The Alien - Link Select

Rabu, 30 Disember 2009

SEKADAR NASIHAT DAN RENUNGAN

Asalamualaikum ... Hanya Ingin Mengingatkan .... Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
 
L ima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
 
(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)
 
 
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
 
Ada 4 di pandang sebagai ibu, iaitu :
 
1.. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
 
 
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
 
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
 
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

AMALAN KHUSUS SEBELUM TIDUR

BERWUDUKLAH TERLEBIH DAHULU, SETIAP KALI INGIN TIDUR. JADIKAN INI SEBAGAI AMALAN RUTIN.
Sebelum Tidur bacalah(yang tidak Uzur bagi perempuan) :

1. Bacalah “Bismillahirrahmanirrahiim’ 21 kali.
2. Baca doa tidur” Bismikah Allahumma ahya waa amuts”.
3. niat nak bangun jam berapa( Ya Allah bangunkan aku pada waktu sekian-sekian).
4. Baca Al Fatihah 1 kali.
5. Baca Ayat Qursyi 3 kali.-bila sampai di ayat ‘ Walaa ya’uduhu hifdzuhumma wahuwal ‘aaliyul azhimm..’- ulangi 3 kali.
6. Baca 2 ayat terakhir surah al-Baqarah ; “ Aamanarasuulu…” 1 kali
7. Baca Surah Al Kaafiruun 1 kali dan al-Kautsar 1 kali
8. Baca Surah Al Ikhlash 3 kali.
9. Baca Surah Al Falaq dan An Naas 1 kali.
10. Baca Tasbih Fatimah r.a : Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali dan dicukupkan seratus dengan ayat ini: “ Laa ilahaa illallah wahdahu laa syariikalah lahul mulku walahulhamdu yuhyii wayuumiitu wahuwa ala kulli syaien qadiir.” ( 1 kali).
11. Baca Attahiyyat. ( 1 kali).
12. Salawat nabi -10 kali
13. Bacalah kalimah iman “ Laa ilahaa illallah” ( 1 kali) dgn penuh penghayatan.
14. Kemudian berzikir lah dalam hati “ Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah “ sampai terlelap( Tertidur).

* Sekiranya uzur bagi perempuan- hendaklah membaca no.1, 11 dan 13 sahaja.

Tatkala bangun dari tidur :
Bacalah:
Alhamdulillah lazii ahyaa na ba’da ma amaatana wa ilaihi nusyur. Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyii wayumiitu wahuwa alaa kulli syaien qadiir” 1 kali.

Amalkan setiap kali hendak tidur. Sebelum itu haruslah digalakkan memberus gigi dan berwuduk sebelum melangkah ke tempat tidur. Insyallah dengan mengamalkannya kita akan selamat di dunia dan di Akhirat. Dan sesudah bangun tidur hendaklah membersihkan muka dengan amalan Air Suci dan berus gigi dan mulut anda.

* Insyallah... berkat amalan ini, tidur tidak akan terganggu dari gangguan Syaitan dan apa saja kecuali MAUT yang ditakdirkan Allah SWT. Esoknya juga anda akan dapat merasakan tubuh rasa tenang dan bertenaga serta sihat. Amalkan setiap malam.

AKU BUKAN HISYAM

“Aku tak sangka bangsa primitif seperti ini mampu melahirkan makhluk yang kuat seperti kau.” Ujar Krimna sambil melangkah tenang ke arah Hisyam.
Hisyam ketika itu telah selesai memulihkan sistem C1G1 ke asalnya dan tubuh badannya kembali bertenaga seperti sedia kala. Dia kini sudah bersedia menghadapi lawan.
Krimna mendongak ke atas dan memerhati seluruh ruang di situ. Hisyam ketika itu mengambil kesempatan dan mula menyerang dengan tenaga maksimanya. Satu tendangan dilancarkan ke arah Krimna. Krimna mengelak pantas setelah menyedari bahaya tendangan itu. Hisyam tersentak tetapi dengan pantas dia mencapai meja besi yang terdapat di ruang itu lalu melontarkannya ke arah Krimna. Meja besi yang besar itu melayang pantas ke arah Krimna namun tidak mengenai sasarannya.
Meja besi terhempas ke dinding.
Krimna bergerak pantas ke arah Hisyam lalu melepaskan satu tendangan kuat ke samping kiri namun tendangannya ditahan. Hisyam dengan pantas mencengkamnya dan memegangnya kemas. Dengan sekuat tenaga dia menghayun Krimna ke atas. Siling makmal berlubang besar setelah dentuman memekakkan telinga bergema.
Hisyam mengekori sebaik sahaja Krimna berada di tingkat atas. Ketika itu Krimna mengambil keputusan drastik. Dia meluncur laju sepenuh kekuatannya menembusi siling tingkat atas itu. Dia sedar bangunan di mana dia berada itu berada di bawah laut kerana dia dapat mengimbas kawasan sekeliling sebentar tadi. Dia mesti ke permukaan secepat yang mungkin.
Hisyam mengejar pantas. Krimna di hadapannya berada 3 tingkat sedang meluncur lebih laju darinya untuk kepermukaan. Bangunan HQ bergegar setiap kali Krimna menembusi siling bangunan. Dan kiraan Presiden sudah sampai ke kemuncaknya.
“Sepuluh… sembilan… lapan… tujuh… enam… lima… empat… tiga… dua… satu!” Kiraan itu berakhir. Sunyi seketika.
Selepas itu yang kedengaran hanyalah satu letupan bawah tanah yang kuat. Permukaan Laut China Selatan bergelora seketika. Ketika itu juga Krimna meluncur laju membelah langit biru diikuti Hisyam ke udara.




BAB 13


BILIK 911-2
HQ 2

Prof. Ikmal dan Aizad semakin risau dan bimbang tatkala HQ musnah dalam letupan ‘musnah-diri’ itu. Dia tahu HQ sudah tidak wujud lagi. Segala-galanya telah berakhir. Namun, dia harap Hisyam selamat dan berjaya menangani pendatang itu. Dia sedar, sesuatu yang besar sedang berlaku.
Aizad memandangnya dengan seribu perasaan yang mudah ditafsir dari roman wajahnya. Dia tahu pembantunya itu juga takut dan bimbang sepertinya. Mujurlah semua penghuni HQ sudah berjaya dipindahkan melalui Lif Plasma yang berhubung terus ke HQ 2 yang terletak 10 kilometer dari situ.
“Prof?” suara Aizad kedengaran.
Prof. Ikmal menoleh ke arah pembantunya itu.
“Apakah sebenarnya yang berlaku sebentar tadi?” Soalnya.
Prof. Ikmal tarik nafas resah. “Krimna!”
“Krimna?”
“Ya ... Krimna! Itulah yang aku dengar dari Hisyam.” Jawab Prof. Ikmal, yakin. Semangatnya beransur pulih. Dia rasa takut sebenarnya ketika serangan itu berlaku. Dia bukanlah seorang yang suka berperang dan jarang sekali dia mendengar bunyi tembakan ataupun letupan. Semua itu membuatnya takut.
“Makhluk hitam keperakkan itu... Krimna?” Aizad minta kepastian. Rasa takutnya mula meresap. Kalaulah SAM C1G1 yang kuat itu boleh dikalahkan. Bagaimana pula dengan mereka yang lemah sepertinya. SAM C1G1 adalah Cyborg yang terkuat. Tiada satu pun dalam dunia ini yang mampu mengalahkannya. Tetapi makhluk yang dipanggil Krimna itu mudah sahaja mengalahkan SAM C1G1.
Dia memandang sekilas ke arah kumpulan saintis dan tentera yang sedang berkawal di Bilik 911-2 itu. Ketika itu, barulah dia terasa yang hidup ini sangat singkat. Maut akan datang bila-bila masa sahaja. Dia tunduk. Rasa takut menyelinap dalam hatinya.
Wajah setiap orang dari mereka kelihatan resah dan bimbang serta takut walaupun mereka telah selamat kini. Belum ada perkembangan terbaru yang diterima. Baru sebentar tadi Pengarah Sai Per mengumumkan tentang mesyuarat yang akan berlangsung sejam lagi.
Manakala Prof. Ikmal sekadar diam dan menunggu.



Krimna terus meluncur laju. Namun, Hisyam berjaya hampir-hampir memintasnya setelah berhempas pulas meningkatkan kelajuan.
Krimna tersenyum lebar. Dia memperlahankan kelajuannya. Dia sedar musuhnya itu lebih kuat darinya tetapi dia lebih laju dan pantas dalam gerakan meluncur di udara. Dia tetap akan kalah sekiranya bertembung dengan musuhnya itu. Walau bagaimana pun, hanya satu caranya sahaja untuk menewaskan musuh itu.
Dia perlukan tenaga yang lebih besar. Dia mesti mendapatkan tenaga itu dari Matahari. Namun, dengan keadaan dan kekuatan yang ada sekarang ini tentulah sukar baginya untuk menghisap ‘Intipati Matahari’. Dia pasti akan musnah sekiranya berdegil untuk melakukannya. Dia perlu bersabar. Dia perlu menunggu masa yang sesuai.
Tiba-tiba dia teringat tentang meteor yang ada di zaman itu sebaik sahaja dia mendapati tenaga yang dikenalinya wujud di lokasi yang sama iaitu di New York. Dan haluannya diubah ke arah timur. Dia mesti ke sana secepat mungkin dan menghisap tenaga itu. Dia sedar itu adalah meteor dirinya sendiri tetapi mungkin kerana pertembungan dalam terowong masa ketika musuhnya itu melanggar dinding masa itu telah menghasilkan dimensi lain dan mewujudkan tahun yang selari dengan tahun lalu.
Maka dengan itu dirinya berbentuk meteor itu terus wujud. Maknanya kini, dia berada di garisan tahun yang sama tetapi selari dengan tahun yang terbentuk akibat gangguan dalam terowong masa.
Akhirnya dia faham.
Hisyam melepasi Krimna dengan tangkas. Dalam sekelip mata dia sudah melakukan serangan maut. Krimna mengelak pantas. Minat Krimna untuk bertarung memang tinggi tetapi keadaan memaksa dia berundur buat seketika.
Hisyam semakin galak melakukan serangan bertubi-tubi. Dia tidak menyangka Krimna lebih licik darinya. Kegagalannya membaca karakter lawan menyebabkan dia bakal ditimpa masalah.
Hisyam terus melepaskan serangan bebola tenaga bertubi-tubi. Tanpa disedarinya Krimna bergerak pantas dan laju ke arahnya dan berhenti betul-betul di belakag Hisyam. Dengan sepenuh tenaga Krimna melepaskan satu tumbukan padu yang bertenaga tinggi. Hisyam tidak sempat mengelak. Belakang tubuhnya dijamah keras dengan tumbukan kuat Krimna itu. Hisyam terpelanting ke depan dengan kelajuan yang sukar digambarkan. Momentum tumbukan Krimna terlalu kuat padanya dalam keadaan kurang bersedia.
Tubuh Hisyam meluncur tanpa kawalan ke arah sebuah kapal tangki yang besar yang terletak tidak jauh dari kawasan itu. Satu dentuman memekakkan kedengaran. Kapal tangki yang merupakan kapal pengangkut
petroleum bersaiz besar dengan keberatannya mencapai 650,000 tan itu terbelah dua sebaik sahaja tubuh Hisyam yang terpelanting itu mengenai dinding kapal tersebut. Minyak petrol membuak-buak keluar dari pecahan dinding kapal dan ketika itu juga api yang mula membakar dari bahagian enjin kapal lantaran momentum pelanggaran itu merebak ke bahagian tangki. Permukaan air laut mula terbakar selain bahagian hadapan kapal tersebut telah dihurung api yang semakin tinggi. Hisyam bangkit segera. Dia menoleh sekilas ke arah kapal besar yang terbakar itu. Beberapa letupan turut kedengaran.
Kelihatan anak-anak kapal bertempiaran menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut yang membiru itu. Hisyam sedikit marah dengan apa yang berlaku. Tanpa membuang masa dia mengapungkan tubuhnya dan mula mengumpul tenaga lalu meluncur ke arah Krimna yang terapung di udara tidak jauh dari situ. Dengan kelajuan sepantas angin dia menghampiri Krimna yang sedang tersenyum sumbing.
Tanpa berlengah Krimna pantas bergerak ke samping dengan kelajuan yang tinggi lalu melancarkan serangan dari arah itu ke bahagian kiri tubuh Hisyam. Dan, keadaan demikian menyebabkan Hisyam terhempas ke dalam laut yang membiru dan berombak ganas itu. Krimna meluncur ke bawah untuk serangan seterusnya. Kali ini dia menggunakan keistimewaannya memanipulasikan sumber planet Bumi iaitu air dan suhu sejuk.
Hisyam terjunam ke dalam perut laut akibat momentum serangan Krimna yang sangat pantas dan kuat kali ini. Dan, tanpa disedarinya dalam buih laut yang bergelora akibat rempuhan tubuhnya itu Krimna meluru pantas ke arah Hisyam dan mengenakan satu serangan bersifat sejuk. Ini menyebabkan air laut di sekelilingnya membeku dengan cepat. Dalam beberapa saat sahaja Hisyam terperangkap dalam bongkah ais yang besar hasil dari serangan Krimna. Hisyam cuba melawan suhu sejuk yang melampaui takat beku itu.
Namun, malang baginya. Seluruh anggotanya menjadi beku dengan cepat. Hisyam diserang pereputan fros yang pantas. Namun Sistem C1G1 yang kebal dari segala suhu pantas pula mempertahankan kestabilan sel-sel Hisyam sehinggakan proses pereputan fros itu terhenti serta merta. Untuk memusnahkan bongkah ais yang besar itu memerlukan sedikit masa. Apatah lagi Sistem C1G1 memerlukan masa juga untuk mengaktifkan daya-pulihnya.
Krimna meluncur ke atas sebaik sahaja Hisyam terperangkap di dalam bongkah ais ciptaannya itu. Dia terus terbang ke arah timur tanpa mempedulikan Hisyam yang semakin tenggelam pelahan-lahan ke dasar Laut China Selatan itu secara pelahan-lahan. Dia tahu bongkah ais itu hanya dapat menahan Hisyam buat beberapa seketika.
Sama ada Hisyam mampu memusnahkan bongkah ais itu dengan cepat atau tidak, hal itu bergantung pada kemampuan Hisyam sendiri.



Dalam beberapa minit sahaja Krimna tiba di destinasinya. Meteor yang besar itu direnungnya. Dia sendiri rasa takjub apabila melihat bentuk meteor itu dan dia seakan-akan tidak percaya melihat dirinya sendiri dalam bentuk tersebut.
Dia menghampiri meteor itu. Pelahan-lahan dia melancarkan isyarat untuk membangunkan dirinya sendiri. Di dalam meteor itu wujud dirinya yang belum membentuk. Begitulah keadaan dirinya setelah melepasi Plutoscan di hujung sistem solar itu. Dia sendiri tidak menyangka lapisan itu mampu mengubah dirinya menjadi seperti itu. Namun, dia tidak kisah dan itu bukanlah masalah baginya.
“Bangunlah...” tuturnya pelahan.
Bongkah meteor itu pun berubah secara pelahan-lahan. Permukaannya yang kasar kehitaman itu mula menjadi lembik dan melekit. Cair seperti getah yang dilayur ke api. Ia menjadi cecair hitam buat beberapa saat dan akhirnya ia mula berubah menjadi kecil dan membentuk tubuh manusia seperti Krimna. Sama besar dengan bentuk tubuh Krimna.
Sekarang yang wujud dihadapannya adalah dirinya sendiri. ‘Krimna masa depan’ dan dia sendiri ‘Krimna masa lampau’. Krimna masa depan itu tercengang dengan kewujudan Krimna dihadapannya.
“Krimna?” suaranya bergema, agak rendah dan garau.
“Ya... Aku Krimna dan kau juga Krimna.” Terangnya kepada Krimna masa depan itu.
Krimna masa depan itu terdiam. Dia memikirkan sesuatu.
“Krimna bersatulah dengan aku... diri kau ini. Kita adalah sama. Aku masa lampau kau dan kau adalah masa depan aku!”
Krimna masa depan hanya dia memandang Krimna masa lampau.
“Tiada masa lagi... kita mesti bersatu. Musuh sedang menuju ke mari!”
Krimna ‘masa lampau’ menoleh sekilas ke arah barat, arah dia datang tadi. Krimna masa depan turut mengangguk pelahan. Mujurlah dia faham kehendak Krimna masa lampau itu. Krimna masa depan sebenarnya adalah dirinya sendiri. Cuma masa yang memisahkan mereka.
Pelahan-lahan Krimna masa depan berubah menjadi cecair hitam keperakkan yang lembik dan padu lalu mendekati Krimna masa lampau. Cecair hitam keperakkan itu berubah menjadi bentuk bulat sebesar kepala Krimna. Dan, secara pelahan-lahan Krimna menggapai cecair bulat itu dengan kedua belah tangannya. Satu cahaya bersama tenaga terpancar dari cecair itu. Ia mula meresap ke dalam tangannya sambil disaluti cahaya putih yang terang dan silau. Dari tangannya membawa ke kepala, tubuhnya dan hinggalah ke kedua pasang kakinya. Tubuh badan Krimna bersinar seketika. Cahaya terang itu juga semakin galak memancarkan cahaya. Kini tubuh badan Krimna kelihatan seperti matahari yang memancarkan cahayanya.
Terlalu terang dan menyilaukan pandangan.
Penduduk New York gempar dengan kehadiran cahaya terang yang menyinari bandaraya yang tinggal runtuhan-runtuhan bangunan itu.




2 JAM KEMUDIAN...


Bongkah ais gergasi itu terdampar di dasar laut yang gelap-pekat. Di dalamnya Hisyam sedang dipertahankan oleh Sistem C1G1 dari ancaman suhu melampaui takat beku itu. Hisyam pengsan ketika itu. Kini ia bergantung sepenuhnya kepada Sistem C1G1.

“SISTEM DAYA-PULIH SEMULA. DIAKTIFKAN”

Pemulihan semula diaktifkan dengan lebih pantas. Tenaga simpanannya di salurkan secara automatik. Ini menyebabkan tenaganya asalnya mencapai takat maksima. Sistem C1G1 mula beroperasi menghidupkan sel-sel yang reput dan mati. Pelahan-lahan dan satu demi satu sel-sel itu dihidupkan kembali. Melalui sistem C1G1, sel-sel itu diaktifkan sehingga ia mengeluarkan tenaga getarannya yang akhirnya beubah menjadi lidah-lidah elektrik.
Hisyam buka mata. Kesedarannya segera dipaut pantas. Sekeliling terasa sangat sejuk. Namun, getaran sel-selnya meyebabkan suhu sekeliling didapati berubah secara pelahan-lahan. Dia mendapati bongkah ais itu mula mencair. Suhu panas ketika itu memancar dari seluruh tubuhnya. Semakin lama semakin panas.
Lama-kelamaan ais di sekelilingnya mula terbakar dengan api yang marak membara. Dia mengaktifkan lapisan pelindungnya dan menggerahkan tenaga untuk memecahkan bongkah ais yang masih tebal walaupun api semakin membara membakar dinding ais itu.
Dalam satu dentuman yang memekakkan hasil tumbukan Hisyam bongkah ais itu berkecai menjadi serpihan-serpihan ais kecil. Dasar laut itu terang seketika akibat dari percikan api yang memusnahkan bongkah ais tersebut. Dengan pantas dia meluncur ke permukaan.
Air laut memercik ke atas sebaik sahaja Hisyam muncul di permukaan dan terapung seketika di udara. Dia mengimbas kawasan itu dengan sistem pengimbas, mengesan kedudukan Krimna. Dia pasti Krimna sedang menunggunya. Pertarungan mereka belum tamat. Semangatnya semakin berobar-kobar.
Setelah mengenal pasti kedudukan musuhnya. Hisyam meluncur ke arah itu dengan sepenuh tenaga. Kali ini dia tidak akan melepaskan Krimna. Sedikit sebanyak dia sudah tahu dan memahami Krimna. Kali ini dia yakin akan dapat memusnahkan Krimna dengan kemusnahan yang pasti.


Krimna mengorak senyum, sepertimana jangkaan sebelum ini, musuhnya itu sedang menuju ke arahnya dengan kelajuan yang cukup pantas.
Lebih pantas darinya.
Namun, sepantas mana pun musuhnya itu tetap bukan lawannya kini. Kini tenaganya sudah bertambah dua kali ganda selepas berasimilasi dengan dirinya, Krimna masa depan itu.
Dia sengaja memilih bandaraya New York yang tinggal hanya runtuhan bangunan-bangunan pencakar langit itu sebagai lokasi menunggu dan bertempur dengan musuhnya itu. Sebagai permulaan sebelum menghisap intipati matahari dia akan menewaskan musuh yang ditunggu-tunggunya sejak duhulu lagi itu. Baginya kepuasan hanya diperolehi dalam pertarungan itu yang pertama, yang kedua kepuasan diperolehi dari menghisap tenaga planet dan memusnahkannya.
Itu adalah kepuasan maksima baginya.
Di ufuk barat matahari memancar agak suram, seolah-olah tahu yang ia akan dihisap dan dimusnahkan oleh satu kuasa yang besar dan kuat darinya tidak lama lagi.
Krimna tersenyum ke arah matahari petang itu. Dia perlu enam bulan kiraan Bumi untuk menghisap tenaga matahari yang besar itu secara pelahan-lahan. Namun, buat masa ini dia perlu menghadapi musuhnya dahulu.
Dia merancang untuk menghisap tenaga Bumi yang tinggal sedikit itu untuk menguatkan dirinya selepas pertempuran dengan musuhnya. Ataupun dia akan musnahkan bumi ini dengan tenaga yang dia ada sekarang. Tapi itu terlalu mudah baginya. Dia hanya perlu memusnahkan pusat bumi dan ledakan magma itu akan meningkat 100 kali ganda dan akhirnya planet Bumi akan menjadi habuk angkasa dalam beberapa jam kemudian.
Penduduk-penduduk New York yang hidup melarat itu hanya memandang kehadiran Krimna dengan pandangan yang disaluti kehairanan. Ada juga kumpulan-kumpulan penduduk memerhati dari jauh dengan teropong. Nampaknya, mereka seolah-olah dapat mengagak sesuatu akan berlaku di situ.

BAB 14

Matahari merupakan bintang terdekat dengan bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan sembilan buah planet membentuk sistem suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.
Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukarkan unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar solar menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat. Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa.
Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, tv dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindungi. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultra-ungu, sinar infra-merah, sinar-X, dan angin suria yang merebak keseluruh sistem suria. Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnetik bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari.
Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.
Kalau matahari adalah tujuan sebenar Krimna. Maka dia memang bijak untuk mendapatkan tenaga. Hisyam tidak menyangka, rupa-rupanya Krimna membentuk meteor dan menghisap tenaga magnetik Bumi agar dia menjadi lebih kuat dan mampu menghisap intipati tenaga matahari yang sangat besar itu. Namun, dia hairan juga. Mengapa dia menunggu terlalu lama untuk menghisap kesemua tenaga Bumi sedangkan dia pernah menghisap tenaga sebuah planet sebelum ini. Malah, dia mampu menghisap tenaga Bumi dalam 3 bulan sahaja bagi planet yang sebesar itu.
Kalau Matahari dihisapnya tentu berlaku kemusnahan yang besar ke atas Sistem Solar. Matahari ialah pusat sistem. Sekiranya pusat sistem itu hancur atau tergendala walau sesaat pun nescaya seluruh planet yang ada akan berlanggar di antara satu sama lain. Oleh itu, walau dengan apa cara sekali pun dia mesti menghalang Krimna dari mencapai hajatnya itu.
Dia meningkatkan kelajuannya.
Hatinya berdebar-debar kini. Inilah kali pertama dia merasakannya. Mungkin benar seperti kata-kata Krimna. Dia ada ‘Sikap Insaniah’ dalam dirinya. Sebab itu Krimna menganggapnya sangat istimewa dan sanggup menunggu selama 2 tahun untuk bertembung dan beradu tenaga dengannya. Mungkin dia sedar dengan mengalahkan atau mungkin menghisap seluruh tubuhnya, Krimna fikir dirinya akan menjadi seperti manusia tulen.
Dia mahu buktikan kepada makhluk asing itu. Planet Bumi bukanlah tempatnya untuk melempiaskan hajat busuknya. Dia juga mahu buktikan bahawa penghuni di sistem solar ini bukanlah primitif lagi seperti anggapannya.
Drai apa yang dilihatnya. Krimna adalah mahkluk yang pintar. Bukan sahaja dari segi tamadun asalnya di sistem lain malah kemampuan Krimna yang boleh meniru sesuatu dengan mudah. Dia yakin Krimna telah mempelajari seluruh bahasa di dunia ini. Tidak pula dia menyangka makhluk asing itu memilih bahasa melayu sebagai bahasa perantara semasa menghadapinya.
Jauh dari sudut hatinya, dia kagum dengan kepintaran Krimna. Mungkin benar kalau ada orang mengatakan Krimna adalah lawan atau saingannya yang paling sengit. Apakah mungkin ada makhluk seperti Krimna itu pada masa akan datang? Getus hatinya.
Menurut apa yang dikatakan oleh Krimna. Musuhnya itu berasal dari sebuah sistem yang sangat maju tetapi meghadapi masalah sehingga menyebabkannya mencari sumber kekuatan dan tenaga untuk terus hidup.
Walau apapun, saat ini dia mesti menghapuskan Krimna walau dengan apa cara sekalipun. Sebarang kesilapan atau salah perkiraan akan menjadikan sistem solar ini sebagai galang gantinya. Dia tidak mahu hal-hal seperti itu berlaku kerana kecuaiannya. Dia tidak mahu apa yang berlaku sebentar tadi berulang ke atasnya. Dengan tenaga dan semangat juang yang meluap-luap dia terus meluncur dengan kelajuan maksima ke arah posisi Krimna.
Dia mahu mengakhiri segala yang telah dimulakannya.
Dia mahu Krimna hancur dan hilang buat selamanya.



Bilik Mesyuarat SC
HQ-2



Rakaman apa yang berlaku di Makmal V 3000, HQ–Laut China Selatan baru sahaja selesai dimainkan. Kini paparan itu diperbesarkan dan difokuskan pada gambar makhluk asing yang digelar Krimna itu.
Prof. Ikmal sekadar mendengar penerangan Presiden yang kemudiannya disusuli oleh Pengarah tertinggi HQ-2, Neo Sai Lo. Dia tidak mendengar sangat apa yang dikatakan oleh pengarah itu. Pandangannya tertancap pada fail berwarna hitam di hadapannya. Setiap orang yang berada di dalam bilik mesyuarat itu diberikan seorang satu. Di atas permukaan fail hitam itu tertera SAM C1G1 dengan huruf berwarna perak metalik diikuti di bawahnya satu kod palang atau kod bar juga berwarna putih dan akhir sekali di bawah kod bar itu terdapat ayat ‘Property of Suluken Corporation’. Ayat yang selalu dilihatnya di setiap barang-barang yang dimiliki Suluken Corporation.
Dia sebenarnya bimbang tentang keselamatan Hisyam. Dia tahu pendatang itu yang digelar Krimna itu sangat kuat berbanding Hisyam. Pengarah Sai Per di sebelahnya dan pengarah Neo Sai Lo, saling bertukar pendapat. Dia tidak mengendahkan sangat mereka itu. Dalam benaknya sekarang ini ialah keadaan Hisyam.
“Tuan Pengarah, di skrin!” Suara Presiden bergema.
Pengarah Neo Sai Lo menoleh ke arah skrin gergasi yang tersergam di hadapan meja mesyuarat itu diiuti oleh yang lain. Satu rakaman muncul di ruang udara New York. Kelihatan makhluk asing yang digelar Krimna itu sedang berinteraksi dengan ‘meteor’ yang sebesar padang bola sepak itu. Dalam rakaman itu mereka dapat mendengar perbualan Krimna dengan meteor besar yang mula berubah sedikit demi sedikit menjadi seperti bentuk Krimna.
Dan akhirnya Krimna yang kedua itu berubah pula menjadi bola hitam lalu bersatu dengan Krimna yang satu lagi dalam pancaran cahaya terang. Dan akhirnya, yang tinggal hanya satu ‘Krimna’ sahaja.
“Masing-masing terdiam dengan rakaman terbaru itu. Mereka tidak memahami situasi yang berlaku. Prof. Ikmal sendiri hairan.
“Prof. bukankah sepatutnya meteor itu tidak wujud lagi. SAM C1G1 sudah memusnahkan meteor itu, kan? Mengapa ia masih wujud?” Pengarah Sai Per bersuara. Keningnya berkerut seribu.
“Ya… Prof.?” Aizad pula bersuara.
Semua pegawai-pegawai tertinggi menoleh ke arah Prof. Ikmal. Meminta penjelasan.
Seketika tiada suara yang kedengaran. Masing-masing senyap dan menumpukan perhatian kepada Prof. Ikmal dan penjelasan yang bakal dikeluarkan. Prof. Ikmal akhirnya faham apa sebenarnya yang berlaku.
Secara teorinya, dia faham segalanya.
Ketika itu holografik utama memancarkan imej seseorang. Semua pengarah dan diikuti yang lain berdiri pantas sebagai tanda hormat. Prof. Ikmal terpinga-pinga dengan situasi baru itu. Kesunyian menguasai tatkala semua pegawai memberi hormat kepada imej itu.
“Arshazen…” Pengarah Sai Per bersuara pelahan dengan nada berbisik ke arah Prof. Ikmal.
“Salam sejahtera… semua.” Suara garau bergema.
Prof. Ikmal melihat seorang lelaki yang memakai topeng hitam yang menutup seluruh wajah. Hanya anak mata yang kelihatan hijau dan rambut yang panjang serta memutih jelas terdedah dan tampak jelas. Pemimpin Suluken Corporation itu segak memakai pakaian hitam jenis kot labuh paras lutut seperti pakaian Neo, hero dalam filem ‘The Matrix’ yang pernah ditayangkan beberapa tahun dahulu.
Bentuk tubuhnya agak tegap dan berisi. Suaranya kedengaran garau dan berwibawa. Karismanya sebagai pemimpin cukup terserlah ketika itu. Dia tidak pasti dengan kulit pemimpin itu kerana tiada satu pun yang terdedah selain tiga perkara tadi. Semuanya tertutup. Tangannya lengkap dengan sarung tangan hitam. Imej itu cukup jelas dan terang.
“Pengarah Sai Per, Neo Sai Lo dan semua yang ada… terima kasih kerana hadir dalam mesyuarat tergempar ini. Kita telah mendapat rakaman yang diterima dari Satelit Skywalker. Nampaknya musuh baru ini cukup kuat. Krimna ini mesti dihapuskan walau dengan apa cara sekalipun. Aku mahu penerangan yang detil buat masa ini.” Suara itu bergema dalam kesunyian bilik mesyuarat.
Prof. Ikmal berdehem dan seketika semua mata menoleh ke arahnya.
“Ya… Prof. Ikmal? Anda ada penerangan yang aku mahu?”
“Ada, Tuan Pemimpin...” jawabnya, berdehem sekali lagi dan sekilas dia memandang juga Pengarah Sai Per di sebelahnya.
“Apa yang saya fahami buat masa ini ialah Projek Janus telah berjaya dan misi kita untuk memusnahkan meteor itu juga berjaya. Malangnya, satu peristiwa berlaku di luar dugaan kita…” Prof. Ikmal diam seketika.
“Terangkan, Proffesor,” pinta Arshazen.
“Ini cuma kemungkinan… dari bentuk rupa Krimna dan juga rakaman sebentar tadi. Saya yakin meteor itu adalah Krimna sendiri. Hisyam berjaya memusnahkan meteor…”
“Hisyam?” Pengarah Sai Per, menoleh ke arah Prof. Ikmal. Wajahnya memancar kehairanan.
“Maafkan saya…” Prof. Ikmal menelan air liur. “SAM C1G1 berjaya memusnahkan meteor tersebut. Tetapi tidak sepenuhnya. Dengan apa yang berlaku di makmal, HQ. Krimna yang terbentuk dari meteor itu mengejar SAM C1G1 ke zaman kita melalui Gerbang Masa. Dan kini SAM C1G1 bertarung dengan Krimna. Apa yang kita saksikan sebentar tadi adalah pergabungan Krimna dengan meteor di zaman kita.”
“Prof… bukankah meteor itu sepatutnya sudah tidak wujud lagi selepas Krimna mengekori SAM C1G1 ke zaman kita?” Arshazen, pemimpin bertopeng merenung Prof. Ikmal.
“Hal ini bergantung dengan apa yang berlaku di terowong masa. Menurut Robert O’Neal sekiranya berlaku gangguan dalam terowong masa. Dilanggar atau tersentuh dinding masa. Maka, perubahan besar pada sejarah yang kita ubah di masa lalu tidak akan berubah. Dan, ini berlaku ke atas Krimna. Mungkin SAM C1G1 atau Krimna terlanggar dinding terowong masa dan menyebabkan semua itu berlaku semasa pulang semula dari zaman lampau ke zaman kita.” Terang Prof. Ikmal, panjang lebar.
Pemimpin tertinggi itu mengangguk.
“Apa tujuan Krimna sebenarnya? Prof. Ikmal?” Pengarah Neo Sai Lo pula bersuara, ada nada ketidaksabaran dalam suara seraknya itu.
Sekilas dia menoleh ke arah Pengarah Neo Sai Lo.
Suasana hening dan penuh debaran. Masing-masing menunggu penjelasan Prif. Ikmal.
“Matahari…” Prof. Ikmal menelan air liur. “Matahari adalah pusat sistem kita dan tenaga yang banyak dilepaskan setiap saat dari bintang itu. Itulah tujuan Krimna. Krimna menghisap tenaga Bumi iaitu medan magnetik Bumi agar ia dapat melindungi dirinya dari kepanasan Matahari. Bumi kita ini dilindungi dari angin suria dengan lapisan medan magnetik Bumi sebagai pelindung utama planet Bumi.”
Semua hadirin terdiam.masing-masing resah dan terkejut dengan informasi itu. Mereka semua tidak menyangka teori itu. Satu teori dan satu rumusan yang cukup menggerunkan semua orang.
“Baiklah… aku mahu rakaman terbaru dan aku mahu laporan dari semasa ke semasa. Bagus professor! Aku mahu Krimna itu dihapuskan. Buat sesuatu agar kita dapat selamatkan Bumi kita. Pastikan SAM C1G1 berjaya.” Suara Pemimpin Utama Suluken Corporation itu bergema setelah diam seketika. Dari nada suaranya juga terselit nada gentar dengan apa yang bakal berlaku.
Imej holografik pemimpin itu hilang pelahan-lahan setelah arahan terakhir itu dilafazkannya.
Semua hadirin mengangguk, faham.




BAB 15

Skrin gergasi itu menayangkan babak pertarungan di antara C1G1 dan Krimna di Laut China Selatan. Rakaman itu dipancarkan dari Satelit Greendream secara langsung. Dan ketika itu doktor wanita yang menjadi orang dalamnya di HQ milik Suluken Corporation sedang menerangkan dan menghantar rakaman apa yang berlaku di makmal V 3000, HQ- Laut China Selatan.
Selesai tayangan itu. Paparan holografik doktor wanita itu muncul dalam skala yang lebih besar menggantikan tayangan rakaman sebentar tadi.
“Siapa Krimna?” soal Lex, ingin tahunya memuncak.
“Kami tidak ada maklumat yang terbaru lagi. Satelit kami sedang memantau dan merakam perkembangan seterusnya. Yang jelasnya, Krimna adalah makhluk asing yang berasa dari sebuah sistem di luar sistem solar kita. Kita tidak ada maklumat yang pasti dan jelas mengenai motif Krimna datang ke Bumi. Menurut ‘pakar’ kami. Krimna mensasarkan Matahari sebagai sasaran utamanya selepas Bumi.” Terang doktor wanita itu lagi.
Lex terdiam. Otaknya ligat berfikir. Rambutnya yang memutih itu kelihatan menjadikannya seperti orang tua dalam umurnya yang menjangkau 30-an itu. Dia terfikir tentang Krimna yang diperkatakan itu. ‘Bolehkah Krimna dijadikan kawan dan dipergunakannya untuk menakluk dunia ini?’Getus hatinya.
Kekuatan Krimna itu sangat unik dan menakjubkan. Dia sangat berminat dengan kekuatan seperti itu. C1G1 bukanlah tandingan Krimna dari pandangannya. Dia mesti cari kelemahan Krimna agar rancangannya itu dapat dilaksanakan.
Tetapi bagaimana ? Persoalan ini terus memberat di fikirannya. Setakat ini, dia atau pun pihak doktor wanita itu masih tidak tahu kelemahan Krimna.
Minatnya pada C1G1 mulai lupus. Kini dia sangat berminat dengan ‘musuh’ baru itu. Tidak dinafikan sejak ketibaan metoer itu harapannya untuk menguasai dunia terbantut. Apatah lagi, Suluken Corporation yang dipimpin oleh musuh ketatnya itu seolah-olah mengambil-alih teraju pemerintahan dunia. Kini, Suluken Corporation semakin berpengaruh.
Sindiket Greendream yang diterajuinya bukanlah lawan pada Arshazen dan Suluken Corporation. Dia cukup sedar, Suluken Corporation banyak sumbangannya pada dunia. Pelaburan Suluken Corporation di serata dunia dalam pelbagai bidang dari telekomunikasi, pengangkutan, perkhidmatan keselamatan, Bio-Senjata, Khidmat Sokongan tentera khas. Namakan saja. Semuanya ada kaitan dengan Suluken Corporation. Hatta, White House pun dengar khabar berada di bawah pengaruh Suluken Corporation.
Kekuatan dan pengaruh Suluken Corporation membuatnya irihati. Dia tidak puas hati dan ingin mengatasinya. Apatah lagi, pemimpin utamanya adalah musuh ketat yang tidak pernah dikenali wajahnya. Pemimpin Suluken Corporation selalu bertopeng apabila muncul di perjumpaan-perjumpaan khas yang diadakan setahun sekali.
Maklumat itulah yang diperolehinya dari orang dalamnya. Setakat ini tiada sesiapa pun tahu wajah sebenar Arshazen, pemimpin Suluken Corporation itu. Ternyata kebijaksanaan pemimpin itu sukar diduga. Tidak adil baginya, selama ini pemimpin itu tahu wajahnya. Tetapi dia sendiri tidak tahu wajah sebenar pemimpin itu. Inilah yang menyukarkannya untuk bertindak. Kalaulah dia tahu wajah sebenar Arshazen. Tentu mudah baginya untuk menghapuskannya.
Rakaman itu diulang berkali-kali. Dia mahu mencari kelemahan Krimna. Doktor wanita di skrin yang telah dikecilkan tetingkapnya tidak dipedulikan kewujudannya. Minatnya terhadap C1G1 dan Doktor wanita itu sudah semakin menipis. Dia lebih menumpukan perhatiannya pada rakaman itu.
Tumpuannya hanya pada Krimna itu.
“Lex?”
“Doktor… Kita sambung kemudian. Bila ada perkembangan terbaru. Segera beritahu aku.”
“Baiklah, Lex… Hmmm, bagaimana dengan C1G1?”
“ Lupakan itu buat sementara. Krimna lebih menarik!” Balas Lex dengan senyuman yang penuh dengan makna yang tersirat.
Doktor wanita itu angguk. Mendadak imej holografiknya hilang sebaik sahaja Lex menamatkan perbualan mereka.
Lex terus menumpukan perhatiannya pada rakaman pertarungan itu.



“Apa yang buat kau ambil masa yang lama?” Krimna tersenyum.
Hisyam rasa tersindir. Dia turun pelahan-lahan. Sebaik sahaja kakinya menjejak runtuhan bangunan Empire itu Krimna bangun dan melangkah pelahan-lahan ke arah hisyam berdiri. Hisyam sekadar memerhatikan gerak-geri musuh dengan penuh waspada. Hisyam tidak mahu tertipu lagi dengan helah yang sama.
Krimna tersenyum. Ternyata kemampuan Hisyam diremehkannya.
“Bagaimana dengan kesejukan ais yang aku hadiahkan pada kau?”
“Aku tak suka… “ jawab Hisyam. “ Kalau kau mahu… aku kembalikannya pada kau. Bagaimana?” Sindir Hisyam.
“Ha! Ha! Ha!” Krimna gelak besar. Seumur hidupnya tidak pernah lagi tersuah dengan musuh seperti Hisyam. Walaupun ketika di Planet Uranmus dulu. Tiada satu pun musuhnya yang mampu berkata-kata di hadapannya. Apatah lagi membalas balik dengan sindiran.
“Aku suka kau…” Krimna bersuara tenang. “Tetapi, sayangnya... kau mesti mati hari ini juga!”
Hisyam merenung tajam. “ Silakanlah… itu pun kalau kau mampu!”
Nada mencabar Hisyam itu membuatkan wajah Krimna berubah riak.
“Mengapa? Takut?” Hisyam mengapi-apikannya. Dia mahu musuhnya itu dirasuk kemarahan dan dia sendiri perlu tenang dan waspada. Dia mahu tenang dan gembira semasa bertempur sepertimana dia memandu jet pejuang dalam keadaan gembira dan tenang suatu ketika dulu.
“Emosi dan taktik peperangan diaktifkan.” Visualnya dihiasi perkataan itu. Ternyata C1G1 sudah pun mematuhi arahannya untuk mengatifkan segala persediaan pertempuran dengan Krimna. Dia bersyukur dengan sistem C1G1 dia selamat dari ‘Pereputan Fros’ dalam bongkah ais itu. Dia harap kali ini berjaya mematahkan serangan Krimna dengan cara itu sekiranya Krimna masih mahu menggunakan taktik itu kembali.
Krimna mula rasa marah. Kulitnya yang hitam keperakkan itu berubah-ubah. Menandakan amarahnya semakin memuncak. Hisyam dapat membaca perubahan itu dengan mudah. Dia terus menenangkan hatinya agar mudah untuknya menyerang dan mengambil kesempatan terbaik yang mungkin diperolehinya kelak. Dia harus mengira dan mengagak dengan tepat dan tangkas. Dia tidak mahu kalah lagi kali ini. Cukuplah sekali kekalahan yang hampir membawa maut kepadanya itu.
Krimna menghilang tiba-tiba. Hisyam tersentak. Ternyata gerakan musuh itu semakin pantas berbanding dengan pertembungan pertama mereka. Dan, pada masa yang sama, Krimna muncul di belakangnya dan melepaskan tumbukan kembar yang pantas dan berat. Tepat di belakang Hisyam.
Hisyam terdorong ke depan namun pantas pula di berpusing kembali sambil melepaskan bebola tenaga. Keadaan itu memang dijangka oleh Krimna. Lalu dengan gerakan yang sama Krimna menghilang lagi.
Hisyam mengimbangi dirinya. Matanya liar memerhati sekeliling. Kelibat Krimna tidak kelihatan buat beberapa saat. Bebola tenaga yang dilepaskannya tadi merempuh runtuhan bangunan di hadapannya. Mujurlah di sana tiada penghuni lagi. Bangunan itu telah ditinggalkan sejak meteor itu mula melancarkan serangan pertama dulu.
Nalurinya tiba-tiba mengarahkan dia mendongak dan ketika itu Krimna muncul di sana sambil melepaskan tendangan layang yang pantas ke arah kepalanya.
Tepat!
Hisyam terperosok ke dalam runtuhan bangunan Empire. Sehinggalah berada di tingkat tiga bangunan itu barulah momentumnya berhenti. Walaupun, dia sempat menahan tenaga serangan Krimna itu dengan menyalurkan tenaganya pada kepala namun kekuatan serangan itu di luar jangkaanya. Dia terpelanting ke bawah dan merempuhi setiap tingkat bangunan itu dari tingkat tertinggi runtuhan bangunan Empire itu.
Bergegar seketika kawasan tersebut. Beberapa orang yang meneropong sejak dari tadi terpegun dengan kejadian itu. Mereka tidak pernah menyangka kejadian itu berlaku. Terutamanya pertempuran yang cukup menggerunkan itu meletus.
Ada di antara mereka yang tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu secepat yang mungkin. Ternyata mereka tidak ingin terlibat atau menjadi mangsa pertempuran yang dirasakan sangat menakjubkan itu. Pertarungan seorang lelaki dengan makhluk asing yang berkulit hitam keperakkan itu.
Roberto Bagio membidik senjata jenis ‘Sniperhigh-model G11’ itu ke arah makhluk asing tersebut. Dia dapat melihat dengan mudah melalui teropong tunggal berkuasa tinggi yang terpasang kemas pada senjata itu. Roberto Bagio merupakan seorang penembak tepat yang suatu ketika dulu pernah berkhidmat dalam pasukan tentera darat U.S.
Dia memang benci dengan musuh-musuhnya namun dia menjadi lebih benci apabila mendapati makhluk asing membunuh manusia seperti apa yang disaksikannya ketika itu. Dia terus mengintai sasaran. Peluruyang digunakannya kali ini adalah sejenis peluru yang mampu meletup seperti bom tangan apabila berada di dalam sasaran. Dia yakin dengan peluru istimewanya itu. Makhluk asing itu pasti hancur berkecai.
Roberto bagio sejak dari tadi menyaksikan situasi tersebut. Sejak mula meteor itu berubah dan mengeluarkan cahaya dan sejak mula makhluk asing hitam keperakkan itu muncul di ruang udara New York. Dia melihat ‘lembaga’ itu menyerap meteor tersebut dan memancarkan cahaya terang. Kemudian dia melihat lembaga itu terbang dan berdiri di atas bangunan Empire itu sambil merenung ke arah barat.
Sejak itu dia berasa curiga dan hairan. Rasa ingin tahunya memuncak. Dia bertahan di tempatnya dan menanti apa yang akan berlaku kelak. Dia yakin ada sesuatu yang bakal berlaku. Dari aksi makhluk asing tersebut dia tahu dan yakin ada sesuatu yang pasti berlaku, yang mungkin mengubah senario dunia.
Hisyam ketika itu bangun tanpa mengalami sedikit pun kecederaan. Entah mengapa sejak dia terlepas dari maut akibat terperangkap dalam bongkah ais yang sejuk di dasar Laut China Selatan beberapa jam yang lepas, tenaganya semakin kuat. Dia tahu kemampuan C1G1 dari segi peningkatan kuasa dan tenaga adalah fleksibel. Tetapi dia tidak menduga sepantas itu kemampuan tubuh biologinya menerima kemajuan Sistem C1G1 dan pengaruhnya.
Hisyam lalu meluncur laju ke atas kembali. Dia sempat mengimbas kawasan itu dan mendapati ada beberapa orang yang sedang memerhatikan mereka. Hal ini, membuatkannya terfikir sejenak tentang keselamatan orang awam. Dia perlu melindungi mereka dari ancaman. Itu adalah sebahagian tugas utamanya. Namun, buat masa ini dia sedang menghadapi Krimna, makhluk cerdas dari luar sistem solar itu. Tiada sebarangan langkah keselamatan yang mampu dan sempat dilaksanakannya buat masa ini. Pertempuran dengan Krimna lebih mustahak.
Ketika itu, satu serangan mengenainya. Krimna muncul dengan kepantasan yang menakjubkan. Hisyam terpelanting keluar dari bangunan itu. Serpihan tembok simen dan besi berterbangan terhempas ke bumi bersama-samanya. Hisyam bangun lagi, mendongak ke atas. Dia melompat kembali dan mula meluncur namun dia terhenti tiba-tiba. Dia menoleh ke bawah. Krimna sedang memegang kakinya sambil tersenyum.
Hisyam bertindak pantas menarik kakinya namun genggaman Krimna lebih kuat dan dengan sekali hayun sahaja Hisyam terpelanting ke arah bangunan yang terletak 50 meter di sebelah kiri bangunan Empire itu. Bangunan tersebut bergegar dan satu lubang besar terbentuk di tingkat satu hingga tingkat tiga.
Mujurlah dia sempat mengurangkan momentum serangan Krimna. Kalau tidak, pasti seluruh bangunan itu akan runtuh dan pasti penduduk yang bersembunyi di dalam bangunan tersebut akan terkorban sia-sia.
Satu bola tenaga berdengung pantas ke arahnya. Dia segera mengelak sebelum bebola tenaga itu mengenainya. Satu letupan bergema kuat. Bangunan itu roboh menyembah bumi bersama api yang menjulang tinggi. Penduduk New York yang berlindung dalam bangunan tersebut terkorban sia-sia.
Krimna mengorak senyum. Puas kerana mempermain-mainkan Hisyam. Hisyam menjadi sedikit marah namun dikawal hati itu. Biar ketenangannya tidak tergugat. Dia tidak mahu kalah sebelum bertarung dengan serius. Setakat ini dia belum membalas lagi. Dia sengaja mendedahkan dirinya dengan serangan Krimna itu agar kelemahan lawannya itu dapat diketahui sebelum memulakan serangan.
“Mengapa kau nampak lemah sangat? Aku tak sangka. Takkan ais yang aku bagi untuk kau itu membuatkan tenaga kau habis diguna?” ujar Krimna, sinis.
Hisyam bangun. Renungannya tajam.
“Aku suka pandangan kau… He he he…” Krimna terus mengapi-apikan Hisyam. Hisyam menjadi semakin tenang menghadapi musuhnya itu.
Hal inilah yang membuatkan Krimna terasa tercabar. Ketenangan Hisyam menghadapinya membuatkannya rasa sedikit marah dan hampa.
Hisyam mendekati Krimna pelahan-lahan. Aksinya itu membuatkan Krimna terpaku. Dia tidak mampu membaca apa yang bakal Hisyam lakukan ketika itu. Namun, dirasakannya jantungnya itu berdebar-debar. Dia merenung Hisyam dalam resah.
Renungan Hisyam semakin tajam dan kelihatan lebih bersemangat.
Renungan itulah yang mendebarkannya. Renungan yang sama ketika menghadapi musuh ketatnya di Planet Arrakish.
Renungan Amon Ra!



BAB 16

Rakaman terbaru diterima. Prof. Ikmal bergegas ke bilik utama. Aizad di belakangnya turut sama berlari-lari anak bersama mereka yang lain.
Di skrin itu kelihatan Metropolis New York. Hisyam dan Krimna sedang bertempur sengit. Ternyata pertarungan itu banyak memihak pada Krimna. Prof. Ikmal semakin risau dan bimbang. Namun, dia cuba bertenang.
Aizad menoleh ke arahnya. “ Bagaimana ni, Prof.?”
Prof. Ikmal tunduk. Kerisauannya sengaja disembunyikan. Soalan itu tidak dijawab. Dia beredar ke tempat duduknya setelah tayangan rakaman terbaru itu selesai.


Lex membuka kotak besi yang berukuran kecil itu. Skrin kecil yang berfungsi sebagai pengimbas kod laluan semula–jadi kelihatan bercahaya. Lex menekapkan ibu jarinya di atas permukaan skrin. Bunyi ‘beep’ kedengaran. Pada masa yang sama penutup kotak kecil itu terbuka.
Di dalamnya terdapat satu alat yang kecil yang dipasang pada sebentuk cincin bermata ungu jenis permata kecubung. Lex mencapai cincin itu lalu memakainya. Cincin yang mengandungi pemancar yang berfungsi untuk melumpuhkan SAM C1G1 itu ditatap dan dibelek-belek seketika. Otaknya terbayang C1G1. Wajah yang seiras pelakon Bollywood, Salman Khan itu memang dikenalinya. Bentuk badan pun tegap macam pelakon itu.
Cuma bezanya, Pelakon itu berbangsa Hindustan manakala C1G1 adalah Organisma Sibernatik menggunakan tubuh orang melayu. Lelaki berbangsa melayu, Kolonel Hisyam, salah seorang juruterbang jet pejuang yang berkhidmat cemerlang dan pegawai terbaik dalam TUDM. Dia dilaporkan terkorban semasa serangan ke atas meteor itu di ruang udara New York, 2 tahun lepas.
Tidak lama lagi C1G1 akan berada di dalam genggamannya. Dia tidak pasti apakah keputusan pertempuran C1G1 dengan Krimna. Yang nyatanya, siapa yang kalah jadi abu dan menang jadi arang. Dan yang menang itu akan jadi miliknya walupun sudah jadi arang. Dia yakin ‘arang’ itu akan dapat dibina semula. Teknologi klon yang digunakannya akan membantunya dalam rancangan itu. Sama ada C1G1 atau Krimna. Pasti salah seorang dari mereka akan diklonkan. Dan hasratnya untuk menguasai dunia pasti akan tercapai dengan mudah!

*UNTUK MENGETAHUI KISAH SETERUSNYA... DAPATKAN NOVEL INI DI KARNADYA.COM.MY DENGAN HARGA RM 14.90 SAHAJA!


Isnin, 28 Disember 2009

FRIENDS

FRIENDS???
hehehe.. jangan terkejut laa.. bini aku cukup fanatik ngan cite ni... aku sendiri pun terlayan la juga kalau dia tengahtengok cite ni kat umah... best gak.. hehehehe...siapa yang nak tengok friends dari episod 1 hingga habis...season 10 kot... bolehlah beli dari bini aku yang fanatik sangat tu... hehehhe .. comment here!

SPELLBINDER

Tentu korang masih ingat cerita bersiri ni... ia pernah disiarkan di TV3 jam 9 malam suatu ketika dulu... aku cukup seronok tengok cite ni, masa tu masih duk kat kg pondoh Pulau Gaya lagi... tengok ramai2 memang best... tapi aku tidak tengok habis laa.. aku banmyak termisss ceritanya... so... kali ini aku dapat supply episod 1 hingga habis... so..minggu ni aku layan cite ni kat opis je... time rehat sambil makan kuih pau... hehehehe... korang yang tak tgk lagi... boleh la add aku... aku jual dengan harga satu episod RM 1 je..
heheheh beli! beli! beli! jangan tak beli!


Ahad, 27 Disember 2009

MOVIES MINGGU LEPAS


Balik dari bercuti, 25-27hb tu...aku ngan bini layan cite ni... 9, Up, Kungfu Panda, Star Trek Generation dan Star Trek-First Contact. wooo... best cite2 ni... banyak idea i dapat untuk novel seterusnya... hehehehe

CUTI!

Tiara Beach





Tanjung Biru PD

Percutian di Tanjung Biru, PD. Ikutkan plan, memang nak ke PUlau Pinang, tetapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, plan ditukar ke PD... kami ke PD 24 hb... dan tiba tengah hari di pantai sambil menunggu check-in di Tiara Beach hotel. Sempatlah makan tengahari di tepi pantai Tanjung Biru bersama Isteri dan adik ipar serta mak mentua. Hehehe... seronok tengok laut walaupun kelihatan surut di tengah rambang terik mentari tengahari. Sempatlah juga menjelajah di kawasan batu-batu yang tidak jauh dari pantai selepas makan tengahari. menu makan tengah adalah Ayam masak kari, Udang bakar, dan sayur.... sedap wooo makan kat tepi pantai ni...
jam 2.30 kami bergerak ke Tiara Beach dan check-In... Walaupun dapat bilik yang masih tidak dicuci...( teruknya pengurusan diorang ni...) nasib baiklah... kolam mandi dia best... hehehee,.,, ramai aweksss... siap cuci mata sikit... hehehehe... tapi yang tak bestnya... Gym dia tak lengkap, sauna tak operasi, tandas busuk bauk taik... wueeekkK!
so, tidur kat situ malam tu untuk aktiviti esok yang lebih best lagi,... petang tu dalam jam 6.30 kitaorang kuar jap beli barang keperluan... singgah jap kat Eagle Rench.. nak tengok2 je...mujurlah hujanlebat petang tu... tak turun tgk sangat pun.. tengok dalam kereta je... kami tidak bayar banyak, dan sarapan pun tidak disediakan oleh pihak Tiara...so, nasib baik kami bawa bekalan sendiri. jimat dan sedap! Malamnya temankan budak2 (anak sedara bini akula... semua comei2) pi main games kat Kids Club(main Kerom ngan Adam.) tapi gambar tak sempat nak upload kat sini...

esoknya mandi laut, kebetulan air pasang.... siap ajar budak2 tu main laut kat tepi pantai... sempatlah buat istana pasir yang akhirnya dirobohkan oleh Amir, si comel tu.... hehehehe...

tengahri balik Tiara Beach dan makan2(Megi) kemudian balik semula ke Shah Alam. Singgah kat Dengkil dan makan sate Haji Samuri yang enak dan lazat... hehehhee.. itu sahaja lah laporan minggu lepas punya cuti... hehehe
Merry Christmas buat semua kristeners!




Rabu, 16 Disember 2009

ABH-Ep. 2


Pandangannya lurus menghala ke C1G1. Dia berharap cecair itu akan meningkatkan lagi sel-sel badan Hisyam. Dengan cecair itu kelak kemampuan sel-sel Hisyam untuk menjana tenaga dan menampung tenaga nuklear supersonik yang terhasil akan meningkat 10 kali ganda dari biasa. Dengan cecair itu juga sel-selnya akan dihidupkan dan disesuaikan dengan implan otaknya. Oleh itu, dia akan hidup semula. Sama seperti Frankienstein yang dihidupkan oleh saintis perekanya. Hisyam akan hidup seperti manusia biasa. Tiada bezanya dengan manusia biasa kecuali apa yang terdapat dalam tubuhnya sahaja.
Di pandang dari luar, ia samalah seperti manusia biasa. Kulitnya, rambutnya, matanya, nafasnya, denyutan jantungnya dan pergerakannya. Semuanya sama seperti manusia biasa. Di dalam tubuhnya, sebahagian adalah robot dan sebahagiannya adalah tisu-tisu hidup yang dikuatkan 10 kali ganda dari manusia biasa.
Satu bunyi berdesit kedengaran. Ketika itu tiub penyambung yang tercucuk kemas di setiap sendinya mula mengalirkan cecair Gen Gflesh ke dalam tubuhnya. Dan ketika itu juga paparan data tubuh C1G1 mula berubah secara drastik. Semua saintis yan hadir ketika itu turut memandang perubahan itu dengan perasaan yang berdebar-debar.
Prof. Ikmal terus menumpukan perhatiannya. Aizad di sebelahnya juga turut sama menumpuhkan perhatian.
Dr. Hitomi, Dr. Fadzil dan Prof. Madya Haizam dan beberapa orang pegawai tentera menunggu dengan sabar perubahan yang ditunggu-tunggu itu. Mereka semua berharap kejayaan projek Janus. Projek yang julung-julung kali dilaksanakan. Mereka tidak mahu kegagalan seperti apa yang berlaku dengan badan eksperimen sebelum ini. 001, 002, 003, 004, 005 dan 006 gagal untuk dibangunkan. C1G1 merupakan badan eksperimen 007 yang mampu dan sesuai dengan cecair X-Gen. Badan atau tubuh eksperimen yang pertama kali dapat disesuaikan dengan bahan gentian. Dan ini cukup melegakan Prof. Ikmal.
Beberapa minit kemudian proses memasukkan cecair Gen Gflesh tu berakhir. Dan kelihatan kulit Hisyam berubah menjadi hijau dalam beberapa saat dan kembali menjadi seperti asalnya seminit kemudian. Paparan komputer menegaskan bahawa pembinaan C1G1 telah selesai.
Prof. Ikmal menekan satu butang yang terdapat di atas pemidang kawalan. Cecair yang selama ini membungkus C1G1 mulai di keluarkan secara pelahan-lahan. Sedikit demi sedikit, akhirnya C1G1 di keluarkan dari balang gergasi itu. Seluruh tubuhnya segar dan hidup cuma sahaja jantungnya tidak berdegup lagi. C1G1 di letakkan ke dalam balang lain yang lebih besar. Di situ, C1G1 akan dikenakan renjatan elektrik setinggi 10 000 Volt bagi mengaktifkan jantungnya.
Prof. Ikmal menyentuh tubuh Hisyam atau pun dengan nama saintifiknya C1G1. Satu perasaan terbit dari hatinya. Wajah Hisyam kelihatan tenang. Kelihatan lebih bersemangat. Bentuk badannya sama seperti dulu. Tidak berubah. Tetap berulas-ulas dan sederhana ketinggiannya. Sepadan dengan bentuk tubuhnya. Dia sedar wajah Hisyam itu ada iras-iras Salman Khan, pelakon sensasi Bollywood itu. Struktur badan pun lebih kurang sama. Tegap dan berulas-ulas.
Prof. Ikmal sendiri yang meletakkan Hisyam ke tempat khas itu. Seluruh tubuhnya dibungkus dengan sut khas berwarna hitam. Kelihatan jelas corak heksagon pada sut khas itu dengan warna yang lebih hitam dan berbentuk jaring. Seluruh tubuhnya ditutup dengan sut khas tersebut. Kemudian tubuh itu dibaringkan di atas katil besi yang penuh dengan mesin-mesin serta wayar-wayar khas untuk mengaktifkan jantungnya nanti.
Tenaga elektrik mula dicaj secara berperingkat. Bermula dari 1000 volt sehinggalah ia mencapai 5000 Volt. Keadaan tubuh Hisyam mulai bergerak dan berkutik pelahan-lahan. Meter voltan semakin meningkat. Ketika itu hampir mencapai 10 000 volt. Dan, ketika itu juga kelopak matanya terbuka. Riak wajahnya juga berubah tiba-tiba. Jelas riak kesakitan terlukis pada wajah itu. Prof. Ikmal diserang rasa simpati. Dia faham keadaan itu. Bukan calang-calang hidupan mampu menanggung kuasa elektrik yang begitu tinggi.
Seketika kemudian satu jeritan bergema dari mulut Hisyam. Jeritan kesakitan yang cukup kuat. Sarat dengan penderitaan. Dia tersentak. Pantas dia menatap carta komputer. Nada digital yang mewakili emosi Hisyam atau C1G1 kelihatan mececah had maksima menandakan emosinya bercampur-baur dan berkecamuk.
Prof. Ikmal cemas. Dia buntu untuk melakukan sesuatu. Matanya hanya terpaku ke arah Hisyam yang sedang menjerit. Dan sesaat kemudian Hisyam berhenti menjerit dan pada masa yang sama juga seluruh lampu dalam makmal tertutup tiba-tiba. Satu letupan eletrik juga kedengaran jelas sebaik sahaja lampu terpadam dan bau hangit wayar terbakar menguasai makmal.







Dia tersentak.
Matanya dibuka pantas. Satu cahaya terang menerpanya. Dia segera menghadang dengan kedua belah tangannya sambil memejamkan mata serapatnya. Satu dentuman memekakkan bergema. Dia dilanda debar yang dashyat. Jantungnya seolah-olah akan terpacut keluar dari dadanya. Sesaat kemudian dia menurunkan tangannya setelah merasakan semuanya sudah berakhir. Degupan jantungnya semakin menendang-nendang tatkala pandangannya menjamah apa yang berada di hadapan matanya. Ruang kosong berwarna putih sekata terbentang di sekelilingnya. Di hadapannya, di kiri dan kanannya, di belakangnya, tempat dia berpijak dan atas kepalanya juga serba putih. Dia mula cemas dan takut.
“Di mana aku ini?” gumamnya.
Ketika ini dengusan nafasnya semakin keras.
Dan pandangannya kembali gelap!




BAB 2
Tahun 2007 merupakan tahun di mana kegemilangan dan kecemerlangan Suluken Corporation dalam pelbagai industri dan pelaburan yang menguasai hampir dua pertiga dunia sampai di kemuncaknya. Kekayaannya dianggarkan bernilai bertrilion-trilion. Suluken Corporation atau SC adalah penyumbang kepada kemajuan dalam banyak teknologi seperti pertanian, perindustrian berat, Industri kesihatan, pelaburan hartanah, industri kesihatan, pembekal alat-alat ganti kapal-kapal perang, persenjataan dan baru-baru ini SC bergiat penuh dalam pembinaan fasiliti dan pembinaan Cyborg.
SC melancarkan Projek Janus. Suluken Corporation dimiliki oleh Arshazen dan beberapa orang pemegang saham dalam SC. Tiada seorang pun di dunia ini yang tahu wajah sebenar pemilik SC. Pada kebiasaannya setiap kali pengumuman penting disiarkan. Wajah seorang lelaki yang bertopeng hitam sentiasa muncul di mana-mana skrin gergasi umum di seluruh dunia.
Projek Janus merupakan projek yang sangat penting pada SC. Dengan projek tersebut jabatan pertahanan di setiap negara telah menawarkan harga yang tinggi untuk hasil projek tersebut. Ia dilancarkan pada tahun 2008 dan mula bergiat penuh pada tahun 2009. Tahun 2010 melapetaka muncul dan peperangan untuk mempertahankan planet Bumi pula mula meletus.
Saingan bagi SC cuma Lex Tecnologies yang dimiliki oleh Lex Alexander John Hamdan, beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia. SC memiliki banyak cawangan HQ. HQ utama adalah rahsia dan tidak ramai yang mengetahuinya kecuali beberapa orang pegawai tinggi. Oleh itu, kesukaran akan dihadapi oleh pesaing-pesaingnya dalam mengejar kekayaan dan teknologi.
Pada masa ini hanya dua pihak yang sering berebutkan teknologi-teknologi baru iaitu SC dan Lex Technologies. Kelemahan dan kesempatan sering dimanfaatkan oleh kedua belah pihak.
HQ di mana Projek Janus dilancarkan ialah di HQ yang terletak di dasar Laut China Selatan. Di sini, Pengarah Sai Per diberi kepercayaan penuh oleh SC untuk mengendalikan dan memastikan operasi SC sentiasa berjalan lancar terutamanya Projek Janus yang dimulakan pada tahun 2008. Tahun 2010 merupakan kemuncak kejayaan bagi Projek Janus yang memakan biaya lebih dari 1 billion Dollar U.S. Begitu juga dengan tujuan projek tersebut telah berubah dari tujuan perniagaan kepada operasi menyelamatkan planet Bumi dari ancaman meteor tersebut.


***

“Bagaimana dengan C1G1?”
C1G1 dalam keadaan baik dan memuaskan. Tidak lama lagi ia akan menjadi milik kau, Lex. 30 Juta tu memang berbaloi. Aku harap kau tidak menukar fikiran.”
Lex senyum. Cita-citanya untuk menakluki dunia pasti akan tercapai. C1G1 adalah harapan tunggalnya untuk cita-cita tersebut. Wang bukanglah penting sangat kepadanya 30 Juta. US Dollar itu adalah harga yang ditawarkannya kepada doktor muda itu. Dia pasti akan berjaya kali ini.
Skrin maya itu dimatikan sebaik sahaja perbualan mereka tamat.




“Hisyam!”
Dia mendengar namanya disebut. Sayup-sayup kedengaran pada mulanya. Lama-kelamaan suara itu semakin jelas. Dia membuka mata. Dia agak terkejut tatkala dia melihat ruang yang sama dia berdiri. Ruang yang serba putih. Saujana mata memandang. Tiada langsung warna selain putih.
“Di mana aku ini?” gumamnya.
Tiada seorang pun yang kelihatan di situ. Hanya dia seorang. Hanya sunyi dan sepi yang didengarinya. Suara yang memanggil namanya tadi turut hilang bersama kesedarannya. Dia melihat tubuhnya, jari-jemarinya, dan seluruh anggotanya. Tiada yang kurang. Semuanya cukup. Sama seperti dulu.
“Di mana aku kini? Apakah aku sudah mati?”
Dia berjalan tanpa arah. Dia Cuma mengikut gerak hatinya. Namun berjam-jam dia berjalan tidak juga dia menemui sesiapa.
Dia terduduk. Penat!
Tiba-tiba pandangannya gelap. Sesaat selepas itu dia mendapati dirinya berada di satu tempat yang lain. Dia mendengar bunyi enjin, menderu-deru mengisi ruang pendengarannya. Kedengaran juga tembakan laser bertalu-talu. Cukup membingitkan telinga. Dihadapannya kini satu objek besar yang dilitupi satu medan tenaga yang kuat. Beberapa siri letupan berapi terbentuk. Dia yang ketika itu sedang memandu kapal terbang jenis F-15 Strike Eagle buatan U.S. meluncur di celah-celah ratusan jet-pejuang yang semakin menggila melancarkan tembakan demi tembakan ke arah sasaran.
Dia menembak bertalu-talu dengan peluru laser jenis mesingan dan diselang-selikan dengan peluru berpandu jenis B21. Di kiri dan kanannya kelihatan juga jet pejuang yang sama. Bukan dua, bukan tiga malah beratus-ratus jet pejuang jenis tempur sedang menyerang bertubi-tubi ke arah objek yang sebesar padang bola sepak itu. Namun, seperti mula-mula tadi hanya api yang menari-nari di permukaan objek tersebut. Objek besar itu tidak terjejas walau sedikit pun. Malah kelihatan lapisan tenaga yang terbentuk itu semakin kuat berdengung.
Beberapa buah kapal perang jenis Stealth dan F15, F16 serta F17 juga kelihatan bersungguh-sungguh melakukan serangan. Dan ketika itu satu bunyi kedengaran. Objek di hadapannya berubah rupa. Kalau tadi ia berwarna hitam perak. Kini ia berubah kepada warna perak bercahaya. Dan ketika itu satu dentuman bergema. Telinganya dirasakan berdesing dan dia dapat mendengar bahagian dalaman telinganya hancur. Dia melihat jet-jet pejuang yang lain kelihatan terpelanting dan terpesong dari laluan masing-masing. Ada di antaranya terbakar dan meletup setelah bertembung di antara satu sama lain. Tidak kurang juga yang terhempas ke Bumi. Dia mula hilang kawalan ke atas kapal terbangnya.
Dan, pada masa yang sama pandangannya menjadi gelap.
*IKUTI SAMBUNGAN KE -3 PADA MINGGU HADAPAN-29.12.2009

Isnin, 14 Disember 2009

NOVEL AKU BUKAN HISYAM - EPISOD 1

Satu fenomena ganjil berlaku. Ruang angkasa tiba-tiba dinodai dengan kehadiran sebongkah meteor meluncur laju menuju ke planet Bumi. Dengan kelajuan yang diluar dugaan ia melanggar bulan dan menyebabkan arahnya terpesong sedikit dari landasan asal. Situasi ini sebenarnya telah diramal dan dijangka sejak awal. Namun, tiada siapa yang mampu untuk mengambil langkah yang betul dan tepat bagi menangani situasi itu. Ahli sains dan cendikiawan seluruh dunia bergabung dan bersatu untuk menangani masalah tersebut. Walaupun satu pasukan pemusnah yang terbaik di dunia dan terpilih dari pelbagai bidang dihantar dengan kapal angkasa ke meteorit tersebut.
Namun, usaha itu sia-sia sahaja lantaran kesemua krew kapal terkorban akibat masalah teknikal berlaku di luar jangka semua.
Akhirnya, Meteor itu menembusi atmosfera bumi. Dan, ganjilnya mula berlaku. Meteor itu tiba-tiba berhenti di ruang udara dan mula menyerap tenaga. Satu demi satu kepulan awan gemawan yang terapung bebas di ruang udara diserap. Seperti sebuah vakum yang menyedut debu-debu dan sampah-sarap ia menyedut awan pelbagai bentuk. Fenomena itu menyebabkan suhu bumi meningkat tiba-tiba. Dan keadaan ini berterusan beberapa hari. Tedapat juga usaha beberapa buah negara seperti US dan Britain menggunakan operasi tentera untuk memusnahkan batu meteor yang sebesar padang bola sepak itu.
Namun, usaha mereka sia-sia sahaja. Setiap pesawat tentera yang menghampiri meteor itu musnah dalam satu serangan bunyi yang terhasil dari dari meteor yang hitam keperakkan itu. Para saintis dan pihak-pihak yang berkuasa buntu memikirkan ancaman ini. Sekiranya situasi itu berterusan nescaya medan magnetik bumi akan diserap habis dan ini akan menyebabkan seluruh planet bumi akan menjadi serpihan atau debu-debu angkasa dalam jangka masa yang tidak diketahui.
Malangnya semua pihak yang buntu dengan masalah ini terpaksa melupakan hasrat mereka dan buat sementara mereka menunggu sambil bersedia untuk kemungkinan yang pasti. Bumi akan musnah.
Masalah ini menyebabkan seorang proffesor dari Malaysia terasa perlu berbuat sesuatu. Proffesor Ikmal lulusan Universiti Teknologi Robotik (UTEKROB) memulakan usaha yang penting dan amat bermakna itu dengan pelaksanaan Projek Janus yang dijalankan oleh Suluken Corporation, di bawah seliaannya. Semuanya bermula setelah beberapa maklumat penting diperolehi dari agensi perisik berkenaan meteor tersebut.


BAB 1
2012 Masihi
Makmal V 3000



Proffesor Ikmal meneliti carta dan paparan skrin maya di hadapannya itu. 97 % projek Janus itu hampir siap. Usaha yang dilakukan sejak setahun lebih itu hampir-hampir siap. Dia mungkin memerlukan beberapa jam lagi untuk menguji alat kelengkapan dan objek projek itu sendiri. Dan, detik itu tidak lama dari masa sekarang. Dia yakin.
Cyborgsaver G1 ataupun C1G1 direnungnya tanpa berkedip mata. Dia sedar usaha itu memakan belanja yang tidak sedikit. Hampir 2 Billion matawang US digunakan dalam projek Janus itu. Dan masa serta semangat juga banyak dikorbankan untuk tujuan murni itu. Dia tidak mahu usaha murni itu sia-sia seperti yang sudah-sudah. Merenung tubuh lelaki yang berdiri tegak dalam balang gergasi penuh dengan wayar-wayar dan kiub khas berselirat dia rasa sebak. Kesemua hujung tiub dan wayar tersebut disambungkan ke tubuh lelaki itu. Lelaki itu dikenali sebagai kolonel Hisyam Razifuddin.
Kolonel Hisyam Razifuddin adalah sahabatnya sejak dari kecil lagi Hisyam seorang yang sangat rapat dengannya. Sejak dari kampung hinggalah mereka bersekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan akhirnya mereka berpisah kerana Hisyam meminati bidang tentera dan menjadi tentera udara yang terbaik ketika itu. Manakala dia sendiri meneruskan minatnya dalam bidang robotik di UTEKROB. Dan setahun yang lalu dia terkorban dalam operasi tentera dalam serangan ke atas meteor itu. Mayatnya di bawah ke hospital kerajaan. Memandangkan dia tidak ada waris lagi selain dia sendiri sebagai sahabatnya. Maka dengan inisiatifnya sendiri dia telah menyimpan mayat sahabatnya itu di makmal khasnya di banglo kediamannya. Di situ ia diawet dan dikekalkan keadaannya dengan menggunakan mesin pelanjut hayat ciptaannya.
Dan kebetulan projek Janus dilancarkan. Projek itu memerlukan mayat seseorang yang segar dan masih berkeadaan baik. Maka dia mengambil keputusan untuk menggunakan mayat sahabatnya itu sebagai bahan utama Projek Janus. Dia sedar dan tahu apa yang dilakukannya walaupun pada mulanya dia tidak mahu menggunakan mayat sahabatnya itu. Namun, mengenang kembali semangat juang Hisyam dalam pengorbanan untuk negara maka dia merelakan tindakannya sebagai penghormatan ke atas sahabat baiknya itu.
Mayat Hisyam diubahsuai. Di bawa ke makmal yang terletak 3000 kaki di bawah permukaan Laut China Selatan. Dia sendiri yang mengubahsuai mayat sahabatnya itu. Dia tidak mahu saintis lain yang menyelia Hisyam. Kini pengubahsuaian itu sudah 100 peratus siap. Cuma pengisian Kad-Tenaga khas yang dibina berdasarkan Termosonuklear. Senjata ini merupakan senjata yang berbentuk peluru jenis gelombang tenaga yang dijana dari kuasa nuklear. Setiap janaan peluru tenaga itu menghasilkan satu bebola tenaga yang memiliki kekuatan 20 megatan. Dengan kemajuan senjata pemusnah yang cukup dashyat itu pasti meteor tersebut akan berkecai. Dia yakin!
Sebelum ini pelbagai jenis senjata dari jenis peluru berpandu, Misil dan Meriam Laser tidak berkesan sama sekali ke atas struktur meteor itu. Oleh itu, dia mencipta sejenis senjata yang hanya dijana oleh tenaga nuklear dan dikuatkan dengan sistem Supersonik ciptaan Dr. Arshenaida Fukada. Dengan menggunakan sel-sel hidup yang disuntik Triple X-Gen berwarna hijau tenaga nuklear yang dijana oleh sistem Supersonik akan mudah dibentuk dengan hujung jari dan berupaya dilancarkan secara fizikal. Dan. kadar momentum tenaga yang terhasil bersamaan dengan 60 Megatan Momentum nuklear.
Sel-sel yang dimilikinya membahagi dengan kadar 60 kali ganda lebih cepat dari normal. Ini bermakna, kemampuan Daya-Pulihnya sembuh dengan cepat. Sekiranya ia dicederakan maka rawatan penyatuan sel-selnya akan bertindak segera dan menyembuhkan luka atau kecederaan tersebut.
“Kenapa kau memilih tentera?” soal Ikmal ketika mereka sedang menikmati makan malam di sebuah restoran di Metropolis Kuala Lumpur tidak lama dulu. Sebuah restoran tertua di ibu negara itu. Ocean Food-Since 1955.
Hisyam tersengih. Dia terkelu seketika. Sebenarnya dia pun tidak pasti jawapan yang pasti dan tepat untuk soalan itu.
“Entah lah… mungkin sebab dalam jiwa aku ini ada semangat juang yang sentiasa meluap-luap dan tidak sesekali mengalah. Mungkin juga sebab takde pilihan lain… dan mungkin juga…”
“Mungkin juga kerana Syakirah?” potong Ikmal tiba-tiba.
Hisyam terkedu. Tidak menjangka jawapan itu yang lahir dari mulut sahabatnya.
Dia tunduk.
“Kan?!” tukas Ikmal.
Hisyam angkat muka. Wajah Ikmal direnung seketika.
“Dah jodohnya dengan orang lain… “ Gumamnya.
“Tau pun kau… sepatutnya kau kena redha dengan ketentuan. Dah nasib! Takkan sebab dia kau nak lupakan cita-cita kau? Aku yakin kau akan jadi peguam yang terbaik nanti. Kenapa mengalah? Jangan mengalah kerana seorang perempuan yang bukan ditakdir untuk kau!” Ikmal merenung sahabatnya itu, simpati.
“Maafkan aku Ikmal… selepas semua yang berlaku, aku rasa tawar untuk teruskan cita-cita aku. Aku bukan tidak minat tentera. Aku minat….aku memang minat. Kau pun tau.... sejak dari kecil lagi aku bercita-cita untuk jadi peguam. Tetapi itu bukan bermakna aku akanjadi peguam. Takdir dah tentukan aku akan jadi askar. Jadi tentera! Sekurang-kurangnya aku dapat juga berbakti untuk negara kita.”
Ikmal tarik nafas. Ada benarnya ungkapan Hisyam itu. Dia sebenarnya risau keselamatan Hisyam. Dia tidak mahu Hisyam terkorban. Dia tahu, tugas sebagai anggota tentera sangat berisiko tinggi. Kematian setiasa mengintai, maut sentiasa menunggu. Bila-bila masa sahaja Hisyam akan terkorban. Peluru tidak pernah mengenal siapa Hisyam. Hakikat itu semua orang tahu.
Dan hakikat itu menjadi reality kini. Hasilnya apa yang ada di depan matanya sekarang. Mayat Hisyam kini berada dalam balang gergasi itu. Bersemadi tenang menunggu ia dibangkitkan dengan personaliti baru dengan tujuan yang murni, semurni semangatnya dan tujuannya semasa hayatnya dulu. Kali ini dia bukan sahaja akan berbakti kepada negaranya malah seluruh dunia akan terhutang budi kepadanya. Dia akan menjadi penyelamat dunia yang pertama dalam sejarah dunia sebagai hasil teknologi tinggi dalam bidang robotik. Dia juga menjadi manusia pertama dalam sejarah dunia sebagai manusia pertama yang dihidupkan kembali dengan teknologi tinggi itu. Dia akan menjadi Cyborgsaver G1. Hisyam adalah generasi pertama dari model itu, C1G1.
“Prof.?”
Prof. Ikmal tersentak. Lamunannya berkecai seribu. Serta-merta wajah Hisyam dan perbualan mereka terputus diganti oleh wajah Aizad, si pembantu makmal.
“Ya, Aizad?” Prof. Ikmal bertanya dengan nada yang kurang senang.
“Prof… Gen G-flesh sudah sedia untuk disuntik.” Jawabnya.
Prof. Ikmal mengalihkan pandangannya ke arah mesin penyuntik itu. Kelihatan cecair hijau metalik terkandung dalam balang khas.
“Baiklah … mulakan!” arahnya.

IKUTI SAMBUNGAN SETERUSNYA MINGGU HADAPAN... SELASA -22.12.2009

*DAPATKAN NOVEL 'AKU BUKAN HISYAM' DI KARNADYA .COM.MY. DENGAN HARGA RM 14.90 SAHAJA.. ATAU PESAN TERUS DARI SAYA MELALUI E-MAIL- GREENDREAM_001@YAHOO.COM.



KATRINA KAIF TERSEKSI DI INDIA!



WOW! Katrina Kaif!... pelakon seksi tu... aku minat dia ni masa berlakon cite New York. Dia ngan John Abraham... fuh! memang minah ni power beb!
tu sebablah muka dia akan diukir pada wajah Barbie doll... hehhehe!

AKU... SUPERMAN?


Malam tadi... aku diuji dengan pening kepala, sakit perut dan ketidak selesaan sistem badan... mungkin aku keracunan makanan. Jam 2 pagi aku bangun dan sebab tidak mampu nak baringkan kepala ke bantal. So, aku dudukje laa.. sebab dengan duduk itu buat kepala aku hilang sakitnya.... then .. beberapa saat lepas tu aku buang air besar... (cirit) hehehe... memang senak perut semacam... tapi itru masih awal lagi... beberapa minit kemudian aku lepak kat ruang tamu sambil minum air sejuk... ... lepas tu aku ambil wuduk dan solat sunat 2 rakaat... kemudian baring sekejap ata sejadah tu... terlelap sekejap... tetapi kepala kembali sakit bagaikan ditekan2 dengan besi berat.... Masyallah... sakitnya semacam... aku bingkas dan saat itu aku memamng nak muntah... cepat-2 aku ke tandas dan bagaikan diatur, muntah aku memancut laju... semuanya air... masam bukan main wooo..!!!! dua tiga kali muntah ..semua air dan sedikit makanan yang mungki sisa Udang, kepah dan daging ikan makan malam itu. cepat-cepat aku kumur air garam yang memang aku ssediakan dalam bilik air tu... lega sikit.... dan lepas tu bila muntah aku dah seru sikt.. aku capai air panas dan bancuh dan garam kasar... lepas tu minum... alhamdulillah.. lepas tu aku dah tak muntah...dan sakit kepala pun hilang bersama muntah( aku teran muntah tu sampai kepala aku panas agaknya...) sakit perut aku pun turut hilang... lepas tu barulah aku leh tidor ngan nyenyaknya... Alhamdulillah... huh! lega!

Ahad, 13 Disember 2009

NOVEL AKU BUKAN HISYAM


THE STORMWARRIORS


Episod kedua Stormriders ini adalah lebih gempak dan penuh dengan grafikyang lebih mengujakan meskipun aku tak tengok lagi.. insyallah rabu ni aku nak tengok juga... malam jam 7-8 ke atas... aku nak bawa bini aku nanti laa... hihiiii... aku takkan lepaskan pedang setiawan terbaru ni...

Selasa, 8 Disember 2009

CUTI

Yes! esok aku cuti dan disambung ke jumaat dan sabtu serta ahad..... so... aku ada empat hari cuti. boleh la release tension.... kebetulan esok najk teman bini aku pi SJMC. ada appoinment dengan doktor pakar katanya. so, sebagai suami yang best!...aku pi la temankan bini tercinta aku ni.... heehehhe... sabar ya sayang.... semua itu ada hikmah di sebaliknya. nasnti 21-23.12.2009 aku dann kuarga bini aku aakn bercuti ke Pulau pinang. cuti dah apply dah... tinggal nak pi je.... tapi bini aku macam takde mood.... sian dia.... sabar ya...

Isnin, 7 Disember 2009

MASA PALING BEST MINUM DUA GELAS AIR MASAK(PUTIH)



Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.
Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs
One (01) glasses of water - 30 minutes before meal AND after meal - Help digestion
One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure
One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack
 
Paling best kalau air tersebut dibacakan dengan surah2 ayat2 Suci Al-Qur'an...( Al-Fatihah, Qursyi, 4 Qul dan Salawat Nabi SAW)


Please pass this to all the people whom you care.......

Selasa, 1 Disember 2009

MANUSKRIP ADAMUS

Hari ini agak terkejut sikit, tiba-tiba je, tipon aku berbunyi. angkat dan menjawab... laaaa... rupanya budak pos Gedex nak hantar barang kat aku. Katanya dari PTS. Dan satu yang lecehnya budak ni langsung tak tahu kat ner PTAR 1. Last-last dia tunggu kat Cafe Koperasi kat bawah tu.. aku pergi jumpa dia dan amik barang aku tu. Tertanya-tanya gak aku. Apa bendanya yang PTS hantar kat aku ni? aku cek juga ketebalannya dan berat bungkusan GEDEX tu... macam surat perjanjian je... tapi, takkan tebal gile...???

Dengan tak sabar-sabarnya aku masuk opis dan buka bungkusan tu. Laaa.. rupanya manuskrip contoh Pahlawan Adamus. Pelik juga aku. Naper hantar Hardcopy? Naper tak e mail je??? pelik gak PTS ni... KD dulu takde la macam ni... aku yang hantar manuskrip dan surat perjanjian pun diposkan sahaja... kita org pakai email je hantar manuskrip SAM C1G1 tu... bila kat PTS lak.. diorang yang hantar manuskrip dan masih pula tu boleh diubah kalau ada yang tak puas hati dengan manuskrip tersebut. Aku dapati memang ada yang aku tak puas hati... gamabr2 watak tiada langsung kecuali watak Adamusyang memegang pedang yang dilukis semula. Aku dah bagi semua gambar2 contoh yang tepat.. tetapi gambar pedang Unikorn pun berlainan dari gambar asal... sedih wooo... namun , aku tidak putus asa.. nak tak nak ... aku nak juga apa yang aku lukis tu di masukkan dalam novel sebagai lampiran sahaja. Agar pembaca boleh bayangkan dengan tepat berkenaan watak2 tersebut dan jalan ceritanya...
aku tipon En. Syafiq dan maklum hal ini dan kemudian aku emailkan contoh lampiran yang aku mau... Insyallah ... aku harap contoh tersebut boleh dilampirkan sekali dalam novel Pahlawan Adamus yang setebal 505 muka surat ini... lebih tebal dari novel 1511H Kombat- Faisal Tehrani.
anyway aku berpuas hati dengan watak Adamus yang dilukis semula tu.. dan apa yang aku belum tengok ialah ilustrasi kulit novel ini... bagaimana lah rupanya ya???

AIDS SEDUNIA

Semalam... layan movie ni.. best dan kelakar gile!... eh! bukan semalam... dah dua malam layan cite ni sebenarnya... cerita ini terpaksa disambung-sambung laa sebab takde masa nak layan sampai habis... Bini aku yang suke sangat tengok cite ni... dengan keadaannya yang sedang membawa anak aku setiap masa itu membuatkan dia sangat sesuai tengok cite ni... (nampak lebih seksi bini aku ni time2 ngandung...) hehehehe...
ok kita lupakan pasal movie tu... mari kita lihat khasiat bawang putih untuk pesakit AIDS... mungkin ia tidaklah berkesan sangat pada pesakit AIDS... tetapi sebagai mencegah atau melambatkan sistem AIDS itu agar kerosakan sel yang berlaku boleh dikurangkan setiap hari...
Bagi pesakit AIDS yang ada di Malaysia. Sila minum air Bawang Putih. dengan menggunakan kaedah di bawah ini.

1. bagi yang baru menghidap AIDS digalakan meminum air Bawang putih 7 ulas setiap malam sebelum tidur. Buat air suam dan rendam selama 3 jam dan mkinum sebelum tidur. Bawang putih itu mestilah dicincang atau ditumbuk halus.

Insyallah.. penyakit AIDS sembuh...