The Alien - Link Select

Selasa, 6 Mei 2014

GOUT ???

GOUT

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.  Sakit gout pada umumnya, adalah berpunca daripada pembentukan kristal-kristal asid urik di dalam cecair sendi. Ubat gout yang biasa diberikan oleh doktor itu boleh mengurangkan sakit gout dan keradangan, tetapi ia tidak boleh mengurangkan akar umbi gout, iaitu asid urik.


Tanda-Tanda Sakit Gout

Sakit gout biasanya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara. Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba. Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan. Jika tidak dirawat, bengkat tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu. Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan. Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.

Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia (sila lihat di bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.

Komplikasi yang Berkaitan Dengan Sakit Gout

Pesakit gout biasanya mempunyai paras asid urik yang tinggi, dan asid urik lebihan ini boleh berkumpul di bawah kulit dan membentuk bonjolan digelar TOPHI. Terdapat juga asik urik yang terkumpul di dalam saluran air kencing dan semakin membesar sehingga menjaid Batu Karang.
Pesakit gout juga mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidapi penyakit moden yang lain seperti berikut:

Tekanan Darah Tinggi
Sakit Jantung
Obesiti/Kegemukan
Kencing Manis/Diabetes
Lemah Batin/Impotensi

Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:

1.       asimptomatik
2.       Akut
3.       interkritikal
4.       kronik.

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

Rawatan Tradisional
1.)Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.
 2.)Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali (Biji buah durian juga boleh digunakan sebagai ganti anak pokok durian dan akarnya bagi menyelamatkan pokok-pokok durian sedunia). Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.
 3.)Ambil beberapa helai daun pandan dan rebuskanya.Minum air rebusan tersebut.Amalkan 2 kali seminggu.

MAKANAN PENYEBAB GOUT DAN PANTANG BAGI PESAKIT GOUT!!!
1.     Daging merah
2.     Ayam (semua jenis Ayam)
3.     Makanan laut (Udang, Kerang, kepah, Ketam dll.)
4.     Telur
5.     Kacang
6.     Sirap jagung tinggi fruktos (SJTF)
7.     Semua jenis air Berkarbonat (pepsi, Coca-Cola, dll.)
8.     Semua jenis air kotak terproses KECUALI Jus buah-buahan
9.     Semua jenis ubat Kimia dari Klinik dan hospital.



Makanan WAJIB untuk pesakit GOUT.
1.     Semua jenis Sayur (Kobis, Lobak Merah, Timun,) -kadar 2/3
2.     Ikan Bakar dan Stim -kadar 1/3
3.     Nasi  putih -kadar 1/3
4.     Air  Suam beralkali -kadar 3 liter sehari.
5.     Ubat Herba (Ardisia HPA, Curcumin HPA, Radix HPA) dan Minyak But-But HPA
6.     Cuka epal, minyak zaitun, vitamin C dos tinggi
7.     Pokok Daun dukung anak, chai-hu (herba Cina, Bepleurum chinense, Huang-qi (astragalus membranaceus) dan gambir sesuai digunakan bagi meredakan gout.
8.     Buah Ceri dan Strawberi serta Kentang.

Secara tradisi, GOUT dianggap sebagai satu penyakit yang dihidap hanya oleh mereka yang merosot akhlak serta malas, disebabkan makanan-makanan yang mengakibatkannya hanya dapat banyak dimakan oleh mereka yang kaya. Mangsa sterotaip ialah seorang lelaki pertengahan umur yang sangat gemuk serta malas dan yang makan dan minum terlalu banyak makanan berlemak serta alkohol, dengan wain port sering disebut sebagai sebab yang khusus. Mungkin diakibatkan oleh perhubungan tradisi antara kekayaan dan kenal huruf, gout merupakan salah satu penyakit yang paling biasa dilaporkan dalam sejarah. Galen, pakar bedah gladiator Rom, menghuraikan gout sebagai pelelehan empat humor badan pada jumlah yang tidak seimbang ke dalam sendi-sendi. Istilah bahasa Latin untuk titis (iaitu titis lelehan) ialah gutta — istilah "gout" berasal daripada perkataan ini.


TIPS BERKESAN!

*Elakkan meletakkan AIR BATU pada bahagian sakit atau benjolan Gout (Tophi). Ia akan menambahkan KRISTAL URIK ASID dan menambahkan sakit. TETAPI, gunakan air suam untuk meredakan kesakitan... makin panas makin bagus... tetapi jangan sampai melecur!


GUNAKAN RAWATAN ALTERNATIF:
1.     Doa Khusus Nabi merawat penyakit.- Rujuk cara Nabi merawat penyakit dengan Istighfar, Doa dan Sedekah serta usaha lahiriah.
2.       Bekam Lintah atau Bekam Sunnah Nabi menurut cara Islam oleh HPA.
3.       Amalkan memakan Madu Asli, Habbatus-Saudah, Ardisia HPA, RADIX HPA, Moringa HPA, Daun Dukung Anak,  Buah Ceri dan Strawberi, Cuka Epal, Minyak Zaitun.
4.       Ambil Vitamin C dos Tinggi. (Roselle, Moringa, Lemon, Kunyit dan Vitamin C  yang lain.)
5.       Air suam + Kunyit hidup (ditumbuk hancur) + Minyak But-but keluaran HPA untuk merendam kaki atau bahagian yang sakit.
6.       Ubah gaya pemakanan anda dan cara hidup anda kepada yang lebih baik dan lebih sihat.


BUKAN ANDA SEORANG SAHAJA YANG MENGHIDAP GOUT. TETAPI, RAMAI LAGI...
LIHAT Tokoh TERKENAL mashyur yang mengidap GOUT.  Salah satu pengidap gout yang terkemuka ialah Henry VIII. Yang lain termasuk Alexander Hamilton, Alfred Lord Tennyson, Benjamin Disraeli, Benjamin Franklin, Charles V, David Wells, William Pitt, Earl Pertama Chatham, George IV, George Mason, Henry Fielding, Isaac Newton, John Calvin, John Hancock, John Milton, Karl Marx, Kirk Reuter, Kublai Khan, Lennart Torstenson, Nostradamus, Pablo Neruda, Peter Gomes, Ratu Anne, Rubens, Samuel Johnson, dan Thomas Jefferson serta Ennius, pemuisi Rom, menulis "numquam poetor nisi podager" — "Aku tak pernah menulis puisi kecuali menghidap gout." Beliau mempergunakan masa ketika duduk yang disebabkan oleh sakit artritis untuk mengarang puisi.  Oleh itu jangan risau dan bimbang... anda tidak keseorangan!


 ‘TIMLOMEKUN’ JUS ANTI-GOUT

TIMUN
LOBAK MERAH
KUNYIT HIDUP

Kisar dan campurkan dengan segelas air beralkali dan minum sebelum tidur..:)
Herba lain : RADIX KAPSUL DAN ARDISIA

PANTANG
Jangan makan semua jenis Kacang – kacang tanah, merah, hitam kacang buncis, panjang dll.

Punca Gout antaranya ialah sikap :

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan kari.
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar memakan fastfood seperti burger, kfc, McD, subway dll.
19. Mengambil supplement Vitamin yang tidak halal



SYOR PEMAKANAN
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung
6. Minyak zaitun satu sudu besar setiap hari
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus dan pegaga
8. Buah Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran
15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA

16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari atau minyak zaitun.

“Apabila anda diuji dengan penyakit. Maka ucaplah ALHAMDULILLAH, kerana ALLAH sedang menghapuskan dosa-dosa mu dengannya dan ISTIGHFAR lah, nescaya ALLAH memudahkan kesulitanmu.  BERSEDEKAH lah... kerana dengan sedekah, ALLAH akan mengubati penyakit mu.”

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

Tiada ulasan: