The Alien - Link Select

Rabu, 18 November 2009

KISAH IKTIBAR BERGUNA

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama
sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama
sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah
Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin
Dan
Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya
Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu
selepas
Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus
mengajak
Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan
Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar
Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang
Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat
Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang
dari
RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun
menjadi
Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana
Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada
Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200
Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin
Basuh,
Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat
pemeriksaan
Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang
Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika
di
Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi
amalan
Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang
Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit
Kad
Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya .
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena
sebarang
Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah
Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan
cepat.


Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam
(bukan
Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya
sampai
Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia,
Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid
Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi
Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan
Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang
Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk
Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid
Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan
Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya
Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan
dengan
Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah
Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad
Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok
sahaja.
Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling
Kita.
Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung
Untuk mencari keberkatan hidup.



Kisah 3




Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan
hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri
sebuah
usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini
sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.
Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di
sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang
ke
semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk,
abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat
berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur
lingkungan 8
tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat,
dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila
imam
ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi
salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.
Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk...
ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji
ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini
menunaikan
perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana
orang
dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.


Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah
menyangka
dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.
Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang
sibuk
ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua
berumur
13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di
bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di
tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula
solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang
jaga)
di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang
mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel
semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak
melipat
sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak..
.
hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang
anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang
disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian
diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan
suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8
orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika
ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya
lelaki...
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai
tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat
jemaah
dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat
masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat
memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian
rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan
mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini
menjadi
pedoman dan iktibar buat kita semua.



Amalan(sunat) dengan izin Allah buat penulis ialah
1. Sunat Dhuha setiap hari
2. Sunat Istiharakh bila ingin membuat sesuatu yang penting.
3. Sedekah Masjid, Anak Yatim dan Fakir miskin.
4. malan baca surah Al-Fatihah, Ayat Qursyi, Yasin, Al-Waqiah, Al-Mulk, Muhammad, Nuh, Al-Jin , 4 Qul, dan selawat nabi 1000 kali.
5. Amalan khas harian juga ... Insyallah.

mari kita sama2 amalkan...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM BRO!
Ni citer member lu ke citer lu??
Musykil lak...
Nway...nice islamic stories yang boleh hang praktiskan nnti ek...
K...

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR berkata...

cite ni gue copy paste dari emmber gue bro!