The Alien - Link Select

Khamis, 18 Ogos 2016

SURAH YA SIN ???



Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. 
36:1. Ya Sin. 
36:2. Demi al-Qur'an yang bijaksana. 
36:3. Sesungguhnya kamu adalah di kalangan para utusan, 
36:4. Di atas jalan lurus. 
36:5. Penurunan daripada Yang Perkasa, Yang Pengasih, 
36:6. Supaya kamu beri amaran kepada kaum yang bapa-bapa mereka tidak diberi amaran, lalu mereka lalai. 
36:7. Wajarlah Ucapan ke atas kebanyakan mereka, lalu mereka tidak percayai. 
36:8. Sesungguhnya, Kami letak pada leher-leher mereka belenggu-belenggu sampai ke dagu, lalu kepala-kepala mereka ditinggikan, 
36:9. Dan Kami letak di hadapan mereka satu benteng, dan di belakang mereka satu benteng; dan Kami tutup mereka, lalu mereka tidak melihat. 
36:10. Sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka atau kamu tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai. 
36:11. Kamu hanya beri amaran kepada orang yang ikut Peringatan, dan yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib; maka berilah dia berita gembira dengan ampunan dan upah yang mulia. 
36:12. Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan orang yang mati, dan tulis apa yang mereka dahulukan, dan apa yang mereka tinggalkan; segala sesuatu Kami jumlahkan di dalam imam (rekod) yang nyata. 
36:13. Buatlah bagi mereka satu persamaan - penduduk sebuah bandaraya apabila utusan-utusan datang kepadanya, 
36:14. Apabila Kami utus kepada mereka dua orang, tetapi mereka dustakan mereka, maka Kami utus yang ketiga untuk memperkuatkan. Mereka berkata, "Sesungguhnya kami adalah utusan-utusan kepada kamu." 
36:15. Mereka berkata, "Tiadalah kamu, melainkan manusia-manusia yang serupa dengan kami; Yang Pemurah tidak turunkan  sesuatu. Tiadalah kamu, melainkan kamu berdusta." 
36:16. Mereka berkata, "Pemelihara kami tahu bahawa kami adalah utusan-utusan kepada kamu, 
36:17. Dan atas kami hanyalah untuk sampaikan yang jelas." 
36:18. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu. Jika kamu tidak berhenti, kami akan rejam kamu, dan akan menimpa kamu, daripada kami, azab yang pedih." 
36:19. Mereka berkata, "Ramalan kamu adalah bersama kamu, jika kamu diingatkan; tetapi kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan)." 
36:20. Kemudian datang seorang lelaki dari bahagian kota yang terjauh, berlari; dia berkata, "Wahai kaumku, ikutlah utusan-utusan, 
36:21. Ikutlah orang yang tidak minta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar. 
36:22. Dan mengapakah aku tidak akan sembah Yang memulakan aku, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan? 
36:23. Apa, adakah aku akan ambil selain daripada Dia, tuhan-tuhan yang pengantaraannya, jika Yang Pemurah hendak mudarat untukku, tidak berguna bagiku sedikit pun, dan yang tidak selamatkan aku? 
36:24. Sesungguhnya aku, jika begitu, adalah dalam kesesatan yang nyata. 
36:25. Sesungguhnya, aku percaya kepada Pemelihara kamu; maka dengarlah aku!" 
36:26. Dikatakan, "Masuklah ke Taman!" Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya kaumku tahu, 
36:27. Bahawa Pemeliharaku ampunkan aku, dan Dia letak aku di kalangan orang-orang yang dimuliakan." 
36:28. Dan Kami tidak turunkan kepada kaumnya, selepas dia, sebarang tentera dari langit, dan tidak juga Kami turunkan apa-apa. 
36:29. Ia hanyalah satu Teriakan, dan tiba-tiba, mereka senyap dan kaku. 
36:30. Aduhai, sesalnya hamba-hamba itu! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka memperolok-olokkannya. 
36:31. Apa, tidakkah mereka lihat berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum mereka, dan tiadalah bagi mereka untuk mereka kembali? 
36:32. Mereka, kesemua mereka, akan dihadapkan kepada Kami. 
36:33. Dan satu ayat bagi mereka ialah bumi yang mati: Kami hidupkannya, dan keluarkan biji-bijian daripadanya, yang daripadanya mereka makan, 
36:34. Dan Kami buatkan di dalamnya kebun-kebun palma dan anggur, dan padanya Kami pancarkan mata air, 
36:35. Supaya mereka memakan buah-buahannya, dan apa yang tangan-tangan mereka buat. Apa, tidakkah mereka berterima kasih? 
36:36. Dia disanjung, yang mencipta semua pasangan daripada apa yang bumi tumbuhkan, dan daripada diri-diri mereka sendiri, dan daripada apa yang mereka tidak tahu. 
36:37. Dan satu ayat bagi mereka ialah malam; Kami menanggalkan siang daripadanya, dan tiba-tiba, mereka dalam kegelapan. 
36:38. Dan matahari - ia berlayar ke satu tempat rehat yang tetap; itulah ketentuan Yang Perkasa, YangMengetahui. 
36:39. Dan bulan - Kami tetapkan ia dengan pengkalan-pengkalan sehingga ia kembali seperti sebatang dahan palma yang tua. 
36:40. Tidaklah patut bagi matahari memotong bulan, dan tidak juga malam mendahului siang, masing-masing berenang dalam falak (orbit). 
36:41. Dan satu ayat bagi mereka ialah bahawa Kami bawa keturunan mereka di dalam kapal yang penuh muatan,
36:42. Dan Kami ciptakan untuk mereka yang serupa dengan apa yang mereka tunggang,
36:43. Dan jika Kami hendaki, Kami tenggelamkan mereka kemudian tidak ada yang kepadanya dimohonkan pertolongan bagi mereka, dan tidak juga mereka diselamatkan,
36:44. Melainkan sebagai satu pengasihan daripada Kami, dan satu kesenangan untuk satu waktu.
36:45. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Takutilah apa yang di hadapan kamu, dan apa yang di belakang kamu supaya kamu dikasihani."
36:46. Dan tiada sesuatu ayat daripada ayat-ayat Pemelihara mereka yang datang kepada mereka melainkan mereka berpaling daripadanya.
36:47. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Nafkahkanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu", orang-orang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Apa, adakah kami memberi makan kepada orang yang, jika Allah hendak, Dia memberinya makan? Kamu hanyalah dalam kesesatan yang nyata!"
36:48. Dan mereka berkata, "Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?"
36:49. Mereka hanya menanti satu Teriakan untuk mengambil mereka ketika mereka sedang bertengkar, 
36:50. Kemudian mereka tidak boleh buat sesuatu wasiat, dan tidak juga mereka kembali kepada keluarga mereka. 
36:51. Dan trompet ditiup; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka. 
36:52. Mereka berkata, "Celakalah kami! Siapakah yang bangkitkan kami daripada tempat tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah janjikan, dan para utusan berkata benar." 
36:53. Ia hanyalah satu Teriakan; kemudian tiba-tiba, mereka kesemuanya dihadapkan kepada Kami. 
36:54. Maka pada hari ini, tiada jiwa dizalimi sedikit pun, dan tidaklah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu buat. 
36:55. Sesungguhnya penghuni-penghuni Taman pada hari ini sibuk dalam kegembiraan mereka. 
36:56. Mereka dan pasangan-pasangan mereka bersandar di atas sofa di tempat teduh. 
36:57. Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi mereka apa yang mereka seru. 
36:58. "Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih. 
36:59. "Pisahkanlah diri-diri kamu, wahai orang-orang yang berdosa, pada hari ini! 
36:60. Tidakkah Aku buat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak sembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu, 
36:61. Dan bahawa kamu hendaklah menyembah Aku? Inilah jalan lurus. 
36:62. Ia telah sesatkan sebahagian besar antara kamu; tidakkah kamu faham? 
36:63. Inilah Jahanam yang kamu telah dijanjikan, 
36:64. Pangganglah di dalamnya pada hari ini kerana kamu tidak percaya!" 
36:65. Pada hari ini, Kami letak satu penutup pada mulut-mulut mereka, dan tangan-tangan mereka berkata-kata kepada Kami, dan kaki-kaki mereka menyaksikan terhadap apa yang mereka telah usahakan. 
36:66. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami hapuskan mata mereka, kemudian mereka berlumba-lumba ke jalan, tetapi bagaimanakah mereka lihat? 
36:67. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami ubah mereka di mana mereka berada, kemudian mereka tidak boleh maju, dan tidak juga mereka dapat kembali. 
36:68. Dan kepada sesiapa yang kami beri umur yang panjang, Kami lenturkan dia pada ciptaannya (tubuhnya); apa, tidakkah mereka faham? 
36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas. 
36:70. Supaya dia beri amaran kepada sesiapa yang hidup, dan supaya Ucapan jadi wajar ke atas orang-orang tidak percaya. 
36:71. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami ciptakan untuk mereka daripada apa yang tangan Kami buat, binatang ternak yang mereka miliki? 
36:72. Kami tundukkannya untuk mereka, dan sebahagiannya mereka tunggang, dan sebahagiannya mereka makan. 
36:73. Manfaat lain juga mereka dapati padanya, dan minuman. Apa, tidakkah mereka berterima kasih? 
36:74. Namun begitu, mereka ambil selain daripada Allah tuhan-tuhan supaya mereka ditolong. 
36:75. Mereka tidak boleh tolong mereka, walaupun mereka adalah tentera yang disediakan untuk mereka. 
36:76. Maka janganlah ucapan mereka menyedihkan kamu; sesungguhnya Kami tahu apa yang mereka rahsiakan, dan apa yang mereka siarkan. 
36:77. Sudahkah manusia renungkan bagaimana Kami menciptanya daripada setitis mani? Kemudian tiba-tiba, dia jadi penentang yang nyata. 
36:78. Dan dia buatkan bagi Kami suatu persamaan dan melupakan ciptaannya; dia berkata, "Siapakah yang hidupkan tulang-tulang apabila ia sudah reput?" 
36:79. Katakanlah, "Yang menghidupkannya ialah Yang menumbuhkannya pada kali pertama; Dia tahu segala ciptaan, 
36:80. Yang buatkan untuk kamu daripada pokok yang hijau, api, dan tiba-tiba, daripadanya kamu nyalakan api." 
36:81. Tidakkah Dia yang cipta langit dan bumi berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Ia, Dia Yang Pencipta, Yang Mengetahui. 
36:82. Perintah-Nya, apabila Dia hendakkan sesuatu adalah untuk berkata padanya, "Jadilah", maka jadilah ia. 
36:83. Dia disanjung, yang di tangan-Nya dominion segala sesuatu, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.


Khamis, 4 Ogos 2016

RUMAH KU SYURGAKU ???

WAHAI HAMBA ALLAH…

Rumah ini, Rumah mu, Syurga mu…
Tempat kamu tidur dan jaga di dalamnya….
Tempat kamu makan dan minum di dalamnya…
Tempat kamu bergembira dan saling berkasih sayang di dalamnya….
Tempat kamu menyembah ALLAH, pencipta mu dan pemeliharamu di dalamnya…
Tempat di mana kamu tidak ingin keluar darinya…

Wahai Hamba ALLAH…
Rumah mu adalah  Syurga mu,
Jauhkanlah Syaitan Jin dan Syaitan manusia dari memasuki rumah mu
Janganlah engkau jadikan rumah mu itu seperti Kuburan
Jadikanlah rumah itu seperti Masjid…
Yang didalamnya Nama ALLAH diagungkan!
Maka,
Setiap kali tibanya waktu solat,
AZAN-lah…

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR…
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR…
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH…
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH…
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH…
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH…
HAIYA 'ALAS-SOLAH…
HAIYA 'ALAS-SOLAH…
HAIYA 'ALAL-FALAH…
HAIYA 'ALAL-FALAH…
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR…
….LAA ILAAHA ILALLAH

IQAMAT-lah…

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR…
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH…
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH…
HAIYA 'ALAS-SOLAH…
HAIYA 'ALAL-FALAH...
QADQAMATIS-SALAH, QADQAMATIS SALAH…
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR…
LA-ILAHA ILLALLAH…

Solatlah di dalamnya

Dan bacalah KALAMULLAH…

Setiap kali kamu membuka dan menutup pintu dan tingkapnya, bacalah :
“BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM”
Setiap kali kamu memasukinya dan keluar darinya…
 ucapkan salam untuknya :
“SALAMUN ALAIKUM…”

Wahai Hamba ALLAH…
Janganlah engkau lupa,
Bacalah
BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM
BISMILLAHIMASYALLAH 
WABISMILLAHITAWAKKALTU ILALLAH
WA HASBUNALLAHU WANI’MAL WAKIIL
WALAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAHIL ALIYIIL AZHIIM.”
Al-Fatihah, Ayatul Qursyi, Al-Falaq dan An-Naas
di saat kamu meninggalkannya
…. dan di saat kamu datang kepadanya.

Ingatlah,
Inilah rumah mu dan berdoalah kepadaNya…
…. Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim, kecuali dalam kebinasaan!”

Semoga ALLAH merahmati rumah mu dengan Kasih SayangNya
Dengannya maka kamu dapat menjadi hamba yang Taat dan takut kepadaNya semata-mata…

Wahai Hamba ALLAH…
Jangan lah engkau lupa akan pesanan ini,
Jadikan ia amalan rutin dalam hidupmu…
Dengan demikian,
Semoga ALLAH memberkati usahamu di dunia dengan kebaikan di Akhirat…
Selamanya…



IMAM SULUKEN

Selasa, 2 Ogos 2016

SURAH PEMULA / AL-FATHIR ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
35:1. Segala puji bagi Allah, Pemula langit dan bumi, yang buatkan malaikat-malaikat sebagai Rasul-Rasul yang mempunyai sayap-sayap, dua, dan tiga, dan empat, dengan menambahkan ciptaan seperti yang Dia hendaki. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu. 
35:2. Apa sahaja pengasihan yang Allah bukakan kepada manusia, tiada yang dapat menahannya, dan apa sahaja Dia tahan, tiada yang mengutuskannya sesudah-Nya. Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana. 
35:3. Wahai manusia, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu; adakah pencipta, selain daripada Allah, yang beri rezeki untuk kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu boleh berpaling? 
35:4. Jika mereka dustakan kamu, Rasul-Rasul sebelum kamu telah didustakan; dan kepada Allah segala urusan dikembalikan. 
35:5. Wahai manusia, janji Allah adalah benar; maka janganlah kehidupan dunia menipu kamu, dan janganlah seorang penipu dapat menipu kamu mengenai Allah. 
35:6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka jadi di kalangan penghuni-penghuni Menyala. 
35:7. Orang-orang tidak percaya, bagi mereka azab yang keras; tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , bagi mereka adalah ampunan dan upah yang besar. 
35:8. Dan apakah dengan orang, yang kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah baginya, supaya dia memandangnya baik? Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan sesiapa Dia hendaki, Dia beri petunjuk; maka janganlah jiwa kamu dirugikan dengan penyesalan ke atas mereka; sesungguhnya Allah tahu apa yang mereka kerjakan. 
35:9. Allah ialah Dia yang mengutus angin, yang menggiatkan awan, kemudian Kami menghalaunya ke tanah yang mati, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati. Begitulah Kebangkitan. 
35:10. Sesiapa yang hendak kemuliaan, maka kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah. Kepada-Nya kata-kata yang baik naik, dan kerja-kerja baik - Dia naikkannya; tetapi orang-orang yang buat tipu daya yang jahat, bagi mereka adalah azab yang keras, dan tipu daya mereka akan jadi sia-sia belaka. 
35:11. Allah cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian Dia buat kamu berpasangan. Tiada perempuan yang mengandung, dan tiada juga yang melahirkan, kecuali dengan pengetahuan-Nya; orang-orang yang diberi umur panjang tidak dipanjangkan umurnya, dan tidak juga dikurangkan umurnya melainkan ia di dalam Kitab. Sesungguhnya itu, bagi Allah, mudah. 
35:12. Tidaklah sama antara dua laut; yang ini enak, rasanya menggembirakan, lazat untuk diminum, dan yang ini masin, pahit. Namun begitu, daripada kedua-duanya, kamu makan daging yang segar, dan keluarkan darinya perhiasan-perhiasan yang kamu pakai; dan supaya kamu lihat kapal-kapal membelahinya, supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu bersyukur. 
35:13. Dia jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang masuk ke dalam malam, dan Dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan. Itu Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; dan orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah, mereka tidak miliki sebanyak kulit sebutir biji kurma pun. 
35:14. Jika kamu seru mereka, mereka tidak dengar seruan kamu, dan jika mereka dengar, mereka tidak sahut kamu; dan pada Hari Kiamat, mereka tidak percayai akan persekutuan kamu. Tiada yang beritahu kamu seperti Yang menyedari. 
35:15. Wahai manusia, kamulah yang memerlukan (fakir) Allah, dan Dia Yang Kaya, Yang Terpuji. 
35:16. Jika Dia hendaki, Dia hapuskan kamu, dan datangkan ciptaan yang baru, 
35:17. Tidaklah itu, bagi Allah, sukar. 
35:18. Orang yang memikul beban tidak akan pikul beban, beban orang lain; dan jika orang yang bebannya berat menyeru supaya dipikul, tiadalah dipikul sesuatu daripadanya, walaupun dia sanak saudara yang dekat. Kamu hanya beri amaran kepada orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan lakukan solat; dan sesiapa yang menyucikan dirinya, hanyalah menyucikan untuk jiwanya sendiri. Kepada Allah kepulangan. 
35:19. Tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang boleh melihat, 
35:20. Dan gelap dengan cahaya, 
35:21. Dan teduh dengan panas terik. 
35:22. Tidaklah sama yang hidup dengan yang mati. Allah jadikan mendengar sesiapa Dia hendaki; kamu tidak dapat jadikan orang-orang yang di dalam kubur untuk mendengar. 
35:23. Kamu, tidak lain, hanyalah seorang pemberi amaran. 
35:24. Sesungguhnya Kami utus kamu dengan yang benar, pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan tiadalah sesuatu umat melainkan telah berlalu di dalamnya seorang pemberi amaran. 
35:25. Jika mereka dustakan kamu, orang-orang sebelum mereka telah dustakan; Rasul-Rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur, dan Kitab yang memberi cahaya. 
35:26. Kemudian Aku ambil orang-orang tidak percaya, dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku! 
35:27. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan dengannya Kami keluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warnanya? Dan di gunung-gunung terdapat jalur-jalur putih dan merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam yang pekat. 
35:28. Antara manusia juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama (orang-orang yang berpengetahuan); sesungguhnya Allah Perkasa, Pengampun. 
35:29. Sesungguhnya orang-orang yang baca Kitab Allah, dan lakukan solat, dan nafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan perdagangan yang tidak sia-sia, 
35:30. Supaya Dia bayar sepenuhnya upah mereka, dan tambahkan kepada mereka pemberian-Nya; sesungguhnya Dia Pengampun, Berterima Kasih. 
35:31. Dan apa yang Kami wahyukan kamu daripada Kitab adalah yang benar, mengesahkan apa yang sebelumnya; sesungguhnya Allah sedar, melihat hamba-hamba-Nya. 
35:32. Kemudian Kami wariskan Kitab kepada mereka antara hamba-hamba Kami yang Kami pilih; tetapi antara mereka, ada yang menzalimi dirinya sendiri, dan antara mereka tidak bersungguh-sungguh, dan antara mereka ada yang mendahului dalam kebajikan dengan izin Allah; itulah pemberian yang besar. 
35:33. Taman-Taman Adn yang mereka akan masuk; di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mutiara-mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah daripada sutera. 
35:34. Dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah yang telah hilangkan segala kesedihan daripada kami. Sesungguhnya Pemelihara kami Pengampun, Berterima Kasih, 
35:35. Yang daripada pemberian-Nya menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal; di dalamnya tiada keletihan sentuh kami, dan tiada juga kelesuan." 
35:36. Bagi orang-orang tidak percaya, bagi mereka api Jahanam; mereka tidak diakhirkan dan dimatikan, dan tidak juga azabnya diringankan untuk mereka. Begitulah Kami balas setiap orang yang tidak berterima kasih (kafir). 
35:37. Di dalamnya mereka menjerit, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami, dan kami akan buat kerja-kerja baik , selain daripada apa yang kami telah buat." "Apa, tidakkah Kami beri umur yang panjang kepada kamu untuk mengingatkan padanya orang yang akan ingat? Kepada kamu pemberi amaran telah datang; maka rasalah sekarang! Bagi orang-orang zalim, tidak ada penolong." 
35:38. Allah tahu keghaiban di langit dan bumi; Dia tahu apa yang di dalam dada. 
35:39. Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi. Maka sesiapa yang tidak percaya, atasnyalah ketidakpercayaannya; ketidakpercayaan mereka menambahkan orang-orang tidak percaya hanya dalam kebencian di sisi Pemelihara mereka; ketidakpercayaan mereka menambahkan bagi orang-orang tidak percaya hanya dalam kerugian. 
35:40. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan sekutu-sekutu kamu yang kamu seru, selain daripada Allah? Perlihatkan kepadaku apa yang mereka cipta di bumi; atau, adakah mereka satu sekutu di langit?" Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab lalu mereka berada di atas bukti yang jelas daripadanya? Tidak, tetapi orang-orang zalim tidak janjikan satu sama lain melainkan tipuan. 
35:41. Allah menahan langit dan bumi supaya mereka tidak beralih; sekiranya mereka beralih, tiada yang dapat menahan mereka selepas Dia. Sesungguhnya Dia adalah Penyantun, Pengampun. 
35:42. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati bahawa jika seorang pemberi amaran datang kepada mereka, tentu mereka lebih dapat petunjuk daripada mana-mana satu umat; tetapi apabila seorang pemberi amaran datang kepada mereka, ia hanya menambahkan mereka dalam pelarian, 
35:43. Dengan menyombong di bumi, dan buat tipu daya yang jahat; tetapi tipu daya yang jahat hanya meliputi ahli yang lakukannya. Maka tidakkah mereka menanti-nanti melainkan sunnah (resam) orang-orang dahulu kala? Kamu tidak akan dapati sebarang pertukaran pada sunnah Allah, dan kamu tidak akan dapati sebarang penyimpangan pada sunnah Allah. 
35:44. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka sendiri dalam kekuatan; tetapi Allah - tiada sesuatu yang di langit, dan tiada juga di bumi yang dapat mengandaskan-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Mengetahui, Berkuasa. 
35:45. Sekiranya Allah pertanggungjawabkan manusia kerana apa yang mereka usahakan, tentu Dia tidak tinggalkan di atas muka bumi satu makhluk yang merayap; tetapi Dia tangguhkan mereka ke suatu tempoh yang dinyatakan. Tetapi, apabila tempoh mereka datang, maka sesungguhnya Allah lihat hamba-hamba-Nya.


Ahad, 31 Julai 2016

SOLAT DAN BACAANNYA MENURUT YANG DIFAHAMI OLEH PENULIS DARI QUR'AN???


*****

:: DARI PERSPEKTIF PELAKU SOLAT KEPADA ALLAH::


Konsep tujuan solat :

ingat ALLAH sahaja- doa bantuan, sabar dan puji/seru nama ALLAH(2:45, 20:14, 17:110, 72:18) dalam Bahasa yang difahami-bahasa ibunda-lagi elok dari segi adab kalau faham bahasa Arab Namun dalam hal ini sebagai penulis yang berbangsa dan berbahasa melayu, adalah lebih baik bahasa melayu digunakan dalam bacaan solat ini(Q.S.41:44, 14:4, 4:43).

Pakaian kemas, bersih dan cantik dan pakai minyak wangi(Q.S.7:31).  Berwuduk 4 anggota(Q.S.5:6).  Menghadap kiblat- Kaabah di masjidil haram(Q.S.2:114, 2:226). Melakukan gerakan laku (Berdiri, rukuk dan 2 x sujud-16:48, 20:55, 32:15) solat dan doa untuk diri sendiri(Q.S. 2:238, 22:77, 13:15, 15:98)

*BACAAN ADALAH BERBEZA DENGAN SOLAT YANG BERJEMAAH/ BERJUMUAHT/ BERKUMPUL. DENGAN MENGGUNAKAN PERKATAAN 'AKU' BAGI SOLAT SEORANG.  PERKATAAN KAMI BAGI SOLAT BERJUMUAHT.


BERDIRI
- SOLAT PADA WAKTU YANG DITETAPKAN.
(Q.S. 2:238, 24;58,11:114, 17:78, 62:9-11, 4:102, 98:5)
baca dengan suara yang sederhana(17:110)
Baca ayat Qur'an yang mengandungi pujian, syukur dan doa.

Seru nama "ALLAH" Sambil angkat tangan tanda menyerah diri kepada ALLAH.(Taat dan Khusyuk)
-QIYAM TANGAN kanan atas tangan kiri pada bahagian Dada tengah, 
TUNDUKKAN MUKA KE TEMPAT SUJUD.

-



:: BERDIRI SOLAT ::

ALLAH…
Tiada tuhan selain-Mu, Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu, tiada yang disembah selain Mu, dan tiada kuasa selain Mu, Yang Agung."

Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan Syaitan-syaitan Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku."

Dengan nama Mu, Ya ALLAH yang  Pemurah, yang Pengasih.

"Segala puji tertentu bagi Mu, Ya Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi Mu sekutu dalam urusan kerajaan Mu, dan tiada bagi Mu penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Mu."
[ Q.S. 17 : 111 ]

Kuhadapkan mukaku, kepada Mu, yang menjadikan langit dan bumi,
aku cenderung lagi berserah kepada Mu ya Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Engkau.

"Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku, untuk Mu, Ya Allah, Pemelihara semesta alam."
[ Q.S. 6 : 162 ]
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan Engkau. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).



AL-FATIHAH
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Yang Merajai Hari Agama. Engkau sahaja yang aku sembah, dan kepada Engkau sahaja aku mohon pertolongan. Tunjukkan aku jalan yang lurus, Jalan orang-orang ke atas mereka yang Engkau rahmati, bukan orang-orang yang dimurkai, dan bukan pula orang-orang yang sesat.
[ Q.S 1:1-7 ]


‘Ya Allah,
tidak ada tuhan melainkan Engkau,
Yang Hidup, Yang Kekal.
Tidak Mengantuk dan tidak juga tidur.
Kepunyaan-Mu apa yang di dalam langit dan apa yang di dalam bumi.
Siapakah dia yang akan mengantara di sisi-Mu, kecuali dengan izin-Mu?
Engkau tahu apa yang sebelum mereka, dan apa yang sesudah mereka,
dan mereka tidak tahu sesuatu dari pengetahuanMu,
kecuali apa yang Engkau kehendaki.
Qursyi-Mu merangkumi langit dan bumi,
dan Engkau tidak rasa tertekan menjaga keduanya;
Engkau Yang Tinggi, Yang Agung.”
Q. 2:255


AL-IKHLAS
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
"Engkau Ya Allah, yang Esa. Allah,  Engkau Tuhan yang diperlukan oleh segala sesuatu, Yang tidak melahirkan, dan tidak dilahirkan, Dan tiada yang setara dengan Mu."
[ Q.S.112:1-4 ]


ALLAH…



:: RUKUK @ TUNDUK ::
“Suci-Mu dan Segala Puji bagi Mu,  Wahai tuhanku, Yang Agung"


 ALLAH…


:: SUJUD ::
 "Suci-Mu dan segala puji bagi-Mu wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi."

ALLAH…

 
:: DUDUK ANTARA DUA SUJUD ::
“Wahai Pemeliharaku, Suci-Mu, Ampunilah aku, Sayangilah aku, Tutupilah aibku, Angkatlah darjatku, Berilah aku rezeki, Berilah aku petunjuk, Sihatkanlah aku, Maafkanlah aku dan lindungilah aku dari azab Api.”

ALLAH…


:: SUJUD ::
"Suci-Mu dan segala puji bagi-Mu, wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi."


ALLAH…


::: SELESAI SATU RAKAAT :::
:: BERDIRI SEMULA UNTUK - RAKAAT KEDUA ::



AL-FATIHAH
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Yang Merajai Hari Agama. Engkau sahaja yang aku sembah, dan kepada Engkau sahaja aku mohon pertolongan. Tunjukkan aku jalan yang lurus, Jalan orang-orang ke atas mereka yang Engkau rahmati, bukan orang-orang yang dimurkai, dan bukan pula orang-orang yang sesat.


AL-FALAQ
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
“Aku berlindung pada-Mu wahai  Pemelihara yang menguasai Al-Falaq (Subuh),  Daripada kejahatan apa yang Engkau cipta. Dan daripada kejahatan kegelapan apabila ia gelap. Dan daripada kejahatan orang yang meniup pada ikatan. Dan daripada kejahatan pendengki apabila dia dengki.

SURAH AN-NAAS
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Aku berlindung pada-Mu wahai  Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia.

ALLAH…


:: RUKUK @ TUNDUK ::
“Suci-Mu dan Segala Puji bagi-Mu,  Wahai Tuhanku, Yang Agung."



ALLAH…

:: SUJUD ::
”Suci-Mu dan segala puji bagi-Mu, wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi,

ALLAH…

:: DUDUK ANTARA DUA SUJUD ::
“Wahai Pemeliharaku, Suci-Mu, Ampunilah aku, Sayangilah aku, Tutupilah aibku, Angkatlah darjatku, Berilah aku rezeki, Berilah aku petunjuk, Sihatkanlah aku, Maafkanlah aku dan lindungilah aku dari azab Api.”

ALLAH…


 
:: SUJUD ::
"Suci-Mu dan segala puji bagi-Mu wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi,

Tiada tuhan selain-Mu, Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu, tiada yang disembah selain-Mu dan tiada kuasa selain-Mu, Ya ALLAH.”

Segala puji bagiMu, Ya Allah yang kepunyaan-Mu apa yang di langit dan apa yang di bumi. Bagi-Mu segala puji di akhirat;  Wahai Yang Bijaksana, Yang Menyedari.
(Q.S. 34:1)

Ya Allah, Pemeliharaku, dan aku tidak sekutukan-Mu dengan sesiapa pun.
(Q.S.18:38)

"Aku tundukkan diriku kepada-Mu wahai Pemelihara semua alam."
(Q.S. AL-BAQARAH 2 : 131)

“Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Mu dengan apa pun. Dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim.”
( Q.S. 6 : 163 )

“Dan bukanlah aku daripada orang-orang yang menyekutukan-Mu."
( Q.S. 6 : 79 )

"Dan cukuplah-Mu, Ya ALLAH sebagai saksi ke atas ku"
(48:28)


:: DOA ::

Suci-Mu, Ya ALLAH, Yang Tinggi , Yang Agung.  Wahai Pemelihara semua alam. Wahai Yang Pemurah, Yang Pengasih. Hanya-Mu yang aku sembah dan hanya kepada-Mu aku meminta."


Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim, kecuali dalam kebinasaan!”
(Q.S. 71:28 )

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. 
Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh."
[Q.S 12 : 101 ]

"Wahai Pemeliharaku, berikan aku di dunia yang baik, dan di akhirat yang baik, dan lindungilah aku daripada azab Api." 
(2:201)

 cukuplah-Mu, Ya ALLAH sebagai wakil atas segala urusan.

Sesungguhnya Engkau mendengar Doa."
(Q.S.3:38)

“Wahai pemeliharaku, kabulkanlah doaku.”
(Q.S.14:40)

Dan segala puji bagi-Mu, Ya Allah, Pemelihara semua alam."
(Q.S. 10:10)


ALLAH...


:: BANGUN DARI SUJUD-TAMATLAH SOLAT ::

: DUDUK DAN BACA :

"Tiada tuhan selain-Mu, Ya Allah Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu, tiada yang disembah selain-Mu. dan tiada kuasa selain-Mu, Yang Agung."

Sesungguhnya agama yang benar di sisi-Mu  hanyalah Islam.  

"Aku percaya, Muhammad adalah Utusan-Mu dan penutup nabi-nabi Mu.
Aku adalah dari golongan orang-orang Muslim dan aku tundukkan diriku kepada Mu,
Dan cukuplah Engkau menjadi Saksi atas ku, wahai Pemelihara seluruh alam,

Sejahtera ke atas hamba-hambaMu yang Engkau pilih.
Dan sejahtera ke atas para utusanMu.
Segala puji bagi-Mu, Ya ALLAH, Tuhan seluruh alam.


:: TAMAT ::