The Alien - Link Select

Sabtu, 2 Januari 2016

SURAH AL-HIJR ???

Surah 15
AL-HIJR
(99 ayat)



Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

15:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Kitab, dan al-Qur'an yang jelas.

15:2. Boleh jadi orang-orang tidak percaya inginkan bahawa mereka adalah muslim.

15:3. Tinggalkanlah mereka untuk makan, dan untuk mereka gembira, dan untuk dipesongkan dengan angan-angan; kelak mereka akan tahu.

15:4. Kami tidak musnahkan sebuah bandaraya melainkan ada baginya kitab (ketentuan) yang diketahui.

15:5. Dan tiada umat mendahului tempohnya, dan tidak juga mengundurkannya

15:6. Mereka berkata, "Kamu, yang Peringatan diturunkan, kamu sesungguhnya telah dirasuk.

15:7. Mengapakah kamu tidak datangkan malaikat-malaikat kepada kami, jika kamu berkata benar?"

15:8. Kami tidak turunkan malaikat-malaikat melainkan dengan benar; kemudian mereka tidak ditangguhkan.

15:9. Kamilah yang turunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya.

15:10. Sesungguhnya Kami telah utus sebelum kamu, di kalangan golongan-golongan orang dahulu kala,

15:11. Dan seseorang Rasul tidak datang kepada mereka melainkan mereka memperolok-olokkannya.

15:12. Begitulah Kami susupkan ke dalam hati orang-orang yang berdosa.

15:13. Mereka tidak percayainya, walaupun sunnah (resam) orang-orang dahulu kala telah pun berlalu.

15:14. Walaupun Kami bukakan kepada mereka sebuah pintu di langit, dan mereka terus naik ke dalamnya,

15:15. Tentu mereka berkata, "Mata (penglihatan) kami telah dikaburkan; tidak, kami adalah kaum yang kena sihir!"

15:16. Kami letak di langit gugusan bintang, dan nampakkannya indah bagi orang-orang yang memandang.

15:17. Dan jaga mereka daripada tiap-tiap syaitan yang direjam.

15:18. Kecuali yang mendengar dengan curi, dan dia diikuti api yang nyata.

15:19. Dan bumi, Kami bentangkannya, dan lemparkan di atasnya gunung-gunung, dan Kami tumbuhkan di dalamnya segala sesuatu yang ditimbang dengan patut.

15:20. Di dalamnya buatkan untuk kamu penghidupan, dan untuk mereka yang kamu tidak beri rezeki.

15:21. Tiadalah sesuatu melainkan perbendaharaannya adalah di sisi Kami, dan Kami tidak turunkannya melainkan dengan ukuran yang diketahui.

15:22. Kami utus angin untuk menyuburkan, dan Kami turunkan dari langit air, kemudian Kami berikannya kepada kamu untuk minum, dan kamu bukanlah bendahari-bendaharinya.

15:23. Kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan Kamilah pewaris-pewaris.

15:24. Kami tahu orang-orang antara kamu yang mendahului, dan Kami tahu orang-orang yang ketinggalan di belakang.

15:25. Dan Pemelihara kamu, Dia yang kumpulkan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.

15:26. Sesungguhnya Kami cipta manusia daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk.

15:27. Dan jin, Kami cipta sebelumnya daripada api yang membakar.

15:28. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Sesungguhnya, Aku cipta seorang manusia daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk,

15:29. Apabila Aku sudah membentuknya, dan hembus Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu bersujud kepadanya.

15:30. Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya.

15:31. Kecuali Iblis; ia enggan untuk menjadi antara orang-orang yang sujud.

15:32. Berkatalah Dia, "Wahai Iblis, apakah sebabnya kamu tidak bersama orang-orang yang sujud?"

15:33. Berkata, "Aku tidak akan sujud kepada makhluk yang Engkau cipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk."

15:34. Berkata Dia, "Maka keluarlah kamu darinya; kamu adalah direjam,

15:35. Ke atas kamu laknat hingga Hari Agama (Pengadilan)."

15:36. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan."

15:37. Berkata Dia, "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan,

15:38. Hingga hari, waktu yang diketahui."

15:39. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, oleh kerana Engkau telah buat aku bersalah, aku akan nampakkan semuanya indah bagi mereka di bumi, dan aku akan buat mereka bersalah, kesemuanya,

15:40. Kecuali hamba-hamba Engkau, antara mereka, yang tulus."

15:41. Berkata Dia, "Ini, bagi-Ku, adalah jalan lurus,

15:42. Kepada hamba-hamba-Ku, kamu tidak ada kuasa, kecuali orang-orang yang ikut kamu, yang bersalah.

15:43. Jahanam jadi janji temu mereka, kesemuanya.

15:44. Baginya tujuh pintu, dan ke dalam tiap-tiap pintu, satu bahagian yang sudah ditentukan daripada mereka."

15:45. Tetapi orang-orang bertakwa, di dalam taman-taman dan mata-mata air.

15:46. "Masuklah ke dalamnya, dengan sejahtera, aman!"

15:47. Kami cabut perasaan dendam yang ada di dalam dada mereka; seperti bersaudara, mereka berada di atas sofa-sofa berhadapan muka.

15:48. Keletihan tidak sentuh mereka di dalamnya, dan tidak juga mereka akan dikeluarkan darinya.

15:49. Beritahu hamba-hamba-Ku bahawa Akulah Yang Pengampun, Yang Pengasih,

15:50. Dan bahawa azab-Ku adalah azab yang pedih.

15:51. Dan beritahu mereka mengenai tetamu-tetamu Ibrahim,

15:52. Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" Dia berkata, "Sesungguhnya kami takut pada kamu."

15:53. Mereka berkata, "Jangan takut; sesungguhnya kami beri kamu berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim."

15:54. Berkata, "Apa, adakah kamu beri aku berita gembira walaupun umur tua telah menyentuhku? Dengan apakah kamu beri aku berita gembira?"

15:55. Mereka berkata, "kami beri kamu berita gembira yang benar. Janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa."

15:56. Berkata, "Dan siapakah yang berputus asa daripada pengasihan Pemeliharanya, melainkan orang-orang yang sesat?"

15:57. Berkata, "Dan apakah urusan kamu, wahai para utusan?"

15:58. Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,

15:59. Kecuali keluarga Lut; mereka akan kami selamatkan kesemuanya,

15:60. Kecuali isterinya; kami tentukan bahawa dia sesungguhnya termasuk orang-orang yang tinggal."

15:61. Maka, apabila para utusan datang kepada keluarga Lut,

15:62. Dia berkata, "Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal."

15:63. Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami datangkan kepada kamu mengenai apa yang mereka ragui.

15:64. Kami datang kepada kamu dengan yang benar, dan sesungguhnya kami berkata benar.

15:65. Maka berjalanlah kamu dengan keluarga kamu pada sebahagian malam, dan ikutlah di belakang mereka, dan janganlah seseorang daripada kamu berpaling ke belakang; dan bertolaklah ke tempat yang kamu diperintah."

15:66. Dan Kami tentukan kepadanya perintah itu, bahawa sisa-sisa terakhir mereka dipotong pada waktu pagi.

15:67. Dan penduduk kota itu datang, mereka gembira.

15:68. Berkata, "Mereka ini tetamuku; jangan malukan aku.

15:69. Dan takutilah Allah, dan jangan aibkan aku."

15:70. Mereka berkata, "Tidakkah kami telah larang kamu daripada semua alam?"

15:71. Berkata, "Mereka ini anak-anak perempuanku, jika kamu mahu lakukan."

15:72. Demi umur kamu, mereka merayau-rayau membabi buta dalam kekaburan mereka,

15:73. Dan Teriakan ambil mereka pada waktu matahari terbit,

15:74. Dan Kami terbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan hujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar.

15:75. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang menandakan.

15:76. Sesungguhnya ia adalah di satu jalan yang masih berada.

15:77. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang mukmin (yang percayai).

15:78. Sesungguhnya penduduk Aikah (hutan belukar) adalah orang-orang zalim.

15:79. Dan Kami lepaskan dendam kepada mereka. Kedua-dua mereka adalah di atas imam (jalan) yang nyata.

15:80. Penduduk al-Hijr mendustakan para utusan.

15:81. Kami beri mereka ayat-ayat Kami, tetapi mereka berpaling daripadanya.

15:82. Mereka memahat gunung-gunung menjadi rumah-rumah yang aman.

15:83. Dan Teriakan ambil mereka pada waktu pagi.

15:84. Apa yang mereka usahakan tidak berguna bagi mereka.

15:85. Kami tidak ciptakan langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya melainkan dengan benar. Sesungguhnya Saat pasti datang; maka kamu maafkanlah dengan permaafan yang manis.

15:86. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Pencipta, Yang Mengetahui.

15:87. Kami beri kamu tujuh yang berulang-ulang, dan al-Qur'an yang besar.

15:88. Jangan kamu panjangkan mata-mata kamu kepada apa yang Kami beri kesenangan pasangan-pasangan antara mereka, dan jangan kamu sedih terhadap mereka, dan rendahkanlah sayap kamu terhadap orang-orang mukmin.

15:89. dan katakan, "Sesungguhnya aku ialah pemberi amaran yang jelas."

15:90. Maka Kami turunkannya kepada orang-orang yang membahagi-bahagi,

15:91. Yang memecahkan al-Qur'an kepada bahagian-bahagian.

15:92. Demi Pemelihara kamu, sungguh Kami akan tanya mereka kesemuanya.

15:93. Mengenai apa yang mereka buat.

15:94. Maka berterus-teranglah dengan apa yang kamu diperintah, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan.

15:95. Kami adalah mencukupi bagi kamu terhadap orang-orang yang memperolok-olokkan,

15:96. Orang-orang yang adakan berserta Allah tuhan yang lain. Sungguh mereka akan tahu.

15:97. Sesungguhnya Kami tahu bahawa dada kamu jadi sempit dengan apa mereka kata.

15:98. Dan sanjunglah kamu dengan memuji Pemelihara kamu, dan jadilah antara orang-orang yang sujud,

15:99. Dan sembahlah Pemelihara kamu sehingga yang Yakin datang kepada kamu.


Tiada ulasan: