Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
27:1. Tha Sin. Inilah ayat-ayat al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas.
27:2. Satu petunjuk, dan berita gembira, bagi orang-orang mukmin,
27:3. Yang melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka yakin akan
akhirat.
27:4. Orang-orang tidak percayai akhirat, Kami nampakkan indah bagi
mereka amalan-amalan mereka, dan mereka merayau-rayau membabi buta.
27:5. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka azab yang jahat
menunggu, dan merekalah orang-orang yang paling rugi di akhirat.
27:6. Kamu menerima al-Qur'an daripada satu yang Bijaksana, Mengetahui.
27:7. Apabila Musa berkata kepada keluarganya, "Aku lihat api, dan
aku akan datangkan kepada kamu berita daripadanya, atau aku akan datangkan
kepada kamu sepotong kayu berapi supaya kamu dapat panaskan diri-diri
kamu."
27:8. Maka apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil,
"Diberkatilah orang yang di api, dan orang yang di sekitarnya. Allah
disanjung, Pemelihara semua alam!
27:9. Wahai Musa, sesungguhnya ini Aku, Allah, Yang Perkasa, Yang
Bijaksana.
27:10. Lemparlah tongkat kamu." Dan apabila dia melihatnya
menggetar-getar seperti seekor ular, dia berpaling, berundur, dan tidak
menoleh. "Wahai Musa, jangan takut; sesungguhnya para utusan tidak takut
di hadapan-Ku,
27:11. Kecuali orang buat kezaliman, kemudian sesudah kejahatan,
menukarkan kepada kebaikan; sesungguhnya Aku Pengampun, Pengasih.
27:12. Masukkan tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar
putih tanpa keburukan - antara sembilan ayat kepada Firaun dan kaumnya; mereka
adalah kaum yang fasiq."
27:13. Tetapi apabila ayat-ayat Kami yang dapat dilihat datang kepada
mereka, mereka berkata, "Ini sihir yang nyata."
27:14. Dan mereka menyangkalnya, walaupun jiwa mereka meyakininya,
dengan kezaliman dan daripada ketinggian diri. Maka perhatikanlah bagaimana
kesudahan orang-orang yang buat kerosakan!
27:15. Dan Kami beri Daud dan Sulaiman pengetahuan, dan mereka berkata,
"Segala puji bagi Allah, yang lebihkan kami di atas kebanyakan daripada
hamba-hamba-Nya yang mukmin."
27:16. Dan Sulaiman ialah waris Daud, dan dia berkata, "Wahai
manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu;
sesungguhnya ini benar-benar pemberian yang nyata."
27:17. Dan tenteranya dikumpulkan kepada Sulaiman, daripada jin, dan
manusia, dan burung, dengan berbaris.
27:18. Sehingga, apabila mereka datang ke lembah semut, berkata seekor
semut, "Wahai semut-semut, masuklah ke dalam tempat-tempat tinggal kamu
supaya Sulaiman dan tenteranya tidak menginjak kamu, dengan tidak sedar."
27:19. Tetapi dia tersenyum, tertawa daripada ucapannya, dan dia
berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih
atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku, dan bapaku, dan ibuku;
dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang sangat memuaskan hati Engkau, dan
masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang
salih."
27:20. Dan dia periksa burung-burung; kemudian dia berkata, "Bagaimanakah
dengan aku, bahawa aku tidak lihat hud-hud? Atau, adakah ia termasuk yang ghaib
(tidak hadir)?
27:21. Sungguh, aku akan azab ia dengan azab yang keras, atau aku
korbankan ia, atau ia datangkan kepada aku satu kuasa yang nyata."
27:22. Tetapi ia menetap tidak lama, dan berkata, "Aku tahu apa
yang kamu tidak tahu, dan aku datang dari Sabak kepada kamu dengan berita yang
diyakini.
27:23. Aku dapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi
segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.
27:24. Aku dapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain
daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan
ia halangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak dapat petunjuk,
27:25. Supaya mereka tidak sujud kepada Allah, yang keluarkan yang
tersembunyi di langit dan di bumi, dan tahu apa yang kamu sembunyikan dan apa
yang kamu siarkan.
27:26. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang
besar."
27:27. Berkata, "Kami akan lihat sama ada kamu berkata benar, atau
kamu termasuk orang-orang yang berdusta.
27:28. Pergilah kamu dengan kitabku (suratku) ini, dan lemparlah ia
kepada mereka, kemudian berpalinglah daripada mereka, dan perhatikanlah apa
yang mereka kembalikan."
27:29. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, sesungguhnya sebuah
kitab yang mulia telah dilemparkan kepadaku,
27:30. Ia daripada Sulaiman, dan ia adalah 'Dengan nama Allah, Yang
Pemurah, Yang Pengasih.
27:31. Janganlah kamu meninggi terhadapku, tetapi datanglah kepadaku
dalam kemusliman.'"
27:32. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, putuskanlah kepadaku
mengenai urusanku; aku tidak biasa memutuskan sesuatu urusan sehingga kamu
saksikan aku."
27:33. Mereka berkata, "Kita mempunyai kekuatan, dan kita mempunyai
keberanian yang sangat. Urusan terpulanglah kepada kamu; maka perhatikanlah apa
yang kamu akan perintahkan."
27:34. Dia berkata, "Raja-raja, apabila mereka masuksebuah
bandaraya, merosakinya dan buatkan penduduknya yang perkasa rendah. Begitulah mereka
buat.
27:35. Sesungguhnya aku utus satu hadiah kepada mereka, dan lihat apa
yang utusan-utusan bawa kembali."
27:36. Tetapi apabila dia datang kepada Sulaiman, dia berkata,
"Apa, adakah kamu bantu aku dengan harta, dan apa yang Allah beri aku adalah
lebih baik daripada apa dia beri kamu? Tidak, tetapi kamu gembira dengan hadiah
kamu!
27:37. Kembalilah kamu kepada mereka; sungguh, kami akan datang
menentang mereka dengan tentera yang mereka tidak ada kuasa untuk hadapinya,
dan kami akan usir mereka daripadanya, terhina dan direndahkan."
27:38. Berkata, "Wahai pembesar-pembesar, siapakah antara kamu
yang akan datangkan kepada aku singgahsananya, sebelum mereka datang kepadaku
dalam kemusliman?"
27:39. Ifrit, daripada jin, berkata, "Saya akan datangkannya
kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan
untuknya, dan saya dipercayai."
27:40. Berkata yang mempunyai pengetahuan al-Kitab, "Saya akan
datangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu."
Kemudian apabila dia melihatnya menetap di hadapannya, dia berkata, "Ini
adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku
bersyukur (berterima kasih), atau aku tidak berterima kasih (kafir). Sesiapa
berterima kasih hanyalah berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa
yang tidak berterima kasih - sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia."
27:41. Berkata, "Samarkan singgahsananya untuknya, dan kita akan
lihat, sama ada dia dapat petunjuk, atau dia termasuk orang-orang yang tidak
dapat petunjuk."
27:42. Maka, apabila dia (wanita) datang, dikatakan, "Adakah
singgahsana kamu seperti ini?" Dia berkata, "Ia nampaknya sama."
"Dan kami telah diberi pengetahuan sebelum dia (wanita), dan kami adalah
dalam kemusliman.
27:43. Tetapi apa yang dia (wanita) sembah, selain daripada Allah,
menghalanginya, kerana dia adalah daripada kaum tidak percaya (kafir)."
27:44. Dikatakan kepada dia, "Masuklah ke dalam istana."
Tetapi apabila dia melihatnya, dia menyangkanya sebidang hamparan air, dan dia
membuka betis-betisnya. Dia (lelaki) berkata, "Ia sebuah istana yang
dilicinkan daripada kristal." Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku,
sesungguhnya aku menzalimi diriku, dan aku tunduk patuh bersama Sulaiman kepada
Allah, Pemelihara semua alam."
27:45. Dan Kami utus kepada Tsamud, saudara mereka Salleh,
"Sembahlah Allah!" Dan tiba-tiba, mereka jadi dua golongan yang
bertengkar dengan satu sama lain.
27:46. Dia berkata, "Wahai kaumku, mengapa kamu minta disegerakan
keburukan sebelum yang baik? Mengapa kamu tidak minta ampun kepada Allah,
supaya kamu dikasihani?"
27:47. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu,
dan orang-orang yang bersama kamu." Berkata, "Ramalan kamu adalah di
sisi Allah; tidak, tetapi kamu adalah kaum yang diuji."
27:48. Dan di kota, ada sekumpulan sembilan orang yang buat kerosakan
di bumi, dan tidak membetulkan.
27:49. Mereka berkata, "Bersumpahlah kamu, satu sama lain, dengan
Allah, 'Kita akan menyerangnya dan keluarganya pada malam hari, kemudian kita
kata kepada walinya (pelindungnya), kita tidak saksikan kebinasaan keluarganya;
dan sesungguhnya kitalah orang-orang yang benar.'"
27:50. Dan mereka buat tipu daya dengan satu tipu daya, dan Kami
sebaliknya buat tipu daya dengan satu tipu daya, sedang mereka tidak sedar.
27:51. Dan perhatikan bagaiman kesudahan tipu daya mereka! Kerana Kami
binasakan mereka dan kaum mereka kesemuanya.
27:52. Itu rumah-rumah mereka, semua telah roboh disebabkan mereka buat
zalim; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang
tahu.
27:53. Dan Kami selamatkan orang-orang yang percaya dan bertakwa.
27:54. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah
kamu lakukan kesumbangan dengan mata-mata kamu terbuka?
27:55. Apa, adakah kamu datangi lelaki dengan hawa nafsu (syahwat)bukan
perempuan? Tidak, kamulah kaum yang bodoh."
27:56. Dan tidak ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata,
"Usirlah keluarga Lut daripada bandaraya kamu; mereka adalah orang-orang
yang bersihkan diri!"
27:57. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya;
Kami tentukan dia termasuk orang-orang yang tertinggal.
27:58. Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; dan buruknya hujan
orang-orang diberi amaran.
27:59. Katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dan sejahtera ke atas hamba-hamba-Nya
yang Dia pilih." Apa, adakah Allah yang lebih baik, atau apa yang mereka
sekutukan?
27:60. Atau, siapakah yang cipta langit dan bumi, dan turunkan untuk
kamu dari langit, air; dan Kami tumbuhkan dengannya taman-taman yang dipenuhi
keindahan, yang pohon-pohonnya kamu tidak dapat tumbuhkan? Adakah tuhan selain
Allah? Tidak, tetapi mereka adalah kaum yang setarakan-Nya.
27:61. Atau, siapakah yang buatkan bumi sebuah tempat yang tetap, dan
letak sungai-sungai di celah-celahnya, dan adakan untuknya gunung-gunung, dan
letak satu pemisah di antara dua laut? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi
kebanyakan mereka tidak tahu.
27:62. Atau, siapakah yang sahut orang yang dalam kesulitan apabila dia
seru kepada-Nya, dan hilangkan kejahatan, dan lantik kamu jadi
pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit
kamu mengingati.
27:63. Atau, siapakah yang beri petunjuk kepada kamu dalam kegelapan
darat dan laut, dan utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya?
Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan.
27:64. Atau, siapakah yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya
semula, dan beri rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah tuhan selain
Allah? Katakanlah, "Kemukakanlah bukti kamu, jika kamu berkata
benar?"
27:65. Katakanlah, "Tiada yang tahu yang ghaib di langit dan bumi
melainkan Allah. Dan mereka tidak sedar bila mereka akan dibangkitkan."
27:66. Pengetahuan mereka tidak sampai mengenai akhirat; tidak, mereka
adalah dalam keraguan padanya; tidak, mereka buta padanya.
27:67. Orang-orang tidak percaya berkata, "Apa, apabila kita jadi
tanah, dan bapa-bapa kita, adakah kita benar-benar akan dikeluarkan?
27:68. Kita telah dijanjikan yang ini, dan bapa-bapa kita dahulu;
tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."
27:69. Katakanlah, "Mengembaralah di bumi, dan perhatikan
bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa."
27:70. Jangan sedih terhadap mereka, dan jangan juga kamu dalam
kesempitan kerana apa yang mereka memperdayakan.
27:71. Mereka berkata, "Bilakah janji ini, jika kamu berkata
benar?"
27:72. Katakanlah, "Mungkin di belakang kamu sudah pun ada
sebahagian apa yang kamu minta disegerakan."
27:73. Sesungguhnya Pemelihara kamu mempunyai pemberian kepada manusia;
tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.
27:74. Sesungguhnya Pemelihara kamu tahu apa yang dada mereka
sembunyikan, dan apa yang mereka siarkan.
27:75. Dan tiadalah yang ghaib (tersembunyi) di langit dan di bumi,
melainkan di dalam Kitab yang jelas.
27:76. Sesungguhnya al-Qur'an ini menceritakan kepada Bani Israil
kebanyakan daripada apa yang mengenainya mereka selisihkan.
27:77. Ia adalah petunjuk, dan pengasihan, kepada orang-orang mukmin.
27:78. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan putuskan antara mereka dengan
Putusan-Nya; Dia Yang Perkasa, Yang Mengetahui.
27:79. Maka tawakallah kamu kepada Allah; kamu adalah di atas kebenaran
yang nyata.
27:80. Kamu tidak dapat jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak
juga kamu dapat jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka
berpaling, berundur.
27:81. Kamu tidak dapat beri petunjuk kepada orang yang buta daripada
kesesatan mereka, dan tidak juga kamu dapat jadikan sesiapa mendengar, kecuali
orang yang percayai ayat-ayat Kami, dan jadi muslim.
27:82. Apabila Ucapan jatuh kepada mereka, Kami keluarkan untuk mereka
dari bumi, suatu haiwan yang berkata-kata kepada mereka - manusia tidak yakin
akan ayat-ayat Kami.
27:83. Pada hari Kami kumpulkan daripada tiap-tiap umat, sekumpulan
orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dengan berbaris,
27:84. Sehingga, apabila mereka datang, Dia berkata, "Adakah kamu
dustakan ayat-ayat-Ku tanpa mengetahuinya dalam pengetahuan kamu, atau apakah
yang kamu telah buat?"
27:85. Dan Ucapan jatuh kepada mereka kerana mereka buat zalim semasa
mereka tidak berkata-kata.
27:86. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami buatkan malam bagi mereka
untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat? Sesungguhnya pada yang
demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang percayai.
27:87. Pada hari trompet ditiup, dan terkejutlah sesiapa sahaja yang di
langit dan di bumi, kecuali siapa yang Allah hendaki, dan tiap-tiap seorang
datang kepada-Nya dengan rendah diri.
27:88. Dan kamu lihat gunung-gunung yang kamu sangka tidak bergerak,
melalui seperti awan-awan melalui - hasil pekerjaan Allah, yang mencipta segala
sesuatu dengan sangat baik. Dia menyedari apa kamu buat.
27:89. Sesiapa yang datang dengan yang baik, dia dapat yang lebih baik
daripada itu; dan mereka jadi aman daripada kejutan hari itu.
27:90. Dan sesiapa yang datang dengan kejahatan, wajah (muka) mereka
dijerumuskan ke dalam Api: "Tidakkah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu
buat?"
27:91. Aku hanya diperintah untuk sembah Pemelihara tanah (negeri) ini,
yang Dia jadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah
supaya jadi antara orang-orang yang muslim,
27:92. Dan untuk baca al-Qur'an. Maka sesiapa dapat petunjuk, hanyalah
dapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, katakanlah,
"Aku hanya seorang pemberi amaran."
27:93. Dan katakan, "Segala puji bagi Allah. Dia akan lihatkan
kepada kamu ayat-ayat-Nya, dan kamu akan kenalinya. Pemelihara kamu tidak lalai
daripada apa kamu buat."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan