ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Wahai orang-orang
yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan solat pada hari
JUMAAT, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan
mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu);
yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang
sebenarnya).”
[Q.S. JUMUAH 62 : 9 ]
RASULULLAH NABI
MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“(Solat) Jumaat
adalah tanggungjawab yang WAJIB ke atas setiap orang Islam.”
Daripada Tariq Ibn
Syihab R.A
[ H.R.S : Imam Abu Daud Ra. A. ]
“Solat lima waktu dan
satu Jumaat dengan Jumaat setelahnya adalah penghapus dosa yang terjadi di
antara semuanya, selama dosa besar tidak dilakukan.”
[ H.R.S : Imam Muslim
Ra. A. ]
“Barangsiapa mandi
kemudian mendatangi solat Jumaat lalu solat (sunnah) yang ditakdirkan
(dimudahkan) ALLAH S.W.T baginya, serta diam sampai (imam) selesai dari
khutbahnya dan solat bersamanya, diampuni baginya antara Jumaat itu hingga
Jumaat berikutnya, ditambah tiga hari.”
[ H.R.S : Imam Muslim
Ra. A. ]
"Solat Jumaat
itu hak Wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali
empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan
orang yang sakit."
[ H.R.S : Imam Abu Daud & Imam Hakim Ra. A. ]
"Sesiapa yang
meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka ALLAH S.W.T akan menutup
hatinya daripada menerima petunjuk"
Daripada Abu Jakdi
ad-Dhamri
[ H.R.S : Imam Abu Daud Ra. A. ]
“Hendaklah
orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu,
atau adakah mereka mahu ALLAH S.W.T membutakan hati mereka dan sesudah itu
mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”
Daripada Abdullah bin
Umar dan Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Muslim
Ra. A. ]
“Barangsiapa
meninggalkan 3 Jum’atan tanpa uzur, dia ditulis sebagai golongan Munafikin.”
Daripada Usamah bin Zaid R.A
[ HRS : Imam Thabarani Ra.
A.]
“Jumaat dinamakan
sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari.”
Daripada Abu Hurairah
R.A
“Setiap Muslim yang
mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya ALLAH S.W.T akan
menyelamatkannya dari fitnah kubur.”
Daripada Ibnu Amru,
[ H.R.S : Imam Ahmad
dan Tirmizi, Al-Bani Ra. A. ]
“ALLAH S.W.T telah
menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi
memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu ALLAH S.W.T
mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka ALLAH
S.W.T menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita)
berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia,
tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka
sebelum diciptakan seluruh makhluk.”
[ H.R.S : Imam Muslim
Ra. A. ]
“Hari paling baik di mana matahari terbit pada
hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam A.S diciptakan, dan pada hari
itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada
hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di
mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap ALLAH S.W.T mengharapkan kebaikan
kecuali ALLAH S.W.T akan mengabulkan permintaannya.”
[ H.R.S : Imam Muslim
Ra. A. ]
“Sesiapa yang mandi
pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak
wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa,
kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya
diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.”
Daripada Salman Al-Farisi
R.A
[ H.R.S : Imam
Bukhari Ra. A. ]
“Hari Jumaat adalah
penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini
lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari
jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada
hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika
seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang
haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat
yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari
Jumaat.” Daripada Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir R.A
[ H.R.S : Imam Ahmad
Ra. A. ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan