The Alien - Link Select

Sabtu, 13 Julai 2013

KHASIAT KUNYIT ???




Scientific classification
Kingdom:       Plantae
(unranked):     Angiosperms
(unranked):     Monocots
(unranked):     Commelinids
Order: Zingiberales
Family:           Zingiberaceae
Subfamily:      Zingiberoideae
Tribe:  Zingibereae
Genus: Curcuma L.

Kunyit telah digunakan semenjak 4000 tahun dahulu dan kajian menunjukkan kunyit dapat membantu merawat beberapa jenis penyakit. Kunyit digunakan secara meluas dalam masakan berempah dan dalam industry pemakanan sebagai pewarna. Ia juga digunakan dalam perubatan rawatan secara Ayurvedic dan perubatan tradisional Cina sebagai anti-inflammatori penghadhaman, masalah hati, kulit dan luka.

Kunyit juga adalah herba yang amat baik sebagai ajen antioksida; antioksida memburu jerisim dalam badan yang digelar sebagai radical bebas, yang merosakkan membrane sel dan menggangu pembentukan DNA dan juga meyebabkan kematian sel. Antioksida dapat memulih (neutralize) radikal bebas dan mengurangkan atau menghalang kerosakan dari terus berlaku. Antioksida kunyit mengurangkan inflamatori dengan menurunkan tahap enzim inflamatori (dipanggil COX-2 dan LOX) dalam badan dan menghentikan platelet dari bercantum dan menjadi beku.

Ia bukan sahaja rempah, bahkan ia juga adalah herba kesihatan dan bukan sekadar perwarna masakan bahkan ia 5 hingga 8 kali lebih kuat dari vitamin E dan vitamin C.

Spesis

Keterangan berkenaan kunyit telah dicatit dalam Bahasa Sanskrit seawal 1500 tahun SM dan dalam Bahasa Latin seawal 500 – 1700 tahun SM.
Terdapat lebeh kurang 130 jenis spesis kunyit diseluruh dunia mengikut apa yang dikumpulkan oleh Linnaeus pada tahun 1753 dari genus Curcuma. Curcuma (Cúr-cu-ma) ia lah genus dari 80 spesis dari keluarga tumbuhan Zingiberaceae yang diterima dari sepsis kunyit dan Tulip Siam. Nama Curcuma berasal dari Bahasa Arab kurkum(مكرك ) bermakna “Kunyit” (turmeric).


Khasiat dan nilai-nilai perubatan dalam kunyit

Kunyit banyak digunakan sebagai perisa dalam makanan, pewarna, pengawet dan bahan dalam adat-adat keagamaan. Selain itu tidak dapat dinafikan kunyit juga sejenis tumbuhan yang turut mempunyai nilai yang tersendiri dalam penjagaan kulit dan kesihatan.

Selain daripada di atas kunyit turut digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat-ubatan tradisional. Air perahan kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati. Kunyit serta bahan ramuan lain juga boleh dijadikan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah. Di samping itu sebatian kimia dari kunyit dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang, anai-anai dan lipas. Kunyit telah digunakan di negeri India selain dari masakan, sebagai bahan pewarna semenjak 2500 tahun dahulu.

Nilai perubatan anti-inflamatori sepsis spesis ini mula timbul kepermukaan secara perlahan. Kajian terkini membuktikan kunyit ialah tumbuhan semulajadi yang mempunyai keajaiban merawat pelbagai penyakit bukan sahaja kanser bahkan kepada penyakit Alzheimer.

Disini diberi 20 sebab mengapa kita perlu menambah kunyit dalam diet kita:

1)         Ia adalah antiseptic semulajadi dan agen antibacterial, berguna dalam merawat jangkitan dari luka dan bakar.
2)        Bila dicampur dengan kobis bunga (cauliflower), ia menunjukkan kemampuan menghalang kanser prostate dan menghentikan ketumbuhan kanser prostate yang tersedia ada.
3)        Menghalang kanser payudara dari merebak kedalam paru paru dalam ujikaji keatas tikus.
4)        Mampu menghalang melanoma dan menyebabkan melanoma yang sedia adan melakukan bunuh diri.
5)        Mengurangkan risiko leukemia zaman kanak kanak.
6)        Ia adalah penghenyak keracunan hati semulajadi (natural liver detoxifier).
7)        Mampu menghalang dan memperlahankan kemajuan penyakit Alzheimer's dengan membuang ketumbuhan amyloyd plaque didalam otak.
8)        Dapat menghalang dari tumbuh semula metastases dalam beberapa jenis kanser.
9)        Ia adalah anti-inflammatori semulajadi yang amat kuat seperti ubat anti-inflammatory yang lain tanpa meninggalkan kesan sampingan.
10)       Ia menunjuk keberkesanannya dalam memperlahankan petumbuhan multiple sclerosis dalam tikus.
11)        Ia adalah ubat tahan sakit semula jadi (natural painkiller) dan melawan cox-2.
12)       Membantu dalam metabolisma lemak dan dalam penggurusan berat badan.
13)       Telah lama digunakan dalam rawatan tradisional Cina sebagai ubat tekanan (depression).
14)       Disebabkan nilai perubatan anti-inflammatori, ia adalah rawatan untuk arthritis dan rheumatoid arthritis secara semulajadi.
15)       Merangsang kesan ubat chemo paclitaxel dan mengurangkan kesan sampingannya.
16)       Kajian yang menjanjikan pemulihan sedang dilakukan keatas kanser pancreatic.
17)       17.Kajian secara positif masih dijalankan keatas kesan kunyit pada “multiple myeloma”.
18)       Telah dibuktikan mampu menghentikan tertumbuhnya urat darah baru dalam tumors.
19)       Mencepatkan kesembuhan luka dan membantu membina semula kulit yang rosak.
20)      Dapat membantu dalam rawatan psoriasis dan lain lain penyakit inflammatory kulit.

KESELAMATAN
Kunyit tidak digalakkan kepada mereka yang mengalami “Batu karang” (gallstones) atau permasalahan hempedu (bile obstruction). Walaupun kunyit kebiasaannya digunakan oleh wanita hamil, ada mustahak mendapat nasihat doctor kerana kunyit merangsangkan pundi kencing.

KUNYIT DAN TEMU

KUNYIT BIASA (Curcuma domestica)



Kunyit sebenarnya berasal dari kawasan Asia Tenggara, Kini tersebar ke seluruh Asia. Bagi masyarakat Melayu perkataan kunyit dikhaskan kepada kunyit biasa atau nama saintifiknya Curcuma domestica sedangkan jenis-jenis lain diberikan nama temu.

Di Malaysia terdapat beberapa spesis kunyit yang liar yang kebanyakannya digunakan sebagai bahan ubatan tradisional. Antaranya ialah temu pauh (Curcuma mangga); temu emas (Curcuma zeodoria); temu putih (Curcuma auriantica); temu hitam (Curcuma aerugtinosa); dan temu lawas atau temu lawak (Curcuma xanthorthiza).

Kalau dilihat sepintas lalu adalah sukar untuk membezakan setiap spesis yang dinyatakan.. secara amnya bentuk dan struktur rumpun rumpun tumbuhan adalah sama. Bagaimanapun, jika diteliti secara terperinci nyatalah setiap spesis itu mempunyai perbezaan-perbezaan terutamanya dari segi daun, bunga, susunan rizom, warna rizom dan aromanya. Curcuma domestica mudah ditanam di negara ini dan sering ditemui dipinggir rumah atau ditanam di dalam pasu oleh masyarakat Melayu. Tumbuhan kunyit merupakan tumbuhan merumpun tahunan. Tingginya lebih kurang satu meter, daunnya lebar, licin dan bertangkai panjang. Bunga kunyit berwarna kuning muda keputihan. Rizomnya (umbi) berwarna kuning tua serta beraroma yang tersendiri.

Daripada analisis kimia rizom kunyit, sebatian-sebatian kimia yang dikenal pasti ialah curcumin yang memberikan warna kuning, tumereon, zingiberin, dan minyak pati yang terdiri daripada turmerol, fellandren, kamfer, curcumon dan lain-lain lagi.


Kunyit banyak digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional. Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati. Kunyit berserta dengan ramuan-ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah. Sebatian kimia dari kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas.. Kunyit juga didapati berkesan mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria.

Tiada ulasan: