The Alien - Link Select

Sabtu, 31 Januari 2015

AKU... SANG PENGEMBARA ???

AKU...  SANG PENGEMBARA!
( TRAVELOG OF VOYAGER )
11 Rabiul-Akhir 1436H
6.30 Pagi Ahad

PAGI AHAD yang sedikit lesu,  walaupun deringan penggera jam automatik berbunyi nyaring mengegarkan bilik tidurku, aku seakan-akan tidak mampu mengatasi air kencing Syaitan dalam telingaku yang terus-menerus membisikan agar terus tidur.  Dan hasilnya aku terbangun setelah Matahari hampir keluar menerangi alam.  Segala puji bagi ALLAH atas segala hal dan Maha Suci Allah yang menghidupkan kami sesudah mematikan kami dan kepada-Nya kami kembali. Aku segera bangun, bersiwak dan mandi kemudian berwuduk untuk Solat Subuh.  Bersiap dengan pakaian kerja aku dan mendirikan solat Subuh dengan tenang dan sabar.   Sungguh aku lewat subuh hari ini.  Betapa malangnya hidup aku yang bermula dengan ‘Subuh Gajah’ kata orang Pahang.  Usai Solat Subuh, Seribu istighfar ku lafazkan akibat dari kelalaian dan kealpaan hidup hari ini.  Setelah berdoa aku bangun dan melihat jam.

Melihat jam sudah menghampiri 7.30 pagi, aku segera bangun dan mencapai beg galas milikku yang sudah diubah-suai, ambil kunci kereta dan bergegas turun ke tingkat bawah.   Matahari telah mulai menampakkan dirinya tatkala aku membuka pintu rumah.    Seperti biasa sambil membaca ayat-aya amalan keluar rumah aku melakukan rutian harianku dengan tenang tetapi sedikit bergerak lebih pantas dari biasa untuk mengejar masa.  Dalam setengah jam lagi aku mesti melaporkan kehadiran ku di pejabat melalui cetakan cap ibujari pada mesin perakam waktu yang lebih moden berbanding dulu.  Tetapi aku tetap memandu dengan hati-hati seperti biasa.  Kalau biasanya aku memandu pada kelajuan 70 kilometer sejam, pagi ni aku melajukan ke tahap 90 kilometer sejam.  Satu kelajuan yang buat aku rasa cuak.  Maklumlah, aku aku bukan jenis yang suka merempit atau bawa kereta laju-laju di jalan raya.  Aku risau terlanggar atau dilanggar kerana kecuaianku atau kecuaian pemandu lain.  Bagi orang lain, mereka akan bosan menumpang kerana kelajuan mereka dan kelajuanku berbeza dalam hal memandu kereta.

Dalam beberapa minit kemudian, aku sampai di pejabat. Keadaan masih lengang, tetapi jam menunjukan 7.50 pagi.  Lagi sembilan minit, kehadiranku mesti dikesan oleh mesin perakam waktu automatik yang tersedia di pintu masuk.  Alhamdulillah, ketibaanku disambut dengan aroma pejabat yang sedikit hapak dan bunyi mesin perakam waktu yang sentiasa berdecit pada setiap 20 minit itu.  Ibu jari kananku dilekapkan ke ruang pengesan cap jari.  Bunyi berdecit dua kali kedengaran. Kehadiranku berjaya dicatat pada jam 7 : 54 minit pagi.  Alhamdulillah...  setelah menghidupkan lampu dan peralatan pejabat yang lain, aku kembali menghadap komputer sambil mencari dan menerawangkan fikiran untuk membaham segala idea yang berlegar dalam ruang udara yang sejuk dalam pejabat.  Apa isu hangat dan topik yang bagus untuk aku catat dalam TRAVELOG VOYAGER aku ini?

“Jom, minum!’
Aku tersentak.   Suara itu membuatkan aku tertoleh kepada pemiliknya. “Haa... Abang Kom.  Ada pun. Ingatkan tak dapat tadi.” 
Aku senyum sambil angkat kening sebelah.  Reaksi yang biasa aku lemparkan kepada rakan sepejabatku yang mesra alam.
“Eh.... Ada kat belakang. Aku baru keluar dari Pantry.  Jom minum.” Katanya sambil menggaru-garu kepalanya yang licin kerana dibotakkan dua hari lepas.
“Katne?” soalku.
“Mana-mana pun boleh.”
“Seksyen Tujuh lah!” aku buat keputusan.
“Ok je .” katanya, masih dengan senyuman dari balik janggutnya yang tersikat rapi.
Dan kami berdua meninggalkan pejabat yang kebetulan pula kawan sepejabat yang lain muncul.  Ezar, juga merupakan pembantu di pejabat ini.  Setelah meninggalkan pesan dan Ezar pula sanggup jaga kaunter depan.  Maka kami dengan segera ke sebuah restoran di Seksyen 7. 
  
Nasi Goreng kampung dan Telur goreng mata kerbau.  Air minum hanya air suam kosong  Menu yang sangat aku gemari.  Sementara itu, Abang Kom hanya memilih menu dan menikmati keenakan Sup Soto dan Kopi O panasnya.






Usai doa makan dibaca, kami menikmati rezeki pagi itu sambil-sambil berbincang tentang sikap manusia yang terlalu tamak dengan harta dunia.  Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.    Pendapat Abang Kom tentang orang kaya yang tidak bersyukur dan orang kaya yang bersyukur sememangnya selari dengan pendapat ku.  Zakat dan Sedekah juga menjadi topik yang kami bincangkan yang akhirnya solusi dari apa yang kami bualkan semasa makan itu hanya bahawa untuk menjamin hak-hak orang ain dalan harta si orang kaya itu adalah dengan melalui Sedekah Dan Zakat.    Kerana manusia itu lupa adanya ‘Hak’ orang lain dalam harta serta wang ringgit yang diusahakannya sehingga menjadi kedekut dna tamak.  Lantaran itu orang kaya ini tidak mengeluarkan zakat dna sedekah kepada yang berhak.  Maka muncullah istilah si kaya bertambah kaya dna si miskin bertambah miskin.  Namun, kekayaan itu tanpa disedari oleh manusia akan mengundang bala bencana kepada pemiliknya.  Kerana harta yang tidka dizakatkan itu pasti akan ditarik oleh ALLAH dalam pelbagai situasi dan cara seperti dirompak, terbakar, dibunuh oleh penjenayah.  Kerana merekalah, penjenayah-penjenayah ini wujud.    Jadi yang bersalah di sini bukanlah penjenayah tetapi masyarakat yang memaksa penjenayah jadi penjenayah.    Apabila Isu GST muncul maka ini menjadi satu langkah yang bagus untuk Kerajaan mengagih-agihkan kekayaan dan harta kepada yang berhak diberi.    Jadi akan hilanglah istilah si kaya terus kaya dan si miskin terus miskin.  Yang ada nanti adalah keseimbangan ekonomi yang baik dan bermanfaat kepada kedua belah pihak. Tepat jam 9 pagi, kamu selesai makan dan kembali ke pejabat kerana ada lagi orang yang belum bersarapan pagi itu.
Tiba di pejabat aku terus mengadap komputer melayari internet.  Cuba mencari beberapa keping gambar tentang masjid di Indonesia.  Sebuah masjid yang aku rasa unik Kubahnya. Masjid Lhokseumawe, Indonesia.



Esok Isnin, merupakan hari cuti Wilayah Persekutuan KL.  Dan hari Selasanya adalah cuti am Thaipusam 2015 (3 Feb 2015 - 4 Feb 2015). Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer. Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum. Sebagai rakyat satu Malaysia.  Maka haruslah bagi umat Islam menghormatinya.

5:00 PETANG
Tamat waktu kerja aku bergegas balik.  Seperti biasa dalam rutin hidupku, aku membaca ayat-ayat khusus ketika masuk ke dalam rumah dna beri salam walaupun tiada sesiapa yang ada di dalam rumah.  Kerana yakin kalau bukan manusia yang sambut, para malaikat dna Jin-jin yang Islam pasti akan menyambutnya.   Ini juga memberikan aku satu keyakinan bahawa rumah kita ini juga ada penghuninya selain kita.  Khususnya Jin-jin yang belum kita ketahui apakah ia seagama dengan kita atau tidak.  Namun, sebagai umat Islam yang beriman kepada hal-hal Ghaib, makhluk Jin adalah makhluk yang sama seperti kita juga, memerlukan tempat tinggal, bekerja, berkeluarga, memerlukan makan dan minum, dan hal-hal lain yang biasa kita lalui.  Alhamdulilah setakat ini tiada lagi makhluk-makhluk Jin yang mengacau dalam rumah aku. Selagi mereka beradab dan berlaku sopan mereka aku benarkan saja duduk dan menghuni rumahku.  Rumahku besar dan banyak bilik, malah loteng atau ruang siling tempat simpan tangki air juga luas dan banyak tikus. Mereka boleh berkongsi dengan tikus-tikus yang tidak jemu-jemu berlari ke serata ruang siling ketika aku mahu beradu.   Sebagai Hamba ALLAH tiada apa yang perlu kita takutkan. Cukuplah ALLAH yang wajib kita takuti dalam hal Dosa dan wajib kita ingat dalam rasa cinta melalui zikrullah.  Makhluk lain, semuanya tiada kuasa dan lemah.  Allah Maha Berkuasa atas segalanya.
Hanya sahaja aku akan melaungkan azan dalam rumah setiap kali masuk waktu solat fardhu, itu kalau aku berada di rumah ketika waktu tersebut.  Kadang-kadang terasa jjuga meremang bulu tengkuk aku ketika berada dalam rumah. Namun aku tak hiraukan.  Kerana aku tahu Makhluk Halus itu ada di situ.  Aku hanya menguatkan zikirullah dalam hati dan memohon perlindungan kepada ALLAH dari kejahatan dan keburukan mereka.  Alhamdulillah, selepas sahaja aku kuatkan zikir dalam hati, perasaan seram itu hilang serta merta diganti dengan ketenangan.  Benarlah Firman ALLAH. ‘Dengan zikrullah, hati akan jadi tenang.’
Seperti biasa, setelah memastikan pintu utama telah dikunci, aku bergegas mengambil wuduk dan azan kemudian menunaikan solat Asar dengan tenang.  Usai berdoa aku mengemaskan sejadah dan menukar pakaian ke pakaian khusus untuk bersenam.  Senaman Yoga yang aku ubah-suai dengan menyerapkan posisi-posisi solat menjadi latihan rutin harianku ketika berada di rumah selepas Asar.   Dalam masa sejam aku mempraktikan keseluruhan posisi khusus senaman ini.  Peluh bagaikan air terjun mencurah-curah pada seluruh tubuhku.  Di akhir senaman, Set Pernafasan Cakra khusus aku praktikan untuk membangkitkan tenaga dalaman agar sentiasa sihat dan bertenaga.   Di akhir nafas aku, sujud ke arah Kiblat untuk sujud 5 minit, agar darah yang penuh oksigen itu sampai ke dasar dan ruangan otak. Sambil membaca Ummul Kitab dalam hati sebanyak 10 kali hinggalah aku terasa berada di awang-awangan lantaran oksigen memenuhi seluruh ruang kepala ku.
Aku akhir senaman khas itu dengan istighfar dan selawat.  Beberapa minit selepas itu aku meneguk segelas air suam.  Aku beredar ke dapur kemudiannya dan membuka peti ais.  Di dalamnya ada banyak bungkusan ikan yang sedia dimasak.  Kubuka salah satunya dan seekor ikan Kerapu yang dibekukan kelihatan dan menggamit seleraku.   Aku letak ikan beku itu dalam besen  berisi air suam.  Supaya cepat hilang kerasnya.  Malam ini aku memang terasa untuk makan protein sahaja.  Karbohidrat tidak diperlukan malam ini.  Cukuplah ikan itu dimasak stim.  Bersama sebiji Bawang Merah yang dihiris ke dalam kuah Kicap pekat pedas sudah cukup sebagai pencecah daging ikan Kerapu jenis Kerapu Bunga itu.
Usai solat Maghrib, aku mulai memasak ikan kegemaranku itu. Dalam beberapa minit kemudian ia sudah masak dna bersedia utnuk mengalas perutku yang sudah berkeroncong sejak dari tadi.  Sambil membaca buku novel Sains Fiksyen karangan seorang penulis tempatan, aku menghayati keeenakan daging ikan Kerapu yang sedap itu.  Kisah yang diceritakan dalam novel itu memang cukup merangsang kegilaan ku terhadap genre itu.  Sesuai dengan bakat yang dikurniakan oleh ALLAH kepadaku.  Selepas menghasilkan sebuah novel Sains Fiksyen beberapa tahun yang lalu, aku seakan-akan hilang semangat untuk menulis.  Aku tidak pasti mengapa tetapi yang nyatanya semangat membaca genre itu pula yang menguasaiku.  Mungkin aku hanya sesuai jadi pembaca berbanding seorang penulis.
Ketika Azan Isyak kedengaran dari arah Surau, aku menutup novel dan mengemaskan pinggan mangkuk yang aku gunakan itu.    Mencucinya dan meletakkannya di rak khas di ruang dapur.  Aku mengambil wuduk dan melontarkan azan Isyak di ruang tamu rumah aku.  Dengan suara yang sederhana kuat yang diiring perasaan khusyuk kepada Tuhan seluruh alam...


ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR...
AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
AKU BERSAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU RASULULLAH
MARILAH MENUNAIKAN SOLAT
MARILAH MENUJU KEJAYAAN
ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR...
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH


Hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan solat fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka.


BERSAMBUNG...

Tiada ulasan: