Kristian
Agama Kristian adalah agama terbesar di
dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Agama Kristian adalah sebuah
agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam
Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam
Alkitab Ibrani dengan agama
Yahudi, dan kerana sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan
Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani, mengikuti ajaran
Yesus Kristus (Yehoshua יהושע dalam
bahasa Ibrani). Yesus dikenali juga dengan panggilan
'Al-Masih'.Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan, dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:
Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan lebih dari 1 bilion penganut yang telah dibaptis),
Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),
Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti
Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)
Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada
Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di
Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di
Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan
Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan
Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi
Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di
syurga.
Taurat
Kitab Taurat (
bahasa Arab: توراة) merupakan salah sebuah daripada empat buah
kitab Islam. Kitab ini mengandungi wahyu Allah Taala kepada
Nabi Musa a.s. Ia diturunkan khusus untuk umat Nabi Musa a.s. Kitab Injil merupakan kesinambungan kitab Nabi Allah yang terdahulu iaitu
Zabur. Kitab Taurat kemudian diikuti dengan penurunan kitab
Injil dan kitab suci yang terakhir iaitu
Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebagai pelengkap kepada semua kitab-kitab suci yang sebelumnya. Dengan turunnya Al-Quran, secara tidak langsung semua ajaran kitab-kitab yang terdahulu termansuh dengan sendirinya.
Al-Quran menyatakan bahawa
Injil dan Taurat telah ditahrif (diubahsuai iaitu ditokok tambah dan dikurangi) oleh penganut-penganutnya yang menyeleweng selepas Nabi Musa wafat dan Nabi Isa diangkat ke langit.
Di dalam surah al-Maidah, ayat 13 - 14, Allah Taala berfirman yang bermaksud : (dipetik dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an terbitan Bahagian Hal Ehwal; Islam, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia)
13. "Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan kami jadikan hati mereka keras membantu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan kianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku kianat). Oleh itu, maaflah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya."
14."Dan di antara orang-orang yang berkata : Bahawa kami ini orang-orang Nasrani, Kami (tuhan) juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari Kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan."
Taurat dalam Al-Qur'an
Di dalam
Surah Ali 'Imran ayat ke 3 dan ke 4 (dipetik dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an terbitan Bahagian Hal Ehwal; Islam, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia)
3. "Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Qur'an) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil".4. Sebelum (Al-Qur'an diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
Surah Al-Maa'idah 5:46 "...Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Mariam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayat dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa".
Surah Al-Hadid 57:27 "...Kemudian Kami iringi sesudah mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa Ibni Mariam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan mereka beribadat secara)"Rahbaniyah" (iaitu seperti bertapa di tempat-tempat yang terpencil, mengharamkan dirinya daripada berkahwin dan menjauhi kemewahan hidup)- merekalah sahaja yang mengadakan dan mereka(mencipta)nya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya ..."
Namun begitu, Al-Qur'an menyebut nama-nama kitab yang terdahulu dan kandungannya yang berupa ajaran kepada umat pada waktu tersebut, sebagai tanda kewajiban umat Islam mempercayai "kewujudannya" dan bukan sebagai ikutan , iaitu selepas turunnya Al-Qur'an. Sebagaimana ayat 3 dan 4 dalam Surah Ali 'Imran seperti yang tertulis di atas.
Hindu
Hinduisme (
bahasa Sanskrit:
Dharma Sanātana (abadi), juga dikenali sebagai Dharma Vaidika (Veda)) ialah satu
agama atau
falsafah yang berasal dari
subbenua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia, dan yang tidak mempunyai pengasas,
kitab, atau bandar suci yang utama.
[1][2]. Kitab pertama agama ini ialah
Veda dan dengan berlangsung masa, banyak kitab yang lain juga termuncul.
Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan
taifah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Banyak penganut
Hindu yang dipengaruhi oleh falsafah
Advaita bersembahyang kepada berbagai-bagai
dewa, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu
Roh Kosmo monistik yang agung (
Brahman), sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (
Tuhan), umpamanya
Vaishnavisme,
Saivisme dan
Syaktisme.
[3]Hinduisme ialah
agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka
2005). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di
India.
[4]Kepercayaan Hindu
Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran transenden. Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan
kelahiran semula (
samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (
karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain.
Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman (iaitu, roh dirih) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan).
Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu
Brahma: Pencipta
Vishnu: Pemelihara
Shiva: Tuhan Pemusnah dan Kelahiran semula.
Ini mewakili Triniti Hindu atau
Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin
alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama:
Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan
lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf
r yang lazim terdapat di
kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.
Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk
manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan
kehidupan semula (
avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai
Rama dan
Krishna.
Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah
Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.
Kitab-kitab utama
Terdapat empat
Veda (Rig, Atharva, Sama dan Yahjur) yang ditulis sekitar
1500 SM dan yang terdiri daripada lagu pujian dan amalan. Kitab-kitab ini juga berserta dengan
Upanishad atau ajaran asas agama Hindu.
Smriti merupakan himpunan
undang-undang buatan para
wali dan bijaksana beragama Hindu manakala
Undang-Undang Manu menggariskan tugas manusia dan tanggungjawab
sosial berdasarkan
sistem kasta dan kelas sosial. Parana-
parana memperkukuhkan Veda dan terdapat 18 parana, enam untuk Vishnu, enam untuk Brahma dan enam untuk Shiva. Parana-parana ini termasuk
Bhagavatam yang dianggap oleh fahaman
Vaishnavisme sebagai kitab paling unggul dan tulen.
Ramayana merupakan sebuah mahakarya yang dikhaskan untuk Rama, iaitu Dewa yang hidup semula selepas menjadi Vishnu. Rama merupakan simbol
dharma (amalan baik) dan dewa ini menyelamatkan Sita, isterinya yang diculik, dengan bantuan abangnya, Lakhsmana, dan dewa jelmaan
monyet,
Hanuman. Mahakarya ini menunjukkan kejayaan kebaikan menentang dewa yang tamak. Satu lagi teks Hindu yang penting ialah
Bhagavad Gita di mana Dewa Krishna menceritakan laluan kesedaran Tuhan kepada pemujanya bernama Arjuna.
Hinduisme di Bali
Kitab suci agama Hindu adalah Veda yang berasal dari India, namun yang sampai di
Bali adalah
Veda Catur dan
Veda Qirah yang sehingga saat ini masih diguna oleh Pemangku atau Pendeta untuk memimpin upacara, termasuk ketika menjalani kewajiban mereka. Di samping Veda yang juga dikenali sebagai kitab-kitab
Purana dan yang membincangkan peranan Moralitas, terdapat juga mahakarya-mahakarya seperti Mahabaratha dan Ramayana dalam bentuk cerita topeng,
drama,
opera,
balet dan lain-lain sebagai pengungkapan ajaran agama Hindu. Kepercayaan masyarakat Hindu Bali adalah kekuatan hidup yang meliputi kekuatan alam Pulau Bali yang sudah menggaung ke segala penjuru dunia.
Agama Buddha
Agama Buddha ialah
agama dan
falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur
Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu
Theravāda (
Bahasa Sanskrit:
Sthaviravāda),
Mahāyāna, and
Vajrayāna. Agama Buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut. Agama Budddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia.
Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam semula jadi yang benar melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai
Bodhi atau "Pemahaman". Sesiapa yang bangun dari "Ketiduran Kejahilan" secara langsung yang mengenali alam semula jadi nyata yang sebenar dikenali sebagai Buddha. Śākyamuni dikatakan sebagai Buddha yang terkini daripada banyak Buddha. Terdapat banyak Buddha akan dilahirkan selepas Śākyamuni dan banyak Buddha dilahirkan sebelum Śākyamuni. Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami alam semula jadi nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha yang dikenali sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang bersih. Secara keseluruhan, tujuan seorang menganut agama Buddha adalah untuk menamati segala kesusahan dalam kehidupan. Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus membersihkan dan melatih minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Tepat", atau "Jalan Tengah" supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesusahan, iaitu nirodha atau nirvāna (Pāli nibbāna).
Gautama Buddha
Menurut semua aliran agama Buddha, Buddha yang terkini ialah Siddhārtha (Sanskrit) atau Siddhattha (Pāli) Gautama (Pāli: Gotama) yang dilahirkan di hutan kecil Lumbinī yang berdekatan dengan pekan Kapilavastu (Pāli: Kapilavatthu), iaitu ibu kota kerajaan Śākyas (Pāli: Sakyas). Lumbinī terletak di selatan Nepal. Kedudukan ini dicatatkan pada tiang
Raja Aśoka.
Ayah Siddhārtha ialah Śuddhodana (Pāli: Suddhodana), iaitu ketua Śākyas. Ibu Buddha meninggal dunia semasa atau selepas beberapa hari Buddha dilahirkan.
Peramal Asita meramalkan bahawa Siddhārtha akan menjadi raja yang unggul atau orang suci. Ayahnya telah cuba memastikan Siddhārtha tidak akan tidak puas hati dengan kehidupan yang sedia kerana ramalan Asita. Baginda menganggap ketidakpuashatian Siddhārtha mungkin menyebabkannya menjadi
sami. Walau bagaimanapun, Siddhārtha telah mendapati bahawa setiap orang yang dilahirkan akan menjadi tua, sakit dan akhirnya meninggal dunia dengan melihat seorang tua, sakit, mayat dan seorang suci apabila baginda berumur 29 tahun. Baginda mengambil keputusan untuk menjadi sami untuk mencari penyelesaian untuk kesusahan dalam kehidupan.
Siddhārtha cuba menyekat hawa nafsunya dan belajar daripada dua orang
Brahmin. Baginda berjaya mencapai tahap yang tinggi dalam pertapaan tetapi tidak mencari penyelesainya untuk kesusahan dalam kehidupan walaupun kemampuannya sudah melebihi gurunya. Baginda dan sekumpulan teman telah meninggalkan
gurunya lalu cuba menyeksa diri. Selepas enam tahun, baginda hampir meninggal dunia akibat kelaparan tanpa sebarang kebaikan yang diperolehnya. Dia berhenti menyeksa diri dan menumpukan perhatiannya dalam pertapaan. Akhirnya, Siddhārtha menemui "Jalan Tengah", iaitu jalan yang tidak menyeksa diri atau menjadikan diri leka dalam hawa nafsu. Untuk menguatkan badan, baginda menerima
susu lembu yang dibekalkan oleh seorang penternak
lembu yang melalui tempat itu. Seterusnya, baginda duduk di bawah pokok Bodhi lalu bersumpah dia tidak akan bangun sehingga menemui kebenaran. Baginda menjadi seorang Buddha apabila umurnya 35 tahun. Baginda bermula untuk menyebarkan ajaran Buddha kepada semua orang di bahagian utara timur India.
Kitab Buddha -Tipitaka
Kitab suci agama Buddha (Tipitaka) yang lengkap hanyalah yang berbahasa Pali (bahasa yang dipergunakan oleh Gautama Buddha dan oleh rakyat jelata suku Magadha).
Kitab Suci Tipitaka dikenal sebagai Tipitaka Pali (Pali Canon). Kitab suci Agama Buddha yang paling tua, yang diketahui hingga sekarang, tertulis dalam Bahasa Pali, yang terbagi dalam tiga kelompok besar (yang disebut sebagai "pitaka" atau "bakul") yaitu: Vinaya Pitaka, Sutta Pitaka, dan Abhidhamma Pitaka. Disebabbkan terdiri dari tiga kelompok tersebut, maka Kitab Suci Agama Buddha dinamakan Tipitaka (Pali)(Ti= Tiga, Pitaka= bakul).
Selain yang berbahasa Pali (Tipitaka), ada juga kitab suci Agama Buddha yang menggunakan Bahasa Sanskrit, yang disebut Tripitaka, tetapi di antara kedua versi Pali dan Sanskrit itu pada masa kini hanya Kitab Suci Tipitaka (Pali) yang masih terpelihara secara lengkap, dan Tipitaka (Pali) / Pali Canon inilah dirujuk sebagai kitab suci bagi Agama Buddha mazhab Theravãda.
Vinaya Pitaka
- ia mengandungi undang-undang untuk para Sangha (sami dan rahib)
Sutta Pitaka
- mengandungi semua khotbah yang diberikan oleh Gautama Buddha sepanjang hayatnya, sebagaimana didengar oleh Anada Maha Thera (salah seorang pengikut utama Gautama Buddha yang mempunyai daya ingatan yang paling sempurna). Setiap Sutta bermula dengan "Begini saya mendengar sabdaNya" (Thus have I heard, Pali : Evam me suttam )
Confucius
Confucius (
Bahasa Cina: Kong Fuzi, Kong Fu Tze, 孔夫子, atau Kongzi, 孔子; (
551 -
479 SM)) merupakan seorang ahli fikir serta ahli
falsafah sosial yang termasyhur di
China.
Falsafah Confucius menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Nilai-nilai ajarannya terkenal di China, berbanding
ultrakeundangan dan
Taoisme, sewaktu zaman
dinasti Han. Digunakan sejak masa itu sebagai
faham ortodoks maharaja, fikiran Confucius telah diperkembangkan menjadi sebuah sistem falsafah yang luas dan lengkap, dan yang kini digelarkan
Konfusianisme. Falsafah ini diperkenalkan kepada
Eropah oleh
Jesuit Matteo Ricci yang merupakan orang yang pertama untuk memberikan nama
Latin kepada beliau.
Analeks merupakan sebuah koleksi ringkas mengenai siri perbincangan dengan pengikut-pengikutnya, dan disusun selepas kematian Confucius. Ia mengandungi gambaran keseluruhan ajarannya.
Kehidupan peribadi
Confucius dilahirkan di Zhou (sekarang: Wilayah
Shandong) yang terletaknya di negeri
Lu pada
Zaman Chunqiu China. Ayahandanya yang merupakan seorang komander negeri Lu meninggal dunia sewaktu Confucius berumur tiga tahun. Walaupun keluarganya berketurunan bangsawan, mereka tidak berkaya-raya. Wafat ayahandanya tertinggal mereka dalam kemiskinan. Confucius berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.
Confucius sanggup mengambil pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka. Selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 527 S.M., beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru. Beliau mengembara dan mengajar murid-murid yang berkumpul berhampirannya. Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu.
Pada zaman akhiran
Dinasti Zhou (Chou) (1027-256 S.M.), kerajaan menghadapi masalah komplot penggulingan kuasa. Confucius mengkritik zaman itu merupakan zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau berpendapat cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik supaya orang ramai mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-ajaran pendeta dahulu. Beliau mengadakan penegasan ajaran-ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya.
Selepas beberapa tahun, ajarannya serta teorinya diluas sebar ke seluruh China oleh anak muridnya dan kemudiannya ramai orang memanfaatkannya.
Confucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada tahun seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir dihapuskan. Cara pentadbiran yang diperkenalkan adalah begitu baik sekali sehingga beliau dilantik menjadi pemerintah negeri sebelahnya untuk menahan pemecatan kuasa menteri. Confucius meninggalkan kawasan pentadbirannya pada tahun 496B.C untuk mengembara sambil mengajar, tersia-sia adanya harapan akan putera negeri lain membenarkan beliau melancarkan reformasi. Pada tahun 484 S.M., tersia-sia mencari pemerintahan yang unggul, beliau kembali ke Lu.
Beliau meninggalkan negerinya dan mengembara seluruh China selama 13 tahun. Semasa beliau berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan wafat 3 tahun kemudiannya di Lu – 479 S.M.
Selepas beliau wafat, peninggalannya dikebumikan di kubur Chu Fu (Sekarang: Shandong). Kini, kubur itu merupakan satu taman yang cantik dan dinamakan Taman Kong.
Walaupun Confucius telah wafat tetapi ajaran dan falsafah beliau masih diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokong di seluruh China. Kitab yang disusunkan oleh pengikut-pengikutnya ialah
Lunyu (Inggeris:
Analects), dimana ia merupakan kitab yang paling tepat mengisahkan kehidupan Confucius serta ajarannya.
Tokong Confucius di Malaysia
Tokong Confucius yang pertama di
Malaysia terletak di sebuah sekolah yang bernama Confucius Chung Hwa School di Pulau Pinang.Sekolah ini diasaskan oleh Duta Besar
Dinasti Qing ke kawasan jajahan selat British pada awal kurun ke-20. Pada masa itu, orang orang TIONG HUA di Pulau Pinang akan membawa anak-anak mereka ke tokong untuk memberi penghormatan kepada Confucius sebelum memulakan persekolahan awal mereka.
Di Melaka, sebuah bangunan yang dinamakan Bangunan Confucius juga didirikan untuk memperingati jasa Confucius dan para pengikutnya yang handal dalam bidang akademik. Setiap tahun, istiadat diadakan untuk memberi penghormatan kepada Confucius pada hari jadi Confucius iaitu pada 27 haribulan 8 Kalendar Cina (28 September 551 BCE).
Sikh
Agama Sikh atau Sikhisme adalah sebuah agama orang
India yang muncul pada penghujung
abad ke-15 dan awal
abad ke-16. Agama baru ini mengandung sedikit ajaran
Islam dan
Hindu di bawah semboyan "Bukan Hindu dan bukan Muslim".
Sejarah
Agama Sikh bermula di
Sultanpur, berhampiran
Amritsar di wilayah
Punjab,
India. Pengasas agama ini ialah
Guru Nanak (
1469-
1539), seorang yang pada asalnya beragama
Hindu tetapi atas keinginannya untuk menjadikan sebuah agama yang boleh diterima oleh semua orang di
India, beliau telah menggabungkan ciri-ciri terbaik agama
Islam dan
Hindu. Oleh itu, agama Sikh seperti Islam percaya kepada adanya satu
Tuhan tetapi Tuhan penganut Sikh dipanggil waheguru. Selepas beliau meninggal dunia, penggantinya juga diberi pangkat guru. Sebanyak sepuluh guru telah mengambil alih tempat beliau dan secara perlahan-lahan, mereka telah menjauhkan diri dari agama Hindu dan Islam. Rangkaian ini berakhir pada tahun
1708 selepas kematian
Gobind Singh yang tidak meninggalkan pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil
Adi Granth. Skrip ini kemudian diberi nama
Guru Granth Sahib. Gobind Singh juga telah menubuhkan sebuah persatuan "
Persaudaraan Khalsa Sikh" dan memulakan pemakaian seragam untuk lelaki Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran "Lima K".
Lima K
Lima K atau panj kakaar/kakke ini perlu dipakai sepanjang masa kerana diarahkan pakai oleh 10 mahaguru Sikh. Guru Gobind Singh telah mewajibkan 5 K dipakai pada tahun 1699 di
Baisakhi Amrit Sanskar .
Lima K ini termasuklah:
kesh (rambut yang tidak dipotong)
kamgha (sikat)
kara (gelang ditangan kanan)
kirpan (pisau yang bermata dua)
kachha (seluar pendek)
Kuil Emas di Amritsar, India merupakan tempat suci bagi penganut Sikh.
Guru Sikh
Guru Nanak DevGuru Angad DevGuru Amar DasGuru Ram Das (menyiapkan pembinaan kuil emas)
Guru Arjun Dev (penulis Adi Granth)
Guru Har Gobind (pembawa Miri dan Piri)
Guru Har RaiGuru Har KrishanGuru Teg BahadurGuru Gobind SinghGuru Granth SahibTokoh suci Sikh:
Bhagat
KabirBhagat FaridBhagat
NamdevBaba Budda (tokoh paling suci dalam Sikh)
Baba Banda Singh Bahadur (menentang orang Islam di Punjab)
Baba Deep Singh (Mempertahankan kuil emas)
Tokoh lain:
Bhai Vir SinghBhai Kaan Singh Nabha
Hari-hari keagamaan
Agama Sikh bukan terhad kepada bangsa Punjabi sahaja. Malah sesiapa yang mampu membaca dan memahami isi kandungan
Sri Guru Granth Sahib dan mengikuti kod amalan Sikh boleh menganut agama ini. Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit Sanskar yang bermula dengan lima khalsa memohon supaya seorang itu dimasukkan kedalam persatuan atau "brotherhood" Khalsa. Selepas itu, mereka yang ingin memasuk agama ini harus meminum air
"Amrit" sejenis air madu yang digaul dengan Kirpan. Semasa digaul kelima-lima khalsa ini akan membaca lima
Banis yang suci iaitu
Jap Sahib, (dikarang oleh Sri
Guru Gobind Singh Ji)
Japji Sahib (dikarang oleh
Guru Nanak)
Sudha Swayas (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji)
Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)
Anand Sahib (dikarang oleh
Guru Amardas)
Air ini samalah seperti air baptisme dalam agama
Kristian.
Pertamanya, air ini dituang di telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang memasuk agama ini. Kemudian air ini direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka. Akhirnya setiap calon meminum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis.
Adat istiadat penganut Sikh
Adat istiadat bermula sejak
kelahiran sehinggalah
kematian penganut Sikh. Pemberian hadiah merupakan amalan biasa untuk menyambut kelahiran
bayi. Pemberian nama merupakan upacara penting dan ianya dikenali sebagai
Naamkaran. Disini bayi yang baru lahir itu akan diberikan nama selepas Paderi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang. Bayi itu akan dinamakan mengikut huruf pertama dalam mukasurat itu. Nama akhir untuk penganut Sikh adalah sama dan berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki, manakala perempuan dipanggil Kaur. Singh bermaksud "
Singa" dan Kaur pula bermaksud "
Puteri".
Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun dia akan melalui satu upacara - pemakaian
turban. Upacara yang dipanggil
Dastar Bandhni biasanya dilakukan oleh para agama Sikh dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.
Bagi seorang Sikh,
perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem
monogami. Dalam agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Walaupun begitu, penceraian masih boleh dilakukan di
mahkamah sivil.
Bilangan penganut Sikh
Terdapat 25 juta penganut Sikh. 75 % menetap di India. 60 % tinggal di negeri Punjab, India iaitu 2/3 daripada penduduk negeri Punjab. Tempat lain ialah di of Haryana, Himachal Pradesh, Jammu and Kashmir, Rajasthan, Uttar Pradesh, Uttaranchal, Maharashtra dan Delhi. Ramai daripada mereka berhijrah ke Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat , Tiur Tengah, Afrika Timur, Asia Tenggara, Eropah Barat, Australia dan New Zealand.
Penyertaan
Penganut Sikh aktif dalam politik di pelbagai tempat di seluruh dunia terutama di India.
Manmohan Singh - Perdana Menteri India.
Tentera - ramai daripada mereka menyertai tentera dan polis di India dan di seluruh dunia terutama zaman penjajahan Empayar British. Antaranya ialah Jeneral
Joginder Jaswant Singh.
Tan Sri Dato' Seri Darshan Singh Gill - di Malaysia, beliau menjadi pemimpin kaum Sikh.
Karpal Singh - peguam dan pemimpin parti pembangkang DAP dalam Parlimen Malaysia.
Master Tara SinghBaldev SinghSardul Singh CaveesharShaheed Bhagat Singh SandhuShaheed Udham Singh JammuPratap Singh KaironProfessor Piara Singh GillArjan SinghGeneral Joginder Jaswant SinghDr. Narinder Singh KapanyHarbhajan SinghMilkha SinghShaheed Sant
Jarnail Singh BhindranwaleShaheed General
Shabeg SinghGuru Nanak
Guru Nanak (
bahasa Panjabi: ਗੁਰੂ ਨਾਨਕ ਦੇਵ) (
15 April 1469 –
22 September 1539) ialah pengasas agama
Sikhisme and Guru yang sulung antara
sepuluh Guru Sikhisme.
Latar belakang
Guru Nanak dilahirkan di
Rai Bhoi Di Talwandi (kini digelarkan
Nankana Sahib), sebuah bandar yang terletak dekat bandar raya
Lahore di
Pakistan pada hari ini. Ayahnya
Kalu Mehta dan ibunya
Tripta. Kedua-dua ibu bapanya adalah
Hindu Khatri. Kakaknya,
Bibi Nanki, merupakan orang pertama yang mengenal pasti bahawa beliau adalah
Roh makrifat.
Pada masa awalnya, Guru Nanak kelihatan mempunyai sifat ingin tahu yang penuh dengan pertanyaan dan menolak pemakaian
benang "suci" ritual yang dipanggil
Janeu. Sebaliknya, Guru Nanak mengatakan bahawa beliau akan memakai nama benar
Tuhan dalam hatinya sebagai perlindungan kerana benang boleh putus, menjadi kotor, terbakar, atau hilang, dan sama sekali tidak dapat memberikan sebarang keselamatan.
Sebagai seorang bukan sami, Guru Nanak meneruskan misi hidupnya untuk:
memimpin orang-orang ke laluan benar Tuhan, serta mengikut ajaran
kitab Bani secara langsung tanpa keperluan untuk sebarang sami;
melenyapkan
kepercayaan karut;
mengajar orang-orang memberhentikan amalan
upacara amal, dan menjauhkan diri daripada "
Lima Pencuri".
Guru Nanak berkahwin dengan Sulakhni yang merupakan anak perempuan Moolchand Chona, seorang pedagang dari
Batala. Mereka dikurniakan dengan dua anak lelaki,
Sri Chand dan
Lakshmi Das. Abang iparnya, Ram yang merupakan suami kepada kakaknya (Nanki), mendapat pekerjaan untuknya di
Sultanpur sebagai pengurus untuk sebuah
jelapang kerajaan.
Pada suatu pagi ketika Guru Nanak berumur 28 tahun, beliau pergi seperti biasa ke Sungai Veeyin untuk mandi dan ber
tafakur. Beliau dikatakan hilang selama tiga hari dan ketika kemunculannya, beliau dikatakan "dipenuhi dengan roh
Tuhan". Sifat yang tepat untuk peristiwa ini terbuka untuk tafsiran peribadi, dan dapat ditafsirkan sebagai "ketuhanan mitos" atau "pemahaman yang amat mendalam". Kata-katanya yang pertama selepas kemunculan semula adalah: "tiadanya orang
Hindu, tiadanya orang
Muslim". Dengan prinsip
kemanusiaan ini, beliau memulakan kerja-kerja
mubaligh.
Tiga Tunggak Sikhisme
Di
Sultanpur, Guru Nanak menformalkan tiga tunggak Sikhisme yang penting:
Mengamalkan
Simran dan
Naam Japna — bertafakur tentang Tuhan dan membaca serta mengulangi sebutan
Waheguru, nama Tuhan;
Mengamalkan hidup berumah tangga serta
Kirat Karni, iaitu memperoleh pendapatan yang jujur melalui usaha fizikal dan mental semasa menerima rezeki dan rahmat Tuhan;
Berkongsi kekayaan dalam komuniti dengan mengamalkan
Wand kay Shako, iaitu "Berkongsi dan berbelanja bersama-sama".
Terdapat sebuah cerita yang menyokong tunggak kedua itu. Dalam salah satu perjalanannya, Guru Nanak tiba di sebuah kampung dan bermalam di sana. Di kampung ini tinggal dua orang, iaitu seorang kaya dan seorang
petani miskin. Oleh sebab Guru Nanak memilih untuk tinggal di rumah orang miskin walaupun diberikan kemewahan rumah orang kaya, orang kaya itu berang dan mendesak penjelasan. Guru Nanak menyuruh kedua-dua orang untuk membawa sekeping
roti capati daripada rumah masing-masing. Ketika beliau memicit kedua-dua roti capati itu,
susu mengalir daripada roti capati orang miskin tetapi
darah mengalir daripada roti orang kaya.
Pengajaran daripada cerita ini adalah orang kaya itu menggunakan cara yang tidak beretika untuk memperoleh kekayaan (iaitu eksploitasi), sedangkan orang yang miskin memperoleh pendapatannya yang walaupun hanya sedikit, merupakan cara yang jujur dan rajin.
Kepercayaan dan sumbangan lain
Guru Nanak dihormati oleh kedua-dua golongan
Hindu dan
Muslim. Beliau mempunyai banyak kepercayaan yang tidak popular pada masanya tetapi yang kini diterima secara meluas.
Kesamaan Manusia: Ketika
pengabdian dan
diskriminasi ras masih merebak di
dunia Barat dan penghormatan antara kelas dan
kasta adalah pada aras yang paling rendah, Guru Nanak ber
khutbah terhadap diskriminasi dan prasangka yang disebabkan oleh
ras, kasta, taraf, dan sebagainya. Beliau berkata:
"Nampak persaudaraan antara semua manusia sebagai tahap yogi yang tertinggi; taklukkan pemikiran kamu dan menaklukkan dunia." (SGGS m.s. 6)
"Terdapat hanya satu kesedaran antara semua makhluk." (m.s. 24)
"Sesiapa yang mengenal pasti Satu Tuhan antara semua makhluk tidak akan bercakap tentang
keakuan. 4" (m.s. 432).
Guru Nanak menegaskan kepada semua orang di dunia tentang keperluan untuk "menaklukkan" pemikiran masing-masing terhadap amalan-amalan yang jahat. Semua
manusia mempunyai cahaya Tuhan dan adalah sama — hanya dengan menahan keangkuhan dan keakuan bahawa seseorang dapat melihat cahaya ini pada keseluruhannya.
Kesamaan Wanita: Pada sekitar 1499 ketika dunia masih tidak memberikan status atau kehormatan kepada wanita, Guru Nanak mengangkat kedudukan wanita melalui perutusan ini: "Dari perempuan, lelaki dilahirkan; dalam perempuan, lelaki jadi; melalui perempuan, generasi-generasi hadapan akan datang. Ketika isterinya mati, dia mencari perempuan lain; kepada perempuan, dia terikat. Oleh itu, mengapa mengatanya buruk? Dari perempuan, raja-raja dilahirkan. Dari perempuan, perempuan dilahirkan; tanpa perempuan, tidak akan terdapat sesiapa pun. Ya Nanak, hanya Tuhan Benar tidak mempunyai perempuan." (m.s. 473). Dengan itu, beliau mempromosikan kesamaan wanita sejak
abad ke-15.
Perutusan sejagat kepada semua orang: Adalah adat resam pada masa itu bagi pemimpin-pemimpin
agama untuk berucap hanya kepada
jemaah mereka dan untuk mengasingkan agama-agama lain. Guru Nanak menyimpang daripada tradisi ini dan berucap kepada semua manusia. Kepada orang-orang Islam, beliau berkata: "Dan ketika, ya Nanak, dia manaruh belas kasihan terhadap semua makhluk, hanya kemudian bahawa dia boleh dipanggil orang Islam". 1" (m.s. 141"; kepada orang-orang Hindu, beliau berkata: "Ya Nanak, tanpa Nama Benar, apakah gunanya tanda dahi orang-orang Hindu, atau benang suci mereka?" 1 (m.s. 467); dan kepada semua orang, beliau berkhutbah: "Mengambil harta orang adalah serupa sahaja dengan orang Islam memakan daging
babi, atau orang Hindu memakan daging
lembu." (m.s. 141).
Empat perjalanan
Sejarah mengatakan bahawa Guru Nanak membuat empat perjalanan yang utama ke seluruh kawasan di
India, serta ke
Arab Saudi dan
Parsi. Beliau melawat
Mekah dan
Baghdad, dan berucap kepada penganut-penganut
Hinduisme,
Jainisme,
Budhisme,
Zoroastrianisme, dan
Islam. Beliau memberi ucapan di dalam
kuil dan
masjid, serta di pelbagai tempat ziarah. Di mana-mana Guru Nanak pergi, beliau bersuara menentang upacara amal yang kosong,
penziarahan,
sistem kasta,
pengorbanan balu, pergantungan kepada
buku-buku untuk membelajari agama yang benar, serta rukun-rukun yang lain yang mentakrifkan ajarannya. Tidak pernah beliau menyuruh sebarang pendengar untuk mengikutnya. Beliau menyuruh orang Islam untuk menjadi orang Islam yang benar, dan orang Hindu untuk menjadi Hindu yang benar.
Selepas perjalanan utamanya yang terakhir, Guru Nanak menetap di bandar Kartapur (di
Punjab) yang terletak di tebing
Sungai Ravi dan mengajar selama lima belas tahun lagi. Pengikut-pengikut dari seluruh tempat datang untuk menetap di Kartapur supaya dapat mendengar, bernyanyi dan hidup bersama dengannya. Pada masanya, walaupun pengikut-pengikutnya masih mengekalkan agama masing-masing, mereka dikenali sebagai pengikut Guru, atau orang
Sikh.
Adalah di sini bahawa pengikut-pengikut Guru Nanak merujuk kepadanya sebagai
guru. Beliau memberitahu pengikut-pengikutnya bahawa mereka tetap merupakan orang berumah tangga dan dan tidak boleh hidup berasingan daripada dunia — tidak adanya
pendeta atau
pertapa. Sini adalah tempat di mana Guru Nanak memperkenalkan
Langar yang memerlukan orang kaya dan miskin, orang Hindu dan Muslim, serta orang berkasta tinggi dan rendah, untuk duduk bersama-sama semasa memakan. Sini juga merupakan tempat di mana Lehna, kemudian
Guru Angad, datang untuk tinggal bersama-sama dengan Guru Nanak.
Kematian
Guru Nanak menghabiskan tahun-tahun terakhirnya di
Kartarpur. Beliau akan bangun pada setiap waktu
fajar untuk berdoam dan kemudian pada waktu
subuh, Guru Nanak akan berucap kepada pengikut-pengikutnya. Beliau bekerja di dalam bilik dapur bebas yang kini masih dikenali sebagai 'langar'. Makanan yang disediakan dimakan oleh semua orang, baik orang Hindu atau Muslim, orang kaya atau miskin, dan orang berkasta tinggi atau rendah. Beliau mengerjakan
ladang dan memperoleh punca pencarian sendiri.
Pada 22 September 1539 ketika berumur 70 tahun, Guru Nanak meninggal dunia selepas beliau meminta pengikut-pengikutnya untuk menyanyi
Sohila (pujian kepada Tuhan).
Pada suatu masa, ketika Guru Nanak ditanya mana satu agama, Hinduisme atau Islam, merupakan laluan yang benar ke Tuhan, beliau menjawab bahawa cara yang benar untuk mencapai Tuhan ialah untuk menyembah kepadaNya yang abadi dan terdapat di seluruh
Alam Semesta.
Budaya rakyat
Legenda mengatakan bahawa ketika kematian Guru Nanak, pengikut-pengikutnya hendak membakar mayatnya sedangkan pengikut-pengikut Muslim hendak mengebumikan mayatnya mengikut tradisi Islam. Bagaimanapun, ketika mereka menaikkan kafan Guru Nanak, mereka melihat sebilangan
bunga segar yang mereka membahagikan kepada pengikut-pengikutnya. Orang Hindu membakar bunga itu, sedangkan orang Islam mengebumikan bunga mereka.
Dajjal
Al-Dajjal (
Arab: الدّجّال, al-dajjāl) ("Pembohong/penyamar") adalah satu bentuk jahat dalam
eshatologi Islam, yang akan muncul sebelum
Yawm al-Qiyamah (Hari Kebangkitan Semula). Dia seakan sama kepada
Antichrist dalam
Kristian.
"Dajjal" adalah kata Arab lazim, digunakan dalam kata "nabi palsu". Tetapi "Al-Dajjal", dengan rencana pasti, merujuk kepada "Si Penyamar", satu pembohong spesifik akhir-masa. Ia adalah layak untuk nota yakni istilah Al-Masih Ad-Dajjal (Bahasa Arab untuk "Si Masih Palsu") adalah terjemahan berkait dari istilah
Syriak "Meshiha Deghala", dimana telah menjadi kosa kata lazim dari Timur Tengah selama lebih 400 tahun sebelum Al-Qur'an via
Peshitta (dimana menggunakan istilah ini sebalik dari Greek "antichristos").
Sifat-sifat
Dajjal tidak disebut dalam
Al-Qur'an, tetapi pelbagai
hadith Sunah menghuraikan sifat-sifat ad-Dajjal, seperti berikut (dimana lazimnya dipercayai oleh Muslim):
Dia akan fizikalnya berbentuk cacat, dan akan buta pada mata kirinya. Mata kanannya akan berkini tetapi ia akan jadi gelap (hitam). Dalam sebilangan hadith dia dirujuk sebagai satu-mata. Dia akan menunggang keldai putih dimana setiap langkah akan dibentang sebatu, akan makan api dan menghembus asap, terbang atas tanah dan menyeberang laut.
Dia akan menipu para iman, mengajar mereka yakni
Syurga ialah
Neraka dan sebaliknya.
Huruf Arab "
Kaf" "
Faa" "
Raa" (kafir, bermakna "kufur") akan muncul pada dahinya dan akan dibaca oleh Muslim sebenar samada mereka boleh baca ataupun tidak.
Dia boleh melihat dan mendengar pelbagai benda di banyak tempat pada masa yang sama.
Dia mempunyai kuasa untuk mengelirukan manusia.
Dia akan cuba meletakkan manusia pada takhta Tuhan.
Suatu hari pada musim kemarau, dia bakal menanya; adakah kau mahu api atau air? Jika anda memilih air itu bermakna yang anda minta adalah api, manakala jika anda minta api yang diberikan ialah air.
Dia akan mendakwa diri sebagai Tuhan dan akan menipu manusia dalam berfikir yakni dia telah bangun dari kematian. Salah satu orang khusus akan dia bunuh dan kemudian dia akan kini menghidupkan dia, sesudah itu Allah akan menghidupkan dia. Dia takkan mempunyai kuasa ini lagi. Pada sumber lain (menurut kepada siri Akhirat oleh
Anwar al-Awlaki), seorang lelaki beriman akan datang dari
Madinah terus ke Dajjal, berdiri pada atas
Uhud, dan dengan beraninya mendakwa Dajjal adalah Dajjal. Dajjal kemudian akan menyoalnya: "Adakah anda akan percayakan saya (yakni sayalah tuhan) jika saya bunuh anda dan kemudian menghidupkan anda?". Dajjal akan melakukan sedemikian dan selepas penghidupannya lelaki beriman akan berkata bahawa dia semakin tidak percayakan kepada ketuhanan Dajjal.
Sesiapa yang menolak dan enggan percaya dengannya akan menderita kemarau dan kebuluran manakala sesiapa yang menerimanya akan hidup dalam kehidupan senang.
Sesetengah tradisi Islam mengaitkan yakni dia akan muncul pada
Isfahan, dan dia akan membawa
Yahudi Isfahan dan ramai bekas Muslim dan bekas Kristian menyokongnya.
Dia tidak berupaya memasuki
Makkah atau
MadinahImam Mahdi akan menentangnya dengan nama Islam.
Dia akan dibunuh oleh
Nabi Isa a.s. (
Jesus) dekat pagar
Ludd, di mana Israel terdapat kini.
Perlindungan dari Dajjal
Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca sepuluh ayat dari
Surah Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajjal. Dia juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, "Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajjal." Dia juga menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajjal sejak penciptaan
Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan
YAHUDI
Yahudi (
Bahasa Ibrani: יְהוּדִים, Yehudim;
Bahasa Yiddish: ייִדן, Yiden) ialah istilah untuk kedua-dua
agama dan
kaum. Jika dilihat berdasarkan agama, istilah ini merujuk kepada umat
Agama Yahudi sama ada mereka beretnik Yahudi atau tidak. Berdasarkan
etnik, ia merujuk kepada mereka yang nenek moyangnya Jacob (Yaakob), anak Issac (Ishaq), anak kepada Abraham (Ibrahim) dan Sara (Sarah). Etnik Yahudi jugalah termasuk Yahudi Tahih, dan Yahudi yang tidak memegang kepada agama Yahudi tetapi beridentiti Yahudi dalam aspek adat resam dan kaum.
Agama Yahudi ialah gabungan agama dan kumpulan etnik tidak eksklusif (bermaksud kumpulan etnik ini mempunyai cara orang lain memasukinya). Kepercayaannya dibincang dengan lebih perinci dalam
Agama Yahudi; artikel ini hanya membincangkan kumpulan etniknya.
Kepercayaan semata-mata dalam
Agama Yahudi tidak menjadikan seorang Yahudi. Di samping itu, dengan tidak memegang kepada
prinsip-prinsip agama Yahudi tidak menjadikan seorang Yahudi kehilangan status Yahudinya. Tetapi, definisi Yahudi undang-undang kerajaan
Israel tidak termasuk Yahudi yang memeluk agama yang lain.
Yahudi dan agama Yahudi
Asal usul Yahudi tradisinya bertarikh sekitar
1800 SME [
petikan diperlukan] dengan akaun biblikal dari kelahiran agama Yahudi.
Stala Merneptah, bertarikh 1200 SME, adalah salah satu dari rekod arkeologikan terawal dari orang Yahudi di
Tanah Israel, dimana
agama Yahudi, satu agama
monotheisme dibangunkan. Menurut pada akaun
Biblikal, orang Yahudi menikmati tempoh
keazaman-sendiri pertama dibawah
kehakiman Biblikal dari
Othniel melalui
Samson, kemudian pada (c.
1000an SME),
Raja David mendirikan
Baitulmuqaddis sebagai ibu kota dari
Negeri Kerajaan Kesatuan Israel dan Judah (Kesatuan Monarki) dan dari sana memerintahnya
Duabelas Suku Israel.
Pada
970 SME, anak lelakinya
Solomon menjadi
raja Israel. Kurang dari sedekad, Solomon mula membina
Kuil Suci yang dikenali sebagai Kuil Pertama. Selepas kematian Solomon (c. 930 SME),
sepuluh suku utara berpisah membentuk
Kerajaan Israel. PAda 722 SME
orang Assyria menakluk Kerajaan Israel dan mengusir Yahudinya yang bermulanya
diaspora Yahudi.
Tempoh Kuil Pertama berakhir sekitar 586 SME setelah orang Babylonia menakluk Tanah Israel dan memusnahkan
Kuil Yahudi. Pada
538 SME, selepas lima puluh tahun dari
tawanan Babylonia,
Raja Parsi Cyrus si Agung membenarkan orang Yahudi kembali membina semula Baitulmuqaddis dan kuil suci. Pembinaan
Kuil Kedua, telah siap pada
516 SME semasa pemerintahan
Darius si Agung selama tujuh puluh tahun selepas kemusnahan Kuil Pertama. Apabila
Iskandar Agung menakluk
Empayar PArsi, Tanah Israel jatuh dibawah kawalan
Greek Hellenistik, akhirnya jatuh kepada
dinasti Ptolemaik yang hilangnya kepada
Seleucids. Cubaan Seleucid untuk tebar semula Baitulmuqaddis sebagai
polis dihelleniskan datang kepada utama pada 168 SME dengan kejayaan
pemberontakan Maccabean dari
Mattathias si
Paderi Tinggi dan anak lelakinya terhadap
Antiochus Epiphanes, dan pengasasan mereka dari
Kerajaan Hasmonean pada 152 SME dengan Baitulmuqaddis sekali lagi sebagai ibukotanya. Kerajaan Hasmonean bertahan selama seratus tahun kemudian setelah
Rom menjadi lebih kuat ia melantik
Herod sebagai
raja pelanggan Yahudi. Kerajaan Herod juga bertahan selama seratus tahun. Kekalahan oleh orang Yahudi pada
pemberontakan Pertama pada 70
EL, yang pertama dari
Perang Yahudi-Rom dan
Pemberontakan Bar Kochba pada 135 EL yang penting menyumbang kepada bilangan dan
geografi dan diaspora, laksana bilangan penting populasi Yahudi dari Tanah Israel telah diusir dan dijual kepada
perhambaan sepanjang
Empayar Rom. Sejak itu, orang Yahudi telah hidup di hampir setiap negara di dunia, terutamnya di
Eropah dan
Timur Tengah lebih unggul, terselamat dari diskriminasi, penindasan, kemiskinan, dan malah
pembunuhan kaum (lihat:
anti-Semitisme,
Holokus), dengan tempoh kadangkala dari kebudayaan, ekonomik, dan kemajuan individu di berbagai lokasi (seperti
Sepanyol,
Portugal,
Jerman,
Poland dan
Amerika Syarikat).
Hingga lewat abad ke-18, istilah Yahudi dan penganut Yahudi telah praktikalnya sinonim, dan agama Yahudi adalah ikatan prima dari orang Yahudi tanpa mengira darjat keanutan. Berikutan
Zaman Enlightenment dan saudara Yahudinya
Haskalah, satu transformasi beransur berlaku semasa dimana ramai Yahudi datang dilihat menjadi satu ahli dari bangsa Yahudi sebagaimana terpisah dari menganuti kepada keimanan Yahudi.
Nama Ibrani "Yehudi" (plural Yehudim) asalnya dirujuk kepada suku Judah. Kemudian, apabila
Kerajaan Israel Utara berpisah dari Kerajaan Israel Selatan, Kerajaan Israel Selatan mula merujuk dirinya dengan nama dari suku pradominannya, atau sebagai
Kerajaan Judah. Istilah ini asalnya dirujuk kepada orang dari kerajaan selatan, walaupun istilah B'nei Yisrael (Bani Israel) telah masih digunakan untuk kedua-dua kumpulan. Selepas
orang Assyria menakluk kerajaan utara meninggalkan kerajaan selatan sebagai satu-satunya negeri Bani Israel, kata Yehudim beransur datang merujuk pada orang dari keimanan Yahudi sebagai seluruh, berbanding dari yang spesifiknya dari suku atau Kerajaan Judah. Kata Inggeris Jew unggulnya dipemerolehan dari Yehudi. kegunaan pertamanya dalam
Injil untuk merujuk kepada orang Yahudi sebagai seluruh berada dalam
Kitab Esther.
Siapakah Yahudi?
Yahudi sembahyang di
Synagogue pada
Yom Kippur. (Lukisan 1878 oleh
Maurice Gottlieb)
Halakha, iaitu hukum-hukum agama Yahudi, memberi definisi Yahudi kepada seorang yang
ibunya Yahudi; atau
Seorang yang memeluk agama Yahudi berdasarkan hukum-hukum Yahudi.
Definasi ini diwajibkan oleh
Talmud, rekod Hukum-Hukum Tidak Tertulis yang menerangkan
Taurat, buku suci asal hukum-hukum Yahudi. Berdasarkan Talmud, definasi ini dipegang semenjak pemberian Taurat di
Gunung Sinai kira-kira 3500 tahun dahulu. Pakar sejarah Yahudi bukan-Ortodoks memegang bahawa definasi ini tidak diikuti sehingga tidak lama dahulu, tetapi mengaku ia diguna untuk sekurang-kurangnya 2,000 tahun sehingga sekarang.
Pada akhir
abad ke-20, dua kumpulan Yahudi (terutamanya di
Amerika Syarikat) yang liberal dari segi
teologi,
Yahudi Reform dan
Yahudi Rekonstruksyen telah membenarkan orang yang tidak memenuhi kriteria tersebut untuk memanggil diri sendiri sebagai Yahudi. Mereka tidak lagi mewajibkan orang memeluk agama tersebut untuk memenuhi adat istiadat pemelukan tradisional, dan mereka melihat seseorang sebagai Yahudi jika ibu mereka bukan Yahudi dengan syarat ayahnya Yahudi. Akan tetapi, penukaran polisi ini dibantah oleh golongan
Yahudi Ortodoks.
Budaya Yahudi
Agama Yahudi memandu penganutnya dalam kedua-dua amalan dan kepercayaan, dan telah dipanggil bukan hanya satu agama, tetapi juga satu "cara hidup,"[
petikan diperlukan] dimana telah membuatkan lukisan satu perbezaan jelas antara agama Yahudi, budaya Yahudi, dan kewarganegaraan Yahudi agak sukar. Dalam berbagai masa dan tempat, seperti dalam dunia purba
Hellenik, di
Eropah sebelum dan selepas
Enlightenment (lihat
Haskalah), dan dalam Amerika Syarikat dan Israel kotemporari, fenomena kebudayaan telah dibangunkan yakni dalam sesetengah akal wataknya beryahudi tanpa menjadi langsung spesifiknya beragama. Sesetengah faktor ini datang dari dalam agama Yahudi, yang lain dari interaksi Yahudi dengan persekitarannya, yang lain dari sosial dalaman dan kebudayaan dinamik dari komuniti, bertentangan dari agamanya sendiri.