Rabu, 10 November 2010
THE TEH TARIK PLACE!
10.11.2010- aku bercuti, temankan cinderellaku ke klinik Primanora kat Damansara... bertolak dari rumah jam 8.30 lebih kurang... tapi disebabkan ada beberapa aktiviti yang wajib dilakukan...(sarapan) maka lewat sikit. Pagi Rabu ini, aku sarapan roti panggang, kurma sebiji dan air Habbatussaudah panas... lepas tu minujm kapsul dua biji kapsul Radix dan satu kapsul Ficus... bagi tenaga sikit... sepatutnya aku minim Proviton...tapi aku ubah masanya... malam aku minum kapsul proviton. Mandi-mandi dan bersiap... setengah jam kemudian ondaway ke Damansara melalui federal highway... lepas tol... terperasan mula bangunan Emperial yang dulu nak sangat pergi, tapi takde masa nak pi sana... kami bercadang utnk singgah masa balik nanti... dipendekkan cite... jalan ke linik primanora itu memang jammed dan sampai kat sana dalam 9.30 lebih-lebih kot... sampai sana kami dilayani macam kawan... memamng bes klinik tu... cukup mewah dan eksklusif... doktornya pun lebih peramah... kami diberi minum minuman panas di pantrynya... siap ada tv plasma tuuu... balik dari klinik kami singgah di Empire dan menjamu selera di “Teh Tarik Place”- "from Malaysia with love"- restoran dalam mall tu yang direka seperti restoran dulu-dulu... memag kreatif dan inovatif... lain kali aku nak lepak lagi la kat situ... makanan dia pun best dan berbaloi dengan harganya... standard harga dalam Mall la.... aku pekena mee goreng mamak dan cinderellaku pekena Laksa Asam..cukup sedap! Berbaloi-baloi... kami balik jam 12... dna singgah di Shell beli miyak dan air mineral 24 botol RM 15 je... lepastu gi umah Ami... layan Alia yang comel tu ngan Amir.... dua anak sedara bini aku yang kiut dan comei.... kami balik rumah jam 1 lebih dan tidur jap...sebelum solat zohor... sepanjang hari itu aku layan Merlin dan tambah sikit-sikit Adamus 2... entah mengapa hari itu merupakan hari yang aku rasa cukup lama... tak sabar-sabar nak keje... aku paling suka keje... walaupun tak serupa keje.. hehehe!
MANILA 10 Nov. - Pihak berkuasa Filipina hari ini mengeluarkan amaran penerbangan dan peringatan kepada penduduk yang tinggal berhampiran terhadap kemungkinan letusan gunung berapi Bulusan, yang ketika ini sedang aktif mengeluarkan debu.
Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina berkata, gunung berapi Bulusan telah mengeluarkan dua letusan dan menghamburkan abu setinggi 1.565 meter semalam, menyebabkan masyarakat sekitarnya bermandikan debu.
Pihak berkuasa penerbangan perlu menasihati juruterbang bagi mengelak melakukan penerbangan berhampiran puncak gunung berapi itu, yang sedang mengeluarkan debu dan serpihan volkanik akibat letusan, yang boleh menimbulkan bahaya," katanya.
Gunung berapi Bulusan 250 kilometer di tenggara ibu negara Manila di pulau utama Luzon, adalah salah satu daripada 23 gunung berapi aktif di Filipina.
Penduduk yang tinggal berhampiran sungai dan lembah-lembah di daerah itu diberi amaran bahawa banjir lumpur debu gunung berapi tersebut boleh tercetus jika berlaku hujan lebat.
Kerajaan masih tidak mengeluarkan perintah pemindahan, namun berkata 75,000 penduduk bandar berhampiran iaitu Irosin dan Juban menghadapi risiko sekiranya gunung tersebut terus meletus.
Gunung berapi Bulusan telah meletus sebanyak 16 kali dalam sejarahnya dan kali terakhir ia meletus ialah pada 2006. Kini, ia sekali lagi meletus sejak 6 November lalu. - AFP
-PENULIS : AKU DAH AGAK DAHHHH....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan