The Alien - Link Select

Ahad, 26 Februari 2017

SURAH PERUNDINGAN / ASY-SYURA ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

42:1. Ha Mim.

42:2. Ain Sin Qaf.

42:3. Demikianlah diwahyukan kepada kamu, dan kepada orang-orang sebelum kamu; Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

42:4. Kepunyaan-Nya apa yang di langit, dan apa yang di bumi; dan Dia Yang Tinggi, Yang Agung.

42:5. Langit hampir pecah di atas mereka, apabila malaikat-malaikat menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan minta ampun untuk orang-orang yang di bumi. Ingatlah, sesungguhnya Allah, Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih.

42:6. Dan orang-orang yang mengambil untuk mereka wali-wali (pelindung-pelindung) selain daripada Dia - Allah Pengawas mereka; kamu bukanlah seorang wakil kepada mereka.

42:7. Dan demikian Kami wahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang yang di sekitarnya, dan supaya kamu beri amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada keraguan padanya - segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam yang Menyala.

42:8. Jika Allah hendak, tentu Dia buatkan mereka satu umat; tetapi Dia masukkan sesiapa Dia hendaki ke dalam pengasihan-Nya; dan orang-orang zalim dapati tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong.

42:9. Atau, adakah mereka ambil untuk mereka wali-wali selain daripada Dia? Tetapi Allah - Dia Wali; dan Dia hidupkan yang mati, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

42:10. Dan dalam apa sahaja yang kamu selisihkan, putusannya kepada Allah. Demikianlah itulah Allah, Pemeliharaku; kepada-Nya aku tawakal, dan kepada-Nya aku berkesesalan.

42:11. Pemula langit dan bumi; Dia buatkan untuk kamu, daripada diri-diri kamu, pasangan-pasangan, dan pasangan-pasangan daripada binatang ternak, di dalamnya jadikan kamu berkembang. Tidak ada yang serupa dengan-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Melihat.

42:12. Bagi-Nya kepunyaan kunci-kunci langit dan bumi. Dia menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa Dia hendaki; sesungguhnya Dia tahu segala sesuatu.

42:13. Dia syariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.

42:14. Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana angkuh antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

42:15. Oleh kerana itu, kamu serulah, dan berlakuluruslah sebagaimana kamu diperintah; jangan ikut keinginan mereka, dan katakan, "Aku percaya kepada mana-mana Kitab yang Allah turunkan; aku diperintah supaya berlaku adil antara kamu. Allah Pemelihara kami, dan Pemelihara kamu. Bagi kami amalan-amalan kami, dan bagi kamu, amalan-amalan kamu; tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu; Allah akan kumpul kita bersama, dan kepada-Nya kepulangan."

42:16. Dan orang-orang yang berdebat mengenai Allah setelah sahutan dibuat kepada-Nya, perdebatan mereka tidak sah di sisi Pemelihara mereka; kepada mereka kemurkaan, dan bagi mereka, azab yang keras.

42:17. Allah yang turunkan Kitab dengan yang benar, dan Timbangan. Dan apakah yang buat kamu tahu, mungkin Saat sudah dekat?

42:18. Orang-orang tidak percayainya minta disegerakan; tetapi orang-orang yang percaya adalah dalam ketakutan padanya, dengan mengetahui bahawa ia adalah yang benar. Sesungguhnya orang-orang yang ragu-ragu mengenai Saat, benar-benar dalam kesesatan yang jauh.

42:19. Allah Halus kepada hamba-hamba-Nya, dengan beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki. Dia Yang Kuat, Yang Perkasa.

42:20. Sesiapa yang hendak tanaman akhirat, Kami akan tambahkan tanamannya; dan sesiapa yang hendak tanaman dunia, Kami akan berikannya daripadanya, tetapi di akhirat, baginya tidak ada bahagian.

42:21. Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak izinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang zalim, azab yang pedih.

42:22. Kamu lihat orang-orang zalim dalam ketakutan daripada apa yang mereka telah usahakan, apa yang akan jatuh kepada mereka; tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , adalah di padang-padang yang cukup pengairannya di Taman (Jannah); apa sahaja yang mereka hendaki, mereka dapati di sisi Pemelihara mereka; itulah pemberian yang besar.

42:23. Itu berita gembira yang Allah beri hamba-hamba-Nya yang percaya, dan buat kerja-kerja baik . Katakanlah, "Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini, melainkan kasih sayang untuk sanak saudara; dan sesiapa perolehkan yang baik, Kami tambahkan dengan kebaikan padanya. Sesungguhnya Allah Pengampun, Berterima Kasih."

42:24. Atau mereka berkata, "Dia ada-adakan dusta terhadap Allah"? Tetapi jika Allah hendak, Dia letak satu penutup pada hati kamu; dan Allah hapuskan yang palsu, dan benarkan yang benar dengan kata-kata-Nya; Dia tahu apa yang di dalam dada.

42:25. Dia yang terima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan maafkan kejahatan-kejahatan; Dia tahu apa kamu buat.

42:26. Dan Dia sahut orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , dan Dia tambahkan kepada mereka pemberian-Nya. Dan orang-orang tidak percaya - bagi mereka, azab yang keras.

42:27. Sekiranya Allah menjulurkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya, tentu mereka angkuh di bumi; tetapi Dia turunkan menurut ukuran apa sahaja Dia hendaki; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.

42:28. Dan Dia yang turunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Dia bukakan pengasihan-Nya; Dia Yang Wali (Pelindung), Yang Terpuji.

42:29. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan langit dan bumi, dan apa yang merayap, Dia taburkan di merata-rata pada keduanya; dan Dia berkuasa untuk kumpulkan mereka bila sahaja Dia hendaki.

42:30. Apa sahaja penderitaan yang menimpa kamu adalah kerana apa yang tangan-tangan kamu usahakan; dan Dia maafkan banyak.

42.31. Kamu tidak dapat mengandaskan-Nya di bumi; dan, selain daripada Allah, kamu tidak ada wali (pelindung), dan tiada juga penolong.

42:32. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah kapal-kapal yang berlayar di laut, yang seperti tanda-tanda perjalanan,

42:33. Dan jika Dia hendaki, Dia tenangkan angin, dan mereka tetap tidak bergerak di atas punggungnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, berterima kasih.

42:34. Atau Dia binasakan mereka kerana apa yang mereka usahakan; dan Dia maafkan banyak.

42:35. Dan supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat Kami tahu bahawa tidak ada bagi mereka tempat lari.

42:36. Apa sahaja benda yang kamu diberi ialah kesenangan kehidupan dunia; tetapi apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik, dan lebih kekal bagi orang-orang yang percaya, dan tawakal kepada Pemelihara mereka.

42:37. Dan orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar, dan kesumbangan, dan apabila mereka marah, mereka ampunkan,

42:38. Dan orang-orang yang sahut Pemelihara mereka, dan lakukan solat, dan urusan mereka adalah dengan rundingan antara mereka, dan mereka nafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan mereka,

42:39. Dan yang, apabila keangkuhan menimpa mereka, menolong (membela) diri mereka sendiri.

42:40. Dan balasan ke atas kejahatan ialah kejahatan yang serupa dengannya; tetapi sesiapa maafkan, dan betulkan, maka upahnya adalah atas Allah; sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang zalim.

42:41. Dan sesiapa yang menolong dirinya sendiri setelah dia dizalimi - terhadap mereka tidak ada jalan.

42:42. Jalan hanyalah terhadap orang-orang yang menzalimkan manusia, dan mereka angkuh di bumi dengan cara yang salah; bagi mereka, azab yang pedih.

42:43. Tetapi sesungguhnya orang yang sabar, dan mengampunkan - sesungguhnya itu urusan yang patut ditekadkan.

42:44. Sesiapa Allah sesatkan, dia tidak ada wali (pelindung) sesudah itu; dan kamu akan lihat orang-orang zalim, apabila mereka melihat azab, mereka akan berkata, "Adakah sebarang jalan untuk kembali?"

42:45. Dan kamu akan lihat mereka, ketika mereka dikemukakan kepadanya, hina dalam kerendahan hati, melihat dengan gerlingan yang tersembunyi; dan orang-orang yang percaya berkata, "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang merugikan diri-diri mereka sendiri, dan keluarga-keluarga mereka, pada Hari Kiamat; sesungguhnya orang-orang zalim adalah dalam azab yang kekal.

42:46. Mereka tidak ada wali (pelindung) untuk menolong mereka selain daripada Allah, dan sesiapa Allah sesatkan, maka tiadalah jalan baginya."

42:47. Sahutlah Pemelihara kamu, sebelum datang satu hari daripada Allah yang tidak dapat dikembalikan; pada hari kamu tidak ada tempat perlindungan, tiada penafian.

42:48. Tetapi jika mereka berpaling, Kami tidak utus kamu untuk menjadi penjaga kepada mereka. Atas kamu hanyalah untuk menyampaikan. Dan apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan daripada Kami, dia gembira dengannya; tetapi, jika keburukan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri dahulukan, maka sesungguhnya manusia tidak berterima kasih (kafir).

42:49. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi; Dia cipta apa yang Dia hendaki; Dia beri siapa Dia hendaki perempuan, dan Dia beri siapa Dia hendaki anak-anak lelaki,

42:50. Atau Dia jodohkan mereka, lelaki dan perempuan; dan Dia buat siapa Dia hendaki mandul. Sesungguhnya Dia Mengetahui, Berkuasa.

42:51. Tiadalah bagi seseorang manusia, bahawa Allah berkata-kata kepadanya, melainkan dengan wahyu, atau dari belakang tabir, atau Dia utus seorang Rasul, dan dia wahyukan apa sahaja Dia hendaki dengan izin-Nya; sesungguhnya Dia Tinggi, Bijaksana.

42:52. Begitulah Kami wahyukan kamu Roh daripada perintah Kami. Kamu tidak tahu apakah al-Kitab itu, dan tidak juga keimanan; tetapi Kami membuatnya satu cahaya, yang dengannya Kami beri petunjuk kepada siapa Kami hendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan kamu, sesungguhnya kamu beri petunjuk pada jalan lurus,


42:53. Jalan Allah, yang kepunyaan-Nya segala di langit, dan segala yang di bumi. Ingatlah, kepada Allah semua perkara pulang.

Tiada ulasan: