The Alien - Link Select

Selasa, 16 Mac 2010

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DARUL ISLAM SULU!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!


Hari ini merupakan hari Rabu persamaan 17 March 2010... dan hari ini merupakan hari kemerdekaan Darul Islam Sulu. Semoga perisytiharan ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT buat selamanya.

Hari ini juga menjadi petanda berakhirnya peperangan di antara kerajaan Filipina dengan kerajaan Islam di Sulu.

Negara yang aman damai yang bertunjangkan Islam yang suci murni akan terbentuk dan berdiri di persada Bumi ini semula di bawah satu konsep atau gagasan
"SAUDARA SEAGAMA ISLAM SULU"

Insyallah...


Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Isnin, 15 Mac 2010

UNTUK MEREKA YANG MENGAKU ISLAM ITU.
HARAM BAGI MEREKA MEROKOK.
KALAU RASA DAN FIKIR ANDA BUKAN ISLAM... MAKA MEROKOKLAH!

STOP!


RASUAH WAJIB UNTUKNYA NERAKA!


Hari ini ada ceramah kat lib. dianjurkan oleh PTAR dan SPRM... kiranya, kerjasamalah ni utnk membenteras gejala rasuah. Bagi aku lah... kesannya cuma 20% je... ada yang sedar, ada yang buat tak tau je dan paling teruk ada yang tak tau langsung!
Kalau seseorang itu beragama, beriman dan ikhlas... gejala rasuah ini takkan wujud!... mari kita renungkan semula sabda Nabi Muhammad SAW tentang Rasuah!...(Lihat di atas.) tidak akan anda takut dengan hukuman NERAKA?
fikir-fikirkanlah...

Khamis, 11 Mac 2010

IDIOTMAN IN THE WORLD- LARS VILKS!

STOCKHOLM 11 Mac - Kartunis Sweden yang melukis karikatur menyamakan Nabi Muhammad SAW dengan seekor anjing, semalam memberi alasan dia berbuat demikian untuk menunjukkan kebebasan artis menyindir semua agama termasuk Islam.
Lars Vilks yang menjadi sasaran rancangan pembunuhan melibatkan seorang wanita Amerika Syarikat (AS) yang menggelar dirinya 'Jihad Jane', memberitahu The Associated Press yang dia tidak menyesal dengan tindakannya melukis karikatur tersebut yang dianggap sebagai satu penghinaan oleh orang Islam.
"Saya sebenarnya tidak berminat untuk menghina. Tujuan karikatur itu dibuat adalah untuk menunjukkan ia boleh dilakukan. Tidak wujud sebarang perkara yang sangat mulia sehingga tidak boleh diejek," kata Vilks dalam satu temu bual di Stockholm.
Vilks melakar karikatur menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing lebih setahun selepas 12 kartun dalam akhbar Denmark mencetus kemarahan negara-negara Islam pada 2006.
Islam melarang keras gambaran atau lukisan Nabi Muhammad, walaupun untuk tujuan baik, kerana bimbang ia akan membawa kepada penyembahan.
Kartunis itu menyerahkan lukisan tersebut untuk dipamerkan di sebuah pusat kebudayaan Sweden, namun ia ditolak kerana khuatir tindakan itu akan mencetuskan masalah keselamatan.
Isu tersebut tidak diketahui ramai sehinggalah sebuah akhbar tempatan mencetak lukisan tersebut dengan tulisan editorial yang mempertahankan kebebasan meluahkan pendapat.
Ia menyebabkan negara Islam membantah dan membangkitkan debat antara Barat dan dunia Islam mengenai isu sensitiviti agama serta had dalam kebebasan bersuara.
Vilks pula terpaksa dipindahkan ke sebuah lokasi rahsia selepas berhadapan dengan ancaman bunuh, termasuk daripada kumpulan al-Qaeda di Iraq yang meletakkan wang ganjaran sebanyak AS$100,000 (RM332,350) pada September 2007 bagi sesiapa yang dapat membunuhnya.
Pelukis berusia 63 tahun itu berkata, dia telah membina sistem pertahanan sendiri, termasuk bilik kebal 'buatan sendiri' dan patung lengkap dengan dawai kawat yang mampu mengenakan kejutan elektrik tinggi kepada penceroboh. Dia juga memiliki kapak untuk 'menetak' sesiapa yang cuba memasuki rumahnya di selatan Sweden. - AP

p/S : PADAN MUKA! DI SINILAH LETAKNYA KEBODOHAN MANUSIA YANG BERNAMA LARS VILKS(LAKNATULLAH) INI... SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGUNGLAH... KAN BAGUS KALAU DUDUK DIAM-DIAM... TAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN DAN DIRI SENDIRI. SEKARANG SIAPA SUSAH??? ORANG LAIN DAN DIRI SENDIRI JUGA SUSAH BUKAN???
"SESIAPA PUN YANG MENGHINA RASULULLAH MUHAMMAD SAW... MAKA DIA TELAH MENGHINA AKU INI! SESIAPA YANG MENGHINA ITU PASTI AKAN AKU HUKUM DENGAN UNDANG-UNDANG ALLAH!"

SPM & STPM 2009

TAHNIAH BUAT SEMUA PELAJAR YANG TELAH BERJAYA DALAM SPM DAN STPM 2009

SPM: 7,987 cemerlang
Seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
Daripada jumlah itu, seramai 255 calon mendapat gred cemerlang tertinggi A+ iaitu 214 calon dari sekolah Kementerian Pelajaran manakala 41 calon lagi merupakan calon persendirian, swasta dan sekolah tajaan agensi.
Pada keseluruhannya pencapaian calon kali ini amat membanggakan dan melebihi pencapaian tahun sebelumnya.
Pencapaian calon mengikut lokasi bandar dan luar bandar juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Saya agak terkejut dan teruja dengan keputusan demi keputusan SPM di Negara kita ini. Rasa tercabar pula… Nampaknya ia seolah-olah memberi gambaran yang amat jelas pada kita bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah ini semakin bijak dan terbaik. Dan kini kita perlu menilai semula sistem pembelajaran di tahap menengah ini.
Kita patut jadikan tahap menengah ini seperti pengajian di universiti agar pelajar-pelajar kita lebih ke hadapan sebelum memasuki kursus Diploma dan ke atas…. Iniamat penting untk menjamin kekuatan Negara kita dia masa akan datang. Hanya dengan ilmu yang banyak dan tinggi sahaja yang mampu menjamin masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Insyallah