Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
41:1. Ha Mim.
41:2. Satu penurunan daripada Yang Pemurah, Yang Pengasih.
41:3. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an
bahasa Arab bagi kaum yang tahu,
41:4. Pembawa berita gembira, dan pemberi amaran, tetapi kebanyakan
mereka berpaling, dan tidak dengar.
41:5. Mereka berkata, "Hati kami ditudung daripada apa kamu seru
kami kepadanya, dan di dalam telinga kami ada sumbatan, dan antara kami dan
kamu ada tabir (hijab); maka beramallah kamu; kami sedang beramal!"
41:6. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan
kamu. Kepadaku diwahyukan bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka
berlakuluruslah kepada-Nya, dan mintalah ampun kepada-Nya, dan kecelakaanlah
bagi orang-orang yang sekutukan,
41:7. Yang tidak beri zakat, dan tidak percaya kepada akhirat.
41:8. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik
, dapat upah yang tidak putus-putus."
41:9. Katakanlah, "Apa, adakah kamu tidak percaya kepada-Nya yang
mencipta bumi dalam dua hari, dan adakah kamu adakan rakan-rakan bagi-Nya? Itu
Pemelihara semua alam.
41:10. Dan Dia letak di dalamnya gunung-gunung di atasnya, dan Dia
memberkatinya, dan Dia tentukan di dalamnya makanan dan minumannya dalam empat
hari, sama bagi orang-orang yang bertanya.
41:11. Kemudian Dia beranjak ke langit sedang ia adalah asap, dan Dia
berkata padanya dan kepada bumi, 'Datanglah dengan rela, atau benci!' Mereka
berkata, 'Kami datang dengan rela.'
41:12. Maka Dia tentukan mereka sebagai tujuh langit dalam dua hari,
dan Dia wahyukan perintahnya di tiap-tiap langit." Dan Kami hiasi langit
dunia dengan pelita-pelita, dan untuk menjaganya; itulah ketentuan Yang
Perkasa, Yang Mengetahui.
41:13. Tetapi jika mereka berpaling, maka katakanlah, "Aku beri
amaran kepada kamu dengan halilintar yang serupa halilintar Ad dan
Tsamud."
41:14. Apabila Rasul-Rasul datang kepada mereka dari hadapan mereka dan
dari belakang mereka, "Janganlah sembah siapa pun melainkan Allah",
mereka berkata, "Sekiranya Pemelihara kami hendak, tentu Dia turunkan
malaikat-malaikat; maka kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus
dengannya."
41:15. Bagi Ad, mereka menyombong di bumi tanpa patut, dan mereka
berkata, "Siapakah yang lebih kuat daripada kami dalam kekuatan?"
Apa, tidakkah mereka lihat bahawa Allah, yang mencipta mereka, Dia lebih kuat
daripada mereka dalam kekuatan? Dan mereka sangkal ayat-ayat Kami.
41:16. Kemudian Kami utus kepada mereka angin yang sangat bising pada
hari-hari yang malang, supaya Kami merasakan kepada mereka azab kerendahan
dalam kehidupan dunia; dan azab akhirat adalah lebih rendah lagi, dan mereka
tidak ditolong.
41:17. Bagi Tsamud, Kami beri mereka petunjuk, tetapi mereka lebih suka
kebutaan daripada petunjuk, maka halilintar daripada azab yang menghinakan
ambil mereka kerana apa yang mereka usahakan.
41:18. Dan Kami selamatkan orang-orang yang percaya, dan bertakwa.
41:19. Pada hari apabila musuh-musuh Allah dikumpulkan ke Api,
berbaris,
41:20. Sehingga apabila mereka datang kepadanya, pendengaran mereka,
dan mata mereka, dan kulit-kulit mereka, menyaksikan terhadap mereka, mengenai
apa yang mereka telah buat,
41:21. Dan mereka berkata kepada kulit-kulit mereka, "Mengapa kamu
saksikan terhadap kami?" Berkata, "Allah beri kami percakapan
sebagaimana Dia beri segala sesuatu percakapan. Dia cipta kamu pada kali
pertama, dan kepada-Nya kamu dikembalikan."
41:22. Kamu tidak dapat tutup diri kamu, supaya pendengaran kamu, dan
mata kamu, dan kulit kamu, tidak menyaksikan terhadap kamu; tetapi kamu sangka
Allah tidak tahu kebanyakan daripada apa kamu buat.
41:23. Yang demikian itu adalah sangkaan yang kamu sangka terhadap
Pemelihara kamu, yang membinasakan kamu, maka kamu dapati diri kamu jadi di
kalangan orang-orang yang rugi.
41:24. Kemudian jika mereka sabar (berterusan), Apilah jadi tempat
tinggal bagi mereka; dan jika mereka minta diredakan, mereka tidaklah termasuk
orang-orang yang diredai.
41:25. Dan Kami tentukan bagi mereka teman-teman yang dipercayai, dan
mereka menampakkan indah bagi mereka apa yang di hadapan mereka, dan yang di
belakang mereka. Maka wajarlah ke atas mereka Ucapan yang mengenai umat-umat
yang telah berlalu sebelum mereka, daripada jin dan manusia; sesungguhnya
merekalah orang-orang yang rugi.
41:26. Orang-orang tidak percaya berkata, "Jangan dengarkan
al-Qur'an ini, dan cakaplah yang sia-sia mengenainya supaya kamu dapat
kalahkan."
41:27. Maka Kami akan rasakan kepada orang-orang tidak percaya azab
yang keras, dan Kami akan balas mereka dengan yang paling buruk daripada apa
mereka telah buat.
41:28. Itu balasan ke atas musuh-musuh Allah - Api, di dalamnya mereka
dapati Tempat Tinggal Yang Kekal sebagai balasan, kerana mereka sangkal
ayat-ayat Kami.
41:29. Dan orang-orang tidak percaya berkata, "Wahai Pemelihara
kami, perlihatkan kepada kami mereka yang sesatkan kami, kedua-dua jin dan
manusia, dan kami akan letak mereka di bawah kaki kami supaya mereka jadi
antara orang-orang yang lebih rendah."
41:30. Orang-orang yang berkata, "Pemelihara kami Allah",
kemudian mereka meluruskan (teguhkan) pendirian, kepada mereka
malaikat-malaikat turun, dengan berkata, "Jangan takut, dan jangan sedih;
gembiralah dengan Taman yang kamu telah dijanjikan.
41:31. Kamilah wali-wali (sahabat-sahabat) kamu dalam kehidupan dunia,
dan di akhirat; di dalamnya kamu dapati semua yang jiwa kamu inginkan, dan apa
yang kamu seru,
41:32. Sebagai sajian daripada yang Pengampun, Pengasih."
41:33. Dan siapakah lebih baik ucapannya daripada orang yang berseru
kepada Allah, dan buat kerja-kerja baik , dan berkata, "Sesungguhnya aku
adalah daripada orang-orang yang muslim"?
41:34. Tidaklah sama yang baik dengan kejahatan. Tangkislah dengan apa
yang lebih baik, dan tiba-tiba, orang yang antara kamu dan dia dalam
permusuhan, jadi seakan-akan dia seorang wali (sahabat), sahabat yang setia.
41:35. Namun begitu, tiada yang terimanya, kecuali orang yang sabar;
tiada yang terimanya, kecuali orang empunya peruntungan yang besar.
41:36. Jika satu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu,
berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari
dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah
kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.
41:38. Dan jika mereka menyombong, mereka yang di sisi Pemelihara kamu
menyanjung-Nya malam dan siang, dan mereka tidak jadi letih.
41:39. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa kamu lihat bumi tunduk;
kemudian, apabila Kami turunkan air kepadanya ia bergetar dan gelembung.
Sesungguhnya yang menghidupkannya ialah Yang menghidupkan yang mati;
sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.
41:40. Orang-orang yang mencercai ayat-ayat Kami tidak tersembunyi
daripada Kami. Apa, adakah orang yang dilempar ke dalam Api lebih baik, atau
orang yang datang pada Hari Kiamat dengan aman? Buatlah apa yang kamu hendaki;
sesungguhnya Dia lihat apa kamu buat.
41:41. Orang-orang tidak percaya kepada Peringatan apabila ia datang
kepada mereka - dan sesungguhnya ia adalah Kitab yang perkasa.
41:42. Kepalsuan tidak datang kepadanya dari hadapannya, dan tidak juga
dari belakangnya; satu penurunan daripada yang Bijaksana, Terpuji.
41:43. Tiada yang dikatakan kepada kamu melainkan apa yang telah
dikatakan kepada Rasul-Rasul sebelum kamu. Sesungguhnya Pemelihara kamu
mempunyai ampunan, dan mempunyai balasan yang pedih.
41:44. Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu
mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam
bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?" Katakanlah, "Bagi
orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi
orang-orang tidak percayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi
mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang
jauh."
41:45. Dan Kami beri Musa Kitab; lalu berlakulah perselisihan mengenainya,
dan jika tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu
ia diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya,
kebimbangan.
41:46. Sesiapa buat kerja-kerja baik , ia adalah untuk dirinya sendiri,
dan sesiapa buat jahat, ia adalah terhadapnya sendiri. Pemelihara kamu tidak
buat aniaya terhadap hamba-hamba-Nya.
41:47. Kepada-Nya dikembalikan pengetahuan mengenai Saat. Tiada satu
buah-buahan keluar daripada kelopaknya, tiada perempuan yang mengandung dan
tiada juga yang melahirkannya, melainkan dengan pengetahuan-Nya. Pada hari Dia
panggil mereka, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku?" mereka berkata,
"Kami nyatakan kepada Engkau bahawa tidak ada seorang saksi di kalangan
kami."
41:48. Kemudian apa yang mereka seru sebelumnya sesat (hilang) daripada
mereka, dan mereka sangka mereka tidak ada tempat lari.
41:49. Manusia tidak jadi letih menyeru (doa) untuk kebaikan; tetapi
apabila kejahatan sentuh dia, maka jemulah dia, berputus asa.
41:50. Dan jika Kami merasakan kepada dia pengasihan daripada Kami,
sesudah kesusahan sentuh dia, tentu dia berkata, "Ini kepunyaanku; aku
tidak sangka Saat akan datang. Jika aku dikembalikan kepada Pemeliharaku,
sesungguhnya yang paling baik di sisi-Nya adalah bagiku." Kemudian Kami
akan beritahu orang-orang tidak percaya apa yang mereka telah buat, dan
sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang keras.
41:51. Dan apabila Kami rahmati manusia, dia berpaling, dan jauhkan
diri ke tepi; tetapi apabila kejahatan sentuh dia, dia mempunyai seruan (doa)
yang tidak putus-putus.
41:52. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada
Allah, kemudian kamu tidak percaya kepadanya? Siapakah yang lebih sesat
daripada orang yang dalam perpecahan yang jauh?"
41:53. Kami akan lihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di horizon, dan
di dalam diri-diri mereka, sehingga jelas bagi mereka bahawa ia adalah yang
benar. Tidakkah cukup dengan Pemelihara kamu bahawa Dia saksi atas segala
sesuatu?
41:54. Tidakkah mereka dalam keraguan mengenai pertemuan dengan
Pemelihara mereka? Tidakkah Dia meliputi segala sesuatu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan