The Alien - Link Select

Selasa, 9 Februari 2010

SEBUAH CATATAN

SALAM buat semua. hari ni memang takde cite baru. just inform, Hisyam dan Krimna, si makhluk asing dari Uranmus itu sedang bertarung di Greenland, kawasan utara yang tebal saljinya. mungkin pertarungan di sini lebih menarik dari pertarungan mereka di Beijing dan di London. Pastinya selepa sini mereka akan tercampak ke ruang angkasa, melanggar ISS dan kemudian bertarung di permukaan Bulan sehingga menjejaskan orbit bulan sedikit. ok... tutup cite novel aku bukan Hisyam ini...
mari saya bawa anda ke kisah pagi tadi... saya on da way ke tempat kerja. Ketika itu saya naik motor Honda saya tu laaa... tiba-tiba saya dipintas oleh sebuah motor yang yang dinaiki oleh seorang ibu dan anaknya. apa yang mengejutkan ialah anak kecilnya itu diletakkan di bahagian pembonceng... just bayangkan laaa... kalau anak dia jatuh, tentu tak perasaan anak dia dah jatuh digilis kereta di belakangnya..... wwwwoooo ngeri wooooo!
itu je la buat masa ni... lagipun bz buat data bridging ni... banyak buku kena inter data dia masuk ke dalam sistem....

AZAN DAN MANFAATNYA

"Keajaiban AZAN "-Halaqah
Keajaiban Azan.. Masa tengah tgk Al-Kuliyyah, ada iklan pasal Keajaiban Azan..dalam hati.."menarik gak, nak tgk la". Then Ustaz Mohd Fauzi siap pomot lg suh tgk Halaqah-"Keajaiban Azan", Ahad, 7 Feb 2010. Dan aku pon memang interested gak nak tgk..
Ada sikit info yg aku rase best untuk share dengan sesape yang tak berpeluang tgk..tapi boleh bukak website tv9 kalo nak lebih detail..rasenye dorang ade upload program tuh..
Azan disyariatkan untuk solat, kelahiran bayi, bencana alam, kebakaran dll...
Dari Dr Azhar Sarip: Ada 4 tahap gelombang otak (paling tinggi ke paling rendah)
1. Beta - stress, semasa berfikir, bekerja...
2. Alpha - santai, tonton drama (terasa berlakon sekali)...
3. Theta - tidur2 ayam, tenang...
4. Delta - tidur nyenyak tanpa mimpi...
90% manusia duduk di gelombang Beta: nakal, stress, buruk sangka dengan Allah(paling buruk). Azan pulak berada di gelombang Theta. Banyak perkara ajaib berlaku. Dunia akan rosak binasa seandainya tiada gelombang Theta. Azan menstabilkan dunia ni.. dari gelombang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Seboleh mungkin lakukanlah solat seawal waktu (tepat pada waktunya) kerana gelombang rendah masih di situ bagi memudahkan khusyuk di dalam solat kita, Insya Allah. Mungkin terjadi kiamat jika Azan tiada lg di dunia ini..
Azan satu terapi yang baik dan sangat penting. Beri pemahaman kepada anak betapapentingya azan. Sebelum baca buku, anak tu perlu azan. Lihat betapa cantik, betapa kuat menghafal ilmu dan sebagainya.
Satu perkara yang menarik, Azan bukan dilaung tetapi diseru, perkataan paling sesuai digunakan.. Semasa Azan diseru, jika dinikmati dan difahami, kita akan rasa ringan dll...
Satu perkara yang dianjurkan:
Terapi Azan:
Tutup lampu, pejam mata dan hayati Azan..kemudian cuba tidur.. lihat apa akan berlaku..
Malam ni nak try, esok aku bg keputusannya.
Dan jika rumahtangga dalam 'kepanasan', Azan di dalam rumah tersebut, insyaAllah..rumah akan tenang..
Untuk anak yang degil,diAzankan... insyaAllah...
Itu la serba sedikit info.. yang baik dari Allah dan yang buruk dari diri saya sendiri
.. Wassalam.
-ARTIKEL DI ATAS DIPETIK DARI SEORANG BLOGGER-
memang benar Azan itu banyak manfaatnya. benarlah sabda Rasulullah SAW. Dunia ini hanya akan kiamat apabila nama Allah tidak lagi disebut dan dikumandangkan. Jadi hari ini, kita saksikan di Malaysia sahaja ada pihak yang mahu menghapuskan azan di kumandangkan di waktu subuh...
ini tanda-tanda dunia nak kiamat dah... apa pun.. mari kita amalkan bersama-sama.

Jumaat, 5 Februari 2010

ADAMUS?

hari ini meeting. dan aku pada paginya sibuk merepair novel aku bukan Hisyam part 2.... entahlah bila boleh siap... cuma aku agaka dalam 10 muka surat lagi la... complete la semuanya.. dan pada masa yang sama sempurnalah Saga SAM C1G1 dan bermulanya episod kedua untuk saga musim seterusnya.... hehehe... lepas ni aku get ready untk Pahlawan Adamus part 2... SAGA ADAMUS..... yang akan memakan 5 novel yang setebal 300 muka surat sahaja selepas ini... ia akan mengungkap sejarah alam Fiara dan beberapa pertarungan dahsyat di antara ahli sihir jahat dan baik. kemunculan watak Padawa Naldo dan rahsia hidupnya... begitu juga kemunculan Pakatan Tiga segi Syaitan yang emnjadi dalang utama kisahnya sejak dari mula... tunggu dan lihat... hehhehe...

Khamis, 28 Januari 2010

ADAMUS -THE ULTIMATE WARRIOR!

Malam semakin sepi, dan malam ini juga jari-jemariku tidak bergerak lancar seperti malam-malam yang sudah. Tetapi aku tahu, di luar sana, di dalam bilik mereka(anak-anak Fantasi) masing-masing sedang menggarap bait-bait yang memukau indera untuk mereka-mereka yang hauskan pengembaraan di alam fantasi. Dan aku di sini, terperap dalam sebuah dinding empat segi yang diterangi lampu kalimantang dan dihawakan suhu pendingin udara yang terpasang sejak subuh lagi... Aku resah sebenarnya, namun aku menipu diri sendiri dengan menegaskan bahawa aku tidak pernah resah.... aku tidak pernah bimbang.....
Soalnya... apa yang aku bimbangkan??? apakah aku bimbang kerana Adamus di luar sana sedang melebarkan sayap magis milik Korlan? ataukah aku bimbang Adamus akan menjadi bahan ejekan dan juga mungkin akan dihina hingga ke dalam tong sampah dan mungkin juga ke tepi-tepi longkang... aduh! betapa sengsara rasa itu sekiranya ia berjaya mencantas keegoan seorang pahlawan seperti Adamus...
resahku menjadi-jadi, selepas melahap meggi ayam dimasak dengan sayur dan dua biji telur berserta bawang putih yang menjadi kegemaran ku... Apakah meggi aku tadi tidak cukup perencah ayamnya???? ataukah rasanya sudah berubah menjadi rasa yang hanya sekdar mengalas perut kosongku?
Ah!... dalam kunyahan mee meggi aku tetap teringat Adamus.... bagaimana agaknya nasib pahlawan itu di masa akan datang? mampukah dia bersaing dengan Artakus yang lebih berpengalaman? Adamus cuma anak muda yang baru memulakan perjalanannya dengan merangkak di atas batas-batas licin berbekalkan kekuatan yang goyah dengan ancaman kata-kata nista... dan aku bergegas ke pejabat, setelah menyedari jam sudah menunjukkan kepada ku bahawa aku memang patut dan wajar dimarahi oleh boss... mujurlah aku memang tererr bab bawa kereta laju-laju dalam sakit perut yang memulas untuk dibuang intipatinya.... mungkin aku terperasan tiga lampu isyarat yang dilanggar oleh aku adalah kuning... nasiblah tak jadi merah.... gelak juga menguasaiku seorang-seorang.... heheehhee...
kini seperti tadi, aku tetap duduk di sini.... di atas kerusi yang sudah tidak empuk lagi lantaran sudah bertahun dimakan 'buntut-buntut' pegawai bertauliah tetapi tidak berkelayakan....
Kepala otak aku tetap pada Adamus dengan pedang Unikornnya.... Jauh di sudut hatiku... ku laungkan sekuatnya.. Hamarrakiiiiii! (berusaha lagi!) Huh!.... kalau Adamus dengar ni, mau dia keluar dari novel setebal 500 muka surat itu.... mungkin juga dia akan meneruskan kembaranya dalam episod kedua yang lebih banyak adventurenya.... namun ucapan tahniah buat Adamus kerana berani dan cekal di luar sana, berembun dan berpanas serta berhujan.... Adamus, si pahlawan terakhir...
Nusuari...

Rabu, 27 Januari 2010

LUURUKH DEWA ADAMEUS

RAKUUSSA UNIKORN
(Pedang Unikorn)




NEEHAKUD SAAUKH FIARANS


(Kepada Semua Fiarans)


NUSUARI


(Salam Sejahtera)


NAA


(Dan)


NEERAK TUUNAKRA PEERAA HE


(Semoga terhibur Membacanya)




WISSRAN DUKAAHE SERO, DEWA ADAMEUS


(Ikhlas daripada Saya, Dewa Adameus)

Selasa, 26 Januari 2010

NUSUARI... FIARANS

Selepas Pahlawan Adamus episod 1... saya masih bertungkus-lumus menyiapkan SAM C1G1 (AKU BUKAN HISYAM) part 2... Insyallah akan siap dalam bulan dua ini kalau tiada aral melintang.... dan pada masa yang sama merangka Pahlawan Adamus part 2 (ingin menjadikannya satu SAGA ADAMUS hingga 6 episod-Insyallah...)dan sebuah lagi novel fantasi Islamik yang masih dalam perancangan tetapi amat menyeronokkan dan teruja sangat-sangat untuk membuatnya setelah semua kertas kerja tentang Fantasi islamik tersebut dapat aku siapkan dalam bulan ini... Insyallah...


Saya harap pembaca terhibur dengan novel kedua saya(Pahlawan Adamus disingkat menjadi P.A sahaja...) P.A... memakan masa selama setahun untuk menyiapkannya... bukanlah setiap hari saya mengarang.. kadang-kadang dua ke tiga hari tidak mengarang kerana malas... ada masanya sampai dua bulan tidak berusik... mungkin kalau saya buat setiap hari...6 bulan agaknya boleh siap... tapi maklumlah kerja hakiki di pejabat berlambak-lambak dan rasa malas sentiasa ada dalam diri saya... tapi bila mood dan idea saya datang... itulah part paling seronok sekali.. otak saya terasa berasap-asap dan membahang menerima serta mencerna idea yang tiba...
Namun, saya sedar itu semua adalah rahmat dan berkat ilham dari Allah SWT yang memberi saay peluang untuk menerima cerita ini dari yang Maha Pencerita(Allah SWT). Sesungguhnya saya ini amat lemah dan tidak memiliki apa-apa pun dalam hal ini... semuanya dari Allah... dan sekiranya novel P.A ini bagus dan menghiburkan anda.. pujilah Allah... kerana Dia lah yang telah mencipta cerita ini... dan sekiranya ia tidak menghiburkan... maka cacilah diri saya... sesunguhnya yang buruk itu dari diri saya, dengan izin Allah jua...(Cukuplah Allah sebagai wakil.)
Saya sendiri belum memahami cerita yang Allah kurniakan kepada saya ini... saya perlu membacanya semula dalam bentuk buku... agar saya mampu memahami dan mampu pula meneruskan episod kedua P.A... Insyallah.
sama-samalah kita berdoa agar episod seterusnya akan berada di tangan pembaca kelak. Watak Adamus ini asalnya saya tidak menetapkan siapa... tetapi, saya mereka-reka nama sahaja agar bunyinya kedengaran pelik dan asing di telinga pendengar dan pembaca. jadi saya merujuk terus pada penciptaan Nabi Adam dan mengambil nama itu pada mulanya... kemudian saya memikirkan 'Adam' adalah nama biasa sahaja... dengan menambah U.S di hujungnya... kerana saya teringat watak ARTAKUS (ARTAK dan US saya samakan dengan ADAM dan US). merupakan watak karya Abang Pat (Ahmad Patria Abdulllah- Permata Aurorius). Tidak boleh dinafikan saya peminat fanatik ARTAKUSIAD... sebab itulah sedikit sebanyak P.A saya ini ada pengaruh Artakus sedikit... Tahniah buat Abang Pat yang menjadi 'BAPA FANTASI MALAYSIA'... saya amat berbangga dengan cetusan ilham dan kekuatan serta azam Abg Pat yang memulakan aura Fantasi di Malaysia.

Tahniah juga buat semua penulis-penulis Sci-Fi dan Fantasi(ANAK-ANAK FANTASI) yang bergiat cergas dalam memeriahkan gelombang industri ini di negara kita...

Akhir sekali...

"SATU FANTASI SATU MALAYSIA!"

Ahad, 24 Januari 2010

ADAMUS DAN KEKASIHNYA, HER-UNA...


Inilah Adamus dan ekkasihnya Her-Una. tetapi malangnya ilustrasi Her-Una tidak disertakan dalam novel Pahlawan Adamus. Hanya Adamus dan watak2 yang penting...
takpela..
nanti saya sediakan satu artikel tentang watak2 alam Fiara ini... banyak ilustrasi watak yang saya reka-cipta... disebabkan terlalu tebal novel tersebut... maka telah dikurangkan penyertaan ke atas ilustrasi yang banyak2 saya kirim kat PTS.