The Alien - Link Select

Isnin, 18 Februari 2008

GANGGUAN TEKANAN TENAGA SYAITAN

RAMAI yang bertanya tentang kes ini. dan ramai juga yang mengalaminya. Perkara ini adalah perkara biasa apabila kita tak amal beberapa petua yang tertentu. Mungkin ada dia antara kita yang biasa amalkan ayat Qursyi 3 kali dengan pengulangan ayat terakhir sebanyak 9 kali. ayat itu dibaca untuk mencegah. Biasanya ayat itu akan hilang kesannya apabila kita tersedar dari tidur dan mengabaikannya untuk membaca sekali lagi. Masa itu lah kita akan biasanya menghadapi situasi tekanan tenaga syaitan tadi. secara saintifiknya sistem tubuh kita yang sedia lemah diganggu gugat oleh kehadiran tenaga syaitan tadi. Sebab itu dengan mudahnya syaitan mampu memusnahkan jaring perlindungan tubuh semulajadi kita. Syaitan sangat berkuasa apabila kita tiada aura Illahi ini. Untuk dapatkan aura illahi ini... kata kunci perlu dibaca seperti 'Ayat basmallah' dan ayat2 Al-Qur'an yang lain.
Sekiranya berlaku kepada aku situasi ini. tatkala aku dalam keadaan lemah dan tidak membaca apa2 sebelum tidur... Cuma Zikirullah 'Allahuakbar... Allahuakbar' yang diulangi berkali2 dalam hati. Insyallah dengan mudahnya tekanan itu akan dihapuskan oleh gelombang kalimat azan itu. Sekuat-kuat gelombang di bumi ini dan alam semesta ini ialah gelombang yang terhasil dari kalimat 'Allahuakbar'... inilah Gelombang tenaga Ilahi yang terkuat. Sebab itulah Syaitan akan hancur lebur apabila mendengar azan.
Oleh itu... sila amalkan kalimat ini dimana saja. Insyallah... hati anda akan penuh dengan gelombang ini. Bila hati anda penuh gelombang ini maka bersinarlah hati. Bila hati sudah penuh dengan cahaya sinar ini... maka sihat hati... apabila hati sihat maka sihatlah seluruh tubuh zahir dan batin.
Satu lagi amalan datuk aku dulu. ialah.... menggunakan kalimat ini bersama tumbukan dan tendangan. Kesannya cukup hebat dan menggerunkan. namun ada amalan serta rutin puasa yang perlu diamalkan ... dan kalimat Allahuakbar itu akan menguatkan tubuh zahir dan batin kita. datuk aku dulu adalah pahlawan Islam yang dikatakan oleh orang kampung berjaya memusnahkan kubu tentera musuh dalam satu malam selain bertarung tangan kosong dengan seorang pesilat Sayau terkuat dalam markas tentera musuh tersebut... benar atau tidak .. wallahu'alam....
Oleh itu amalkanlah kalimat itu seikhlasnya. Insyallah selamat dari gangguan Syaitan.

Tiada ulasan: