The Alien - Link Select

Isnin, 29 Ogos 2016

TAMAN FIRDAUS DAN JAHANAM : SATU KEPULANGAN ABADI 3 ???



BAHAGIAN 3

BAB 6 : SOLAT / ISRA

"Kalau begitu Brahim, macam mana kamu solat dengan menggunakan Quran sahaja, kerana Quran tidak memerincikan cara laku solat?" Pinta Pak Rashid.
"Dia lupa hadis yang mashur yang mutafa’alaik "solatlah kamu seperti mana kamu lihat aku solat." Ujar sang Ustaz, senyum sinis.
"Solat, ini kes panjang dan sensitif. Tetapi, Anyasya-ALLAH saya akan terangkan bagaimana saya solat, berpandukan pada Quran satu-satunya, pada masa yang sama Pak Rashid bandinglah pula dengan cara Pak Rashid." Aku cuba berlawak.
"Apa yang terdapat di dalam kitab-kitab karangan ulamak hanyalah hadis-hadis seperti dari si anu yang diriwayatkan oleh imam si anu katanya, ‘pada satu hari sewaktu aku sedang berbual-bual dengan si anu aku ternampak Rasulullah mencuit-cuit jari telunjuknya sewaktu beliau sedang duduk’, dan dari si anu yang diriwayatkan oleh imam si anu katanya ‘pada satu hari sewaktu Nabi sedang bersolat aku lihat beliau meletakkan kedua-dua tangannya ke atas pusatnya’ atau dari si anu, katanya ‘pada satu hari sewaktu Nabi sedang berdiri aku lihat beliau meluruskan kedua-dua tangannya ke bawah.’" Kataku lagi.
"Cuba perhati baik-baik di sini. Yang amat ketara cara dan kaedah hadis-hadis dikumpul tadi langsung tidak memberi keyakinan bahawa apa yang ditulis itu benar-benar datang daripada Rasulullah atau wahyu Ilahi sepertimana yang ditegaskan oleh para ulamak.  Ia lebih menyerupai tulisan atau karangan orang-orang yang suka mengintai dan mengintip. Selain itu, cara Nabi menunjukkannya pula nampak begitu tidak acuh, seolah-olah beliau tidak peduli kalau ada orang yang melihatnya atau tidak."  Kataku lagi.
"Soalannya di sini cara manakah satu Nabi bersolat, adakah semua ini hanya rekaan-rekaan para ulamak saja?" Tanya Pak Rashid.
"Ya!". Jawabku ringkas dan tegas. “Sudah Pasti!”
"Cepat, jangan cuba berdalih, ceritakan pada kami bermula dari Israk dan Mikraj lagi, masa Nabi mula mendapat perintah solat lima kali sehari semalam." Bentak Pak Rashid, tidak sabar.
"Errr, maaf saya tak berapa pasti". Kataku, sambil senyum tenang.
"Cakap saja berapi-api, perintah solat melalui Isra dan Mikraj pun tak tahu,  Ngah, engkau bagi tau pada budak ni pasai Israk dan Mikraj."  Kata Ustaz Harun sambil kerling dengan ekor matanya kepadaku.
Dengan undangan seringkas itu, Lebai Ngah mula berkhutbah.
"Isra ialah perjalanan Nabi secara mendatar Nabi dari Mekah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem. Dari sana Nabi terus di Mi'raj ke langit dengan menaiki haiwan yang dikenali sebagai Buraq dan sebelum malam berakhir Nabi telah kembali ke Mekah.  Kejadian ini berlaku pada 27 Rejab (bulan ke 7) tahun 621 AD. Masa itu umur Nabi ialah 50 tahun. Bila Nabi berjumpa dengan Tuhan, Nabi telah diberi syariat solat 50 waktu sehari semalam padanya dan pada umatnya.  Bila Nabi hendak turun ke bumi melalui syurga ditingkat tujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad apakah yang telah dititahkan oleh Allah kepadanya. Nabi Muhammad pun menerangkan akan ibadah solat 50 waktu sehari semalam itu. Nabi Musa berkata walaupun umatnya besar dan kuat namum umatnya tidak dapat melakukan solat sebanyak itu, lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad pergi berjumpa Tuhan dan meminta supaya ibadat itu di kurangkan.  Sekali lagi Nabi Muhammad berjumpa dengan Tuhan. Lalu setelah mendengan rayuan Nabi Muhammad, ibadah solat dikurangkan sebanyak 45 kali sehari semalam dan bila Nabi Muhammad hendak turun ke bumi melalui syurga di tingkat tujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad yang berapakah kali ianya dikurangkan, lalu Nabi menjawap empat puluh lima kali.
Sekali lagi Nabi Musa berkata yang walaupun umatnya besar dan kuat namum umatnya tidak dapat melakukan solat sebanyak empat puluh lima kali, lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad sekali lagi pergi berjumpa dengan Tuhan dan minta supaya ibadat itu di kurangkan.
Demikianlah proses itu berlanjutan sebanyak sembilan kali. Bila Nabi Muhammad hendak turun ke bumi melalui syurga di tingkat tujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad yang berapakah kali ianya dikurangkan, lalu Nabi Muhammad menjawab hanya tinggal lima kali sahaja.  Sekali lagi Nabi Musa berkata yang walaupun umatnya besar dan kuat namum umatnya tidak dapat melakukan solat sebanyak itu, lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad pergi berjumpa Tuhan sekali lagi dan minta supaya ibadat itu di kurangkan. Demi kerana malunya, Nabi Muhammad telah membatalkan hasratnya untuk mengadap Tuhan. Oleh kerana, satu kebaikan diganda sepuluh, maka lima solat didarab dengan sepuluh kali maka ianya berjumlah juga sebanyak lima puluh kali kali solat. Pahala ini sebagaimana pahala suruhan pertama iaitu lima puluh kali solat jaga." Hujah Lebai Ngah bersungguh-sungguh.
"Bangkanglah lagi, jangan tak bangkang." Ustaz Harun perli akusambil mencapai kotak rokoknya.
Aku dongak keatas sekejap sambil tersengih, lalu mengeliat, keratap, teretup bunyinya. Terasa segar sedikit bahagian lengan yang lenguh. "Baiklah, hujah saya yang pertama, Buraq tidak ada dalam Qur’an dan kalau hadis Lebai Ngah ini benar lagi membenarkan, mengapa pula tak diceritakan pula cara Nabi turun ke bumi, kembali ke Mekah menaiki apa? dan apakah pula terjadi pada Buraq itu?" soal ku.  "Hujah saya yang kedua, Nabi Muhammad menerima Qur’an sekitar umur 40 tahun, jadi macam mana Lebai Ngah kata Nabi menerima perintah solat pada umur Nabi 50 tahun. Jurang sepuluh tahun itu tersangat lamalah."
"Hujah saya yang ketiga, adakah ini bermakna Tuhan tidak tahu untuk memerintahkan sekali sahaja. Iaitu solat lima kali sehari semalam, dan bukan sebanyak lima puluh kali sehari semalam di mana akhirnya menjadi lima juga, adakah ini juga bermakna Tuhan mempermain-mainkan Nabi?"
"Hujah saya yang keempat, mengapa pula Nabi Musa menjadi penasihat kepada Nabi Muhammad, tidakkah Lebai nampak unsur-unsur Israiliat di sini?"
"Hujah saya yang lima, adakah dengan hadis tadi bermakna Nabi Muhammad atau Nabi Musa lebih mengetahui perihal umat mereka berbanding Allah yang maha mengetahui?"
"Hujah saya yang keenam, bagaimanakah mungkin Nabi Muhammad melawat Masjidil Aqsa sedangkan ianya dibina selepas enam puluh lima tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad?  Buat pengetahuan semua yang ada, nama Masjidil Aqsa tersebut juga diambil dari Al-Qur’an (17:1)."
"Hujah saya yang ketujuh, ada satu cerita menarik disini, seperti yang dinukilkan oleh Ibn Ishak. Sebagai yang kita ketahui Ibn Ishak adalah diantara orang paling awal menulis biografi Nabi Muhammad.  Dia menulis di antara lainnya, Nabi memberitahu kepada isterinya perihal Isra semasa Nabi bangun untuk solat Fajr, dan perjalanan itu berlaku bila Nabi tidur selepas solat Isya, dalam cerita lain pula, diceritakan bahawa sebelum Nabi naik ke langit Nabi solat Isya dulu. Hairan juga, Nabi dah solat bertahun-tahun baru dapat arahan untuk solat?"
"Hujah saya yang kelapan, mengikut Bible, Nabi Ibrahim sedang berdebat dengan Tuhan bagi pihak Sodom (umat Nabi Lut) untuk tidak memusnahkan mereka jika ada lima puluh orang beriman diantara mereka, akhirnya tawar menawar ini menjadi sepuluh orang. Bible RSV Gen 18:20 hingga 32 mengatakan :

20: Then the LORD said, "Because the outcry against Sodom and Gomorrah is great and their sin is very grave,

21: I will go down to see whether they have done altogether according to the outcry which has come to me; and if not, I will know."

22: So the men turned from there, and went toward Sodom; but Abraham still stood before the LORD.

23: Then Abraham drew near, and said, "Wilt thou indeed destroy the righteous with the wicked?

24: Suppose there are fifty righteous within the city; wilt thou then destroy the place and not spare it for the fifty righteous who are in it?

25: Far be it from thee to do such a thing, to slay the righteou
s with the wicked, so that the righteous fare as the wicked! Far be that from thee! Shall not the Judge of all the earth do right?"

26: And the LORD said, "If I find at Sodom fifty righteous in the city, I will spare the whole place for their sake."

27: Abraham answered, "Behold, I have taken upon myself to speak to the Lord, I who am but dust and ashes.

28: Suppose five of the fifty righteous are lacking? Wilt thou destroy the whole city for lack of five?" And he said, "I will not destroy it if I find forty-five there."

29: Again he spoke to him, and said, "Suppose forty are found there." He answered, "For the sake of forty I will not do it."

30: Then he said, "Oh let not the Lord be angry, and I will speak. Suppose thirty are found there." He answered, "I will not do it, if I find thirty there."

31: He said, "Behold, I have taken upon myself to speak to the Lord. Suppose twenty are found there." He answered, "For the sake of twenty I will not destroy it."

32: Then he said, "Oh let not the Lord be angry, and I will speak again but this once. Suppose ten are found there." He answered, "For the sake of ten I will not destroy it."

"Mari kita lihat persamaan tersebut dengan Quran 29:31 dan 32. "Dan apabila rasul-rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan memusnahkan penduduk bandar raya ini, kerana penduduknya orang-orang yang zalim. Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat mengetahui siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal."
"Ayat 11:74 hingga 76. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut. Ibrahim adalah penyantun, lembut hati, berkesesalan. "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan."
"Cuba Lebai Ngah tengok kedua-dua ayat diatas, Nabi Ibrahim cuba "mengingkatkan" para malaikat yang Nabi Lut ada di dalam bersama kaumnya.  Dia cuba berdebat, tetapi sayang, hajat hatinya tak kesampaian.  Arahan dari Allah ialah "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan." Dalam Quran itu tidak ada soal tawar menawar dengan Tuhan, tapi dalam Bible ada unsur tawar-menawar, macam hadis solat, tawar-menawar dari lima puluh jadi lima."
"Hujah saya yang kesembilan 11:114. "Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat."
"Hujah saya yang kesepuluh. Solat pula telah diperintahkan sejak zaman Nabi Ibrahim lagi dan Nabi Muhammad dikehendaki untuk meneruskan amalan solat tersebut. Lihat ayat-ayat ini… 

21:73. Dan melantik mereka untuk menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami mewahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan Kami mereka sembah.

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia menamakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu menjadi saksi ke atas manusia. Maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.”

“Hujah saya yang kesebelas.  Nama-nama solat secara rasmi disebut dalam dua ayat. Walaupun nama-nama lain yang lazim digunakan untuk solat, seperti Zuhur, Asar, Maghrib dan Subuh, tercatat di dalam al-Qur’an, namun mereka tidak dikaitkan dengan solat, atau waktu solat. Umpamanya nama "maghrib", ia bukan sahaja bukan nama solat, tetapi juga bukan nama waktu. Ia sebenarnya adalah suatu arah, iaitu barat, seperti yang ditunjukkan pada ayat Allah berbunyi:

"Kepunyaan Allah Timur dan Barat(Maghrib)" (2:115)

Zohor pula di dalam al-Qur’an adalah waktu berehat pada tengah hari, apabila pakaian ditanggalkan. Firman-Nya, "Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu miliki, dan mereka di antara kamu yang belum cukup umur, minta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat Fajar, dan apabila kamu tanggalkan pakaian kamu pada waktu Zohor, dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu." (24:58)
Sementara "Asar" di dalam al-Qur’an bermaksud "masa" atau "waktu" dan tiada kaitan dengan solat seperti yang terdapat pada ayat yang berbunyi "Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian," (103:1-2).  Bukan sahaja tidak disebut nama solat Maghrib, atau solat Zohor, atau solat Asar di dalam al-Qur’an, tetapi juga, turut tidak disebut adalah nama "solat Subuh". Subuh dan Fajar, seperti nama dan sebutan bunyinya yang berlainan,  adalah dua masa atau waktu yang berlainan.  Waktu subuh adalah sebelum fajar, iaitu waktu akhir malam. Perkataan ‘subuh’ terdapat pada ayat-ayat 11:81, 74:34, 81:18 dan 100:3, dan didapati tiada kaitan dengan solat langsung.  Jadi hanya ada tiga nama solat yang disebut dengan jelas iaitu Solat Fajar dan Solat Isyak dalam surah 24 : 58  dan solat Wusta dalam Surah 2.238.”
"Hujah saya yang kedua belas dan terakhir ialah "Ayat 4:101-103 menjelaskan tentang solat ringkas dan solat masa peperangan. Ayat itu juga mengatakan solat Qasar dan masa peperangan itu sempurna apabila seseorang itu berdiri sehingga selesai sujud. Kalau kita menyebutnya sebagai "satu rakaat", maka solat tersebut ialah satu rakaat dan solat yang sempurna mestilah lebih daripada satu rakaat, kerana solat Qasar yang tidak boleh dilakukan dalam keadaan biasa." Kataku lagi. 
"Sahih Bukhari 1/346 mengatakan bahawa pada permulaannya, semua solat hanya dua rakaat sahaja. Kita tidak memerlukan hadis sebagai panduan beribadat, tetapi hadis ini sesuai dengan ayat Quran 4:102." Kata Pak Rashid dengan penuh yakin.
"Saya percaya Syaitan tidak boleh menyelewengkan atau mengubah seratus peratus dari ajaran yang asal." Kataku lagi. "Sebagai contoh, dalam 'wuduk' Syaitan cuma membuat beberapa tambahan kepada ajaran Tuhan, begitu juga haji di mana syaitan telah membuat sedikit tambahan seperti melontar jumrah, begitu juga dalam bab puasa, syaitan cuma mengubah sedikit waktu bermula dan berbuka, mungkinkah syaitan juga telah menambahkan rakaat solat dari dua yang asal kepada tiga atau pun empat?" Tanyaku lagi.
"Kamu ni dah merepek habis Brahim!" Bentak si Ustaz.
"Apanya merepek, mari kita buat sedikit ujikaji pada solat kita." Kataku, buat saranan.
"Uji… jangan tak uji!" Pintas si Ustaz lagi.
"Jika Qur’an 17:110 mengatakan suara hendaklah sederhana dalam solat. Maka solat yang tanpa suara dan bisu itu bukanlah dari ajaran Quran, adakah kita setuju?" Tanyaku pada mereka, meletakkan piawaian dan syarat hujah ku kali ini.  Semua kepala mula mengangguk setuju. Walaupun agak perlahan tapi aku yakin mereka setuju.
"Kita melakukan solat Subuh (Fajr) sebelum matahari terbit dua rakaat dengan bersuara, ini mengikut Qur’an, lalu, kita solat Zohor dan Asar dalam keadaan bisu, bererti kedua-dua solat itu adalah suatu tambahan baru, manakala bagi, Solat Wusta yang sepatutnya dilakukan sebelum matahari terbenam sebanyak 3 rakaat dalam solat Maghrib, dua rakaat bersuara, ini mengikut Quran dan satu rakaat bisu yang merupakan ajaran baru, dan terakhir sekali ialah Solat Isyak di awal malam. Di mana dua rakaat permulaan bersuara yang mengikut ajaran Quran dan dua rakaat terakhir pula yang bisu merupakan satu tambahan." Jelasku.  "Sebentar tadi kita dah bincang ayat 11:114 bahawa hanya ada tiga solat dalam satu hari, manakala orang kita juga melakukan tiga solat yang bersuara iaitu dua rakaat solat Fajr, dua rakaat solat Wusta dan dua rakaat solat Isyak, bolehkah kita kata, ini juga secara kebetulan?"
"Habis apa sebab pompuan diam masa solat?" Sampuk si Wak Seman.
"Dalam sembahyang ia dikatakan aurat, tapi dalam mesyuarat suara mereka lantang tak apa, itu bukan aurat?" Aku terpaksa menyindir.
"Nabi Muhammad hanya mengikut perintah itu. 16:123. Kemudian Kami mewahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang menyekutukan."
"Jadi, kami salah lagilah, hang sajalah yang betul?!" Ustaz Harun cuba mendapat kepastian dengan nada yang agak tinggi.  
"Allah dan KitabNya sahaja yang betul!" Aku cuba memulangkan paku buah keras.
"Habis tu, masa Isra apa yang berlaku?" Tanya Lebai Ngah bersunguh-sungguh.
"Memperlihatkan sebahagian daripada ayat-ayat Tuhan!" Jawabku ringkas, lalu kubacakan ayat-ayat tersebut…. “17:1. Dia disanjung, yang memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram (Masjid Suci) ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.”
"Brahim, kalau macam tu, macam mana hang solat?" Tanya sang Ustaz, sinis.
"Pertama, Allah terangkan burung pun tahu masa solat mereka, malulah kalau manusia tidak tahu waktu solat mereka, sehingga terpaksa melaungkan azan. 24:41. "Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing, dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat.  Seperti yang kita bincangkan ambil empat anggota wudu, kemudian palinglah pada Masjil Haram seperti ayat 2:114 dan 2:149-250." Jelasku, menjawab soalan Ustaz Harun.
“Solat kamu tidak baca niat ke?” soal Ustaz Harun.
“Niat-niat ini tidak perlu Ustaz.  Segala amal ibadah kita seperti solat ini telah diakui oleh ALLAH sebagai ibadah untuk menyembah hanya kerana ALLAH semata-mata.  Lihat surah 51: 56. “Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk sembah Aku.”
Cukuplah dengan mendirikan solat pada waktu yang ditetapkan itu.  Tidak ada solat selain solat pada waktu yang ditetapkan itu.  Masing-masing sudah ada nama solat pada waktu yang ditetapkan.” Jawabku.
“Seterusnya cuba lihat ayat 4:142. "Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali sedikit.", dan jangan pula buat seperti ayat 5:58. "Dan jika kamu memanggil kepada solat, mereka mengambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu permainan; itu ialah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami." Tambahku lagi.
"Kalau kita lakukan juga maka 8:35. "Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan; maka kamu rasalah azab kerana ketidakpercayaan kamu!", 107:4 hingga 5. "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyembah, Orang-orang yang, pada solat mereka, mereka lalai.". Kemudian harus juga diketahui waktu solat, 11:114. "Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat."
"Wey, Brahim, ikut ayat tu hanya ada tiga waktu, mana lagi dua!?" Cepat sahaja Lebai Ngah memintas.
"Itu yang saya faham hanya ada tiga waktu." Kataku lagi.
"Tapi yang aku tahu, satu dunia buat lima waktu!" Sampuk Pak Rashid.
"Kalau begitu, satu dunia betul, Quranlah yang silap!" Aku menyindir lagi. "Itu yang saya faham, nak ikut tak ikut itu perihal masing-masing. Inilah ujian Allah." Aku terpaksa bertegas.
"Shiah juga buat tiga waktu, awak ni puak Shiah ke?" Ustaz Harun menambah, kerut kening.
"Demi Allah saya bukan Shiah, Sunnah Wal Jama’ah dan entah apa berentah." Aku terpaksa bertegas.  "Ustaz, jangan pusing-pusing, balik kepada persoalan solat. Nah, sekarang ada tiga waktu yang jelas. Dua berada di tepi siang iaitu solat Fajar di tepi siang pertama dan solat Wusta berada ditepi siang kedua,. Nama yang di tengah tu seperti Allah berfirman pada ayat 2:238. "Peliharalah salawat(segala solat) dan solat di tengah (Solat Wusta), dan berdirilah kamu patuh kepada Allah."  Juga terletak ditengah antara dua solat, solat Fajar dan Solat Isyak dan Solat Isyak pula dilakukan pada awal malam atau waktu maghrib bagi Ustaz.”
“Solat Isyak kamu waktu orang berpuasa berbuka, Brahim?!” soal Ustaz Harun.
“Ya, betul.  Kerana waktu awal malam adalah saat matahari gelincir untuk terbenam. Ia dikira sudah memasuk zon malam.  Pada saat inilah puak Sunni berbuka puasa.  Kebetulan atau tidak memang ia adalah zon malam menurut pengiraan pembahagian masa siang dan malam menurut Qur’an.  Sama halnya Solat Fajar yang berakhir tatkala matahari terbit sepenuhnya, waktu siang bermula.  Maka, apabila matahari terbenam. Saat itulah malam bermula dengan awal malam di mana saya solat solat Isyak dan berbuka puasa sekiranya saya berpuasa pada bulan Ramadhan.”
“Jadi, kamu solat Fajar, bermula terbit Fajar hingga sebelum matahari terbit, juga tepi siang pertama. Solat Wusta di tepi siang kedua, sebelum matahari terbenam dan solat Isyak setelah matahari terbenam yang juga di awal malam?”  Ustaz Harun bersuara, mengulas peneranganku sebentar tadi.
Aku mengangguk. “Tepat, Ustaz!”  
"Cara kamu solat tak serupa dengan kami!" Ustaz Harun berkata lagi, menggeleng-geleng kepala.
"Memang tak serupa pun Ustaz…" Kataku, lembut dan sinis.
"Quran itu lengkap, tolong pastikan juga 4:43 "Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Pengampun." Kataku.
"Sila perhatikan ayat 17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Ar-Rahman; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu."
Aku mula berhujah. "Kepunyaan Allah nama-nama yang paling baik, maka berserulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkanlah orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas apa yang mereka buat." (Q 7:180)
"Supaya manusia tidak tersilap dan tidak tertipu, Allah telah mengajar di dalam kitabNya bagaimana Dia harus diseru, iaitu ‘Allah’ atau ‘Ar-Rahman’ (Q 17:110). Malangnya meraka tidak suka dengan perintah ini dan telah menggantikannya dengan seruan baru iaitu "Allahu Akbar", walaupun ‘AKBAR’ tidak disebut oleh Allah swt sebagai di antara "asma’ul husnaNya" di dalam Al Quran. Malah di dalam sembilan puluh sembilan nama-nama Allah (asma’ul husna) yang para ulamak senaraikan pun tidak juga terdapat nama "AKBAR" ini." Kataku lagi.
"Ingatlah ayat 2:75 "Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui?"
"Nah, siapa yang mabuk sekarang?" Aku bertanya.  "Justeru, hasil daripada ajaran kitab-kitab yang dipercayai sahih tadi maka terciptalah berbagai-bagai variasi solat seperti yang dilakukan oleh pengikut-pengikut imam dan mazhab masing-masing. Sebagai bukti ada yang meluruskan tangan ke bawah, ada yang meletaknya ke atas pusat, ada pula yang meletaknya ke atas dada, ada yang memakai ketayap, ada yang memakai serban dan ada yang tidak menutup kepala sama sekali, ada jamaah yang membaca doa qunut ada yang tidak, ada yang membaca ‘iftitah’ ala Syafii, ala Hanafi, ala Shiah, tapi ‘iftitah’ saya ialah membaca sambungan daripada ayat atas 17:111. "Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah yang tidak mengambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri. Dan agungkanlah Dia sebesar-besarnya.”
"Orang baca ada yang kuat ada, ada yang terpaksa pakai mikrophon dan ada yang terkumat-kamit macam bomoh yang sedang jampi, tapi saya disuruh untuk mencari cari jalan di tengah seperti ayat 17:110."
"Sebelum tu mintalah pelindungan Allah dari syaitan yang direjam seperti ayat 16:98, 23:97 dan 23:98.  Biasalah berdiri dengan khusyuk, “... berdirilah karena Allah (dalam solatmu) dengan khusyu`.” 2 : 238  dan, ada tunduk atau rukuk dan sujud seperti dalam ayat ini  “Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta Sujudlah dan beribadatlah kepada Tuhan kamu, serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” 22 : 77.
Dan, saya tidak ingat selain ALLAH dan tidak menyeru nama lain, selain Allah…

“Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat untuk MENGINGATI Aku.” 20 : 14

"Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah SERU, berserta Allah, sesiapa pun.” 72 : 18

"Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik. Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu,…” 17:110.

Bab rakaat-rakaat seperti yang dinyatakan dalam surah 4 : 102, dua kali berdiri, dua kali rukuk dan dua kali sujud.   Lepas sujud, cara laku solat tamat di situ.  Tahiyat-tahiyat, saya tak mainlah.  Arahan Tuhan amat jelas bagi saya bagi saya. Solat itu adalah satu bentuk perhubungan terus saya dengan Tuhan saya. Lagipun dalam pengkajian saya solat, puasa atau pun haji ini hanya diperintahkan hanya pada orang-orang yang telah beriman sahaja." Kataku lagi.
"Ayat 72:18 "Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun", cuba lihat betul-betul, jangan seru sesiapa pun beserta Allah di dalam masjid-masjidNya (solat) kerana solat adalah untuk Dia semata-mata. Nah, lagi satu bukti di dalam ‘bacaan Tahiyat’ mereka berkata begini: "Assalamu alaika aiyuhan nabi…" yang bermaksud "Sejahtera ke atas kamu wahai nabi…". Amat jelas di sini pada masa mereka sedang berkata-kata atau berkomunikasi dengan Allah, mereka mengambil kesempatan ini untuk berkomunikasi dan menyeru pula kepada nabi di dalam solat mereka. Ini melanggar titah perintah Allah di dalam ayat 72:18 tadi. Dengan lain erti kata mereka telah menjadikan kedudukan Muhammad sebagai rakan kongsi Allah dan mereka amat gembira dengan perbuatan itu." Kataku.
"Sila rujuk ayat 39:45 "Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka bergembira."
Kemudian kuteruskan bacaan ayat 12:106 "Dan kebanyakan mereka tidak mempercayai Allah, melainkan mereka menyekutukan-Nya."
"Kami tak buat macam tu, hang salah paham Brahim. Kami tidak menyeru Nabi di dalam solat kami tetapi apa salahnya kami mendoakan kesejahteraan ke atasnya?"
"Oh, kena doa pada Nabi, kalau macam tu, Nabi sendiri tak tahu di mana dia sendiri akan berada, Syurga atau Neraka. Kalau banyak orang berdoa, maka barulah dia dapat masuk Syurga.  Inilah hujah puak Kristian, yang Nabi Muhammad sendiri tak tahu tempatnya di akhirat kelak,  supaya selamat puak Kristian kata ikut saja Jesus, anak Tuhan.  Sejahtera ke atas kamu ‘Wahai’ Nabi, cuba fikirkan pengertian perkataan ‘Wahai’ ini. Adakah ia berupa doa kepada Tuhan atau seruan kepada nabi?" Aku melontar pertanyaan.
"Dalam solat mereka, mereka kerap selawat pada Nabi, hujah ini diciplak dari ayat 33:56 "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya ‘yusallu’ ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman ‘sallu’lah kamu kepadanya…". Mengikut sesetengah ulamak ia bermaksud ‘selawat’ (bahasa Arab). Ada yang kata ‘berdoa’ (asal dari bahasa Arab) dan ada pula yang kata ‘rahmat’ (juga bahasa Arab)." Kataku lagi.  "Di dalam Qur’an, setiap kali perkataan ‘Nabi’ dirujukkan kepada Muhammad, kita akan dapati Allah mengarahkan perkataan itu semasa Nabi masih hidup saja (tidak pernah selepas beliau wafat). Ini sangat jelas dan ketara. Oleh yang demikian, soalan pertama yang perlu dijawab ialah apakah rasionalnya Allah berselawat ke atas nabi yang hidup dan menyuruh kita berbuat demikian ke atas nabi yang sudah mati?  Lagipun, dalam teks Qur’annya, tidak menyebut nama Muhammad.  Tetapi merujuk kepada nama jawatan ‘Nabi’  itu.  Ini juga bermaksud umum.  Maknanya semua nabi adalah terlibat dalam perintah ALLAH ini.  Nabi bukan Muhammad seorang sahaja."
"Yang kedua di manakah dalilnya perintah yang menyuruh orang-orang yang beriman berbuat demikian di dalam solat dan juga dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bila memakan ubat, berjabat tangan, bercampur dengan isteri dan lain-lain lagi?"
"Ketiga, bagaimanakah pula cara yang betul atau terbaik untuk kita selawat ke atas Nabi, kerana dalam kitab karangan ulamak ada berpuluh macam versi?”
"Yang terakhir, kalaulah benar hadis dikatakan menjelaskan ayat-ayat Qur’an maka tunjuklah hadis yang menjelaskan cara selawat dilakukan?" Aku lontar cabaran.  “Walau bagaimanapun selawat yang dibaca ialah "Allahumma salliala saidina Muhammad" yang bermaksud "(Wahai) Tuhan kami, selawatlah ke atas saidina Muhammad".  Rasanya macam kurang ajar punya umat. Allah suruh mereka ‘sallu’ ke atas nabi tapi mereka suruh Dia juga selawat ke atasnya.  Sekali lagi, adakah Nabi sendiri berselawat ke atas dirinya sendiri di dalam solat baginda?"
"Memang mereka tidak sedar bahawa di dalam solat mereka hanyalah membebel; bercakap-cakap dengan Tuhan, dengan Nabi dan mereka bercakap dengan diri mereka sendiri. Maka apakah begini solat yang dilakukan oleh Rasulullah?"
"Kamu yang gila atau kami yang gila.” Mulut Pak Rashid terkumat-kamit.
"Gila bukan persoalnya Pak Rashid, soalnya ialah Allah kata jangan kamu solat kalau tak tahu apa yang kamu ucapkan. Macam orang mabuk, cuba Pak Rashid sendiri jadi hakim adakah sesuai semua ayat Quran di baca masa solat?" Tanyaku pada Pak Rashid.
"Kalau kamu tak baca ayat Qur’an, kamu nak baca apa Brahim, Kitab Hindu?" Tanya Pak Rashid.
"Berani Pak Rashid baca ayat-ayat begini dalam solat, seperti ayat-ayat ini?...

15:49/50. Beritahu hamba-hamba-Ku bahawa Akulah Yang Pengampun, Yang Pengasih. Dan bahawa azab-Ku adalah azab yang pedih.

20:14. "Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku."

21:92. "Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka sembahlah Aku."

23:52. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka takutilah Aku."

29:56. Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, sesungguhnya bumi-Ku luas; maka Aku hendaklah kamu sembah!

38:78. Ke atas kamu laknat-Ku hingga Hari Agama (Pengadilan)."

Cukup dengan enam ayat diatas, tepuk dada tanya selera, siapa yang sembah siapa. Nampak gaya Tuhan kena sembah Pak Rashid. Begitulah terjadi setiap kali Ramadan menjelang, akan terbacalah ayat ini kerana imam akan khatam satu Qur’an dan makmum pula hanya tahu meng"amin"kan" sahaja, angguk setuju macam itik nila pulang petang.  Lagi satu Pak Rashid, tak payahlah menceritakan kisah Abu Lahab kepada Tuhan, tak payah menceritakan kisah orang-orang Quraisy kepada Tuhan, tak payah menceritakan kisah Tentera Bergajah kepada Tuhan, tak payah menceritakan tentang hari kiamat kepada Tuhan." Kataku lagi.
"Apa salahnya kalau kita baca surah yang memuji kebesaran Allah? Pula tu, seronok sangat menjemput imam import, dari Yala dan negara Arab, upahnya mahal, mungkin kerana suaranya sedap, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dibacanya." Kataku, menyindir.
Aku menghirup saki baki kopi yang sejuk. Semua mata tertumpu pada ku. 
"Habis kamu tak azan, qomat, macam kat Masjid?" Tanya sang Ustaz lagi.
"Azan dan Qomat ini bukanlah ajaran dalam Qur’an.  Maaf cakap, macam burung-burung tekukur dalam pertandingan.  Masjid telah dijadikan medan rasmi untuk menyeru sekutu-sekutu Allah. Masjid telah dijadikan tempat untuk menghentam dan mengkafirkan orang lain. Cuba tengok ayat ini pula 9:107. "Dan orang-orang yang mengambil masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan orang-orang mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi Allah dan rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak menghendaki sesuatu melainkan kebaikan"; dan Allah mempersaksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta." Jawabku.
"Ayat di atas "memecahkan orang-orang mukmin", samalah macam masjid kita, orang yang bukan dari team politik Lebai, akan dihentam habis-habisan dan fatwa demi fatwa akan dikeluarkan dari atas mimbar masjid. Seolah-olah ia adalah arahan agama, sebagai contoh kenduri si Salim, habis ayam dan nasi minyak terpaksa dibuang kedalam sungai kerana fatwa mengkafirkan Salim atas alasan yang dia bersongkol dengan puak kerajaan, lepas tu tok imam pula berkata "Ini kerana mengikut mutiara hadis, orang Islam dikira murtad bila bersengkol dengan puak kafir".
"Cuba tengok ayat tersebut lagi "Kami tidak menghendaki sesuatu melainkan kebaikan", sama tak macam Tok Imam kita tu, nak nasihat konon atas dasar kebaikan, tetapi apa pula yang Allah berfirman? ‘Mereka adalah pendusta-pendusta’.” Aku terpaksa bertegas.
"Patutlah tak nampak muka kamu kat masjid, sejak kamu kembali dari Jordan." Pak Rashid bersuara lagi.
"Betullah tu Pak Rashid, sambungan ayat itu 9:108. "Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang ingin membersihkan diri mereka; dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.”. 
“Walaupun itu arahan Tuhan khususnya pada Nabi Muhammad, biarlah saya sujud di mana sahaja, ayat 9:17. Tidaklah patut bagi orang-orang yang menyekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri, akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya." Kataku lagi.  "Bagi saya bumi Allah luas, tempat sujud tidak dikhususkan hanya pada masjid, pada ayat 2:115. Kepunyaan Allah Timur dan Barat; ke mana sahaja kamu berpaling di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui".
Aku cuba mengakhiri perbualan. "Oleh itu, tolong jangan usir saya bila solat saya tak sama dengan Ustaz dan sekian yang ada kerana pada ayat 6:52. "Dan janganlah mengusir orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, kerana menghendaki wajah-Nya. Tidak ada sama sekali perhitungan mereka kepada kamu, dan tidak ada sama sekali perhitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu patut mengusir mereka, dan menjadi antara orang-orang yang zalim." Kataku lagi.
“Dalam ayat 5:58 "Dan jika kamu memanggil kepada solat, mereka mengambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu permainan; itu ialah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami".”
"Nanti dulu, habis… apa aku nak buat sekarang?" Wak Seman yang sekian lama diam mula bersuara.
"Baca dulu Qur’an, perintah solat, puasa dan sebagainya bermula dengan "Wahai orang-orang beriman…, jadi dulu orang yang percaya pada Tuhan, baru mula beramal. Cuba lihat ayat-ayat ini "Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk." (43:36,37) 
"Katakanlah, "Bolehkah kami memberitahu kamu siapakah yang menjadi yang paling rugi dalam amalan mereka?" (18:103)
"Orang-orang yang usahanya menjadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat perbuatan baik." (18:104)
"Mereka itulah orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan denganNya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak menegakkan bagi mereka sebarang penimbangan." (18:105)
"Allah amat benci kepada orang-orang yang bodoh (10:100), akhir sekali, berhentilah daripada membangkitkan soalan bagaimana hendak solat dengan berpandukan Quran sahaja."

Kataku sambil menghirup saki baki kopi yang telah lama sejuk.

SOLAT PADA HARI JUMAAT / JUMUAHT/ BERKUMPUL

“Jadi, kamu tak solat Jumaat la ni?” tanya Ustaz Harun, pula.
“Ustaz, Solat Jumaat yang diamalkan oleh golongan Sunni seperti Ustaz dan yang lain-lain adalah tidak termaktub dalam Qur’an. Lihat ayat ini, ramai ulama yang salah faham dengan ayat ini setelah menyekutukan Qur’an dengan Hadis-hadis rekaan manusia.  Dalam Surah Al Jumuaht 62:9. “Wahai orang-orang yang percaya, apabila dipanggil untuk solat pada hari berkumpul (min yawmiljumuaht), bersegeralah kepada mengingat Allah, dan tinggalkanlah jual beli; itu lebih baik bagi kamu jika kamu tahu".
“Nah, bukankah ayat itu meyebut Solat pada hari Jumaat?” kata Wak Seman pula. “Macama mana pula kamu kata takde solat Jumaat?”
“Kalau begitu, Wak.  Ayat ini akan bertentangan dengan  ayat tiga waktu solat.  Sebentar tadi kita dah bincang ayat 11:114 bahawa hanya ada tiga solat dalam satu hari. 11:114. "Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat."  Dari ayat itu sahaja, jelas menunjukkan waktu solat pada waktu dua tepi siang.  Tepi siang pertama ialah waktu Fajar di mana kita solat Fajar dan waktu tepi   siang kedua adalah waktu sebelum matahari terbenam iaitu di waktu petang atau disebut waktu Asar.  Itu pun waktunya sebelum matahari terbenam di mana kita akan solat Wusta, solat pertengahan antara dua solat iaitu solat Fajar dan solat Isyak.  Manakala, solat pada waktu awal malam ialah Solat isyak.  Jadi, memang tidak wujud solat di tengahari atau solat Zohor apatah lagi waktu tersebut digunakan untuk solat Jumaat pada hari Jumaat.  Nama solat Zohor, solat Asar, maghrib dan Subuh tidak disebut langsung dalam Qur’an.  Jadi waktu solat pada hari atau waktu berkumpul itu tidak ditentukan pada waktu tengahari atau zohor.  
Wak.  Jumuaht bermaksud berkumpul.  Ia tidak merujuk pada kiraan atau nama hari dalam Bahasa Arab.  Lihat sendiri, Hari Ahad bermaksud hari satu, membawa maksud hari pertama. Isnin atau Isnaini, hari kedua. Selasa  atau Thalasa, hari ketiga.  Rabu atau Arba’a,  hari keempat. Khamis, hari keempat.  Sittah atau hari keenam, dan Sab’ah atau Sabtu, hari ke tujuh.   Di zaman nabi dulu ada bazaar atau pasar yang berlangsung selalunya beberapa hari dalam sebulan.  Dalam ayat itu menjelaskan suasana pasar tersebut.  Semua orang arab yang berniaga berada di situ selama tempoh itu.  Jadi Nabi mengajak solat berkumpul pada waktu tersebut.  Waktu-waktu berkumpul atau solat Berjumuaht itu terletak pada ketiga-tiga waktu solat dalam surah 11 : 114.  Iaitu solat Fajar, Solat Wusta dan Solat Isyak.  Ia bukanlah merujuk kepada hari Jumaat seperti yang orang-orang hari ini fahami.  Kita pun tidak tahu siapa yang menukarkan hari Sittah itu menjadi hari Jumaat pada hari ini.  Hadis-hadis rekaan manusia telah memanipulasikan ayat ini dengan mengadakan Solat Jumaat yang tidak pernah disebut oleh Allah dalam Qur’an.”
“Tetapi dalam hadis ada menyebut tentang solat Jumaat ini.  Di buat oleh Nabi dan para sahabat malah jutaan umat Islam hari ini juga solat Jumaat pada hari Jumaat.” Ujar Ustaz Harun, tidak puas hati.
“Ada dua hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.  Menariknya, dalam hadis yang pertama, bahawa Jumaat adalah hari perayaan, bukannya solat, telah dimulakan oleh seorang Yahudi! Manakala yang kedua, memberitahu kita bahawa Jumaat (sekali lagi solat tak disebut tetapi hanya sambutan) telah dicipta hanya untuk membuktikan bahawa umat Islam adalah yang utama.  Lihat hadis-hadis rekaan ini.
Hadith 1.43 diceritakan oleh Umar bin al-Khattab dalam kitab Sahih al-Bukhari.  “Sebaik sahaja seorang Yahudi berkata kepada saya, "Wahai ketua-orang yang beriman! Terdapat satu ayat dalam kitab suci anda yang dibaca oleh anda semua (umat Islam), dan telah ia telah diturunkan kepada kami, kami akan mengambil hari itu (Pada yang ia diturunkan) sebagai hari perayaan. " Umar ibn al-Khattab bertanya "Apa ayat itu?"  Orang Yahudi itu menjawab, "Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan telah memilih untuk anda, Islam sebagai agama kamu." (5: 3)
 Umar menjawab, "Tidak syak lagi, kita tahu bila dan di mana ayat ini telah diturunkan kepada Nabi (saw) itu ialah hari Jumaat dan Rasulullah sedang berdiri di Arafah (iaitu hari Haji).”
Hadith kedua bernombor 2.1.  Daripada Abu Hurairah dalam kitab Sahih al-Bukhari. “Bahawa Rasulullah berkata: "Kita (umat Islam) adalah yang terakhir (datang) tetapi (akan) yang pertama pada hari kiamat walaupun umat-umat yang telah diberi kitab-kitab suci di hadapan kita.  Dan ini adalah hari mereka (Jumaat) sambutan yang diwajibkan kepada mereka tetapi mereka berselisih mengenainya. Oleh itu, Allah memberikan kita petunjuk untuk itu (Jumaat) dan semua orang yang berada di belakang kami dalam hal ini: orang-orang Yahudi '(hari kudus) esok (iaitu Sabtu) dan Kristian (adalah) hari selepas esok (iaitu Ahad) .
Ustaz, sudah jelas hadis-hadis itu bertentangan dengan Qur’an.  Tambahan pula, kalau ustaz rujuk pada hadis Israk Mihraj ustaz tu.  kita dapati solat lima waktu yang diperintahkan itu tidak menyebut nama solat Jumaat ataupun waktu solat Jumaat yang boleh diselitkan masa solat ke dalam salah satu dari lima waktu solat mengikut hadis rekaan manusia.  Hadis Jibril mengimami solat yang menyusul selepas itu juga tidak menyebut nama solat Jumaat.  Apakah Tuhan dan Jibril terlupa? Di sinilah ustaz Nampak kejahilan periwayat-periwayat hadis lahwa.   Bukan sahaja kontradik dengan Qur’an malah saling kontradik antara satu dengan yang lain.” Jelasku lagi.
Pak Rashid dan Wak Seman mengangguk, faham.
Ustaz Harun pula berwajah tidak puas hati tetapi kelihatan akur dengan hujahku. “Memang kamu tidak solat Jumaat la ni?!”
“Saya tidak akan melakukan sesuatu yang bukan perintah Allah, Ustaz.” Kataku lagi.
“Jadi bagaimana dengan Solat hari Raya Puasa, Raya haji dan solat-solat sunat yang lain?”  tanya Pak Rashid pula.

”Tidak ada ayat di dalam al-Qur'an yang menyebut mengenai Solat Hari Raya Puasa atau Haji, dan solat-solat sunat anjuran hadis, apatah lagi menyuruh mengamalkannya.  Renungkan ayat ini,  "Allah amat benci kepada orang-orang yang bodoh (10:100), akhir sekali, berhentilah daripada membangkitkan soalan bagaimana hendak solat dengan berpandukan Quran sahaja."
Kataku sambil menghirup saki baki kopi yang telah lama sejuk.


BAB 7 ; SYAHADAH

"La Ila Ha Ill Lallah, Muhammadan Rasullulah."  Lebai Ngah mengucap panjang. "Apa ni,  semua yang kami buat semua tak kena buat kamu?!”
"Apa nak buat Lebai, ini bukan pendapat saya. Saya dengar shahadah Lebai Ngah pun semacam sahaja." Kataku selamba.
"Adakah hang nak kata shahadah aku pula tak betul ?" Tanya si Lebai Ngah.
"Nak jawab cara Sunni atau cara Syiah? Kerana kedua-dua puak ini ada puluhan punya versi." Aku cuba meminta kepastian.
"Syahadah suku kaum Ahlul Sunnah wal Jamaah diasaskan oleh Abu Hurairah. Syahadah suku kaum Ahlul Sunnah ini mula sekali diceritakan di dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah. (Sila rujuk Mishkat ul Masabih, Jilid 1, Bab 1, hadis no. 27, Terjemahan oleh Maulana Fazlul Karim. Penerbit: The Book House, Lahore, Pakistan),  ada hadis Tirmizi untuk huraian yang pasti berbeza beza tentang cerita syahadah ini.
Hadis mengenai syahadah berbunyi demikian: Pada satu hari Abu Hurairah telah pergi ke depan khalayak ramai dan mengatakan bahwa Rasulullah telah menyuruhnya menyampaikan sesuatu yang baru iaitu syahadah, berbunyi seperti berikut: 'Asy hadu anlaa ilaha ilallahu wa asy hadu anna muhammadar rasulullah, ada hadis lain pula kata syahadah ialah 'wa asy hadu anna muhammadan abduhu wa rasuluhu' dan ada juga hadis yang lain lagi dalam sahih Bukhari yang berkata 'lailaha ilallah muhammadar rasululah'. Hadis lain pula dalam sahih Muslim kata 'lailaha ilallah' sahaja. Ada lagi hadis sahih Muslim kata 'aslamtu wajhiya lillah'. Dan banyak lagi versi yang ditemui dalam pelbagai hadis riwayat manusia.
Apabila Saidina Umar Al-Khattab mendengar syahadah Abu Hurairah, Umar terus menumbuk Abu Hurairah dan menjatuhkannya. Kemudian Umar memijak leher Abu Hurairah dan mencabar apakah niat Abu Hurairah dengan syahadah demikian?
Ini bukannya kali pertama Abu Hurairah dipukul oleh Saidina Umar.  Hadis-hadis yang lain menceritakan bahawa Saidina Umar pernah memukul Abu Hurairah atas tuduhan Abu Hurairah mencuri duit!
Walaubagaimanapun, Abu Hurairah menjerit dalam kesakitan dan menghulurkan sepasang kasut kulit ke arah Umar. 'Kasut ini kepunyaan Rasulullah' kata Abu Hurairah dan diberi kepadanya oleh Rasulullah sebagai cap mohor untuk mengesahkan Abu Hurairah ditugaskan untuk menyampaikan syahadah.

Setelah melihat kasut kepunyaan Rasulullah, Umar pun mulai reda dari marahnya dan orang ramai di sekitarnya pun bergembira dan terus menerima syahadah Abu Hurairah itu.  Cerita atau hadis yang karut marut belaka ini adalah asas kepada syahadah suku kaum Ahlul Sunnah sehingga hari ini.  Inilah asal-usul syahadah selipar kulit." Kata ku lagi.
"Saja nak tanya, Nabi ada berapa pasang kasut?  Mestilah banyak, kerana setiap kali Abu Hurairah (Abu=Bapa, Hurairah=Kucing) keluar, dia akan membawa sepasang kasut Rasullulah.  Ikut logik, adakah para sahabat Nabi akan percaya, dengan hanya tengok pada kasut?" Tambahku lagi.
Pak Rashid tersengih. Ustaz Harun pula buat-buat tak dengar.
"Kita sambung lagi, dalam satu adegan yang lain (juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah) ianya dilaporkan bahawa setelah memukul Abu Hurairah, Saidina Umar mencabar Nabi jika benar Rasulullah menghantar Abu Hurairah dengan kasutnya sebagai mohor untuk menyampaikan syahadah, dan apabila Rasulullah mengakuinya, Saidina Umar telah membantah Nabi pula dan mengatakan bahawa syahadah yang sedemikian akan mengakibatkan orang Islam menjadi pemalas!" Aku menambah lagi.  "Cuba bayangkan Saidina Umar sanggup melawan cakap Nabi, pula tu dia sanggup kondem Nabi, adakah Saidina Omar terlupa, bahawa Muhammad itu seorang Nabi?"
"Cuba Lebai ambil Qur’an tu dan buka, baca ayat 9:101. "Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar."
"Lebai, ayat ini menjelaskan ada orang Arab munafik di sekeliling Nabi Muhammad, dan sebahagian dari penduduk kota tu dah jadi berani dalam kemunafikan, tetapi Nabi sendiri kenal mereka dan mereka akan kena azab dua kali." Kataku.
47:30. "Sekiranya Kami mengkehendaki, tentu Kami memperlihatkan mereka kepada kamu, kemudian kamu akan mengenali mereka dengan tanda mereka; dan sungguh, kamu akan kenal mereka pada ucapan mereka yang memutarbelitkan; dan Allah mengetahui amalan-amalan  kamu."
"Lebai, sekiranya Allah mengkehendaki, tentu Allah akan memperlihatkan puak-puak munafik kepada Nabi barulah dapat cam mereka, seperti tanda-tanda khusus, di antaranya ialah pada ucapan mereka yang memutarbelitkan." Jelas ku lagi.  "Lebai, tahukah Lebai apa tanda ucapan yang memutarbelitkan itu?"
Aku pura-pura bertanya dan bila Lebai Ngah menggeleng-gelengkan kepalanya, aku menggambil kesempatan untuk meneruskan hujah. “Lihat ayat 63:1. "Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, "Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar rasul Allah." Dan Allah mengetahui bahawa kamu adalah benar-benar rasul-Nya, dan Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta."
Masing-masing diam menunggu kata-kata ku seterusnya.  Melihat suasana yang yang kutunggu-tunggu itu aku meneruskan hujah.
"Tanda ucapan mereka ialah "Muhammad rasul Allah". Aku menjawab soalan ku sendiri. 
Semua mata terbeliak memandangku.
Aku diam seketika. Biarkan mereka menghadam baik-baik apa yang aku katakan itu. Kemudian aku menambah lagi satu ayat.  "Allah telah berfirman bahawa orang munafik ini pada segi luaran sahaja nampak hebat, tapi bila buka mulut sahaja, tembelang pun pecah, seperti ayat 63:4. "Apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; tetapi apabila mereka berkata,  kamu mendengar ucapan mereka dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka menyangka bahawa tiap-tiap teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan!"
"Kagum tak kalau tengok tubuh meraka berbalut jubah putih, hitam atau hijau, pula tu pakai pula bolero, serban pula ada yang tinggi sampai sekaki, kayu sugi pula sentiasa dalam kocek, janggut pula bersambung dengan misai dan bau minyak atar menusuk hidung. Tasbih pula sentiasa dibilang macam sami Budda dalam gambar kung-fu.  Kalau begitulah pakaian Nabi, rasanya Nabi berasal darimana? China, India atau Pakistan?" Aku cuba bertanya.
"Budak ni, aku sekeh kang, percuma saja.  Kalau macam tu Syahadah kami juga salahlah?" Ustaz Harun menumbuk meja, wajahnya Nampak tegang.
 "Sabar, Ustaz, sabar!" Pak Rashid dan Lebai Ngah cuba menenagkan Ustaz Harun.
Aku lempar senyuman ikhlas padanya.  "Sabarlah Ustaz. Jangan marahkan saya. Ustaz sebenarnya bukan tak puas hati dengan saya. Ustaz tak puas hati dengan Allah. Lihat ayat ini  22:72 "Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, kamu mengenali pada muka orang-orang yang tidak percaya akan penolakan; hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan mereka ayat-ayat Kami.  Katakanlah, "Bolehkah aku memberitahu kamu sesuatu yang lebih buruk daripada yang itu? Api - Allah menjanjikannya kepada orang-orang yang tidak percaya - satu kepulangan yang buruk!"  
Ustaz Harun terdiam. Semua bola mata masih terbeliak.
"Teruskan hujah kamu". Kata Pak Rashid.
"Sebenarnya Ustaz, kesemua para Nabi hanya membawa satu wadah yang sangat jelas, iaitu manusia hanya ada satu Tuhan sahaja, iaitu "Tiada Tuhan Melainkan Allah" seperti (2:163) (2:255) (3:2) (3:6) (3:18) (3:62) (4:87) (6:102) (6:106) (7:158) (9:31) (9:129) (10:90) (11:14) (13:30) (16:2) (20:8) (20:14) (21:25) (21:87) (23:23) (23:116) (27:26) (28:70) (28:88) (35:3) (37:35) (38:65) (39:6) (40:3) (40:62) (40:65) (44:8) (47:19) (59:22/23) (64:13) (73:9).  Ustaz kajilah ayat-ayat yang saya beri rujukan itu dalam Qur’an."
"Ustaz, dalam ayat 16:123. Kemudian Kami mewahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang menyekutukan." Dan dalam 2:130. "Maka siapakah yang mengundurkan diri daripada anutan Ibrahim kecuali dia yang memperbodohkan dirinya sendiri? Sesungguhnya Kami telah memilihnya di dunia ini, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang yang salih (baik)." Aku cuba berhujah, menenangkan semula emosi yang Ustaz Harun yang tiba-tiba menggelupur.  "Nabi Muhammad sendiri diperintahkan ikut anutan Nabi Ibrahim, dan Allah telah berfirman, sesiapa yang tidak mahu mengikut anutan Nabi Ibrahim adalah orang yang memperbodohkan diri mereka sendiri, cuba Ustaz lihat, 2:131. "Apabila Pemeliharanya berkata kepadanya, "Tunduk patuhlah", dia berkata, "Aku menundukkan diriku kepada Pemelihara semua alam."
"Belum tepatkah lagi Syahadah macam ini, dan dalam dua ayat berturutan Allah telah berfirman yang kita semua telah pun bershahadah 7:172. "Dan apabila Pemelihara kamu mengambil daripada Bani Adam, daripada punggung mereka, keturunan mereka, dan menjadikan mereka saksi-saksi ke atas jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Ia, kami menyaksikan"; supaya kamu tidak mengatakan pada Hari Kiamat, "Bagi kami, kami lalai mengenai yang ini."
7:173. Atau, supaya kamu tidak mengatakan, "Bapa-bapa kami adalah orang-orang yang mempersekutukan dari dahulu, dan kami keturunan sesudah mereka. Apa,  adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana perbuatan orang-orang yang mengikuti yang palsu?"
"Siapa yang berani berbohong, kalau nak masuk Islam kena bersyahadah?" soalku lagi.
"Nabi suruh kata!" Ustaz Harun macam kehilangan modal.
"Apa yang Nabi berkata hanyalah ayat-ayat Quran yang sangat jelas. Itulah ayat-ayat Allah yang dituturkan melalui lidah Nabi Muhammad sendiri. Lain pada itu, hanyalah perkataan "saya dengar dari dia. Dia dengar dari ayahnya, dari datuknya, dari moyangnya. Moyangnya pula dengar sahabat moyangnya, dan dia dengar pula dari Rasullulah berkata bla, bla, bla …." Kataku lagi.
"Ustaz faham apa yang saya kata?" Tanyaku, merenung mata Ustaz Harun di bawah sinar lampu kalimantang yang masih setia menjadi saksi perbincangan kami pada malam yang semakin dingin itu.  "Entah Rasullulah kata entahkan tidak, atau mereka mengintip perilaku Rasullulah dan mereka catit dalam kitab mereka, sebab itulah ia ada banyak versi, semuanya tidak selari. Cuba baca kitab hadis. Syahadah ada macam-macam versi. Kitab Shiah lagi berani, nama Ali pun diturut-sertakan sekali." Kataku semakin berani.
Melihat mereka mendiamkan diri, aku ambil kesempatan lagi. "Qur’an hanya satu versi, dibaca oleh Nabi Muhammad dengan lidahnya sendiri, sesuatu yang pasti dan diberi gerenti oleh Allah, tapi manusia lebih gemar mencari pada sesuatu yang tak pasti."
"Nabi tidak berani mengatakan selain dari Quran!" Aku membuat penjelasan. "Kalau Nabi buat juga 11:35. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya." Katakanlah, "Jika aku mengada-adakannya,  maka atas akulah dosaku, dan aku berlepas diri daripada dosa-dosa yang kamu buat."
Ayat 13:37. "Begitulah Kami menurunkan sebagai satu kehukuman dalam bahasa Arab. Dan jika kamu mengikuti keinginan mereka, setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak ada wali (pelindung) terhadap Allah, dan tidak ada yang mempertahankan."
Ayat 46:8. "Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Katakanlah, "Jika aku mengada-adakannya,  kamu tidak ada kuasa untuk menolong aku terhadap Allah sedikit pun. Dia sangat mengetahui apa yang kamu melakukan padanya; cukuplah Dia sebagai saksi antara aku dan kamu;  Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih."
"Dan jika Nabi buat juga apa yang Allah tidak suruh maka 69:44 hingga 47.  Sekiranya dia mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan, Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan, Kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya, Dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia." Sekali lagi aku terpaksa mengulanginya.
Semua terpaku.  Malam bertambah pekat,  seteko lagi kopi hitam dihidangkan. Cengkerik sudah tidak lagi menyanyi riang. Hanya sekali-sekali memecah keheningan malam.
"Nampak gaya kamu macam menolak hadis!" Pak Rashid mula bersuara.
"Macam mana tiba-tiba soal hadis pula terkeluar?" Aku bertanya kehairanan.
"Sebilangan besar daripada para ulamak berkata bahawa menolak hadis tidak dianggap kafir kerana hadis bersifat Zanni iaitu pengumpulannya bersifat meragukan dan tidak muktamat dan bukan seperti Quran yang bersifat Qati'i iaitu pengumpulannya bersifat putus dan muktamad, tetapi, setengah daripada kalangan mereka pula berpendapat adalah kafir menolak hadis yang Mutawatir (banyak perawi) sahaja.  Pandangan ini boleh dipertikaikan kerana para ulamak sendiri tidak sepakat tentang mana hadis Mutawatir dan mana hadis tidak Mutawatir." Jelasku.
Pak Rashid kerut kening.
 "Ada juga ulamak yang terlalu alimlah konon, berkata walaupun menolak hadis Ahad (satu perawi) sudah dianggap kafir, seperti fatwa Imam Shafie, tetapi dia juga berkata hadis Ahad yang dimaksudkan tersebut ialah hadis Amaliah, (cara pelaksanaan ibadat) sebaliknya, jika menolak hadis Ilmiah (ghaib, ketuhanan, atau hari akhirat) tidak pula dianggap kafir." Kataku lagi.  "Si Imam Abu Hanifah pula berfatwa menolak hadis Ahad baik Amaliah atau Ilmiah tidak dianggap kafir seperti Imam Muhammad Abduh, Sheikh Mahmud Shalut,  Sheikh Mohammad al-Ghazali dan lain-lain. Nah, sekarang jelas si Abu Hanifah berselisih pendapat dengan si Shafie." Kataku lagi.
"Dalam menangani permasalahan ulamak silam ini, al-Azhar dalam fatwa dikeluarkan oleh Yang diPertua Jawatankuasa, Sheikh Abdullah al-Meshid pada 1 Feb 1990 berkata, apa yang dianggap wajib dan haram itu tidak dapat ditentukan kecuali melalui dalil yang meyakinkan dan bersifat putus dari segi penentuan dan penghujahan. Hal demikian tidak dapat dilaksanakan oleh sunnah kecuali kecuali yang dianggap Mutawatir, tetapi ia (Mutawatir) hampir tidak diketahui kerana tidak ada sepakatan ulamak megenainya. Menurut fatwa itu juga, siapa yang mengikari sunnah sebagai dapat menentukan hukum wajib dan haram secara berasingan adalah mengingkari apa yang ulamak berbeza pendapat mengenainya dan ia tidak terbilang daripada perkara yang sedia ada yang sedia maklum dalam ugama tidak dianggap kafir." Kataku lagi.
"Kamu bohong. Aku lulusan al-Azhar pun tak perasan fatwa ini!" Bantah sang Ustaz.
"Apalah gunanya kalau saya bohong.  Masalah dengan kita ialah kita malas membaca dan kurang membuat penyelidikan ilmiah, lepas itu turut pula tanpa usul periksa.  Fatwa panjang berjela itu ada di dalam kitab Sheikh Mohammad al-Ghazali iaitu Turathuna al-Fikri Fi Maizani asy-Syar'i wa al-Aqli, muka surat 176-179." Kataku lagi.
Semua yang ada kerling pada Ustaz.  Ustaz tertunduk diam.
"Jom, kita balik pada bab hadis yang kita bincangkan itu. Dalam Qur’an ini ada banyak perkataan hadis. Tolong Pak Rashid membaca ayat Arabnya berserta dengan terjemahannya sekali.  Ayat 4:87 "Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah yang lebih benar hadisnya daripada Allah?"
Ayat 7:185 "Tidakkah mereka merenungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat?  Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini, akan mempercayai?"
Ayat 12:111 "Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang  yang mempunyai minda; ia bukanlah hadis yang diada-adakan, tetapi satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai."
Ayat 31:6 "Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina."
Ayat 39:23 "Allah menurunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka menjadi lembut pada mengingati Allah.  Itulah petunjuk Allah, dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, maka tidak ada baginya yang memberi petunjuk."
Ayat 45:6 "Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?"
Ayat 68:44 "Maka tinggalkanlah Aku bersama orang yang mendustakan hadis ini! Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit dari arah yang mereka tidak mengetahui."
Ayat 77:50 "Maka dengan hadis apakah sesudah ini yang mereka akan mempercayai."
"Kalau saya ringkaskan, "Qur’an adalah hadis yang terbaik", kalau tak mahu juga beriman,  Allah bertanya lagi, dengan hadis apakah lagi, yang kita nak beriman?" Tegasku lagi.
Mereka diam, akur dengan hujah-hujahku.
"Kalau begitu orang yang yang beramal dengan Qur’an adalah orang yang percaya pada Hadis Allah dan orang-orang yang mempercayai hadis-hadis Ulamak pula, adalah orang yang Anti- Hadis Allah,  mahukah Pak Rashid bersetuju dengan kenyataan saya yang paling mudah ini?" Tanyaku pada Pak Rashid.
Sekali lagi tiada yang sanggup memberi jawapan sebarang jawapan.



BAB 8 : SYAFAAT

"Aku juga hairan Brahim, kalau ikut macam kamu buat ini bolehkan kamu mendapat syafaat Nabi diakhirat kelak?" Bertanya pula si Lebai Ngah.
"Lebai, dalam Quran tidak disebut pasal syafaat Nabi. Saya ingin bertanya kepada Lebai Ngah, Nabi manakah yang Lebai maksudkan itu?" Tanyaku.
Lebai Ngah menjeling pada Ustaz Harun, "Nabi Muhammadlah". Katanya pantas,  sepatah.
"Lebai, Allah telah berfirman, untuk orang-orang beriman supaya jangan membeza-bezakan Nabi. 2:136 2:285 3:84 4:152 tetapi ada golongan yang suka sangat membeza-bezakan darjat sesetengah Nabi seperti ayat 4:150. Orang-orang yang tidak percaya kepada Allah, dan rasul-rasul-Nya, dan menghendaki untuk membuat perbezaan antara Allah dan rasul-rasul-Nya, dan berkata, "Kami mempercayai sebahagian, dan kami tidak percaya kepada sebahagian", dan menghendaki untuk mengambil di antara ini dan itu, satu jalan."
"Lebai, orang beriman tidak dibenarkan untuk membeza-bezakan Nabi, tetapi hanya Allah yang tahu darjat mereka disisi-Nya. Dalam ayat 2:253 "Dan rasul-rasul itu, sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia menaikkan darjat. Dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Suci. Dan sekiranya Allah menghendaki, tentu orang-orang yang datang selepas dia tidak berperang sesama sendiri, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; tetapi mereka memperselisihkan, dan sebahagian mereka percaya, dan sebahagian tidak percaya; dan sekiranya Allah menghendaki, tentu mereka tidak berperang sesama sendiri, tetapi Allah buat apa sahaja yang Dia mengkehendaki.".  Kataku lagi.  Lalu dalam ayat 2:123 "Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain sedikit pun, dan tidak diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat syafaat (pengantaraan) kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong."
Ayat 2:254 "Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada apa yang Kami merezekikan kamu, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan, dan tiada juga syafaat (pengantaraan); dan orang-orang yang tidak percaya - merekalah orang-orang yang zalim."
Ayat 19:87 "Dengan tanpa kuasa syafaat (pengantaraan), kecuali orang-orang yang telah mengambil dengan Yang Pemurah perjanjian."
Ayat 20:109 "Pada hari itu, syafaat (pengantaraan) tidak bermanfaat kecuali orang yang kepadanya Yang Pemurah memberi izin, dan ucapannya Dia sangat berpuas hati".
Ayat 39:44. Katakanlah, "Bagi Allah kepunyaan syafaat (pengantaraan) kesemuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan."
"Itulah salahnya kita, telalu taksub pada kitab-kitab lain dan meletak kepercayakan seratus persen pada ulamak, Tuan Guru atau pun Kiai.  Mereka telah memperkotak-katikkan pola hidup kita.  Kita diajar supaya ikut sahaja, tidak boleh berfikir, otak tergadai, mata hati menjadi buta,  Qur’an yang terbentang di depan mata diabaikan. Mungkin Qur’an dimuliakan setahun sekali, itu pun untuk dipertandingan, di hadapan halaman Masjid Jamek kita tu, hadiah tu bagilah lembu ke atau kambing. Betul tak?" Aku mula berleter.
"Itu semua kerja baik, kita ajar orang baca Qur’an." Sampuk Pak Rashid.
"Ajar orang baca Qur’an bukan ajar orang faham Qur’an. Akhirnya, jadilah macam burung kakak tua si Ah Seng, bezanya burung kakak tua si Ah Seng tak tahu baca, kita pula tahu baca.  Maknanya haram sepatah tak faham." Aku mula menyindir.
"Habis, musabakoh tu tak baiklah?" Tanya sang Ustaz.
"Yang terpenting, Qur’an diturunkan bukan untuk disyairkan, dilagukan, dihafalkan, dan bukan juga untuk dipertandingkan. Apa yang Allah hendak ialah supaya kita laksanakan kata-kata-Nya dalam kehidupan kita seharian, barulah selamat dunia akhirat." Kataku selamba.
"Syaitan hanya mengaku sebagai tuan penasihat kepada Adam. Dalam ayat 7:20 dan 21. "Kemudian syaitan membisikkan kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu melarang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu menjadi malaikat-malaikat, atau kamu menjadi makhluk-makhluk yang hidup berkekalan." Dan ia bersumpah kepada mereka, "Sesungguhnya aku, kepada kamu, adalah penasihat." Kataku lagi.
"Macam tulah kerja sekutu-sekutu buat, kalau nak baca Quran, kena baca kitab ini dan itu dulu, kalau nak kenal Allah kena kenal segala mak-nenek punya ilmu dulu, kalau nak beramal pada Allah kena dengar kata ulamak itu dan ini, barulah kita dapat dekat diri dengan Allah." Kataku selamba bersama sindiran yang dalam.
Secankir lagi teh panas dihidangkan. Kali ini Lebai Ngah pula memenuhi semua cawan-cawan kosong.  Aku fikir mungkin dia dahaga atau setidak-tidaknya dia menahan tension.  Masuk ni dah lima atau enam teko bersilih ganti.  Perut pun dah terasa penuh.
Suasana tidak lagi tegang seperti biasa dan tidak ada berbicara. Mungkin aku berleter sendirian. Teringat kata pensyarah ku semasa di universiti dulu, kalau orang tidak bertanya, hanya ada dua kemungkinan pertama dia faham kesemua isi kandungnya dan kemungkinan yang kedua ialah dia tidak faham satu apa pun langsung dan dia buat tidak tahu sahaja.



BAB 9 : MATI DAN SELEPASNYA

"Habis tu kalau Syafaat pun tak ada, mati pula tak ada siksa kubur, apa yang bakal jadi? Aku ni kalau nak tanya pun tak berapa reti.  Titian Siratul Mustakim ada tak? Padang Mashar ada tak?" Pak Rashid mula bertanya padaku sambil dia kerling sekali lagi pada Ustaz Harun.
"Mana ada Titian Siratul Mustakim yang secara otomatik dapat membesar jika orang beriman melaluinya, dan menjadi sehalus rambut dibelah tujuh jika orang yang kafir melaluinya, dan mana dia bukti kita akan dikumpulkan di Padang Mashar?" Tanyaku lagi.  "Siratul Mustakim ada pada surah Fatihah 1:6. Tunjukkanlah kami jalan lurus," dan itu hanya doa, bukan titi!"

Seterusnya aku terus membaca ayat-ayat ini.  “Dalam ayat 2:28 "Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya kepada Allah memandangkan kamu adalah orang-orang yang mati, lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan?"
75:3 dan 4 "Apa, adakah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan mengumpulkan tulang-tulangnya? Kami berkuasa untuk membentukkan semula jari-jarinya."
58:6 "Pada hari apabila Allah membangkitkan mereka kesemuanya, kemudian Dia memberitahu mereka apa yang mereka telah buat. Allah menjumlahkannya, dan mereka melupakannya. Allah saksi atas segala sesuatu."
22:7 "Dan kerana Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan Allah membangkitkan sesiapa sahaja yang di dalam kubur."
81:10 hingga 13 "Apabila naskhah-naskhah gulungan dibukakan, Apabila langit dibuka, Apabila Jahim dinyalakan, Apabila Taman didekatkan"
36:51 hingga 53 "Dan trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka. Mereka berkata, "Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah menjanjikan, dan para utusan berkata benar." Ia hanyalah satu Teriakan; kemudian tiba-tiba, mereka kesemuanya dihadapkan kepada Kami."
70:43 "Pada hari mereka keluar dari makam-makam dengan cepat, seakan-akan mereka bersegera kepada berhala-berhala mereka."
54:7 dan 8 "Menjatuhkan pandangan mereka, mereka keluar dari makam-makam mereka, seakan-akan mereka belalang-belalang yang bertaburan, Berlari dengan menjulurkan leher mereka kepada penyeru. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Ini, hari yang sukar!"
45:27 hingga 29 "Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi. Dan pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, orang-orang yang mengerjakan yang palsu akan rugi. Dan kamu akan melihat tiap-tiap umat melutut; tiap-tiap umat dipanggil kepada Kitabnya, "Pada hari ini, kamu dibalas apa yang kamu telah buat. Inilah Kitab Kami, yang berkata-kata terhadap kamu yang benar; Kami mencatat segala apa yang kamu buat."
69:19 hingga 26 "Kemudian bagi orang yang diberi kitabnya di tangan kanannya, dia akan berkata, "Mari, bacalah kitabku! Sesungguhnya aku menyangka bahawa aku akan menemui perhitunganku. "Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan hati, Di dalam Taman yang tinggi, Tandan-tandannya dekat untuk dicapai. "Makan dan minumlah dengan puas dan cukup kerana apa yang kamu telah mendahulukan dahulu pada hari-hari yang lalu." Tetapi bagi orang yang diberi kitabnya di tangan kirinya, dia akan berkata, "Sekiranya aku tidak diberi kitabku, Dan tidak mengetahui perhitunganku!"
17:13 dan 14 "Dan tiap-tiap manusia, Kami ikat ramalannya pada lehernya; dan Kami mengeluarkan untuknya, pada Hari Kiamat, sebuah kitab yang dia menemuinya terbuka. "Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap kamu."
19:68 "Demi Pemelihara kamu, sungguh Kami akan mengumpulkan mereka, dan syaitan-syaitan, kemudian Kami mengarakkan mereka di sekeliling Jahanam dengan melutut."
19:72 "Kemudian Kami menyelamatkan orang-orang yang bertakwa; dan orang-orang yang zalim, Kami meninggalkan di dalamnya, sambil melutut."
9:35 "Pada hari mereka dipanaskan di dalam api Jahanam, di mana dahi mereka, dan lambungan mereka, dan punggung mereka, akan dicap, "Inilah apa yang kamu simpan untuk diri-diri kamu; maka rasalah apa yang kamu simpan."
19:86 "Dan menghalau orang-orang yang berdosa ke Jahanam, dalam keadaan dahaga."
39:71 "Kemudian orang-orang yang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan memberi amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Ia, benar; tetapi kata azab telah wajar ke atas orang-orang yang tidak percaya."
39:72 "Dikatakan, "Masuklah pintu-pintu Jahanam, untuk tinggal di dalamnya selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal orang-orang yang menyombongkan diri!"
20:74 "Sesiapa yang datang kepada Pemeliharanya sebagai seorang yang berdosa, baginya Jahanam; di dalamnya dia tidak mati, dan tidak juga hidup."
38:56 dan 57 "Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu buaian yang buruk! Semua ini; maka mereka merasainya - air yang mendidih dan nanah."
39:60 "Dan pada Hari Kiamat, kamu melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah, muka-muka mereka menjadi hitam; tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang sombong?"
4:56 "Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, Kami pasti akan memanggang mereka di Api. Setiap kali kulit-kulit mereka hangus kesemuanya, Kami menukarkan dengan kulit-kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab.  Sesungguhnya Allah adalah Perkasa, Bijaksana.”
22:19 hingga 22 "Inilah dua penyangkal yang bertengkar mengenai Pemelihara mereka. Bagi orang-orang yang tidak percaya, bagi mereka, pakaian-pakaian daripada api yang dipotongkan, dan dicurahkan ke atas kepala mereka, air yang mendidih, Yang dengannya, apa sahaja yang di dalam perut mereka dan kulit-kulit mereka dicairkan. Bagi mereka pencangkuk-pencangkuk besi. Setiap kali mereka menghendaki, dalam kesengsaraan mereka, untuk keluar darinya, mereka dikembalikan ke dalamnya, dan "Rasalah azab yang membakar!"
40:71 hingga 73 "Apabila belenggu dan rantai berada pada leher mereka, dan mereka diheret, Ke dalam air yang mendidih, kemudian di dalam Api mereka dibakar, Kemudian dikatakan kepada mereka, "Di manakah mereka yang kamu menyekutukan?"
5:10 "Dan orang-orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang Jahim."
73:12 hingga 13 "Kerana di sisi Kami ada belenggu-belenggu, dan Jahim, Dan makanan yang mencekik kerongkong, dan azab yang pedih,"
69:30 hingga 32 "Ambillah dia, dan belenggukanlah dia, Dan kemudian panggangkanlah dia di dalam Jahim, Kemudian pada rantai tujuh puluh hasta panjangnya, selitkan dia!"
76:4 "Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang tidak percaya, rantai-rantai, dan belenggu-belenggu, dan yang Menyala."
88:4 hingga 6 "Dipanggang di api yang menghanguskan, Diberi minum di mata air yang mendidih, Tidak ada makanan bagi mereka kecuali pohon berduri."
37:62 hingga 67 "Adakah itu lebih baik sebagai satu sajian atau pokok zaqum? Kami membuatnya sebagai satu cubaan bagi orang-orang yang zalim. Ia adalah pokok yang keluar di akar Jahim, Seludang-seludangnya seperti kepala-kepala syaitan, Dan mereka memakannya, dan dengannya memenuhkan perut-perut mereka, Kemudian di atasnya mereka mendapat minuman campuran air yang mendidih,"
44:43 hingga 48 "Sesungguhnya pokok Zaqum, Makanan orang yang bersalah, Seperti leburan tembaga merah yang menggelegak di dalam perut, Seperti air yang mendidih menggelegak. "Ambillah dia, dan tolaklah dia sampai di tengah-tengah Jahim, Kemudian curahlah di atas kepalanya azab air yang mendidih!"
56:52 hingga 55 "Kamu akan memakan daripada pokok Zaqum, Memenuhkan perut-perut kamu dengannya, Dan minum di atasnya air yang mendidih, Dengan meminumnya seperti unta minum."
18:29. "Katakanlah, "Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu; maka hendaklah sesiapa yang menghendaki, percaya; dan hendaklah sesiapa yang menghendaki, tidak percaya." Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang yang zalim, api, yang gejolaknya meliputi mereka; jika mereka meminta pertolongan, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti leburan tembaga merah, yang melecurkan muka-muka mereka - betapa buruknya minuman, dan betapa buruknya tempat istirahat!"
17:97 "Sesiapa yang Allah memberi petunjuk, dia mendapat petunjuk yang benar; dan sesiapa yang Dia menyesatkan, kamu tidak akan mendapati bagi mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada Hari Kiamat di atas muka-muka mereka; buta, dan pekak, dan bisu; tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan setiap kali ia pudar, Kami menambahkan bagi mereka yang Menyala."
Selanjutnya aku membaca surah 7 ayat 40 hingga 52.  "Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan menyombongkan diri terhadapnya, pintu-pintu langit tidak akan dibuka untuk mereka, dan tidak juga mereka akan masuk Taman sehingga unta melintasi lubang jarum. Begitulah Kami membalas orang-orang yang berdosa. Jahanam menjadi buaian mereka, dan di atas mereka, penutup-penutup. Begitulah Kami membalas orang-orang yang zalim. Dan orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan - Kami tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya; mereka itulah orang-orang Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Kami mencabutkan perasaan dendam yang ada di dalam dada mereka; dan di bawah mereka mengalir sungai-sungai, dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah yang memberi kami petunjuk kepada ini; sekiranya Allah tidak memberi petunjuk kepada kami, tentu kami tidak akan mendapat petunjuk. Sesungguhnya rasul-rasul Pemelihara kami telah datang dengan yang benar." Dan diumumkan, "Inilah Taman yang kamu diwariskan kerana apa yang kamu telah buat." Orang-orang Taman memanggil orang-orang Api, "Kami mendapati apa yang Pemelihara kami menjanjikan kami adalah benar. Adakah kamu mendapati apa yang Pemelihara kamu menjanjikan kamu itu benar?" Mereka berkata, "Ia." Dan kemudian seorang penyeru antara mereka menyeru, "Laknat Allah adalah ke atas orang-orang yang zalim, Yang menghalangi daripada jalan Allah, dan menginginkan ia bengkok, dan tidak percaya kepada akhirat." Dan antara keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil orang-orang Taman, "Salamun alaikum!" Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya. Dan apabila penglihatan mereka dipalingkan ke arah orang-orang Api, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau meletakkan kami bersama kaum yang zalim." Dan orang-orang di atas Benteng memanggil lelaki-lelaki tertentu yang mereka kenal dengan tanda mereka, dengan berkata, "Apa yang kamu mengumpulkan tidak berguna, dan tidak juga apa yang kamu menyombongkan". "Adakah ini orang-orang yang kamu bersumpah bahawa Allah tidak akan sampai dengan pengasihan? Masuklah ke Taman; tiadalah ketakutan pada kamu, dan tidaklah kamu bersedih." Orang-orang Api memanggil orang-orang Taman, "Curahkanlah kepada kami air, atau daripada apa yang Allah merezekikan kamu!" Mereka berkata, "Allah mengharamkan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya, Yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan, dan satu permainan, dan yang kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka lupa akan pertemuan hari mereka ini, dan mereka menyangkal ayat-ayat Kami. Dan Kami telah mendatangkan kepada mereka sebuah Kitab yang Kami menjelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang mempercayai." Kata ku lagi.
"Ini bukanlah suatu aturcara yang lengkap. Kalau betul-betul nak faham lagi, tolonglah baca Quran. Jangan biarkan diri kita tertipu, tambah-tambah lagi kalau si penipu tu tahu cakap Arab, dan dihiasi pula dengan serban, jubah dan celak. Takut nanti bila dah kena panggang macam BBQ, barulah nak tebus diri dia dengan anak-pinak dia, isteri dia atau semua umat bumi." Kata ku lagi.
"Cuba lihat ayat ini 70:11 hingga 14. "Sedang mereka saling melihat antara mereka. Orang yang berdosa menginginkan bahawa dia dapat menebus dirinya daripada azab hari itu dengan anak-anaknya, Dan isterinya yang temannya, dan saudaranya, Dan keluarganya yang melindunginya, Dan sesiapa yang di bumi, kesemuanya, untuk menyelamatkannya." Kataku lagi.

....BERSAMBUNG





Tiada ulasan: