The Alien - Link Select

Rabu, 21 September 2011

TIPS MENDIDIK ANAK ANDA???


Setiap pasangan dan ibubapa mempunyai harapan yang tinggi dalam mendidik zuriatnya agar anak-anak akan menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat.
Kadang-kadang dalam usaha mendidik dan memberi ilmu pada anak-anak ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang.
Untuk itu marilah kita renung-renungkan tips ini demi kebaikan bersama....

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Teknik mengajar anak MENGHORMATI dan mengeratkan hubungan ibu bapanya

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yg patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg terang2 ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.

2. Bapa DILARANG menengking/mengherdik/bertengkar dengan ibu di hadapan anak2. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.- HUKUM KARMA

3. Sentiasa masak utk anak dan ajak anak sama2 masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak- ikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

Disamping itu jangan lupa sentiasalah berdoa demi kesejahteraan dan kebahagiaan anak-anak..

GTA KUALA LUMPUR???



SIAPA TAK NAK??? AKU... NAK OOOO!

Selasa, 20 September 2011

SULUKEN???


... PERTEMUAN DUA BANGSA ...

APA ITU SULUKEN?

Suluken lahir dari dua suku kata, bangsa ‘Suluk’ dan ‘en’- Suluk bermakna, bersendirian berkhalwat dalam bahasa Arab, ianya biasa dilakukan sebagai ritual para sufi yang bertapa dan beribadah kepada Allah SWT. Manakala ‘en’ bermaksud satu tambahan kepada suku kata SULUK yang membawa makna percampuran kepada dunia luar. Suku kata ‘enter’ bermakna masuk atau bertambah atau ditambah. Hanya diambil dua huruf depannya iaitu ‘en’.

Walaupun bersendirian pada masa yang sama ia peka dengan dunia luar dan berhubung dengan dunia luar tersebut seiring dengan hidup manusia. Ini juga bermaksud, bangsa Suluk yang asli, yang tiada campuran apa-apa dari mana-mana bangsa. Bila bangsa ini bercampur atau berkahwin dengan orang bukan bangsa Suluk, maka ia menjadi satu bangsa campuran yang dinamakan SULUKEN! Dengan kata EN sebagai tambahannya.
Maka lahirlah sebuah bangsa baru, iaitu.... SULUKEN
Inilah hakikat sebenar bangsa Suluken.

Sama seperti apabila Iskandar Zulqarnaen menjadi pelopor antara dua tamadun yang kemudiannya dikenali sebagai tamadun Helenistik. Percampuran timur dan barat.
MAKA APABILA DUA BANGSA BERTEMU, SEDANGKAN LELAKI YANG MENJADI SANG SUAMI KEPADA ISTERI YANG BUKAN SULUK ITU ADALAH BANGSA SULUK. MAKA IA DIGELAR SEBAGAI SULUKEN! Sekiranya perempuan itu adalah bangsa Suluk dan isterinya bukan. Maka ia tidak digelar Suluken! Ia digelar dengan perkataan lain. Contohnya, kalau perempuan Suluk berkahwin dengan lelaki Bajau... maka anaknya akan digelar bangsa Basuluk atau Bajau-Suluk. Kalau Cina dipanggil, Cinsuluk atau CIN-SULUK. Begitulah nama-nama bangsa yang lain juga. Hanya Lelaki yang Suluk sahaja yang akan meneruskan keturunan. Bukannya perempuan. Hak hartanya sama rata mengikut undang-undang Islam.
Dan sekiranya lelaki Suluken ini berkahwin dengan bangsa lain. Anaknya tetap digelar SULUKEN! Kerana ia lelaki, sekiranya anak perempuan. Maka ia bukanlah SULUKEN walaupun ayahnya adalah Suluk dan ibunya bangsa lain. Hanya LELAKI sahaja yang layak digelar SULUKEN dan hanya keturunannya lelaki sahaja.

Huruf SULUKEN DITULIS DALAM FONT HANZEL EXTENDED DAN WARNANYA BIRU LAUT (CAMPURAN ANTARA HIJAU DAN BIRU) MANAKALA SHAPE OUTLINENYA ADALAH KELABU LIGHTS. INI HURUF RASMINYA SELAMA-LAMANYA.
ALHAMDULILLAH, anakku MUHAMMAD ZULQARNAEN adalah GENERASI berbangsa SULUKEN yang PERTAMA lahir setelah nama bangsa ini diwujudkan dengan ‘BISMILLAH’.
*MANA-MANA ANAK SULUKEN YANG LAHIR SELEPAS TAHUN 2011... HENDAKLAH MENDAFTAR KEPADA SAYA SEGERA UNTUK DISERAPKAN DALAM PERSATUAN SULUKEN. HUBUNGI SAYA UTNUK PENDAFTARAN. GREENDREAM_001@YAHOO.COM- MAGSUKUL... ALHAMDULILLAH.

Ahad, 18 September 2011

MD???


MOHD. Badli, Mohd. Sayydan (tengah) dan Mohd. Hashim (belakang) ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Bukit Kemuntung, Alor Keladi, Jertih, baru-baru ini.
( http://mohdmuzani.blogspot.com/2010/06/bersyukurlah.html )

merenung gambar itu, mebuat aku teringat adik kandung aku... dia juga menghidap penyakit yang sama... tetapi Alhamdulillah... Hayatnya masih panjang... dia kini berumur 28 tahun... ada doktor bagitau... biasanya MD ini tidakan membenarkan penghidapnya hidup sampai lebih dari 20 tahun... hanya 10% sahaja yang mampu hidup lebih lama dari 20 tahun... alhamdulillah, ianya satu kurniaan Allah untuk kami menjaga amanah ini... dan yang paling penting dia tidaklah seperti dalam gambar di atas, ketiga-tiga adik beradik itu sudah berada di tahap yang lebih serius. merenung gambar ini juga membuat aku terus bersemangat untuk mencari ramuan herba untuk mengubati MD ini... Insyallah... setakat ini masih dalam teori dan sedikit ujian peribadi dilakukan... ternyata, buat masa ini, aku cuma menggunakan Kapsul Vitamin- Proviton dan Oblical- sejenis Vitamin untuk tulang(dimakan sebiji pagi dan Oblical sebiji di waktu malam) .... Alhamdulillah dalam seminggu ada peningkataan ketara. namun, aku tidak boleh terlalu bergantung kepada dua supplements tersebut. Herba aku terus cari dan kini aku menemuinya, Insyallah, aku perlukan masa untuk menentukan cara dan Dos betulnya... semoga ia dapat dimanfaatkan oleh semua penghidap MD di masa kelak. Aku yakin dengan dos yang betul dan ubat yang betul Allah pasti akan beri kesembuhan... Hari ini aku bekerja seperti biasa. Hari isnin yag aku tunggu2 setelah dua hari(sabtu dan Ahad) cuti dan satu hari cuti umum SATU Malaysia!... tengahari makan telur goreng resepi Suluken! dan malam ni makan apa? wallahualam... rezeki di tangan Allah SWT...

Isnin, 12 September 2011

ANTARA ALZA DAN EXORA???





ANTARA dua kereta jenis ini... mana yang sesuai untuk keluarga yang besar agaknya??? aku tak nak buatan luar... aku nak buatan Malaysia. orang rumah aku pebih suka Alza... aku suka juga Alza ni... tetapi Exora macam best juga... heheheh... setelah dua minggu cuti... sebab mak ngan adik2 serta makcik dan sepupu datang ziarah ke Shah Alam dari KK dengan menaiki Firefly. aku baru terfikri nak beli kereta besar macam Alza atau Exora... ye la... apatahnya, dengan hanya menaiki Kereta Kancil biasa seramai 4 orang di belakang dan dua didepan termasuk aku... Kancil kompom semput dan pasti akan hancussss kalau hari2 naik... mujurlah juga hanya dua kali berjalan jauh sikit.. kalau tak.. mau tercabut tayar kancil tu... heheheh... Insyallah, ada rezeki nanti aku ingat nak tibai satu Alza white metallic- Auto atau manual...

Mak ngan adik2 yang dirindui... best betul diaorang datang tahun ini... dapat tengok cucu pertamanya dan anak aku pula dapat tengok nenek dari jauhnya... hehehe... seronok sangat... I love You Mummy... heheheh.. hari pertama diaorang sampai di KLIA, aku ngan bini aku lambat datang amik diorang, diorang sampai 1 jam lebih awal dari jangkaan... so, diorang memang penat gile... terutama adik aku yang OKU tu, siannya dia... terpaksa duduk mencangkung kat tepi jalan tu sebab Airport dah amik balik kerusi roda tu, jadi duduk la dia kat tepi jalan tu tunggu aku datang... Insyallah, nanti aku nak beli satu kerusi roda yang sendiri punya... untuk memudahkan dia duduk dan jalan kemana-mana... anyway, pengalaman tahun ini memang best. raya 2011 banyak memori indah... insyalah tahun depan, raya pertama kali buat Muhammad di KK.... Insyallah...

Rabu, 24 Ogos 2011

MATA KETIGA???


demikian ini aku menurunkan kepada sesiapa sahaja yang mahu meningkatkan iman kepada Allah SWT. Amalan ini adalah untuk membuka mata ketiga agar dapat melihat alam ghaib dengan izin Allah...
yang mahukan ilmu ini... hendaklah berpuasa mutih hari Khamis. Malam Jumaatnya mewiridkan wirid di bawah ini 1000 kali setiap ayat selepas solat Wuduk, Taubat dan Tahajjud serta Hajat (2 rakaat sahaja setiap solat sunat). sesudah itu boleh diamalkan 100 kali selepas solat fardhu.

DOA PEMBANGKIT DERIA KEENAM (MATA KETIGA)

Astaghfirullah al Azim 100x
Allahumma Shalli Ala Muhammad 100x
La hau la wala quwwata illa billah 100x
Ya Allah Ya Qadim 100x

Baca wirid kat atas ni setiap kali solat fardhu. Untuk mengetahui korang da bukak ke belum mata ketiga korang yang syok tido tu adalah korang akan mengalami gejala sejuk-sejuk merenyam dan mata korang akan menangkap cahaya bling-bling cam kat televisyen tu. Itu adalah fenomena mata ketiga sedang dibuka. ini semua dengan izin Allah SWT... ikhlas dan berusaha..insyallah Allah izinkan...

PADERI GAY KAHWIN DI MALAYSIA???



Perkahwinan paderi gay dikecam

Oleh OOI CHOON JOO
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Beberapa pemimpin agama hari ini mengecam keputusan paderi gay warga Malaysia yang tetap mahu berkahwin dengan teman lelakinya dan melangsungkan majlis resepsi mengikut budaya Cina di negara ini.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, pihak berkuasa perlu menghalang majlis perkahwinan itu daripada diadakan di negara ini dengan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Kita jangan biarkan perkara ini berlaku kerana perkahwinan itu nyata bertentangan dengan tabii manusia dan ajaran agama.

“Sekiranya majlis perkahwinan itu diadakan di negara ini maka ia seolah-olah menunjukkan bahawa masyarakat kita menerima perkahwinan sejenis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pendirian paderi gay, Ou Yang Wen Feng, 41, yang berkeras untuk meneruskan perkahwinannya dengan seorang lelaki Afrika-Amerika di New York, Amerika Syarikat pada 31 Ogos ini.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Hindu Sangam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Chandiran Periasamy berkata, sekatan perlu dilakukan oleh pihak berkuasa supaya majlis perkahwinan itu tidak diadakan.

“Perkahwinan ini memang bukan budaya kita dan perlu dihalang oleh kerajaan kerana kita bukan negara Barat.

“Lagipun, perkahwinan sebegini tidak pernah berlaku di negara ini dan ia bakal mencipta sejarah baru sekiranya diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Ikatan Muslim Malaysia, Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya memang tidak bersetuju dan menolak sekeras-kerasnya rancangan paderi itu untuk mengadakan majlis perkahwinan di negara ini.

“Kalau kita benarkan majlis itu diadakan maka ia menunjukkan bahawa masyarakat kita telah mengiktiraf perkahwinan tersebut.

“Kita memang menolak majlis perkahwinan itu yang jelas telah melanggar prinsip agama dan kemanusiaan,” ujarnya.

SK : SEBELUM ALLAH TURUNKAN BALA PADA NEGARA INI, BAIK HALANG WALAU DENGAN APA CARA SEKALIPUN! INILAH CONTOH PADERI PEROSAK NEGARA MALAYSIA! KALAU IKUTKAN UNDANG-UNDANG ISLAM, ORANG YANG BERKAHWIN SEJENIS TARAFNYA LEBIH HINA DARI SETOMPOK NAJIS BABI!!! ORANG INI WAJIB DIBUNUH AGAR TIDAK MENYEBABKAN PENYAKIT ZAHIR DAN BATIN KE ATAS SELURUH MANUSIA DI MALAYSIA!!!