The Alien - Link Select

Khamis, 25 November 2010

ISRAEL PRODUCTS? HARAM!!!!


Dana pencen, gereja Barat boikot pelaburan, produk Israel
2010/11/26
BAITULMAQDIS: Kempen Palestin untuk menghukum syarikat yang membantu Israel membina penempatan dan tembok pemisahan di Tebing Barat mula mendapat sokongan pelabur asing dan aktivis.
Dana pencen di Norway dan Sweden sudah mengambil tindakan menarik keluar pelaburan mereka dalam syarikat yang terbabit dalam pembinaan penempatan haram dan tembuh pemisah di wilayah Palestin itu. Aktivis berpangkalan di Eropah pula memberi tekanan kepada syarikat terbabit dengan mendedahkan aktiviti mereka di Tebing Barat dan membuat piket di luar kedai yang menjual produk yang dikeluarkan oleh penempatan haram Yahudi. Kesan ekonomi terhadap perkembangan baru itu masih kecil dan kumpulan Yahudi tidak bertindak balas serta universiti Amerika Syarikat juga masih enggan menurut serta tetapi publisiti negatif terhadap syarikat terbabit lambat laun akan menampakkan impak.
Israel menuduh kempen berkenaan cuba mengharamkan negara Yahudi itu dan bertanya kenapa negara lain yang mempunyai rekod hak asasi yang buruk tidak juga disasarkan.
Palestin pula berharap kempen tarik pelaburan dan boikot produk itu akan dapat mencapai apa yang tidak dapat dicapai melalui rundingan.
Bagaimanapun, kempen itu tidak ditujukan kepada seluruh Israel tetapi hanya terhadap syarikat yang melabur di wilayah yang diduduki negara Yahudi itu.
“Ia bukanlah penarikan keluar pelaburan dari Israel tetapi daripada syarikat yang menyokong pendudukan haram di wilayah Palestin,” kata William Aldrich, ketua pasukan petugas penarikan pelaburan Persidangan Gereja United Methodist New England.
Penarikan pelaburan bertujuan membuat kenyataan moral, kata Aldrich.
Kumpulan itu berkempen agar penganut gereja Methodist menjual saham dalam 29 syarikat asing dan Israel.
Syarikat asing dan Israel yang beroperasi di tanah Palestin yang diduduki di Tebing Barat mendapat manfaat dalam bentuk tapak murah, insentif cukai dan gaji warga Palestin yang rendah. – AP

PENULIS : BAGUS usaha anda! Teruskan! Kita sebagai MANUSIA PRIHATIN juga perlu menyokong KEMUSNAHAN penjenayah manusia ini... boikot semua barang Israel...biar diorang lingkup terusssss!!!

Tiada ulasan: