The Alien - Link Select

Isnin, 18 Februari 2008

TASBIH FATIMAH

APA ITU TASBIH FATIMAH ? Ramai yang mungkin tidak tahu tentang tasbih ini. Bagi mereka yang mengamalkannya pastilah tahu khasiat yang terkandung di dalamnya. Sebagai salah seorang yang mengaku muslim... aku menjadikannya salah satu bacaan rutin sebelum tidur. Alhamdulillah... semenjak aku mengamalkannya, aku tidak menemui sebarang rasa penat atau lenguh selepas bangun tidur. Aku rasa sentiasa bertenaga dan sihat. Untuk mengetahuinya... biarlah aku turunkan kepada sesiapa yang mahu beramal. Adapun Tasbih Fatimah adalah seperti berikut....
Subhanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali
dan dicukupkan menjadi 100 dengan kalimat ini..
"Laa ilahaa illallah wahdahu laa syariikalah lahul mulku walahul hamduh yuhyii wayuumiitu wahuwa alaa kulli sye'in qadir" - 1 kali
Demikian lah Tasbih Fatimah. Amalkan setiap malam. Ini merupakan salah satu daripada amalan rutin aku dan ada beberapa ayat lagi yang akan bakal menyusul. teruskan membaca blog aku ini pada masa kan datang.

2 ulasan:

Deqna berkata...

terima kasih kerana mengingatkan saya kepada Yang Maha Pencipta..

Inibelongeqa berkata...

Nice info.. Insyallah akn Eqa amalkan (: