DENGAN NAMA ALLAH, YANG PEMURAH, YANG PENGASIH
32:1. Alif Lam Mim.
32:2. Penurunan
Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam.
32:3. Atau, adakah
mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Tidak, ia adalah yang benar
daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya
tiada seorang pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka dapat petunjuk.
32:4. Allah ialah Dia
yang cipta langit dan bumi, dan apa yang di antaranya dalam enam hari, kemudian
Dia duduk di atas Arasy. Selain daripada Dia, kamu tidak ada wali (pelindung),
dan tidak juga ada pengantara; tidakkah kamu mengingati?
32:5. Dia mengarah
urusan dari langit ke bumi, kemudian ia naik kepada-Nya dalam satu hari yang
ukurannya seribu tahun daripada hitungan kamu.
32:6. Dia yang tahu
yang ghaib dan yang nyata, Yang Perkasa, Yang Pengasih,
32:7. yang mencipta
segala sesuatu dengan baik. Dan Dia memulakan ciptaan manusia daripada tanah
liat,
32:8. Kemudian Dia
buatkan keturunannya daripada pati air yang keji,
32:9. Kemudian Dia
membentuknya, dan hembus Roh-Nya ke dalamnya. Dan Dia buatkan bagi kamu
pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit terima kasih kamu tunjukkan.
32:10. Mereka
berkata, "Apabila kami telah sesat (lenyap) di dalam bumi, adakah kami
akan benar-benar di dalam ciptaan yang baru?" Tidak, tetapi mereka tidak
percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.
32:11. Katakanlah,
"Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian
kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan."
32:12. Dan sekiranya
kamu dapat lihat orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka di hadapan
Pemelihara mereka, "Wahai Pemelihara kami, kami telah lihat dan dengar;
maka kembalikanlah kami supaya kami akan buat kerja-kerja baik kerana kami telah
yakin."
32:13.
"Sekiranya Kami hendak, tentu Kami beri tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi
sekarang Ucapan daripada-Ku adalah wajar - 'Sungguh, Aku akan penuhi Jahanam
dengan jin dan manusia kesemuanya.'
32:14. Maka rasalah,
kerana kamu melupakan pertemuan hari kamu ini! Sesungguhnya Kami melupakan
kamu. Rasalah azab yang kekal kerana apa kamu buat!"
32:15. Orang-orang
yang percayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diingatkan dengannya
jatuh bersujud, dan mereka sanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan tidak
sombong.
32:16.
Lambungan-lambungan mereka menjauhkan daripada tempat-tempat tidur, sambil
mereka seru Pemelihara mereka dengan takut dan harapan; dan mereka nafkahkan
daripada apa yang Kami rezekikan mereka.
32:17. Tiada jiwa
tahu apa pendingin mata (kegembiraan) yang disediakan untuk mereka, yang
dirahsiakan, sebagai balasan ke atas apa mereka buat.
32:18. Apa? Adakah
dia yang mukmin sama dengan dia yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)?
Mereka tidak sama.
32:19. Bagi orang-orang
yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , bagi mereka Taman-Taman untuk
menginap sebagai sajian kerana apa yang mereka telah buat.
32:20. Tetapi bagi
orang-orang fasiq, tempat menginap mereka ialah Api; setiap kali mereka hendak
keluar darinya, mereka dikembalikan ke dalamnya, dan dikatakan kepada mereka,
"Rasalah azab Api yang padanya kamu dustakan."
32:21. Dan sungguh,
Kami akan merasakan kepada mereka azab yang dekat sebelum azab yang besar
supaya mereka kembali.
32:22. Dan siapakah
lebih zalim daripada orang yang diingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya,
kemudian dia berpaling daripadanya? Kami akan lepaskan dendam kepada
orang-orang yang berdosa.
32:23. Sesungguhnya
Kami beri Musa al-Kitab; maka jangan kamu dalam keraguan mengenai pertemuan
dengan-Nya; dan Kami buatkan ia petunjuk bagi Bani Israil.
32:24. Dan Kami
lantik daripada kalangan mereka imam-imam yang beri petunjuk dengan perintah
Kami apabila mereka sabar, dan mereka yakin akan ayat-ayat Kami.
32:25. Sesungguhnya
Pemelihara kamu, Dia bezakan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang
mereka, dalamnya mereka selisihkan.
32:26. Tidakkah ia
satu petunjuk bagi mereka bahawa berapa banyaknya generasi yang Kami telah
musnahkan sebelum mereka, yang di tempat-tempat tinggal mereka, mereka
berjalan? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat; apa, tidakkah
mereka dengar?
32:27. Tidakkah
mereka lihat bagaimana Kami halau air ke bumi yang tandus, dan keluarkan
tanaman dengannya, yang binatang ternak mereka dan diri-diri mereka sendiri
makan? Apa, tidakkah mereka lihat?
32:28. Dan mereka
berkata, "Bilakah Kemenangan ini, jika kamu berkata benar?"
32:29. Katakanlah,
"Pada Hari Kemenangan, iman mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang
tidak percaya, dan tidak juga mereka akan diberi tangguh."
32:30. Maka
berpalinglah kamu daripada mereka, dan tunggulah; mereka juga sedang menunggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan