ALLAH S.W.T
Berfirman :
”Maha suci Allah yang telah menjalankan (ASRA) hamba-Nya (Muhammad) pada
waktu malam dari al-Masjidil-Haram (di Mekah) ke al-Masjidil-Aqsa (di Palestin),
yang Kami memberkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya
tanda-tanda (kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
[ Q.S. AL-ISRA 17 : 1 ]
"Dan sungguh, dia
(Muhammad) telah melihatnya (dalam rupanya yang sebenar) pada waktu yang lain
(Mihraj), Iaitu di Sidratulmuntaha, Dekat dengannya ada syurga tempat tinggal."
[ Q.S AL-NAJM : 14 – 15 ]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
bersabda:
"Aku
telah didatangi Buraq. Yaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar
dari keldai tetapi lebih kecil dari Baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehingga
perut buraq tersebut mencapai ujungnya. Maka aku segera menungganginya sehingga
sampai ke Baitul Maqdis. Kemudian aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana
yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid
dan mendirikan shalat sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar,
tiba-tiba aku didatangi oleh Jibril dengan membawa semangkuk arak dan semangkuk
susu. Dan aku pun memilih susu. Lalu Jibril berkata, 'Kamu telah memilih
fitrah'. Lalu Jibril membawaku naik ke langit. Ketika Jibril meminta agar
dibukakan pintu, maka ditanyakan, 'Siapakah kamu? ' Jibril menjawab, 'Jibril'. Ditanyakan
lagi, 'Siapa yang bersamamu? ' Jibril menjawab, 'Muhammad.' Jibril ditanya
lagi, 'Apakah dia telah diutus? ' Jibril menjawab, 'Ya, dia telah diutus.' Maka
dibukalah pintu untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Adam, dia
menyambutku serta mendoakanku dengan kebaikan. Lalu aku dibawa naik ke langit
kedua. Jibril lalu minta supaya dibukakan pintu. Lalu ditanyakan lagi,
'Siapakah kamu? ' Jibril menjawab, 'Jibril'. Jibril ditanya lagi, 'Siapa yang
bersamamu? ' Jibril menjawab, 'Muhammad.' Jibril ditanya lagi, 'Apakah dia
telah diutuskan? ' Jibril menjawab, 'Ya, dia telah diutuskan'. Pintu pun
dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Isa bin Maryam dan Yahya
bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa
lagi naik langit ketiga. Jibril pun meminta supaya dibukakan pintu. Lalu
ditanyakan, 'Siapakah kamu? ' Jibril menjawab, 'Jibril'. Jibril ditanya lagi,
'Siapakah bersamamu? ' Jibril menjawab, 'Muhammad'. Jibril ditanya lagi,
'Apakah dia telah diutuskan? ' Jibril menjawab, 'Ya, dia telah diutuskan'.
Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Yusuf
Alaihis Salam, ternyata dia telah dikaruniakan dengan kedudukan yang sangat
tinggi. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa
lagi naik ke langit keempat. Jibril pun meminta supaya dibukakan pintu.
Kedengaran suara bertanya lagi, 'Siapakah kamu? ' Jibril menjawab, 'Jibril'.
Jibril ditanya lagi, 'Siapakah bersamamu? ' Jibril menjawab, 'Muhammad'. Jibril
ditanya lagi, 'Apakah dia telah diutuskan? ' Jibril menjawab, 'Ya, dia telah
diutuskan'. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi
Idris Alaihis Salam, dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Allah berfirman: '(Dan kami telah menganggkat ke tempat yang tinggi darjatnya)
'. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril lalu meminta supaya dibukakan
pintu. Kedengaran suara bertanya lagi, 'Siapakah kamu? ' Jibril menjawab,
'Jibril'. Jibril ditanya lagi, 'Siapakah bersamamu? ' Jibril menjawab,
'Muhammad'. Jibril ditanya lagi, 'Apakah dia telah diutuskan? ' Jibril
menjawab, 'Ya, dia telah diutuskan'. Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba
aku bertemu dengan Nabi HARUN A.S, dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan
kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril lalu meminta supaya
dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi, 'Siapakah kamu? ' Jibril
menjawab, 'Jibril'. Jibril ditanya lagi, 'Siapakah bersamamu? ' Jibril
menjawab, 'Muhammad'. Jibril ditanya lagi, 'Apakah dia telah diutuskan? '
Jibril menjawab, 'Ya, dia telah diutuskan'. Pintu pun dibukakan kepada kami.
Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Musa, dia terus menyambutku dan mendoakan aku
dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril meminta supaya
dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi, 'Siapakah kamu? ' Jibril
menjawabnya, 'Jibril'. Jibril ditanya lagi, 'Siapakah bersamamu? ' Jibril
menjawab, 'Muhammad'. Jibril ditanya lagi, 'Apakah dia telah diutuskan? '
Jibril menjawab, 'Ya, dia telah diutuskan'. Pintu pun dibukakan kepada kami.
Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Ibrahim Alaihissalam, dia sedang berada dalam
keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari boleh memasukkan
tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar, mereka tidak kembali lagi kepadanya
(Baitul Makmur). Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar
seperti telinga gajah dan ternyata buahnya sebesar tempayan.Ketika aku menaikinya
dengan perintah Allah, maka Sidrah Muntaha berubah. Tidak seorang pun dari
makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya karena indahnya. Lalu Allah
memberikan wahyu kepadaku dengan mewajibkan shalat lima waktu sehari semalam.
ALLAH S.W.T
berfirman:
'Wahai
Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan lima waktu sehari semalam. barangsiapa yang
berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, niscaya akan
dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh
kebaikan baginya. Sebaliknya barangsiapa yang berniat ingin melakukan
kejahatan, tetapi tidak melakukannya, niscaya tidak dicatat baginya sesuatu
pun. Lalu jika dia mengerjakannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya."
Daripada Anas bin
Malik R.A, Tsabit al-Bunani, Hammad bin Salamah dan Syaiban bin Farrukh
[ H.R.S : IMAM
MUSLIM Ra. A. ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan