The Alien - Link Select

Ahad, 28 November 2010

KERANG DAN KHASIAT ISTIMEWANYA BUAT ORANG TUA


Kerang adalah hewan air yang termasuk hewan bertubuh lunak (moluska). mPengertian kerang bersifat umum dan tidak memiliki arti secara biologi namun penggunaannya luas dan dipakai dalam kegiatan ekonomi.

Dalam pengertian paling luas, kerang berarti semua moluska dengan sepasang cangkang (lihat Bivalvia). Dengan pengertian ini, lebih tepat orang menyebutnya kerang-kerangan dan sepadan dengan arti clam yang dipakai di Amerika. Contoh pemakaian seperti ini dapat dilihat pada istilah "kerajinan dari kerang".
Kata kerang dapat pula berarti semua kerang-kerangan yang hidupnya menempel pada suatu obyek. Ke dalamnya termasuk jenis-jenis yang dapat dimakan, seperti kerang darah dan kerang hijau (kupang awung), namun tidak termasuk jenis-jenis yang dapat dimakan tetapi menggeletak di pasir atau dasar perairan, seperti lokan dan remis.
Kerang juga dipakai untuk menyebut berbagai kerang-kerangan yang bercangkang tebal, berkapur, dengan pola radial pada cangkang yang tegas. Dalam pengertian ini, kerang hijau tidak termasuk di dalamnya dan lebih tepat disebut kupang. Pengertian yang paling mendekati dalam bahasa Inggris adalah cockle.
Dalam pengertian yang paling sempit, yang dimaksud sebagai kerang adalah kerang darah (Anadara granosa), sejenis kerang budidaya yang umum dijumpai di wilayah Indo-Pasifik dan banyak dijual di warung atau rumah makan yang menjual hasil laut.
Semua kerang-kerangan memiliki sepasang cangkang (disebut juga cangkok atau katup) yang biasanya simetri cermin yang terhubung dengan suatu ligamen (jaringan ikat). Pada kebanyakan kerang terdapat dua otot adduktor yang mengatur buka-tutupnya cangkang.
Kerang tidak memiliki kepala (juga otak) dan hanya simping yang memiliki mata. Organ yang dimiliki adalah ginjal, jantung, mulut, dan anus. Kerang dapat bergerak dengan "kaki" berupa semacam organ pipih yang dikeluarkan dari cangkang sewaktu-waktu atau dengan membuka-tutup cangkang secara mengejut.
Sistem sirkulasinya terbuka, berarti tidak memiliki pembuluh darah. Pasukan oksigen berasal dari darah yang sangat cair yang kaya nutrisi dan oksigen yang menyelubungi organ-organnya.
Makanan kerang adalah plankton, dengan cara menyaring. Kerang sendiri merupakan mangsa bagi cumi-cumi dan hiu. Semua kerang adalah jantan ketika muda. Beberapa akan menjadi betina seiring dengan kedewasaan. Kerang-kerangan banyak bermanfaat dalam kehidupan manusia sejak masa purba. Dagingnya dimakan sebagai sumber protein. Cangkangnya dimanfaatkan sebagai perhiasan, bahan kerajinan tangan, bekal kubur, serta alat pembayaran pada masa lampau. Mutiara dihasilkan oleh beberapa jenis tiram. Pemanfaatan modern juga menjadikan kerang-kerangan sebagai biofilter terhadap polutan.

PENULIS : Menghadapi penyakit Arthitris- sejenis penyakit berkaitan sendi lutut atau sendi-sendi lain. Memang sakit dan kurang selesa... kemudian aku terjumpa satu artikel mengenai penawar penyakit ini... kata orang ini, hendaklah kamu memakan kerang... ia akan memulihkan sakit sendi lutut... maka dengan segera aku beli kerang kat pasar pagi di padang Jawa tu... murah je.. RM 2, sekilo... then aku beli dan rebus... aku makan cicah sambal kicap...dan alhamdulillah... selepas dua minggu... lutut sudah tak sakit lagi.. senang bergerak... Segala puji bagi Allah, yang menciptakan penyakit sebagai ujian dan penghapus dosa-dosa... dan menciptakan pula penawarnya dari kerang... Subhanallah!

Jumaat, 26 November 2010

PERIA DAN KHASIATNYA!


Peria berkulit menggerutu, rasanya pula pahit tetapi peria sebenarnya sejenis sayuran yang mempunyai sumber vitamin yang baik. Selain rendah kalori dan berfiber tinggi, peria mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese.
Mungkin anda pernah terdengar bahawa peria baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis. Ini ada kebenarannya kerana peria mengandungi konstituen-phyto unik yang disahkan boleh member kesan hypoglysemik yang dipanggil charantin.
Selain itu terdapat juga satu kompaun seperti insulin dikenali sebagai polipeptid P yang diberikan kepada pesakit diabetik sebagai pengganti insulin.
Peria juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan lain, antaranya mengubati penyakit taun di peringkat awal, meningkatkan tenaga dan stamina, baik untuk mata, membersihkan dan memperbaiki hati yang bermasalah akibat minum alcohol, membina system imun, mengatasi masalah buasir dan sebagainya.
Peria memang pahit rasanya apabila dimakan. Walaupun begitu di sebalik rasa pahit tersebut tersimpan khasiat yang mungkin tidak disedari oleh sesetengah daripada kita.

Peria mengandungi pelbagai zat makanan yang diperlukan oleh manusia untuk kesihatan. Setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu-tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.

Peria juga mengandungi 140 gram karatenea beta untuk penglihatan di samping zat besi (6.1 miligram), fosforus (10 miligram),dan kalium (I 16 miligram). Ketiga-tiganya adalah garam galian untuk metabolisme yang mengekalkan fungsi badan. Selain itu buah peria juga mengandungi natrium (17 miligram), serta vitamin B I (0.08 miligram), vitamin B2 (0.07 miligram), dan vitamin C(53 miligram).

Di Filipina contohnya, daun peria yang telah dilumatkan akan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsang sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu ia juga boleh dijadikan ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga. Dalam perubatan China pula, air daripada perahan buah peria digunakan untuk merawat penyakit diabetes kerana ia boleh menurunkan paras gula di dalam darah. Selain itu dengan memakan peria anda juga akan dapat satu penyelesaian terhadap masalah yang berkaitan dengan bahagian dalaman tubuh anda. Peria selain dapat mengubati cirit-birit, ia juga bertindak sebagai anti radang, menurunkan panas dan juga menyegarkan badan. Jika anda mengalami masalah membuang air besar bolehlah meminum air rebusan daun peria. Bukan itu sahaja kegunaan peria. Peria juga boleh menyuburkan rambut bayi, mematangkan bisul serta menghilangkan bekas luka.

Walaupun peria banyak khasiatnya namun begitu bukan semua orang boleh memakan buah peria ini. Bagi mereka yang alah kepada peria atau sebarang tumbuhan dari keluarga tumbuhan Cucurbitaceae anda dinasihatkan agar tidak memakan peria kerana ia boleh menyebabkan alahan seperti ruam, gatal ataupun sesak nafas. Buah peria juga tidak digalakkan untuk dimakan oleh wanita sewaktu mengandung ataupun menyusukan anak. Ini adalah kerana buah peria boleh memberi risiko kepada kecacatan sewaktu melahirkan anak atau keguguran secara tiba-tiba

Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica Charantia adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.Di pasar kita biasanya dapat melihat dua jenis peria. Ada yang panjang dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’ yang mempunyai warna hijau tua.
Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, protein 1.6 peratus, lemak 0.2 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan karbohidrat 4.2 peratus.
Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.
Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit kencing manis ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.
Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah dihancurkan pula digunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.
Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah fungus, peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.
Walaupun peria tidak diminati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak.
Tip mengenai peria:
• Pilih peria yang belum masak dan masih keras
• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.
• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.
• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.
• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.
• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.
• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.
1. Pucuk daun peria boleh dijadikan ulam tetapi bijinya yang manis (boleh dimakan) dipercayai boleh menyebabkan muntah dan sakit perut.
2. Herba menjalar dengan batang lembut menjalar melilit sulur paut mempunyai ketinggian sehingga 5 meter.
3. Mempunyai akar tunjang dan akar sisi berserabut yang menjalar.
4. Daun berwarna hijau berselang seli dengan lebar antara 4 hingga 12 sentimeter
5.Tumbuhan ini mempunyai bunga berwarna kuning dan menghasilkan bunga jantan serta betina yang berasingan.
6.Buahnya menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah, mempunyai bentuk memanjang (17 hingga 23 sm) dengan berat antara 300 hingga 600 gram sebiji.

Penulis : Amalkan sebagai ulam setiap hari- cicah dengan sambal belacan ...memang sedap!

Khamis, 25 November 2010

MEDALION SABAH


Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka.

PENULIS : dah lupa sikit liriknya...hehehehe maklumlah dah lama duk kat KL... hehehe

JENIS-JENIS SALIB!

ISRAEL PRODUCTS? HARAM!!!!


Dana pencen, gereja Barat boikot pelaburan, produk Israel
2010/11/26
BAITULMAQDIS: Kempen Palestin untuk menghukum syarikat yang membantu Israel membina penempatan dan tembok pemisahan di Tebing Barat mula mendapat sokongan pelabur asing dan aktivis.
Dana pencen di Norway dan Sweden sudah mengambil tindakan menarik keluar pelaburan mereka dalam syarikat yang terbabit dalam pembinaan penempatan haram dan tembuh pemisah di wilayah Palestin itu. Aktivis berpangkalan di Eropah pula memberi tekanan kepada syarikat terbabit dengan mendedahkan aktiviti mereka di Tebing Barat dan membuat piket di luar kedai yang menjual produk yang dikeluarkan oleh penempatan haram Yahudi. Kesan ekonomi terhadap perkembangan baru itu masih kecil dan kumpulan Yahudi tidak bertindak balas serta universiti Amerika Syarikat juga masih enggan menurut serta tetapi publisiti negatif terhadap syarikat terbabit lambat laun akan menampakkan impak.
Israel menuduh kempen berkenaan cuba mengharamkan negara Yahudi itu dan bertanya kenapa negara lain yang mempunyai rekod hak asasi yang buruk tidak juga disasarkan.
Palestin pula berharap kempen tarik pelaburan dan boikot produk itu akan dapat mencapai apa yang tidak dapat dicapai melalui rundingan.
Bagaimanapun, kempen itu tidak ditujukan kepada seluruh Israel tetapi hanya terhadap syarikat yang melabur di wilayah yang diduduki negara Yahudi itu.
“Ia bukanlah penarikan keluar pelaburan dari Israel tetapi daripada syarikat yang menyokong pendudukan haram di wilayah Palestin,” kata William Aldrich, ketua pasukan petugas penarikan pelaburan Persidangan Gereja United Methodist New England.
Penarikan pelaburan bertujuan membuat kenyataan moral, kata Aldrich.
Kumpulan itu berkempen agar penganut gereja Methodist menjual saham dalam 29 syarikat asing dan Israel.
Syarikat asing dan Israel yang beroperasi di tanah Palestin yang diduduki di Tebing Barat mendapat manfaat dalam bentuk tapak murah, insentif cukai dan gaji warga Palestin yang rendah. – AP

PENULIS : BAGUS usaha anda! Teruskan! Kita sebagai MANUSIA PRIHATIN juga perlu menyokong KEMUSNAHAN penjenayah manusia ini... boikot semua barang Israel...biar diorang lingkup terusssss!!!

Hari ini hari Jumaat. Tazkirah jam 8.30 pagi akan bermula, aku sempat la mengarang sikit dalam blog ni, pagi ni macam biasalah... bangun awal jam . 5.30 sebenarnya, tapi sebab penat gile, malam tadi pi TAWAJU’- jadi balik umah pun dah jam 12 tghmalam... drive dari Klang ke Shah Alam memangla dekat, tapi sebab keje sepanjang hari dan balik rumah terus ke Surau Klang... memang penat lah juga, tetapi demi Usaha murni ini, aku gagahkan diri sambil memohon kekuatan dari yang Maha Esa.. Alhamdulillah...aku rasa tenang banget lepas tawaju’- malam tadi memang ada dua orang baru. Seorang budak muda (awal 20 –an) dan seorang agaknya dalam umur 30-an agaknya... seorang yang muda tu, just nak mendengar saja dan seorang lagi yang baru tu- mungkin masuk masa hari sabtu lepas. Aku tak sempatlah nak join Bai’ah tu, Sabtu ni kalau aku tak temankan Boie ke opisnya, aku pasti akan tidak ketinggalan untuk melihat cara pengubatan tareqat ni. Dan pastinya malam nanti aku akan menyertai mereka yang dalam proses bai’ah tu (Malangnya pagi sabtu itu aku kena temankan isteri ke opisnya... dan aku suka temani isteriku ini.... hehehee), esoknya akan balik macam biasalah dan hari-hari seterusnya, mereka yang akan datang isnin malam selasa dan Khamis malam jumaat. Dua hari seminggu untuk tawaju’.- Rajin-rajinlah Tawaju’ – pesan Ustaz Fauzi yang aku kagumi itu.
Dialah satu-satunya Wakil Guru di Malaysia. Kalu nak cite saat pertemuan aku dengan Ustaz Fauzi, memang aku nak sangat-sangat- tapi bukan masa ni laa..insyallah, akan datang kelak. Aapa aku nak cite ni ialah, esok aku akan bawa dua orang untuk berubat. Seorang didiognosis sebagai HIV+ dan seorang lagi kawannya yang amat setia pada kawan. Insyallah moga-moga kedua-dua mereka akan menyertai tareqat ini setelah berubat.
LEPAS JE TAZKIRAH, DAPATLAH SARAPAN NASI LEMAK BUNGKUS DAUN PISANG NGAN AIR MINERAL... sambil makan sambil layan blog ni...hehehe...
Anyway, sambung cite pasal Sikaatuuna(kereta Kebal pilipin). Masa tu aku adalah budak yang berani masuk ke dalam kereta kebal diaorang laa, budak-budak lain dan orang kampung, hanya tercegat di luar pagar menonton dan melihat aku yang berani ni...(hehheh bangga la pula time tu...) masa tu dalam kereta kebal tu, hanya si jimmy tu laaa... masa tu belum jadi kawan aku lagi... bila aku minta anjing tu dilepaskan kerana milik salahs eorang sepupu aku, maka si Jimmy ni tadi, melepaskannya segera kerana mungkin melihat aku yang lain dari yang lain... aku masa tu, mana peduli siapasorang2 kat dalam kampung aku tu, budak2 lain takut hantu.. aku mana tau takut, malah aku pernah bermalam di tengah-tengah paya seorang-seorang dan menyaksikan satu makhluk lembaga kepala berapi di tengah paya. Entahlah, hantu ke tak..aku tak peduli pun, aku seram jugala... tapi bukan jenis aku yang takut hantu, aku tetap tengok dari jauh je laa.. sebab time tu air tenagh pasang, kegelapan tengah paya memang membuatkan cahaya dari kepala makhluk tersebut jelas kelihatan. Ia berapi macam Ghostrider tu laa.. bila menonton Ghostrider, aku teringatlah kes aku bermalam di tengah paya kerana merajuk dengan orang tua.... kalau Ujang merajuk ngan mak dia lari ke tengah sawah, aku lak, lari ke tengah paya... hehehehe!
Baiklah, aku nak keje jap... insyallah kalau takde aral... kita sambung petang ni, kalau aku lupa... maaflah ya.... esok mungkin bersambung

Selasa, 23 November 2010

ALAM NASYRAH (MELAPANGKAN)

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? (QS. 94:1)
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, (QS. 94:2)
yang memberatkan punggungmu 1585? (QS. 94:3)
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu 1586. (QS. 94:4)
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (QS. 94:5)
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (QS. 94:6)
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain 1587, (QS. 94:7)
dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap". (QS. 94:8)

AYAT INI DIHAFAL DAN DIFAHAMI KEMUDIAN DIPRAKTIKKAN. HASILNYA AMAT MUJARAB DAN MEMUASKAN... TETAPI KENALAH BERGURU... BARULAH MENJADI... KALAU TIDAK ANDA BERGURU DENGAN SYAITAN..