The Alien - Link Select

Selasa, 8 Disember 2015

SURAH YUNUS ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
10:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang bijaksana.
10:2. Adakah ia satu kehairanan bagi manusia bahawa Kami wahyukan seorang lelaki antara mereka, "Berilah amaran kepada manusia, dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang percaya bahawa bagi mereka satu tempat berpijak (kedudukan) yang sebenar di sisi Pemelihara mereka"? Orang-orang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang nyata."
10:3. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, mengarah segala urusan. Tidak ada pengantara, kecuali setelah izin-Nya. Itu Allah, Pemelihara kamu, maka sembahlah Dia. Tidakkah kamu mengingati?
10:4. Kepada-Nya kamu kembali, kesemuanya. Janji Allah benar. Dia memulakan ciptaan, kemudian Dia kembalikannya semula supaya Dia balas orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dengan adil. Dan orang-orang tidak percaya, bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih dan azab yang pedih kerana mereka tidak percaya.
10:5. Dia yang buatkan matahari satu sinaran, dan bulan satu cahaya, dan tetapkan ia dengan pengkalan-pengkalan, supaya kamu tahu bilangan tahun dan hitungan. Allah tidak ciptakan itu melainkan dengan benar; Dia jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.
10:6. Pada pergantian malam dan siang, dan apa yang Allah cipta di langit dan bumi adalah ayat-ayat bagi kaum yang bertakwa.
10:7. Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, dan yang sangat puas hati dengan kehidupan dunia ini, dan tenteram padanya, dan orang-orang yang lalai daripada ayat-ayat Kami,
10:8. Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Api, kerana apa yang mereka usahakan.
10:9. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , Pemelihara mereka akan beri petunjuk kepada mereka kerana keimanan mereka; di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam taman-taman kebahagiaan.
10:10. Seruan mereka di dalamnya, "Engkau disanjung, ya Allah", dan salam hormat mereka, "Salam", dan akhir seruan mereka, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."
10:11. Jika Allah segerakan kejahatan bagi manusia seperti menyegerakan kebaikan, tempoh mereka pasti akan diputuskan kepada mereka. Tetapi Kami tinggalkan orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
10:12. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Kami di atas lambungannya, atau sedang duduk, atau sedang berdiri; tetapi apabila Kami hilangkan mudaratnya daripadanya, dia melaluinya seakan-akan dia tidak pernah seru Kami atas mudarat yang menyentuhnya. Maka dinampakkan indah bagi orang-orang yang membazir (berlebihan) apa mereka buat.
10:13. Kami musnahkan generasi-generasi sebelum kamu apabila mereka buat zalim, dan Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tidak mahu percayai; maka Kami balas kaum yang berdosa.
10:14. Kemudian Kami lantik kamu sebagai khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi selepas mereka supaya Kami perhatikan bagaimana kamu buat.
10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak ikut apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."
10:16. Katakanlah, "Sekiranya Allah hendak, tentu aku tidak bacakannya kepada kamu, dan tidak juga Dia beritahunya kepada kamu; aku telah tinggal bersama kamu sepanjang masa sebelumnya - tidakkah kamu faham?"
10:17. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang berdosa tidak beruntung.
10:18. Mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak mudaratkan mereka dan tidak juga manfaatkan mereka, dan mereka berkata, "Mereka ini pengantara-pengantara kami di sisi Allah." Katakanlah, "Adakah kamu beritahu Allah apa yang Dia tidak tahu, sama ada di langit atau di bumi?" Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.
10:19. Manusia hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, pasti ia telah diputuskan antara mereka mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan.
10:20. Mereka berkata, "Mengapa satu ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?" Katakanlah, "Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah, kemudian lihat dan tunggulah; aku bersama kamu, melihat dan menunggu."
10:21. Apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan, setelah kesusahan sentuh mereka, tiba-tiba mereka ada suatu tipu daya terhadap ayat-ayat Kami. Katakanlah, "Allah lebih cepat dalam tipu daya; sesungguhnya Rasul-Rasul Kami tulis apa yang kamu perdayakan."
10:22. Dia yang menjalankan kamu di darat dan laut; dan apabila kamu di dalam kapal, dan ia berlayar bersama mereka dengan angin yang baik, dan mereka gembira dengannya; lalu datang kepada mereka angin kencang, dan gelombang-gelombang datang kepada mereka dari segenap tempat, dan mereka sangka mereka diliputi olehnya; mereka menyeru (doa) kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya, "Jika Engkau selamatkan kami daripada yang ini, sungguh, kami akan berada di kalangan orang-orang berterima kasih."
10:23. Maka apabila Dia selamatkan mereka, tiba-tiba mereka angkuh di bumi, tanpa patut. Wahai manusia, keangkuhan kamu hanyalah terhadap diri kamu sendiri; kesenangan kehidupan dunia ini, kemudian kepada Kami kamu kembali, kemudian Kami beritahu kamu apa kamu buat.
10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah mengambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya sangka mereka sudah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.
10:25. Dan Allah menyeru ke tempat kediaman sejahtera; Dia beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki pada jalan lurus.
10:26. bagi orang-orang buat baik adalah yang paling baik, dan tambahan; tiada kegelapan, dan tiada juga kehinaan akan menutupi muka-muka mereka. Mereka itulah penghuni-penghuni Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
10:27. Dan orang-orang yang usahakan kejahatan, balasan satu kejahatan ialah yang serupa dengannya; kehinaan akan menutupi mereka, dan tiada yang lindungi mereka daripada Allah, seakan-akan muka-muka mereka ditutupi bahagian-bahagian kegelapan malam. Mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
10:28. Dan pada hari Kami kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang sekutukan, "Pergilah ke tempat kamu, kamu dan sekutu-sekutu kamu!" Kemudian Kami pisahkan mereka, dan sekutu-sekutu mereka berkata, "Bukanlah kami yang kamu sembah,
10:29. Allah adalah saksi yang mencukupi, antara kami dan kamu, bahawa kami lalai daripada penyembahan kamu."
10:30. Di sana tiap-tiap jiwa akan tunjukkan apa yang telah didahulukan; dan mereka dikembalikan kepada Allah, Pelindung mereka Yang Benar, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka ada-adakan.
10:31. Katakanlah, "Siapakah yang beri rezeki kepada kamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang miliki pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan keluarkan yang mati daripada yang hidup, dan siapakah yang mengarah urusan?" Mereka akan berkata, "Allah." Kemudian katakanlah, "Tidakkah kamu bertakwa?"
10:32. Itu Allah, Pemelihara kamu Yang Benar; apakah ia, sesudah yang benar, melainkan kesesatan? Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?
10:33. Demikianlah, kata Pemelihara kamu telah wajar terhadap orang-orang fasiq, bahawa mereka tidak percayai.
10:34. Katakanlah, "Adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya?" Katakanlah, "Allah, Dia yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula. Bagaimanakah kamu dipalingkan?"
10:35. Katakanlah, "Adakah daripada sekutu-sekutu kamu orang yang beri petunjuk pada yang benar?" Katakanlah, "Allah, Dia beri petunjuk pada yang benar; dan yang manakah lebih wajar untuk diikuti - orang yang beri petunjuk pada yang benar, atau orang yang tidak beri petunjuk kecuali dia dapat petunjuk? Mengapakah kamu, bagaimanakah kamu hakimkan?"
10:36. Dan kebanyakan mereka hanya ikut sangkaan, dan sangkaan tidaklah berguna sedikit pun terhadap yang benar. Sesungguhnya Allah tahu apa mereka buat.
10:37. Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam.
10:38. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya." Katakanlah, "Datangkanlah sebuah surah yang serupa dengannya, dan serulah (panggil) sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."
10:39. Tidak, tetapi mereka dustakan apa yang mereka tidak tahu pengetahuannya, dan yang interpretasinya belum datang kepada mereka. Begitulah orang-orang sebelum mereka telah dustakan, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang zalim.
10:40. Dan sebahagian daripada mereka percayainya, dan sebahagian tidak percayainya. Pemelihara kamu sangat-sangat tahu orang-orang yang buat kerosakan.
10:41. Jika mereka dustakan kamu, maka katakanlah, "Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa kamu buat."
10:42. Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu; apa, adakah kamu akan jadikan orang yang pekak mendengar, walaupun mereka tidak faham?
10:43. Dan antara mereka melihat kepada kamu; apa, adakah kamu beri petunjuk kepada orang yang buta, walaupun mereka tidak melihat?
10:44. Sesungguhnya Allah tidak menzalimkan manusia sedikit pun, tetapi diri-diri mereka sendiri manusia zalimkan.
10:45. Dan pada hari Dia kumpulkan mereka, seakan-akan mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari; mereka saling berkenalan antara mereka; rugilah orang-orang yang dustakan pertemuan dengan Allah, dan mereka bukanlah orang-orang yang dapat petunjuk.
10:46. Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, kepada Kami mereka kembali; kemudian Allah saksi atas apa mereka buat.
10:47. Tiap-tiap umat ada Rasulnya; kemudian apabila Rasul mereka datang, dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.
10:48. Mereka berkata, "Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?"
10:49. Katakanlah, "Aku tidak ada kuasa untuk mudaratkan diriku sendiri, atau manfaatkan, kecuali seperti yang Allah hendaki. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh; apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan undurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya."
10:50. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab-Nya datang kepada kamu pada waktu malam atau siang, apakah bahagian yang orang-orang berdosa minta disegerakan?
10:51. Apa, apabila ia terjadi, adakah kamu kemudiannya akan percaya kepadanya? Sekarang, setelah kamu minta disegerakan!"
10:52. Kemudian dikatakan kepada orang-orang buat kezaliman , "Rasalah azab yang kekal; tidakkah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu usahakan?"
10:53. Mereka tanya kamu untuk beritahu mereka, "Adakah ia benar?" Katakanlah, "Ia, demi Pemeliharaku! Ia sungguh benar; kamu bukanlah orang-orang yang mengandaskan."
10:54. Jika tiap-tiap jiwa yang buat zalim mempunyai semua yang ada di bumi, tentu ia tebus dirinya dengannya; dan mereka akan rahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab, dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.
10:55. Ingatlah, bahawa kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan bumi. Ingatlah, bahawa janji Allah benar; tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
10:56. Dia menghidupkan dan mematikan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
10:57. Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu satu teguran daripada Pemelihara kamu, dan satu penyembuhan bagi apa yang di dalam dada, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi orang-orang mukmin.
10:58. Katakanlah, "Dengan pemberian Allah dan pengasihan-Nya - dengan yang demikian hendaklah mereka gembira; itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan."
10:59. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan rezeki yang Allah turunkan untuk kamu, dan kamu buat sebahagiannya haram, dan sebahagiannya halal?" Katakanlah, "Adakah Allah izinkan kamu, atau kamu mengada-adakan terhadap Allah?"
10:60. Apakah yang mereka sangka, yang ada-adakan dusta terhadap Allah pada Hari Kiamat? Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.
10:61. Kamu tidak dalam sebarang hal, dan tidak juga kamu baca sebarang daripada al-Qur'an, dan tidak juga kamu buat sebarang amalan, melainkan Kami saksi-saksi ke atas kamu apabila kamu lakukannya; dan tidaklah seberat satu atom di bumi atau di langit tersembunyi daripada Pemelihara kamu, tidak yang lebih kecil daripada itu atau lebih besar, melainkan di dalam Kitab yang jelas.
10:62. Sesungguhnya wali-wali (sahabat-sahabat) Allah - tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
10:63. Orang-orang yang percaya dan bertakwa,
10:64. Bagi mereka berita gembira dalam kehidupan dunia, dan di akhirat. Tidak ada pertukaran bagi kata-kata Allah; itulah kemenangan yang besar.
10:65. Dan jangan ucapan mereka menyedihkan kamu; kemuliaan kepunyaan Allah kesemuanya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
10:66. Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; mereka ikut, yang menyeru sekutu-sekutu selain daripada Allah - mereka tidak ikut apa-apa, kecuali sangkaan, semata-mata dugaan.
10:67. Dia yang buatkan bagi kamu malam untuk berehat padanya, dan siang untuk melihat; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.
10:68. Mereka berkata, "Allah ambil kepada-Nya seorang anak." Dia disanjung! Dia Yang Kaya, kepunyaan-Nya segala apa yang di langit dan di bumi; kamu tidak mempunyai kuasa untuk ini. Apa, adakah kamu kata mengenai Allah apa yang tidak kamu tahu?
10:69. Katakanlah, "Orang-orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung."
10:70. Sedikit kesenangan di dunia, kemudian kepada Kami mereka kembali, kemudian Kami merasakan kepada mereka azab yang keras kerana mereka tidak percaya.
10:71. Dan bacakan kepada mereka berita Nuh, tatkala dia berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, jika berdirinya aku di sini membencikan kamu, dan peringatanku kepada kamu dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah aku tawakal; putuskanlah urusan kamu dengan sekutu-sekutu kamu, kemudian janganlah hendaknya urusan kamu membimbangkan kamu, tetapi buatlah putusan terhadapku, dan jangan beri aku tangguh.
10:72. Kemudian jika kamu berpaling, aku tidak minta kepada kamu sebarang upah. Upahku, tidak lain, hanyalah daripada Allah, dan aku diperintah untuk menjadi antara orang-orang yang muslim."
10:73. Tetapi mereka dustakannya; maka Kami selamatkan dia dan orang-orang bersama dia di dalam kapal, dan Kami lantik mereka sebagai pengganti-pengganti, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami; kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang diberi amaran.
10:74. Kemudian Kami bangkitkan selepas dia Rasul-Rasul kepada kaum mereka, dan mereka datangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka bukanlah orang-orang yang hendak percayai apa yang mereka telah dustakan sejak dahulu. Begitulah Kami tutup hati orang-orang yang mencabul.
10:75. Kemudian Kami bangkitkan selepas mereka Musa dan Harun kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya dengan ayat-ayat Kami, tetapi mereka sombong, dan mereka adalah kaum yang berdosa.
10:76. Maka apabila yang benar datang kepada mereka daripada Kami, mereka berkata, "Sesungguhnya ini sihir yang nyata."
10:77. Musa berkata, "Adakah kamu kata ini kepada yang benar apabila ia datang kepada kamu? Adakah ini sihir?  Tetapi ahli-ahli sihir tidak beruntung."
10:78. Mereka berkata, "Adakah kamu datang kepada kami untuk palingkan kami daripada apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami, dan bahawa penguasaan di bumi adalah kepunyaan kamu berdua? Kami bukanlah orang-orang mukmin pada kamu berdua."
10:79. Firaun berkata, "Datangkanlah kepadaku tiap-tiap ahli sihir yang alim (mahir)."
10:80. Kemudian, apabila ahli-ahli sihir datang, Musa berkata kepada mereka, "Lemparlah kamu apa yang kamu akan lemparkan."
10:81. Kemudian, setelah mereka lempar, Musa berkata, "Apa yang kamu datangkan ialah sihir; sesungguhnya Allah akan batalkannya. Sesungguhnya Allah tidak betulkan amalan orang-orang yang buat kerosakan."
10:82. Allah membenarkan yang benar dengan kata-kata-Nya, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya.
10:83. Maka tiada yang percaya kepada Musa, kecuali satu keturunan daripada kaumnya, kerana takut pada Firaun dan pembesar-pembesar mereka, bahawa mereka akan aniaya mereka; dan Firaun tinggi di bumi, dan dia termasuk orang-orang yang membazir (berlebihan).
10:84. Musa berkata, "Wahai kaumku, jika kamu percaya kepada Allah, kepada-Nya kamu tawakal jika kamu muslim."
10:85. Mereka berkata, "Kepada Allah kami tawakal. Pemelihara kami, janganlah Engkau buat kami satu cubaan bagi kaum yang zalim,
10:86. Dan selamatkanlah kami dengan pengasihan Engkau daripada kaum tidak percaya."
10:87. Dan Kami wahyukan Musa dan saudaranya, "Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buat rumah-rumah kamu satu kiblat (haluan), dan lakukan solat, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin."
10:88. Musa berkata, "Pemelihara kami, Engkau telah beri Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak percayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih."
10:89. Berkata, "Seruan (doa) kamu disahuti; maka hendaklah kamu berlaku lurus, dan jangan ikut jalan orang-orang yang tidak tahu."
10:90. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut; dan Firaun dan tenteranya mengikuti mereka dengan angkuh dan pantas, sehingga apabila penenggelaman mengatasinya, dia berkata, "Aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, yang Bani Israil percaya; aku adalah antara orang-orang yang muslim."
10:91. "Adakah sekarang? Dan sejak dahulu kamu mengingkari, dan termasuk orang-orang yang buat kerosakan.
10:92. Maka pada hari ini Kami selamatkan kamu dengan badan kamu, supaya kamu jadi satu ayat bagi orang-orang yang sesudah kamu. Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada ayat-ayat Kami."
10:93. Dan Kami tempatkan Bani Israil di sebuah penempatan yang sebenar, dan Kami rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik; maka mereka tidak berselisih sehingga pengetahuan datang kepada mereka. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan putuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.
10:94. Maka, jika kamu dalam keraguan terhadap apa yang Kami turunkan kepada kamu, tanyalah orang-orang yang baca Kitab sebelum kamu. Yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
10:95. Janganlah juga kamu jadi antara orang-orang yang dustakan ayat-ayat Allah, lalu jadi antara orang-orang yang rugi.
10:96. Orang-orang yang kata Pemelihara kamu telah wajar ke atas mereka, mereka tidak akan percayai,
10:97. Walaupun tiap-tiap ayat datang kepada mereka, sehingga mereka melihat azab yang pedih.
10:98. Mengapakah tidak ada sebuah bandaraya yang percaya, dan imannya bermanfaat kepadanya, melainkan kaum Yunus; apabila mereka percaya, Kami hilangkan daripada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan mereka untuk suatu waktu.
10:99. Dan sekiranya Pemelihara kamu hendaki, sesiapa yang di bumi tentu percaya, kesemua mereka, kesemuanya. Adakah kamu akan paksa manusia sehingga mereka menjadi orang-orang mukmin (yang percayai)?
10:100. Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk percayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia letak kotoran ke atas orang-orang yang tidak faham.
10:101. Katakanlah, "Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi!" Tetapi tidaklah ayat-ayat, dan tidak juga amaran, berguna kepada kaum yang tidak percayai.
10:102. Maka adakah mereka melihat dan menunggu akan tiada melainkan yang serupa dengan hari-hari orang-orang yang telah berlalu sebelum mereka? Katakanlah, "Lihat dan tunggulah; aku bersama kamu, melihat dan menunggu."
10:103. Kemudian Kami selamatkan Rasul-Rasul Kami dan orang-orang yang percaya; seperti itulah kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang mukmin.
10:104. Katakanlah, "Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan terhadap agamaku, maka aku tidak sembah orang-orang yang kamu sembah selain daripada Allah, tetapi aku sembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang mukmin.
10:105. Dan, 'Tegakkanlah wajah (muka / kehendak) kamu kepada agama, seorang yang lurus, dan janganlah kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.
10:106. Dan janganlah seru selain daripada Allah apa yang tidak manfaatkan kamu, dan tidak juga mudaratkan kamu, kerana jika kamu buat, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang zalim.
10:107. Dan jika Allah sentuh kamu dengan mudarat, tiada yang dapat hilangkannya melainkan Dia; dan jika Dia hendak sebarang kebaikan kepada kamu, tiada yang dapat tolak pemberian-Nya; Dia timpakannya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya.' Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih."
10:108. Katakanlah, "Wahai manusia, yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa dapat petunjuk, hanyalah dapat petunjuk bagi dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanyalah terhadap dirinya sendiri. Aku bukanlah wakil kepada kamu.
10:109. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu, dan sabarlah kamu, sehingga Allah hakimkan; dan Dia yang terbaik daripada para hakim."




Isnin, 7 Disember 2015

SURAH TAUBAH ???

9:1. Satu kebebasan daripada Allah dan Rasul-Nya kepada orang-orang yang sekutukan yang dengan mereka kamu telah buat perjanjian.
9:2. "Berpergianlah di bumi selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak dapat kandaskan Allah, dan sesungguhnya Allah mengaibkan orang-orang tidak percaya."
9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, "Allah berlepas diri, dan Rasul-Nya, daripada orang-orang yang sekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat kandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang tidak percaya dengan azab yang pedih,
9:4. Kecuali orang-orang yang sekutukan yang dengan mereka kamu telah buat perjanjian, kemudian mereka tidak kurangkan kamu sedikit pun, dan tidak juga sokong seseorang pun terhadap kamu. Dengan mereka, sempurnakanlah perjanjian kamu sampai tempoh mereka; sesungguhnya Allah suka orang-orang bertakwa.
9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram sudah pergi, bunuhlah orang-orang yang sekutukan di mana sahaja kamu dapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka lakukan solat, dan beri zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:6. Dan jika seseorang daripada orang-orang yang sekutukan minta perlindungan kamu, berilah dia perlindungan sehingga dia dengar perkataan-perkataan Allah; kemudian kamu sampaikan dia di tempat yang aman baginya. Itu kerana mereka adalah kaum yang tidak tahu.
9:7. Bagaimanakah ada bagi orang-orang yang sekutukan satu perjanjian dengan Allah dan Rasul-Nya, kecuali orang-orang yang dengan mereka kamu buat perjanjian di Masjidil Haram; selama mereka berlaku lurus terhadap kamu, kamu berlakuluruslah terhadap mereka; sesungguhnya Allah suka orang-orang bertakwa.
9:8. Bagaimanakah, jika mereka atasi kamu, mereka tidak akan endahkan sebarang pertalian atau perjanjian dengan kamu? Mereka menyenangkan hati kamu dengan mulut mereka, tetapi di dalam hati mereka menolak, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
9:9. Mereka jual ayat-ayat Allah untuk harga yang sedikit, dan mengmenghalangi daripada jalan-Nya; sesungguhnya amatlah jahat apa mereka buat.
9:10. Mereka tidak endahkan pertalian, dan tidak juga perjanjian terhadap orang mukmin; mereka itu, merekalah orang-orang yang mencabul.
9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan lakukan solat, dan beri zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.
9:12. Tetapi jika mereka mungkiri sumpah-sumpah mereka setelah perjanjian mereka, dan mencela agama kamu, maka perangilah imam-imam (ketua-ketua) orang-orang tidak percaya; bagi mereka tidak ada sumpah, supaya mereka berhenti.
9:13. Tidakkah kamu akan perangi kaum yang mungkiri sumpah-sumpah mereka, dan bermaksud untuk mengusir Rasul, memulakan pada kali pertama terhadap kamu? Adakah kamu takut pada mereka? Adalah lebih baik bagi kamu untuk menakuti Allah, jika kamu orang-orang mukmin.
9:14. Perangilah mereka, dan Allah akan azab mereka di tangan kamu, dan aibkan mereka, dan Dia akan tolong kamu terhadap mereka, dan datangkan penyembuhan bagi dada kaum yang mukmin.
9:15. Dan Dia hilangkan kemarahan di dalam hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa Dia hendaki; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:16. Adakah kamu sangka kamu akan dibiarkan sedang Allah belum tahu orang-orang yang berjuang antara kamu, dan tidak ambil - selain daripada Allah, dan Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin - sebagai sahabat karib? Allah sedar apa kamu buat.
9:17. Tidak patut bagi orang-orang yang sekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya.
9:18. Yang akan makmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan tidak takut kecuali kepada Allah. Mudah-mudahan mereka itu adalah di kalangan orang-orang yang dapat petunjuk.
9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
9:20. Orang-orang yang percaya dan berhijrah dan berjuang di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwa mereka, adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah; dan mereka itu, merekalah orang-orang yang menang.
9:21. Pemelihara mereka beri mereka berita gembira dengan pengasihan daripada-Nya, dan kepuasan hati; bagi mereka, taman-taman yang di dalamnya kebahagiaan yang kekal.
9:22. Di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; sesungguhnya Allah, di sisi-Nya adalah upah yang besar.
9:23. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu untuk menjadi wali-wali kamu, jika mereka lebih suka ketidakpercayaan daripada keimanan; sesiapa antara kamu yang jadikan mereka sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
9:24. Katakanlah, "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kaum kerabat kamu, dan harta benda yang kamu peroleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat puas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan Rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan perintah-Nya; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq."
9:25. Allah telah pun menolong kamu di banyak medan peperangan dan pada hari Hunain ketika ramainya kamu menakjubkan kamu, tetapi ia tidak berguna kepada kamu sedikit pun, dan bumi dengan segala keluasannya terasa sempit kepada kamu, dan kamu berpaling, dengan berundur.
9:26. Kemudian Allah tnurunkan kepada Rasul-Nya ketenangan-Nya, dan kepada orang-orang mukmin, dan Dia turunkan tentera yang kamu tidak lihat, dan Dia azab orang-orang tidak percaya; dan itulah balasan ke atas orang-orang tidak percaya.
9:27. Kemudian Allah sesudah itu menerima taubat siapa Dia hendaki; Allah Pengampun, Pengasih.
9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang sekutukan adalah najis (kotor); maka jangan benarkan mereka dekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan cukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia hendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:29. Perangilah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, dan tidak haramkan apa yang Allah dan Rasul-Nya haramkan, dan mereka tidak beragama dengan agama yang benar, daripada orang-orang diberi al-Kitab, sehingga mereka beri ufti daripada tangan, dan mereka direndahkan.
9:30. Orang-orang Yahudi berkata, "Uzair ialah putera Allah"; orang-orang Kristian berkata, "Al-Masih ialah putera Allah." Itu adalah ucapan daripada mulut mereka, menurut ucapan orang-orang tidak percaya sebelum mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan?
9:31. Mereka ambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih putera Mariam; dan mereka diperintah untuk sembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka sekutukan.
9:32. Mereka hendak padamkan cahaya Allah  dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah tidak mahu melainkan untuk sempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang tidak percaya membencinya.
9:33. Dia yang utus Rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang sekutukan membencinya.
9:34. Wahai orang-orang yang percaya, kebanyakan habr, dan rahib, sesungguhnya mereka makan harta manusia dengan cara palsu, dan halangi jalan Allah. Orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak nafkahkannya di jalan Allah, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.
9:35. Pada hari mereka dipanaskan di dalam api Jahanam, di mana dahi mereka, dan lambungan mereka, dan punggung mereka, akan dicap, "Inilah apa yang kamu simpan untuk diri-diri kamu; maka rasalah apa yang kamu simpan."
9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia cipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itu agama yang betul, maka jangan zalimkan diri-diri kamu (sesama sendiri) padanya. Dan perangilah orang-orang yang sekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.
9:37. Menundakan (bulan) adalah satu tambahan dalam ketidakpercayaan di mana orang-orang tidak percaya disesatkan dengannya; mereka tidak sucikannya satu tahun, tapi mereka persucikannya pada tahun yang lain, untuk sesuaikan dengan bilangan yang Allah sucikan. Maka mereka tidak sucikan apa yang Allah sucikan. Dinampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka yang jahat, dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.
9:38. Wahai orang-orang yang percaya, mengapakah kamu apabila dikatakan kepada kamu, "Berperanglah di jalan Allah", kamu menyerap dengan berat kepada bumi? Adakah kamu sangat puas hati dengan kehidupan dunia ini daripada akhirat? Namun begitu, kesenangan kehidupan dunia ini, dibandingkan dengan akhirat, adalah suatu yang sedikit.
9:39. Jika kamu tidak pergi, Dia akan azab kamu dengan azab yang pedih, dan Dia akan tukar kamu dengan kaum yang lain; dan kamu tidak akan mudaratkan-Nya sedikit pun, kerana Allah berkuasa atas segala sesuatu.
9:40. Jika kamu tidak menolongnya, maka Allah telah pun menolongnya, apabila orang-orang tidak percaya mengusirnya, ketika orang yang kedua daripada dua orang, apabila kedua-duanya di dalam gua, apabila dia berkata kepada temannya, "Jangan sedih; sesungguhnya Allah berserta kita." Kemudian Allah turunkan kepadanya ketenangan-Nya, dan Dia kukuhkan dia dengan tentera yang kamu tidak lihat, dan buatkan kata orang-orang tidak percaya paling rendah dan kata Allah yang tertinggi; Allah Perkasa, Bijaksana.
9:41. Pergilah, dengan ringan dan berat! Berjuanglah di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Itu yang lebih baik bagi kamu jika kamu tahu.
9:42. Sekiranya ia satu keuntungan yang dekat diperolehi, dan satu perjalanan yang mudah, tentu mereka ikut kamu; tetapi jarak perjalanan yang dituju itu jauh bagi mereka. Mereka masih bersumpah dengan Allah, "Sekiranya kami boleh, tentu kami keluar bersama kamu", maka mereka musnahkan diri-diri mereka; dan Allah, Dia tahu bahawa mereka sebenarnya pendusta-pendusta.
9:43. Allah maafkan kamu. Mengapa kamu izinkan mereka sehingga ia jadi jelas bagi kamu orang-orang yang berkata benar, dan kamu tahu pendusta-pendusta?
9:44. Orang-orang yang percayai Allah dan Hari Akhir, tidak minta izin kepada kamu untuk berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka; dan Allah tahu orang-orang bertakwa.
9:45. Mereka yang minta izin kepada kamu hanyalah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, orang-orang yang hati mereka ragu-ragu, maka dalam keraguan mereka, mereka pergi ke sana sini.
9:46. Jika mereka hendak keluar, tentu mereka sudah siapkan persiapan untuk itu, tetapi Allah benci kebangkitan mereka, lalu Dia tahan mereka, dan dikatakan kepada mereka, "Duduklah kamu bersama orang-orang yang duduk."
9:47. Sekiranya mereka keluar bersama kamu, tentu mereka hanya menambahkan kamu dalam kerusuhan, dan berlari berulang-alik antara kamu, dengan mencari-cari untuk membangkitkan pertikaian antara kamu; dan antara kamu ada yang akan mendengarkan mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.
9:48. Mereka telah pun mencari-cari akan pertikaian sebelumnya, dan mereka terbalikkan urusan-urusan untuk kamu, sehingga datang yang benar, dan tampil perintah Allah, walaupun mereka membencinya.
9:49. Antara mereka ada orang yang berkata, "Izinkanlah aku, dan jangan goda aku." Tidakkah mereka sudah jatuh ke dalam penganiayaan? Dan sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang tidak percaya.
9:50. Jika yang baik menimpa kamu, ia menyakitkan hati mereka; tetapi jika kamu ditimpa penderitaan, mereka berkata, "Kami telah ambil keputusan kami sebelumnya", dan mereka berpaling, dan mereka gembira.
9:51. Katakanlah, "Tiada yang akan menimpa kami melainkan apa yang Allah telah tuliskan bagi kami; Dia Pelindung kami, dan kepada Allah hendaklah orang-orang yang mukmin tawakal (mempercayakan)."
9:52. Katakanlah, "Adakah kamu menunggu-nunggu supaya tidak datang kepada kami melainkan salah satu daripada dua ganjaran yang paling baik? Kami juga menunggu untuk kamu supaya Allah menimpakan kamu dengan azab daripada-Nya, atau dengan tangan kami. Maka tunggulah; kami sedang menunggu bersama kamu."
9:53. Katakanlah, "Nafkahkanlah dengan rela, atau benci; ia tidak akan diterima daripada kamu kerana sesungguhnya kamu adalah kaum yang fasiq."
9:54. Dan tiada yang mengmenghalangi daripada nafkah mereka diterima daripada mereka, kecuali kerana mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka tidak datangkan solat melainkan dengan malas, dan mereka tidak nafkahkan tanpa mereka membencinya.
9:55. Maka janganlah harta-harta mereka, dan anak-anak mereka, menarik hati kamu; Allah hanya hendak dengannya untuk mengazab mereka dalam kehidupan dunia ini, dan supaya jiwa-jiwa mereka melayang sedang mereka orang-orang tidak percaya (kafir).
9:56. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka adalah daripada kamu, tetapi mereka bukanlah daripada kamu; mereka adalah kaum yang takut.
9:57. Jika mereka boleh dapati satu tempat perlindungan, atau gua-gua, atau tempat untuk merangkak ke dalamnya, tentu mereka akan berpaling, dan berlari dengan pantas kepadanya.
9:58. Antara mereka cari kesilapan dengan kamu mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka sangat puas hati, tetapi jika mereka tidak diberi, mereka menjadi marah.
9:59. Sekiranya mereka sangat puas hati dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya beri mereka, dengan berkata, "Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan beri kami daripada pemberian-Nya, dan Rasul-Nya; kepada Allah kami harapkan."
9:60. Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan merdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:61. Dan sebahagian daripada mereka menyakiti Nabi, dengan berkata, "Dia telinga!" Katakanlah, "Telinga yang baik bagi kamu; dia percayai Allah, dan percayai orang-orang mukmin, dan dia adalah satu pengasihan bagi orang-orang yang percaya antara kamu. Orang-orang yang menyakiti Rasul Allah, bagi mereka, azab yang pedih."
9:62. Mereka bersumpah kepada kamu dengan Allah, untuk menyenangkan hati kamu; tetapi Allah dan Rasul-Nya - adalah lebih berhak untuk mereka menyenangkan hati-Nya, jika mereka orang-orang mukmin.
9:63. Tidakkah mereka tahu bahawa sesiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka baginya api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya? Itu kerendahan yang besar.
9:64. Orang-orang munafik takut jika sebuah surah diturunkan terhadap mereka, yang beritahu kamu apa yang di dalam hati mereka. Katakanlah, "Berolok-oloklah kamu; sesungguhnya Allah akan keluarkan apa yang kamu takuti."
9:65. Dan jika kamu tanya mereka, maka mereka akan berkata, "Kami hanya terjun dan bermain-main." Katakanlah, "Adakah Allah kamu memperolok-olokkan, dan ayat-ayat-Nya, dan Rasul-Nya?"
9:66. Janganlah kamu beralasan. Kamu tidak percaya setelah keimanan kamu. Jika Kami maafkan segolongan daripada kamu, Kami akan azab segolongan yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang berdosa.
9:67. Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan adalah sama satu sama lain; mereka menyuruh pada yang mungkar dan melarang daripada yang baik, dan mereka genggamkan tangan-tangan mereka; mereka lupakan Allah, dan Dia lupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik, mereka adalah orang-orang fasiq.
9:68. Allah janjikan orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang tidak percaya, dengan api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah laknati mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal.
9:69. Seperti orang-orang sebelum kamu, yang lebih kuat daripada kamu dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam harta dan anak-anak; mereka ambil kesenangan dengan bahagian mereka; maka kamu ambil kesenangan dengan bahagian kamu, sebagaimana orang-orang sebelum kamu mengambil kesenangan dengan bahagian mereka. Kamu terjun sebagaimana mereka terjun. Bagi mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi.
9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan penduduk Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.
9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
9:72. Allah janjikan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, dengan taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, tinggal selama-lamanya di dalamnya, dan tempat-tempat tinggal yang baik di Taman-Taman (Jannah) Adn; dan yang lebih besar, kepuasan hati Allah; itulah kemenangan yang besar.
9:73. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang tidak percaya, dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
9:74. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka tidak mengatakan, tetapi sesungguhnya mereka mengatakan kata ketidakpercayaan, dan mereka tidak percaya (kafir) setelah mereka islam. Mereka bermaksudkan apa yang mereka tidak akan capai, dan mereka mendendami hanya setelah Allah mencukupkan mereka, dan Rasul-Nya, daripada pemberian-Nya. Maka jika mereka bertaubat, ia adalah lebih baik bagi mereka; jika mereka berpaling, Allah akan azab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; di bumi mereka tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada penolong.
9:75. Dan antara mereka ada yang buat perjanjian dengan Allah, "Jika Dia beri kami daripada pemberian-Nya, kami akan bersedekah, dan termasuk orang-orang yang salih."
9:76. Tetapi apabila Dia beri mereka daripada pemberian-Nya, mereka kikir dengannya, dan berpaling, dengan memalingkan.
9:77. Maka akibatnya, Dia letak kemunafikan di dalam hati mereka hingga hari mereka temui-Nya, kerana mereka mungkiri Allah pada apa yang mereka janjikan kepada-Nya, dan kerana merekalah pendusta-pendusta.
9:78. Tidakkah mereka tahu bahawa Allah tahu rahsia mereka, dan bicara rahsia mereka, dan bahawa Allah tahu yang ghaib?
9:79. Orang-orang yang mencari kesilapan orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela, dan orang-orang yang tidak dapati sesuatu melainkan usaha mereka, yang mereka olok-olokkan - Allah memperolok-olokkan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.
9:80. Mintalah ampun bagi mereka, atau kamu tidak minta ampun bagi mereka; jika kamu mintakan ampunan untuk mereka tujuh puluh kali pun, Allah tidak akan ampunkan mereka; itu kerana mereka tidak percaya kepada Allah, dan Rasul-Nya. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.
9:81. Orang-orang yang ditinggalkan berasa gembira dengan ketinggalan mereka di belakang Rasul Allah, dan benci berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka berkata, "Jangan pergi dalam panas terik." Katakanlah, "Api Jahanam adalah lebih panas, jika mereka faham."
9:82. Oleh kerana itu biarkanlah mereka ketawa sedikit, dan menangis banyak, sebagai balasan ke atas apa yang mereka usahakan.
9:83. Maka, jika Allah kembalikan kamu kepada satu golongan daripada mereka, dan mereka minta izin kepada kamu untuk keluar, katakanlah, "Kamu tidak akan keluar bersamaku selama-lamanya, dan kamu tidak akan memerangi bersamaku sebarang musuh. Kamu sangat puas hati untuk duduk pada kali pertama, maka sekarang duduklah bersama orang-orang yang tinggal."
9:84. Dan jangan kamu rahmati selama-lamanya ke atas sesiapa antara mereka apabila dia mati, dan jangan juga berdiri di kuburnya; mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mati sedang mereka orang-orang fasiq.
9:85. Dan jangan harta-harta mereka, dan anak-anak mereka, menarik hati kamu; Allah hanya hendak dengannya untuk mengazab mereka di dunia, dan supaya jiwa-jiwa mereka melayang sedang mereka orang-orang tidak percaya.
9:86. Dan apabila sebuah surah diturunkan, "Percayalah kepada Allah, dan berjuanglah bersama Rasul-Nya", orang-orang yang mewah antara mereka minta izin kepada kamu, dengan berkata, "Tinggalkanlah kami bersama orang-orang yang duduk."
9:87. Mereka sangat puas hati berada bersama orang-orang yang tinggal, dan satu penutup diletakkan pada hati mereka, maka mereka tidak faham.
9:88. Tetapi Rasul, dan orang-orang yang percaya bersama dia, berjuang dengan harta mereka, dan jiwa mereka; dan mereka itu, bagi merekalah yang baik-baik; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.
9:89. Allah sediakan bagi mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
9:90. Dan orang-orang Arab datang dengan alasan mereka, supaya mereka diizinkan; orang-orang yang berdusta kepada Allah dan Rasul-Nya duduk; kelak akan timpa orang-orang tidak percaya antara mereka, azab yang pedih.
9:91. Tidak salah ke atas orang-orang yang lemah, dan ke atas orang-orang yang sakit, dan ke atas orang-orang yang tidak dapati sesuatu untuk dinafkahkan, jika mereka jujur kepada Allah dan kepada Rasul-Nya. Tidak ada jalan terhadap orang-orang buat baik; Allah Pengampun, Pengasih.
9:92. Dan tidak juga kepada orang-orang yang, apabila mereka datang kepada kamu, supaya kamu bawa mereka, kamu berkata, "Aku tidak dapati sesuatu untuk bawa kamu di atasnya"; mereka berpaling, dan mata-mata mereka mencucurkan air mata daripada kesedihan, kerana mereka tidak dapati sesuatu untuk dinafkahkan.
9:93. Jalan hanyalah kepada orang-orang yang minta izin kepada kamu, padahal mereka orang-orang kaya; mereka sangat puas hati berada bersama orang-orang yang tinggal; Allah letak satu penutup pada hati mereka, maka mereka tidak tahu.
9:94. Mereka kemukakan alasan kepada kamu, apabila kamu kembali kepada mereka. Katakanlah, "Jangan kamu kemukakan alasan; kami tidak akan percayai kamu. Allah telah pun beritahu kami berita mengenai kamu. Sungguh, Allah lihat amalan kamu, dan Rasul-Nya, kemudian kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat."
9:95. Mereka akan bersumpah kepada kamu dengan Allah, apabila kamu balik kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada mereka. Maka berpalinglah daripada mereka kerana mereka adalah kotoran, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu balasan ke atas apa yang mereka usahakan.
9:96. Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu sangat puas hati terhadap mereka; tetapi, jika kamu sangat puas hati terhadap mereka, sungguh, Allah tidak puas hati terhadap kaum yang fasiq.
9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak tahu had-had (hudud) yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:98. Antara orang-orang Arab ambil apa yang mereka nafkahkan sebagai denda dan menunggu-nunggu akan giliran yang buruk kepada kamu. Bagi merekalah giliran yang buruk; Allah Mendengar, Mengetahui.
9:99. Dan antara orang-orang Arab percayai Allah dan Hari Akhir, dan mereka ambil apa yang mereka nafkahkan untuk pemberian sebagai mendekatkan mereka dengan Allah, dan salawat (doa mohon ampun) Rasul. Sesungguhnya itu satu pemberian untuk mereka, dan Allah akan masukkan mereka ke dalam pengasihan-Nya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:100. Dan orang-orang yang mendahului, yang terawal daripada penghijrah-penghijrah (muhajirin), dan penolong-penolong (ansar), dan orang-orang yang ikut mereka dalam buat baik - Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya; dan Dia sediakan bagi mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar.
9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota jadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak tahu mereka, tetapi Kami tahu mereka, dan Kami akan azab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.
9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah campuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan terima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:103. Ambillah daripada harta mereka sedekah untuk bersihkan mereka, dan untuk sucikan mereka dengannya, dan rahmatilah mereka; salawat kamu adalah kerehatan bagi mereka; Allah Mendengar, Mengetahui.
9:104. Adakah mereka tahu bahawa Allah Dialah yang terima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan Dia ambil sedekah, dan bahawa Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih?
9:105. Katakanlah, "Beramallah, dan Allah pasti akan lihat amalan kamu, dan Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat."
9:106. Dan yang lain ditangguhkan hingga perintah Allah, sama ada Dia azab mereka, atau terima taubat mereka; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:107. Dan orang-orang yang ambil masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan orang-orang mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak hendak sesuatu melainkan kebaikan"; dan Allah saksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta.
9:108. Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka bersihkan diri mereka; dan Allah suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.
9:109. Adakah dia lebih baik, yang mendirikan bangunannya atas takwa, dan kepuasan hati-Nya, atau dia yang mendirikan bangunan-nya di atas pinggir tebing yang rapuh, yang runtuh bersama dia ke dalam api Jahanam? Dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
9:110. Bangunan-bangunan yang mereka bina tidak akan berhenti-henti untuk menjadi satu titik keraguan di dalam hati mereka, kecuali hati mereka dipotong-potong; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:111. Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam Taurat, dan Injil, dan al-Qur'an; dan siapakah lebih menepati perjanjiannya daripada Allah? Maka gembiralah dengan jual beli kamu yang kamu jualbelikan dengan-Nya; itulah kemenangan yang besar.
9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada yang mungkar, dan orang-orang yang menjaga had-had (hudud) Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.
9:113. Tidak patut bagi Nabi dan orang-orang yang percaya minta ampun bagi orang-orang yang sekutukan, walaupun mereka sanak saudara yang dekat, setelah jadi jelas bagi mereka bahawa mereka itu akan jadi penghuni-penghuni Jahim.
9:114. Ibrahim tidak minta ampun untuk bapanya kecuali kerana satu janji yang dia janjikannya; dan apabila telah jelas baginya bahawa dia adalah musuh Allah, dia berlepas diri daripadanya; Ibrahim lembut hati, penyantun.
9:115. Allah tidak akan sesatkan satu kaum setelah Dia beri mereka petunjuk, sehingga Dia jelaskan kepada mereka apa yang mereka patut takwakan; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.
9:116. Sesungguhnya kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan, dan kamu tidak ada, selain daripada Allah, sama ada wali (pelindung) atau penolong.
9:117. Allah terima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia terima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.
9:118. Dan kepada tiga orang yang ditinggalkan, sehingga apabila bumi terasa sempit bagi mereka, dengan segala keluasannya, dan jiwa mereka terasa sempit bagi mereka, dan mereka sangka tidak ada tempat perlindungan daripada Allah kecuali kepada-Nya, kemudian Dia terima taubat mereka supaya mereka juga bertaubat; sesungguhnya Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
9:119. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan jadilah bersama orang-orang yang benar.
9:120. Tiadalah bagi penduduk Kota, dan bagi orang-orang Arab yang di sekitar mereka, untuk tinggal di belakang Rasul Allah, dan untuk lebih suka diri mereka daripada diri dia; itu kerana mereka tidak ditimpa kehausan, dan tidak juga keletihan, dan tidak juga kekosongan di jalan Allah, dan tidak juga mereka pijak sebarang pijakan yang menimbulkan kemarahan orang-orang tidak percaya, dan mereka tidak juga peroleh sesuatu perolehan daripada sebarang musuh, melainkan ditulis bagi mereka sebagai amalan yang salih; sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.
9:121. Dan tidak juga mereka nafkahkan sesuatu nafkah, kecil atau besar, dan tidak juga mereka melalui sesuatu lembah, melainkan ia dituliskan bagi mereka, supaya Allah balas mereka dengan yang terbaik daripada apa mereka buat.
9:122. Tidak patut bagi orang-orang mukmin pergi kesemuanya; tetapi mengapa sekumpulan daripada tiap-tiap golongan antara mereka tidak pergi untuk menjadi arif dalam agama, dan untuk beri amaran kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada mereka, supaya mereka berawas-awas?
9:123. Wahai orang-orang yang percaya, perangilah orang-orang tidak percaya yang dekat dengan kamu, dan hendaklah mereka dapati pada kamu ketegasan; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.
9:124. Setiap kali sebuah surah diturunkan kepada kamu, sebahagian daripada mereka berkata, "Siapakah antara kamu yang bertambah dalam keimanan dengan ini?" Bagi orang-orang yang percaya, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan mereka gembira.
9:125. Tetapi bagi orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, bagi mereka, ia menambahkan kotoran pada kotoran mereka, dan mereka mati sedang mereka orang-orang tidak percaya.
9:126. Tidakkah mereka lihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.
9:127. Setiap kali sebuah surah diturunkan, mereka memandang kepada satu sama lain, "Adakah seseorang melihat kamu?" Kemudian mereka berpaling. Allah palingkan hati mereka kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.
9:128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada diri-diri kamu sendiri; terasa berat baginya apa yang kamu terderitakan; dia sangat inginkan terhadap kamu, lembut terhadap orang-orang mukmin, pengasih.
9:129. Maka jika mereka berpaling, katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku tawakal. Dia Pemelihara Arasy yang besar."