Dengan nama Allah, Yang
Pemurah, Yang Pengasih.
36:1. Ya Sin.
36:2. Demi al-Qur'an
yang bijaksana.
36:3. Sesungguhnya kamu
adalah di kalangan para utusan,
36:4. Di atas jalan
lurus.
36:5. Penurunan daripada
Yang Perkasa, Yang Pengasih,
36:6. Supaya kamu beri
amaran kepada kaum yang bapa-bapa mereka tidak diberi amaran, lalu mereka
lalai.
36:7. Wajarlah Ucapan ke
atas kebanyakan mereka, lalu mereka tidak percayai.
36:8. Sesungguhnya, Kami
letak pada leher-leher mereka belenggu-belenggu sampai ke dagu, lalu
kepala-kepala mereka ditinggikan,
36:9. Dan Kami letak di
hadapan mereka satu benteng, dan di belakang mereka satu benteng; dan Kami
tutup mereka, lalu mereka tidak melihat.
36:10. Sama sahaja bagi
mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka atau kamu tidak beri amaran
kepada mereka, mereka tidak percayai.
36:11. Kamu hanya beri
amaran kepada orang yang ikut Peringatan, dan yang takut kepada Yang Pemurah
dalam keadaan ghaib; maka berilah dia berita gembira dengan ampunan dan upah
yang mulia.
36:12. Sesungguhnya
Kamilah yang menghidupkan orang yang mati, dan tulis apa yang mereka dahulukan,
dan apa yang mereka tinggalkan; segala sesuatu Kami jumlahkan di dalam imam
(rekod) yang nyata.
36:13. Buatlah bagi
mereka satu persamaan - penduduk sebuah bandaraya apabila utusan-utusan datang
kepadanya,
36:14.
Apabila Kami utus kepada mereka dua orang, tetapi mereka dustakan mereka, maka
Kami utus yang ketiga untuk
memperkuatkan. Mereka berkata, "Sesungguhnya kami adalah utusan-utusan
kepada kamu."
36:15. Mereka berkata,
"Tiadalah kamu, melainkan manusia-manusia yang serupa dengan kami; Yang
Pemurah tidak turunkan sesuatu. Tiadalah kamu, melainkan kamu
berdusta."
36:16. Mereka berkata,
"Pemelihara kami tahu bahawa kami adalah utusan-utusan kepada kamu,
36:17. Dan atas kami
hanyalah untuk sampaikan yang jelas."
36:18. Mereka berkata,
"Kami meramalkan yang buruk daripada kamu. Jika kamu tidak berhenti, kami
akan rejam kamu, dan akan menimpa kamu, daripada kami, azab yang
pedih."
36:19. Mereka berkata,
"Ramalan kamu adalah bersama kamu, jika kamu diingatkan; tetapi kamu
adalah kaum yang membazir (berlebihan)."
36:20. Kemudian datang
seorang lelaki dari bahagian kota yang terjauh, berlari; dia berkata,
"Wahai kaumku, ikutlah utusan-utusan,
36:21. Ikutlah orang
yang tidak minta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk
yang benar.
36:22. Dan mengapakah
aku tidak akan sembah Yang memulakan aku, dan kepada-Nya kamu akan
dikembalikan?
36:23. Apa, adakah aku
akan ambil selain daripada Dia, tuhan-tuhan yang pengantaraannya, jika Yang
Pemurah hendak mudarat untukku, tidak berguna bagiku sedikit pun, dan yang
tidak selamatkan aku?
36:24. Sesungguhnya aku,
jika begitu, adalah dalam kesesatan yang nyata.
36:25. Sesungguhnya, aku
percaya kepada Pemelihara kamu; maka dengarlah aku!"
36:26. Dikatakan,
"Masuklah ke Taman!" Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya
kaumku tahu,
36:27. Bahawa
Pemeliharaku ampunkan aku, dan Dia letak aku di kalangan orang-orang yang
dimuliakan."
36:28.
Dan Kami tidak turunkan kepada kaumnya, selepas dia, sebarang tentera dari langit, dan tidak juga Kami
turunkan apa-apa.
36:29. Ia hanyalah satu
Teriakan, dan tiba-tiba, mereka senyap dan kaku.
36:30. Aduhai, sesalnya
hamba-hamba itu! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka
memperolok-olokkannya.
36:31. Apa, tidakkah
mereka lihat berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum
mereka, dan tiadalah bagi mereka untuk mereka kembali?
36:32. Mereka, kesemua
mereka, akan dihadapkan kepada Kami.
36:33. Dan satu ayat
bagi mereka ialah bumi yang mati: Kami hidupkannya, dan keluarkan biji-bijian
daripadanya, yang daripadanya mereka makan,
36:34. Dan Kami buatkan
di dalamnya kebun-kebun palma dan anggur, dan padanya Kami pancarkan mata
air,
36:35. Supaya mereka
memakan buah-buahannya, dan apa yang tangan-tangan mereka buat. Apa, tidakkah
mereka berterima kasih?
36:36. Dia disanjung,
yang mencipta semua pasangan daripada apa yang bumi tumbuhkan, dan daripada
diri-diri mereka sendiri, dan daripada apa yang mereka tidak tahu.
36:37. Dan satu ayat
bagi mereka ialah malam; Kami menanggalkan siang daripadanya, dan tiba-tiba,
mereka dalam kegelapan.
36:38.
Dan matahari - ia berlayar ke satu tempat rehat yang tetap; itulah ketentuan
Yang Perkasa, YangMengetahui.
36:39. Dan bulan - Kami
tetapkan ia dengan pengkalan-pengkalan sehingga ia kembali seperti sebatang
dahan palma yang tua.
36:40. Tidaklah patut
bagi matahari memotong bulan, dan tidak juga malam mendahului siang,
masing-masing berenang dalam falak (orbit).
36:41. Dan satu ayat
bagi mereka ialah bahawa Kami bawa keturunan mereka di dalam kapal yang penuh
muatan,
36:42. Dan Kami ciptakan
untuk mereka yang serupa dengan apa yang mereka tunggang,
36:43. Dan jika Kami
hendaki, Kami tenggelamkan mereka kemudian tidak ada yang kepadanya dimohonkan
pertolongan bagi mereka, dan tidak juga mereka diselamatkan,
36:44. Melainkan sebagai
satu pengasihan daripada Kami, dan satu kesenangan untuk satu waktu.
36:45. Dan apabila
dikatakan kepada mereka, "Takutilah apa yang di hadapan kamu, dan apa yang
di belakang kamu supaya kamu dikasihani."
36:46. Dan tiada sesuatu
ayat daripada ayat-ayat Pemelihara mereka yang datang kepada mereka melainkan
mereka berpaling daripadanya.
36:47. Dan apabila
dikatakan kepada mereka, "Nafkahkanlah daripada apa yang Allah rezekikan
kamu", orang-orang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya,
"Apa, adakah kami memberi makan kepada orang yang, jika Allah hendak, Dia
memberinya makan? Kamu hanyalah dalam kesesatan yang nyata!"
36:48. Dan mereka berkata,
"Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?"
36:49. Mereka hanya
menanti satu Teriakan untuk mengambil mereka ketika mereka sedang
bertengkar,
36:50. Kemudian mereka
tidak boleh buat sesuatu wasiat, dan tidak juga mereka kembali kepada keluarga
mereka.
36:51. Dan trompet
ditiup; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada
Pemelihara mereka.
36:52. Mereka berkata,
"Celakalah kami! Siapakah yang bangkitkan kami daripada tempat tidur kami?
Inilah apa Yang Pemurah janjikan, dan para utusan berkata benar."
36:53. Ia hanyalah satu
Teriakan; kemudian tiba-tiba, mereka kesemuanya dihadapkan kepada Kami.
36:54. Maka pada hari
ini, tiada jiwa dizalimi sedikit pun, dan tidaklah kamu dibalas melainkan
dengan apa kamu buat.
36:55. Sesungguhnya
penghuni-penghuni Taman pada hari ini sibuk dalam kegembiraan mereka.
36:56. Mereka dan
pasangan-pasangan mereka bersandar di atas sofa di tempat teduh.
36:57. Bagi mereka di
dalamnya buah-buahan, dan bagi mereka apa yang mereka seru.
36:58.
"Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih.
36:59. "Pisahkanlah
diri-diri kamu, wahai orang-orang yang berdosa, pada hari ini!
36:60. Tidakkah Aku buat
perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak sembah syaitan -
sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,
36:61. Dan bahawa kamu
hendaklah menyembah Aku? Inilah jalan lurus.
36:62. Ia telah sesatkan
sebahagian besar antara kamu; tidakkah kamu faham?
36:63. Inilah Jahanam
yang kamu telah dijanjikan,
36:64. Pangganglah di
dalamnya pada hari ini kerana kamu tidak percaya!"
36:65. Pada hari ini,
Kami letak satu penutup pada mulut-mulut mereka, dan tangan-tangan mereka
berkata-kata kepada Kami, dan kaki-kaki mereka menyaksikan terhadap apa yang
mereka telah usahakan.
36:66. Sekiranya Kami
hendaki, tentu Kami hapuskan mata mereka, kemudian mereka berlumba-lumba ke
jalan, tetapi bagaimanakah mereka lihat?
36:67. Sekiranya Kami
hendaki, tentu Kami ubah mereka di mana mereka berada, kemudian mereka tidak
boleh maju, dan tidak juga mereka dapat kembali.
36:68. Dan kepada
sesiapa yang kami beri umur yang panjang, Kami lenturkan dia pada ciptaannya
(tubuhnya); apa, tidakkah mereka faham?
36:69.
Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu
Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.
36:70. Supaya dia beri
amaran kepada sesiapa yang hidup, dan supaya Ucapan jadi wajar ke atas
orang-orang tidak percaya.
36:71. Tidakkah mereka
lihat bagaimana Kami ciptakan untuk mereka daripada apa yang tangan Kami buat,
binatang ternak yang mereka miliki?
36:72. Kami tundukkannya
untuk mereka, dan sebahagiannya mereka tunggang, dan sebahagiannya mereka
makan.
36:73. Manfaat lain juga
mereka dapati padanya, dan minuman. Apa, tidakkah mereka berterima kasih?
36:74. Namun begitu,
mereka ambil selain daripada Allah tuhan-tuhan supaya mereka ditolong.
36:75. Mereka tidak
boleh tolong mereka, walaupun mereka adalah tentera yang disediakan untuk
mereka.
36:76. Maka janganlah
ucapan mereka menyedihkan kamu; sesungguhnya Kami tahu apa yang mereka
rahsiakan, dan apa yang mereka siarkan.
36:77. Sudahkah manusia
renungkan bagaimana Kami menciptanya daripada setitis mani? Kemudian tiba-tiba,
dia jadi penentang yang nyata.
36:78. Dan dia buatkan
bagi Kami suatu persamaan dan melupakan ciptaannya; dia berkata, "Siapakah
yang hidupkan tulang-tulang apabila ia sudah reput?"
36:79. Katakanlah,
"Yang menghidupkannya ialah Yang menumbuhkannya pada kali pertama; Dia
tahu segala ciptaan,
36:80. Yang buatkan
untuk kamu daripada pokok yang hijau, api, dan tiba-tiba, daripadanya kamu
nyalakan api."
36:81. Tidakkah Dia yang
cipta langit dan bumi berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Ia,
Dia Yang Pencipta, Yang Mengetahui.
36:82. Perintah-Nya,
apabila Dia hendakkan sesuatu adalah untuk berkata padanya,
"Jadilah", maka jadilah ia.
36:83. Dia disanjung,
yang di tangan-Nya dominion segala sesuatu, dan kepada-Nya kamu akan
dikembalikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan