The Alien - Link Select

Jumaat, 28 Ogos 2009

SOLAT SUNAT TERAWIH

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat. Padanya terdapat malam lailatulqadar iaitu satu malam yang lebih mulia dari seribu bulan. Padanyalah diturunkan al-Qur’an yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman Allah S.W.T:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” – Surah al-Qadr: 1-5.

Pada bulan Ramadan ini jugalah Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada seluruh hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Ganjaran pahala kurniaan-Nya untuk hamba-Nya yang beribadah pada bulan Ramadan juga berlipat kali ganda melebihi bulan-bulan yang lain. Inilah bulan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1898.

Selanjutnya baginda bersabda: “Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1899.

Oleh itu, amat rugi sekiranya amalan ibadah yang kita kerjakan pada bulan yang mulia ini tidak diterima oleh Allah kerana tidak menepati kehendak-Nya. Untuk memastikan segala amal ibadah kita di terima oleh Allah, ia perlu memenuhi dua syarat utama, iaitu:

1. Amal ibadah hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah. Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah tidak bercampur dengan unsur syirik dan khurafat.

2. Amal ibadah itu juga hendaklah dikerjakan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w yang sahih. Haram sama sekali mencampur-adukkan ibadah dengan perkara bid’ah.

Solat tarawih merupakan satu sunnah yang amat dituntut bagi seluruh umat Islam untuk mengerjakannya pada malam bulan Ramadan. Sabda baginda : “Sesiapa solat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 759.


Solat Sunat Tarawih adalah satu jenis solat sunat yang dikerjakan semasa Bulan Ramadan.

Latar Belakang
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga ckup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.


Dalil

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.


Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.


Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.

Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:



Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".


Bilangan Rakaat


Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan RamadanPada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”

Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

Kelebihan Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.


insyallah... Marilah kita sama-sama menunaikan solat sunat Terawih yang amat menguntungkan ini... semoga solat kita diterima Allah SWT.


"Selamat berpuasa dan berterawih"

Khamis, 27 Ogos 2009

PUASA RAMADHAN 2009

Setelah tujuh hari menunaikan puasa bulan ramadhan yang berkat ini mari kita lihat dan hayati semula makna puasa dan segala ilmu yang berkaitan dengannya.

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

DALIL

Firman Allah S.W.T:

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“ Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.......”


NIAT
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.


Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka

Puasa Wajib

Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
Puasa Kifarah.
Puasa Nazar.


Puasa Sunat
Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

Puasa enam hari pada bulan Syawal
Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa pada Hari Isnin dan Khamis

Puasa Haram
Rencana utama: Tempoh haram puasa
Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah
Puasa perempuan haid & Nifas
Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

Berakal/waras
Baligh (cukup umur)
Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa
Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

Orang Islam
Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
Suci daripada haid dan nifas
Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa
Rukun puasa ada dua, iaitu:

Berniat pada malam harinya
Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasa
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

Makan sahur serta melambatkannya
Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
Menjamu orang-orang berbuka puasa
Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara yang membatalkan puasa
Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
Keluar darah haid atau nifas
Gila (hilang akal)
Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
Murtad (keluar dari Islam)
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka
Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

Orang yang sakit .
Orang yang berkerja buruh.
Orang yang dalam musafir (perjalanan).
Orang tua yang sudah lemah.
Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Doa buka puasa
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan


Tingkatan Puasa
Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan
Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.


Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).





Rabu, 26 Ogos 2009

GELOMBANG KEDUA H1N1


AGAK TERKEJUT DENGAN ANGKA KEMATIAN BAGI VIRUS INI. 71 kematian yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian hari ini. H1N1 semakin tidak terkawal di negara kita. aku meminta kepada semua yang demam-demam dan apa-apa masalah kesihatan duduk sahaja di rumah dan amalkan pemakanan yang sihat dan dapatkan segera ubat-ubatan di klinik berhampiran. Jangan bergerak kemana-mana. Yang perempuan Islam tolonglah pakai Jubah yang menutup separuh wajah. Inilah kebaikannya 'Burqah' yang orang-orang jahil dan berfikiran sempit selalu mengharamkannya. Kononnya pakaian seperti ini mencabul hak asasi manusia. B Inilah masalahnya kalau tiada agama. Cuba semua perempuan pakai pakaian ini... Insyallah tiada akan berlaku masalah jangkitan virus dan sebagainya. Malah masalah sosial pun akan terkawal... Tetapi ada jugalah individu yang jahil menolak galakan Allah supaya berpakaian seperti ini. Tidak moden katanya!... sebenarnya individu macam ni yang tidak moden. Allah Maha Tahu yang terbaik untuk manusia. Sebab itu dia jadikan peraturan pemakaian yang sesuai untuk semua.


Bak kata Nabil "Lu fikir la sendiri!"


Memandangkan gelombang kedua sudah bermula bagi penularan virus H1N1 ini.... maka Gelombang pertahanan kedua pula akan aku laksanakan. Semoga bagi yang membaca ini mengambil inisiatif untuk mengambil langkah ini.. ini merupakan petua yang amat berkesan.




Petua pertama


Bahan-bahan


1. Bawang Putih 7 ulas-blender

2. Air panas semangkuk (100'c) atau besen yang muat ukuran kedua-dua kaki anda.

3. Tuala atau selimut. (tudung kepala anda dan wapkan kepala anda di bawah selimut atau tuala ini.)


Wapkan dan sedut wap bawang putih yang telah direndam dalam air panas tadi. pastikan paru-paru menerima wap itu sepenuhnya dan hembuskan diluar mangkuk nafas anda tadi. Buatlah sehingga wap air panas bawang putih itu menjadi sejuk.... bila ia sejuk maka rendamlah kedua belah kaki anda di dalamnya selama setengah jam. Insyallah akan menguatkan sistem Imun anda.



Petua Kedua


1. Amalkan memakan dua ulas bawnag putih mentah di waktu sarapan pagi dan di waktu makan malam.

2. Minumlah air suam yang dicampur madu asli dan bawang putih seulas setiap pagi.


Petua Ketiga


1. Doa dan ayat-ayat suci al-Qur'an bagi orang Islam dan bukan Islam pula gunakan ayat-ayat suci dari kitab anda.


Doanya.


"Bismillahirrahmaanirrahiim.... Segala puji bagi Tuhan seluruh Alam yang menciptakan penyakit dan wabak ini. Salawat dan salam pada junjungan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Ampunilah dosa-dosaku yang Ya Ghafuururrahiim.... Ya Allah, Ya rahmaanirrahiim, Ya Mujiibu Ya Wahaabu Ya Shamadu... LIndungilah daku dari wabak ini dan selamatkan aku dan keluarga daku dari segala jenis penyakit dan wabak yang sedang menulak ketika ini. Wahai Tuhan Yang Maha Pelindung. Dengan kemuliaan Laa ilaaha illallah Muhammadurrasulullah.... perkenankanlah doa ini, Ya Allah dan salawat dan salam untuk Rasulullah SAW dan para sahabat. Segala puji bagimu ....Ya allah amin Ya Rabbil a'alamiin." Ulangi 3 kali selepas solat sunat dua rakaat.



Bagi yang bukan Islam pula.


Buatlah satu meditasi untuk menguatkan sistem Imun. Bernafas lah dalam-dalam dan pejam mata serta sarankan pada diri anda dengan saranan ini.


"Aku ini kebal dari segala wabak dan penyakit. Wabak H1N1 tidak akan mampu memudaratkan aku. Aku kuat! Aku kebal!" 7 kali dalam senafas


Ulangilah setiap malam ketika hendak tidur dan ketika bangun pagi. Ia baik untuk mengaktifkan aura pelindung setiap manusia yang mengamalkannya.


pesanan-- basuh tangan selalu dan amalkan pemakanan sihat.



Selamat berusaha....

semoga Malaysia bebas dari wabak ini secepat mungkin.


"Berdoa, berusaha dan bertawakkal"






Selasa, 25 Ogos 2009

TIGA TEMPAT SUCI ISLAM


MAKKAH

Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.

Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion muslim tak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun.

Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.

Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang. Selepas Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke tempat asalnya.

Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Al Safa, daripada Abi Qubais hinggalah ke Al Marwa. Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis, menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah s.w.t., air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.

Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu terlahirlah Kota Makkah. Nabi Ibrahim a.s. melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi. Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. kemudiannya membina Kaabah.


Al Masjid Al Haram di Makkah, tempat paling suci dalam IslamPada tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Makkah hendak diserang oleh tentera Abrahah yang cemburu dengan kemajuan Makkah sebagai pusat keagamaan Semenanjung Arab. Mujur dengan kuasa Allah s.w.t., tentera Abrahah ditewaskan. Tahun kejadian itu digelar Tahun Gajah.

Makkah juga merupakan tanah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. hidup di kalangan masyarakat yang menyembah berhala tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak lupa akan ajaran Nabi Ibrahim a.s.

Orang bukan Islam adalah dilarang daripada memasuki Makkah. Sekatan jalanraya diadakan pada setiap pintu masuk Kota Makkah. Hal ini bagi memelihara kesucian Kota Makkah.
Setiap tahun umat Islam akan datang ke Kota Makkah bagi mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun mengikut kalendar Islam. Antara ibadat haji itu ialah tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Ibadah haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam.
Binaan Kaabah (الكعبة), yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.

Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.

Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.

Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.

Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah

MADINAH

Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah (Arab: المدينة المنورة) ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.

Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.

Di bawah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, empayar Islam berkembang dengan pantas sehinggakan tentera Islam berjaya menakluk kota-kota yang penting seperti Damsyik, Baitulmuqaddis, Iskandariah, dan Baghdad. Selepas kematian khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyyah yang pada ketika itu merupakan gabenor Damsyik mengubah pusat pemerintahan kerajaan Islam ke Damsyik. Beliau kemudiannya menubuhkan dan mengasaskan Kerajaan Ummaiyyah. Kota Madinah kemudiannya hanya menjadi pusat keagamaan sahaja daripada menjadi pusat politik.

Pada tahun 1924, Madinah yang sudah lama berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah jatuh ke tangan Ibnu Saud yang kemudiannya menjadi Raja Arab Saudi.

MASJID AL-AQSA
Masjid Al-Aqsa (Arab: المسجد الاقصى), adalah sebahagian daripada kompleks bangunan-bangunan agama-agama di Baitulmuqaddis dikenali sebagai Gunung Majed atau Al-Haram Al-Sharif dan tapak ibadah suci yang ketiga (Tapak Ibadah Suci) kepada Muslim dan Har ha-Bayit (Kuil Suci) kepada Yahudi.

Masjid ini terletak di Baitulmuqaddis Timur, satu kawasan pertelingkahan yang ditadbir sebahagiannya daripada Israel tetapi dituntut oleh Palestin sebagai sebahagian daripada Palestin yang baru. Masjid terbesar di Baitulmuqaddis, ia boleh memenuhi lebih kurang 5,000 orang yang beribadah di dalam dan di sekitarnya.

Masjid ini ditadbir oleh pihak Waqf sejak zaman pendudukan Israel pada tahun 1967.

Nama "Masjid Al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia mungkin diambil daripada Isra and Mi'raj, satu tradisi Muslim tentang perjalanan lebih kurang pada 621 Nabi Muhammad s.a.w.(570-632). Berdasarkan pada ayat al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. melalui perjalanan dengan menaiki Buraq daripada "masjid al-haram" ( di Mekah di selatan Arab Saudi ) hingga ke "masjid paling jauh" (Masjid al-Aqsa), dan daripada satu batu di sana, Nabi Muhammed menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan berkomunikasi dengan orang-orang yang beriman. Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ia berkait rapat dengan Baitulmuqaddis, walaupun Baitulmuqaddis tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran.
Sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh Saidina Umar Al-Khatab, khalifah kedua Islam pada tahun 638M. Selepas pembinaan Qubbat As-Sakhrah, Khalifah Abdul Malik ibni Marwan mengarahkan supaya dibina sebuah masjid bagi mengantikan masjid yang sedia ada. Anaknya Al Walid ibni Abdul Malik menyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada 705M. Masjid ini harus tidak dikelirukan dengan keseluruhan kawasan ini yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif. Setiap inci kawasan ini amat suci dan tidak boleh dirundingkan.



WUJUDKAH KRISTIAN DALAM BIBLE?

Hari pertama puasa di bulan Ramadan, saya mendapat mesej dari adik tersayang… katanya. “Perkataan yang cantik dan nama yang tercantik ialah ‘ALLAH’, Lagu yang merdu dan terbaik ialah ‘AZAN’, Novel yang amat menarik dan menawan ialah ‘AL-QUR’AN’, Senaman yang terbaik ialah ‘SOLAT’ dan Diet yang paling mujarab ialah ‘PUASA’- SELAMAT MENYAMBUT RAMDHAN!”… Untuk adik, terima kasih atas ucapan manis itu… semoga puasa kita semua diterima Allah SWT.

Baiklah mari kita lihat pula nama Kristian itu… Dari mana asalnya dan apa maksudnya??? Siapa yang memulakannya? Dan apakah tujuannya. Kita tahu lambang salib itu darimana asalnya.-Lambang salib itu digunapakai oleh agama terdahulu(Adat orang terdahulu dari sebelum kelahiran Isa a.s sebagai alat menghina dan menghukum dengan menyalib orang yang hina dan pengkhianat yang kemudiannya digunapakai untuk Jesus- jelas sekali mereka menghina Jesus dengan menyalibnya dengan meletakkan mahkota berduri di kepalanya.).

Mari kita lihat dalam Bible siapa yang memulakan Kristian dan dari mana asalnya… Sebenarnya Jesus tidak pernah mendakwa bahawa agama yang dibawa baginda itu bernama Kristian. Begitu juga agama Yahudi- tidak disebut langsung tentang pengakuan Musa dan Isa tentang nama agama ini. Kristian hanya disebut 3 kali dalam Bible. Mula-mula oleh orang musyrik dari kaum Yahudi dalam Antioch kira-kira 43 Masihi selepas peninggalan Isa a.s Kita lihat ayat-ayat ini ;

Acts 11 : 26 “… Dan murid-murid dipanggil umat KRISTIAN pertama kali di Antioch.”

Tidak lama kemudian oleh Raja Agrippa II kepada Paul dalam
Acts 26 : 28 “Kemudian Agrippa berkata kepada Paul, ham[pir engkau menarik aku menjadi orang Kristian.”

Jadi nama Kristian itu pertama kali lebih tepat diberi oleh musuh berbanding kawan sendiri. Dan akhirnya oleh Peter dalam suratnya untuk memudahkan kesetiaan dalam

Peter 4 : 16 “Jika mana-manaorang masih menderita sebagai umat Kristian, janganlah dimalukan ia…”


Sejak Adam sehingga Muhammad SAW, para nabi Allah ini mengajarkan agama Islam. Nabi pertama yang menyerah diri kepada Allah adalah nabi Ibrahim. Bukanlah Muhammad SAW. Tetapi bermula dari Nabi Adam a.s hingga disempurnakan allah pada zaman Nabi Muhammad SAW- penutup para nabi. Kemudian diikuti oleh seluruh manusia sebagai cara hidup.
Bagaimana saya boleh katakana Nabi Ibrahim dan dan yang lain-lain itu adalah nabi-nabi Islam???

Kita akan sambung artikel ini …

Isnin, 24 Ogos 2009

JESUS NABI UMMAT ISLAM


“Auudjubillahiiminassaituannnhirajiiimmmm.... Bismillaaahirakmaanirahimmm!”
Bacaan itu berkumandang setiap pagi. Masih ingat lagi bagaimana loghat Tausug yang diarabkan. Saya amat teruja bila membaca blog saudara Asree tentang adapt dan budaya bangsa suluk, iaitu bangsa saya. Memangnya, saya juga seperti beliau. Setiap pagi, sebelum sarapan mak saya akan menyuruh saya membaca al-Qur’an setiap pagi. Selagi tak habis satu muka atau tidak dapat di baca dengan betul mengikut gaya bacaan suluk, maka tidak akan ada sarapan.(he he he…) best betul pengalaman itu sebenarnya. Walaupun tajwidnya tidak betul dan bacaan pula selalu di baca dengan laju sehingga seolah-olah menyanyi pun ada…. Ia tetap menjadi pelajaran asas orang-orang tausug yang pastinya akan terus diamalkan sehingga hari Kiamat. Tapi dalam bentuk yang berbeza disebabkan generasi Tausug kemudian dan hari ini sudah mahir tajwid dan lebih mantap ilmu pengetahuannya…. Insyallah!

Ok … kita lupakan hal itu… mari kita cerita pula tentang apa yang saya usahakan setakat ini… Saya temui buku ini di celah-celah rak yang memang tidak diusik oleh sesiapapun. Terasa ia amat penting buat pengetahuan umum… maka saya mengambil inisiatif untuk menyebarkannya. Kebetulan pula saya bergiat untuk berdakwah melalui internet. Oleh itu say abaca buku ini dan memahami apa yang cuba disampaiakn oleh Yoesoef Souyb, seorang penulis Indonesia yang ditulis oleh Saudara ‘Ata Ur-Rahim Muhammad.- tajuk buku ini simple sahaja”ISA NABI UMMAT ISLAM”- JESUS PROPHET OF ISLAM.
Buku ini membongkar dua keyakinan Kristian dalam agama ini. Iaitu Unitary Faith dan Trinity Faith.

Agak teruja membaca buku ini. Usaha selama 30 tahun penulis membuat kajian langsung dari sarjana-sarjana Kristian yang hebat dalam menguasai Bible. Ianya satu usaha yang patut dipuji dan amat cemerlang pencapaiannya. Terasa bertuah sangat dapat jumpa buku ini di celah-celah rak buku library PTAR ini. Saya baru sahaja selesai mengarang novel baru saya yang bertajuk –LAGENDA PAHLAWAN FIARA : ADAMUS DAN PEDANG UNIKORN- Insyallah akan diterbitkan tidak lama lagi. Cuma menunggu maklum balas dari pihak penerbit. Dan sekarang saya dalam proses menghasilkan novel penyiasatan pula. – Siri Tiga Penyiasat Malaysia- Insyallah akan siap tahun depan. Cuma memerlukan kajian ilmiah dalam pelbagai aspek dan mujurlah ada kawan dari jabatan PDRM ingin menyumbang maklumat yang saya perlukan.(Inspektor Maya- nama ini komersil sikit. Ada nilai yang sukar digambarkan.-terima kasih pada beliau) Insyallah nama ini akan jadi watak dalam novel ini nanti. Sambil membaca buku-buku agama termasuk agama Kristian, Hindu dan Sikh. Saya terus berusaha menjalankan dakwah pada semua manusia di muka bumi ini… Insyallah(Dengan izin Allah SWT).

Semoga usaha saya ini akan menjadi modal yang baik bagi kesejahteraan seluruh Manusia dan Jin. Lambang ‘Empayar Islam’ juga sudah siap dan kini akan dipamerkan di blog ini juga. Dan tidak lupa juga pada pendakwah Sheik Ahmad Deedat Kristianologi terkemuka dunia, Sheikh Ahmad Deedat berpulang ke rahmatullah hari Isnin (8/8) di usia 87 tahun. Lahir pada 1918 ini telah 60 tahun berdakwah dan menerbitkan jutaan kopi buku perbandingan agama.- beliau yang banyak menabur bakti dalam memberi cahaya pada kegelapan dunia Kristian telah pergi dahulu kepada-Nya. Kehilangannya bagaikan kehilangan sebutir bintang paling terang dalam kegelapan langit kelam. Semoga Allah merahmatinya…(Al-Fatihah)

Kepada seluruh Manusia dan Jin (Islam ataupun non-Islam), mari kita memikirkan sama-sama tentang hakikat ketuhanan Allah SWT, Buka minda dan hati anda. semoga dengan usaha yang sedikit ini kita dapat berzikir dan berdiri teguh di jalan Islam. Di sini saya sambil mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Qur’an, saya terus menaip dan mencoret jemari ini di keybord computer bersama idea yang tak kunjung habis.- Insyallah…

Seperti yang saya kata sebelum ini… saya akan perkenalkan anda tentang Bible yang diguna-pakai oleh umat Kristian.- kita gelar ia HOLY BIBLE- atau juga AL-KITAB. Ia juga digelar Gospel. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu OLD TESTAMENT- Yakni Perjanjian Lama yang merupakan kitab suci agama Yahudi. Ia mengandungi 39 buah Kitab, tiga bahagian iaitu Torah dan Mebiim(Gospel, Acts of Apostles, Epistels dan Apocalypse.) dan Perjanjian Baru yang menelan hampir seluruh isinya dengan ajaran Paul. Ajaran dan fahaman Paul ini terdiri dari- Tujuh Fahaman yang diketegorikannya sebagai Divine Mysteries-Rahsia ilahi yang mesti dipercayai membuta tuli tanpa menggunakan akal fikiran manusia waras. TIDAK BOLEH DISELIDIK MELALUI AKAL FIKIRAN. Ajaran ini ialah Dosa Warisan, Anak Allah, Inkarnasi, Penyaliban, Penebusan, Kebangkitan, dan Naik Ke Langit.

Seperti Ahmad Deedat, ingin tahu saya tentang 7 ajaran ini amat kuat. Maka saya cari dalam Bible itu sendiri. Maka apa yang saya dapati ialah, saya tidak menemui langsung perkara –perkara tersebut dalam Bible. Malah Bible itu sendiri bertentangan di antara satu sama lain. Bagi saya kalau lebih dari tiga ayat yang bertentangan dalam sesebuah kitab yang dianggap sebagai ayat-ayat Tuhan. Maka, saya yakin kitab itu telah diubah oleh tangan-tanagn kotor yang ingin menghalang cahaya allah itu sampai kepada hati-hati manusia yang dahagakan panduan Tuhan.

Akhirnya saya mengenali si Paulus yang telah merosakkan Injil(Gospel-Bible) dengan menambahkan ayat-ayat dari ilham fikirannya sendiri dan ada juga yang ditiru dari Theopilius yang kononnya agung itu. Paulus sebenarnya lebih memuja agama Yahudi dan sangat memusuhi pengikut Kristian. Malah dia sendiri berbalah dan tidak sependapat dengan Barnabas, yang kemudian harinya, Paul telah mengharamkan Injil Barnabas yang lebih tulen dan asli dari ajaran Nabi Isa a.s. Paulus ini juga adalah orang yang amat mengkagumi Mithra(Tuhan Matahari) yang lahir pada 25 Disember (Kemudiannya diambil tarikh lahir itu sebagai tarikh lahir Jesus- dan memulakan perayaan Krismas)
Paul la yang telah mencipta doktrin 7 perkara dan kemudian mengada-adakan perayaan Krismas yang kononnya adalah ‘Birthday Jesus Christ’- Malah nama Kristian pun bukanlah ajaran Jesus dan tidak dijumpai mana-mana nama Kristian itu dalam Bible.

Ahad, 23 Ogos 2009

PROFAIL MUHAMMAD S.A.W


Nabi Muhammad SAW adalah nabi agama islam yang ke 25 yang wajib kita ketahui. Beliau adalah nabi yang terakhir dengan ajaran yang menyempurnakan ajaran Allah SWT sebelumnya . Kitab yang dibawa bernama kitab suci Al-Quran yang berisi ajaran untuk semua umat manusia sepanjang jaman hingga hari kiamat tiba. Iman kepada nabi dan rasul Allah SWT adalah rukum iman yang ke-2.

Biodata Rosul / Nabi Muhammad SAW :
- Lahir : Tanggal 12 Rabiul Awwal / 20 April 571 Masehi (Isnin)
-Wafat : Hari Isnin
- Nama Ayah : Abdullah bin Abdul Muthalib
- Nama Ibu : Aminah binti Wahab
- Nama Kakek : Abdul Muthalib
- Nama Paman : Abu Thalib
- Gelaran : Al Amin / dapat dipercaya
- Nama Istri Pertama : Siti Khadijah
- Umur Menikan : 25 Tahun (istri 40 tahun) ---> 6 anak / putra
- Diangkat Menjadi Nabi : 40 Tahun di Gua Hira / Hiro
- Ayat Pertama : Al-Alaq ayat 1-5
-Jumlah Isteri dalam satu masa : 4 orang Isteri
-Kekuatan zahir dan batin – 1000 lelaki Syurga( 1 orang lelaki Syurga sama kekuatan dengan 400 lelaki dunia- 1000 kali 400 = 400 000 lelaki dunia)
- Jumlah Uban putih dikepala ketika wafat : 14 helai (tidak lebih 14 helai)
-Jumlah Nama Baginda dalam Islam : 99 nama

-Nama-nama gelarannya dalam kitab agama yang lain.
1. Bible – Paraclete, Penghibur.
2. Kitab Buddha- Maitreya(Pembawa Rahmat)
3. Kitab Vedas dan Purana- Narashanga- Yang Terpuji
Antim Rishi- Utusan Terakhir
Kalki Avatar-Utusan Akhir Zaman
Mahama dan Ahamiddhi- Muhammad dan Ahmad

Mukjizat terbesar : Kitabullah Al-Qur’an dan Israk dan Mikraj serta membelah Bulan dengan tangan kosong.
Jumlah Mukjizat baginda : 1000 Mukjizat (Keluar air dari celah-celah jari dan cukup 100 000 orang berwuduk dan minum. Dan lain-lain lagi…)
Kedudukan dalam kerajaan langit (Kerajaan Allah) : Pertama
Pembantu dari kalangan malaikat : Jibril dan Mikail dan malaikat-malaikat lain yang membantu mengikut situasi dan keadaan.
Kebangkitan : Masa yang terakhir (penutup para Nabi Allah SWT)
Jumlah sahabat yang setia dan mencintai baginda. : 124 000 sahabat.
Yang terus berselawat ke atas baginda : Allah SWT dan seluruh makhluk seluruh dunia dan akhirat.
Makam : Madinah
Jasad : Tidak reput dan tetap seperti dalam keadaan hidup Baginda S.A.W
Najis : Menjadi rebutan tanah dan akar-akar kayu sebagai baja yang sangat diberkati Allah. SWT
Darah : “Sesiapa yang terminum atau minum darah Rasullullah SAW- Api Neraka tidak akan menjilatnya.”

Sampai sekarang tidak ada seorang insan-MANUSIA pun yang lebih unggul dalam carta pemimpin terhebat dunia. Tetap nombor satu. Sedang Musuh-musuh baginda meletakkan Nabi Isa di tempat ke TIGA dalam carta pemimpin paling berpengaruh dalam sejarah dan nombor satu tetap NABI MUHAMMAD BIN ABDULLAH!

LIHAT SENARAI 50 TOKOH DI BAWAH INI…


50 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah Dunia :-

1). Nabi Muhammad SAW

- Nabi umat Islam yang paling agung

2). Isaac Newton

- Ilmuwan agung , antara penemuan terpenting Newton adalah dalam bidang mekanik , pengetahuan tentang pergerakan sesuatu jasad.

3). Nabi Isa A.S

- Antara 25 Rasul bagi umat Islam & punca terjadinya agama Kristian

4). Buddha

- Ajaran Buddha

5). Confucius

- Ahli falsafah Cina yang teragung

6). St. Paul

- Pengikut Nabi Isa A.S dan penyebar utama ajaran Kristian

7). Ts`ai Lun

- Pencipta kertas

8). Johann Gutenberg

- Pencipta percetakan (mesin cetak)

9). Christopher Columbus

- Orang yang menemui Amerika

10). Albert Einstein

- Saintis teragung abad yang ke - 20

11). Karl Marx

- Pelopor utama gagasan `sosiolisme saintifik`

12). Louis Pasteur

- Ahli kimia & biologi Perancis

13). Galileo Galilei

- Saintis Italy

14). Aristotle

- Ahli falsafah agung dan juga saintis dunia purba

15). Lenin

- Pemimpin politik yang bertanggungjawab atas fahaman komunis di Rusia.

16). Nabi Musa A.S

- Antara 25 Rasul umat Islam

17). Charles Darwin

- Pengasas teori evolusi organik

18). Shih Huang Ti

- Maharaja yang menyatukan China melalui kuasa ketenteraan.

19). Augustus Caesar

- pengasas empayar Rome.

20). Mao Tse-tung

- Pemimpin partis komunis paling berkuasa di china.

21). Genghis Khan

- Penakluk unggul dari Mongol

22). Euclid

- ahli geometer Greek

23). Martin Luther

- Penentang gereja katolik Rom dan memulakan reformasi Protestan.

24). Nicolaus Copernicus

- Ahli astronomi Poland

25). James Watt

- Tokoh terpenting dalam revolusi industri yang sering dikaitkan dengan rekaan enjin stim.

26). Constantine The Great

- Maharaja Kristian Rome yang pertama.

27). George Washington

- Presiden Amerika Syarikat yang pertama.

28). Michael Faraday

- Penghasilan elektrik

29). James Clerk Maxwell

- Ahli fizik British

30). Orville Wright & Wilbur Wright

- Membina kapal terbang

31). Antoine Laurent Lavoisier

- Saintis Perancis , tokoh utama dalam pembangunan kimia.

32). Sigmund Freud

- Pengasas psikoanalisis.

33). Alexander the great

- Penakluk paling mahsyur zaman purba.

34). Napoleon Bonaparte

- Jeneral dan maharaja Perancis

35). Adolf Hitler

- Pemimpin Nazi

36). William Shakespeare

- Penyair Inggeris

37). Adam Smith

- Tokoh terkemuka teori dalam bidang ekonomi.

38). Thomas Edison

- Seorang pencipta yang serba boleh.

39). Antony Van Leeuwenhock

- orang yang menemukan mikrob.

40). Plato

- Ahli falsafah Greek.

41). Guglielmo Marconi

- pencipta radio

42). Ludwig Van Beethoven

- Pencipta muzik teragung

43). Werner Heisenberg

- Ahli fizik dari German

44). Alexander Graham Bell

- Pencipta telefon

45). Alexander Flaming

- Orang yang menemuken penisilin.

46). Simon Bolivar

- Tokoh politik yang memainkan peranan dalam membebaskan lima buah negara iaitu Colombia , Venezuala , Ecuador , Peru dan Bolovia dari Sepanyol.

47). Oliver Cromwell

- Pemimpin tentera yang bijak yang mengetuai Parlimen mencapai kejayaan dalam Perang Saudara Inggeris.

48). John Locke

- Ahli falsafah Inggeris

49). Michelangelo

- Artis Zaman Pembaharuan

50). Pope Urban 2 -Paderi yang mula-mula mengisyhtiharkan perang ke atas umat Islam untuk mengambil semula tanah suci Baitulmaqdis.


HEBAT TAK ???