Jumaat, 20 Mei 2016
Rabu, 18 Mei 2016
AL-AQSA : KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM???
SIAPA KATA MASJIDIL AQSA ADALAH KIBLAT PERTAMA NABI MUHAMMAD DAN UMAT ISLAM?
2:142. Orang-orang bodoh antara manusia akan berkata, "Apakah yang memalingkan mereka daripada kiblat (haluan) yang mereka hadap dahulu?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah Timur dan Barat; Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus."
2:143. Demikianlah Kami buat kamu satu umat yang di tengah, supaya kamu jadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami tidak tentukan kiblat yang kamu hadapkan melainkan supaya Kami tahu siapa yang ikut Rasul, dan siapa yang balik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah beri petunjuk; tetapi Allah tidak akan biarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih.
APAKAH DAN DI MANAKAH KIBLAT NABI MUHAMMAD ITU?
AL-AQSA DI PALESTIN?
KALAU ITU JAWAPAN KAMU…. MAKA KAMU SALAH….
AYAT SETERUSNYA MENYATAKAN KIBLAT NABI MUHAMMAD SEBELUM KIBLAT MASJIDIL HARAM!
2:144. "Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke LANGIT; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada KIBLAT yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah MASJIDIL HARAM (Masjid Suci); dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan."
YA… KIBLAT NABI MUHAMMAD SEBELUM ITU IALAH … BAGINDA MENDONGAK KE "LANGIT."
INI ADALAH LOJIK KERANA, ALLAH MENYATAKAN BAHAWA DIA BERADA DI LANGIT.
LIHAT AYAT-AYAT INI MENYOKONG QS. 2 :144 .
“Mereka takut kepada Rabb mereka yang (berada) di atas mereka.” (QS. An Nahl : 50)
“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Rabbnya.” (QS. Al Ma’arij : 4)
“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di (atas) langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?” (QS. Al Mulk : 16)
“(Yaitu) Rabb Yang Maha Pemurah. Yang beristiwa’ (menetap tinggi) di atas ‘Arsy .” (QS. Thoha : 5)
JADI, KIBLAT YANG DIDAKWA SEBAGAI KIBLAT PERTAMA BUKANLAH AL-AQSA MENURUT QUR’AN. TETAPI ARAH KE LANGIT DI MANA ALLAH BERSEMAYAM DIARASY-NYA. HANYA HADIS-HADIS DAN RIBUAN PENDAPAT ULAMA SUNNI YANG MNEYATAKAN DEMIKIAN. DAN KENYATAAN MEREKA DITENTANG KERAS OLEH WAHYU ALLAH SEEPRTI YANG SAYA BERI DI ATAS…
WALLAHU’ALAM..
Selasa, 17 Mei 2016
WAKTU SOLAT MENURUT QUR’AN ???
ALLAH S.W.T
berfirman :
"Kami buatkan malam dan siang sebagai dua
ayat; kemudian Kami hapuskan ayat malam, dan Kami buatkan ayat siang untuk
melihat supaya kamu cari pemberian daripada Pemelihara kamu, dan supaya kamu
tahu bilangan tahun, dan hitungan; dan segala sesuatu Kami jelaskan dengan
cukup jelas."
[Q.S. 17 : 12]
Dalam sehari ada 24
jam, dalam sehari juga ada siang dan malam.
Pembahagian jam bagi siang adalah 12 jam dan malam pula mendapat
bahagian yang sama iaitu 12 jam. Oleh
itu sekiranya matahari terbit pada jam 7 pagi, maka secara lumrahnya matahari
akan terbenam pada jam 7 petang. Ini
menepati masa yang diperuntukan sebanyak 12 jam.
Untuk menentukan
waktu solat yang tepat bagi ‘2 TEPI
SIANG’. Kita wajib faham sistem 24 jam
sehari ataui 12 jam siang dan 12 jam malam.
"Dan lakukan
solat(Sholaata) pada dua tepi siang, dan awal malam..."
[ QS 11 : 114 ]
KATA KUNCINYA : SIANG
(zon yang merujuk kepada matahari terbit dan sebelum terbenam)
Tepi siang pertama ditentukan olehNya adalah tepat pada waktu Fajar seperti
yang digambarkan dalam surah AL-BAQARAH 2 : 187. Waktu Fajar adalah permulaan bagi siang. Ia digelar TEPI SIANG PERTAMA.
Oleh itu,
Oleh itu,
Sekiranya, Waktu Fajar
atau siang bermula pada jam 6 pagi. Maka
waktu siang akan berakhir pada tepat 12 jam bermula dari jam 6 pagi, iaitu
tepat pada jam 6 petang. Dan dari contoh
ini, waktu TEPI SIANG KEDUA ialah pada jam 6 petang. Ini memenuhi peruntukan 12
jam untuk siang.
Sekiranya waktu solat
Fajar ditentukan dari mula terbit Fajar hingga matahari terbit iaitu dalam
lebih kurang dari jam 6 pagi hingga jam 7 pagi ketika matahari terbit. Maka waktu solat Fajar itu ada tempoh masa
selama sejam atau lebih.
Waktu FAJAR dan Waktu SUBUH adalah berbeza.
FAJAR
2:187.”… Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada FAJAR…,”
*Waktu ini adalah permulaan Siang atau tepi siang, Cahaya garisan sinar matahari pertama seperti benang putih di yang jelas kelihatan pada benang hitam. Ia menunjukkan waktu akhir malam.
SUBUH
74:34. “Dan subuh (pagi) apabila ia menyinari.”
*Waktu ini matahari sudah bersinar dan lebih cerah sinarannya berbanding waktu Fajar. Ia menunjukkan waktu akhir Fajar.
Manakala Tepi siang kedua ialah pada waktu Petang - akhir siang iaitu pada waktu sebelum matahari terbenam (Masih dalam zon Siang). Selepas matahari terbenam adalah waktu malam di mana orang berpuasa berbuka seperti mana digambarkan dalam AL-BAQARAH 2 : 187.
Manakala,
Solat Wusta yang ditunaikan di antara
dua solat (Solat Fajar dan Solat Isyak) tepat pada jam 6 hingga 7 petang (cukup
12 jam peruntukan untuk siang : jam 7 pagi –jam 7 malam jumlah semuanya 12 jam).
12 jam lagi adalah peruntukan untuk waktu malam.
Waktu FAJAR dan Waktu SUBUH adalah berbeza.
FAJAR
2:187.”… Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada FAJAR…,”
*Waktu ini adalah permulaan Siang atau tepi siang, Cahaya garisan sinar matahari pertama seperti benang putih di yang jelas kelihatan pada benang hitam. Ia menunjukkan waktu akhir malam.
SUBUH
74:34. “Dan subuh (pagi) apabila ia menyinari.”
*Waktu ini matahari sudah bersinar dan lebih cerah sinarannya berbanding waktu Fajar. Ia menunjukkan waktu akhir Fajar.
Manakala Tepi siang kedua ialah pada waktu Petang - akhir siang iaitu pada waktu sebelum matahari terbenam (Masih dalam zon Siang). Selepas matahari terbenam adalah waktu malam di mana orang berpuasa berbuka seperti mana digambarkan dalam
Menurut surah Al-
Muzzammil : 20
Malam dibahagikan
kepada tiga. Menggunakan sistem 1/3
malam, 2/3 malam dan separuh malam(1/2). Oleh itu malam ada 12 jam. Malam bermula dari
jam 7 petang pada waktu matahari terbenam
hingga jam 7 pagi pada waktu matahari terbit.
Ini juga cukup 12 jam seperti mana siang ada 12 jam.
"Pemelihara kamu
tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau
satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan
Allah tentukan malam dan siang..."
[Q.S. AL-MUZZAMMIL :
20]
SISTEM MUZZAMMIL 20
berikut ialah
pembahagian malam menurut sistem ini.
1/3 malam kali dengan 12 jam : setiap bahagian malam akan mendapat 4 jam.
Oleh itu :
Jam 7 hingga jam 11
malam ada 4 jam. dari jam 11 hingga jam
3 pagi ada 4 jam dan dari jam 3 pagi
hingga jam 7 pagi ada 4 jam. jumlah kesuluruhannya
adalah 12 jam untuk malam.
2/3 malam pula
merujuk kepada jam 3 pagi dalam sistem ini.
Dan 1/2 malam ialah
tepat pada jam 1 pagi kalau dikira dari jam peruntukan 12 jam bermula dari jam
7 malam hingga 7 pagi siang.
Oleh itu sekiranya
waktu solat lebih awal berbanding dari terbit matahari iaitu sebelum jam 7
pagi. Waktu solat tepi siang kedua akan
berakhir pada jam 6 petang. Ini merupakan
pembahagian adil dari segi jam dan waktu siang dan malam.
Oleh itu untuk
menentukan di mana awal malam berada.
Kita akan akan ikut sistem 1/3 ini.
Menurut sistem ini 4 jam pertama dari malam adalah awal malam, 4 jam
seterusnya adalah kegelapan tengah malam atau tengah malam dan 4 jam selepas
itu adalah akhir malam.
Oleh itu Solat yang
dilakukan pada awal malam rentang waktunya adalah bermula dari jam 7 hingga jam
11 malam. Ini merupakan ‘Awal Malam’. Dalam surah 11 : 114, “..dirikanlah solat…
dan pada awal malam(Zulafan minalail) . Maka
waktu kita solat dari jam 7 hingga jam 11 malam. Solat yang ditunaikan di awal malam adalah
solat ISYAK. Kerana ISYAK bermaksud SENJA
atau “AWAL MALAM.”
"Dan mereka
datang kepada bapa mereka pada waktu ISYAK (‘ISHAAN : AWAL MALAM); mereka
menangis."
[ QS.12 : 16 ]
Yang bermula ketika
‘matahari terbenam hingga kegelapan malam’ - Selari dengan ayat AYAT INI YANG MENERANGKAN
LAGI BAGAIMANA SITUASI DAN KIRAAN BERMULA UNTUK AWAL MALAM. IAITU DARI TERBENAM
MATAHARI HINGGA KEGELAPAN MALAM.
"Lakukan solat(Sholaata) dari PENURUNAN matahari hingga kegelapan malam..."
[Q.S. 17 : 78]
[Q.S. 17 : 78]
Matahari terbenam
dalam jam 7 ke atas dan Selepas jam 11 malam akan jadi lebih gelap.-KEGELAPAN
MALAM.
Oleh itu, jelas di
sini dari pengiraan siang dan malam, pembahagian masa dan wahyu yang diutarakan
sebagai dalil. Saya memutuskan bahawa
waktu-waktu solat 3 waktu adalah seperti berikut.
SOLAT FAJAR : Jam 6-7 pagi (Tepi siang pertama : Zon
Siang-Bermula dengan waktu Fajar)
SOLAT WUSTA : Jam 6-7
petang (Tepi siang kedua: Zon Siang- berakhir dengan matahari terbenam)
SOLAT ISYAK : JAM
7-11 malam ( Zon Awal malam- bermula dengan matahari terbenam)
*WAKTU JAM adalah mengikut waktu tempatan:Malaysia. Luar Malaysia pengiraannya bergantung pada jumlah jam siang dan malam masing-masing.
*WAKTU JAM adalah mengikut waktu tempatan:Malaysia. Luar Malaysia pengiraannya bergantung pada jumlah jam siang dan malam masing-masing.
NAMA-NAMA SOLAT
SOLAT FAJAR
(SALATI FAJR)
(SALATI FAJR)
Keadaan Waktu Fajar disebut dalam ayat 2:187
Nama solat Fajar disebut dalam ayat 24:58
SOLAT WUSTA
(SALATI WUSTA)
(SALATI WUSTA)
Keadaan Waktu Wusta disebut dalam 17 :78
Nama solat disebut dalam 2:238
Waktu solat disebut dalam 11:114
SOLAT ISYAK
(SALATI ISYAK)
(SALATI ISYAK)
Keadaan Waktu Isyak disebut dalam 11:114, 17:78
Nama solat disebut dalam 24:58
Waktu Solat disebut dalam 11:114
(SOLAATIMIYYAUMILJUMUAHT)
SOLAT PADA HARI JUMAAT/WAKTU BERKUMPUL
-Didirikan pada waktu ZOHOR(30:18, 62:10), - hanya pada hari SITTAH ATAU DGN KATA LAIN-JUMAAT (berkumpul pada Hari Sittah) sekali dalam seminggu. Perniagaan dan hiburan diadakan sebelum dan selepasnya (WAKTU ZOHOR)
TIDAK Terikat dalam kefardhuan solat tiga waktu (Solat Fajar, Solat Wusta dan Solat Isyak).- JUMUAHT juga bermaksud solat berkumpul atau berjemaah yang dilakukan pada 3 waktu solat harian yang ditentukan.
disebut dalam 62 : 9-11
***
SOLAT BERJEMAAH/JUMUATH/BERKUMPUL
-Didirikan pada waktu ZOHOR(30:18, 62:10), - hanya pada hari SITTAH ATAU DGN KATA LAIN-JUMAAT (berkumpul pada Hari Sittah) sekali dalam seminggu. Perniagaan dan hiburan diadakan sebelum dan selepasnya (WAKTU ZOHOR)
TIDAK Terikat dalam kefardhuan solat tiga waktu (Solat Fajar, Solat Wusta dan Solat Isyak).- JUMUAHT juga bermaksud solat berkumpul atau berjemaah yang dilakukan pada 3 waktu solat harian yang ditentukan.
disebut dalam 62 : 9-11
***
SOLAT BERJEMAAH/JUMUATH/BERKUMPUL
SOLAATIMIYYAUMIL
JUMUAHT
Manakala Solat pada
hari berkumpul/Jumaat (istimewa pada hari jumaat sahaja) boleh dilakukan pada
waktu penurunan matahari hingga kegelapan malam – Perhatikan ini, sebelum waktu
Zohor orangg berniaga, bila tiba waktu zohor orang berehat(24:58) dan memuji
ALLAH(30:18) dan selepas waktu Zohor, ketika penurunan matahari(17:78) - solat
berkumpul dilakukan. Sesudah solat berjumuah pada hari Jumaat, kembali mencari
rezeki di bumi ALLAH(berniaga semula).
Maknanya di hari
Jumaat kita disuruh mencari rezeki bukan bercuti atau berehat selepas solat pada
hari Jumaat tersebut. Hal solat ini adalah istimewa kerana dilakukan seminggu
sekali iaitu pada hari Jumaat.
Solat pada hari Jumuaht/ waktu berkumpul(berjemaah)
*Berjemaah/berkumpul/Jumuaht juga ditunaikan pada selepas waktu Zohor, 62:10),
Wajib ke atas lelaki dan perempuan Muslim.
*Berjemaah/berkumpul/Jumuaht juga ditunaikan pada selepas waktu Zohor, 62:10),
Wajib ke atas lelaki dan perempuan Muslim.
*WAKTU ZOHOR ADALAH
TITIK TENGAH SIANG HARI(SELEPAS 6 JAM) BERMULA DARI WAKTU FAJAR DAN BERAKHIR DI
WAKTU ISYAK. (12 JAM SIANG). SEKIRANYA FAJAR BERMULA JAM 6. MAKA WAKTU ZOHOR ADALAH PADA JAM 12
TENGAHARI. KIRAAN MINIT MENGIKUT 6 JAM DARI MINIT FAJAR.
*SEKIRANYA TERTINGGAL MANA-MANA SOLAT 3 WAKTU. TIDAK PERLU MENGGANTINYA TETAPI MOHONLAH AMPUN KEPADA ALLAH.
"Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku.
Ampunkanlah aku." (28:16)
"Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya;
ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada
azab Api." (3:16)
"Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri
kami sendiri, dan jika Engkau tidak ampunkan kami dan kasihani kami, tentu kami
jadi antara orang-orang yang rugi." (7:23)
WALLAHU'ALAM
Sabtu, 14 Mei 2016
SURAH LABAH-LABAH BETINA / AL-ANKABUT ???
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang
Pengasih.
29:1. Alif Lam Mim.
29:2. Adakah manusia sangka mereka akan
dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji?
29:3. Sesungguhnya Kami telah uji
orang-orang sebelum mereka, dan sungguh, Allah tahu orang-orang yang berkata
benar, dan sungguh, Dia tahu pendusta-pendusta.
29:4. Atau, adakah mereka sangka,
orang-orang yang buat jahat, bahawa mereka akan mendahului Kami? Jahatnya apa
yang mereka putuskan!
29:5. Sesiapa yang mengharapkan untuk
bertemu dengan Allah, tempoh Allah pasti datang; Dia Yang Mendengar, Yang
Mengetahui.
29:6. Sesiapa berjuang, dia berjuang
hanya untuk dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.
29:7. Dan orang-orang yang percaya, dan
buat kerja-kerja baik , sungguh, Kami akan lepaskan mereka daripada
kejahatan-kejahatan mereka, dan Kami akan balas mereka dengan yang paling baik
daripada apa mereka buat.
29:8. Kami wasiatkan manusia supaya dia
buat baik kepada ibu bapanya; tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk
kamu sekutukan Aku dengan yang padanya kamu tiada pengetahuan, maka janganlah
mentaati mereka; kepada Aku kamu kembali, dan Aku akan beritahu kamu apa yang
kamu buat.
29:9. Dan orang-orang yang percaya, dan
buat kerja-kerja baik , sungguh, Kami akan masukkan mereka di kalangan
orang-orang yang salih.
29:10. Antara manusia, ada yang berkata,
"Kami percaya kepada Allah", tetapi apabila dia disakiti kerana
Allah, dia buatkan penganiayaan manusia seperti ia azab Allah; kemudian jika
pertolongan datang daripada Pemelihara kamu, mereka berkata, "Kami
berserta kamu." Apa, tidakkah Allah sangat-sangat tahu apa yang di dalam
dada semua alam?
29:11. Sesungguhnya Allah tahu
orang-orang yang percaya, dan Dia tahu orang-orang munafik.
29:12. Berkata orang-orang tidak percaya
kepada orang-orang yang percaya, "Ikutlah jalan kami, dan kami akan pikul
pelanggaran-pelanggaran kamu" padahal mereka tidak pikul
pelanggaran-pelanggaran mereka sedikitpun; sesungguhnya mereka sebenarnya
pendusta-pendusta.
29:13. Sungguh, mereka akan pikul
beban-beban mereka, dan beban-beban yang lain bersama beban-beban mereka, dan
pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka ada-adakan.
29:14. Sesungguhnya Kami telah utus Nuh
kepada kaumnya, dan dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun, kecuali
lima puluh; maka banjir ambil mereka sedang mereka orang-orang zalim.
29:15. Namun begitu, Kami selamatkan dia
dan orang-orang yang di dalam kapal, dan Kami membuatnya satu ayat bagi semua
alam.
29:16. Dan Ibrahim, apabila dia berkata
kepada kaumnya, "Sembahlah Allah, dan takutilah Dia; itu lebih baik bagi
kamu, jika kamu tahu.
29:17. Kamu hanya sembah, selain
daripada Allah, berhala-hala, dan kamu cipta fitnahan; sesungguhnya orang-orang
yang kamu sembah, selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi rezeki
kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan sembahlah Dia, dan
berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
29:18. Tetapi, jika kamu dustakan aku,
umat-umat sebelum kamu telah dustakan; dan hanyalah atas Rasul untuk sampaikan
yang jelas."
29:19. Tidakkah mereka lihat bagaimana
Allah memulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula? Sesungguhnya itu, bagi
Allah mudah.
29:20. Katakanlah, "Mengembaralah
di bumi, kemudian perhatikan bagaimana Dia memulakan ciptaan; kemudian Allah
jadikan pertumbuhan akhir bertumbuh; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala
sesuatu,
29:21. Dengan mengazab siapa Dia
hendaki, dan kasihani sesiapa Dia hendaki, dan kepada-Nya kamu akan dibalikkan.
29:22. Kamu tidak dapat mengandaskan-Nya
di bumi dan tidak juga di langit, dan kamu tiada, selain daripada Allah, wali
(pelindung), dan tiada juga penolong.
29:23. Dan orang-orang tidak percaya
kepada ayat-ayat Allah, dan pertemuan dengan-Nya, mereka berputus asa daripada
pengasihan-Ku, dan bagi mereka, azab yang pedih."
29:24. Maka tiadalah jawapan kaumnya
melainkan mereka berkata, "Bunuhlah dia, atau bakarlah dia!" Kemudian
Allah selamatkan dia daripada api; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah
ayat-ayat bagi kaum yang percayai.
29:25. Dan berkata, "Kamu ambil
untuk kamu hanyalah berhala-berhala, selain daripada Allah, sebagai tanda kasih
sayang antara kamu dalam kehidupan dunia; kemudian pada Hari Kiamat, sebahagian
kamu akan tidak percaya kepada sebahagian yang lain, dan kamu laknatkan satu
sama lain, dan tempat menginap kamu ialah Api, dan kamu tidak ada
penolong-penolong."
29:26. Tetapi Lut percaya kepadanya; dan
dia berkata, "Aku hijrah kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dialah Yang
Perkasa, Yang Bijaksana."
29:27. Dan kami beri dia Ishak, dan
Yaakub, dan Kami buatkan Kenabian, dan al-Kitab, untuk menjadi antara
keturunannya; Kami beri dia upah di dunia, dan di akhirat, dia termasuk
orang-orang salih.
29:28. Dan Lut, apabila dia berkata
kepada kaumnya, "Sesungguhnya kamu lakukan kesumbangan yang tiada seorang
pun di semua alam pernah lakukannya sebelum kamu.
29:29. Apa, adakah kamu datangi lelaki,
dan memotong jalan, dan kamu datangkan dalam majlis kamu, yang mungkar?"
Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Datangkanlah
kepada kami azab Allah, jika kamu berkata benar."
29:30. Berkata, "Wahai
Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang buat kerosakan."
29:31. Dan apabila Rasul-Rasul Kami
datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan
musnahkan penduduk bandaraya ini, kerana penduduknya orang-orang zalim."
29:32. Berkata, "Lut di
dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat-sangat tahu siapa di
dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia
termasuk orang-orang yang tinggal."
29:33. Apabila Rasul-Rasul Kami datang
kepada Lut, dia berasa susah terhadap mereka, dan dia berasa cemas untuk
mereka; tetapi mereka berkata, "Jangan takut, dan jangan juga susah,
kerana sesungguhnya kami akan menyelamatkan kamu dan keluarga kamu, kecuali
isteri kamu; dia termasuk orang-orang yang tinggal.
29:34. Kami akan turunkan kepada
penduduk bandaraya ini kemurkaan dari langit kerana mereka buat fasiq."
29:35. Dan sesungguhnya Kami tinggalkan
daripadanya satu ayat, bukti yang jelas, bagi kaum yang faham.
29:36. Dan kepada Madyan, saudara mereka
Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah, dan kamu harapkanlah
Hari Akhir, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."
29:37. Tetapi mereka dustakan dia; maka
gempa bumi ambil mereka, dan pagi dapati mereka di dalam tempat tinggal mereka,
tersungkur tidak bergerak.
29:38. Dan Ad, dan Tsamud - telah jadi
nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan
indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan halangi mereka daripada jalan,
walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas.
29:39. Dan Karun, dan Firaun, dan Haman;
Musa telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka
berlaku sombong di bumi; namun begitu, mereka tidak mendahului Kami.
29:40. Masing-masing Kami ambil kerana
kesalahannya; dan antara mereka, kepada sebahagian, Kami utus angin ribut yang
mengandungi batu, dan sebahagian diambil oleh Teriakan, dan sebahagian Kami
buatkan bumi telan mereka, dan sebahagian Kami tenggelamkan; Allah tidak
menzalimkan mereka tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.
29:41. Persamaan orang-orang yang
mengambil untuk mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Allah,
ialah seperti persamaan labah-labah betina yang mengambil untuknya sebuah
rumah; dan sesungguhnya yang paling lemah antara rumah-rumah ialah rumah
labah-labah betina, jika mereka tahu.
29:42. Allah tahu apa sahaja benda yang
mereka seru selain daripada Allah; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
29:43. Dan persamaan-persamaan itu Kami
buatkan untuk manusia, dan tiadalah yang memahaminya melainkan orang-orang yang
tahu.
29:44. Allah cipta langit dan bumi
dengan yang benar; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi
orang-orang mukmin.
29:45. Bacalah apa yang diwahyukan
kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukan solat; solat melarang kesumbangan
dan mungkar. Mengingat Allah adalah lebih besar; dan Allah tahu apa yang kamu
kerjakan.
29:46. Janganlah berdebat dengan ahli
Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali bagi orang-orang antara
mereka yang buat zalim; dan katakan, "Kami percaya kepada apa diturunkan
kepada kami, dan apa diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu Satu,
dan kepada-Nya kami muslim."
29:47. Begitulah Kami turunkan kepada
kamu al-Kitab. Orang-orang yang kepada mereka Kami beri al-Kitab percayainya;
dan sebahagian mereka ini percayainya; dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami
kecuali orang-orang tidak percaya (kafir).
29:48. Tidak sebelum ini kamu baca sebarang
Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah
orang-orang yang ikut yang palsu menjadi ragu-ragu.
29:49. Tidak, ia adalah ayat-ayat,
bukti-bukti yang jelas, di dalam dada orang-orang diberi pengetahuan; dan tiada
yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali orang-orang zalim.
29:50. Mereka berkata, "Mengapakah
ayat-ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?"
Katakanlah, "Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah, dan aku hanyalah seorang
pemberi amaran yang jelas."
29:51. Apa, adakah tidak mencukupi bagi
mereka bahawa Kami turunkan kepada kamu al-Kitab yang dibacakan kepada mereka?
Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu pengasihan, dan satu peringatan
bagi kaum yang percayai.
29:52. Katakanlah, "Cukuplah Allah
sebagai saksi antara aku dan kamu. Dia tahu apa yang di langit dan bumi.
Orang-orang yang percaya kepada yang palsu, dan tidak percaya kepada Allah,
mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi."
29:53. Dan mereka minta kepada kamu
supaya disegerakan azab! Jika tidak kerana satu tempoh yang dinyatakan, tentu
azab telah datang kepada mereka; tetapi ia datang kepada mereka dengan
tiba-tiba, sedang mereka tidak sedar.
29:54. Mereka minta kepada kamu supaya
disegerakan azab! Sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang tidak percaya.
29:55. Pada hari azab menutupi mereka,
dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka, dan Dia berkata, "Rasalah apa
kamu buat!"
29:56. Wahai hamba-hamba-Ku yang
percaya, sesungguhnya bumi-Ku luas; maka Aku hendaklah kamu sembah!
29:57. Tiap-tiap jiwa akan rasa
kematian; kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.
29:58. Dan orang-orang yang percaya, dan
buat kerja-kerja baik , sungguh, Kami akan tempatkan mereka di bilik-bilik yang
tinggi di Taman, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal
selama-lamanya; sangat baiknya upah orang-orang yang beramal,
29:59. Orang-orang yang sabar, dan
tawakal kepada Pemelihara mereka.
29:60. Berapa banyaknya haiwan yang
tidak membawa rezekinya sendiri, tetapi Allah beri rezeki untuknya dan kamu!
Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
29:61. Jika kamu tanya mereka,
"Siapakah yang cipta langit dan bumi, dan tundukkan matahari dan
bulan?" mereka akan berkata, "Allah." Maka bagaimanakah mereka
dipalingkan?
29:62. Allah menjulur dan menyempitkan
rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya; sesungguhnya
Allah tahu segala sesuatu.
29:63. Jika kamu tanya mereka,
"Siapakah yang turunkan dari langit air, dan dengannya hidupkan bumi
setelah ia mati?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah,
"Segala puji bagi Allah." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak
faham.
29:64. Kehidupan dunia ini adalah tiada,
melainkan satu hiburan dan satu permainan; sesungguhnya tempat kediaman akhir
ialah Kehidupan, jika mereka tahu.
29:65. Apabila mereka naik ke kapal,
mereka seru Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia
selamatkan mereka ke darat, tiba-tiba mereka sekutukan,
29:66. Kerana mereka tidak percaya
(kafir) kepada apa yang kami beri mereka, dan mereka gembira; mereka pasti akan
tahu!
29:67. Tidakkah mereka lihat bahawa Kami
buatkan tempat suci yang aman, sedang semua di sekitar mereka, manusia
disambar? Apa, adakah mereka percayai yang palsu, dan atas rahmat Allah mereka
tidak percaya (kafir)?
29:68. Dan siapakah lebih zalim daripada
orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia dustakan yang benar
apabila ia datang kepadanya? Apa, tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal
orang-orang tidak percaya?
29:69. Tetapi orang-orang yang berjihad
untuk Kami, sungguh, Kami akan beri petunjuk kepada mereka pada jalan-jalan
Kami; dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang-orang buat baik.
Langgan:
Catatan (Atom)












