The Alien - Link Select

Selasa, 15 Mac 2016

DOA MAKAN ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Dan janganlah makan apa yang padanya nama ALLAH  tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu taati mereka, kamulah orang-orang yang sekutukan.”
[ Q.S. BINATANG TERNAK / AL-AN’AM 6 : 121 ]

"Dan akhir seruan mereka, ‘Segala puji bagi Allah (ALHAMDULILLAH), Pemelihara semua alam.’"
 [ Q.S. YUNUS 10 : 10 ]

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Apabila seseorang di antara kamu memakan makanan, hendaklah membaca:“Dengan nama Allah.”  Apabila seseorang itu terlupa untuk membacakan doa pada permulaannya ia makan, maka hendaklah ia membaca: “Dengan (menyebut) nama Allah dari awal dan di akhir (aku makan).”
[ AL-HIKMAH  H.R.S : IMAM ABU DAUD, TIRMIZI  Ra. A. ]

 “Wahai Ghulam, bacalah “Bismillah”, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang ada di hadapanmu.”
Daripada ‘Umar bin Abi Salamah R.A
 [ AL-HIKMAH  H.R.S : IMAM BUKHARI & MUSLIM Ra. A. ]

“sesungguhnya, Syaitan menghalalkan makanan yang tidak disebutkan nama ALLAH padanya.”
Daripada Huzaifah R.A
[ AL-HIKMAH  H.R.S : IMAM IMAM ABU DAUD  Ra. A. ]

“Sesungguhnya Allah Ta’ala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan Tahmid (ALHAMDULILLAH ) sesudah makan dan minum.”
Daripada Anas bin Malik R.A
 [ AL-HIKMAH  H.R.S : IMAM MUSLIM Ra. A. ]

“Apabila kamu makan dan minum, maka janganlah kamu lupa akan Nama ALLAH untuk disebut padanya.  Berdoalah seperti yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW.  Semoga ALLAH memberkati kamu dengan makanan dan minuman itu, menjadi seorang Muslim yang baik.” 

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

Isnin, 14 Mac 2016

SALAMUN ALAIKUM ???


Allah mengajar hamba-hamba-Nya. Dia mengajar melalui al-Kitab yang diturunkan kepada Rasul. Al-Kitab mengandungi petunjuk yang lengkap kepada jalan lurus. Tiada satu pun dilupakan-Nya, baik besar mahupun kecil, termasuk amalan salam hormat sesama manusia.

"Salam hormat" dalam bahasa Melayu adalah "hayya" dalam bahasa al-Qur'an, atau Arab. Kalimat itu disebut sebanyak sepuluh kali dan didapati pada tujuh ayat Kitab tersebut. Bilangannya banyak, lantas menunjukkan salam hormat antara sesama manusia adalah penting dan berfaedah.

Buat permulaan, diturunkan di bawah ini tiga daripada ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat hayya, atau salam hormat berbunyi,

"Seruan mereka di dalamnya (syurga), 'Engkau disanjung, ya Allah', dan salam hormat mereka, 'Salam', dan akhir seruan mereka, 'Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam'" (10:10).

"bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dimasukkan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dengan izin Pemelihara mereka; salam hormat mereka di dalamnya, 'Salam!'" (14:23).

"Salam hormat mereka, pada hari mereka temui-Nya, ialah 'Salam!' Dan Dia sediakan bagi mereka upah yang mulia'" (33:44).

Salam, atau salaam dalam lafaz Arab, adalah bunyi salam hormat di akhirat bagi orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga. Itu juga salam hormat pada hari orang-orang mukmin menemui Allah. Ia disebut "Salam" (sin lam mim) bukan "As-Salam" (alif lam sin lam mim) kerana kalimat yang kedua itu adalah nama Tuhan (59:23).

Salam bermaksud "sejahtera" atau "kesejahteraan" atau "peace" dalam bahasa Inggeris.

Salam hormat tadi, yang diguna di akhirat, didapati diguna di dunia ini juga. Ayat-ayat Allah yang menunjukkan kegunaannya adalah:

"Rasul-Rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, 'Salam!' Dia berkata, 'Salam'" (11:69).

"Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, 'Salam'" (25:63).

Daripada ayat-ayat tersebut dapat dipelajari bahawa "Salam" diguna kepada orang-orang yang percaya kepada Allah dan ayat-ayat-Nya, seperti Nabi Ibrahim, dan juga kepada orang-orang tidak percaya, atau orang-orang bodoh.

Salam hormat yang dianjur oleh Allah, yang diberkati-Nya dan baik, harus menjadi pakaian manusia di dunia ini. Itu adalah perintah-Nya. Perintah tersebut terkandung di dalam ayat berikut:

"Apabila kamu masuk rumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham" (24:61).

Sebaliknya pula, Dia murka terhadap orang-orang yang tidak menggunakan salam hormat yang telah diajar-Nya. Kemurkaan-Nya tersirat di dalam ayat berbunyi,

"Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka beri salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu" (58:8).

Begitulah beratnya salam hormat ajaran Allah di sisi-Nya. Selain ucapan "Salam" Dia juga ajar serta menyuruh ucapkan kalimat Salamun alaikum yang bermaksud Sejahtera ke atas kamu. Suruhan tersemat pada ayat bererti,

"apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu (Muhammad), katakanlah, 'Salamun alaikum'" (6:54).

Nabi telah ucapkan Salamun alaikum, atas perintah Allah, kepada orang-orang yang percayai ayat-ayat al-Qur'an, yang datang kepadanya. Salam yang diajar kepadanya, dan kepada semua hamba-hamba-Nya di dunia ini, adalah "diberkati dan baik" (sila rujuk ayat 24:61 yang disebut tadi).

Seperti itu juga diucap dalam situasi lain, seperti tatkala menarik diri daripada orang-orang bodoh, iaitu mereka yang tidak percayai ayat-ayat al-Qur'an, yang bercakap sia-sia mengenai agama. Firman-Nya:

"Apabila mereka dengar percakapan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya, dan berkata, 'Bagi kami amalan-amalan kami, dan kamu, amalan-amalan kamu. Salamun alaikum! Kami tidak inginkan orang-orang bodoh'" (28:55).

"Kum" pada "salamun alaikum" adalah untuk jamak. Kepada seorang sahaja disebut "ka", seperti Nabi Ibrahim menyebut dalam ucapan kepada bapanya berbunyi "Salamun alaika (Sejahtera ke atas kamu)." Pengajaran didapati pada ayat Allah bermaksud,

"Dia berkata, 'Salaamun alaika!' Aku akan minta ampun untuk kamu kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku" (19:47).

Seterusnya, salam yang diajar Tuhan menjadi tanda untuk mengenali sama ada seseorang berada dalam keadaan baik atau buruk - sama ada dia masuk syurga atau neraka. Tanda dikenali ketika dia didatangi malaikat untuk mematikannya. Kepada orang baik, malaikat-malaikat beri salam hormat menurut ajaran Tuhan. Ayat di bawah menjelaskannya:

"Yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata, 'Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa kamu buat'" (16:32).

Bagi orang dalam keadaan buruk pula, dia tidak diberi salam, tetapi hanya kata-kata yang mengancam, sebagaimana digambarkan di dalam dua ayat berikut:

"Jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim dalam sengsara kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, 'Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu kata yang tidak benar terhadap Allah, dan sombong terhadap ayat-ayat-Nya'" (6:93).

"Jika kamu dapat lihat ketika para malaikat mematikan orang-orang tidak percaya, dengan memukul muka-muka mereka, dan belakang mereka, 'Rasalah azab yang membakar,'" (8:50).

Salamun alaikum pun diucap di akhirat, kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam Taman (syurga). Tiga ayat di bawah membuktikannya:

"Dan di antara keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil penghuni-penghuni Taman, 'Salamun alaikum!' Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya" (7:46).

"'Salamun alaikum, kerana kamu telah sabar.' Sangat baiknya tempat kediaman muktamad" (13:24).

"Kemudian orang-orang bertakwa kepada Pemelihara mereka dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Taman, sehingga apabila mereka datang kepadanya, dan pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'Salamun alaikum! Kamu telah maju dengan baik; masuklah untuk tinggal selama-lamanya'" (39:73).

Salam yang diterima harus dibalas. Ia dibalas dengan salam yang serupa atau yang lebih baik. Perkara ini bukan remeh kerana Allah buat hitungan ke atasnya. Demikian itulah maksud firman Allah yang menyusul,

"Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah buat hitungan atas segala sesuatu" (4:86).

Sebagai contoh, pada ayat 11:69 yang telah disebut terlebih dahulu, dipelajari bahawa Nabi Ibrahim membalas dengan kata "Salam" kepada ucapan "Salam" malaikat-malaikat yang datang.

Mungkin sebutan "Salamun alaikum" adalah apa yang dimaksudkan dengan membalas salam yang lebih baik bagi "Salam" pada contoh yang baru disebut.

Sekiranya diberi salam dengan "Salamun alaika" atau "Salamun alaikum" pula, maka ia dibalas dengan yang serupa kerana, pada hemat penulis, tiada lagi yang lebih baik daripada itu, yang diajar Allah.

Ajaran Allah melalui ayat-ayat al-Qur'an dibuat-Nya jelas supaya hamba-hamba-Nya faham (ayat 24:61 tadi). Namun, timbul pula ajaran baru dengan salam yang lebih panjang setelah ditambah beberapa patah perkataan pada ajaran Allah, berbunyi,

As-salamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam yang pendek pun diajar juga, berbunyi,

As-salamu alaikum.

Ajaran baru terbit dari kitab karangan manusia zaman dahulu, seperti Bukhari, yang bukan seorang Nabi atau seorang Rasul, mahupun seorang Arab. Dia orang Parsi, dan tinggal kira-kira dua ratus tahun selepas Nabi wafat.

Contoh ajaran Bukhari diturunkan di bawah ini setelah di-copy and paste (maaf, ia dalam bahasa Inggeris) daripada CD terbitan "Islamic Computing Centre, London (1994)" yang tersurat seperti berikut:

Narrator    :  AbuHurayrah
Reference :  SAHIH AL-BUKHARI
Hadith no  :  8.246
Full_text    :  The Prophet (peace_be_upon_him) said, "Allah created Adam in His image, sixty cubits (about 30 meters) in height. When He created him, He said (to him), 'Go and greet that group of angels sitting there, and listen to what they will say in reply to you, for that will be your greeting and the greeting of your offspring.' Adam (went and) said, 'As-salamu Alaykum (Peace be upon you).' They replied, 'As-salamu Alaykum wa Rahmatullah (Peace and Allah's Mercy be on you).'  So they added 'Wa Rahmatullah.'"

The Prophet (peace_be_upon_him) added, "So, whoever will enter Paradise, will be of the shape and image of Adam. Since then the creation of Adam's (offspring) (i.e. stature of human beings) is being diminished continuously up to the present time."

Penulis tidak ingin memperbanyakkan kata atas kekeliruan yang hadir pada "Hadis Nabi" tersebut, seperti ketinggian Adam yang dikatakan 30 meter (yang mungkin setinggi atau lebih tinggi daripada haiwan dinosaur), atau penggunaan kalimat "As-Salam", atau petunjuk daripada malaikat, atau ketiadaan kata "wabarakatuh" pada tulisan Bukhari.


Akan tetapi, yang ingin dikatakan seterusnya ialah mengenai pilihan. Kini umat didatangi dua cara untuk memberi dan membalas salam. Umat kena pilih satu sahaja sebab Tuhan hanya satu. Pilihan haruslah memikirkan tentang siapa empunya syurga dan neraka. Dan bahawa umat tidak akan hidup lagi sesudah mati untuk membetulkan kesilapan dalam buat pilihan itu.

Ahad, 13 Mac 2016

MUSAFIR / VOYAGER / TRAVELERS ???



ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Katakanlah, ‘Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan.’”
[ Q.S. BINATANG TERNAK / AL-AN’AM 6 : 11 ]

“Katakanlah, ‘Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka; kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang sekutukan.’"
[ Q.S. ORANG-ORANG ROM / AR-RUM 30 : 42 ]

“Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi, supaya mereka ada hati untuk memahami dengannya, atau telinga untuk mendengar dengannya? Ia bukanlah mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.”
[ Q.S. HAJI / AL-HAJJ 22 : 46 ]

“Dia yang buatkan bumi patuh untuk kamu; maka berjalanlah di lorong-lorongnya, dan makanlah daripada rezeki-Nya; kepada-Nya Kebangkitan.”
[ Q.S. KERAJAAN / AL-MULK  67 : 15 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
bersabda:
 “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”
(H.R.S :  IMAM ABU DAUD Ra. A.]

“Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”
[ H.R.S : IMAM BUKHARI Ra. A. ]

“Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
[ H.R.S : IMAM TIRMIZI Ra. A. ]



“Musafir-lah kamu agar kamu tahu dan kenal siapa diri kamu di langit-Nya dan Bumi-Nya.”

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

RASUAH ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Dan janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, dan kamu menawarkannya kepada hakim-hakim, supaya kamu dapat makan, dengan dosa, sebahagian daripada harta manusia yang lain sedang kamu mengetahuinya.”
[ Q.S. LEMBU 2 : 188 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Yang memberi dan menerima Rasuah, kedua-duanya dalam Neraka.”
[ H.R.S : IMAM TABRANI Ra. A. ]

“ALLAH melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan”.
[ H.R.S : IMAM AHMAD Ra. A. ]

“Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru
 [ H.R.S : IMAM IBNU MAJAH Ra. A. ]

“Rasuah adalah api dalam sekam yang pasti akan membakar pelakunya, masyarakat dan negara tanpa disedari.”

SPRM

Rabu, 9 Mac 2016

SYAITAN-JIN DAN AYAT DOA PELINDUNGNYA???



 "Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku." 
(23:97-98)

"Aku berlindung pada Pemelihara yang membelahkan (pada waktu dinihari), Daripada kejahatan apa yang Dia cipta, Daripada kejahatan kegelapan apabila ia gelap, Daripada kejahatan orang (perempuan) yang meniup pada ikatan, Daripada kejahatan pendengki apabila dia dengki." (113:1-5)


"Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia." 
(114:1-5)


DOA PELINDUNG UNTUK ORANG LAIN


melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam." 
(3:35-36)

*UNTUK ANAK PEREMPUAN SAHAJA



Aku minta perlindungan bagi kamu(Ka) berdua(kuma) dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

*SEKIRANYA UNTUK BAYI DAN KANAK.  Maka Bacalah sambil menulis huruf alif lam lam ha pada dahi Bayi atau kanak tersebut.  Dengan menggunakan air garam/ air biasa/ bawang putih atau minyak rambut.


Variasi lain bagi doa ini. :


  ‘Uidzuka  bismillah min kulli syaitaanin wahammatin wa min kulli ‘ainin lamma.
  : Aku minta perlindungan bagi kamu dengan nama Allah daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).


HANYA HIASAN






Isnin, 7 Mac 2016

AL-QUR'AN ITU RASUL ???

Telah terbit satu persoalan mengenai Rasul, yang mengakibatkan sesetengah pihak disangka jadi Rasul pada hari ini. Sangkaan lahir daripada fahaman bahawa Rasul terdiri daripada golongan manusia dan malaikat sahaja. Dan bahawa Rasul, menurut al-Qur'an, didapati berada di kalangan masyrakat dewasa ini. Firman Allah,

"Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus." (3:101)

Kerana Rasul dikatakan hadir pada hari ini maka dia disangka hanya terdiri daripada orang-orang yang menyampaikan ayat-ayat Allah, yang bilangannya didapati begitu ramai.

Sedia maklum bahawa ayat-ayat Allah yang diturunkan, antara lain, beri petunjuk kepada manusia pada jalan lurus. Tugas itu, apabila direnungkan tidak hanya mampu dilaksana oleh Rasul jenis manusia kerana sebuah Kitab pun mampu buat demikian. Lalu Kitab itu boleh juga dianggap sebagai Rasul, seperti ditunjukkan dalam kandungan Peringatan berbunyi,

"Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu banyak perkara yang kamu sembunyikan daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas.
Allah beri petunjuk kepada siapa ikut kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada mereka pada jalan lurus." (5:15-16)

Rasul dikatakan telah datang dan apa yang dikatakan telah datang di situ dijelaskan lagi dengan frasa sebuah Kitab yang jelas. Justeru, ayat tersebut dengan jelas membawa mesej iaitu Rasul adalah Kitab.

Penurunan Kitab ambil masa yang lama, di antara sebuah Kitab dengan Kitab yang lain (contoh, Injil dan al-Qur'an yang memakan masa kira-kira 600 tahun, atau al-Qur'an hingga ke hari ini selama lebih 1400 tahun). Kerana begitu lama mungkin terdapat orang-orang di kalangan ahli Kitab menyatakan tidak ada sebarang pemberi berita gembira mahu pun pemberi amaran datang kepada mereka. Namun Allah sangkal mereka dengan ayat berikut:

"Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu pada satu masa jeda antara Rasul-Rasul, supaya kamu tidak kata, 'Telah tidak datang kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak juga sebarang pemberi amaran.' Sungguh, telah datang kepada kamu pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; Allah berkuasa atas segala sesuatu." (5:19)

Dia menyatakan bahawa Rasul merupakan pemberi berita gembira dan pemberi amaran. Pembawa dan pemberi tersebut boleh berbentuk sebuah Kitab. Seperti Kitab al-Qur'an, yang tidak dinafikan berfungsi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran menurut firman berbunyi,

"Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang tahu,
pemberi berita gembira, dan pemberi amaran, tetapi kebanyakan mereka berpaling, dan tidak mendengar." (41:3-4)

Serupa mana-mana Rasul jenis manusia, al-Qur'an juga dikatakan memberi berita gembira dan beri amaran, dan kerana mesejnya masih terpelihara hingga hari ini maka mana-mana manusia tidak perlu lagi menganggap diri mereka sebagai Rasul.  Kerana Rasul boleh berbentuk sebuah Kitab, seperti al-Qur'an, sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, maka Rasul kita pada hari ini ialah Kitab al-Qur'an.

Oleh itu ayat ini bermaksud…


Katakanlah, "Taatlah kepada Allah, dan Rasul." Tetapi jika mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang tidak percaya (3:32)

Dan taatlah kepada Allah dan Rasul supaya kamu dikasihani. (3:132)

Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, ……   (4:59)

Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar. (8:20)

Adalah merujuk kepada QUR’AN itu sebagai RASUL! 

Sebab itulah Allah tidak menyebut RASULULLAH atau NABI MUHAMMAD dalam ayat-ayat yang mengandungi  “Taati ALLAH dan RasulNya.”  Ini kerana RASUL bukan hanya Nabi Muhammad seorang dan Kenabian itu telah ditutup  dengan Muhammad sebagai nabi terakhir.  Tetapi Rasul masih ada iaitu kitab terakhir iaitu kitab Qu’ran.


Terdapat banyak lagi ayat-ayat yang berkaitan dengan subjek taat kepada Allah dan taat kepada Rasul.

Perhatikan di sini, dalam semua ayat-ayat yang berkaitan dengan ‘taat’ , Allah pilih untuk menggunakan perkataan ‘Rasul’ tidak ‘Muhammad’.

Allah, pencipta dan pemelihara Quran, beritahu kita bahawa kesemua dalam cakrawala adalah dalam penguasaanNya, termasuk Quran. Surah-surah, ayat-ayat, perkataan, nombor, susunan, pemilihan sifat-sifat kata, nama-nama, kisah-kisah, panjang pendeknya ayat dan surah..… kesemuanya adalah dibuat dan dipilih oleh Allah, dengan sengaja dan dengan tujuan khusus.

…... Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab; ….. (6:38)

Pembaca, pemerhati dan yang percaya kepada Quran sudah tentu memahami, dengan izin Allah bahawa Allah yang mengajar kita Quran, dan bukannya hadith-hadith susunan manusia.

Yang Pemurah, ajar al-Qur'an. (55:1-2)

Maka, dalam percubaan untuk memahami sesuatu subjek dalam Quran, kita perlulah rujuk kepada Quran itu sendiri. Oleh kerana Allah mengatakan Dia yang mengajar Quran, dan dia tidak berkomunikasi terus dengan kita, maka Quran sajalah yang kita boleh buat bahan rujukan untuk memahami Quran.

Kita perhatikan bahawa Allah secara konsisten sebut dalam ayat-ayatNya “taat kepada Allah….” dan diikuti dengan perkataan “Rasul” dan tidak “Muhammad”.

Dalam Quran Allah menyebut nama ‘Muhammad’ hanya pada empat ayat (3:144, 33:40, 47:2 dan 48:29), dan tiada satu pun berkaitan secara langsung dengan subjek taat. Lebih dari 25 kali Allah menyuruh kita taat kepada Rasul, tidak sekali pun Allah menyebut “taat kepada Muhammad”

Adakah ini secara kebetulan sahaja? Atu adakah ianya suruhan yang disengajakan?

Hanya “orang-orang yang percaya” percaya bahawa semua dalam dunia Allah ini adalah disengajakan dengan keinginan Allah. Tiada suatu pun dengan secara kebetulah saja. Ayat-ayat yang digunakan pun adalah secara sengaja dengan tujuan, tidak secara kebetulan.

Katakanlah, "Sekiranya laut adalah dakwat untuk Kata-Kata Pemeliharaku, tentulah laut itu habis sebelum Kata-Kata Pemeliharaku habis, walaupun Kami datangkan pengisian semula yang serupa dengan itu." (18:109)

Sekarang, cuba kita fahami apa Allah mengajari kita berkenaan nabi Muhammad.

Katakanlah, "Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu…..(18:110)

Allah yang Maha Mengetahui, tahu bahawa nabi Muhammad, sebagai manusia menjalani kehidupan hariannya sebagaimana manusia lain. Dia makan dan minum, tidur, berkeinginan, bernafsu, berkeluarga, buat kesilapan, berperasaan takut, rungsing, sakit, dsbnya. Muhammad adalah Rasul hanya kerana mesej yang diberikan melaluinya, yaitu Quran. Begitu juga Rasul-Rasul lain yang diberikan kitab-kitab. Muhammad tanpa Quran adalah seorang manusia biasa macam kita semua.

Wahai Rasul, sampaikanlah apa-apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu sampaikan Mesej-Nya. Allah lindung kamu daripada manusia. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya. 
(5:67)

Allah, bila menggunakan perkataan ‘Rasul’ mahukan subjek taat jadi jelas, yaitu supaya manusia mentaati seseorang empunya mesejNya, bukan mentaati peribadi atau mentaati Muhammad atas perkara-perkara lain.

Taati Rasul adalah bergantung kepada adanya mesej, yaitu Quran. Taati Rasul oleh sebab mesej yang dia diberi, yaitu Quran. Taati Rasul bermaksud ikut mesej yang diberi kepadanya, yaitu Quran.

Menyimpan janggut, pakai jubah singkat atas buku lali, jilat jari selepas makan, memakai serban dan sebagainya tidak termasuk dalam konsep taati Rasul, kerana semua itu tidak dijelaskan dalam Quran.

Nabi Muhammad tanpa Quran adalah manusia biasa. Walau pun dalam status Rasul, dia masih mempunyai perwatakan, perangai dan nafsu manusia biasa. Sebagai contoh, Allah mencerikan dalam Quran yang dia bermasam muka dengan seorang buta (80:1-11) sehingga Allah menegurnya, ada ketika dia takutkan manusia sedangkan dia sepatutnya takut kepada Allah (33:37) dan dia pernah mengharamkan apa yang tidak sepatutnya (66:1).

Itu sebab tiada tiada satu pun suruhan atau arahan supaya kita mentaati Muhammad. Kalaulah kita ambil konsep “taat kepada Rasul” sebagai taati Muhammad sebagai manusia, sudah tentu kita juga mesti bermasam muka kepada yang buta dan miskin. Kita mesti lakukan lain-lain kesalahan yang dilakukan oleh Muhammad sebagai manusia biasa. Sudah tentu tidak begitu. Kita disuruh mentaati Rasul sebab mesej yang dibawanya, Quran mewajibkan kita mentaati Rasul. Mentaati mesej ialah mentaati Rasul.

Satu contoh perbezaan di antara mentaati Rasul (oleh sebab dia membawa Quran) dan mentaati manusia ialah dua ayat berikut :

Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa antara kamu yang lakukan kesumbangan yang nyata, baginya azab akan digandakan dengan dua kali ganda; itu, bagi Allah, mudah. 
(33:30)

Tetapi sesiapa antara kamu yang patuh kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan buat kerja-kerja baik , Kami akan beri upahnya dua kali; Kami sediakan untuknya rezeki yang mulia. 
(33:31)

Perhatikan di sini, arahan kepada isteri-isteri nabi ialah supaya patuh kepada allah dan Rasul, bukannya kepada suami atau pun Muhammad. Sekiranya Allah menyuruh mereka patuh kepada suami (perkataan suami digunakan), sudah tentu ianya jadi satu arahan mutlak supaya isteri-isteri patuh kepada suami, tanpa syarat atau kelonggaran. Kita mesti ingat Allah tidak kekeringan atau kesuntukan perkataan (18:109). Disebaliknya Allah mahukan mereka, isteri-isteri nabi patuh kepada Rasul dengan mesej yang ada padanya.

Sebagai manusia, Muhammad telah diberi penghormatan besar apabila dipilih untuk menjadi Rasul Allah yang terakhir untuk sampaikan mesej yang terakhir, yaitu Quran. Budi pekertinya dijelaskan sebagai berikut,

Sesungguhnya kamu adalah di atas budi pekerti yang besar. 
(68:4)

Pun begitu, kita mesti ingat supaya tidak bezakan Muhammad sebagai Rasul dengan Rasul-Rasul Alah yang lain (2:285).  Yang perlu kita memahami dan bezakan ialah di antara :

mentaatinya dengan tunduk patuh kepada mesej (Quran)

dengan….

mentaatinya dengan meniru apa yang dia buat sebagai manusia biasa.

Yang sedihnya, ramai orang yang menganggap Islam itu akan lebih sempurna dengan beri penekanan silap dan lebih kepada meniru cara hidup harian nabi Muhammad dan ulamak-ulamak pada masa lampau. Pakai jubah, pakai serban, berus gigi pakai kayu sugi, makan sambil berlutut dan bermacam-macam lagi, tapi unta tak nak naik, nak naik Honda Accord. Itu semua adalah hak individu. Tetapi untuk mengatakan pakai jubah dan simpan janggut dapat pahala adalah memandai-mandai lebih dari Allah. Allah ada sebut janggut dalam Quran, tapi pasal Musa memegang janggut Harun, tidak pasal galakan atau pahala menyimpan janggut.

Tidak boleh dinafikan, kita mesti mentaati Rasul. Bagi mereka yang menerima Quran, mereka menerima arahan daripada Allah untuk “mentaati Rasul” dengan ikut mesejnya, Quran. Hanya Quran. Bila nabi Muhammad meninggal dunia, dia tinggalkan kepada kita hanya satu kitab yaitu Quran.

Bila Allah beritahu nabi Muhammad dalam Quran, Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. …. (5:3) Muhammad ada hanya ada satu kitab yaitu Quran. Dia beri kita satu definasi islam, yaitu yang ada hanya dalam Quran, bukannya campuran-campuran palsu hasil dari ciptaan-ciptaan manusia sebgaimana yang banyak terdapat sekarang ini.

Dalam menyuruh manusia mentaati Allah dan Rasul, Allah tahu bahawa manusia akan mengabaikan Quran dan sebaliknya beri tumpuan lebih kepada tulisan-tulisan ciptaan manusia.


Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan." (25:30)