Khamis, 10 November 2011
KENCING???
APA BEZANYA DENGAN INI???
..INGATLAH HANYA BINATANG SEPERTI ANJING YANG KENCING BERDIRI... IDEA MENYEDIAKAN BEKAS UNTUK KENCING BERDIRI INI SEBENARNYA IDEA ANAK-ANAK SYAITAN LAKNATULLAH... INI MENGGALAKAN MANUSIA AGAR DAPAT MEMBERI UBAT KEPADA ANAK-ANAK SYAITAN YANG CEDERA PARAH AKIBAT LONTARAN AZAN... INGAT KISAH BAGAIMANA SEORANG LELAKI DIPERLIHATKAN TENTANG SEEKOR SYAITAN YANG CEDERA PARAH LALU DIDISIRAMI DENGAN SEJENIS AIR (AIR KENCING MANUSIA YANG BERDIRI DI WAKTU KENCING!) LALU IA PULIH DAN BERTENAGA SEMULA, SEOLAH-OLAH TIDAK PERNAH CEDERA... NAH INI SATU PENGAJARAN SEBENARNYA UNTUK KITA KENCING DUDUK DAN MEMBERSIHKAN KEMALUAN DENGAN AIR SESUDAH KENCING.- KALAU KEMALUAN TIDAK DIBERSIHKAN DENGAN AIR... APAKAH SAH SOLAT KITA KEMUDIANNYA??? FIKIRKANLAH!
APAKAH Hukum Kencing Berdiri
Bolehkah kencing berdiri? Dari segi hukum apa yang dijumpai setakat ini tiada yang mengatakannya haram tetapi sebahagian ulama memberi pendapat sebagai makruh manakala ada juga yang mengharuskan perbuatan ini. Jika dilihat dari segi adab sememangnya agak kurang sopan amalan kencing berdiri. Mungkin keratan dibawah ini lebih memahamkan kita:
TIDAK diharamkan seseorang kencing berdiri, terutamanya apabila adanya keperluan. Namun begitu kencing secara duduk itu adalah sunat kerana itulah kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. berdasarkan hadith daripada ‘Aisyah R.A.:
Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini.” Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)
Lajnah Daimah 5/88 (Badan Tetap Fatwa Arab Saudi) apabila ditanya tentang hukum kencing berdiri, mereka menyatakan keharusannya sambil menegaskan sunatnya kencing secara duduk dengan berdalilkan hadith di atas. Seterusnya mereka menyebut:
“Ini disebabkan (kencing secara duduk itu) ianya lebih terlindung dan lebih terpelihara daripada terkena percikan kencingnya. Telah diriwayatkan hadith tentang keringanan kencing secara berdiri dengan syarat selamat daripada terkena percikan kencing pada pakaian dan badan, dan selamat dari terdedah aurat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah R.A. daripada Nabi S.A.W.:
Maksudnya: “Adalah baginda (S.A.W.) mendatangi kebun milik satu kaum, lalu baginda kencing secara berdiri.”
Hadith ini dengan ucapan ‘Aisyah di atas tidak saling menafikan antara keduanya, ini kerana dari dua hadith di atas dapat difahami Nabi S.A.W. kencing berdiri disebabkan tenpat tersebut tidak memungkinkan baginda duduk atau boleh juga difahami hadith daripada Huzaifah itu menjelaskan kepada orang ramai yang kencing berdiri itu bukanlah suatu perbuatan yang haram. Di samping itu hadith Huzaifah juga tidak menafikan yang asal hukum kencing adalah seperti yang dinyatakan oleh ‘Aisyah R.’anha yang Nabi S.A.W. kebiasaannya kencing secara duduk, dan kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W. yang bukan wajib yang menjadikan haram jika kita tidak melakukannya.” dipetik dari soaljawab.wordpress.com
Kencing berdiri dengan situasi sekarang
Kalau kita lihat sekarang kebanyakkan tandas lelaki menyediakan ruang untuk mereka buang air kecil secara berdiri. Secara logiknya memang jika dilepaskan hajat disitu akan ada percikan halus yang bakal mengenai seluar. Adalah lebih baik sekiranya para lelaki muslim memilih untuk membuang air kecil di dalam tandas dimana ada pilihan untuk mereka samada untuk kencing duduk ataupun berdiri tetapi menanggalkan keseluruhan seluar. Tetapi jika memang keadaan sudah di tahap kecemasan dan kemudiannya pula tandas memang ‘full’ maka terpaksalah…
Walaubagaimanapun jika seseorang itu memang benar-benar menjaga kesucian diri mereka tentunya ada bekal kain dibawa bersama kemana-mana jadi untuk mendirikan solat tidaklah mereka gunakan seluar yang telah terkena najis.
Kaitan lelaki kencing berdiri tidak layak menjadi suami
Emm.. aku baru sahaja membaca novel islamik sebenarnya dan di dalam novel itu ada membangkitkan isu ini sebagai contoh lelaki-lelaki yang gagal dalam bab thoharah ketika membicarakan tentang ‘lelaki yang bagaimana sesuai untuk dinikahi’. Jika dalam hal remeh mengenai diri mereka sendiri seperti ini pun mereka tidak mampu menjaganya bagaimana untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar sebagai ketua keluarga.
Di dalam Novel itu juga ada pernyataan bahawa sukar untuk mencari lelaki yang soleh pada zaman ini. Betulkah wahai lelaki? Walaupun itu sekadar novel tetapi rasanya isu yang diperbangkitkan adalah dari realiti yang berlaku. Dinyatakan juga 7 ciri suami yang terbaik..
1) Alim ( Berilmu agama )
2) Husnul Akhlak ( berakhlak Baik )
3) Qanaah (Redha dengan apa yang ada )
4) Syakir ( Suka berterima kasih )
5) Ghafir ( Pemaaf )
6) Rahim ( Penyayang )
7) Sobir ( Penyabar )
( Dipetik dari Novel : Mengintai Cinta Khalifah )
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan