANG ANDA?




ubat pencuci buah pinggang..

Buah Pinggang

Symptom pesakit buah pinggang ini mengalami sakit di tulang belakang, kencing tak lawas, kebas dari bahagian pinggang ke bawah. Antara puncanya kurang pengambilan air di dalam badan dan mengamalkan sikap menahan air kencing, iaitu melengah-lengahkan pembuangan air kencing.
rujuk : http://hpaproduct2u.blogspot.com/2009/11/buah-pinggang.html#comments
http://www.sihatherba.com/hpa/

memandangkan aku sekarang menghadapi masalah buah pinggang.. maka aku kena cari artikel yang boleh memahamkan aku tentang hal ini... ubat mesti dicari! jangan putus asa...hanya orang kafir sahaja yang berputus asa! dan aku bukan orang kafir!
aku orang Islam!
contoh ubat..



Pakej Batu Karang

H.B
Di hasilkan daripada pegaga dan bayam duri yang amat baik untuk imunisasi dan tenaga khususnya untuk menambah tekanan darah. Ia juga dapat mengatasi kekurangan darah dan kelesuan badan akibat dari melahirkan anak. Selain itu H.B juga dapat

Penyakit keputihan
Penyakit kencing manis
Penyakit kulit dan saraf
Penyakit kuning atau jaundis
Wanita yang hamil yang mana kekurangan darah.
Menghancurkan batu karang
Penyakit Bawasir
Penyakit Siphlis
Masaalah sembelit,perut kembung dan peptic ulser

Malac
Herba yang bersifat diuretik berfungsi sebagai anti hipentensi dan anti piretik yang amat baik untuk untuk penjagaan buah pinggang, memecahkan batu karang, penyakit epilepsi, infeksi saluran air kencing, kncing berdarah dan sakit GHOUT.

Bagi penderitaan batu karang disarankan amalkan bersama madu asli bagi tujuan memecahkan batu karang.

Malac menggunakan herba utama lalang telah terbukti amat mujarab dan di cadangkan dijadikan amalan untuk mereka yang menghadapi masaalah tersebut.

1001 TIPS KESIHATAN

•Kesihatan badan, perasaan dan mental adalah penting utk menjamin kesihatan badan secara umum.
•Penjagaan makanan dan senaman yang berpadanan adalah penting untuk penjagaan tubuh badan.
•Kasih sayang antara manusia dengan TUHAN akan membuahkan rasa sayang sesama manusia. Rasa sayang inilah yang menjadi makanan bagi kesihatan jiwa dan mental kita. Oleh itu berusahalah kita untuk menjadi hamba TUHAN yang sepatutnya dan berusahalah menjalin kasih sayang sesama manusia; terutamanya hubungan kasih sayang di kalangan suami isteri dan anak- anak. Bagi seorang muslim; solat 5 waktu janganlah ditinggalkan.
•Dalam kita menjalankan tugas harian kita; pastikan diri kita diaturkan dan didisiplinkan; seperti didahulukan perkara perkara yang lebih penting dan utama. Dicatitkan perkara perkara yang boleh menyebabkan kita lupa. Dengan itu; urusan harian kita akan lebih tersusun dan teratur; supaya kita lebih bersikap tanggungjawab. Hasilnya; fikiran dan perasaan kita akan lebih tenang dalam menjalankan tanggungjawab harian.
•Elakkan daripada merokok, mengambil minuman keras, seks bebas dan mengambil dadah.
•Bersenam secara tetap / harian – sekurang kurangnya 20 minit sehari.
•Makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang; kurangkan pengambilan lemak, garam, gula, pewarna dan pengawet. Lebihkan sayur- sayuran dan buah buahan, karbohidrat dan protein ikut keperluan. Elakkan makan makanan ringan / segera.
•Sarapan pagi – eloklah kurangkan pengambilan nasi lemak, roti canai, mee goreng dan nasi goreng; kerana ianya mengandungi kalori yang tinggi dan menggemukkan dan meninggikan paras kolesterol di dalam darah. Ianya eloklah diganti dengan mee hon, laksa, capati, tose, roti kering dan lain-lain.
•Elakkan pengambilan organ dalaman seperti hati, usus, otak, limpa, hempedu, paru paru dan lain lain kerana ianya mengandungi kolesterol dan uric acid yg tinggi.
•Kurangkan pengambilan daging merah kerana tinggi kolesterolnya; ianya seperti daging lembu, kerbau, kambing, babi dan lain lain. Ianya diganti dengan mengambil daging putih seperti daging ayam; terutamanya bahagian dada ayam kerana kurang kolesterol. Kulit ayam dan kuning telur ayam banyak mengandungi kolesterol. Oleh itu; cuba elakkan mengambilnya; putih telur boleh dimakan.
•Kurangkan pengambilan santan kelapa dan minyak kelapa eloklah diganti dgn minyak zaitun / bunga matahari atau minyak jagung.
•Kurangkan pengambilan makanan ketika makan malam.
•Elakkan mengambil susu pekat manis dan air berkarbonat untuk mengelakkan kencing manis.
•Minum air yang telah ditapis/ disuling dan dimasak.
•Buatlah pemeriksaan doktor secara tetap ; sekurang kurangnya setiap 3 bulan, walaupun tiada tanda tanda penyakit / sakit. Ianya sangat penting; terutamanya bagi mereka yang telah berumur 30 tahun ke atas; lebih lebih lagi sekiranya ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi di dalam ahli keluarga; terutamanya ibu bapa. Pemeriksaan tekanan darah / gula / kolesterol dan uric acid adalah sangat-sangat penting kerana ianya berkait rapat dengan pemakanan kita. INGAT ! Darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi adalah “MUSUH DALAM SELIMUT” kerana ianya boleh mendatangkan penyakit strok, buta mata, rosak buah pinggang dan serangan jantung dan lain-lain. Seseorang mungkin tiada tanda tanda awal sebelum mengalami sakit-sakit tadi secara tiba tiba dan boleh membawa kematian mengejut atau merana sakit yang kronik; seumpama rosak buah pinggang atau lumpuh sebelah badan.
•Sebaiknya dibuat pemeriksaan darah secara menyeluruh seluruh badan dan ujian kencing; juga ujian saringan atau screening test bagi penyakit kanser bagi mereka yang telah berumur 50 tahun ke atas.
•Bagi pasangan bakal bakal pengantin; eloklah dibuat ujian screening untuk penyakit Hepatitis B, sakit kelamin sepert VDRL/TPHA , HIV dan lain-lain bagi mengelak penyakit penyakit bahaya seperti Hepatitis B, syphilis , AIDs dan lain-lain yang boleh menjangkiti pasangan masing masing dan juga bakal bayi yang akan dilahirkan.
•Buatlah pemeriksaan ECG – bagi ujian jantung bagi lelaki yang telah berumur 35 tahun ke atas; sekurang-kurangnya 2 kali setahun walaupun tiada tanda tanda sakit dada. Tambahan pula sekiranya anda mengalami darah tinggi dan paras kolesterol tinggi dalam darah; kerana anda berisiko tinggi utk mendapat serangan jantung.Tetapi ianya adalah wajib dilakukan ECG segera sekiranya anda mengalami sakit dada dibahagian tengah atau kiri dada; dimana sakit dada ini bertambah kita melakukan kerja kerja berat. Bagi perempuan adalah juga digalakkan buat ECG.
•Berhati-hati selalu dengan penyakit-penyakit yang menular melalui darah ; oleh itu pastikan pisau cukur, berus gigi, jarum dan lain-lain JANGAN dikongsi. Ketika anda ingin menolong seseorg yang dalam perdarahan seperti kemalangan jalanraya; pastikan anda tidak terdedah dengan darah seseorg secara langsung; sebaiknya eloklah memakai sarung tangan.
•Dalam kita menjaga kesihatan buah pinggang kita; pastikan pengambilan air suling, rawat segera sekiranya ada masalah kencing kotor / kencing berkuman atau batu karang. Elakkan pengambilan ubat-ubat tanpa nasihat doktor atau farmasi. Pastikan kencing manis dan darah tinggi anda dirawat secara sempurna dan terkawal / stabil.
•Untuk makluman; asap rokok mengandungi nikotin yang tinggi ; di mana ianya boleh menyebabkan rasangan urat saraf yg menyarafi salur darah supaya mengecut; akibatnya edaran darah ke organ organ penting seperti otak, jantung, buah pinggang, mata dan lain-lain akan rosak secara perlahan lahan. Akibatnya anda sangat terdedah kepada risiko penyakit strok, sakit serangan jantung, rosak buah pinggang, buta mata dan lain-lain. Asap rokok juga boleh mengubah sel-sel normal di bahagian saluran pernafasan untuk bertukar kepada sel-sel kanser. Asap rokok juga boleh meyempitkan saluran pernafasan seseorang dan menyukarkan untuk membuang kahak dan akhirnya mengakibatkan sesak nafas yang kronik.
•Pengambilan makanan laut seperti udang, sotong ,ketam dan ikan bilis eloklah dikurangkan bagi mereka yang tahap kolesterol dan uric acid yang tinggi di dalam darah.
•Paras uric acid yang tinggi di dalam darah boleh mengakibatkan batu karang di dalam buah pinggang, saluran ureter dan pundi kencing.
•Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah boleh menyempitkan saluran darah. Akibatnya pengedaran darah ke organ-organ penting akan terganggu; akibatnya ianya boleh menyebabkan strok, serangan jantung, buta mata, rosak buah pinggang, penyakit salur darah peripheral ( peripheral vascular disease ) dan lain-lain. Kolesterol yang tinggi juga boleh mengakibatkan pembentukan batu karang di dalam hempedu.
•Pesakit darah tinggi dan kencing manis hendaklah diperiksa darah buah pinggang dan kolesterol secara berkala, diperisa ECG utk mengesan sakit arteri koronari / sakit jantung dan diperiksa secara klinikal bagi mengesan penyakit salur darah sempit dan penyakit urat saraf peripheral – seperti kebas kebas di hujung kaki atau tangan bagi pesakit kencing manis. Mereka juga dinasihatkan untuk diperiksa oleh pakar mata; sekurang kurangnya 2 kali setahun atau ikut keperluan keadaan pesakit; ianya kerana penyakit kencing manis dan darah tinggi boleh merosakkan salur darah mata dan boleh mengakibatkan buta.
•Pastikan anda berusaha utk mendapat berat badan yang ideal atau bersesuaian dengan ketinggian anda; iaitu BMI ( Body mass index ) dalam julat yang normal.
•Pelbagai penyakit berkait dengan obesiti / kegemukan; seperti darah tinggi, kencing manis, strok, jantung, ketidaksuburan, batu dalam hempedu, sakit sendi dan tulang dan lain lain.
•Sekiranya anda kehilangan berat badan secara mendadak ; hendaklah disegerakan berjumpa dengan doktor untuk diperiksa secara teliti; di antara penyebabnya ialah kencing manis, thyrotoxicosis / sakit tiroid, kanser, batuk kering, AIDs, penyakit murung / depression dan segala macam penyakit kronik yang lain. Pemeriksaan darah mungkin diperlukan.

TIPS TERBAIK UNTUK ANDA!

Ahad, 18 April 2010

TOKSIN DAN KEMATIAN!


Dari Mana Datangnya TOKSIN Dalam Badan Kita?
Toksin datang dari pelbagai sumber. Menurut kajian yang dibuat oleh pakar pemakanan dan disahkan pula oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang, toksin datangnya dari:

a. Sumber Air Minuman
b. Bekas Makanan
c. Bahan Penstabil, Pengawet dan Pewarna Tiruan
d. Baja Tanaman
e. Penggalak Tumbesaran dan Antibiotik Haiwan Ternakan

Sumber Air Minuman

Sumber air minuman tercemar disebabkan kandungan klorin yang diguna untuk membersihkan air. Air yang baik untuk diminum adalah air yang semulajadi bersih tanpa sebarang rawatan. Ini mengembalikan kita ke zaman dahulu sebelum zaman perindustrian di mana air sungai dan sumber air adalah selamat untuk diminum. Disamping itu, zink, besi dan aluminium juga terdapat di dalam air minuman yang dibekalkan kerumah-rumah. Bahan berat ini datangnya dari bekas-bekas menyimpan, bekas memproses di pusat pembersihan dan bekas minuman di rumah.

Bekas Makanan
Plastik, polisterina dan pembalut cling film adalah bahan beracun yang telah diproses untuk menyimpan makanan. Plastik merupakan bahan aktif yang bertindak balas dengan suhu. Pada suhu melebihi 120 darjah celsius, ia akan berubah bentuk kepada wasap dan ianya adalah beracun. Jika diguna dengan lama pada suhu bilik pula, plastik boleh meresap ke dalam makanan berminyak, keju, mi segera, makanan berlemak dan daging. Oleh sebab itulah sekiranya kita lama menyimpan minuman atau makanan dalam bekas plastik, makanan atau minuman itu akan ada rasa dan bau plastik. Adalah merbahaya memanaskan makanan dengan mikrowave. Plastik, polisterina atau cling film akan terus menyerap ke dalam makanan pada suhu tinggi. Plastik boleh menyebab kanser. Plastik juga boleh mengakibatkan kerosakan hati, buah pinggang, organ penapisan dan endokrin badan manusia. Permainan kanak-kanak yang diperbuat daripada plastik juga membahayakan. Kanak-kanak akan menggigit, menghisap dan menyentuh barangan plastik dan proses ini merupakan pemindahan terus bahan plastik ke dalam tubuh badan.

Aluminium
Aluminium dalam makanan berpunca dari kuali, periuk, alat memasak dan bekas-bekas tin makanan. Baha makanan dalam tin merupakan penyumbang kepada kandungan logam ini dalam makanan. Makan diproses seperti susu tepung, tepung serbuk penaik, teh, kopi, krimer, jeruk-jeruk, bekalan air minuman dan lain-lain produk yang diproses mengutip aluminium dari bekas tin dan peralatan pemprosesan. Aluminium sekiranya masuk ke dalam tubuh badan akan mengakibatkan kerosakan otak dan tulang, penyakit Alzheimer dan buah pinggang.


Plumbum
Plumbum adalah logam yang ujud semulajadi dari tanah. Namun begitu, plumbum boleh masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan yang diproses dalam kotak, makanan dalam tin, pinggan mangkuk tembikar dan sumber air.
Kotak dan tin makanan menggunakan plumbum untuk mengklim sudut-sudut bekas makanan. Tindak balas pada makan boleh berlaku kerana kecacatan proses pengeluaran. Disamping itu, produk tembikar menggunakan kadmium dan plumbum untuk menyalut tanah liat sebelum dipasankan pada suhu tinggi. Bahan berat ini akan menyerap ke dalam makanan sekiranya digunakan.

Makanan laut seperti ketam, kepah, tiram merupakan makanan yang paling tinggi kandungan plumbum. Haiwan cengkerang ini menapis air laut dan sungai semasa ia bernafas dan makan. Semasa menapis, kandungan logam, kotoran dan sisa-sisa di kumpul di dalam cengkerang. Dengan air laut dan sungai di Malaysia ini mempunyai pencemaran yang tinggi terutamanya di Selat Melaka, Pulau Pinang dan Johor, kandungan plumbum dalam makanan laut di Malaysia adalah tidak selamat untuk dimakan. Dari sampel yang diambil dari perairan Johor, kepah dan kerang di sini mengandungi kandungan plumbum, arsenik dan raksa yang tinggi. Bahan-bahan ini datangnya dari air sungai tercemar yang mengalir ke laut, bahan kumbahan dan tumpahan minyak dari kapal-kalpal perdagangan. (WAA.. Bahaya ni!)

Plumbum boleh mengakibatkan kerosakan otak, kurang tumpuan belajar pada anak-anak, nyanyuk dan membantutkan tumbesaran. Ia mengganggu hemoglobin dalam sel darah yang membawa oksigen ke otak dan seluruh tubuh. Plumbum mengakibatkan darah tinggi, strok dan lemah jantung. Ia juga merosakkan buah pinggang, sistem saraf, pembiakan dan sistem pelalian manusia terhadap penyakit. Kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh menyebabkan seseorang itu cepat marah dan kasar terhadap orang lain.

Asid benzoik pula banyak terdapat di dalam cili boh, serbuk kari, kicap, belacan, makanan berjeruk dan lain-lain makanan diperam. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembiakan bakteria.
Asiad benzoik ini boleh membunuh seekor tikus jika diberikan.

Bahan Penstabil, Pengawet dan Pewarna Tiruan
Peniaga di pasar akan menggunakan bahan pengawet untuk mengekalkan kesegaran ikan dan buah-buahan yang dijual. Ikan akan kelihatan segar, bersih dan cantik walaupun telah lama ditangkap. Ini disebabkan tiada bakteria yang hidup pada ikan di mana bakteria ini telah dihapuskan oleh pengawet. Begitu juga buah-buahan seperti buah longan atau mata kucing. Buah longan tidak boleh dipegang terlalu lama karana ia akan menyebabkan kulit tangan melepuh atau bernanah. Ini adalah tindak balas yang terhasil dari kandungan pengawet yang tinggi.

Pengawet yang biasa digunakan adalah Formaldehide yang biasa digunakan untuk mengawet mayat, janin atau spesimen haiwan.
Asid askorbik pula digunakan untuk mengekalkan kesegaran produk segera seperti mi kuning, bebola ikan atau daging dan makanan snek. 1 sudu penuhasid askorbik boleh membunuh kanak-kanak.
Apabila kita membeli ikan-ikan di pasar, kita memasak menggunakan kuali dan bahan aluminium. Ini akan mengakibatkan limpahan bahan toksin ke dalam badan yang mana jika tidak dinyahkan akan mengakibatkan penyakit kronik seperti kerosakan hati, limpa dan buah pinggang, hilang selera makan, sakit perut dan cirit birit.

Penggalak Tumbesaran dan Antibiotik Haiwan
Kuman haiwan kini semakin kebal kepada antibodi haiwan itu sendiri. Ini disebabkan penggunaan antibiotik tambahan menjadikan kuman semakin tahan. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang, dari 21 contoh daging, 14 mempunyai kuman yang kenal antibodi. Di dalam daging ayang pula, 8 daripada 9 contoh daging mempunyai kuman yang kebal antibodi.
Ayam diternak di dalam tempat yang sempit, tidak bebas dan tidak terurus. Pengusaha ayam akan memberi ayam makan setiap hari dengan kerap untuk mencepatkan tumbesaran ayam. Hasilnya adalah ayam yang besar, lemak yang banyak tetapi otot yang kurang.
Kini, untuk menjimatkan kos, bahan buangan ayam seperti isi perut, lemak dan lemdir yang tidak diperlukan dicampurkan semula ke dalam makanan ayam dan jadilah ayam yang tidak sihat. Apabila ayam ini sakit, ayam akan diberikan antibiotik seperti tetracycline, erthromycin atau chlortetracycline.
Akhirnya ayam-ayam inilah yang masuk ke pasaran dan kita sebagai pengguna memakannya setiap hari.

Akhirnya dapatlah disimpulkan bahawa pemakanan organik adalah makanan keperluan bagi zaman ini. Ini kerana makanan organik saja yang masih mengekalkan keaslian, ketulenan dan keselamatan untuk dimakan. Di dalam buku Makanan Berbahaya keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang di mukasurat 115, dinayatakan bahawa kerajaan sepatutnya memberikan bantuan dan suntikan modal yang lebih kepada pengusaha-pengusaha LADANG ORGANIK bagi meningkatkan hasil keluaran sayur-sayuran dan tanaman organik.

Kalau tidak berhati2 dengan hal ini… maka kita akan cepat mati!

Ingat mati itu sakit!

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan
Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan
Oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang
dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak. Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat
dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda,
maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka Sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika
Kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak,
Cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.
Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,
pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah
hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu
menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan
kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu,
untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka
digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.
Antaranya:-
Sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih

Amalan harian:
1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardu
3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang
Air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil." Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris
As lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan
kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi
Idris A.s mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan
teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu
juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan
Allah.
Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut
bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi
Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan
hidup-hidup,
maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya."
Kata
malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya
lakukan
khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."
Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang Yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata:
"Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati
yang
masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba
hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal
dulu."
Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?"
Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."
Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan
Berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan
janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.
Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya Mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi
putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu
maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

Semoga kita dapat amalkan dan sampaikan. InsyaAllah

TODAY!

Hari ini hari isnin, semalam ahad dan semalam lagi Sabtu... hehehe.. sabtu aku gi KLCC- PC Fair.. hehehe.. walaupun tak beli apa2...aku just join je bini aku dan adik ipar aku beli barang2 diorang... dapatlah beli speaker harga murah tapi power... heheheh... lepas tu balik dah jam 11 malam baru sampai umah... memang penat gile.. hehehe.. sampai terluput subuh... hari ahad..aku tak kemana-mana .. kat umah je..dan layan PS2- GTA yang tak gheti2 habis citenya.. aku bukan apa.. aku suka layan keta dalam tu... bawa laju2...sebab dalam dunia real...tak leh la nak bawa gile macam dalam GTA.. hehehe ! nak mampus? .. malamnya aku ke ole2 ngan bini...konon nak beli DVD cetak rompak pnya.. heheheh... tapi malangnya..tak dapat nak beli kerana baru je kena ambush! ahahhahaaa.. padan muka diorang!.. jual lagi DVD CR tu!.. padan muka aku juga... sapa suh beli DVD CR.. kan dah hampeh semalam.. heheheh... aku ingat nak beli Clash of Titan tu... dan cite lain.. tapi takde rezeki... hehehe.. kebetulan semalam hujan lebat gile... lepas solat maghrib kat ole2 kami ke giant dan beli Tuna tin... nak makan sandwic tuna... heheheh .. tiba2 teringat betapa sedapnya sandwic tuna kat KLCC hari sabtu tu... hehehhe... malam tu sambil layan mentor 4 sambil melahap sandwic tuna yang sedap gile..hehehhe... sapa tengok mentor 4 malam tadi.. memang kelakar gile!.. hahahaha.. tapi aku berkenan dengan satu awek tu... lawa gile dan memang terernya nyanyi... aku ingtat dia akan jadi protege Azmir la jawabnya... ehheheheh.. apapun semuanya memanng best! hari ni isnin..aku macam biasalah datang keje sebelum jam 8... shelving buku dan terus ke kantin setengah jam kemudian.. tapi ahhri ni kuih pau takde... takde jual... aku terus pergi ke kedai runcit mini kat tingat satu...(tempat di mana kawan ku Fairuzah jatuh-lepas tu dia saman bos aku lak.. hehehe)

masuk kedai tu ej . aku disapah oleh seorang awek... hehehe kenalan juga kat lib....
"Aik... tak makan kat kantin ke?" suara tu tak la aku layan sangat.
aku etrus amik rotidan belek2...
"Roti je ke? Diet ya?"
aku toleh belakang. "Laa..akak ni rupanya... a'aa roti jela.."
"Apa barang makan roti je... pila makan roti canai."
"Roti canai? Huh! tak best! tak sedap!" jawab ku.
"Tak sedap?"
"Ya lah tak sedap laa... semua jenis roti canai tak sedap langsung!.. aku buat seniri pun aku tak nak.... memang takde rasa... tak sedap...!"
lepas tu aku blah setelah membayar harga roti kelapa jenama rot-sedap... malas nak layan.
kitasambung petang karang ya... ada keje sikit nak buat ni.