Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
42:1. Ha Mim.
42:2. Ain Sin Qaf.
42:3. Demikianlah diwahyukan kepada kamu, dan kepada orang-orang
sebelum kamu; Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
42:4. Kepunyaan-Nya apa yang di langit, dan apa yang di bumi; dan Dia
Yang Tinggi, Yang Agung.
42:5. Langit hampir pecah di atas mereka, apabila malaikat-malaikat
menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan minta ampun untuk orang-orang
yang di bumi. Ingatlah, sesungguhnya Allah, Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih.
42:6. Dan orang-orang yang mengambil untuk mereka wali-wali
(pelindung-pelindung) selain daripada Dia - Allah Pengawas mereka; kamu
bukanlah seorang wakil kepada mereka.
42:7. Dan demikian Kami wahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya
kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang yang di
sekitarnya, dan supaya kamu beri amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada
keraguan padanya - segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam
yang Menyala.
42:8. Jika Allah hendak, tentu Dia buatkan mereka satu umat; tetapi Dia
masukkan sesiapa Dia hendaki ke dalam pengasihan-Nya; dan orang-orang zalim
dapati tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
42:9. Atau, adakah mereka ambil untuk mereka wali-wali selain daripada
Dia? Tetapi Allah - Dia Wali; dan Dia hidupkan yang mati, dan Dia berkuasa atas
segala sesuatu.
42:10. Dan dalam apa sahaja yang kamu selisihkan, putusannya kepada
Allah. Demikianlah itulah Allah, Pemeliharaku; kepada-Nya aku tawakal, dan
kepada-Nya aku berkesesalan.
42:11. Pemula langit dan bumi; Dia buatkan untuk kamu, daripada
diri-diri kamu, pasangan-pasangan, dan pasangan-pasangan daripada binatang
ternak, di dalamnya jadikan kamu berkembang. Tidak ada yang serupa dengan-Nya;
Dia Yang Mendengar, Yang Melihat.
42:12. Bagi-Nya kepunyaan kunci-kunci langit dan bumi. Dia menjulur dan
menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa Dia hendaki; sesungguhnya Dia tahu segala
sesuatu.
42:13. Dia syariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia wasiatkan
Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan
Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah
berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan
pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia
hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.
42:14. Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang
kepada mereka, kerana angkuh antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu
Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu hingga satu tempoh yang
dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang
diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.
42:15. Oleh kerana itu, kamu serulah, dan berlakuluruslah sebagaimana
kamu diperintah; jangan ikut keinginan mereka, dan katakan, "Aku percaya
kepada mana-mana Kitab yang Allah turunkan; aku diperintah supaya berlaku adil
antara kamu. Allah Pemelihara kami, dan Pemelihara kamu. Bagi kami
amalan-amalan kami, dan bagi kamu, amalan-amalan kamu; tidak ada pertengkaran
antara kami dan kamu; Allah akan kumpul kita bersama, dan kepada-Nya
kepulangan."
42:16. Dan orang-orang yang berdebat mengenai Allah setelah sahutan
dibuat kepada-Nya, perdebatan mereka tidak sah di sisi Pemelihara mereka;
kepada mereka kemurkaan, dan bagi mereka, azab yang keras.
42:17. Allah yang turunkan Kitab dengan yang benar, dan Timbangan. Dan
apakah yang buat kamu tahu, mungkin Saat sudah dekat?
42:18. Orang-orang tidak percayainya minta disegerakan; tetapi
orang-orang yang percaya adalah dalam ketakutan padanya, dengan mengetahui
bahawa ia adalah yang benar. Sesungguhnya orang-orang yang ragu-ragu mengenai
Saat, benar-benar dalam kesesatan yang jauh.
42:19. Allah Halus kepada hamba-hamba-Nya, dengan beri rezeki kepada
sesiapa Dia hendaki. Dia Yang Kuat, Yang Perkasa.
42:20. Sesiapa yang hendak tanaman akhirat, Kami akan tambahkan
tanamannya; dan sesiapa yang hendak tanaman dunia, Kami akan berikannya
daripadanya, tetapi di akhirat, baginya tidak ada bahagian.
42:21. Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan
untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak izinkan? Jika tidak
kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang
zalim, azab yang pedih.
42:22. Kamu lihat orang-orang zalim dalam ketakutan daripada apa yang
mereka telah usahakan, apa yang akan jatuh kepada mereka; tetapi orang-orang
yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , adalah di padang-padang yang cukup
pengairannya di Taman (Jannah); apa sahaja yang mereka hendaki, mereka dapati
di sisi Pemelihara mereka; itulah pemberian yang besar.
42:23. Itu berita gembira yang Allah beri hamba-hamba-Nya yang percaya,
dan buat kerja-kerja baik . Katakanlah, "Aku tidak minta kepada kamu upah
untuk ini, melainkan kasih sayang untuk sanak saudara; dan sesiapa perolehkan
yang baik, Kami tambahkan dengan kebaikan padanya. Sesungguhnya Allah
Pengampun, Berterima Kasih."
42:24. Atau mereka berkata, "Dia ada-adakan dusta terhadap
Allah"? Tetapi jika Allah hendak, Dia letak satu penutup pada hati kamu;
dan Allah hapuskan yang palsu, dan benarkan yang benar dengan kata-kata-Nya;
Dia tahu apa yang di dalam dada.
42:25. Dia yang terima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan maafkan
kejahatan-kejahatan; Dia tahu apa kamu buat.
42:26. Dan Dia sahut orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik
, dan Dia tambahkan kepada mereka pemberian-Nya. Dan orang-orang tidak percaya
- bagi mereka, azab yang keras.
42:27. Sekiranya Allah menjulurkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya, tentu
mereka angkuh di bumi; tetapi Dia turunkan menurut ukuran apa sahaja Dia
hendaki; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.
42:28. Dan Dia yang turunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Dia
bukakan pengasihan-Nya; Dia Yang Wali (Pelindung), Yang Terpuji.
42:29. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan langit dan bumi, dan
apa yang merayap, Dia taburkan di merata-rata pada keduanya; dan Dia berkuasa
untuk kumpulkan mereka bila sahaja Dia hendaki.
42:30. Apa sahaja penderitaan yang menimpa kamu adalah kerana apa yang
tangan-tangan kamu usahakan; dan Dia maafkan banyak.
42.31. Kamu tidak dapat mengandaskan-Nya di bumi; dan, selain daripada
Allah, kamu tidak ada wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
42:32. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah kapal-kapal yang berlayar di
laut, yang seperti tanda-tanda perjalanan,
42:33. Dan jika Dia hendaki, Dia tenangkan angin, dan mereka tetap
tidak bergerak di atas punggungnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah
ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, berterima kasih.
42:34. Atau Dia binasakan mereka kerana apa yang mereka usahakan; dan
Dia maafkan banyak.
42:35. Dan supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat Kami tahu bahawa
tidak ada bagi mereka tempat lari.
42:36. Apa sahaja benda yang kamu diberi ialah kesenangan kehidupan
dunia; tetapi apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik, dan lebih kekal
bagi orang-orang yang percaya, dan tawakal kepada Pemelihara mereka.
42:37. Dan orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar, dan kesumbangan,
dan apabila mereka marah, mereka ampunkan,
42:38. Dan orang-orang yang sahut Pemelihara mereka, dan lakukan solat,
dan urusan mereka adalah dengan rundingan antara mereka, dan mereka nafkahkan
(belanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan mereka,
42:39. Dan yang, apabila keangkuhan menimpa mereka, menolong (membela)
diri mereka sendiri.
42:40. Dan balasan ke atas kejahatan ialah kejahatan yang serupa
dengannya; tetapi sesiapa maafkan, dan betulkan, maka upahnya adalah atas Allah;
sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang zalim.
42:41. Dan sesiapa yang menolong dirinya sendiri setelah dia dizalimi -
terhadap mereka tidak ada jalan.
42:42. Jalan hanyalah terhadap orang-orang yang menzalimkan manusia,
dan mereka angkuh di bumi dengan cara yang salah; bagi mereka, azab yang pedih.
42:43. Tetapi sesungguhnya orang yang sabar, dan mengampunkan -
sesungguhnya itu urusan yang patut ditekadkan.
42:44. Sesiapa Allah sesatkan, dia tidak ada wali (pelindung) sesudah
itu; dan kamu akan lihat orang-orang zalim, apabila mereka melihat azab, mereka
akan berkata, "Adakah sebarang jalan untuk kembali?"
42:45. Dan kamu akan lihat mereka, ketika mereka dikemukakan kepadanya,
hina dalam kerendahan hati, melihat dengan gerlingan yang tersembunyi; dan
orang-orang yang percaya berkata, "Sesungguhnya orang-orang yang rugi
ialah mereka yang merugikan diri-diri mereka sendiri, dan keluarga-keluarga
mereka, pada Hari Kiamat; sesungguhnya orang-orang zalim adalah dalam azab yang
kekal.
42:46. Mereka tidak ada wali (pelindung) untuk menolong mereka selain
daripada Allah, dan sesiapa Allah sesatkan, maka tiadalah jalan baginya."
42:47. Sahutlah Pemelihara kamu, sebelum datang satu hari daripada
Allah yang tidak dapat dikembalikan; pada hari kamu tidak ada tempat
perlindungan, tiada penafian.
42:48. Tetapi jika mereka berpaling, Kami tidak utus kamu untuk menjadi
penjaga kepada mereka. Atas kamu hanyalah untuk menyampaikan. Dan apabila Kami
merasakan kepada manusia pengasihan daripada Kami, dia gembira dengannya;
tetapi, jika keburukan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka
sendiri dahulukan, maka sesungguhnya manusia tidak berterima kasih (kafir).
42:49. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi; Dia cipta apa yang Dia
hendaki; Dia beri siapa Dia hendaki perempuan, dan Dia beri siapa Dia hendaki
anak-anak lelaki,
42:50. Atau Dia jodohkan mereka, lelaki dan perempuan; dan Dia buat
siapa Dia hendaki mandul. Sesungguhnya Dia Mengetahui, Berkuasa.
42:51. Tiadalah bagi seseorang manusia, bahawa Allah berkata-kata
kepadanya, melainkan dengan wahyu, atau dari belakang tabir, atau Dia utus
seorang Rasul, dan dia wahyukan apa sahaja Dia hendaki dengan izin-Nya;
sesungguhnya Dia Tinggi, Bijaksana.
42:52. Begitulah Kami wahyukan kamu Roh daripada perintah Kami. Kamu
tidak tahu apakah al-Kitab itu, dan tidak juga keimanan; tetapi Kami membuatnya
satu cahaya, yang dengannya Kami beri petunjuk kepada siapa Kami hendaki
daripada hamba-hamba Kami. Dan kamu, sesungguhnya kamu beri petunjuk pada jalan
lurus,
42:53. Jalan Allah, yang kepunyaan-Nya segala di langit, dan segala
yang di bumi. Ingatlah, kepada Allah semua perkara pulang.