The Alien - Link Select

Jumaat, 19 Jun 2015

AL-QUR'AN DAN SUNNAH ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
“(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan KITAB (AL-QUR’AN) serta HIKMAH (SUNNAH), dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.”
[Q.S. AL-BAQARAH 2 : 151 ]

“... Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman.”
[ Q.S. AL-ANFAL 8 : 1 ]

 “...Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum ALLAH (Qur’an) dan RASUL-Nya(Sunnah) maka sesungguhnya ia telah SESAT dengan kesesatan yang jelas nyata.”
[ Q.S. AL-AHZAB 33 : 36 ]

 “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasul (Qur’an dan Sunnah)  kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).”
[ Q.S. AL-HASYR 59 :  7 ]

"... Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya."

[ Q.S. AL-KAHFI 18 : 26 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QUR’AN dan SUNNAH-ku.”
Daripada Ibnu ‘Abbas R.A
Khutbah terakhir 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah
[ H.R.S : Imam Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Hakim, Ahmad Ibn Hanbal dan Imam Malik Ra. A. ]

"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan maka bersedialah menepati tempat duduknya di Neraka."
Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A & Ummu Salmah R.A
[H.R.S. M : Imam Muslim Ra. A. ]

"Aku adalah seorang nabi, bukanlah pendusta, aku adalah cucu Abdul Muthalib." 
Daripada Al-Abbas bin Abdul Muthalib R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]


Tiada ulasan: