The Alien - Link Select

Rabu, 17 Jun 2015

AL-QUR'AN ???

QURANIYUN

ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al Quran) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa Al Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
[ Q.S. AL-‘AN’AM 6 : 114-115 ]

“Kitab (ini) diturunkan dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. - Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya?”
[ Q.S. AL-JASIYAH 45  : 2-6 ]

“Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh), tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. Diturunkan dari Rabbil 'alamiin. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quran ini?”
[ Q.S. AL-WAQI’AH 56 : 77-81 ]

“Maka kepada perkataan apakah selain Al Quran ini mereka akan beriman?”
[ Q.S. AL-MURSALAT 77 : 50 ]

            “... dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan, dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.”
[ Q.S AL-KAHFI 18 : 54 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Aku meninggalkan kepada kamu semua, apa yang jika kamu pegang teguh, kamu tidak akan sesat, (yaitu) KITAB ALLAH.”
[ H.R.S : Imam Muslim, Ibnu Majah dan Abu Dawud Ra. A. ]

“Jangan menulis apapun dariku kecuali Al Qur’an.”
[ H.R.S : Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Imam Muslim  Ra. A. ]

“Jangan menulis apapun dariku KECUALI AL-QURAN. Siapa saja yang menulis sesuatu selain Al-Quran harus menghapusnya.”

[ H.R.S. : Imam Ibn Said Al-Khudri Ra. A. ]

Selasa, 16 Jun 2015

PUASA ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman!
Kamu diwajibkan BERPUASA sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.  Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.  (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.  Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu WAKTU FAJAR. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga WAKTU MALAM; dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 183-187 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Bila malam (al-lail) telah datang dari arah sini (timur) dan siang telah pergi dari arah sini (barat) dan telah tenggelam matahari (Malam), maka sungguh orang puasa telah berbuka.”
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

“Barang siapa mendirikan puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.”
 [ H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]

 “Janganlah kamu dahului puasa Ramadhan dengan puasa satu hari atau dua hari, kecuali bagi orang yang biasa berpuasa, maka puasa sehari itu diperbolehkan.”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]

 “Bila kamu telah melihat tanggal 1 bulan Ramadan, maka puasalah, dan bila kamu melihat tanggal 1 Syawal, maka berhari rayalah. Tetapi bila mendung, maka perkirakanlah (sesuai dengan hari perhitungan).”
Daripada Ibnu Umar R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]


Jumaat, 12 Jun 2015

DIALOG QUR'ANIYUN DAN SUNNI ???

"Kalau begitu Brahim, macam mana kamu sembahyang dengan menggunakan Quran sahaja, kerana Quran tidak memerincikan cara laku solat?" Pinta Pak Rashid.
"Dia lupa hadis yang mashur yang mutafa’alaik "solatlah kamu seperti mana kamu lihat aku (Muhammad) solat." Ujar Ustaz.
"Solat, ini kes panjang, tetapi InsyaAllah saya akan terangkan bagaimana saya solat, berpandukan pada Quran satu-satunya, pada masa yang Pak Rashid bandinglah pula dengan cara Pak Rashid." Aku cuba berlawak.
"Apa yang terdapat di dalam kitab-kitab karangan ulamak hanyalah hadis-hadis seperti dari si anu yang diriwayatkan oleh imam si anu katanya, ‘pada satu hari sewaktu aku sedang berbual-bual dengan si anu aku ternampak Rasulullah mencuit-cuit jari telunjuknya sewaktu beliau sedang duduk’, dan dari si anu yang diriwayatkan oleh imam si anu katanya ‘pada satu hari sewaktu Nabi sedang bersolat aku lihat beliau letak kedua-dua tangannya ke atas pusatnya’ atau dari si anu, katanya ‘pada satu hari sewaktu Nabi sedang berdiri aku lihat beliau meluruskan kedua-dua tangannya ke bawah’." Kata ku lagi.
"Cuba perhati baik-baik disini. Yang amat ketara cara dan kaedah hadis-hadis dikumpul tadi langsung tidak beri keyakinan bahawa apa yang ditulis itu benar-benar datang daripada Rasulullah atau wahyu Ilahi sepertimana yang ditegaskan oleh para ulamak. Ia lebih merupai tulisan atau karangan orang-orang yang suka mengintai dan mengintip. Selain itu, cara Nabi tunjukkannya pula nampak begitu tidak acuh, seolah-olah beliau tidak peduli kalau ada orang yang melihatnya atau tidak." Kata ku lagi. 
"Soalannya di sini cara manakah satu Nabi bersolat, adakah semua ini hanya rekaan-rekaan para ulamak saja?" Tanya Pak Rashid.
"Ya!" Jawap ku ringkas. “Sudah pasti!”
"Cepat, jangan cuba berdalih, ceritakan pada kami bermula dari Israk dan Mikraj lagi, masa Nabi mula dapat perintah solat lima kali sehari semalam". Bentak Pak Rashid, seakan hilang sabar. 
"Errr, maaf saya tak berapa pasti". Brahim mengakui. 
"Cakap saja berapi-api, perintah solat melalui Isra dan Mikraj pun tak tahu, Ngah, engkau bagi tau pada budak ni pasai Israk dan Mikraj". Kata Ustaz Harun sambil kerling dengan ekor matanya kepada ku. 
Dengan undangan seringkas itu Lebai Ngah mula berkhotbah, "Isra ialah perjalanan Nabi secara mendatar Nabi dari Mekah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem. Dari sana Nabi terus di Mi'raj ke langit dengan menaiki haiwan yg dikenali sebagai Buraq dan sebelum malam berakhir Nabi telah kembali ke Mekah.  Kejadian ini berlaku pada 27 Rejab (bulan ke 7) tahun 621 AD. Masa itu umur Nabi ialah 50 tahun. Bila Nabi berjumpa dengan Tuhan, Nabi telah diberi akan solat 50 waktu sehari semalam padanya dan pada umatnya.  Bila Nabi hendak turun ke bumi melalui syurga ditingkat tujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad apakah yang telah dititahkan oleh Allah kepadanya. Nabi Muhammad pun menerangkan akan ibadah solat 50 waktu sehari semalam itu. 
Nabi Musa berkata walaupun umatnya besar dan kuat namum umatnya tidak dapat lakukan solat sebanyak itu, lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad pergi berjumpa Tuhan dan meminta supaya ibadat itu di kurangkan.  Sekali lagi Nabi Muhammad berjumpa dengan Tuhan. Lalu setelah mendengar rayuan Nabi Muhammad, ibadah solat dikurangkan sebanyak 45 kali sehari semalam dan bila Nabi Muhammad hendak turun ke bumi melalui syurga di tingkat tujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad yang berapakah kali ianya dikurangkan, lalu Nabi menjawap empat puluh lima kali. 
Sekali lagi Nabi Musa berkata yang walaupun umatnya besar dan kuat namun umatnya tidak dapat lakukan solat sebanyak empat puluh lima kali sehari, lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad sekali lagi pergi berjumpa dengan Tuhan dan minta supaya ibadat solat itu dikurangkan. Demikianlah proses itu berlanjutan sebanyak sembilan kali. Bila Nabi Muhammad hendak turun ke bumi melalui Syurga di tingkat tujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad yang berapakah kali ianya dikurangkan, lalu Nabi Muhammad menjawap hanya tinggal lima kali sahaja. 
Sekali lagi Nabi Musa berkata yang walaupun umatnya besar dan kuat namum umatnya tidak dapat lakukan solat sebanyak itu, lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad pergi berjumpa Tuhan sekali lagi dan minta supaya ibadat itu di kurangkan. Demi kerana malunya, Nabi Muhammad telah membatalkan hasratnya untuk mengadap Tuhan. Oleh kerana satu kebaikan diganda sepuluh, maka lima solat didarap dengan sepuluh kali maka ianya berjumlah juga sebanyak lima puluh kali kali solat. Pahala ini sebagaimana pahala suruhan pertama iaitu lima puluh kali solat jaga". Hujah Lebai Ngah bersungguh-sungguh.
"Bangkanglah lagi, jangan tak bangkang." Ustaz Harun perli Brahim sambil mencapai kotak rokoknya. Brahim, dongak ke atas sekejap sambil tu dia tersengih, lalu dia mengeliat, keratap keretup bunyinya. 
"Hujah saya yang pertama, Buraq tidak ada dalam Quran dan kalau hadis Lebai Ngah ini benar lagi membenarkan, mengapa pula tak diceritakan pula cara Nabi turun ke bumi dan apakah pula terjadi pada Buraq itu?"Tanya si Brahim, memulakan. "Hujah saya yang kedua, Nabi Muhammad menerima Quran sekitar umur 40 tahun, jadi macam mana Lebai Ngah kata Nabi menerima perintah solat pada umur Nabi 50 tahun. Jurang sepuluh tahun itu tersangat lamalah". Ujar Brahim lagi.  "Hujah saya yang ketiga, adakah ini bermakna Tuhan tidak tahu untuk perintah sekali sahaja. Iaitu solat lima kali sehari semalam, dan bukan sebanyak lima puluh kali sehari semalam di mana akhirnya jadi lima juga, adakah ini juga bermakna Tuhan mempermain-mainkan Nabi?" Tanya Brahim.

"Hujah saya yang keempat, mengapa pula Nabi Musa jadi penasihat kepada Nabi Muhammad, tidakkah Lebai nampak unur-unsur Israliat disini ?" Tanya Brahim lagi.  "Hujah saya yang lima, adakah dengan hadis tadi bermakna Nabi Muhammad atau Nabi Musa lebih mengetahui perihal umat mereka dari Allah ?" Tanya si Brahim lagi  "Hujah saya yang keenam, bagaimanakah mungkin Nabi Muhammad melawat Masjidil Aqsa sedangkan ianya dibina selepas enam puluh lima tahun setelah kemangkatan Nabi Muhammad? Buat pengetahuan semua yang ada, nama Masjidil Aqsa tersebut juga diambil dari Al Quran (17:1)" Tambah Brahim lagi. 
"Hujah saya yang ketujuh, ada satu cerita menarik disini, seperti yang dinukilkan oleh Ibn Ishak. Sebagai yang kita ketahui Ibn Ishak adalah di antara orang paling awal menulis biografi Nabi Muhammad. Dia menulis di antara lainnya, Nabi beritahu kepada isterinya perihal Isra semasa Nabi bangun untuk solat Fajr, dan perjalanan itu berlaku bila Nabi tidur selapas Isya, dalam cerita lain pula, diceritakan bahawa sebelum Nabi naik ke langit Nabi solat Isya dulu. Hairan juga, Nabi dah solat bertahun-tahun baru dapat arahan untuk solat." Kata si Brahim. 
"Hujah saya yang kelapan, mengikut Bible, Nabi Ibrahim sedang berdebat dengan Tuhan bagi pihak Sodom (umat Nabi Lut) untuk tidak musnahkan mereka jika ada lima puluh orang beriman di antara mereka, akhirnya tawar menawar ini jadi sepuluh orang. Bible RSV Gen 18:20 hingga 32 mengatakan,
20: Then the LORD said, "Because the outcry against Sodom and Gomorrah is great and their sin is very grave, 
21: I will go down to see whether they have done altogether according to the outcry which has come to me; and if not, I will know." 
22: So the men turned from there, and went toward Sodom; but Abraham still stood before the LORD. 
23: Then Abraham drew near, and said, "Wilt thou indeed destroy the righteous with the wicked? 
24: Suppose there are fifty righteous within the city; wilt thou then destroy the place and not spare it for the fifty righteous who are in it? 
25: Far be it from thee to do such a thing, to slay the righteous with the wicked, so that the righteous fare as the wicked! Far be that from thee! Shall not the Judge of all the earth do right?" 
26: And the LORD said, "If I find at Sodom fifty righteous in the city, I will spare the whole place for their sake." 
27: Abraham answered, "Behold, I have taken upon myself to speak to the Lord, I who am but dust and ashes. 
28: Suppose five of the fifty righteous are lacking? Wilt thou destroy the whole city for lack of five?" And he said, "I will not destroy it if I find forty-five there." 
29: Again he spoke to him, and said, "Suppose forty are found there." He answered, "For the sake of forty I will not do it." 
30: Then he said, "Oh let not the Lord be angry, and I will speak. Suppose thirty are found there." He answered, "I will not do it, if I find thirty there." 
31: He said, "Behold, I have taken upon myself to speak to the Lord. Suppose twenty are found there." He answered, "For the sake of twenty I will not destroy it." 
32: Then he said, "Oh let not the Lord be angry, and I will speak again but this once. Suppose ten are found there." He answered, "For the sake of ten I will not destroy it." 
"Mari kita lihat persamaan tersebut dengan Quran 29:31 dan 32. "Dan apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan musnahkan penduduk bandaraya ini, kerana penduduknya orang-orang zalim. Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat-sangat tahu siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal." Kata si Brahim. 
"Ayat 11:74 hingga 76. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut. Ibrahim adalah penyantun, lembut hati, berkesesalan. "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu sudah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan." 
"Cuba Lebai Ngah tengok kedua-dua ayat diatas, Nabi Ibrahim cuba "mengingkatkan" para malaikat yang Nabi Lut ada didalam bersama kaumnya. Dia cuba berdebat, tetapi sayang, hajat hatinya tak kesampaian. Arahan dari Allah ialah "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu sudah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan." Dalam Quran itu tidak ada soal tawar menawar dengan Tuhan, tapi dalam Bible ada unsur tawar-menawar, macam hadis solat, tawar-menawar dari lima puluh jadi lima" Kata si Brahim mengakhiri hujah. 
"Hujah saya yang kesembilan 11:114. "Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat." 
"Hujah saya yang kesepuluh "Solat pula telah diperintah sejak zaman Nabi Ibrahim lagi dan Nabi Muhammad dihendaki untuk meneruskan amalan solat tersebut". Katanya lagi. 
21:73. Dan lantik mereka menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan Solat, dan memberi zakat, dan Kami mereka sembah. 
22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan berpegang teguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik. 
"Hujah saya yang kesebelas dan terakhir ialah "Ayat 4:101-103 menjelaskan tentang solat ringkas dan solat masa peperangan. Ayat itu juga mengatakan solat Qasar dan masa peperangan itu sempurna apabila seseorang itu berdiri sehingga selesai sujud. Kalau kita menyebutnya sebagai "satu rakaat", maka solat tersebut ialah satu rakaat dan solat yang sempurna mestilah lebih daripada satu rakaat, kerana solat Qasar yang tidak boleh dilakukan dalam keadaan biasa". Kata ku lagi.
"Sahih Bukhari 1/346 mengatakan bahawa pada permulaannya, semua solat hanya dua rakaat sahaja. Kita tidak memerlukan hadis sebagai panduan beribadat, tetapi hadis ini sesuai dengan ayat Quran 4:102 .Saya percaya syaitan tidak boleh menyelewengkan atau mengubah seratus peratus dari ajaran yang asal". Kata ku lagi. 
"Sebagai contoh, dalam 'wuduk' syaitan cuma buat beberapa tambahan kepada ajaran Tuhan, begitu juga haji di mana syaitan telah buat sedikit tambahan seperti melontar jumrah, begitu juga dalam bab puasa, syaitan cuma mengubah sedikit waktu bermula dan berbuka, mungkinkah syaitan juga telah menambahkan rakaat solat dari dua yang asal kepada tiga atau pun empat ?". Tanya ku lagi.
"Kamu ni dah merepek habis Brahim". Bentak si Ustaz.
"Apanya merepek, " Kata ku. “Mari kita buat sedikit ujikaji pada solat kita!”
"Uji… jangan tak uji." Pintas si Ustaz lagi.
"Jika Quran 17:110 mengatakan suara hendaklah sederhana dalam solat. Maka solat yang tanpa suara dan bisu itu bukanlah dari ajaran Quran, adakah kita setuju.”  Tanya ku pada mereka.  Semua kepala mula mengangguk setuju.  Walaupun agak perlahan tapi aku yakin mereka setuju.
"Kita lakukan solat Subuh (Fajr) dua rakaat dengan bersuara, ini mengikut Quran, lalu, kita solat Zohor dan Asar dalam keadaan bisu, bererti kedua-dua solat itu adalah suatu tambahan baru, manakala bagi, Solat Wusto (Maghrib), dua rakaat bersuara, ini mengikut Quran dan satu rakaat bisu yang merupakan ajaran baru, dan terakhir sekali ialah Solat Isyak. Di mana dua rakaat permulaan bersuara yang mengikut ajaran Quran dan dua rakaat terakhir pula yang bisu merupakan satu tambahan". Kata ku lagi.
"Sebantar tadi kita dah bincang ayat 11:114 bahawa hanya ada tiga solat dalam satu hari, manakala orang kita juga lakukan tiga solat yang bersuara iaitu dua rakaat solat Fajr, dua rakaat solat Wusta’ dan dua rakaat solat Isyak, bolehkah kita kata, ini juga secara kebetulan?" Tanya ku pada mereka.
"Habis apa sebab pompuan diam". Sampuk si Wak.
"Dalam sembahyang ia dikatakan aurat, tapi dalam mesyurat suara mereka lantang tak apa, itu bukan aurat!" Aku terpaksa menyindir.
"Nabi Muhammad hanya mengikut perintah itu. Dalam surah 16 : 123.   Kemudian Kami wahyukan kamu,  "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang musyrik." Kata Brahim lagi. 
"Jadi kami salah lagilah, hang sajalah yang betul." Ustaz Harun cuba dapat kepastian dengan nada yang agak tinggi. 
"Allah dan KitabNya sahaja yang betul." Brahim cuba memulangkan paku buah keras. 
"Habis tu, masa Isra apa yang berlaku?" Tanya Lebai Ngah bersunguh-sungguh. 
"lihatkan sebahagian daripada ayat-ayat Tuhan!" Jawap Brahim ringkas, lalu dia membacakan ayat-ayat berikut. “17:1. "Dia disanjung, yang menjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram (Masjid Suci) ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.”
"Brahim, kalau macam tu, macam mana hang sembayang ?" Tanya sang Ustaz. 
"Pertama Allah terangkan, burung pun tahu masa solat mereka, malulah kalau manusia tidak tahu waktu solat mereka, sehingga terpaksa melaungkan azan.  24:41. "Tidakkah kamu lihat bagaimana segala di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing, Dia tahu solatnya, dan sanjungannya; dan Allah tahu apa mereka buat." 
"Seperti yang kita bincangkan ambil empat anggota wudu, kemudian palinglah pada Masjil Haram seperti ayat 2:114 dan 2:149-250". Kata Brahim lagi. Seterusnya cuba lihat ayat 4:142. "Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang tipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali sedikit.", dan jangan pula buat seperti ayat 5:58. "Dan jika kamu panggil kepada solat, mereka ambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu permainan; itu ialah kerana mereka adalah kaum yang tidak faham." 
Kata ku"Kalau kita lakukan juga maka 8:35. "Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanya siulan dan tepukan tangan; maka kamu rasalah azab kerana ketidakpercayaan kamu!" 107 : 4 hingga 5. "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyembah, Orang-orang yang, pada solat mereka, mereka lalai." kata ku lagi. 
"Kemudian harus juga diketahui waktu solat, 11:114. "Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat." 
"Wey Brahim, ikut ayat tu hanya ada tiga waktu, mana lagi dua ?" Cepat sahaja pintas Lebai Ngah. 
"Itu yang saya paham tiga waktu". Kata ku lagi. 
"Tapi yang aku tahu, satu dunia buat lima waktu." Sampuk Pak Rashid. 
"Kalau begitu, satu dunia betul, Quranlah yang silap!" Aku menyindir lagi. 
"Shiah juga buat tiga waktu, awak ni puak Shiah ke?" Ustaz Harun menambah. 
"Demi Allah saya bukan Shiah, Sunnah Wal Jama’ah dan entah apa berentah." Aku terpaksa bertegas.  "Ustaz, jangan pusing-pusing, balik kepada persoalan solat. Nah, sekarang ada tiga waktu yang jelas. Dua berada di tepi siang dan satu pula berada di tengah. Nama yang ditengah tu seperti Allah berfirman pada ayat 2:238. "Peliharalah salawat (doa memohon ampun), dan solat di tengah (wusto), dan berdirilah kamu patuh kepada Allah." Kata ku lagi.  "Itu yang saya faham, nak ikut tak ikut itu perihal masing-masing. Inilah ujian Allah." Aku terpaksa bertegas. 
"Cara kamu solat tak serupa dengan kami." Ustaz Harun berkata lagi. 
"Memang tak serupa pun Ustaz." Kata ku. 
"Quran itu lengkap, tolong pastikan juga 4:43. "Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun." Kata ku. 
"Sila perhatikan ayat 17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Ar-Rahman; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik." Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu." Aku mula berhujah. 
"Kepunyaan Allah nama-nama paling baik, maka serulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkan orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas dengan apa mereka buat." (Q 7:180)
"Supaya manusia tidak tersilap dan tidak tertipu, Allah telah ajar di dalam kitabNya bagaimana Dia harus diseru, iaitu ‘Allah’ atau ‘Ar-Rahman’ (Q 17:110). Malangnya mereka tidak suka dengan perintah ini dan telah menggantikannya dengan seruan baru iaitu "Allahu Akbar", walaupun ‘AKBAR’ tidak disebut oleh Allah SWT sebagai di antara "asma’ul husnaNya" di dalam Al Quran. Malah di dalam sembilan puluh sembilan nama-nama Allah (asma’ul husna) yang para ulama senaraikan pun tidak juga terdapat nama "AKBAR" ini." Kata ku lagi.
"Ingatlah ayat 2:75 "Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya?" Kata ku lagi. "Nah, siapa yang mabuk sekarang?"
"Justeru, hasil daripada ajaran kitab-kitab yang dipercayai sahih tadi maka terciptalah berbagai-bagai variasi solat seperti yang dilakukan oleh pengikut-pengikut imam dan mazhab masing-masing. Sebagai bukti ada yang meluruskan tangan ke bawah, ada yang meletaknya ke atas pusat, ada pula yang meletaknya ke atas dada, ada yang memakai ketayap, ada yang memakai serban dan ada yang tidak menutup kepala sama sekali, ada jamaah yang membaca doa qunut ada yang tidak, ada yang membaca ‘iftitah’ ala Syafii, ala Hanafi, ala Shiah, tapi ‘iftitah’ saya ialah membaca sambungan daripada ayat atas 17:111. "dan katakan, "Segala puji bagi Allah yang tidak mengambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri. Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya". Kata ku lagi. 
"Orang baca ada yang kuat ada, ada yang terpaksa pakai mikrophon dan ada yang terkumat-kamit macam bomoh yang sedang jampi, tapi saya disuruh untuk mencari cari jalan di tengah seperti ayat 17:110". Kata ku. 
"Sebelum tu mintalah pelindungan Allah dari syaitan yang direjam seperti ayat 16:98, 23:97 dan 23:98. Biasalah ada tunduk dan sujud dan saya tidak menyeru nama lain selain Allah. Bab rokaat-rokaat, tahiyat-tahiyat, saya tak mainlah. Arahan Tuhan amat jelas bagi saya. Solat itu adalah satu bentuk perhubungan terus saya dengan Tuhan saya. Lagipun dalam pengkajian saya solat, puasa atau pun haji ini hanya diperintah hanya pada orang-orang yang telah beriman sahaja." Kata ku lagi. 
"Ayat 72:18 "Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun", cuba lihat betul-betul, jangan seru sesiapa pun beserta Allah di dalam masjid-masjidNya (solat) kerana solat adalah untuk Dia semata-mata. Nah, lagi satu bukti di dalam ‘bacaan Tahiyat’ meraka berkata begini: "Assalamu alaika aiyuhan nabi…" yang bermaksud "Sejahtera ke atas kamu wahai nabi…". Amat jelas di sini pada masa mereka sedang berkata-kata atau berkomunikasi dengan Allah, mereka ambil kesempatan ini untuk berkomunikasi dan menyeru pula kepada nabi di dalam solat mereka. Ini melanggar titah perintah Allah di dalam ayat 72:18 tadi. Dengan lain erti kata, mereka telah jadikan kedudukan Muhammad sebagai rakan kongsi Allah dan mereka amat gembira dengan perbuatan itu". Kata ku.
"Sila rujuk ayat 39:45 "Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang tidak percayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka gembira". Kata ku lagi. 
Kemudian Brahim membaca ayat 12:106 "Dan kebanyakan mereka tidak percayai Allah, melainkan mereka sekutukan-Nya"."Sejahtera ke atas kamu ‘Wahai’ Nabi, cuba fikirkan pengertian perkataan ‘Wahai’ ini. Adakah ia berupa doa kepada Tuhan atau seruan kepada nabi ?". Brahim melontar pertanyaan.
"Kami tak buat macam tu, hang salah paham Brahim. Kami tidak menyeru Nabi di dalam solat kami tetapi apa salahnya kami mendoakan sejahtera ke atasnya?"
"Oh, kena doa pada Nabi, kalau macam tu, Nabi sendiri tak tahu dimana dia sendiri akan berada, Syurga atau Neraka. Kalau banyak orang berdoa, maka barulah dia dapat masuk Syurga. Inilah hujah puak Kristian, yang Nabi Muhammad sendiri tak tahu tempatnya di akhirat kelak, supaya selamat puak Kristian kata ikut saja Jesus, anak Tuhan." Kata ku.
"Dalam solat mereka, mereka kerap selawat pada Nabi, hujah ini diciplak dari ayat 33:56 "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya ‘yusallu’ ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman ‘sallu’lah kamu kepadanya…". Mengikut sesetengah ulama’ ia bermaksud ‘selawat' (bahasa Arab). Ada yang kata ‘berdoa' (asal dari bahasa Arab) dan ada pula yang kata ‘rahmat’ (juga bahasa Arab)." Kata ku lagi.
"Di dalam Quran, setiap kali perkataan ‘Nabi’ dirujukkan kepada Muhammad, kita akan dapati Allah mengarahkan perkataan itu semasa Nabi masih hidup saja (tidak pernah selepas beliau wafat). Ini sangat jelas dan ketara. Oleh yang demikian, soalan pertama yang perlu dijawab ialah apakah rasionalnya Allah berselawat ke atas nabi yang hidup dan menyuruh kita buat demikian ke atas nabi yang sudah mati?" Kata ku lagi.
"Yang kedua di manakah dalilnya perintah yang menyuruh orang-orang yang beriman buat demikian di dalam solat dan juga dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bila memakan ubat, berjabat tangan, bercampur dengan isteri dan lain-lain lagi?” Brahim bertanya lagi.
"Ketiga, bagaimanakah pula cara yang betul atau terbaik untuk kita selawat ke atas Nabi, kerana dalam kitab karangan ulamak ada berpuluh macam versi?" Kata ku lagi.
"Yang terakhir, kalaulah benar hadis dikatakan menjelaskan ayat-ayat Quran maka tunjuklah hadis yang menjelaskan cara selawat dilakukan?" Brahim melontar cabaran.
Walau bagaimanapun selawat yang dibaca ialah "Allahumma salliala saidina Muhammad" yang bermaksud "(Wahai) Tuhan kami, selawatlah ke atas saidina Muhammad." Brahim berkhotbah panjang. "Rasanya macam kurang ajar punya umat. Allah suruh mereka ‘sallu’ ke atas nabi tapi mereka suruh Dia juga selawat ke atasnya. Sekali lagi, adakah Nabi sendiri berselawat ke atas dirinya sendiri didalam solat baginda?" Tanya si Brahim. 
"Memang mereka tidak sedar bahawa di dalam solat mereka hanyalah membebel; bercakap-cakap dengan Tuhan, dengan Nabi dan mereka bercakap dengan diri mereka sendiri. Maka apakah begini solat yang dilakukan oleh Rasulullah?" Tanya Brahim lagi.
"Kamu yang gila atau kami yang gila." Mulut Pak Rashid terkumat-kamit. 
"Gila bukan persoalnya Pak Rashid, soalnya ialah Allah kata jangan kamu solat kalau tak tahu apa yang kamu ucapkan - macam orang mabuk, cuba Pak Rashid sendiri jadi hakim adakah sesuai semua ayat Quran di baca masa solat?" Tanya ku pada Pak Rashid. 
"Kalau kamu tak baca ayat Quran, kamu nak baca apa Brahim, Kitab Hindu?" Tanya Pak Rashid. 
"Berani Pak Rashid baca ayat-ayat begini dalam solat, seperti ayat ini?" Kata ku. “15:49/50. Beritahu hamba-hamba-Ku bahawa Akulah Yang Pengampun, Yang Pengasih. Dan bahawa azab-Ku adalah azab yang pedih.  20:14. "Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat untuk mengingati Aku.  21:92 Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka sembahlah Aku." 23:52. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka takutilah Aku." 29:56. Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, sesungguhnya bumi-Ku luas; maka Aku hendaklah kamu sembah! 38:78. Ke atas kamu laknat-Ku hingga Hari Agama (Pengadilan)."
"Cukup dengan enam ayat diatas, tepuk dada tanya selera, siapa yang sembah siapa. Nampak gaya Tuhan kena sembah Pak Rashid. Begitulah terjadi setiap kali Ramadan menjelang, akan terbacalah ayat ini kerana imam akan khatam satu Quran dan makmum pula hanya tahu meng"amin"kan" sahaja, angguk setuju macam itik nila pulang petang." Kata ku selamba. 
"Lagi satu Pak Rashid, tak payahlah ceritakan kisah Abu Lahab kepada Tuhan, tak payah ceritakan kisah orang-orang Quraisy kepada Tuhan, tak payah ceritakan kisah Tentera Bergajah kepada Tuhan, tak payah ceritakan tentang hari kiamat kepada Tuhan." Kata ku.
"Apa salahnya kalau kita baca surah yang memuji kebesaran Allah?" Kata ku lagi. "Pula tu, seronok sangat menjemput imam import, dari Yala dan negara Arab, upahnya mahal, mungkin kerana suaranya sedap, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dibacanya.” Kata ku. 
Aku menghirup saki baki kopi yang sejuk. Semua mata tertumpu pada ku. "Habis kamu tak azan, qomat, macam kat Masjid?" Tanya sang Ustaz lagi. 
"Maaf cakap, macam burung-burung tekukur dalam pertandingan. Masjid telah dijadikan medan rasmi untuk menyeru sekutu-sekutu Allah. Masjid telah dijadikan tempat untuk menghentam dan mengkafirkan orang lain. Cuba tengok ayat ini pula, 9:107. "Dan orang-orang yang ambil masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan orang-orang mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak hendak sesuatu melainkan kebaikan"; dan Allah saksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta." Kata ku. 
"Ayat diatas "memecahkan orang-orang mukmin", samalah macam masjid kita, orang yang bukan dari team politik Lebai, akan dihentam habis-habisan dan fatwa demi fatwa akan dikeluarkan dari atas mimbar masjid. Seolah-olah ia adalah arahan agama, sebagai contoh kenduri si Salim, habis ayam dan nasi minyak terpaksa dibuang kedalam sungai kerana fatwa mengkafirkan Salim atas alasan yang dia bersongkol dengan puak kerajaan, lepas tu tok imam pula berkata "Ini kerana mengikut mutiara hadis, orang Islam dikira murtad bila bersekongkol dengan puak kafir." 
"Cuba tengok ayat tersebut lagi "Kami tidak hendak sesuatu melainkan kebaikan", sama tak macam Tok Imam kita tu, nak nasihat konon atas dasar kebaikan, tetapi apa pula yang Allah berfirman? Mereka adalah pendusta-pendusta!" Aku terpaksa bertegas. 
"Patutlah tak nampak muka kamu kat masjid, sejak kamu kembali dari Jordan." Pak Rashid bersuara lagi. 
"Betullah tu Pak Rashid, sambungan ayat itu 9:108. "Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka bersihkan diri mereka; dan Allah suka orang-orang yang bersihkan diri mereka". 
"Walaupun itu arahan Tuhan khususnya pada Nabi Muhammad, biarlah saya sujud di mana sahaja, lihat ayat 9:17. Tidaklah patut bagi orang-orang yang sekutukan untuk makmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri, akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya." Kata ku lagi. 
"Bagi saya bumi Allah luas, tempat sujud tidak dikhususkan hanya pada masjid, pada ayat 2:115. Kepunyaan Allah Timur dan Barat; ke mana sahaja kamu palingkan di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui." Aku cuba mengakhiri perbualan. 
"Oleh itu, tolong jangan usir saya bila solat saya tak sama dengan Ustaz dan sekian yang ada kerana pada ayat 6:52. "Dan jangan usir orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, kerana hendakkan wajah-Nya. Tidak ada sama sekali hitungan mereka kepada kamu, dan tidak ada sama sekali hitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu patut usir mereka, dan jadi antara orang-orang zalim.". Kata ku lagi.
Brahim seterusnya membaca ayat 5:58 "Dan jika kamu panggil kepada solat, mereka ambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu permainan; itu ialah kerana mereka adalah kaum yang tidak faham".
"Nanti dulu, habis apa aku nak buat sekarang?" Wak yang sekian lama diam mula bersuara.
"Baca dulu Quran, perintah solat, puasa dan sebagainya bermula dengan "Wahai orang-orang beriman…, jadi dulu orang yang percaya pada Tuhan, baru mula beramal. Cuba lihat ayat-ayat ini,"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami tentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka halangi mereka daripada jalan, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk." (43:36-37) "Katakanlah, "Bolehkah kami beritahu kamu siapakah yang jadi yang paling rugi dalam amalan mereka?"(18:103)
"Orang-orang yang usahanya jadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka sangka mereka buat perbuatan baik." (18:104.) "Mereka itulah orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan denganNya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak tegakkan bagi mereka sebarang timbangan." (18:105).


"Allah amat benci kepada orang-orang bodoh (10:100), akhir sekali, berhentilah daripada bangkitkan soalan ‘bagaimana hendak solat dengan berpandukan Quran sahaja." Kata ku sambil menghirup saki baki kopi yang telah lama sejuk.



*MAKA FIKIRKAN... APAKAH KATA-KATA BRAHIM ITU BENAR BELAKA?   ANDA FIKIRKAN!

Rabu, 10 Jun 2015

SOLAT MENURUT QUR’AN DAN HADIS YANG SELARI DENGAN QUR'AN - UNTUK MUSLIM YANG BERAGAMA ISLAM???



Kami tidak turunkan al-Qur'an kepada kamu supaya kamu jadi sengsara (20:2).  Seperti yang ALLAH ajar dalam Qur’an, bahawa segala wahyu dan hukum  agama yang diturunkannya kepada Nabi Muhammad SAW adalah dariNya(10.37, 39:1) sendiri  dalam bentuk yang boleh dibaca (96:3) dengan JELAS(15 : 1, 28: 2) lagi menjelaskan, terperinci setiap macam persamaan(17:89).


Dan tugas Rasul pula adalah untuk sampaikan yang JELAS (5:92, 24:54, 27:92) ini dan tidak dialpakan sesuatu pun dalam kitab yang jelas ini (6:38).  Satu petunjuk yang jelas kepada kita semua (7:52).

Oleh itu setiap tata ibadah di dalamnya telah disebutkan dengan jelas. Agar kita ikut petunjuk ini sahaja.  Jangan kita jadi seperti apa yang ALLAH ceritakan dalam ayat ini.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Tidak, kami akan ikut apa yang kami dapati bapa-bapa kami buat." Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak faham sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk?” (2:170)

Tidak perlulah kita nak tambah apa-apa dalam ajaran ALLAH ini.
"Apa, adakah kamu akan ajar Allah mengenai agama kamu, padahal Allah tahu apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Dan Allah tahu segala sesuatu," (49:16)

Dan tidak perlu kita SANGKAL ayat-ayat ALLAH ini..
"dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali orang-orang tidak percaya (kafir)," (29:47)

Qur’an ini dengan jelas sekali menyatakan ALLAH menjaganya.  Lihat ayat-ayat ini.

ALLAH S.W.T Berfirman :
"Kamilah yang turunkan Peringatan (Ad-Zikri), dan Kamilah yang menjaganya.."
[ Q.S. Al Hijr 15 : 9 ]

"Orang-orang tidak percaya kepada Peringatan apabila ia datang kepada mereka - dan sesungguhnya ia adalah Kitab yang perkasa. Kepalsuan tidak datang kepadanya dari hadapannya, dan tidak juga dari belakangnya; satu penurunan daripada yang Bijaksana, Terpuji.."
[ Q.S. Fushshilat 41 : 41-42 ]

KALAU KITA LIHAT HADIS-HADIS  YANG DIRIWAYATKAN OLEH IMAM-IMAM HADIS PULA :

Apa yang terdapat di dalam kitab-kitab karangan ulamak hanyalah hadis-hadis seperti dari si anu yang diriwayatkan oleh imam si anu katanya,  ‘pada satu hari sewaktu aku sedang berbual-bual dengan si anu aku ternampak Rasulullah mencuit-cuit jari telunjuknya sewaktu beliau sedang duduk’, dan dari si anu yang diriwayatkan oleh imam si anu katanya ‘pada satu hari sewaktu Nabi sedang bersolat aku lihat beliau letak kedua-dua tangannya ke atas pusatnya’ atau dari si anu, katanya ‘pada satu hari sewaktu Nabi sedang berdiri aku lihat beliau meluruskan kedua-dua tangannya ke bawah. 

Cuba perhati baik-baik disini. Yang amat ketara cara dan kaedah hadis-hadis dikumpul tadi langsung tidak beri keyakinan bahawa apa yang ditulis itu benar-benar datang daripada Rasulullah atau wahyu Ilahi sepertimana yang ditegaskan oleh para ulamak. Ia lebih merupai tulisan atau karangan orang-orang yang suka mengintai dan mengintip. Selain itu, cara Nabi tunjukkannya pula nampak begitu tidak acuh, seolah-olah beliau tidak peduli kalau ada orang yang melihatnya atau tidak.
 
Siapakah yang boleh mengesahkan hadis-hadis ini  bahawa ia dari mulut nabi sendiri?  Jawapannya takde siapapun yang boleh!  Ini jelas sekali!

"Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak izinkan?"  (42:21)

Bukhari dan Muslim dan imam-imam hadis yang seangkatan dengan mereka hanya mengumpul dan mensahihkannya sendiri . 

TANPA PENGESAHAN DARI ALLAH DAN RASULNYA.  MALAH TIADA JAMINAN DARI NABI SEPERTI MANA ALLAH MENJAMIN DAN MENJAGA AL-QUR’AN.

Walaupun dakwaan Puak Sunni bahawa hadis-hadis ini diriwayatkan secara MUTAWATIR bersandarkan SANAD dan MATAN.  Namun, ia gagal mengatasi HAQ yang ditunjukkan dalam AL-QUR’AN dalam segala hal yang berkaitan dengan hukum ibadat seperti SOLAT.  TIDAK ADA SATU pun hadis yang LENGKAP yang mampu menceritakan secara detil tentang solat dari mula hingga akhirnya secara detil oleh satu periwayat.  Fenomena tampal menampal hadis berlaku dalam syariat yang dimulakan oleh golongan ulama yang kononnya pewaris nabi ini.

Tetapi dalam satu KITAB sahaja ALLAH jelaskan secara detil tentang SOLAT dalam Qur’an.  Ini sangat jauh bezanya dengan HADIS-HADIS yang beratus-ratus JILID,  semata-mata untuk menerangkan tatacara solat.

 * TIDAK DINAFIKAN, ADA HADIS YANG SELARI DENGAN QUR'AN.  ITU BOLEH SAHAJA DITERIMA.

Segala sesuatu ALLAh dah ajar dalam KitabNya, terutama tentang SOLAT.

Seperti yang kita tahu. Menurut SUNNI.  Perintah solat diturunkan ketika nabi Mihraj.  50 waktu jadi 5 waktu setelah berlaku tawar-menaawar antara Nabi Muhammad dan Allah setelah menurut nabi nabi Musa.

TETAPI,  menurut Qur’an adalah sebaliknya.  Dalam Qur’an sudah dijelaskan waktu solat, nama-nama solat dan tatacara menunaikan solat dengan jelas.

Menurut Qur’an.  SOLAT ini telah dilakukan oleh para nabi sebelum Muhammad.  Secara umum.  Solat perintah SOLAT diturunkan kepada NABI IBRAHIM (21 : 73, 14 : 40, 22 : 78, 22:26 ), imam seluruh manusia.  Bermula dari Nabi Ibrahim inilah solat telah difardhukan. Diikuti oleh keturunannya dari kedua belah pihak iaitu Ishak dan Ismail sehinggalah kepada Nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW (16 : 123).
  

Malah, disebutkan bahawa nabi Muhammad sudah melakukan solat sebelum ISRA dan MIHRAJ dari hadis-hadis karangan imam hadis seperti Ibnu Ishaq, yang merupakan orang yang mula-mula mengarang biografi Nabi Muhammad.  Menurut beliau, Nabi Muhammad telah solat pagi dan petang. Malah solat juga pada waktu malam seperti dalam surah al-Muzzammir.  Dan rakaat solat pada mulanya adalah dua rakaat menurut Saidatina Aisyah RA.  Malah dikhabarkan juga bahawa sebelum nabi Isra , neabi telah solat Isyak sebelum berangkat dan apabila sampai ke masjdil aqsa, nabi telah solat 2 rakaat.  Solat apa?  Tak disebut dengan jelas dalam hadis.



Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
“Dia disanjung, yang menjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.”
[Q.S. 17 :1]

“Demi bintang apabila ia menjunam. Teman kamu tidak sesat, dan tidak juga bersalah. Dan tidak juga berkata-kata daripada keinginannya. Ini tidak lain hanya satu wahyu yang diwahyukan. Yang mengajar dia, yang sangat dalam kekuatan. Sangat kuat; dia tegak mengambang,. Di horizon yang tinggi. Kemudian mendekati dan turun. Jarak dua ibu panah, atau lebih dekat, Kemudian mewahyukan hamba-Nya, apa yang dia wahyukan. Hatinya tidak berdusta pada apa yang dia lihat. Apa, adakah kamu meragui atas apa yang dia lihat?. Sesungguhnya dia telah melihatnya sekali lagi,Di sisi pohon bidara berbatasan. Di sisinya taman (jannah) untuk menginap. Ketika sesuatu yang menutupi, menutupi pohon bidara, Penglihatannya tidak menyimpang, dan tidak juga melampaui batas. Sesungguhnya dia telah lihat satu daripada ayat-ayat Pemeliharanya yang paling besar.
[ QS 53:1-18]

Dalam dua ayat itu tujuan ISRA adalah jelas untuk melihat ayat-ayat  ALLAH. TIDAK ADA AYAT PERINTAH SOLAT 50 WAKTU HINGGA MENJADI 5 WAKTU.  
MALAH AYAT-AYAT ITU, TIADA KAITAN DENGAN PERINTAH SOLAT.   

Yang jelas di sini, sebelum isra mihraj, nabi telah menyahut seruan ALLAH untuk ikut agama Ibrahim yang hanif.  Ibrahim dan seluruh keturunannya telah mendirikan solat, melaksanakannya dengan patuh tanpa gagal sehinggalah SOLAT ini diwarisi oleh nabi Muhammad SAW(6 : 161).   Cara solat dan waktu-waktu solat serta tatacara solat itu telah diberitahu oleh ALLAH kepada nabi Muhammad SAW dalam Qur’an. ini tidak ada perubahan sejak ia diturunkan dan tidak akan berubah menurut ALLAH (17:77-78)



Oleh itu perintah solat telah lama diturunkan sebelum Nabi Muhammad lagi….






PERINTAH SOLAT SEJAK NABI IBRAHIM, SEBELUM NABI S.A.W DAN TIADA PERUBAHAN

ALLAH S.W.T
 Berfirman :
“Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan SOLAT, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah seruanku (doaku).”
[ Q.S. IBRAHIM 14 : 40 ]

“Dan lantik mereka menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan SOLAT, dan memberi zakat, dan Kami mereka sembah.”
[ Q.S NABI-NABI / AL-ANBIYA’ 21 : 73 ]

"Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan SOLAT, dan berikan zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik."
[ Q.S. 22 : 78 ]

Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Janganlah kamu sekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.”
[Q.S. HAJI / AL-HAJJ 22:26 ]

Katakanlah, "Allah berkata benar, maka ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukanlah dia orang yang sekutukan."
[ Q.S. KELUARGA IMRAN / AL-IMRAN 3 : 95 ]

Katakanlah, "Bagiku, Pemeliharaku telah beri aku petunjuk pada jalan lurus, agama yang betul, anutan Ibrahim, seorang yang lurus; dia bukanlah orang yang sekutukan."
[ Q.S. BINATANG TERNAK / AL-AN’AM 6 : 161 ]

Kemudian Kami wahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang sekutukan."
[ Q.S. LEBAH / AN-NAHL 16 : 123 ]


Dia syariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya.”

[ Q.S.  PERUNDINGAN / AS-SYURA 42 : 13 ]

“Apa pendapat kamu? Orang yang melarang, Seorang hamba apabila dia menyembah(SOLAT). “
[ Q.S. DADIH DARAH / AL-ALAQ : 9 – 10 ]

“Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat untuk mengingati Aku.”
[ Q.S. Ta Ha : 14 ]

“Dan lakukanlah SOLAT(Salata) ...”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 110 ]

“...Sesungguhnya SOLAT (Salata) itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 103 ]

“Sunnah (resam) orang-orang yang Kami utus sebelum kamu, daripada Rasul-Rasul Kami, dan kamu akan dapati tiada perubahan pada sunnah Kami.”
[ Q.S. AL-ISRA 17 : 77 ]

 "Tidak ada kesalahan ke atas Nabi mengenai apa yang Allah telah tetapkan untuknya - sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelumnya; dan perintah Allah adalah ketetapan yang telah ditetapkan."
[ Q.S. AL-AHZAB 33:38 ]

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
 “(Pembatas) antara seorang Muslim dan kesyirikan serta kekafiran adalah meninggalkan SOLAT.”
Daripada Jabir bin ‘Abdillah R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. - no. 257 ]

“Beribadahlah kepada ALLAH  semata-mata dan jangan menyekutukannya dengan sesuatu apa pun, tinggalkan apa yang menjadi ajaran nenek moyang kalian. Dia memerintahkan kami untuk SOLAT, Zakat, bersikap Jujur, menjaga Kehormatan, dan menyambung  Silaturahim.”
Daripada Abu Sufyan Ibn Harb
[ H.R.S : IMAM BUKHARI & MUSLIM Ra. A. ]
*Bukhari 7 dan Muslim 1773

“Kemudian aku masuk masjid (Al-Aqsa) dan aku SOLAT 2 rakaat.”
Daripada Anas bin Malik R.A
[ H.R.S : IMAM BUKHARI & MUSLIM Ra. A. ]
 *Muslim 162

”SOLATLAH kamu sebagaimana kamu melihat aku SOLAT.”
[ H.R.S : IMAM BUKHARI & MUSLIM Ra. A. ]


HADIS SAHABAT NABI
"Solat itu diwajibkan dua rakaat…"
Daripada Saidatina Aisyah R.A
 [ H.R.S : IMAM BUKHARI Ra. A. ]

SOLAT : 
RITUAL BERDIRI, RUKUK DAN SUJUD, BACAAN (AYAT QUR’AN, TASBIH, TAHMID DAN DOA SERTA SERU NAMA2 ALLAH) UNTUK MENGINGATI ALLAH.


WAKTU SOLAT
ALLAH S.W.T
Berfirman :
"Dan DIRIKANLAH SOLAT pada dua tepi siang  ( SOLAT FAJAR dan SOLAT WUSTA ) dan Awal Malam ( SOLAT ISYAK).”
[ Q.S. HUD 11 : 114 ]

“Lakukan solat dari terbenam matahari (SOLAT ISYAK) hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'anal-Fajri) Fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan Dan untuk malam, pada sebahagiannya, berjaga-jagalah dengannya sebagai amalan tambahan bagi kamu; mudah-mudahan Pemelihara kamu bangkitkan kamu kepada sebuah medan yang terpuji..
[ Q.S. AL-ISRA 17 : 78-79 ]


NAMA-NAMA SOLAT FARDHU
“PELIHARA-lah kamu SEGALA SOLAT (SALAWATI), khasnya SOLAT WUSTA (SALATI WUSTA), dan berdirilah kerana ALLAH dengan taat dan khusyuk.”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 238 ]

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu, dalam tiga masa; sebelum SOLAT FAJAR (SALATI FAJR) dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari ( Az-Zahri ), dan sesudah SOLAT ISYAK (SALATI ISYAK); itulah tiga masa bagi kamu...”
[ Q.S. AN-NUR 24 : 58)



NAMA-NAMA SOLAT
(SALATI FAJR)
Keadaan Waktu Fajar disebut dalam ayat  2:187
Nama solat Fajar disebut dalam ayat 24:58
Waktu solat Fajar di sebut dalam 11:114

(SALATI WUSTA)
Keadaan Waktu Wusta disebut dalam 17 :78
Nama solat disebut dalam 2:238
Waktu solat disebut dalam 11:114

(SALATI ISYAK)
Keadaan Waktu Isyak disebut dalam 11:114, 17:77-80
Nama solat disebut dalam 24:58
Waktu Solat disebut  dalam 11:114

(SOLAATIMIYYAUMILJUMUAHT)
SOLAT PADA HARI JUMAAT/WAKTU BERKUMPUL  
-Didirikan pada waktu ZOHOR(30:18, 62:10), - hanya pada hari JUMAAT (berkumpul pada Hari Sittah) sekali dalam seminggu. Perniagaan dan hiburan diadakan sebelum  dan selepasnya (WAKTU ZOHOR). 
TIDAK Terikat dalam kefardhuan solat tiga waktu (Solat Fajar, Solat Wusta dan Solat Isyak).- JUMUAHT juga bermaksud solat berkumpul atau berjemaah yang dilakukan pada 3 waktu solat harian yang ditentukan.
disebut dalam 62 : 9-11
***
SOLAT BERJEMAAH/JUMUATH/BERKUMPUL

Solat pada hari Jumuaht/ waktu berkumpul(berjemaah) 
*Berjemaah/berkumpul/Jumuaht juga ditunaikan pada waktu Zohor(30:18, 62:10),  Wajib ke atas lelaki dan perempuan Muslim.

2 RAKAAT SOLAT

Jumlah rakaat ditentukan dalam  4 : 102





SOLAT BERJEMAAH
ALLAH S.W.T
Berfirman :
 "Wahai orang-orang yang percaya, apabila dipanggil untuk SOLAT pada hari berkumpul(HARI JUMAAT), bersegeralah kepada mengingat Allah, dan tinggalkanlah jual beli; itu lebih baik bagi kamu jika kamu tahu.  Kemudian, apabila solat telah diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah, dan ingatlah Allah dengan banyak agar kamu beruntung.  Tetapi apabila mereka lihat perdagangan atau hiburan, mereka menyuraikan diri kepadanya, dan mereka tinggalkan kamu berdiri. Katakanlah, “Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki."
[ Q.S. JUMU’AH 62 : 9-11 ]

" Dan apabila engkau berada dalam kalangan mereka, lalu engkau mendirikan solat dengan mereka(BERJUMUAHT), maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah SUJUD*, maka hendaklah mereka berundur ke belakang ; dan hendaklah datang pula puak yang lain yang belum solat, maka hendaklah mereka bersolat bersama-samamu**."
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 102 ]

***
SALATA : SINGULAR –HANYA SATU SOLAT SECARA UMUM
SALAWATI : PLURAL- MELEBIHI 2 SOLAT
SALATI : KHUSUS UNTUK SATU NAMA SOLAT SEPERTI SOLAT WUSTA, SOLAT ISYAK DAN SOLAT FAJAR  SERTA SOLAT PADA HARI JUMAAT (BERJEMAAH)





TASBIH DAN TAHMID
ALLAH S.W.T
Berfirman :
Maka sabarlah kamu atas apa mereka kata, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum terbenamnya, dan lafazlah sanjungan Pemelihara kamu pada bahagian-bahagian malam, dan pada tepi-tepi siang, supaya kamu sangat puas hati.
[ Q.S. 20:130 ]

Dan sanjunglah Dia pada waktu awal pagi dan petang.
[ Q.S. 33:42 ]

Maka Allah disanjung, waktu kamu berpetang, dan waktu kamu berpagi.  Bagi-Nya segala puji di langit dan di bumi, pada waktu petang dan waktu zuhur kamu.
[ Q.S. 30:17-18 ]

Maka sabarlah kamu atas apa mereka kata, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum terbenamnya,
[ Q.S. 50:39 ]

Apabila kamu sudah laksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu.
[ Q.S. 4:103 ]

Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah Allah dengan banyak
[ Q.S. 33:41 ]

 "... dan mengingat Allah dengan banyak. "
[ Q.S. AL-AHZAB 33:21 ]

TASBIH DAN TAHMID
SELEPAS SOLAT WAKTU FAJAR (6-7 PAGI)
SUBHANALLAH (50:39, 20:130)
ALHAMDULILLAH (20:130)

SELEPAS SOLAT WUSTA (6.30-7.00 PETANG)
SUBHANALLAH (50:39, 20:130)
ALHAMDULILLAH (20:130)

SELEPAS SOLAT ISYAK (AWAL MALAM) (7.30-11 MALAM)
SUBHANALLAH (20:130)


TASBIH  AWAL PAGI ( DHUHA 7.30-8.30 PAGI)
ASTAGHFIRULLAH( 40:55)
SUBHANALLAH (33:42, 30:17, 40:55 )

TAHMID ZUHUR (TENGAH-HARI JAM 1 )
ALHAMDULILLAH (30:18)

TASBIH & TAHMID PETANG (ASAR 4.30 PETANG)
SUBHANALLAH (33:42, 30:1740:55)
ALHAMDULILLAH (30:18, 40:55)
ASTAGHFIRULLAH( 40:55)


ZIKRULLAH
ALLAH…ALLAH….ALLAH… (4:103, 33:21 & 41)

ISTIGHFAR
(Astaghfiruka / Astaghfirullah)
"RABBI INNI DZALAMTU NAFSI FAKHFIRLI"
"Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunkanlah aku." (28:16)


TEMPAT ZIKIR, TASBIH DAN TAHMID
(MASJID, RUMAH DAN TEMPAT MENCARI REZEKI DI BUMI)

"dan masjid-masjid, yang di dalamnya nama Allah disebut dengan banyak."
(22:40)

"Di dalam rumah-rumah yang Allah izinkan untuk dinaikkan, dan nama-Nya disebut di dalamnya; di dalamnya menyanjung-Nya, pagi dan petang,"
(24:36)

"Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar, dan mintalah ampun atas kesalahan kamu, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu pada waktu petang dan awal pagi." 
[Q.S 40:55]


"Kemudian, apabila solat telah diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah, dan ingatlah Allah dengan banyak agar kamu beruntung."

(62:10)



CARA MENDIRIKAN SOLAT
(WUDUK)
ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan SOLAT maka iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub  maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit , atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air, maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan, tetapi Ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”
[ Q.S AL-MAIDAH 5 : 6 ]

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri SOLAT sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula sedang kamu dalam keadaan Junub - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.”
[ Q.S AN-NISA’ 4 : 43 ]

“Katakanlah: "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan; kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau SOLAT mu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.”
[ Q.S AL-ISRA’ 17 : 110 ]

"Kepunyaan Allah nama-nama paling baik, maka serulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkan orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas dengan apa mereka buat."
(Q 7:180)

KIBLAT
(MASJIDIL HARAM, RUMAH, KAABAH, RUMAH SUCI, RUMAH TUA, RUMAH PERTAMA)


Kepunyaan Allah Timur dan Barat; ke mana sahaja kamu palingkan di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui.

[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 115 ]

 "Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah MASJIDIL HARAM; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah MASJIDIL HARAM, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang buat kezaliman antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku sempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu dapat petunjuk.”
[ Q.S AL-BAQARAH 2 : 149 – 150 ]

 "Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada KIBLAT yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah MASJIDIL HARAM; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan.”
[ Q.S AL-BAQARAH 2 : 144 ]



Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat RUMAH, "Janganlah kamu sekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.”
[Q.S. HAJI / AL-HAJJ 22:26 ]

 "Dan apabila Kami buatkan RUMAH untuk jadi tempat berkunjung bagi manusia dan tempat aman; dan "Ambillah bagi kamu MEDAN IBRAHIM untuk TEMPAT SOLAT." Dan Kami buat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, "Bersihkan RUMAH-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang bertekun, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."
[Q.S.2:125]

 "ALLAH buatkan KAABAH, RUMAH SUCI, sebagai satu penubuhan bagi manusia,..."
[Q.S. AL-MAIDAH 5:97]

"Maka hendaklah mereka sembah Pemelihara RUMAH ini." 
[Q.S. 106:3]

"RUMAH yang PERTAMA diletakkan bagi manusia ialah yang di BAKKAH, yang diberkati, dan jadi petunjuk bagi semua alam."
[ Q.S. AL-IMRAN 3:96 ]

"Padanya beberapa manfaat kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan; kemudian tempat korbannya adalah di sekitar RUMAH TUA." 
[Q.S.22:33]

"Orang-orang bodoh antara manusia akan berkata, 'Apakah yang memalingkan mereka daripada kiblat  yang mereka hadap dahulu?' Katakanlah, 'Kepunyaan Allah Timur dan Barat; Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus.'
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 :142 ]


(*Lihat Juga : 
14:37, 22:29, 2:158, 3:97 & 5:2)


AZAN
*Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan solat, mereka menjadikan solat itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. 
[ Q.S. AL-MAIDAH 5 :58 ]

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR
(Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar)
ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR
(Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar)
LAA ILAAH ILLALLAH
(Tiada Tuhan Selain ALLAH)
LAA ILAAHA ILLALLAH
(Tiada Tuhan Selain ALLAH)
MHAMMADURRASULULLAH WA KHATAMANNABIYIN
(Muhammad itu Rasul ALLAh dan Penutup kenabian)
MUHAMMADURRASULULLAH WA KHATAMANNABIYIN
(Muhammad itu Rasul ALLAh dan Penutup kenabian)
HAIYYA ALASSOLAH
(Marilah bersolat)
HAIYYA ALASSOLAH
(Marilah bersolat)
HAIYYA ALALFALAH
(Marilah menuju kejayaan)
HAIYYA ALALFALAH
(Marilah menuju kejayaan)
ALAHUAKBAR ALLAHUAKBAR
(Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar)
LAA ILAAHA ILLALLAH
(Tiada Tuhan Selain ALLAH)

*Bagi Azan Solat Fajar hanya ditambah “ASSOLAATU KHAIRUMMINANNAUM” 2 kali selepas “HAIYYA ALALFALAH”


IQAMAT

ALLAHU RAHMAN, ALLAHU RAHIIM
ALLAHU KHALiQ, ALLAHU MAALIK
(Allah Yang Pengasih, Allah Yang Pemurah
Allah yang Pencipta, Allah yang Merajai)
LAA ILAAHA ILLALLAHUL'AZIIZUL HAKIIM
(Tiada Tuhan Selain ALLAH Yang Perkasa , Yang Bijaksana)
MUHAMMADURRASULULLAH WA KHATAMANNABIYIIN
(Muhammad itu Rasul ALLAH dan Penutup kenabian)
HAIYYA ALASSOLAH
(Marilah bersolat)
HAIYYA ALAL FALAH
(Marilah menuju kejayaan)
QADQAAMATISSOLAH, QADQAAMATISSOLAH
(Telah hampir masa untuk didirikan solat, Telah hampir masa untuk didirikan solat)
ALLAHU AHAD, ALLAHUSSAMAD 
(Allah Yang Satu, Allah  adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu)
LAA ILAAHA ILLALLAH
(Tiada Tuhan Selain ALLAH)



2 RAKAAT SOLAT

" Dan apabila engkau berada dalam kalangan mereka, lalu engkau mendirikan solat dengan mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah SUJUD*, maka hendaklah mereka berundur ke belakang ; dan hendaklah datang pula puak yang lain yang belum solat, maka hendaklah mereka bersolat bersama-samamu**."
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 102 ]

 "Kami beri kamu tujuh yang berulang-ulang, dan al-Qur'an yang besar."
[Q.S.15:87]

 "Solat itu diwajibkan dua rakaat…"
Daripada Saidatina Aisyah R.A

 [ H.R.S : IMAM BUKHARI Ra. A. ]

*Menurut Jumhûr Mufassirîn:
“Apabila telah selesai serakaat(yang diQasarkan), maka diselesaikan satu rakaat lagi sendiri (Sempurna 2 rakaat); dan Nabi SAW. duduk menunggu golongan kedua yang belum shalat.”

** Yaitu rakaat yang pertama, sedang rakaat yang kedua mereka selesaikan sendiri bagi   pula dan mereka mengakhiri shalat mereka bersama Nabi SAW.

Dalam masalah ini, bilangan rakaat solat lima waktu yang difardhukan menjadi perselisihan di kalangan fuqaha, pengkaji dan penyelidik. Misalnya, al-Sya’bi, Hassan al-Basri, Maimum b. Muhran dan Muhammad b Ishaq berpendapat bilangan rakkat solat lima waktu semasa difardhukan adalah 2 RAKAAT. Kemudian selepas Baginda berhijrah ke Madinah barulah ditambah menjadi empat bagi solat Zohor, Asar dan Isyak, dalam solat bermukim atau hadr, dan dikekalkan rakaat bagi solat subuh dan solat ketika dalam musafir. Manakala Maghrib ditambah satu rakaat menjadi 3 rakaat.

Namun demikian, Abdullah b Abbas, Nafi’ b Jubair dan menurut riwayat lain dari Hassan al-Basri berpendapat bahawa bilangan rakaat bagi solat empat rakaat di dalam solat hadr dan dua rakaat dalam solat musafir adalah difardhukan semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Walau bagaimanapun pendapat yang mengatakan bilangan rakaat bagi semua solat fadhu adalah 2 RAKAAT selepas peristiwa Israk dan Mikraj dan ketika Malaikat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.  Namun dikatakan (dari sumber yang meragukan) berubah selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah iaitu empat rakaat bagi Zohor, Asar dan Isyak manakala dikekalkan bagi solat Subuh dan ditambah 1 rakaat bagi solat Maghrib menjadi tiga rakaat adalah lebih kuat. Pendapat ini disokong oleh hadis riwayat Aisyah yang bermaksud :


“Solat difardhukan, samada ketika bermukim sebanyak dua rakaat, dua rakaat kemudian selepas Baginda berhijrah ke Madinah dan menetap disana, ditambah pada solat hadr(Bermukim) sebanyak dua rakaat (Zohor), dua rakaat(Asar)dan dikekalkan pada solat fajar dua rakaat kerana bacaan di dalam solat Fajar(Subuh) ini panjang. Begitu juga dengan solat Maghrib kerana ia solat witir di siang hari. Diwajibkan solat itu dua rakaat lalu ditambah rakaatnya bagi orang yang Muqim (bukan Musafir), dan ditetapkan dua rakaat bagi orang musafir.”
SAIDATINA AISYAH R.A

”Solat dalam Musafir adalah dua rakaat, dan menyempurnakan (empat rakaat) bukanlah mengqasar seperti dikatakan Nabi kamu (Muhammad SAW).”
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A

“Adalah Rasulullah SAW apabila keluar musafir, beliau solat dua rakaat sehingga beliau pulang.”
IBNU ABBAS

*NAMUN HAL PENAMBAHAN RAKAAT INI TIADA PENGAKUAN ALLAH, RASULULLAH S.A.W DAN MALAIKAT JIBRIL A.S.  MEREKA TIDAK MENYEBUT HAL TERSEBUT, MAKA TIADA SIAPA SELAIN MEREKA YANG LAYAK MENYEBUT HAL TERSEBUT.  KITA MERAGUI DENGAN APA YANG DIKATAKAN OLEH AISYAH, ABU BAKAR DAN IBNU ABBAS DALAM HADIS-HADIS MEREKA YANG DIRAGUI PERIWAYATNYA.  JADI KITA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK SOLAT 2 RAKAAT SEPERTI DALAM SURAH 4 : 101-103, OLEH ITU SOLAT 5 WAKTU HANYA DUA RAKAAT SETIAP WAKTU DENGAN BERJEMAAH/ JUMUAHT


PAKAIAN BERSIH DAN INDAH
KELAYAKAN SOLAT
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan SOLAT)... "
[ Q.S. AL-A’RAF 7:31 ]


*Semua dalam keadaan bersih dan indah dan berwuduk dengan sempurna.

BAHASA YANG DIFAHAMI (ARAB)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu TAHU / FAHAM apa yang kamu ucapkan,"
[ Q.S. 4 : 43 ]

NADA SUARA
"Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu (sederhana)."
[ Q.S. 17:110 ]

NIAT SOLAT
“Mereka diperintah hanya untuk sembah Allah, dengan mengikhlaskan agama untuk-Nya, orang-orang yang lurus, dan untuk melakukan solat, dan memberi zakat - itulah agama yang betul.”
[Q.S. BUKTI YANG JELAS / AL-BAYYINAH 98 : 5 ]

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda:
“Sesungguhnya sekalian amalan (ibadat) mesti dengan niat, dan sesungguhnya yang didapati oleh manusia apa yang diniatkannya.”

 [ H.R.S : Imam Bukhari & Muslim Ra. A.]

“Sahaja aku solat ...... DUA rakaat kerana ALLAH.”-


GERAK LAKU SOLAT
( BERDIRI, RUKUK/TUNDUK, SUJUD 2 KALI- SATU KITARAN / RAKAAT SOLAT)

[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 238 ]

Wahai orang-orang yang percaya, RUKUK-lah kamu dan SUJUD-lah kamu, dan SEMBAH-lah Pemelihara kamu, dan buatlah kebaikan, agar kamu beruntung."
[Q.S. AL-HAJJ 22 : 77 ]
"Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang BERDIRI, dan orang-orang yang TUNDUK, orang-orang yang SUJUD."
[ Q.S. HAJI / AL-HAJJ 22 : 26 ] 
(Dalil simbolik 2 kali sujud-Pagi dan Petang dalam satu rakaat/kitaran solat.)
 "Kepada ALLAH, SUJUD segala di langit dan bumi, dengan rela atau benci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu PAGI dan PETANG."
[Q.S. 13:15]

“Dan Daud sangka Kami mengujinya; lalu dia minta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, TUNDUK, dan dia berkesesalan.”
[ Q.S. 38 : 24 ]

“Yang melalui malam dengan BERSUJUD kepada Pemelihara mereka, dan BERDIRI. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau palingkanlah daripada kami azab Jahanam; sesungguhnya azabnya adalah penderitaan yang paling ngeri,
[ Q.S. 25 : 64-65 ]

Orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diingatkan dengannya jatuh BERSUJUD, dan mereka SANJUNG dengan MEMUJI Pemelihara mereka,
[ Q.S. 32 : 15 ]

"Bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang bertekun, dan orang-orang yang RUKUK, orang-orang yang SUJUD."
[Q.S.2:125]

(*LIHAT JUGA : , QS.26:218-219) 


SOLAT HANYA UNTUK MENYERU DAN MENGINGATI ALLAH
“Sesungguhnya Akulah ALLAH; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat untuk MENGINGATI Aku.
[ Q.S. Ta Ha : 14 ]

"Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah SERU, berserta Allah, sesiapa pun.
[ Q.S. AL-JIN 72 : 18 ]

“Aku hanya seru Pemeliharaku, dan aku tidak sekutukan dengan-Nya sesiapa pun.”
[ Q.S. AL-JIN 72 : 20 ]

Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang halangi masjid-masjid Allah supaya nama-Nya tidak disebut di dalamnya, dan berusaha untuk meruntuhkannya. Mereka tidak mungkin memasukinya, melainkan dengan takut-takut. Bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, azab yang besar.
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 :114 ] 


SERUAN DALAM SOLAT
"Katakanlah, ‘Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu SERU, bagi-Nya nama-nama paling baik.’ Dan jangan kamu lantangkan dalam SOLAT kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu."
[ Q.S. 17:110 ]

BACAAN SEBELUM MEMULAKAN SOLAT

BISMILLAHI MASYALLAH
WA BISMILAAHI TAWAKKALTU ILLALLAH
LAA ILAAHA ILLALLAH WAHDAHUU LAA SYARIIKALAH
ANAA U’MINUU MUHAMMADAR RASULULLAH WA KHAATAMANNNABIYYIN
Aku percaya Muhammad Utusan Allah dan penutup kenabian
( Q.S. AL-AHZAB : 40)

“RABBANAA AAMANNA BIMAA ANZALTA WATTABA’NA RASUULA FAKTUBNA MA’ASSYAAHIDIN”
"Wahai Pemelihara kami, kami percaya kepada apa yang Engkau turunkan, dan kami ikut Rasul, maka tuliskanlah kami bersama orang-orang yang saksikan."
(3:53)

BERDIRI MENGHADAP KIBLAT, DAN SERU NAMA TUHAN SELURUH ALAM.
"ALLAH..."

BACAAN DOA IFTITAH

ALLAH...
SUBHAANALLAHI RABBIL ‘AALAMIIN
[Q.S. 27:8]
LAA ILAAHA ILLALLAHU-AHAD, WAHDAHUU LAA SYARIIKALA. LAA MA’BUD ILLALLAH. LAA QUWWATA ILLABILLAHIL ‘ALIYYIUL ADZHIIM

‘AUDZUBIKA MIN HAMAZAATI-SYAATIINI WA ‘AUDZUBIKA ANYAHDHURUUN
 [ Q.S. 23 : 97-98 ]

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM
[Q.S. 1:1]

ALHAMDULILLAHILLADZII LAM YATTAGHIZ WALADANN WALAM YAKUNLAHUU SYARIIKUN FIL MULKI WALAM YAKUN LAHUU WALIIYUMMINAZZULLI
[ Q.S. 17 : 111 ]

ALHAMDULILLAHILADZII KHALAQAS-SAMAAWAATI WAL-ARDHA WA JA'ALAZZULUUMAATI WANNUUR."
[Q.S. 6:1]

MAA 'INDALLAHI KHAIRUMMINAL-LAHWII WAMINATTIJAARA WALLAAHU KHAIRURRAAZIQIIN"
[Q.S. 62:11)

INNI WAJJAHTU WAJHIA LILLAZIIFATARAS SAMAAWATI WAL ARDH. HANIFAN MUSLIMAN WAMA ANA MINAL MUSYRIKIN . INNA SOLAATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMAATI LILLAAHIRABBIL ‘AALAMIIN. LAA SYARIIKALAHU WA BIZAALIKA UMIRTU WA ANA MINAL MUSLIMIN.
 [ Q.S. 6 : 162-163 ]


TERJEMAHAN :

ALLAH
“Allah disanjung, Pemelihara semua alam.”
[Q.S. 27:8]
“Tiada Tuhan selain ALLAH yang Esa, dan tiada sekutu bagi-Nya.  Tiada sesuatu yang disembah selain ALLAH.  Tiada Kuasa kecuali ALLAH yang Agung.”

“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku."
[ Q.S. 23 : 97-98 ]

“Dengan nama ALLAH yang Pengasih lagi yang Penyayang.”
[Q.S. 1:1]

"Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya."
[ Q.S. 17 : 111 ]

"Segala puji bagi Allah yang cipta langit dan bumi, dan buatkan gelap dan cahaya."
[Q.S. 6:1]

“Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.”
[ Q.S. 62:11 ]

“Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi,  aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.  Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku, untuk Allah, Pemelihara semesta alam.  Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim.”
[ Q.S. 6 : 162-163 ]




BACAAN SURAH AL-QUR’AN DALAM SOLAT

Bismillaahir rahmaanir rahiim.
"Alhamdu lillaahi rabbil ‘aalamiin. Arrahmaanir rahiim. Maaliki yaumiddin. Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin. Ihdinash shiraa-thal mustaqiim.. Shiraa-thal la-dziina an’amta ‘alaihim ghairil magh-dhuubi ‘alaihim wa ladh dhaalliin."

TERJEMAHAN :

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi”
“Segala puji hanya kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mempunyai hari pembalasan. Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami meohon pertolongan. Ya Allah, tunjuki kami pada jalan yang lurus. Iaitu jalan segala mereka yang telah Engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang dibenci dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.”
[ Q.S. AL-FATIHAH  1 : 1-7 ]

Bismillaahir rahmaanir rahiim.
“Allaahu ahad, Allaahu shamadu, lam yalid walam yuuladu,  walam yakun lahu kufuwan ahad.”

TERJEMAHAN :
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi”

Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu , Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,  Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.
[ Q.S. AL-IKHLAS :1-4 ]



BACAAN DALAM RUKUK
Subhanaka walhamduka laa ilaaha illa anta Astaghfiruka
 waa tuubu-ilaika. Ya 'Aliyuu Ya 'Azziim
TERJEMAHAN :
"Suci Engkau, segala puji bagi Engkau,  tiada tuhan selain engkau, aku mohon ampun dan aku bertaubat kepadamu.  Yang Tinggi, Yang Agung.”

"ALLAH..."

BACAAN DALAM IKTIDAL
Rabbanaa lakal hamdu.
TERJEMAHAN :
“Wahai Tuhan kami, Engkau sendirilah yang memiliki segala rupa puji.”

"ALLAH..."

BACAAN DALAM SUJUD 1
Subhanaka walhamduka laa ilaaha illa anta Astaghfiruka
 waa tuubu-ilaika. Ya 'Aliyuu Ya 'Azziim
"Suci Engkau, segala puji bagi Engkau,  tiada tuhan selain engkau, aku mohon ampun dan aku bertaubat kepadamu.  Yang Tinggi, Yang Agung.”


"ALLAH..."

BACAAN ANTARA DUA SUJUD
Rabbighfirli warhamni wajburni walfa’ni walzukni wa’adinii wa a’afini wa afuanni.
“Ya Allah,ampunilah dosaku,belas kasihinilah aku dan cukuplah segala kekuranganku dan angkatlah derajatku dan berilah rezeki kepadaku,dan berilah aku petunjuk dan berilah kesehatan padaku dan berilah ampunan kepadaku.”
Allah...

BACAAN DALAM SUJUD 2
Subhanaka walhamduka laa ilaaha illa anta Astaghfiruka
 waa tuubu-ilaika. Ya 'Aliyuu Ya 'Azziim
"Suci Engkau, segala puji bagi Engkau,  tiada tuhan selain engkau, aku mohon ampun dan aku bertaubat kepadamu.  Yang Tinggi, Yang Agung.”


"ALLAH..."


BERDIRI SEMULA UNTUK KITARAN / RAKAAT KEDUA
BACAAN SURAH AL-QUR’AN DALAM SOLAT
Bismillaahir rahmaanir rahiim.
Alhamdu lillaahi rabbil ‘aalamiin. Arrahmaanir rahiim. Maaliki yaumiddin. Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin. Ihdinash shiraa-thal mustaqiim.. Shiraa-thal la-dziina an’amta ‘alaihim ghairil magh-dhuubi ‘alaihim wa ladh dhaalliin.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi”
“Segala puji hanya kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mempunyai hari pembalasan. Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami meohon pertolongan. Ya Allah, tunjuki kami pada jalan yang lurus. Iaitu jalan segala mereka yang telah Engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang dibenci dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.”
[ Q.S. AL-FATIHAH  1 : 1-7 ]


Bismillaahir rahmaanir rahiim.
A'udzu birobbil falaqi, Min syarri ma kholaq, Wamin sharri ghosiqin idza waqoba, Wamin sharrin naffatsati fiil 'uqad, Wamin sharri hasidin idza hasada

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
"Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul , dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki".
[ Q.S. AL-FALAQ : 1-5 ]


Bismillaahir rahmaanir rahiim.
 “A'uudzu bi rabbin naas,  Malikin naas, Ilaahin naas, Min sharril wawaasil khannas, Alladzii yuwaswisu fii suduurin naas, Minal Jinnati wannaas.”

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
"Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia."

[ Q.S. AN-NAAS : 1-6 ]

"ALLAH..."

BACAAN DALAM RUKUK
Subhanaka walhamduka laa ilaaha illa anta Astaghfiruka
 waa tuubu-ilaika. Ya 'Aliyuu Ya 'Azziim
"Suci Engkau, segala puji bagi Engkau,  tiada tuhan selain engkau, aku mohon ampun dan aku bertaubat kepadamu.  Yang Tinggi, Yang Agung.”

"ALLAH..."

BACAAN DALAM IKTIDAL
Rabbanaa lakal hamdu.
“Wahai Tuhan kami, Engkau sendirilah yang memiliki segala rupa puji.”

"ALLAH..."

BACAAN DALAM SUJUD 1
Subhanaka walhamduka laa ilaaha illa anta Astaghfiruka
 waa tuubu-ilaika. Ya 'Aliyuu Ya 'Azziim
"Suci Engkau, segala puji bagi Engkau,  tiada tuhan selain engkau, aku mohon ampun dan aku bertaubat kepadamu.  Yang Tinggi, Yang Agung.”


"ALLAH..."


BACAAN ANTARA DUA SUJUD
Rabbighfirli warhamni wajburni walfa’ni walzukni wa’adinii wa a’afini wa afuanni.
“Ya Allah,ampunilah dosaku,belas kasihinilah aku dan cukuplah segala kekuranganku dan angkatlah derajatku dan berilah rezeki kepadaku,dan berilah aku petunjuk dan berilah kesehatan padaku dan berilah ampunan kepadaku.”
Allah...

BACAAN DALAM SUJUD 2
Subhanaka walhamduka laa ilaaha illa anta Astaghfiruka
 waa tuubu-ilaika. Ya 'Aliyuu Ya 'Azziim
"Suci Engkau, segala puji bagi Engkau,  tiada tuhan selain engkau, aku mohon ampun dan aku bertaubat kepadamu.  Yang Tinggi, Yang Agung.”



TAHIYYAT SUJUD

ALLAH...
SUBHAANALLAHI RABBIL ‘AALAMIIN
[Q.S. 27:8]
LAA ILAAHA ILLALLAHU-AHAD, WAHDAHUU LAA SYARIIKALA. LAA MA’BUD ILLALLAH. LAA QUWWATA ILLABILLAHIL ‘ALIYYIUL ADZHIIM

ALLAH
“Allah disanjung, Pemelihara semua alam.”
[Q.S. 27:8]
“Tiada tuhan selain ALLAH yang Esa, dan tiada sekutu bagi-Nya.  Tiada sesuatu yang disembah selain ALLAH.  Tiada Kuasa kecuali ALLAH yang Agung.”

ALHAMDULILLAHILLAZII LAHU MAA FISSAMAAWATI WAMAA FIL-ARDHI’ WALAHUL HAMDU FIL A’AKHIRA’   WAHUWAL HAKIIMUL-KHABIIR
Segala puji bagi Allah yang kepunyaan-Nya apa yang di langit dan apa yang di bumi. Bagi-Nya segala puji di akhirat; Dia Yang Bijaksana, Yang Menyedari.
(Q.S. 34:1)

ALLAHU RABBI WALAA USYRIKU BIRABBI AHADA
Allah, Pemeliharaku, dan aku tidak sekutukan Pemeliharaku dengan sesiapa pun.
(Q.S.18:38)

WAASLAMTU LIRABBIL ‘ALAMIIN
"dan aku tundukkan diriku kepada Pemelihara semua alam."
(Q.S. AL-BAQARAH 2 : 131)

LASYARIIKALAHU WABIZAALIKA UMIRTU WA ANA MINAL MUSLIMIN
“Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).”
( Q.S. 6 : 163 )

WAMAA ANA MINAL MUSYRIKIN
“Dan bukanlah aku daripada orang-orang yang sekutukan."
( Q.S. 6 : 79 )

"INNANII MINAL MUSLIMIN, WA KAFAA BILLAHI SYAHIIDAN."
"Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang muslim. Dan cukuplah ALLAH sebagai saksi."
[Q.S. 41 :33, 48:28]

WA KAFAABILLAHI WALIIYYAN WA KAFAABILLAHI NASHIIRA
“Cukuplah Allah sebagai wali (pelindung), dan cukuplah Allah sebagai penolong.” 
[Q.S. 4:45]

WALHAMDULILLAHIRABBIL A’ALAAMIN
Dan segala puji bagi ALLAH, tuhan seluruh Alam.

(Q.S. 1 : 1)



DOA

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
[ Q.S AL-GHAFIR 40 : 60 ]
“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas".
[ Q.S. AL-A’RAF 7 : 55 ]
“iaitu ketika ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.”
[ Q.S. MARYAM 19 : 3]
“... dan penutup doa mereka adalah “al-hamdulillahi Rabbil-‘aalamiin”.
[ Q.S. YUNUS 10 : 10 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Sedekat-dekat seorang hamba kepada Tuhannya yaitu ketika ia Sujud, maka perbanyaklah berdoa di dalam Sujud."
[ H.R.S :  Imam Muslim Ra. A., kitabush shalah, no : 482 ]

 “Rendahkanlah suara kamu! Sesungguhnya kamu tidak berdoa (memohon) kepada yang pekak dan tidak pula kepada yang jauh. Sesungguhnya kamu memohon kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat, dan Dia senantiasa bersama kamu”.
[ H.R.S :  Imam Muslim Ra. A. ]

“Adapun dalam sujud maka bersungguh-sungguhlah kalian dalam berdoa. Karena sangat besar kemungkinannya untuk dikabulkan bagi kalian.”
[ H.R.S :  Imam Muslim Ra. A. ]

 “Ya Allah! Ampunilah dosaku semuanya. Yang kecil, yang besar, yang pertama, yang terakhir, yang kelihatan, dan yang tidak Nampak.”
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam biasa membaca dalam sujudnya:
[ H.R.S :  Imam Muslim Ra. A. ]

“ … Nabi S.A.W tidak mengangkat kedua tangannya sedikitpun ketika berdoa, kecuali dalam istisqa’ (mohon air hujan) hingga terlihat putih kedua ketiaknya.”
Daripada Anas Bin Malik R.A
[ H.R.S :  Imam Muslim Ra. A. ]
*doa boleh dilafazkan mengikut apa yang diingini..
----


BACAAN DOA

SUBHAANAKA ALLAHUMMA
(Q.S.10:10)
YA RABBIL AALAMIN, YA RAHMAAN YA RAHIIM, IYYAKANA’ BUDUU WA IIYYAKANASTA’IN, 

Engkau Disanjung, Ya ALLAH,
Wahai Pemelihara semua alam.
Wahai Yang Pemurah, Yang Pengasih. Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada engkau aku meminta.

ROBBIGHFIRLII WARHAMNII WAJBURNII WARFA'NII WARZUQNII WAHGDINII WA'AAFINII WA'FU 'ANNII
Ya Allah,ampunilah dosaku,belas kasihinilah aku dan cukuplah segala kekuranganku da angkatlah derajatku dan berilah rezeki kepadaku,dan berilah aku petunjuk dan berilah kesehatan padaku dan berilah ampunan kepadaku

"RABBIGHFIRLI WALIWAALIDAYA WALIMANN DAGHALA BAITIYYA MUKMINAN WALIL MUKMINIINA WAL MUKMINAATI WALAA TAZIIDI DZAALIMIINA ILLA TABAARA''
Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim, kecuali dalam kebinasaan!”
(Q.S. 71:28 )

FATHIRISSAMAAWAATI WAL ARDHI ANTA WALIIYI FIDDUNYA WAL AAKHIRA, TAWAFFANI MUSLIMAN WALHIQNII BISSHOLEHIIN.
Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
[Q.S 12 : 101 ]

"Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan." (20:114)

"Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku, Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku), supaya mereka faham ucapanku."
(20:25-28)

"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."
(23:97-98)

dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.” (66:11)

"Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih."
(27:19)

"RABBANAA AATINA FIDDUNNYA HASANATAU WAFIL AAKHIRATI HASANATAU WAQIINA AZABANNAAR"
"Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia yang baik, dan di akhirat yang baik, dan lindungilah kami daripada azab Api."
(Q.S. 2:201)

“INNAKA SAMI’UDDOA’I.”
Sesungguhnya Engkau medengar Doa."
(Q.S.3:38)

 “RABBI TAQABBAL DOA’I”
“Wahai pemeliharaku, kabulkanlah doaku.”
(Q.S.14:40)

"WALHAMDUKA YA ALLAHIRABBIL AALAMIN.”
“Segala puji bagi-Mu,  Ya Allah, Pemelihara semua alam."

(Q.S. 10:10)


:: BANGUN DARI SUJUD ::

DUDUK ZIKIR
ALLAH
LAA ILAAHA ILLALLAHU-AHAD, WAHDAHUU LAA SYARIIKALA. LAA MA’BUD ILLALLAH. LAA QUWWATA ILLABILLAHIL ‘ALIYYIUL ADZHIIM

ALLAH
“Tiada tuhan selain ALLAH yang Esa, dan tiada sekutu bagi-Nya.  Tiada sesuatu yang disembah selain ALLAH.  Tiada Kuasa kecuali ALLAH yang Agung.”


"ANAA U'MINUU MUHAMMADURRASULULLAH WAKHATAMANNABIYYIIN. 
INNADDIINA INDAALAAHIL ISLAM.  
INNAA AANA MINAL MUSLIMIIN WA-ASLAMTU LIRABBIL 'AALAMIN.
WA KAFAA BILLAHI SYAHIIDAN
WASALAAMUN ALAL MURSALIIN.
WALHAMDULILLAHIRABBIL 'AALAMIN

"Aku percaya, Muhammad adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi.
Sesungguhnya agama yang benar di sisi ALLAH  hanyalah Islam.
 Aku adalah dari golongan orang-orang Muslim dan aku tundukkan diriku kepada Pemelihara seluruh alam,
Dan cukuplah ALLAH menjadi Saksi.
Dan sejahtera ke atas para utusan.
Dan Segala puji bagi ALLAH Tuhan seluruh alam.



SALAM KE KANAN DAN KE KIRI
"SALAMUN’ALAIKUM”
[ Q.S. 6 : 54 -ke kanan, 28:55 ke kiri]

WALLAHUALAM

*****
 
:: DARI PERSPEKTIF PELAKU SOLAT KEPADA ALLAH::


Konsep tujuan solat :

ingat ALLAH sahaja- doa bantuan, sabar dan puji/seru nama ALLAH(2:45, 20:14, 17:110, 72:18) dalam Bahasa yang difahami-bahasa ibunda-lagi elok dari segi adab kalau faham bahasa Arab Namun dalam hal ini sebagai penulis yang berbangsa dan berbahasa melayu, adalah lebih baik bahasa melayu digunakan dalam bacaan solat ini(Q.S.41:44, 14:4, 4:43).

Pakaian kemas, bersih dan cantik dan pakai minyak wangi(Q.S.7:31)
Berwuduk 4 anggota, Tayamum 2 anggota kalau tiada air, mandi kalau Junub(Q.S.5:6)
Menghadap kiblat- Kaabah di masjidil haram(Q.S.2:114, 2:226).
Melakukan gerakan laku (Berdiri, rukuk dan sujud) solat dan doa untuk diri sendiri(Q.S. 2:238, 22:77).

SOLAT FAJR, SOLAT WUSTA DAN SOLAT ISYAK- SETIAP HARI (2:238, 24;58).
SOLAT PADA HARI JUMAAT- SEMINGGU SEKALI(62:9-11)
2 RAKAAT (4:102, 15:87)

*BACAAN ADALAH BERBEZA DENGAN SOLAT YANG BERJEMAAH/ BERJUMUAHT/ BERKUMPUL. DENGAN MENGGUNAKAN PERKATAAN 'AKU' BAGI SOLAT SEORANG.  PERKATAAN 'KAMI' BAGI SOLAT BERJUMUAHT.


BERDIRI
- SOLAT PADA WAKTU YANG DITETAPKAN.
(Q.S. 2:238, 24;58,11:114, 17:78, 62:9-11, 4:102, 98:5)
baca dengan nada suara yang sederhana(17:110)
Baca ayat Qur'an yang mengandungi pujian, syukur dan doa.

Seru nama "ALLAH"
TUNDUKKAN MUKA KE TEMPAT SUJUD

-

- MULA SOLAT -
BACAAN SEBELUM MEMULAKAN SOLAT
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. 
Aku bertakwa dan bertawakal hanya  kepadaMu yang tiada Tuhan selain Mu Yang Esa dan tiada sekutu bagi-Mu. Tiada sesuatu yang disembah selain Mu, Tiada Kuasa selainMu yang Agung, yang Tinggi.



::BERDIRI ::
[2 : 238, 22 : 77, 22 : 26]
ALLAH…
(17:110)
“Ya Allah, Engkau disanjung, Pemelihara semua alam.”
[Q.S. 27:8]
“Tiada Tuhan selain-Mu yang Esa, dan tiada sekutu bagi-Mu.  Tiada sesuatu yang disembah selain-Mu.  Tiada Kuasa kecuali-Mu yang Agung.”

“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan Syaitan-syaitan Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku."
[ Q.S. 23 : 97-98 ]

Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
[Q.S. 1:1]

"Segala puji tertentu bagi -Mu yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi-Mu sekutu dalam urusan kerajaan-Mu, dan tiada bagi-Mu penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Mu."
[ Q.S. 17 : 111 ]

"Segala puji bagi-Mu, Ya Allah, yang cipta langit dan bumi, dan buatkan gelap dan cahaya."
[Q.S. 6:1]

“Apa yang ada di sisi-Mu adalah lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Engkau, Ya Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.”
[ Q.S. 62:11 ]

“Kuhadapkan mukaku, kepada-Mu yang menjadikan langit dan bumi,  aku cenderung lagi berserah kepada-Mu, Ya Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan-Mu.  Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku, untuk-Mu, Ya Allah, Pemelihara semesta alam.  Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Mu. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim.”
[ Q.S. 6 : 162-163 ]


[Q.S. 15:87]
AL-FATIHAH
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Yang Merajai Hari Agama. Engkau sahaja yang aku sembah, dan kepada Engkau sahaja aku mohon pertolongan. Tunjukkan aku jalan yang lurus, Jalan orang-orang ke atas mereka yang Engkau rahmati, bukan orang-orang yang dimurkai, dan bukan pula orang-orang yang sesat.
[ Q.S 1:1-7 ]


‘Ya Allah,
tidak ada tuhan melainkan Engkau,
Yang Hidup, Yang Kekal.
Tidak Mengantuk dan tidak juga tidur.
Kepunyaan-Mu apa yang di dalam langit dan apa yang di dalam bumi.
Siapakah dia yang akan mengantara di sisi-Mu, kecuali dengan izin-Mu?
Engkau tahu apa yang sebelum mereka, dan apa yang sesudah mereka,
dan mereka tidak tahu sesuatu dari pengetahuanMu,
kecuali apa yang Engkau kehendaki.
Qursyi-Mu merangkumi langit dan bumi,
dan Engkau tidak rasa tertekan menjaga keduanya;
Engkau Yang Tinggi, Yang Agung.”
[Q.S 2:255]


AL-IKHLAS
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
"Engkau Ya Allah, yang Esa. Allah,  Engkau Tuhan yang diperlukan oleh segala sesuatu, Yang tidak melahirkan, dan tidak dilahirkan, Dan tiada yang setara dengan Mu."
[ Q.S.112:1-4 ]

ALLAH…
(17:110)


::RUKUK::
(38 : 24, 22 : 77, 22 : 26, 9:112)
Engkau Disanjung  dan Segala Puji bagi Engkau,  Ya ALLAH, Yang Agung
(*Q.S. 56:74, 69:52)
Tiada tuhan selain Engkau, Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu, tiada yang disembah selain Engkau, dan tiada kuasa selain Engkau, Ya ALLAH."

ALLAH…
(17:110)


"Ya ALLAH, Engkau disanjung dan segala puji bagimu wahai tuhan seluruh alam."


"ALLAH"


:: SUJUD ::
(13:15, 32:15, 22:77, 22:26)


 "... mereka lafazkan SANJUNGAN-Nya, dan kepada-Nya mereka SUJUD."
[Q.S.7:206]
"Dan sanjunglah kamu dengan memuji Pemelihara kamu, dan jadilah antara orang-orang yang sujud."
[Q.S.15:98]
(*9:112, 22:26, 32:15, 50:40, 76:26, 32:15, 39:75)
 "Engkau Disanjung dan segala puji bagi-Mu wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi,
(*Q.S. 87:1)
Tiada tuhan selain Engkau, Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu, tiada yang disembah selain Engkau dan tiada kuasa selain Engkau, Ya ALLAH.”

BANGUN DUDUK ANTARA DUA SUJUD
"Ya ALLAH, Engkau disanjung dan segala puji bagimu wahai tuhan seluruh alam."


"Dan sanjunganlah dengan memuji Pemelihara kamu ketika kamu BANGKIT."
[Q.S. 52:48]



:: SUJUD ::


 "Engkau Disanjung dan segala puji bagi-Mu wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi."

(*Q.S. 87:1)


Tiada tuhan selain Engkau, Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu, tiada yang disembah selain Engkau dan tiada kuasa selain Engkau, Ya ALLAH.”

"ALLAH"



*SELESAI SATU KITARAN SOLAT / RAKA'A.
-BANGKIT SEMULA UNTUK KITARAN KEDUA [Q.S.15:87]

::BERDIRI::
"Dan sanjunganlah dengan memuji Pemelihara kamu ketika kamu BANGKIT."

[Q.S. 52:48]

"Ya Allah, engkau disanjung dan segala puji bagi-Mu."

[Q.S. 15:87]

AL-FATIHAH
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Yang Merajai Hari Agama. Engkau sahaja yang aku sembah, dan kepada Engkau sahaja aku mohon pertolongan. Tunjukkan aku jalan yang lurus, Jalan orang-orang ke atas mereka yang Engkau rahmati, bukan orang-orang yang dimurkai, dan bukan pula orang-orang yang sesat.


AL-FALAQ
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
“Aku berlindung pada-Mu wahai  Pemelihara yang menguasai Al-Falaq (Subuh),  Daripada kejahatan apa yang Engkau cipta. Dan daripada kejahatan kegelapan apabila ia gelap. Dan daripada kejahatan orang yang meniup pada ikatan. Dan daripada kejahatan pendengki apabila dia dengki.

SURAH AN-NAAS
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Aku berlindung pada-Mu wahai  Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia.

ALLAH…
(17:110)

::RUKUK::
(38 : 24, 22 : 77, 22 : 26, 9:112)

Engkau Disanjung  dan Segala Puji bagi Engkau,  Ya ALLAH, Yang Agung
(*Q.S. 56:74, 69:52)
Tiada tuhan selain Engkau, Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu, tiada yang disembah selain Engkau, dan tiada kuasa selain Engkau, Ya ALLAH."

ALLAH…
(17:110)



"Ya ALLAH, Engkau disanjung dan segala puji bagimu wahai tuhan seluruh alam."
"ALLAH"


:: SUJUD ::
 "... mereka lafazkan SANJUNGAN-Nya, dan kepada-Nya mereka SUJUD."
[Q.S.7:206]
(Dalil simbolik 2 kali sujud-Pagi dan Petang dalam satu rakaat/kitaran solat.) 
"Kepada Allah SUJUD segala di langit dan bumi, dengan rela atau benci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu PAGI dan PETANG." 

[ Q.S. 13:15. ]
"Dan sanjunglah kamu dengan memuji Pemelihara kamu, dan jadilah antara orang-orang yang sujud."
[Q.S.15:98]
(*9:112, 22:26, 32:15, 50:40, 76:26, 32:15, 39:75)
 "Engkau Disanjung dan segala puji bagi-Mu wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi,
(*Q.S. 87:1)

BANGUN DUDUK ANTARA DUA SUJUD

"Ya ALLAH, Engkau disanjung dan segala puji bagimu wahai tuhan seluruh alam."
"ALLAH"
[*Q.S. 52:48]


:: SUJUD ::



 "Engkau Disanjung dan segala puji bagi-Mu wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi."

(*Q.S. 87:1)
Tiada tuhan selain Engkau, Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu, tiada yang disembah selain Engkau dan tiada kuasa selain Engkau, Ya ALLAH.”


Segala puji bagiMu, Ya Allah yang kepunyaan-Mu apa yang di langit dan apa yang di bumi. Bagi-Mu segala puji di akhirat; Engkau Yang Bijaksana, Yang Menyedari.
(Q.S. 34:1)

Ya Allah, Engkaulah Pemeliharaku, dan aku tidak sekutukan Engkau dengan sesiapa pun.
(Q.S.18:38)

"dan aku tundukkan diriku kepada-Mu wahai Pemelihara semua alam."
(Q.S. AL-BAQARAH 2 : 131)

“Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan Engkau. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).”
( Q.S. 6 : 163 )

“Dan bukanlah aku daripada orang-orang yang menyekutukan Engkau."
( Q.S. 6 : 79 )


"Aku percaya, Muhammad adalah Utusan-Mu dan penutup nabi-nabi Mu.(33:40)
Sesungguhnya agama yang benar di sisi-Mu  hanyalah Islam(5:3).  
Aku adalah dari golongan orang-orang Muslim dan aku tundukkan diriku kepada Mu,

Dan cukuplah Engkau menjadi Saksi, wahai Pemelihara seluruh alam,

"Dan cukuplah Engkau, Ya ALLAH sebagai saksi ke atas ku"
(48:28)


:: DOA ::
(*2:45, 40:60, 2:186, 7:55)
Ya ALLAH, Engkau disanjung, Yang Tinggi , Yang Agung.  Wahai Pemelihara semua alam. Wahai Yang Pemurah, Yang Pengasih. Hanya Engkau yang aku sembah dan hanya kepada engkau aku meminta."


Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim, kecuali dalam kebinasaan!”
(Q.S. 71:28 )

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
[Q.S 12 : 101 ]

"Wahai Pemeliharaku, jadikanlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku.
[Q.S.14:40]

Dan cukuplah Engkau, Ya ALLAH sebagai wakil atas segala urusan.

"Wahai yang mendengar Doa."
(Q.S.3:38)

“Wahai pemeliharaku, kabulkanlah doaku.”
(Q.S.14:40)

Segala puji bagi-Mu, Ya Allah, Pemelihara semua alam."
(Q.S. 10:10)


:: BANGUN DARI SUJUD-TAMATLAH SOLAT(*4:102) ::



*DUDUK DAN BACA 

Tiada tuhan selain Engkau, Ya Allah Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu, tiada yang disembah selain-Mu. dan tiada kuasa selain Engkau, Ya ALLAH.

Sesungguhnya agama yang benar di sisi-Mu  hanyalah Islam.  Aku adalah dari golongan orang-orang Muslim dan aku tundukkan diriku kepada Mu,


Ya ALLAH,  aku percaya kepada apa yang Engkau turunkan, dan aku ikut Rasul-Mu, maka tuliskanlah aku bersama orang-orang yang menyaksikan

Aku percaya, Muhammad adalah Utusan-Mu dan penutup nabi-nabi Mu.

Dan cukuplah Engkau menjadi Saksi, wahai Pemelihara seluruh alam
Sejahtera ke atas hamba-hambaMu yang Engkau pilih.
Dan sejahtera ke atas para utusanMu.

Segala puji bagi-Mu, Ya ALLAH, Tuhan seluruh alam.

:: SALAM ::
SALAM KE KANAN DAN KE KIRI
"SALAMUN’ALAIKUM”

[Q.S. 6 : 54  : SALAM KE KANAN]


[Q.S. 28:55 : SALAM KE KIRI]

::-------::