The Alien - Link Select

Khamis, 13 Mac 2008

PULAU MAMUTIK antara pulau-pulau di Sabah yang terbaik untuk dijadikan kawasan piknik... Aku pernah camping kat sini bersama dengan saudara2 dekat laa.... macam Lee boy, jay, Borg, Tutung, Selbin, Nazir dan ada beberapa orang lagi yang aku lupa dah nama diorang... but we are really close each others... hehehe... kita orang camping hanya pakai satu khemah yang dibayar RM 10 satu malam... Dan bekal yang kitaorang bawa adalah Ayam seekor dan piutu...selain ikan kandaman... heheh
well lepak kat situ satu malam...dan esoknya balik... seronok gila... bila malam tu kita orang siap mancing kat jeti dan mengendap orang yang berkhemah kat area situ malam tu..
hehehe... best wooo... kat Pulauni ada kubur ....aku tak ingat sangat berapa jumlah kubur lama yang ada... tetapi memang ada kubur kat tengah kawasan pantai dan tidak jauh dari kawasan khemah kami...dalam 50 meter agaknya... hahahaha
malam tu memang tak takut laa sebab ramai orang kan.. lagipun seronok.... sampai pagi aku tak dapat tidur... tidur pun kejap je.. hehhehe...rasa sayang nak lepaskan view pulau tu di waktu malam.... gambar2nya ada dalam buku besar aku kat umah.... nantilah aku scan dan display kat sini... ok cow dulu...

HADIAH BUAT MAT REMPITTTT!!!!!


MAT REMPIT. kesian mat rempit seekor ni... tu laa sapa suruh merempit tak kena tempat!... Aku pun tak tau ni mat rempit betul atau tidak... tetapi ini pengajaran buat semua penunggang-penunggang motosikal apa jenis pun... nasib buruk ini boleh berlaku kepada anda! Ingatlah! Tak perlu ingat orang tersayang tetapi ingatlah diri anda sendiri. Sanggupkah anda ditimpa seperti ini???? tanya diri anda sendirilah... Oleh itu berhati-hati di jalan raya... Baca 'Bismillah, Allahuakbar dan salawat' apabila mula menunggang motor. Bukan sahaja penunggang motor malah pembonceng dan semua pengguna jalan raya... Kalau bukan anda mungkin saudara anda atau saudara seagama anda atau orang yang penting pada anda yang akan menerima nasib seperti ini.... beringatlah sebelum kena!
Jadikanlah diri anda di sambut dengan 'Alhamdulillah' bukan 'Innaalilla wainna ilaihi raaj'iun'
"BERHATI-HATI DIJALAN RAYA, INGAT ALLAH DAN DOSA YANG ANDA BAWA KEPADA-NYA"

Khamis, 6 Mac 2008

'Filem hasut kebencian al-Quran'

ISLAMABAD: Sebuah filem berunsur anti al-Quran oleh seorang ahli politik Belanda bertujuan menanam kebencian politik dan agama serta tidak wajar sama sekali, kata Pakistan, semalam. Ahli politik Belanda terbabit, Geert Wilders, yang bersikap antiimigran memberi tajuk ‘Fitna’ kepada filem berkenaan. Beliau mendakwa, filem itu adalah pandangannya mengenai al-Quran dan pernah mendesak kerajaan mengharamkannya.
“Filem Wilders yang berunsur anti al-Quran menunjukkan beliau mempunyai pandangan berat sebelah dan perkauman. Ia tidak ada kena mengena dengan soal kebebasan bersuara,” kata jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Mohammad Sadiq, dalam taklimatnya, semalam. Wilders berkata, filem itu sudah siap dan sedang berunding dengan stesen televisyen untuk siaran bulan ini atau April. Kerajaan Belanda sudah menyuarakan kebimbangan filem itu akan mencetuskan bantahan seumpama penyiaran kartun menghina Nabi Muhammad SAW di kalangan orang Islam menyebabkan 50 orang maut termasuk lima orang di Pakistan pada awal 2006.

Rabu, 5 Mac 2008

kemunculan pendekar laut dan penjejak neraka!


kemunculan dua jaguh yang terbilang ini telah menggemparkan dunia reliti. Dengan kuasa masing-masing 1 juta hp cukup menjadikan mereka pendekar paling hebat di abad ini.... kemunculan dua jaguh masa lampau di Di Wira Tunggal Infiniti... hahahaha... ikuti kemunculannya... Warggghhh!!!!!!!!!!!!!!

a thursday moment

HARI ini aku datang awal. Jam 5.15 pagi tadi aku bangun untuk sahur, Puasa sunat Khamis merupakan amalan rutin mingguan aku. Bagi aku ibadat puasa ini adalah nombor dua selepas solat fardhu. Pagi yangs ejuk itu aku bangun bila mendengar loceng jam handphone Motorola yang aku beli tahun lepas dengan harga yang agak mahal juga. Aku menikmati sahur dengan buah Epal, Dua biji Kurma perap, Susu Bawang putih campur telur mentah dan roti kacang hitam berjenama SWEETY. Sepatutnya aku beli jenama Bee's yang enak itu. Namun disebabkan kesuntukkan masa malam tadi lantaran aku balik pada jam 10 malam yang dikhususkan untuk aku dan beberapa orang yang bertugas malam. Aku tidak sempat untuk mmbeli roti jenis itu. Alhamdulillah.. cukup berseleralah juga aku sambil menonton MAJALAH 3 yang disiarkan berkisar Aquaria KLCC yang cukup mengkagumkan aku. Jam 6.10 pagi, Azan Subuh berkumandang dan aku mendirikan solat Subuh setelah solat sunat 2 rakaat. Selesai wirid yang panjang aku buka kembali Kitabullah dan baca beberapa ayat dari Surah Al-Mulk berserta maknanya sekali. lepas tu aku baringkan tubuh dan tertidur seketika. Sedar-sedar jam sudah menunjuk ke angka 7.30 pagi, aku bergegas mandi dan bersiap untuk kerja walaupiun aku bekerja malam. Aku kenalah datang awal juga memandangkan kunci Sudut IT ada pada aku yang terlupa untuk diletakkan kembalidi tempat sepatutnya malam tadi untuk memudahkan Juliana mencari kunci tersebut. Aku tiba di pejabat lebih kurang jam 8.30 pagi... mujur semuanya ok... Juliana pun baru turun dari aras atas. Dan aku bersiap pula buat kerja2 rutin aku... ARGHHH ADA DUA TROLI NAK KENA SIAPKAN.... Aku on komputer dan buka YM... Lepas jam 10 30 pagi aku selesai kerja dan lepak jap di meja khas aku ni dan mengarang blog kesayangan aku.... hehehe... lepas ni nak gi Zon Annex pula nak buat something kat sana...

Selasa, 26 Februari 2008

PETUA BERKESAN UNTUK LANGSINGKAN BADAN BAGI ORANG GEMUK!

GEMUK? satu perkataan yang agak menghinakan bagi segelintir mereka yang ada masalah ini. Aku sangat2 bersimpati dengan orang yang mengalami masalah2 seperti ini. Oleh itu, satu hari tahun lepas, aku duduk bertafakur memikirkan sesuatu. Sebelum ini aku buat banyak kajian tentang pemakanan dan senaman yang mampu mengawal kesihatan kita. Selain itu juga, aku menyusun beberapa buah resepi dan amalan khsusus serta senaman istimewa bagi mereka yang mengalami masalah ini. Insyallah sekiranya mereka ini benar2 serius untuk menguruskan badan ...pasti dalam masa 6 minggu sahaja... mereka akan mendapati tubuh gemuk itu sudah tiada !
Baiklah ... mari kita lihat dari segi pemakanan. apakah resepi minuman yang berkesan untuk memastikan lemak di tubuh diuraikan satu persatu setiap hari? Aku ada buat satu resepi yang pastinya berkesan untuk menghalang pembentukan lemak yang berlebihan dalam tubuh.
bahan-bahannya :
1 biji Timun + 1 biji limau kasturi + 1 biji lobak merak + 5 cm Halia.
-Blender ke tiga2 bahan tadi dan campurkan dengan perahan air limau dan air masak satu gelas dan minum di sebelah pagi dan sebelah malam(lepas sarapan dan lepas makan malam) atau pun setiap kali selepas makan. Anda boleh memilih salah satu dari cara tersebut.
Keduanya senaman khas.
anda boleh mengamalkan YOGA dan Senaman Melayu.
-Pelajari dua cara senaman itu dengan teliti-
yang ketiga 'Air Istimewa'
Air masak yang disejukkan dalam suhu bilik.
bacakan Bismillahirrahmaanirr rahiim 21 kali
Al-Fatihah 3
Al-Falaq dan An Naas 1 kali
Ayat Qursyi satu kali
salawat 7 kali.
niatkan dalam hati :
"Ya Allah berkati ayat2 suci -Mu ini, sederhanakan lah berat dan ketinggian tubuhku serta hilangkan lemak yang berlebihan dari tubuh ku dan sihatkan lah, perbaikilah bentuk rupaku dan sihatkanlah aku, Ya Khaliq, Ya Rabbulm 'Aalaaminn....
amin"
insyallah amalkan secara berterusan setiap hari dan malam . Dalam 6 minggu Insyallah ada perubahan besar yang menakjubkan anda.


selain itu sila dapatkan produk STOMA-K Keluaran HPA-




Stoma K adalah satu bentuk ramuan yang dihasilkan 100% dari herba dan tidak mengandungi bahan kimia. Bahan aktif falam produk ini ialah (-) Hydrocytic Acid (-) HCA ini berupaya untuk mengurangkan selera makan, membantu penghasilan dan penyimpanan lemak dan mengaktifkan pembakaran lemak. Formula ini amat berkesan untuk mengatasi permasalahan obesiti. Keadaan in akan menyebabkan kebanyakan kalori ditukarkan kepada glikogen dalam hati dan hanya sedikit kalori akan disimpan sebagai lemak. Kebanyakan produk pelangsing dan menurunkan berat badan yag terdapat di pasaran menggunkan bahan kimia yang boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan khusus kepada gangguan tekanan jantung. Stoma K amat sesuai dan selamat digunakan kerana:-

1. HCA tidak diklasifikasikan sebagai dadah.

2. HCA tidak bertindak balas dalam mitokondria, maka proses penghasilan tenaga secara normal dalam kitaran kreb tidak diganggu.

Kesan Stoma K tidak akan berkurang setelah digunakan pada jangka masa tertentu.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica 2. Centella Asiatica.

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga :

Semenanjung : RM22

Sabah/Sarawak : RM25

Sabtu, 23 Februari 2008

LESTARINE HERBA.

ANDA ada masalah mulut? Masalah gusi? Masalah gigi sakit? Biasanya kalau masalah ini berlaku pada kita ... destinasi terakhir cuma laaa Klinik Gigi... tentulah doktor akan beri dua pilihan yang mungkin agak sukar untuk difikirkan... Cabut gigi atau beri ubat tahan sakit dan lestrine. Namun, penggunaan lestrine hari ni... hanya berkesan buat sementara. Akhirnya gigi kembali sakit... aku ada satu petua yang mana petua ini hasil dari ilham berdasarkan hadis Nabi SAW tentang bawang putih. Bila aku tahu khasiat yang terkandung dalam seulas bawang putih. Maka aku telah menginovatifkan diriku untuk jadikan ia ubat serbaguna. anda boleh baca buku2 mengenai khasiat bawang putih di pasaran. Aku rasa semua nya tahu tentang ini cuma saja anda semua tidak mahu jadikannya ubat herba disebabkan baunya yang busuk dan pedas... hehehe biasalah tu kalau tak pahit, tak busuk dan tak pedas...bukan lah ubat namanya! dua bulan dulu aku diserang sakit gigi yang dah ditampal sebelum ni... Bila aku pi jumpa doktor... dia tak nak cabut(swasta sahaja-kalau kerajaan .. mana dia peduli.... diorang kompom cabut je kalau kite suruh)... but swasta is the best.. dia bagi pilihan sama ada cabut atau nak minum ubat dulu kemudian baru cabut. Dua bulan dulu mungkin pilihan aku ialah cabut atau minum ubat tahan sakit... tapi hari ini aku ada pilihan sendiri.... dengan menggunakan Air bawang putih sebagai lestrine...ia lebih berkesan dalam memulihkan sakit gusi dan gigi serta membunuh kuman yang mengancam gigi dan gusi kita. Selain ubat gigi yang dicampurkan dengan ekstrak kayu sugi dan gamat aku menggunakan air bawang putih yang dikumur setiap hujung minggu dua kali kumur iaiatu pagi dan petang. Bacalah Bismillahirrahmaanirrahiim 3 kali dan selawat 2 kali.... berkumurlah selamat 3 minit.... Insyallah masalah mulut anda itu akan selesai dengan mudahnya. Gigi anda lebih bersih dan kuat selepas mengamalkannya secara rutin... insyallah. amalkan!