The Alien - Link Select

Khamis, 31 Disember 2015

SURAH IBRAHIM ???

 Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

14:1. Alif Lam Ra. Sebuah Kitab yang Kami turunkan kepada kamu supaya kamu keluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dengan izin Pemelihara mereka ke jalan Yang Perkasa, Yang Terpuji.

14:2. Allah, yang kepunyaan-Nya segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dan kecelakaanlah bagi orang-orang tidak percaya kerana azab yang keras,

14:3. Orang-orang yang lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat, dan halangi jalan Allah, dan inginkannya jadi bengkok; mereka adalah dalam kesesatan yang jauh.

14:4. Dan Kami tidak utus seseorang Rasul melainkan dengan lisan (bahasa) kaumnya supaya dia menjelaskan kepada mereka; kemudian Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

14:5. Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami, "Keluarkanlah kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan kamu ingatkanlah mereka Hari-Hari Allah." Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang bersyukur (berterima kasih).

14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

14:7. Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan, 'Jika kamu berterima kasih, sungguh Aku akan menambahkan kepada kamu, dan jika kamu tidak berterima kasih (kafir), azab-Ku sungguh keras.'"

14:8. Dan Musa berkata, "Jika kamu tidak berterima kasih (kafir), kamu dan sesiapa yang di bumi kesemuanya, namun begitu, sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji."

14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang selepas mereka - tiada yang tahu mereka kecuali Allah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami kepadanya, dengan bimbang."

14:10. Rasul-Rasul mereka berkata, "Adakah sebarang keraguan terhadap Allah, Pemula langit dan bumi, yang menyeru kamu supaya Dia ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan tangguhkan kamu ke satu tempoh yang dinyatakan?" Mereka berkata, "Kamu tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kami; kamu hendak halang kami daripada apa yang bapa-bapa kami sembah; maka datangkanlah kepada kami satu kuasa yang nyata."

14:11. Rasul-Rasul mereka berkata kepada mereka, "Kami tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kamu; tetapi Allah berbudi baik kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Tiadalah bagi kami untuk datangkan kepada kamu satu kuasa melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.

14:12. Dan mengapakah kami tidak akan tawakal kepada Allah memandangkan Dia telah beri kami petunjuk pada jalan-jalan kami? Sungguh kami akan sabar atas apa sahaja yang kamu sakitkan kami; dan kepada Allah hendaklah semua tawakal, orang-orang yang tawakal."

14:13. Orang-orang tidak percaya berkata kepada Rasul-Rasul mereka, "Sungguh, kami akan usir kamu daripada bumi kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Kemudian Pemelihara mereka wahyukan mereka, "Sungguh, Kami akan musnahkan orang-orang zalim,

14:14. Dan sungguh Kami akan tempatkan kamu di bumi selepas mereka; itu adalah bagi orang yang takut akan medan-Ku, dan takut akan ancaman-Ku."

14:15. Mereka mohon satu putusan; kemudian kecewalah semua penguasa yang degil.

14:16. Di belakangnya Jahanam, dan dia diberi minum air nanah,

14:17. Yang dia hirup, dan hampir-hampir dia tidak boleh menelannya, dan kematian datang kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak boleh mati; dan di belakangnya, azab yang keras.

14:18. Persamaan orang-orang tidak percaya kepada Pemelihara mereka: amalan-amalan mereka seperti abu, di mana angin meniupnya dengan kuat pada hari musim angin kencang. Mereka tidak berkuasa sedikit pun daripada apa yang mereka usahakan - itulah kesesatan yang jauh.

14:19. Tidakkah kamu lihat bahawa Allah cipta langit dan bumi dengan benar? Jika Dia hendaki, Dia hapuskan kamu, dan datangkan ciptaan yang baru,

14:20. Dan tidaklah itu sukar bagi Allah.

14:21. Mereka pergi kepada Allah, kesemuanya; kemudian berkata orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong, "Kami adalah pengikut-pengikut kamu; adakah kamu berguna sedikit pun kepada kami terhadap azab Allah?" Mereka berkata, "Jika Allah beri petunjuk kepada kami, tentu kami beri petunjuk kepada kamu. Sama sahaja bagi kita; sama ada kita tidak boleh tahan, atau kita sabar - kita tidak ada tempat lari."

14:22. Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, "Sesungguhnya Allah telah janjikan kamu satu janji yang benar; dan aku janjikan kamu, kemudian aku mungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku seru kamu, dan kamu sahuti aku. Maka jangan kamu cela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku tidak dapat tolong kamu, dan tidak juga kamu dapat tolong aku. Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu." Bagi orang-orang zalim, bagi mereka, azab yang pedih.

14:23. Tetapi bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dimasukkan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dengan izin Pemelihara mereka; salam hormat mereka di dalamnya, "Salam!"

14:24. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah buat persamaan? Kata yang baik seperti pokok yang baik - akarnya teguh, dan cabangnya di langit,

14:25. Ia memberi hasilnya setiap masa dengan izin Pemeliharanya. Begitulah Allah buat persamaan-persamaan bagi manusia supaya mereka mengingati.

14:26. Dan persamaan kata yang buruk seperti pokok yang buruk - membantun di atas bumi, tanpa kestabilan.

14:27. Allah meneguhkan orang-orang yang percaya dengan ucapan yang teguh, di dalam kehidupan dunia, dan di akhirat; dan Allah sesatkan orang-orang zalim; dan Allah buat apa Dia hendaki.

14:28. Tidakkah kamu lihat orang-orang yang menukar rahmat Allah dengan ketidakpercayaan (kekafiran), dan menempatkan kaum mereka di tempat tinggal kebinasaan?

14:29. Jahanam, di dalamnya mereka dipanggang; buruknya satu kestabilan!

14:30. Dan mereka adakan rakan-rakan bagi Allah supaya mereka menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, "Maka gembiralah kamu! Kepulangan kamu ialah Api."

14:31. Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang percaya, bahawa mereka lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada juga persahabatan.

14:32. Allah yang cipta langit dan bumi, dan turunkan dari langit, air; dengannya Dia keluarkan buah-buahan untuk menjadi rezeki kamu. Dan Dia tundukkan untuk kamu kapal-kapal untuk berlayar di laut dengan perintah-Nya; dan Dia tundukkan sungai-sungai untuk kamu.

14:33. Dan Dia tundukkan untuk kamu matahari dan bulan, yang sentiasa beredar, dan Dia tundukkan untuk kamu, malam dan siang.

14:34. Dan Dia beri kamu segala yang kamu minta kepada-Nya. Jika kamu hitung rahmat Allah, kamu tidak dapat jumlahkannya; sesungguhnya manusia sangat aniaya, berdegil dalam ketidakpercayaan.

14:35. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, buatkan tanah (negeri) ini aman, dan jauhkan aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung.

14:36. Wahai Pemeliharaku, mereka telah sesatkan ramai manusia. Maka sesiapa yang ikut aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.

14:37. Wahai Pemelihara kami, aku tempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat Rumah Suci Engkau; wahai pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkan hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.

14:38. Wahai Pemelihara kami, Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan, dan apa yang kami siarkan; daripada Allah tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi, dan tiada juga di langit.

14:39. Segala puji bagi Allah yang beri aku, walaupun aku tua, Ismail dan Ishak; sesungguhnya Pemeliharaku mendengar seruan (doa).

14:40. Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah seruanku (doaku).

14:41. Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila hitungan didirikan."

14:42. Janganlah sangka Allah lalai daripada apa yang orang-orang zalim buat; Dia hanyalah beri tangguh kepada mereka hingga satu hari apabila mata-mata menatap dengan tajam,

14:43. Apabila mereka berlari dengan menjulurkan leher, dan kepala tercancang, gerlingan mereka tidak kembali kepada mereka, dan hati mereka kosong.

14:44. Dan berilah amaran kepada manusia akan hari apabila azab datang kepada mereka; dan orang-orang buat kezaliman berkata, "Wahai Pemelihara kami, tangguhkanlah kami hingga satu tempoh yang dekat, dan kami akan sahut seruan Engkau, dan ikut Rasul-Rasul." "Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu bahawa tidak ada peralihan untuk kamu?

14:45. Dan kamu tinggal di tempat-tempat tinggal orang-orang yang menzalimi diri-diri mereka sendiri, dan menjadi jelas bagi kamu bagaimana Kami lakukan terhadap mereka, dan bagaimana Kami adakan persamaan-persamaan bagi kamu."

14:46. Mereka buat tipu daya dengan tipu daya mereka, dan tipu daya mereka adalah di sisi Allah, walaupun tipu daya mereka yang dapat mengalihkan gunung-gunung.

14:47. Maka janganlah sangka Allah mungkiri janji-Nya kepada Rasul-Rasul-Nya; sesungguhnya Allah Perkasa, Pendendam.

14:48. Pada hari bumi ditukar kepada selain daripada bumi dan langit, dan mereka pergi kepada Allah, Yang Satu, Yang Menakluki.

14:49. Dan kamu lihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama dalam belenggu.

14:50. Daripada gala-gala adalah baju-baju mereka, muka (wajah) mereka ditutupi oleh Api.

14:51. Kerana Allah akan balas tiap-tiap jiwa atas usahanya; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.

14:52. Ini ialah satu penyampaian bagi manusia supaya mereka diberi amaran dengannya, dan supaya mereka tahu bahawa Dia Tuhan Yang Satu, dan supaya semua yang empunya minda mengingati.





Tiada ulasan: