The Alien - Link Select

Rabu, 10 November 2010

AKU BUKAN HISYAM


Tajuk : Aku Bukan Hisyam
Pengarang : Silzack Khairol (1978-)
Penerbit : KarnaDya Solutions
ISBN : 9789833316649
Ini adalah karya seorang anak muda berasal dari Sabah, yang turut memakai nama pena Silsoh Khairol dalam novel keduanya, Pahlawan Adamus (PTS, 2010). Sebagai anak muda yang menulis fantasi sains, banyak pengaruh filem Hollywood dapat dikesan dalam novel ini. Dari raksasa Dr Frankestein (manusia mati dihidupkan kembali), manusia cyborg, meteor gergasi pemusnah bumi, makhluk asing dan tidak lupa pengembaraan ke masa silam melalui Gerbang Masa.
Cover buku tidak memberikan mesej jelas akan isi novel ini. Sekurang-kurangnya jika font itu direka dalam bentuk futuristik mungkin akan sedikit membantu. Atau sekiranya mata itu ada kilauan lebih menonjol ala-ala robot Terminator, tentu peminat karya sains fiksyen dapat mengaitkannya dengan jalan cerita dan membelinya.
Beberapa ilustrasi disertakan di dalam novel ini sebagai alat bantu imaginasi buat pembaca. Ilustrasi ini adalah cetusan kreativiti oleh penulis sendiri, memungkinkan novel ini diadaptasikan dalam bentuk komik pada satu hari nanti. Seperti Stephen King dengan tema Dark Tower yang diulang-ulang dalam sebahagian karyanya, saya mahu lihat lebih banyak peranan Suluken Corporation dalam karya-karya penulis ini pada masa akan datang. Ianya boleh jadi satu trademark yang baik.

refer : http://ulasbuku.blogspot.com/search/label/Silzack%20Khairol

Tiada ulasan: