Pagi ini, aku bangun seperti biasa. Tengok sebelah, Muhammad tengah tidur nyenyak terlungkup. Comel dan nampak manja,... heheeh, satu-satunya bestfriend aku yang best! Alhamdulillah... cium kat pipi dia yang macam Shinchan itu, aku bangun dan ke bilik air. Mandi apa semua, solat Subuh. Dan bersiap pi hantar Boie ke stesen komuter. Kemudian hantar Muhammad ke rumah neneknya di s.17. lepas tu aku terus ke tempat kerja... dalam perjalanan tu kami sampai satu traffic light... masa tu aku dan sebuah kereta di depan ada jarak kosong. Tiba-tiba sahaja, tanpa signalsebuah keretra Merc (keretra besar tu...) meluru masuk ke jalan aku dengan pebnuh biadabnya.... (masya Allah!) manusia ni makin kaya dan berkereta besar jenama luar negeri buatan Yahudi laknatullah... semakin BIADAB dan TIDAK SOPAN DI JALAN RAYA!
Aku sempat bandingkan pemandu kereta kecik seperti aku ini... kesian diorang ni... rasa terhina di jalan raya... tidak dihormati langsung... aku maki juga pemandu tu... (BODOH!) kata aku lah dalam hati... hehehe... Syaitan berjaya menghasyut aku! Hahahhah.... MUNTUT! Tetapi itu bukannya persoalan di pagi ini... aku tersentak bila Boie... tanya aku apa itu HEPATITIS!... takkan minah ni tak tau???
So, pagi ini aku google HEPATITIS tu.... so dapat sikit maklumat.... berikut ialah infonya...
Istilah "Hepatitis" dipakai untuk semua jenis keradangan pada hati. Terdapat pelbagai punca Hepatitis samaada dari virus sehingga kepada ubat-ubatan, termasuk ubat tradisional. Virus hepatitis juga ada beberapa jenis:
Hepatitis A
Hepatitis B
Hepatitis C
Hepatitis D
Hepatitis E
Hepatitis F
Hepatitis G
HEPATITIS A
merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis A (HAV) mengakibatkan penyakit berjangkit yang teruk serta keradangan hati. Keadaan klinikal penyakit ini berbeza, iaitu daripada sakit ringan yang berlanjutan selama satu hingga dua minggu kepada sakit teruk yang menyebabkan hilang keupayaan selama beberapa bulan. Sebahagian besarnya langsung tidak menunjukkan kesan, hanya sakit ringan lazimnya di kalangan kanak-kanak.
Hepatitis A jarang menyebabkan kematian dan mempunyai kadar kematian amat rendah. Kematian hanya berlaku kepada pesakit tua yang mendapat penyakit ini dengan mendadak. Virus hepatitis A tersebar melalui saluran najis, mulut serta saluran penghadaman. Kerang, tiram, dan kima (siput besar) boleh menjadi punca utama wabak hepatitis A jika tidak dimasak dengan betul.
Hepatitis A adalah penyakit berjangkit yang paling mudah dijangkiti. Kadar jangkitannya lebih 1,000 kali lebih tinggi daripada taun dan 10 hingga 100 kali lebih tinggi daripada demam kepialu. Kematian akibat hepatitis A dilaporkan lebih dua orang setiap 100 mangsa yang berusia lebih 40 tahun dan meningkat hingga seorang dalam setiap 30 mangsa yang berumur lebih 49 tahun. Kajian yang dijalankan di negara kita menunjukkan bahawa 50 peratus daripada penduduk Malaysia di bawah usia 30 tahun tidak mempunyai pelalian kepada hepatitis A.
HEPATITIS B
merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.
Hepatitis B merujuk kepada keradangan pada hati dan disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV), ahli dalam keluarga virus Hepadna[1] dan merupakan salah satu dari beratus spesies virus yang tidak berkait yang menyebabkan hepatitis disebabkan virus. Ia pada asalnya digelar "hepatitis serum" dan merupakan wabak semasa di sebahagian Asia dan Afrika.[2] Hepatitis B diakui sebagai tempatan di China dan pelbagai kawasan di Asia.[3] Peratusan penduduk dunia masa kini yang dijangkiti virusini adalah 3 hingga 6%, tetapi sehingga satu pertiga telah terdedah kepadanya. Simptom penyakit akut (teruk dan berpanjangan) termasuk keradangan hati, muntah, demam kuning, dan jarang, kematian. Hepatitis B kronik mampu mengakibatkan cirrhosis hati yang mungkin membawa kepada barah hati, penyakit membawa maut yang sukar dirawat melalui khemotherapi masa kini.
Antara tanda-tanda atau keluhan mangsa adalah mual, muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sakit kepala, kelemahan dan tidak suka pada asap rokok.
Kesan selepas satu atau dua minggu menyebabkan:
mangsa kelihatan kekuningan
kencing gelap
najis keputihan
hati membengkak
Virus Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.
Hepatitis ini merebak melalui jangkitan samada secara;
Virus ini dapat masuk ke dalam badan melalui salur darah jika pesakit menerima darah tercemar.
Boleh merebak melalui jangkitan seks kerana ia boleh hadir dalam air mani.
Merebak daripada si ibu kepada anak yang dikandungnya kerana virus ini melalui dinding uri.
Secara pasif1.Jangan tercucuk jarum yang tidak selamat
2.Jangan lakukan seks dengan pembawa virus Hepatitis B
3.Beri ubat kepada anak di dalam kandungan ibu yang mengidap hepatitis B itu dan melahirkan anak secara pembedahan
Secara aktif Pelalian boleh didapati di klinik kerajaan dan swasta pada kadar bayaran yang murah
1.3 kali suntikan, selamat secara umumnya
2.dapatkan booster selepas 5 tahun
HEPATITIS C
Hepatitis C ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus hepatrofik yang dinamakan Hepatitis C virus (HCV). Jangkitan Hepatitis C boleh menyebabkan pembengkakan hati yang lazimnya asimtomatik (tak bersimptom), tetapi hepatitis kronik yang berterusan boleh mengakibatkan sirosis dan barah hati.
HCV boleh tersebar melalui percampuran darah dengan si pesakit.
HEPATITIS D
HEPATITIS E
HEPATITIS F
HEPATITIS G
Hepatitis G berpunca daripada virus RNA dalam keluarga Flaviviridae yang amat menyerupai virus Hepatitis C sehinggakan ia dikenali sebagai virus GB -virus hepatitis C/G virus (GBV-C/HGV).
Bagaimanapun, ia tidak dikaitkan dengan sebarang penyakit hati teruk ('kronik'). Malah, ia kelihatan sebagai virus tidak berbahaya yang terdapat secara meluas di seluruh dunia.
Tidak terdapat kaitan buruk antara pesakit yang mengidap Hepatitis C dan Hepatitis G pada masa yang sama.
DALAM PENGGUNAAN UBATAN HERBA...DIGALAKKAN MENGAMBIL KUNYIT HIDUP DALAM DOS TERTENTU SEBAGAI PENYEMBUH HEPATITIS. infolanjut...
http://www.imunisasidewasa.com/index.php?option=com_content&view=article&id=62:vaksin-hepatitis-b&catid=37:umum&Itemid=56
semoga difahami...
Ahad, 13 November 2011
Khamis, 10 November 2011
FRIENDS???
KENCING???

APA BEZANYA DENGAN INI???

..INGATLAH HANYA BINATANG SEPERTI ANJING YANG KENCING BERDIRI... IDEA MENYEDIAKAN BEKAS UNTUK KENCING BERDIRI INI SEBENARNYA IDEA ANAK-ANAK SYAITAN LAKNATULLAH... INI MENGGALAKAN MANUSIA AGAR DAPAT MEMBERI UBAT KEPADA ANAK-ANAK SYAITAN YANG CEDERA PARAH AKIBAT LONTARAN AZAN... INGAT KISAH BAGAIMANA SEORANG LELAKI DIPERLIHATKAN TENTANG SEEKOR SYAITAN YANG CEDERA PARAH LALU DIDISIRAMI DENGAN SEJENIS AIR (AIR KENCING MANUSIA YANG BERDIRI DI WAKTU KENCING!) LALU IA PULIH DAN BERTENAGA SEMULA, SEOLAH-OLAH TIDAK PERNAH CEDERA... NAH INI SATU PENGAJARAN SEBENARNYA UNTUK KITA KENCING DUDUK DAN MEMBERSIHKAN KEMALUAN DENGAN AIR SESUDAH KENCING.- KALAU KEMALUAN TIDAK DIBERSIHKAN DENGAN AIR... APAKAH SAH SOLAT KITA KEMUDIANNYA??? FIKIRKANLAH!
APAKAH Hukum Kencing Berdiri
Bolehkah kencing berdiri? Dari segi hukum apa yang dijumpai setakat ini tiada yang mengatakannya haram tetapi sebahagian ulama memberi pendapat sebagai makruh manakala ada juga yang mengharuskan perbuatan ini. Jika dilihat dari segi adab sememangnya agak kurang sopan amalan kencing berdiri. Mungkin keratan dibawah ini lebih memahamkan kita:
TIDAK diharamkan seseorang kencing berdiri, terutamanya apabila adanya keperluan. Namun begitu kencing secara duduk itu adalah sunat kerana itulah kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. berdasarkan hadith daripada ‘Aisyah R.A.:
Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini.” Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)
Lajnah Daimah 5/88 (Badan Tetap Fatwa Arab Saudi) apabila ditanya tentang hukum kencing berdiri, mereka menyatakan keharusannya sambil menegaskan sunatnya kencing secara duduk dengan berdalilkan hadith di atas. Seterusnya mereka menyebut:
“Ini disebabkan (kencing secara duduk itu) ianya lebih terlindung dan lebih terpelihara daripada terkena percikan kencingnya. Telah diriwayatkan hadith tentang keringanan kencing secara berdiri dengan syarat selamat daripada terkena percikan kencing pada pakaian dan badan, dan selamat dari terdedah aurat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah R.A. daripada Nabi S.A.W.:
Maksudnya: “Adalah baginda (S.A.W.) mendatangi kebun milik satu kaum, lalu baginda kencing secara berdiri.”
Hadith ini dengan ucapan ‘Aisyah di atas tidak saling menafikan antara keduanya, ini kerana dari dua hadith di atas dapat difahami Nabi S.A.W. kencing berdiri disebabkan tenpat tersebut tidak memungkinkan baginda duduk atau boleh juga difahami hadith daripada Huzaifah itu menjelaskan kepada orang ramai yang kencing berdiri itu bukanlah suatu perbuatan yang haram. Di samping itu hadith Huzaifah juga tidak menafikan yang asal hukum kencing adalah seperti yang dinyatakan oleh ‘Aisyah R.’anha yang Nabi S.A.W. kebiasaannya kencing secara duduk, dan kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W. yang bukan wajib yang menjadikan haram jika kita tidak melakukannya.” dipetik dari soaljawab.wordpress.com
Kencing berdiri dengan situasi sekarang
Kalau kita lihat sekarang kebanyakkan tandas lelaki menyediakan ruang untuk mereka buang air kecil secara berdiri. Secara logiknya memang jika dilepaskan hajat disitu akan ada percikan halus yang bakal mengenai seluar. Adalah lebih baik sekiranya para lelaki muslim memilih untuk membuang air kecil di dalam tandas dimana ada pilihan untuk mereka samada untuk kencing duduk ataupun berdiri tetapi menanggalkan keseluruhan seluar. Tetapi jika memang keadaan sudah di tahap kecemasan dan kemudiannya pula tandas memang ‘full’ maka terpaksalah…
Walaubagaimanapun jika seseorang itu memang benar-benar menjaga kesucian diri mereka tentunya ada bekal kain dibawa bersama kemana-mana jadi untuk mendirikan solat tidaklah mereka gunakan seluar yang telah terkena najis.
Kaitan lelaki kencing berdiri tidak layak menjadi suami
Emm.. aku baru sahaja membaca novel islamik sebenarnya dan di dalam novel itu ada membangkitkan isu ini sebagai contoh lelaki-lelaki yang gagal dalam bab thoharah ketika membicarakan tentang ‘lelaki yang bagaimana sesuai untuk dinikahi’. Jika dalam hal remeh mengenai diri mereka sendiri seperti ini pun mereka tidak mampu menjaganya bagaimana untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar sebagai ketua keluarga.
Di dalam Novel itu juga ada pernyataan bahawa sukar untuk mencari lelaki yang soleh pada zaman ini. Betulkah wahai lelaki? Walaupun itu sekadar novel tetapi rasanya isu yang diperbangkitkan adalah dari realiti yang berlaku. Dinyatakan juga 7 ciri suami yang terbaik..
1) Alim ( Berilmu agama )
2) Husnul Akhlak ( berakhlak Baik )
3) Qanaah (Redha dengan apa yang ada )
4) Syakir ( Suka berterima kasih )
5) Ghafir ( Pemaaf )
6) Rahim ( Penyayang )
7) Sobir ( Penyabar )
( Dipetik dari Novel : Mengintai Cinta Khalifah )
Selasa, 8 November 2011
MOVIES MINGGU INI???

A drama centered on the efforts of John and Aileen Crowley to find a researcher who might have a cure for their two children's rare genetic disorder. - HERO : BRENDAN FRASER AND HARISSON FORD...
-menonton cerita ini buat aku ...teringat adik aku.... yang kini aku masih beruasaha untuk menentang keganasan penyakit ini... Insyallah...semuanya akan berakhir dengan baik... anda patut menonton movie ini...
Isnin, 7 November 2011
MADINAH???

Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah (Arab: المدينة المنورة) ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".
Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.
Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.
Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkah sama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil. Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air. Hal ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari kawasan setempat. Pada tahun 455 SM, suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.
Jika menurut sumber-sumber serta bahan-bahan rujukan sejarah, Yathrib sebelum hijrah hanyalah sebuah kumpulan komuniti masyarakat yang kecil khususnya selepas kedatangan masyarakat Yahudi.
Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraish Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.
Masjid an-Nabawi di Madinah, tempat kedua paling suci dalam IslamMenurut sumber-sumber Islam yang autentik seperti hadith, Madinah mempunyai dua buah puak yang berbeza (Aus dan Khazraj) di samping tiga buah suku Yahudi (Banu Qainuka'a, Banu Nadhir dan Banu Qurayza). Suku Aus dan Khazraj menguasai kota Yathrib tetapi sering berbalah antara satu sama lain dan asyik berperang sesama mereka. Mengikut ahli sejarah Islam, kedua-dua puak ini mengetahui akan kewujudan seorang rasul di Makkah yang mana pengikutnya sering diseksa oleh kaum Quraish Makkah. Mereka berbuat keputusan untuk berjumpa dengan rasul ini untuk mengatasi konflik di antara mereka.
Imej satelit kota Madinah.Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah. Selepas tiba di Madinah Nabi Muhammad s.a.w. merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.
[sunting] Perang Makkah-Madinah
Pemandangan matahari terbenam di Madinah.Selepas masyarakat Islam bertapak kuat di Madinah, kaum Quraish Makkah mula berasa terancam dengan kuasa baru ini. Pada tahun 627 masihi, tentera Makkah di bawah pimpinan Abu Sufyan menyerang Madinah. Abu Sufyan dikatakan meminta pertolongan Banu Qurayza salah sebuah suku Yahudi untuk menolong mereka menewaskan orang Muslim. Menurut Sahih Bukhari, pertolongan Banu Qurayza terhadap Abu Sufyan telah melanggar perjanjian yang terdapat di dalam Piagam Madinah. Oleh kerana itu semua orang lelaki kaum itu dihukum bunuh setelah pengadilan dijalankan oleh Saad ibni Muadh.
Pada tahun kesepuluh Hijrah, Madinah menjadi sebuah tempat di mana umat Islam diserang atau menyerang musuh. Sehinggalah baginda berjaya membuka kota Makkah tanpa menumpahkan walaupun setitik darah. Walaupun selepas tertubuhnya Khulafa al-Rasyidin, Madinah terus menjadi ibu kota kerajaan Islam.
[sunting] Madinah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Kedudukan Madinah, Makkah, dan bandar-bandar lain di Arab Saudi.Di bawah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, empayar Islam berkembang dengan pantas sehinggakan tentera Islam berjaya menakluk kota-kota yang penting seperti Damsyik, Baitulmuqaddis, Iskandariah, dan Baghdad. Selepas kematian khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyyah yang pada ketika itu merupakan gabenor Damsyik mengubah pusat pemerintahan kerajaan Islam ke Damsyik. Beliau kemudiannya menubuhkan dan mengasaskan Kerajaan Ummaiyyah. Kota Madinah kemudiannya hanya menjadi pusat keagamaan sahaja daripada menjadi pusat politik.
Pada tahun 1924, Madinah yang sudah lama berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah jatuh ke tangan Ibnu Saud yang kemudiannya menjadi Raja Arab Saudi.
SEMOGA KITA DAPAT MELAWATINYA...INSYALLAH...
Langgan:
Catatan (Atom)




