The Alien - Link Select

Khamis, 6 Ogos 2009

NABI MUHAMMAD DALAM KITAB AGAMA HINDU DAN BUDDHA

SELAIN ISLAM, INI JUGA ANTARA AGAMA YANG WUJUD DI DUNIA. Aku teruja tiba-tiba pagi ini. aku kumpul rupa bentuk kitab2 agama lain supaya orang lain juga tahu agama yang wujud di dunia ini adalah pelbagai. Banyak lagi sebenarnya.. tetapi yang utamanya adalah seperti yang di atas. kebanyakkan kitab itu telah diubahsuai sendiri oleh ulama-ulama mereka.
Nabi Muhammad SAW telah dinyatakan dalam banyak kitab mereka tentang kedatangan Baginda SAW di akhir zaman.
Kitab agama Hindu dan Buddha juga ada disebutkan berkenaan kisah dan kerasulan Muhammad. Kitab-kitab ini tidak disebutkan didalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai kitab Allah. Namun Pengarah Pusat Islam di Halifax, Kanada Amerika Utara(ISNA), Profesor Dr. Jamal Badawi berpendapat, walaupun tidak ada sebarang nas menunjukkan para pengasas dan kitab-kitab agama Hindu dan Buddha dan yang seumpamanya adalah utusan daripada Allah, namun kita tidak boleh menolak kemungkinan ia datang daripada Allah S.W.T. Berdasarkan nas-nas tertentu, di antaranya firman Allah S.W.T yang bermaksud." Dan Kami mengutus rasul-rasul yang kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu." -surah An-Nisa'ayat 164

Sehubungan dengan ini Dr Vad Prakash Upaddhayaya, seorang pakar bahasa Sanskrit daripada Universiti Prayang, merumuskan, Muhammad SAW disebut didalam Vedas dan Purana dengan empat nama gelaran:

Narashanga- Yang Terpuji
Antim Rishi- Utusan Terakhir
Kalki Avatar-Utusan Akhir Zaman
Mahama dan Ahamiddhi- Muhammad dan Ahmad


Narashanga di dalam bahasa Sanskrit bermaksud 'yang terpuji" dan maksud ini selari dengan "maksud". didalam atharvaveda 20:127:2 dijelaskan, Narashangsa akan mengenderai unta dan beliau mempunyai 12 orang isteri. sifat-sifat ini selari dengan Rasulullah S.A.W yang memang mengenderai unta dan memiliki 12 orang isteri termasuk seorang hamba yang bernama Mariah al-Quptiah yang dihadiahkan oleh Raja Mesir kepada
Baginda.

Didalam kitab-kitab agama Buddha, Gautama Buddha pernah mengingatkan anak muridnya, Ananda, berkenaan Buddha akhir zaman yang bergelar 'Maitreya' yang bermaksud 'pembawa Rahmat' dan maksud ini selari dengan Rasulullah S.A.W yang disebutkan didalam surah Al-Anbiya 21, ayat 107 sebagai 'pembawa rahmat bagi seluruh alam'

Tiada ulasan: