HARI ini aku datang awal. Jam 5.15 pagi tadi aku bangun untuk sahur, Puasa sunat Khamis merupakan amalan rutin mingguan aku. Bagi aku ibadat puasa ini adalah nombor dua selepas solat fardhu. Pagi yangs ejuk itu aku bangun bila mendengar loceng jam handphone Motorola yang aku beli tahun lepas dengan harga yang agak mahal juga. Aku menikmati sahur dengan buah Epal, Dua biji Kurma perap, Susu Bawang putih campur telur mentah dan roti kacang hitam berjenama SWEETY. Sepatutnya aku beli jenama Bee's yang enak itu. Namun disebabkan kesuntukkan masa malam tadi lantaran aku balik pada jam 10 malam yang dikhususkan untuk aku dan beberapa orang yang bertugas malam. Aku tidak sempat untuk mmbeli roti jenis itu. Alhamdulillah.. cukup berseleralah juga aku sambil menonton MAJALAH 3 yang disiarkan berkisar Aquaria KLCC yang cukup mengkagumkan aku. Jam 6.10 pagi, Azan Subuh berkumandang dan aku mendirikan solat Subuh setelah solat sunat 2 rakaat. Selesai wirid yang panjang aku buka kembali Kitabullah dan baca beberapa ayat dari Surah Al-Mulk berserta maknanya sekali. lepas tu aku baringkan tubuh dan tertidur seketika. Sedar-sedar jam sudah menunjuk ke angka 7.30 pagi, aku bergegas mandi dan bersiap untuk kerja walaupiun aku bekerja malam. Aku kenalah datang awal juga memandangkan kunci Sudut IT ada pada aku yang terlupa untuk diletakkan kembalidi tempat sepatutnya malam tadi untuk memudahkan Juliana mencari kunci tersebut. Aku tiba di pejabat lebih kurang jam 8.30 pagi... mujur semuanya ok... Juliana pun baru turun dari aras atas. Dan aku bersiap pula buat kerja2 rutin aku... ARGHHH ADA DUA TROLI NAK KENA SIAPKAN.... Aku on komputer dan buka YM... Lepas jam 10 30 pagi aku selesai kerja dan lepak jap di meja khas aku ni dan mengarang blog kesayangan aku.... hehehe... lepas ni nak gi Zon Annex pula nak buat something kat sana...
Rabu, 5 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan