Ahad, 7 April 2013
ULAMA PEWARIS NABI???
SABDA RASULULLAH S.A.W. " Al Ulamaa' warothatul anbiyaa'.." Maksudnya: Ulama adalah pewarith para nabi.... Berikut adalah ciri-ciri Ulama Pewaris Nabi s.a.w:-
1] Ulama itu, dikenali dengan ILMUNYA DAN KETEGUHAN PENDIRIANNYA.... Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat... Ulama dikenali dengan JIHAD, DAKWAH, PENGORBANAN DARI SEGI WAKTU, HARTA BENDA, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah...
2] Ulama dikenali dengan IBADAH DAN KHUSYUK MEREKA KEPADA ALLAH.... MEREKA TAKUT KEPADA ALLAH, DAN TIDAK TAKUT KEPADA MANUSIA.... Mereka merujuk kepada HUKUM-HAKAM ALLAH dalammenyelesaikan masaalah umat... Ulama dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya... Ulama dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak....
3] Ulama adalah orang YANG TIDAK MENGINGINKAN KEDUDUKAN, dan membenci segala bentuk pujian serta tidak menyombongkan diri atas seorang pun... Walaupun mereka seperti mengejar kedudukan, tetapi adalah dengan NIAT UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH... Dia yang tidak hasad kepada seorang pun yang berada di atasnya dan tidak menghinakan orang yang ada di bawahnya dan tidak mengharapkan balasan dalam menyampaikan ilmu Allah....
4] Ulama yang tawaduk juga SENTIASA MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG RAPAT DENGAN UMMAT... BERGAUL DENGAN UMMAT.... mengajar dan mendidik, serta menasihati mereka dengan cara yang penuh hikmah...
5] Ulama akan MENGAMALKAN ILMU YANG DIMILIKINYA.... Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya orang alim itu adalah orang yang beramal dengan apa yang dia ketahui".. (Hadis dalam Sunan ad-Darimi)... Sayyidina Ali r.a. berkata : "Wahai orang yang mempunyai ilmu! beramallah kamu dengannya kerana sesungguhnya orang yang alim itu adalah orang yang beramal dengan ilmu yang dia ketahui, serta selaras antara ilmunya dengan amalannya."...
6] Ulama ini MENERUSKAN TUGAS PARA NABI, IAITU MENGAJAR, mendidik, membersihkan hati umat daripada syirik dan maksiat, serta berdakwah dan memerintah mengikut perundangan Allah, sebagaimana kita fahami daripada firman Allah SWT, maksudnya: "Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada kalangan orang-orang arab yang buta huruf, seorang rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat Allah, yang membuktikan keesaan Allah, dan kekuasaanNya... Dan membersihkan mereka daripada aqidah yang sesat, serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat... Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w adalah dalam kesesatan yang nyata" (Surah al-Jumaah ayat 2)...
7. BERANI - wajiblah ada sifat BERANI dalam diri seorang ulama pewaris nabi. Ini kerana nabi adalah seorang yang berani mengakui bahawa baginda adalah nabi yang diutus ALLAH. Maka demikian juga ulama itu.. wajib berani mengakui bahawa beliau adalah ULAMA PEWARIS NABI.
8. Memiliki KARAMAH seperti nabi yang punya Mukjizat. - HARUS ada KARAMAH yang mampu membuktikan bahawa ULAMA tersebut beramal dengan Qur’an dan sunnah nabi lalu mendapat anugerah ALLAH berupa KARAMAH yang menjadi salah satu bukti ke-ULAMA-annya...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan