SPM: 7,987 cemerlang
Seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
Daripada jumlah itu, seramai 255 calon mendapat gred cemerlang tertinggi A+ iaitu 214 calon dari sekolah Kementerian Pelajaran manakala 41 calon lagi merupakan calon persendirian, swasta dan sekolah tajaan agensi.
Pada keseluruhannya pencapaian calon kali ini amat membanggakan dan melebihi pencapaian tahun sebelumnya.
Pencapaian calon mengikut lokasi bandar dan luar bandar juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
Kita patut jadikan tahap menengah ini seperti pengajian di universiti agar pelajar-pelajar kita lebih ke hadapan sebelum memasuki kursus Diploma dan ke atas…. Iniamat penting untk menjamin kekuatan Negara kita dia masa akan datang. Hanya dengan ilmu yang banyak dan tinggi sahaja yang mampu menjamin masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Insyallah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan