The Alien - Link Select

Isnin, 3 Januari 2011

BALIK KAMPUNG!




Dua minggu bercuti( 9 hari di KK, SABAH, enam hari di S.Alam). satu pengalaman yang cukup seronok sebenarnya, banyak perkara yang aku pelajari saat bersama keluarga tercinta di kampung. Dan banyak pula yang aku belajar saat berada di di SA.
Aku bertolak pada jam 10.30 pagi dari rumahku, di padang Jawa dan dari rumah mak di s.17. dengan menaiki kereta adik ipar, jenis proton saga hijau kami ke KLIA. Tiba disana, lagi sejam aku akan berlepas dengan flight jam 2 pm... lepas soat zohor, aku bergegas masuik ke balai berlepas dan alangkah terkejutnya aku apabila bertemu dengan seorang kawan masa di UITM s.17 dulu... Salahuddin. Orangnya baik dan hensem gitu... ngam la dia keje kat MAS. Dia terkejut juga nampak aku kat situ, tapi kami tak berbual lama kerana masa terlalu cemburu. Aku menaiki Airbus MAS, waaa... pertama kali aku naik airbus, biasanya aku naik kapal terbang biasa je... yang enam tempat duduk. Kali ini airbus yang 8 tempat duduk woooo... best gak! Sepanjang penerbangan aku astyik pejam mata dan berzikir... dua jam setengah, aku menikmati penerbangan yang sedikit bergegar di udara lantaran cuaca yang kurang memuaskan. Dahlah aku rasa sejuk gile, selimut pula takde... dah habis kata pramugara tu... time makan, aku amik sate, oklaa...sedap gak.. tapi aku tak habis... kerana takut terberak.. hehehehe... kang tak pasal-pasal aku kena pi tandas lak.. aku paling tak suka berak di udara... hehehhe... tepat jam 5. 30 pm... Kapal Terbang mendaraty dengan jayanya... aku bergegas keluar dan setelah ambil beg kargo aku terus dapatkan teksi yang harga tambangnya sudah naik kalau dulu Cuma RM 20...sekarang dah RM 30. GILE! Semua harga barang turut naik tahun ni...
Aku call bapa aku, katanya si Joe tak dapat amik aku kat airport. Tu yang aku amik teksi tu... terus ke barter.Bapa tunggu aku di surau pasar Mutiara tu... dan lepas menunaikan solat tahiyyatul masjid, Sunat wudhuk, taubat dan fardhu asar... aku dan bapa bergegas ke perhentian bas Pirate ke Telipok. Mujurlah ada van besar ke sana. Dalam remang senja itu bas meluncur laju, membelah kesibukan jalan raya Kota Kinabalu yang semakin sesak lantaran orang balik ke rumah masing-masing.
Tiba di rumah, sudah agak masuk waktu Isyak... salam ngan mak, ngan adik2 semua aku tunaikan solat maghrib... kemudian solat Isyak... lepas tu kami makan malam. Tak sangka mak aku masak Sianglag sama itu piutu...so amkanlah dengan ikan Tiula sama Piritu... waaa... terubat kerinduan aku pada resipi Suluken ini... adik2 aku happy je bila aku balik.. terutama si Ija... dan si Naldo yang semain teruk kesihatannya...
Si Rubina belum balik, tapi tadi dia call aku tanya kat mana... dan malam itu aku tidur di ruang tamu bersama naldo, Abdillah dan Ija serta anak-anak kucing yang 7 ekor dan comel2 pula tu... (Kucing besar ada tiga dan kucing anak2 ada 7 ekor) malam itu aku tak nyenyak sangat sebab sukar bergerak lantaran anak-anak kucing yang tidur di sebelah aku... aku tak nak terhimpit diorang... hehehhe...siannnn... adik aku si Rubina balik jam 11.30 lebih kurang... kasihan dia... namun apakan daya itulah bidang yang diambilnya... kerja di Hotel Hyatt KK, memang agak sukar giliran kerjanya... bagi orang lain, mugkin senang dan mudah untuk dilakukan. Tapi aku tau adik aku terdesak dan terpaksa bekerja sampai jam 10 malam... nasib baik ada bas ke telipok sampai jam 11 malam.. so takde masalah sangat... cuma keselamatannya yang kami semua bimbang... Insyallah semuanya akan baik(All is well- 3 idiots).
Esoknya... makan mi Ken Chong yang mak aku masak... memang sedap, berbeza dengan mi jenama lain... takde asid Borik agaknya... but amat enak dimakan... Hari pertama aku dirumah, Si Dimah call suh datang KK-shopping untuk budak2 tu katanya... suh bawa si Ija dfan si Bibi... kemudian kami bertiga bergas ke KK menaiki bas si pakcik Khalbi... si Dimah tunggu di tepi jalan di Kampung Delima bersama si Pajeng... besar sudah anak dara seorang ni... alhamdulillah, mereka semua masih bersekolah dengan rajinnya... semoga mereka lebih berjaya kelak dari kami yang sudah berjaya ini... Insyallah.
Kami ke KK plaza, di sanha aku tidak join diorang, aku paling tak suka perempuan shopping...lambat dan lembap...hehehehe.. apa aku buat aku jalan-jalan round plaza Kk, Segama, terus ke Centre point. Makan tengahhari kat sana. Lama betul aku tak makan kat situ...setahun lebih agaknya... sup nya masih rasa yang sama...tetap sedap dan best... aku makan nasi, sayur peria, Agar-agar Sushi dan ikan goreng... semuanya RM 7...mak oii.. mahalnya... tapi, aku makan sampai habisss... lepas makan aku terus blah nak solat Zuhur kat tingkat 3. Ada surau kecik kat tempat parking yang disediakan khas... aku seperti biasa sunat wudhuk, Taubat dan Fardhu Zuhur kemudian sunat hajat serta berzikir amalan rutin tareqah... tak sedar aku terlelap...bila aku terjaga, aku bangu dan keluar. Cadnagn untuk kembali ke KK plaza tak jadi sebab hujan lebat gile! Aku tersangkut di dalam perut Centre Point. Aku kembali meneruskan perayauan aku di yaohan sambil menyaksikan gelagat pelbagai remaja-remaja yang songsang dan terbalik... entahlah macamana nak jadikan mereka ini manusia... di tingkat 4 sahaja(Palma) kelihatan anak-anak remaja yang berpakaian tidak senonoh melepak dan membuang masa... kalau aku imbas semula zaman remaja aku.. mungkin sama lah juga seperti itu.. tetapi aku bukanlah yang terus biarkan diri aku hanyut...aku tetap dirikan solat lima waktu dengan tekun tanpa putus amal... bagi aku ia satu kewajipan yang mesti dibuat...lagipun ayah aku pernah berpesan dengan nada yang cukup melekat dalam hati sanubari aku sehingga kini. “Walaupun kau di mana, jangan sesekali tinggalkan solat lima waktu!”- kata-kata ini menjadi azimat yang tidak ternilai harganya pada aku. Alhamdulillah... dan semoga Allah memberkati Ayahku agar terus berada di atas jalan Allah yang diberkati itu...
Sehingga masuk waktu Asar, hujan terus menitis di bumi KK dengan rakusnya... aku pula sebelum ke surau aku lepak di tempat orang main game.. di situ aku berzikir dalam hati sambil merenung pulau Gaya dengan seribu perasaan yang sukar ditafsirkan... banyak sejarah aku di pulau itu... sehingga kini aku tidak akan lupa segala pahit manis hidup aku di sana... klau boleh akau nak berumah semula di sana. Tetapi apakan daya... semua itu adalah penggiliran alam yang mesti diikuti dan dipatuhi semua makhluk... hidup seperti roda!
20 minit sebelum Asar, aku ke surau dan buat sunat serta zuikir sebelum fardhu... terasa tenang hatiku masa tu... Asar kali ini, solat berjemaah... alhamdulillah satu sunna nabi dah dibuat. Dan satu yang aku respek dengan seorang jemaah OKU umur lingkungan 25-an... walaupun tergagap-gagap, dia masih bersemangat melaungkan azan dengan kuatnya... alhamdulillah... semoga Allah memberkatinya... Selesai solat hujan mulai reda, gerimis.... aku masih terperap sambil memikirkan jalan ke Plaza KK. Tanpa aku sedari aku tiba di Sinsuran dalam gerimis yang membasahi pakaian ku... Si Dimah call tadi, mengatakan mereka ada di Wisma Merdeka tengah makan KFC dan mengajak aku sekali untuk makan dengan diorang... aku bergegas ke sana... tetapi di pertengahan jalan aku teringat aku belum bayar makan tengari tadi. RM 7... jelas tertulis dalam satu nota kecil yang diberikan oleh pelayan restoran tadi. Aku bergeas semula ke Centre Point dan membayar harga makanan aku itu. Aku tak nak makanan yang halal tadi menjadi haram. Biarlah semua makanan yang aku makan itu halal dan menjamin kesihatan dan keselamatan aku dari dibaham api neraka Allah SWT... lepas bayar, aku bergegas ke Pasar Malam. Tak jadi nak ke wisma Merdeka... di sana aku mencari beberapa jenis sayur untuk makan malam di rumah... niat dihati, nak makan malam di pasar malam... tetapi memikirkan si Ija dan yang lain sedang menunggu di Plaza KK.. aku cepat-cepat beli barangan keperluan rumah dan terus ke KK plaza... di sana mereka sedang menunggu dan petang itu aku, bibi dan si Ija... menaiki bas ke Telipok. Manakala si Dimah dan si Pajeng ada urusan lain. Tiba di sana dah nak Maghrib...
Selesai solat Mahgrib, aku menyertai keluarga aku makan malam. Malam ini ayah aku beli ketam Bunga... 3 ekor, RM 15... kan main mahal lagi ketam sekarang. Mujurlah ketam bunga tu berisi dan besar saiznya... puas makan... heheheh... lepas makan, minum ubat Radix dan IMT kemduian solat Isyak dan menonton TV sama-sama. Jam 11 malam aku tertidur tanpa sedar kepulangan si Rubina disambut oleh si Abdillah yang memang setia menunggu kakaknya pulang.
Bersambung...

Tiada ulasan: