"Kalau begitu Brahim,
macam mana kamu sembahyang dengan menggunakan Quran sahaja, kerana Quran tidak
memerincikan cara laku solat?" Pinta Pak Rashid.
"Dia lupa hadis
yang mashur yang mutafa’alaik "solatlah kamu seperti mana kamu lihat aku
(Muhammad) solat." Ujar Ustaz.
"Solat, ini kes
panjang, tetapi InsyaAllah saya akan terangkan bagaimana saya solat,
berpandukan pada Quran satu-satunya, pada masa yang Pak Rashid bandinglah pula
dengan cara Pak Rashid." Aku cuba berlawak.
"Apa yang
terdapat di dalam kitab-kitab karangan ulamak hanyalah hadis-hadis seperti dari
si anu yang diriwayatkan oleh imam si anu katanya, ‘pada satu hari sewaktu aku
sedang berbual-bual dengan si anu aku ternampak Rasulullah mencuit-cuit jari
telunjuknya sewaktu beliau sedang duduk’, dan dari si anu yang diriwayatkan
oleh imam si anu katanya ‘pada satu hari sewaktu Nabi sedang bersolat aku lihat
beliau letak kedua-dua tangannya ke atas pusatnya’ atau dari si anu, katanya
‘pada satu hari sewaktu Nabi sedang berdiri aku lihat beliau meluruskan kedua-dua
tangannya ke bawah’." Kata ku lagi.
"Cuba perhati
baik-baik disini. Yang amat ketara cara dan kaedah hadis-hadis dikumpul tadi
langsung tidak beri keyakinan bahawa apa yang ditulis itu benar-benar datang
daripada Rasulullah atau wahyu Ilahi sepertimana yang ditegaskan oleh para
ulamak. Ia lebih merupai tulisan atau karangan orang-orang yang suka mengintai
dan mengintip. Selain itu, cara Nabi tunjukkannya pula nampak begitu tidak
acuh, seolah-olah beliau tidak peduli kalau ada orang yang melihatnya atau
tidak." Kata ku lagi.
"Soalannya di
sini cara manakah satu Nabi bersolat, adakah semua ini hanya rekaan-rekaan para
ulamak saja?" Tanya Pak Rashid.
"Ya!" Jawap
ku ringkas. “Sudah pasti!”
"Cepat, jangan
cuba berdalih, ceritakan pada kami bermula dari Israk dan Mikraj lagi, masa
Nabi mula dapat perintah solat lima kali sehari semalam". Bentak Pak
Rashid, seakan hilang sabar.
"Errr, maaf saya
tak berapa pasti". Brahim mengakui.
"Cakap saja
berapi-api, perintah solat melalui Isra dan Mikraj pun tak tahu, Ngah, engkau
bagi tau pada budak ni pasai Israk dan Mikraj". Kata Ustaz Harun sambil
kerling dengan ekor matanya kepada ku.
Dengan undangan
seringkas itu Lebai Ngah mula berkhotbah, "Isra ialah perjalanan Nabi
secara mendatar Nabi dari Mekah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem. Dari sana Nabi terus
di Mi'raj ke langit dengan menaiki haiwan yg dikenali sebagai Buraq dan sebelum
malam berakhir Nabi telah kembali ke Mekah.
Kejadian ini berlaku pada 27 Rejab (bulan ke 7) tahun 621 AD. Masa itu
umur Nabi ialah 50 tahun. Bila Nabi berjumpa dengan Tuhan, Nabi telah diberi
akan solat 50 waktu sehari semalam padanya dan pada umatnya. Bila Nabi hendak turun ke bumi melalui syurga
ditingkat tujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad apakah yang
telah dititahkan oleh Allah kepadanya. Nabi Muhammad pun menerangkan akan
ibadah solat 50 waktu sehari semalam itu.
Nabi Musa berkata
walaupun umatnya besar dan kuat namum umatnya tidak dapat lakukan solat
sebanyak itu, lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad pergi berjumpa
Tuhan dan meminta supaya ibadat itu di kurangkan. Sekali lagi Nabi
Muhammad berjumpa dengan Tuhan. Lalu setelah mendengar rayuan Nabi Muhammad,
ibadah solat dikurangkan sebanyak 45 kali sehari semalam dan bila Nabi Muhammad
hendak turun ke bumi melalui syurga di tingkat tujuh, Nabi Musa telah bertanya
kepada Nabi Muhammad yang berapakah kali ianya dikurangkan, lalu Nabi menjawap
empat puluh lima kali.
Sekali lagi Nabi Musa
berkata yang walaupun umatnya besar dan kuat namun umatnya tidak dapat lakukan
solat sebanyak empat puluh lima kali sehari, lalu Nabi Musa mencadangkan supaya
Nabi Muhammad sekali lagi pergi berjumpa dengan Tuhan dan minta supaya ibadat solat
itu dikurangkan. Demikianlah proses itu berlanjutan sebanyak sembilan
kali. Bila Nabi Muhammad hendak turun ke bumi melalui Syurga di tingkat tujuh,
Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad yang berapakah kali ianya
dikurangkan, lalu Nabi Muhammad menjawap hanya tinggal lima kali sahaja.
Sekali lagi Nabi Musa
berkata yang walaupun umatnya besar dan kuat namum umatnya tidak dapat lakukan
solat sebanyak itu, lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad pergi
berjumpa Tuhan sekali lagi dan minta supaya ibadat itu di kurangkan. Demi
kerana malunya, Nabi Muhammad telah membatalkan hasratnya untuk mengadap Tuhan.
Oleh kerana satu kebaikan diganda sepuluh, maka lima solat didarap dengan
sepuluh kali maka ianya berjumlah juga sebanyak lima puluh kali kali solat.
Pahala ini sebagaimana pahala suruhan pertama iaitu lima puluh kali solat
jaga". Hujah Lebai Ngah bersungguh-sungguh.
"Bangkanglah
lagi, jangan tak bangkang." Ustaz Harun perli Brahim sambil mencapai kotak
rokoknya. Brahim, dongak ke atas sekejap sambil tu dia tersengih, lalu dia
mengeliat, keratap keretup bunyinya.
"Hujah saya yang
pertama, Buraq tidak ada dalam Quran dan kalau hadis Lebai Ngah ini benar lagi
membenarkan, mengapa pula tak diceritakan pula cara Nabi turun ke bumi dan
apakah pula terjadi pada Buraq itu?"Tanya si Brahim, memulakan. "Hujah
saya yang kedua, Nabi Muhammad menerima Quran sekitar umur 40 tahun, jadi macam
mana Lebai Ngah kata Nabi menerima perintah solat pada umur Nabi 50 tahun.
Jurang sepuluh tahun itu tersangat lamalah". Ujar Brahim lagi. "Hujah
saya yang ketiga, adakah ini bermakna Tuhan tidak tahu untuk perintah sekali
sahaja. Iaitu solat lima kali sehari semalam, dan bukan sebanyak lima puluh
kali sehari semalam di mana akhirnya jadi lima juga, adakah ini juga bermakna Tuhan
mempermain-mainkan Nabi?" Tanya Brahim.
"Hujah saya yang keempat, mengapa pula Nabi Musa jadi penasihat kepada Nabi Muhammad, tidakkah Lebai nampak unur-unsur Israliat disini ?" Tanya Brahim lagi. "Hujah saya yang lima, adakah dengan hadis tadi bermakna Nabi Muhammad atau Nabi Musa lebih mengetahui perihal umat mereka dari Allah ?" Tanya si Brahim lagi "Hujah saya yang keenam, bagaimanakah mungkin Nabi Muhammad melawat Masjidil Aqsa sedangkan ianya dibina selepas enam puluh lima tahun setelah kemangkatan Nabi Muhammad? Buat pengetahuan semua yang ada, nama Masjidil Aqsa tersebut juga diambil dari Al Quran (17:1)" Tambah Brahim lagi.
"Hujah saya yang keempat, mengapa pula Nabi Musa jadi penasihat kepada Nabi Muhammad, tidakkah Lebai nampak unur-unsur Israliat disini ?" Tanya Brahim lagi. "Hujah saya yang lima, adakah dengan hadis tadi bermakna Nabi Muhammad atau Nabi Musa lebih mengetahui perihal umat mereka dari Allah ?" Tanya si Brahim lagi "Hujah saya yang keenam, bagaimanakah mungkin Nabi Muhammad melawat Masjidil Aqsa sedangkan ianya dibina selepas enam puluh lima tahun setelah kemangkatan Nabi Muhammad? Buat pengetahuan semua yang ada, nama Masjidil Aqsa tersebut juga diambil dari Al Quran (17:1)" Tambah Brahim lagi.
"Hujah saya yang
ketujuh, ada satu cerita menarik disini, seperti yang dinukilkan oleh Ibn
Ishak. Sebagai yang kita ketahui Ibn Ishak adalah di antara orang paling awal
menulis biografi Nabi Muhammad. Dia menulis di antara lainnya, Nabi beritahu
kepada isterinya perihal Isra semasa Nabi bangun untuk solat Fajr, dan
perjalanan itu berlaku bila Nabi tidur selapas Isya, dalam cerita lain pula,
diceritakan bahawa sebelum Nabi naik ke langit Nabi solat Isya dulu. Hairan
juga, Nabi dah solat bertahun-tahun baru dapat arahan untuk solat." Kata
si Brahim.
"Hujah saya yang
kelapan, mengikut Bible, Nabi Ibrahim sedang berdebat dengan Tuhan bagi pihak
Sodom (umat Nabi Lut) untuk tidak musnahkan mereka jika ada lima puluh orang
beriman di antara mereka, akhirnya tawar menawar ini jadi sepuluh orang. Bible
RSV Gen 18:20 hingga 32 mengatakan,
20: Then the LORD
said, "Because the outcry against Sodom and Gomorrah is great and
their sin is very grave,
21: I will go down to
see whether they have done altogether according to the outcry which has come to
me; and if not, I will know."
22: So the men turned
from there, and went toward Sodom; but Abraham still stood before the
LORD.
23: Then Abraham drew
near, and said, "Wilt thou indeed destroy the righteous with the
wicked?
24: Suppose there are
fifty righteous within the city; wilt thou then destroy the place and not
spare it for the fifty righteous who are in it?
25: Far be it from
thee to do such a thing, to slay the righteous with the wicked, so that the
righteous fare as the wicked! Far be that from thee! Shall not the Judge
of all the earth do right?"
26: And the LORD said,
"If I find at Sodom fifty righteous in the city, I will spare the
whole place for their sake."
27: Abraham answered,
"Behold, I have taken upon myself to speak to the Lord, I who am but
dust and ashes.
28: Suppose five of
the fifty righteous are lacking? Wilt thou destroy the whole city for lack of
five?" And he said, "I will not destroy it if I find
forty-five there."
29: Again he spoke to
him, and said, "Suppose forty are found there." He answered,
"For the sake of forty I will not do it."
30: Then he said,
"Oh let not the Lord be angry, and I will speak. Suppose thirty are
found there." He answered, "I will not do it, if I find
thirty there."
31: He said,
"Behold, I have taken upon myself to speak to the Lord. Suppose twenty are
found there." He answered, "For the sake of twenty I will not destroy
it."
32: Then he said,
"Oh let not the Lord be angry, and I will speak again but this once.
Suppose ten are found there." He answered, "For the sake of ten I
will not destroy it."
"Mari kita lihat
persamaan tersebut dengan Quran 29:31 dan 32. "Dan apabila Rasul-Rasul
Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami
akan musnahkan penduduk bandaraya ini, kerana penduduknya orang-orang zalim.
Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat-sangat
tahu siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali
isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal." Kata si Brahim.
"Ayat 11:74
hingga 76. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita
gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut. Ibrahim
adalah penyantun, lembut hati, berkesesalan. "Wahai Ibrahim, berpalinglah
daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu sudah datang, dan datang
kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan."
"Cuba Lebai Ngah
tengok kedua-dua ayat diatas, Nabi Ibrahim cuba "mengingkatkan" para
malaikat yang Nabi Lut ada didalam bersama kaumnya. Dia cuba berdebat, tetapi
sayang, hajat hatinya tak kesampaian. Arahan dari Allah ialah "Wahai
Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu sudah
datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan."
Dalam Quran itu tidak ada soal tawar menawar dengan Tuhan, tapi dalam Bible ada
unsur tawar-menawar, macam hadis solat, tawar-menawar dari lima puluh jadi
lima" Kata si Brahim mengakhiri hujah.
"Hujah saya yang
kesembilan 11:114. "Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam;
sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan
bagi orang-orang yang mahu ingat."
"Hujah saya yang
kesepuluh "Solat pula telah diperintah sejak zaman Nabi Ibrahim lagi dan
Nabi Muhammad dihendaki untuk meneruskan amalan solat tersebut". Katanya
lagi.
21:73. Dan lantik
mereka menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami
wahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan Solat, dan memberi zakat,
dan Kami mereka sembah.
22:78. Dan berjuanglah
untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak
letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia
namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi
ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan solat, dan
berikan zakat, dan berpegang teguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu -
Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.
"Hujah saya yang
kesebelas dan terakhir ialah "Ayat 4:101-103 menjelaskan tentang solat
ringkas dan solat masa peperangan. Ayat itu juga mengatakan solat Qasar dan
masa peperangan itu sempurna apabila seseorang itu berdiri sehingga selesai
sujud. Kalau kita menyebutnya sebagai "satu rakaat", maka solat
tersebut ialah satu rakaat dan solat yang sempurna mestilah lebih daripada satu
rakaat, kerana solat Qasar yang tidak boleh dilakukan dalam keadaan
biasa". Kata ku lagi.
"Sahih Bukhari
1/346 mengatakan bahawa pada permulaannya, semua solat hanya dua rakaat sahaja.
Kita tidak memerlukan hadis sebagai panduan beribadat, tetapi hadis ini sesuai
dengan ayat Quran 4:102 .Saya percaya syaitan tidak boleh menyelewengkan atau
mengubah seratus peratus dari ajaran yang asal". Kata ku lagi.
"Sebagai contoh,
dalam 'wuduk' syaitan cuma buat beberapa tambahan kepada ajaran Tuhan, begitu
juga haji di mana syaitan telah buat sedikit tambahan seperti melontar jumrah,
begitu juga dalam bab puasa, syaitan cuma mengubah sedikit waktu bermula dan
berbuka, mungkinkah syaitan juga telah menambahkan rakaat solat dari dua yang
asal kepada tiga atau pun empat ?". Tanya ku lagi.
"Kamu ni dah
merepek habis Brahim". Bentak si Ustaz.
"Apanya merepek, "
Kata ku. “Mari kita buat sedikit ujikaji pada solat kita!”
"Uji… jangan tak
uji." Pintas si Ustaz lagi.
"Jika Quran
17:110 mengatakan suara hendaklah sederhana dalam solat. Maka solat yang tanpa
suara dan bisu itu bukanlah dari ajaran Quran, adakah kita setuju.” Tanya ku pada mereka. Semua kepala mula mengangguk setuju. Walaupun agak perlahan tapi aku yakin mereka
setuju.
"Kita lakukan
solat Subuh (Fajr) dua rakaat dengan bersuara, ini mengikut Quran, lalu, kita
solat Zohor dan Asar dalam keadaan bisu, bererti kedua-dua solat itu adalah
suatu tambahan baru, manakala bagi, Solat Wusto (Maghrib), dua rakaat bersuara,
ini mengikut Quran dan satu rakaat bisu yang merupakan ajaran baru, dan
terakhir sekali ialah Solat Isyak. Di mana dua rakaat permulaan bersuara yang
mengikut ajaran Quran dan dua rakaat terakhir pula yang bisu merupakan satu
tambahan". Kata ku lagi.
"Sebantar tadi
kita dah bincang ayat 11:114 bahawa hanya ada tiga solat dalam satu hari,
manakala orang kita juga lakukan tiga solat yang bersuara iaitu dua rakaat solat
Fajr, dua rakaat solat Wusta’ dan dua rakaat solat Isyak, bolehkah kita kata,
ini juga secara kebetulan?" Tanya ku pada mereka.
"Habis apa sebab
pompuan diam". Sampuk si Wak.
"Dalam sembahyang
ia dikatakan aurat, tapi dalam mesyurat suara mereka lantang tak apa, itu bukan
aurat!" Aku terpaksa menyindir.
"Nabi Muhammad
hanya mengikut perintah itu. Dalam surah 16 : 123. Kemudian Kami wahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang
lurus, dan bukan orang yang musyrik." Kata Brahim lagi.
"Jadi kami salah lagilah,
hang sajalah yang betul." Ustaz Harun cuba dapat kepastian dengan nada
yang agak tinggi.
"Allah dan
KitabNya sahaja yang betul." Brahim cuba memulangkan paku buah
keras.
"Habis tu, masa
Isra apa yang berlaku?" Tanya Lebai Ngah bersunguh-sungguh.
"lihatkan sebahagian
daripada ayat-ayat Tuhan!" Jawap Brahim ringkas, lalu dia membacakan
ayat-ayat berikut. “17:1. "Dia disanjung, yang menjalankan hamba-Nya
pada waktu malam hari dari Masjidil Haram (Masjid Suci) ke masjid yang lebih
jauh di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan kepadanya
sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang
Mengetahui.”
"Brahim, kalau
macam tu, macam mana hang sembayang ?" Tanya sang Ustaz.
"Pertama Allah
terangkan, burung pun tahu masa solat mereka, malulah kalau manusia tidak tahu
waktu solat mereka, sehingga terpaksa melaungkan azan. 24:41.
"Tidakkah kamu lihat bagaimana segala di langit dan di bumi menyanjung
Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing, Dia
tahu solatnya, dan sanjungannya; dan Allah tahu apa mereka buat."
"Seperti yang
kita bincangkan ambil empat anggota wudu, kemudian palinglah pada Masjil
Haram seperti ayat 2:114 dan 2:149-250". Kata Brahim lagi. Seterusnya cuba
lihat ayat 4:142. "Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah,
Dia yang tipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan
malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali
sedikit.", dan jangan pula buat seperti ayat 5:58. "Dan jika kamu
panggil kepada solat, mereka ambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu permainan;
itu ialah kerana mereka adalah kaum yang tidak faham."
Kata ku"Kalau
kita lakukan juga maka 8:35. "Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanya
siulan dan tepukan tangan; maka kamu rasalah azab kerana ketidakpercayaan
kamu!" 107 : 4 hingga 5. "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang
menyembah, Orang-orang yang, pada solat mereka, mereka lalai." kata ku
lagi.
"Kemudian harus
juga diketahui waktu solat, 11:114. "Dan lakukan solat pada dua tepi
siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu
adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat."
"Wey Brahim, ikut
ayat tu hanya ada tiga waktu, mana lagi dua ?" Cepat sahaja pintas Lebai
Ngah.
"Itu yang saya
paham tiga waktu". Kata ku lagi.
"Tapi yang aku
tahu, satu dunia buat lima waktu." Sampuk Pak Rashid.
"Kalau begitu,
satu dunia betul, Quranlah yang silap!" Aku menyindir lagi.
"Shiah juga buat
tiga waktu, awak ni puak Shiah ke?" Ustaz Harun menambah.
"Demi Allah saya
bukan Shiah, Sunnah Wal Jama’ah dan entah apa berentah." Aku terpaksa
bertegas. "Ustaz, jangan pusing-pusing, balik kepada persoalan
solat. Nah, sekarang ada tiga waktu yang jelas. Dua berada di tepi siang dan
satu pula berada di tengah. Nama yang ditengah tu seperti Allah berfirman pada
ayat 2:238. "Peliharalah salawat (doa memohon ampun), dan solat di tengah
(wusto), dan berdirilah kamu patuh kepada Allah." Kata ku lagi. "Itu
yang saya faham, nak ikut tak ikut itu perihal masing-masing. Inilah ujian
Allah." Aku terpaksa bertegas.
"Cara kamu solat
tak serupa dengan kami." Ustaz Harun berkata lagi.
"Memang tak serupa
pun Ustaz." Kata ku.
"Quran itu
lengkap, tolong pastikan juga 4:43. "Wahai orang-orang yang percaya,
janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu tahu apa yang
kamu ucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan,
sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika
salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air,
maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah
muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah Pemaaf,
Pengampun." Kata ku.
"Sila perhatikan
ayat 17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Ar-Rahman; apa
sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik." Dan jangan kamu
lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu
satu jalan di antara yang demikian itu." Aku mula berhujah.
"Kepunyaan Allah
nama-nama paling baik, maka serulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkan
orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas dengan apa mereka
buat." (Q 7:180)
"Supaya manusia
tidak tersilap dan tidak tertipu, Allah telah ajar di dalam kitabNya bagaimana
Dia harus diseru, iaitu ‘Allah’ atau ‘Ar-Rahman’ (Q 17:110). Malangnya mereka tidak
suka dengan perintah ini dan telah menggantikannya dengan seruan baru iaitu
"Allahu Akbar", walaupun ‘AKBAR’ tidak disebut oleh Allah SWT sebagai
di antara "asma’ul husnaNya" di dalam Al Quran. Malah di dalam
sembilan puluh sembilan nama-nama Allah (asma’ul husna) yang para ulama
senaraikan pun tidak juga terdapat nama "AKBAR" ini." Kata ku
lagi.
"Ingatlah ayat
2:75 "Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal
segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah
mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya?" Kata ku lagi. "Nah,
siapa yang mabuk sekarang?"
"Justeru, hasil
daripada ajaran kitab-kitab yang dipercayai sahih tadi maka terciptalah
berbagai-bagai variasi solat seperti yang dilakukan oleh pengikut-pengikut imam
dan mazhab masing-masing. Sebagai bukti ada yang meluruskan tangan ke bawah,
ada yang meletaknya ke atas pusat, ada pula yang meletaknya ke atas dada, ada
yang memakai ketayap, ada yang memakai serban dan ada yang tidak menutup kepala
sama sekali, ada jamaah yang membaca doa qunut ada yang tidak, ada yang membaca
‘iftitah’ ala Syafii, ala Hanafi, ala Shiah, tapi ‘iftitah’ saya ialah
membaca sambungan daripada ayat atas 17:111. "dan katakan, "Segala
puji bagi Allah yang tidak mengambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang
sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada
kerendahan diri. Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya". Kata ku
lagi.
"Orang baca ada
yang kuat ada, ada yang terpaksa pakai mikrophon dan ada yang terkumat-kamit
macam bomoh yang sedang jampi, tapi saya disuruh untuk mencari cari jalan di
tengah seperti ayat 17:110". Kata ku.
"Sebelum tu
mintalah pelindungan Allah dari syaitan yang direjam seperti ayat 16:98, 23:97
dan 23:98. Biasalah ada tunduk dan sujud dan saya tidak menyeru nama lain
selain Allah. Bab rokaat-rokaat, tahiyat-tahiyat, saya tak mainlah.
Arahan Tuhan amat jelas bagi saya. Solat itu adalah satu bentuk
perhubungan terus saya dengan Tuhan saya. Lagipun dalam pengkajian saya solat,
puasa atau pun haji ini hanya diperintah hanya pada orang-orang yang telah
beriman sahaja." Kata ku lagi.
"Ayat 72:18
"Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru,
berserta Allah, sesiapa pun", cuba lihat betul-betul, jangan seru
sesiapa pun beserta Allah di dalam masjid-masjidNya (solat) kerana solat
adalah untuk Dia semata-mata. Nah, lagi satu bukti di dalam ‘bacaan Tahiyat’
meraka berkata begini: "Assalamu alaika aiyuhan nabi…" yang bermaksud
"Sejahtera ke atas kamu wahai nabi…". Amat jelas di sini pada
masa mereka sedang berkata-kata atau berkomunikasi dengan Allah, mereka ambil
kesempatan ini untuk berkomunikasi dan menyeru pula kepada nabi di dalam
solat mereka. Ini melanggar titah perintah Allah di dalam ayat 72:18 tadi.
Dengan lain erti kata, mereka telah jadikan kedudukan Muhammad sebagai
rakan kongsi Allah dan mereka amat gembira dengan perbuatan itu".
Kata ku.
"Sila rujuk ayat
39:45 "Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah
hati orang-orang tidak percayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain
daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka gembira". Kata ku lagi.
Kemudian Brahim
membaca ayat 12:106 "Dan kebanyakan mereka tidak percayai Allah,
melainkan mereka sekutukan-Nya"."Sejahtera ke atas kamu ‘Wahai’ Nabi,
cuba fikirkan pengertian perkataan ‘Wahai’ ini. Adakah ia berupa doa
kepada Tuhan atau seruan kepada nabi ?". Brahim melontar pertanyaan.
"Kami tak buat
macam tu, hang salah paham Brahim. Kami tidak menyeru Nabi di dalam solat
kami tetapi apa salahnya kami mendoakan sejahtera ke atasnya?"
"Oh, kena doa
pada Nabi, kalau macam tu, Nabi sendiri tak tahu dimana dia sendiri akan
berada, Syurga atau Neraka. Kalau banyak orang berdoa, maka barulah dia
dapat masuk Syurga. Inilah hujah puak Kristian, yang Nabi Muhammad
sendiri tak tahu tempatnya di akhirat kelak, supaya selamat puak Kristian
kata ikut saja Jesus, anak Tuhan." Kata ku.
"Dalam solat
mereka, mereka kerap selawat pada Nabi, hujah ini diciplak dari ayat 33:56
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya ‘yusallu’ ke atas nabi. Wahai
orang-orang yang beriman ‘sallu’lah kamu kepadanya…". Mengikut
sesetengah ulama’ ia bermaksud ‘selawat' (bahasa Arab). Ada yang kata
‘berdoa' (asal dari bahasa Arab) dan ada pula yang kata ‘rahmat’ (juga
bahasa Arab)." Kata ku lagi.
"Di dalam Quran,
setiap kali perkataan ‘Nabi’ dirujukkan kepada Muhammad, kita akan dapati
Allah mengarahkan perkataan itu semasa Nabi masih hidup saja (tidak pernah
selepas beliau wafat). Ini sangat jelas dan ketara. Oleh yang demikian, soalan
pertama yang perlu dijawab ialah apakah rasionalnya Allah berselawat
ke atas nabi yang hidup dan menyuruh kita buat demikian ke atas nabi yang
sudah mati?" Kata ku lagi.
"Yang kedua di
manakah dalilnya perintah yang menyuruh orang-orang yang beriman buat
demikian di dalam solat dan juga dalam keadaan-keadaan tertentu
seperti bila memakan ubat, berjabat tangan, bercampur dengan isteri dan
lain-lain lagi?” Brahim bertanya lagi.
"Ketiga,
bagaimanakah pula cara yang betul atau terbaik untuk kita selawat ke atas Nabi,
kerana dalam kitab karangan ulamak ada berpuluh macam versi?" Kata ku
lagi.
"Yang terakhir,
kalaulah benar hadis dikatakan menjelaskan ayat-ayat Quran maka tunjuklah hadis
yang menjelaskan cara selawat dilakukan?" Brahim melontar cabaran.
Walau bagaimanapun
selawat yang dibaca ialah "Allahumma salliala saidina Muhammad" yang
bermaksud "(Wahai) Tuhan kami, selawatlah ke atas saidina Muhammad."
Brahim berkhotbah panjang. "Rasanya macam kurang ajar punya umat. Allah
suruh mereka ‘sallu’ ke atas nabi tapi mereka suruh Dia juga selawat ke
atasnya. Sekali lagi, adakah Nabi sendiri berselawat ke atas dirinya sendiri
didalam solat baginda?" Tanya si Brahim.
"Memang mereka
tidak sedar bahawa di dalam solat mereka hanyalah membebel; bercakap-cakap
dengan Tuhan, dengan Nabi dan mereka bercakap dengan diri mereka sendiri. Maka
apakah begini solat yang dilakukan oleh Rasulullah?" Tanya Brahim
lagi.
"Kamu yang gila
atau kami yang gila." Mulut Pak Rashid terkumat-kamit.
"Gila bukan
persoalnya Pak Rashid, soalnya ialah Allah kata jangan kamu solat
kalau tak tahu apa yang kamu ucapkan - macam orang mabuk, cuba Pak Rashid
sendiri jadi hakim adakah sesuai semua ayat Quran di baca masa
solat?" Tanya ku pada Pak Rashid.
"Kalau kamu tak
baca ayat Quran, kamu nak baca apa Brahim, Kitab Hindu?" Tanya Pak
Rashid.
"Berani Pak
Rashid baca ayat-ayat begini dalam solat, seperti ayat ini?" Kata
ku. “15:49/50. Beritahu hamba-hamba-Ku bahawa Akulah Yang Pengampun, Yang
Pengasih. Dan bahawa azab-Ku adalah azab yang pedih. 20:14. "Sesungguhnya Akulah Allah; tidak
ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat untuk
mengingati Aku. 21:92 Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku
Pemelihara kamu; maka sembahlah Aku." 23:52. Sesungguhnya umat
kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka takutilah
Aku." 29:56. Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, sesungguhnya bumi-Ku
luas; maka Aku hendaklah kamu sembah! 38:78. Ke atas kamu laknat-Ku
hingga Hari Agama (Pengadilan)."
"Cukup dengan
enam ayat diatas, tepuk dada tanya selera, siapa yang sembah siapa. Nampak gaya
Tuhan kena sembah Pak Rashid. Begitulah terjadi setiap kali Ramadan
menjelang, akan terbacalah ayat ini kerana imam akan khatam satu Quran dan
makmum pula hanya tahu meng"amin"kan" sahaja, angguk setuju
macam itik nila pulang petang." Kata ku selamba.
"Lagi satu Pak
Rashid, tak payahlah ceritakan kisah Abu Lahab kepada Tuhan, tak payah
ceritakan kisah orang-orang Quraisy kepada Tuhan, tak payah ceritakan
kisah Tentera Bergajah kepada Tuhan, tak payah ceritakan tentang hari
kiamat kepada Tuhan." Kata ku.
"Apa salahnya
kalau kita baca surah yang memuji kebesaran Allah?" Kata ku
lagi. "Pula tu, seronok sangat menjemput imam import, dari Yala dan
negara Arab, upahnya mahal, mungkin kerana suaranya sedap, tapi dia sendiri tak
tahu apa yang dibacanya.” Kata ku.
Aku menghirup saki
baki kopi yang sejuk. Semua mata tertumpu pada ku. "Habis kamu tak azan,
qomat, macam kat Masjid?" Tanya sang Ustaz lagi.
"Maaf cakap,
macam burung-burung tekukur dalam pertandingan. Masjid telah dijadikan medan
rasmi untuk menyeru sekutu-sekutu Allah. Masjid telah dijadikan tempat untuk
menghentam dan mengkafirkan orang lain. Cuba tengok ayat ini pula, 9:107.
"Dan orang-orang yang ambil masjid dalam pertentangan, dan
ketidakpercayaan, dan memecahkan orang-orang mukmin, dan tempat
memerangkap orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya
sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak hendak sesuatu melainkan
kebaikan"; dan Allah saksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta."
Kata ku.
"Ayat diatas
"memecahkan orang-orang mukmin", samalah macam masjid kita,
orang yang bukan dari team politik Lebai, akan dihentam habis-habisan dan
fatwa demi fatwa akan dikeluarkan dari atas mimbar masjid. Seolah-olah ia
adalah arahan agama, sebagai contoh kenduri si Salim, habis ayam dan nasi
minyak terpaksa dibuang kedalam sungai kerana fatwa mengkafirkan Salim
atas alasan yang dia bersongkol dengan puak kerajaan, lepas tu tok imam pula
berkata "Ini kerana mengikut mutiara hadis, orang Islam dikira murtad bila
bersekongkol dengan puak kafir."
"Cuba tengok ayat
tersebut lagi "Kami tidak hendak sesuatu melainkan kebaikan", sama
tak macam Tok Imam kita tu, nak nasihat konon atas dasar kebaikan, tetapi apa
pula yang Allah berfirman? Mereka adalah pendusta-pendusta!" Aku terpaksa
bertegas.
"Patutlah tak
nampak muka kamu kat masjid, sejak kamu kembali dari Jordan."
Pak Rashid bersuara lagi.
"Betullah tu Pak
Rashid, sambungan ayat itu 9:108. "Janganlah berdiri di dalamnya
selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah
lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat
lelaki-lelaki yang suka bersihkan diri mereka; dan Allah suka orang-orang
yang bersihkan diri mereka".
"Walaupun itu
arahan Tuhan khususnya pada Nabi Muhammad, biarlah saya sujud di mana sahaja,
lihat ayat 9:17. Tidaklah patut bagi orang-orang yang sekutukan untuk
makmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap
diri-diri mereka sendiri, akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan
mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya." Kata
ku lagi.
"Bagi saya bumi
Allah luas, tempat sujud tidak dikhususkan hanya pada masjid, pada ayat 2:115.
Kepunyaan Allah Timur dan Barat; ke mana sahaja kamu palingkan di situlah
wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui." Aku
cuba mengakhiri perbualan.
"Oleh itu, tolong
jangan usir saya bila solat saya tak sama dengan Ustaz dan sekian yang ada
kerana pada ayat 6:52. "Dan jangan usir orang-orang yang seru Pemelihara
mereka pada waktu pagi dan petang, kerana hendakkan wajah-Nya. Tidak ada
sama sekali hitungan mereka kepada kamu, dan tidak ada sama sekali
hitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu patut usir mereka, dan jadi antara orang-orang zalim.". Kata ku
lagi.
Brahim seterusnya
membaca ayat 5:58 "Dan jika kamu panggil kepada solat, mereka ambilnya
dalam ejekan, dan sebagai satu permainan; itu ialah kerana mereka adalah kaum
yang tidak faham".
"Nanti dulu,
habis apa aku nak buat sekarang?" Wak yang sekian lama diam
mula bersuara.
"Baca dulu Quran,
perintah solat, puasa dan sebagainya bermula dengan "Wahai orang-orang
beriman…, jadi dulu orang yang percaya pada Tuhan, baru mula beramal. Cuba
lihat ayat-ayat ini,"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan
Yang Pemurah, kepadanya Kami tentukan syaitan untuk menjadi teman yang
dipercayai, Dan mereka halangi mereka daripada jalan, dan mereka sangka
mereka dapat petunjuk." (43:36-37) "Katakanlah, "Bolehkah kami
beritahu kamu siapakah yang jadi yang paling rugi dalam amalan
mereka?"(18:103)
"Orang-orang yang usahanya jadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka sangka mereka buat perbuatan baik." (18:104.) "Mereka itulah orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan denganNya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak tegakkan bagi mereka sebarang timbangan." (18:105).
"Orang-orang yang usahanya jadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka sangka mereka buat perbuatan baik." (18:104.) "Mereka itulah orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan denganNya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak tegakkan bagi mereka sebarang timbangan." (18:105).
"Allah amat benci
kepada orang-orang bodoh (10:100), akhir sekali, berhentilah daripada bangkitkan
soalan ‘bagaimana hendak solat dengan berpandukan Quran sahaja." Kata ku
sambil menghirup saki baki kopi yang telah lama sejuk.
*MAKA FIKIRKAN... APAKAH KATA-KATA BRAHIM ITU BENAR BELAKA? ANDA FIKIRKAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan