9:1. Satu kebebasan daripada Allah dan
Rasul-Nya kepada orang-orang yang sekutukan yang dengan mereka kamu telah buat
perjanjian.
9:2. "Berpergianlah di bumi selama
empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak dapat kandaskan Allah, dan
sesungguhnya Allah mengaibkan orang-orang tidak percaya."
9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah
dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, "Allah berlepas diri,
dan Rasul-Nya, daripada orang-orang yang sekutukan. Maka
jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling,
ketahuilah bahawa kamu tidak dapat kandaskan Allah." Dan berilah kamu
berita gembira kepada orang-orang tidak percaya dengan azab yang pedih,
9:4. Kecuali orang-orang yang sekutukan
yang dengan mereka kamu telah buat perjanjian, kemudian mereka tidak kurangkan
kamu sedikit pun, dan tidak juga sokong seseorang pun terhadap kamu. Dengan
mereka, sempurnakanlah perjanjian kamu sampai tempoh mereka; sesungguhnya Allah
suka orang-orang bertakwa.
9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram
sudah pergi, bunuhlah orang-orang yang sekutukan di mana sahaja kamu dapati
mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di
tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan
jika mereka lakukan solat, dan beri zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan
mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:6. Dan jika seseorang daripada
orang-orang yang sekutukan minta perlindungan kamu, berilah dia perlindungan
sehingga dia dengar perkataan-perkataan Allah; kemudian kamu sampaikan
dia di tempat yang aman baginya. Itu kerana mereka adalah kaum yang tidak tahu.
9:7. Bagaimanakah ada bagi orang-orang
yang sekutukan satu perjanjian dengan Allah dan Rasul-Nya, kecuali orang-orang yang dengan mereka kamu
buat perjanjian di Masjidil Haram; selama mereka berlaku lurus terhadap kamu,
kamu berlakuluruslah terhadap mereka; sesungguhnya Allah suka orang-orang
bertakwa.
9:8. Bagaimanakah, jika mereka atasi kamu,
mereka tidak akan endahkan sebarang pertalian atau perjanjian dengan kamu? Mereka menyenangkan hati kamu dengan
mulut mereka, tetapi di dalam hati mereka menolak, dan kebanyakan mereka adalah
orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
9:9. Mereka jual ayat-ayat Allah untuk
harga yang sedikit, dan mengmenghalangi daripada jalan-Nya; sesungguhnya
amatlah jahat apa mereka buat.
9:10. Mereka tidak endahkan pertalian, dan
tidak juga perjanjian terhadap orang mukmin; mereka itu, merekalah orang-orang
yang mencabul.
9:11. Namun demikian, jika mereka
bertaubat, dan lakukan solat, dan beri zakat, maka mereka adalah
saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.
9:12. Tetapi jika mereka mungkiri
sumpah-sumpah mereka setelah perjanjian mereka, dan mencela agama kamu, maka perangilah imam-imam (ketua-ketua) orang-orang
tidak percaya; bagi mereka tidak ada sumpah, supaya mereka berhenti.
9:13. Tidakkah kamu akan perangi kaum yang
mungkiri sumpah-sumpah mereka, dan bermaksud untuk mengusir Rasul, memulakan
pada kali pertama terhadap kamu? Adakah
kamu takut pada mereka? Adalah lebih baik bagi kamu untuk menakuti Allah, jika
kamu orang-orang mukmin.
9:14. Perangilah mereka, dan Allah akan
azab mereka di tangan kamu, dan aibkan mereka, dan Dia akan tolong kamu
terhadap mereka, dan datangkan penyembuhan bagi dada kaum yang mukmin.
9:15. Dan Dia hilangkan kemarahan di dalam
hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa Dia hendaki; Allah Mengetahui,
Bijaksana.
9:16. Adakah kamu sangka kamu akan
dibiarkan sedang Allah belum tahu orang-orang yang berjuang antara kamu, dan
tidak ambil - selain daripada Allah, dan Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin -
sebagai sahabat karib? Allah sedar apa kamu buat.
9:17. Tidak patut bagi orang-orang yang
sekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap
diri-diri mereka sendiri akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan
mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya.
9:18. Yang akan makmurkan masjid-masjid
Allah hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan
lakukan solat, dan beri zakat, dan tidak takut kecuali kepada Allah.
Mudah-mudahan mereka itu adalah di kalangan orang-orang yang dapat petunjuk.
9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian
air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang
yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan
berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah
tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
9:20. Orang-orang yang percaya dan
berhijrah dan berjuang di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwa mereka,
adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah; dan mereka itu, merekalah orang-orang
yang menang.
9:21. Pemelihara mereka beri mereka berita
gembira dengan pengasihan daripada-Nya, dan kepuasan hati; bagi mereka,
taman-taman yang di dalamnya kebahagiaan yang kekal.
9:22. Di dalamnya tinggal selama-lamanya,
dan selamanya; sesungguhnya Allah, di sisi-Nya adalah upah yang besar.
9:23. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil
bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu untuk menjadi wali-wali kamu, jika mereka lebih
suka ketidakpercayaan daripada keimanan; sesiapa antara kamu yang jadikan
mereka sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
9:24. Katakanlah, "Jika bapa-bapa
kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri
kamu, dan kaum kerabat kamu, dan harta benda yang kamu peroleh,
dan perdagangan yang kamu takut akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu
sangat puas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan
Rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah
datangkan perintah-Nya; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq."
9:25. Allah telah pun menolong kamu di
banyak medan peperangan dan pada hari Hunain ketika ramainya kamu menakjubkan
kamu, tetapi ia tidak berguna kepada kamu sedikit pun, dan bumi dengan segala
keluasannya terasa sempit kepada kamu, dan kamu berpaling, dengan berundur.
9:26. Kemudian Allah tnurunkan kepada
Rasul-Nya ketenangan-Nya, dan kepada orang-orang mukmin, dan Dia turunkan
tentera yang kamu tidak lihat, dan Dia azab orang-orang tidak percaya; dan
itulah balasan ke atas orang-orang tidak percaya.
9:27. Kemudian Allah sesudah itu menerima
taubat siapa Dia hendaki; Allah Pengampun, Pengasih.
9:28. Wahai orang-orang yang percaya,
orang-orang yang sekutukan adalah najis (kotor); maka jangan benarkan mereka dekati Masjidil Haram selepas
tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan cukupkan
kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia hendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui,
Bijaksana.
9:29. Perangilah orang-orang tidak
percayai Allah dan Hari Akhir, dan tidak haramkan apa yang Allah dan Rasul-Nya
haramkan, dan mereka tidak beragama dengan agama yang benar, daripada
orang-orang diberi al-Kitab, sehingga mereka beri ufti daripada tangan, dan
mereka direndahkan.
9:30. Orang-orang Yahudi
berkata, "Uzair ialah putera Allah"; orang-orang Kristian berkata,
"Al-Masih ialah putera Allah." Itu adalah ucapan daripada mulut
mereka, menurut ucapan orang-orang tidak percaya sebelum mereka. Allah memerangi
mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan?
9:31. Mereka ambil habr (ulama agama)
mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada
Allah, dan al-Masih putera Mariam; dan mereka diperintah untuk sembah hanya
Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa
mereka sekutukan.
9:32. Mereka hendak padamkan cahaya Allah
dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah tidak mahu melainkan untuk
sempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang tidak percaya membencinya.
9:33. Dia yang utus Rasul-Nya dengan
petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap
agama, walaupun orang-orang yang sekutukan membencinya.
9:34. Wahai orang-orang yang percaya,
kebanyakan habr, dan rahib, sesungguhnya mereka makan harta manusia dengan cara palsu, dan halangi
jalan Allah. Orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak nafkahkannya
di jalan Allah, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.
9:35. Pada hari mereka dipanaskan di dalam
api Jahanam, di mana dahi mereka, dan lambungan mereka, dan punggung mereka,
akan dicap, "Inilah apa yang kamu simpan untuk diri-diri kamu; maka
rasalah apa yang kamu simpan."
9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah
dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia cipta langit dan bumi. Empat
daripadanya haram (suci). Itu agama yang betul, maka jangan zalimkan diri-diri
kamu (sesama sendiri) padanya. Dan perangilah orang-orang yang sekutukan
kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa
Allah berserta orang-orang bertakwa.
9:37. Menundakan (bulan) adalah satu
tambahan dalam ketidakpercayaan di mana orang-orang tidak percaya disesatkan
dengannya; mereka tidak sucikannya satu tahun, tapi mereka
persucikannya pada tahun yang lain, untuk sesuaikan dengan bilangan yang Allah
sucikan. Maka mereka tidak sucikan apa yang Allah sucikan. Dinampakkan indah
bagi mereka amalan-amalan mereka yang jahat, dan Allah tidak beri petunjuk
kepada kaum tidak percaya.
9:38. Wahai orang-orang yang percaya, mengapakah
kamu apabila dikatakan kepada kamu, "Berperanglah di jalan Allah",
kamu menyerap dengan berat kepada bumi? Adakah kamu sangat puas hati dengan
kehidupan dunia ini daripada akhirat? Namun begitu, kesenangan kehidupan dunia
ini, dibandingkan dengan akhirat, adalah suatu yang sedikit.
9:39. Jika kamu tidak pergi, Dia akan azab
kamu dengan azab yang pedih, dan Dia akan tukar kamu dengan kaum yang lain; dan
kamu tidak akan mudaratkan-Nya sedikit pun, kerana Allah berkuasa atas segala
sesuatu.
9:40. Jika kamu tidak menolongnya, maka
Allah telah pun menolongnya, apabila orang-orang tidak percaya mengusirnya, ketika orang yang kedua
daripada dua orang, apabila kedua-duanya di dalam gua, apabila dia berkata
kepada temannya, "Jangan sedih; sesungguhnya Allah berserta kita."
Kemudian Allah turunkan kepadanya ketenangan-Nya, dan Dia kukuhkan dia dengan
tentera yang kamu tidak lihat, dan buatkan kata orang-orang tidak percaya
paling rendah dan kata Allah yang tertinggi; Allah Perkasa, Bijaksana.
9:41. Pergilah, dengan ringan dan berat!
Berjuanglah di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Itu yang lebih baik
bagi kamu jika kamu tahu.
9:42. Sekiranya ia satu keuntungan yang
dekat diperolehi, dan satu perjalanan yang mudah, tentu mereka ikut kamu;
tetapi jarak perjalanan yang dituju itu jauh bagi mereka. Mereka masih
bersumpah dengan Allah, "Sekiranya kami boleh, tentu kami keluar bersama
kamu", maka mereka musnahkan diri-diri mereka; dan Allah, Dia tahu bahawa
mereka sebenarnya pendusta-pendusta.
9:43. Allah maafkan kamu. Mengapa kamu
izinkan mereka sehingga ia jadi jelas bagi kamu orang-orang yang berkata benar,
dan kamu tahu pendusta-pendusta?
9:44. Orang-orang yang percayai Allah dan
Hari Akhir, tidak minta izin kepada kamu untuk berjuang dengan harta mereka dan
jiwa mereka; dan Allah tahu orang-orang bertakwa.
9:45. Mereka yang minta izin kepada kamu
hanyalah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, orang-orang yang hati
mereka ragu-ragu, maka dalam keraguan mereka, mereka pergi ke sana sini.
9:46. Jika mereka hendak keluar, tentu
mereka sudah siapkan persiapan untuk itu, tetapi Allah benci kebangkitan
mereka, lalu Dia tahan mereka, dan dikatakan kepada mereka, "Duduklah kamu
bersama orang-orang yang duduk."
9:47. Sekiranya mereka keluar bersama
kamu, tentu mereka hanya menambahkan kamu dalam kerusuhan, dan berlari berulang-alik antara kamu,
dengan mencari-cari untuk membangkitkan pertikaian antara kamu; dan antara kamu
ada yang akan mendengarkan mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.
9:48. Mereka telah pun mencari-cari akan
pertikaian sebelumnya, dan mereka terbalikkan urusan-urusan untuk kamu,
sehingga datang yang benar, dan tampil perintah Allah, walaupun mereka
membencinya.
9:49. Antara mereka ada orang yang
berkata, "Izinkanlah aku, dan jangan goda aku." Tidakkah mereka sudah
jatuh ke dalam penganiayaan? Dan sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang
tidak percaya.
9:50. Jika yang baik menimpa kamu, ia
menyakitkan hati mereka; tetapi jika kamu ditimpa penderitaan, mereka berkata,
"Kami telah ambil keputusan kami sebelumnya", dan mereka berpaling,
dan mereka gembira.
9:51. Katakanlah, "Tiada yang akan
menimpa kami melainkan apa yang Allah telah tuliskan bagi kami; Dia Pelindung
kami, dan kepada Allah hendaklah orang-orang yang mukmin tawakal (mempercayakan)."
9:52. Katakanlah, "Adakah kamu
menunggu-nunggu supaya tidak datang kepada kami melainkan salah satu daripada
dua ganjaran yang paling baik? Kami juga menunggu untuk kamu supaya Allah
menimpakan kamu dengan azab daripada-Nya, atau dengan tangan kami. Maka
tunggulah; kami sedang menunggu bersama kamu."
9:53. Katakanlah, "Nafkahkanlah
dengan rela, atau benci; ia tidak akan diterima daripada kamu kerana
sesungguhnya kamu adalah kaum yang fasiq."
9:54. Dan tiada yang mengmenghalangi
daripada nafkah mereka diterima daripada mereka, kecuali kerana mereka tidak
percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka tidak datangkan solat melainkan
dengan malas, dan mereka tidak nafkahkan tanpa mereka membencinya.
9:55. Maka janganlah harta-harta mereka,
dan anak-anak mereka, menarik hati kamu; Allah hanya hendak dengannya untuk
mengazab mereka dalam kehidupan dunia ini, dan supaya jiwa-jiwa mereka melayang
sedang mereka orang-orang tidak percaya (kafir).
9:56. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa
mereka adalah daripada kamu, tetapi mereka bukanlah daripada kamu; mereka
adalah kaum yang takut.
9:57. Jika mereka boleh dapati satu tempat
perlindungan, atau gua-gua, atau tempat untuk merangkak ke dalamnya, tentu
mereka akan berpaling, dan berlari dengan pantas kepadanya.
9:58. Antara mereka cari kesilapan dengan
kamu mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka sangat puas hati, tetapi jika
mereka tidak diberi, mereka menjadi marah.
9:59. Sekiranya mereka sangat puas hati
dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya beri mereka, dengan berkata, "Cukuplah
Allah bagi kami; Allah akan beri kami daripada pemberian-Nya, dan Rasul-Nya;
kepada Allah kami harapkan."
9:60. Sedekah adalah untuk orang-orang
fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya,
dan orang-orang yang hatinya disatukan,
dan merdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan
musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:61. Dan sebahagian daripada mereka
menyakiti Nabi, dengan berkata, "Dia telinga!" Katakanlah,
"Telinga yang baik bagi kamu; dia percayai Allah, dan percayai orang-orang
mukmin, dan dia adalah satu pengasihan bagi orang-orang yang percaya antara
kamu. Orang-orang yang menyakiti Rasul Allah, bagi mereka, azab yang
pedih."
9:62. Mereka bersumpah kepada kamu dengan
Allah, untuk menyenangkan hati kamu; tetapi Allah dan Rasul-Nya - adalah lebih
berhak untuk mereka menyenangkan hati-Nya, jika mereka orang-orang mukmin.
9:63. Tidakkah mereka tahu bahawa sesiapa
menentang Allah dan Rasul-Nya, maka baginya api Jahanam, di dalamnya tinggal
selama-lamanya? Itu kerendahan yang besar.
9:64. Orang-orang munafik takut jika
sebuah surah diturunkan terhadap mereka, yang beritahu kamu apa yang di dalam
hati mereka. Katakanlah, "Berolok-oloklah kamu; sesungguhnya Allah akan
keluarkan apa yang kamu takuti."
9:65. Dan jika kamu tanya mereka, maka
mereka akan berkata, "Kami hanya terjun dan bermain-main."
Katakanlah, "Adakah Allah kamu memperolok-olokkan, dan ayat-ayat-Nya, dan
Rasul-Nya?"
9:66. Janganlah kamu beralasan. Kamu tidak
percaya setelah keimanan kamu. Jika Kami maafkan segolongan daripada kamu, Kami
akan azab segolongan yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang berdosa.
9:67. Orang-orang munafik lelaki dan
orang-orang munafik perempuan adalah sama satu sama lain; mereka menyuruh pada
yang mungkar dan melarang daripada yang baik, dan mereka genggamkan
tangan-tangan mereka; mereka lupakan Allah, dan Dia lupakan mereka.
Sesungguhnya orang-orang munafik, mereka adalah orang-orang fasiq.
9:68. Allah janjikan orang-orang munafik
lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang tidak percaya,
dengan api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi
mereka; Allah laknati mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal.
9:69. Seperti orang-orang sebelum kamu,
yang lebih kuat daripada kamu dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam harta dan
anak-anak; mereka ambil kesenangan dengan bahagian mereka; maka kamu ambil
kesenangan dengan bahagian kamu, sebagaimana orang-orang sebelum kamu mengambil
kesenangan dengan bahagian mereka. Kamu terjun sebagaimana mereka terjun. Bagi
mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat;
mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi.
9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita
orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan
penduduk Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-Rasul mereka telah
datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka,
tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.
9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan
orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang
baik, dan melarang yang mungkar; mereka melakukan solat, dan memberi zakat, dan
mereka mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah
mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
9:72. Allah janjikan orang-orang lelaki
mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, dengan taman-taman yang di bawahnya
mengalir sungai-sungai, tinggal selama-lamanya di dalamnya, dan tempat-tempat
tinggal yang baik di Taman-Taman (Jannah) Adn; dan yang lebih besar, kepuasan
hati Allah; itulah kemenangan yang besar.
9:73. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap
orang-orang tidak percaya, dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap
mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
9:74. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa
mereka tidak mengatakan, tetapi sesungguhnya mereka mengatakan kata ketidakpercayaan, dan mereka tidak percaya
(kafir) setelah mereka islam. Mereka bermaksudkan apa yang mereka tidak akan
capai, dan mereka mendendami hanya setelah Allah mencukupkan mereka, dan
Rasul-Nya, daripada pemberian-Nya. Maka jika mereka bertaubat, ia adalah lebih
baik bagi mereka; jika mereka berpaling, Allah akan azab mereka dengan azab
yang pedih di dunia dan di akhirat; di bumi mereka tidak ada wali (pelindung),
dan tidak juga ada penolong.
9:75. Dan antara mereka ada yang buat
perjanjian dengan Allah, "Jika Dia beri kami daripada pemberian-Nya, kami
akan bersedekah, dan termasuk orang-orang yang salih."
9:76. Tetapi apabila Dia beri mereka
daripada pemberian-Nya, mereka kikir dengannya, dan berpaling, dengan
memalingkan.
9:77. Maka akibatnya, Dia letak
kemunafikan di dalam hati mereka hingga hari mereka temui-Nya, kerana mereka
mungkiri Allah pada apa yang
mereka janjikan kepada-Nya, dan kerana merekalah pendusta-pendusta.
9:78. Tidakkah mereka tahu bahawa Allah
tahu rahsia mereka, dan bicara rahsia mereka, dan bahawa Allah tahu yang ghaib?
9:79. Orang-orang yang mencari kesilapan
orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela, dan orang-orang yang
tidak dapati sesuatu melainkan usaha mereka, yang mereka olok-olokkan - Allah
memperolok-olokkan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.
9:80. Mintalah ampun bagi mereka, atau
kamu tidak minta ampun bagi mereka; jika kamu mintakan ampunan untuk mereka
tujuh puluh kali pun, Allah tidak akan ampunkan mereka; itu kerana mereka tidak
percaya kepada Allah, dan Rasul-Nya. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang
fasiq.
9:81. Orang-orang yang ditinggalkan berasa
gembira dengan ketinggalan mereka di belakang Rasul Allah, dan benci berjuang
dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka berkata, "Jangan
pergi dalam panas terik." Katakanlah, "Api Jahanam adalah lebih
panas, jika mereka faham."
9:82. Oleh kerana itu biarkanlah mereka
ketawa sedikit, dan menangis banyak, sebagai balasan ke atas apa yang mereka
usahakan.
9:83. Maka, jika Allah kembalikan kamu
kepada satu golongan daripada mereka, dan mereka minta izin kepada kamu untuk
keluar, katakanlah, "Kamu tidak akan keluar bersamaku selama-lamanya, dan
kamu tidak akan memerangi bersamaku sebarang musuh. Kamu sangat puas hati untuk
duduk pada kali pertama, maka sekarang duduklah bersama orang-orang yang
tinggal."
9:84. Dan jangan kamu rahmati
selama-lamanya ke atas sesiapa antara mereka apabila dia mati, dan jangan juga berdiri
di kuburnya; mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mati sedang
mereka orang-orang fasiq.
9:85. Dan jangan harta-harta mereka, dan
anak-anak mereka, menarik hati kamu; Allah hanya hendak dengannya untuk
mengazab mereka di dunia, dan supaya jiwa-jiwa mereka melayang sedang mereka
orang-orang tidak percaya.
9:86. Dan apabila sebuah surah diturunkan,
"Percayalah kepada Allah, dan berjuanglah bersama Rasul-Nya",
orang-orang yang mewah antara mereka minta izin kepada kamu, dengan berkata,
"Tinggalkanlah kami bersama orang-orang yang duduk."
9:87. Mereka sangat puas hati berada
bersama orang-orang yang tinggal, dan satu penutup diletakkan pada hati mereka,
maka mereka tidak faham.
9:88. Tetapi Rasul, dan orang-orang yang
percaya bersama dia, berjuang dengan harta mereka, dan jiwa mereka; dan mereka
itu, bagi merekalah yang baik-baik; mereka itu, merekalah orang-orang
beruntung.
9:89. Allah sediakan bagi mereka
taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal
selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
9:90. Dan orang-orang Arab datang dengan
alasan mereka, supaya mereka diizinkan; orang-orang yang berdusta kepada Allah
dan Rasul-Nya duduk; kelak akan timpa orang-orang tidak percaya antara mereka,
azab yang pedih.
9:91. Tidak salah ke atas orang-orang yang
lemah, dan ke atas orang-orang yang sakit, dan ke atas orang-orang yang tidak
dapati sesuatu untuk dinafkahkan, jika mereka jujur kepada Allah dan kepada
Rasul-Nya. Tidak ada jalan terhadap orang-orang buat baik; Allah Pengampun,
Pengasih.
9:92. Dan tidak juga kepada orang-orang
yang, apabila mereka datang kepada kamu, supaya kamu bawa mereka, kamu berkata,
"Aku tidak dapati sesuatu untuk bawa kamu di atasnya"; mereka
berpaling, dan mata-mata mereka mencucurkan air mata daripada kesedihan, kerana
mereka tidak dapati sesuatu untuk dinafkahkan.
9:93. Jalan hanyalah kepada orang-orang
yang minta izin kepada kamu, padahal mereka orang-orang kaya; mereka sangat
puas hati berada bersama orang-orang yang tinggal; Allah letak satu penutup
pada hati mereka, maka mereka tidak tahu.
9:94. Mereka kemukakan alasan kepada kamu,
apabila kamu kembali kepada mereka. Katakanlah, "Jangan kamu kemukakan
alasan; kami tidak akan percayai kamu. Allah telah pun beritahu kami berita
mengenai kamu. Sungguh, Allah lihat amalan kamu, dan Rasul-Nya, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia beritahu
kamu apa kamu buat."
9:95. Mereka akan bersumpah kepada kamu
dengan Allah, apabila kamu balik kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada
mereka. Maka berpalinglah daripada mereka kerana mereka adalah kotoran, dan
tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu balasan ke atas apa yang mereka
usahakan.
9:96. Mereka bersumpah kepada kamu supaya
kamu sangat puas hati terhadap mereka; tetapi, jika kamu sangat puas hati
terhadap mereka, sungguh, Allah tidak puas hati terhadap kaum yang fasiq.
9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam
ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak tahu had-had (hudud) yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya; dan
Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:98. Antara orang-orang Arab ambil apa
yang mereka nafkahkan sebagai denda dan menunggu-nunggu akan giliran yang buruk
kepada kamu. Bagi merekalah giliran yang buruk; Allah Mendengar, Mengetahui.
9:99. Dan antara orang-orang Arab percayai
Allah dan Hari Akhir, dan mereka ambil apa yang mereka nafkahkan untuk pemberian sebagai mendekatkan
mereka dengan Allah, dan salawat (doa mohon ampun) Rasul. Sesungguhnya itu satu
pemberian untuk mereka, dan Allah akan masukkan mereka ke dalam pengasihan-Nya;
sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:100. Dan orang-orang yang mendahului,
yang terawal daripada penghijrah-penghijrah (muhajirin), dan penolong-penolong (ansar), dan
orang-orang yang ikut mereka dalam buat baik - Allah sangat puas hati terhadap
mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya; dan Dia sediakan bagi mereka
taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal
selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar.
9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di
sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada
penduduk Kota jadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak tahu mereka, tetapi
Kami tahu mereka, dan Kami akan azab mereka dua kali, kemudian mereka
dikembalikan kepada azab yang besar.
9:102. Dan yang lain mengakui
kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah campuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan terima
taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:103. Ambillah daripada harta mereka
sedekah untuk bersihkan mereka, dan untuk sucikan mereka dengannya, dan
rahmatilah mereka; salawat kamu adalah kerehatan bagi mereka; Allah Mendengar,
Mengetahui.
9:104. Adakah mereka tahu bahawa Allah
Dialah yang terima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan Dia ambil sedekah, dan
bahawa Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih?
9:105. Katakanlah, "Beramallah, dan
Allah pasti akan lihat amalan kamu, dan Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan
kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia
beritahu kamu apa kamu buat."
9:106. Dan yang lain ditangguhkan hingga
perintah Allah, sama ada Dia azab mereka, atau terima taubat mereka; Allah
Mengetahui, Bijaksana.
9:107. Dan orang-orang
yang ambil masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan
orang-orang mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi
Allah dan Rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak hendak
sesuatu melainkan kebaikan"; dan Allah saksikan bahawa mereka adalah
pendusta-pendusta.
9:108. Janganlah berdiri di dalamnya
selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih
wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang
suka bersihkan diri mereka; dan Allah suka orang-orang yang bersihkan diri
mereka.
9:109. Adakah dia lebih baik, yang
mendirikan bangunannya atas takwa, dan kepuasan hati-Nya, atau dia yang
mendirikan bangunan-nya di atas pinggir tebing yang rapuh, yang runtuh bersama dia ke dalam api
Jahanam? Dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
9:110. Bangunan-bangunan yang mereka bina
tidak akan berhenti-henti untuk menjadi satu titik keraguan di dalam hati
mereka, kecuali hati mereka dipotong-potong; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:111. Allah membeli daripada orang-orang mukmin,
diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka
membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam
Taurat, dan Injil, dan al-Qur'an; dan siapakah lebih menepati perjanjiannya
daripada Allah? Maka gembiralah dengan jual beli kamu yang kamu jualbelikan
dengan-Nya; itulah kemenangan yang besar.
9:112. Orang-orang yang bertaubat,
orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang
berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang
menyuruh pada yang baik dan melarang daripada yang mungkar, dan orang-orang
yang menjaga had-had (hudud) Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada
orang-orang mukmin.
9:113. Tidak patut bagi Nabi dan
orang-orang yang percaya minta ampun bagi orang-orang yang sekutukan, walaupun
mereka sanak saudara yang dekat, setelah jadi jelas bagi
mereka bahawa mereka itu akan jadi penghuni-penghuni Jahim.
9:114. Ibrahim tidak minta ampun untuk
bapanya kecuali kerana satu janji yang dia janjikannya; dan apabila telah jelas
baginya bahawa dia adalah musuh Allah, dia berlepas diri daripadanya; Ibrahim
lembut hati, penyantun.
9:115. Allah tidak akan sesatkan satu kaum
setelah Dia beri mereka petunjuk, sehingga Dia jelaskan kepada mereka apa yang
mereka patut takwakan; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.
9:116. Sesungguhnya kepunyaan Allah
kerajaan langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan, dan kamu tidak ada,
selain daripada Allah, sama ada wali (pelindung) atau penolong.
9:117. Allah terima taubat Nabi, dan
penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka
hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia terima taubat mereka; sesungguhnya Dia
Lembut kepada mereka, Pengasih.
9:118. Dan kepada tiga orang yang
ditinggalkan, sehingga apabila bumi terasa sempit bagi mereka, dengan segala
keluasannya, dan jiwa mereka terasa sempit bagi mereka, dan mereka sangka tidak
ada tempat perlindungan daripada Allah kecuali kepada-Nya, kemudian Dia terima
taubat mereka supaya mereka juga bertaubat; sesungguhnya Allah, Dia Yang
Menerima Taubat, Yang Pengasih.
9:119. Wahai orang-orang yang percaya,
takutilah Allah, dan jadilah bersama orang-orang yang benar.
9:120. Tiadalah bagi penduduk Kota, dan
bagi orang-orang Arab yang di sekitar mereka, untuk tinggal di belakang Rasul Allah, dan untuk lebih suka diri
mereka daripada diri dia; itu kerana mereka tidak ditimpa kehausan, dan tidak
juga keletihan, dan tidak juga kekosongan di jalan Allah, dan tidak juga mereka
pijak sebarang pijakan yang menimbulkan kemarahan orang-orang tidak percaya,
dan mereka tidak juga peroleh sesuatu perolehan daripada sebarang musuh,
melainkan ditulis bagi mereka sebagai amalan yang salih; sesungguhnya Allah
tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.
9:121. Dan tidak juga mereka nafkahkan
sesuatu nafkah, kecil atau besar, dan tidak juga mereka melalui sesuatu lembah,
melainkan ia dituliskan bagi mereka, supaya Allah balas mereka dengan yang
terbaik daripada apa mereka buat.
9:122. Tidak patut bagi orang-orang mukmin
pergi kesemuanya; tetapi mengapa sekumpulan daripada tiap-tiap golongan antara
mereka tidak pergi untuk menjadi arif dalam agama, dan untuk beri amaran kepada
kaum mereka apabila mereka kembali kepada mereka, supaya mereka berawas-awas?
9:123. Wahai orang-orang yang percaya,
perangilah orang-orang tidak percaya yang dekat dengan kamu, dan hendaklah
mereka dapati pada kamu ketegasan; dan ketahuilah bahawa Allah berserta
orang-orang bertakwa.
9:124. Setiap kali sebuah surah diturunkan
kepada kamu, sebahagian daripada mereka berkata, "Siapakah antara kamu
yang bertambah dalam keimanan dengan ini?" Bagi orang-orang yang percaya,
ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan mereka gembira.
9:125. Tetapi bagi orang-orang di dalam
hati mereka ada penyakit, bagi mereka, ia menambahkan kotoran pada kotoran
mereka, dan mereka mati sedang mereka orang-orang tidak percaya.
9:126. Tidakkah mereka lihat bahawa mereka
diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.
9:127. Setiap kali sebuah surah
diturunkan, mereka memandang kepada satu sama lain, "Adakah seseorang
melihat kamu?" Kemudian mereka berpaling. Allah palingkan hati mereka
kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.
9:128. Sesungguhnya telah datang kepada
kamu seorang Rasul daripada diri-diri kamu sendiri; terasa berat baginya apa yang
kamu terderitakan; dia sangat inginkan terhadap kamu, lembut terhadap
orang-orang mukmin, pengasih.
9:129. Maka jika mereka berpaling,
katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan melainkan Dia.
Kepada-Nya aku tawakal. Dia Pemelihara Arasy yang besar."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan