The Alien - Link Select

Rabu, 20 Februari 2008

CREEP-RADIOHEAD

When you were here before
Couldn’t look you in the eye
You’re just like an angel
Your skin makes me cry
You float like a feather
In a beautiful world
And I wish I was special
You’re so fuckin’ special
But I’m a creep, I’m a weirdo.
What the hell am I doing here?
I don’t belong here.
I don’t care if it hurts
I want to have control
I want a perfect body
I want a perfect soul
I want you to notice
When I’m not around
You’re so fuckin’ special
I wish I was special
But I’m a creep, I’m a weirdo.
What the hell am I doing here?
I don’t belong here.
She’s running out again,
She’s running out
She’s run run run running out...
Whatever makes you happy
Whatever you want
You’re so fuckin’ specialI wish I was special...But I’m a creep,
I’m a weirdo,What the hell am I doing here?
I don’t belong here.I don’t belong here.

Selasa, 19 Februari 2008

JUMPER???

SEMALAM iaitu hari sabtu. Aku pi tgk wayang cite terbaru-JUMPER- yang dilakonkan oleh bekas pelakon star wars yang memegang peranan sebagai Anakin tu. kali ini citenya lebih advance laa... macam cite X-men (Nightstalker) yang mampu menghilangkan diri dengan sekelip mata dan berada di tempat lain dengan sekelip mata. nampaknya ada perkembangan terbaru dari pemikiran orang putih ni yaaa... hihiihii... Dalam Islam ada ramai yang memiliki keramah seperti ini. Contohnya Tok Kenali, Habib Nuh, Tuan Tulis, Abu Yazid, Saadun Gila, Habib, dan boleh dikatakan semua Wali-wali Allah memiliki keramah asas ini. Mereka boleh berada di dua tempat dalam satu masa sahaja(Tuan Muda-di Sabah). Rasulullah SAW lagi hebat. dengan izin Allah sahaja, baginda SAW sudah berada di Palestin hanya beberapa ketika sahaja. banyak sebenarnya Mukjizat Rasullah SAW ni... Selain itu para wali Allah ini juga ada di antara mereka ini yang memiliki keramah untuk terbang bebas di udara dan berjalan dengan pantas seolah-olah bumi melipat permukaanya sehingga wali Allah tadi sampai di tempat yang berpuluh ribu KM dari tempat mulanya dalam beberapa saat sahaja, berjalan di atas air dengan mudah seperti berjalan di atas daratan. Tetapi mereka semua itu berbakti kepada Allah semata-mata dan seluruh gerak dan kehidupan mereka adalah semata-mata kerana Allah. Banyak kisah2 yang kita dengar.
Bukan seperti apa yang dipaparkan dalam cite JUMPER tersebut. Pelakonnya mendapat kuasa istimewa tetapi disalah-gunakan. Ini bukan contoh yang baik untuk dilihat oleh generasi sekarang. Kuasa yang besar tanggung jawabnya juga besar.... mari kita kaji balik riwayat2 yang ajaib ini dalam siri para wali-Allah.
Orang bukan Islam yang dikurniakan keistimewaan luar biasa ini digelar 'Istidraj' yang bermakna satu keistimewaan yang dikurniakan Allah untuk menyesatkannya lagi jalan Allah. (Antara orang ini ialah David Cooperfield, Criss Angel, David Blaine, Hamdoud(Ahli silap mata Mesir) dan sesiapapun yang meiliki kemahiran seperti mereka)- dan Sihir bagi pengikut Iblis dan Syaitan. Kalau mereka itu beriman barulah dikatakan sebagai Al-Maunah(Perkara mencarik adat yang lahir dari amalan zikir) ataupun Karamah(perkara mencarik adat yang lahir dari ketaatan seseorang kpd Allah SWT). Mukzijat pula ialah perkara mencarik adat yang dihadiakan oleh Allah SWT yang khusus untuk mereka yang bergelar Nabi dan Rasul sahaja seprti Rasulullah SAW, Rasul Isa, Rasul Ibrahim, Musa, Harun, Ayub, Adam dll.
Diharap anda sudah faham tentang itu.

Isnin, 18 Februari 2008

TASBIH FATIMAH

APA ITU TASBIH FATIMAH ? Ramai yang mungkin tidak tahu tentang tasbih ini. Bagi mereka yang mengamalkannya pastilah tahu khasiat yang terkandung di dalamnya. Sebagai salah seorang yang mengaku muslim... aku menjadikannya salah satu bacaan rutin sebelum tidur. Alhamdulillah... semenjak aku mengamalkannya, aku tidak menemui sebarang rasa penat atau lenguh selepas bangun tidur. Aku rasa sentiasa bertenaga dan sihat. Untuk mengetahuinya... biarlah aku turunkan kepada sesiapa yang mahu beramal. Adapun Tasbih Fatimah adalah seperti berikut....
Subhanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali
dan dicukupkan menjadi 100 dengan kalimat ini..
"Laa ilahaa illallah wahdahu laa syariikalah lahul mulku walahul hamduh yuhyii wayuumiitu wahuwa alaa kulli sye'in qadir" - 1 kali
Demikian lah Tasbih Fatimah. Amalkan setiap malam. Ini merupakan salah satu daripada amalan rutin aku dan ada beberapa ayat lagi yang akan bakal menyusul. teruskan membaca blog aku ini pada masa kan datang.

GANGGUAN TEKANAN TENAGA SYAITAN

RAMAI yang bertanya tentang kes ini. dan ramai juga yang mengalaminya. Perkara ini adalah perkara biasa apabila kita tak amal beberapa petua yang tertentu. Mungkin ada dia antara kita yang biasa amalkan ayat Qursyi 3 kali dengan pengulangan ayat terakhir sebanyak 9 kali. ayat itu dibaca untuk mencegah. Biasanya ayat itu akan hilang kesannya apabila kita tersedar dari tidur dan mengabaikannya untuk membaca sekali lagi. Masa itu lah kita akan biasanya menghadapi situasi tekanan tenaga syaitan tadi. secara saintifiknya sistem tubuh kita yang sedia lemah diganggu gugat oleh kehadiran tenaga syaitan tadi. Sebab itu dengan mudahnya syaitan mampu memusnahkan jaring perlindungan tubuh semulajadi kita. Syaitan sangat berkuasa apabila kita tiada aura Illahi ini. Untuk dapatkan aura illahi ini... kata kunci perlu dibaca seperti 'Ayat basmallah' dan ayat2 Al-Qur'an yang lain.
Sekiranya berlaku kepada aku situasi ini. tatkala aku dalam keadaan lemah dan tidak membaca apa2 sebelum tidur... Cuma Zikirullah 'Allahuakbar... Allahuakbar' yang diulangi berkali2 dalam hati. Insyallah dengan mudahnya tekanan itu akan dihapuskan oleh gelombang kalimat azan itu. Sekuat-kuat gelombang di bumi ini dan alam semesta ini ialah gelombang yang terhasil dari kalimat 'Allahuakbar'... inilah Gelombang tenaga Ilahi yang terkuat. Sebab itulah Syaitan akan hancur lebur apabila mendengar azan.
Oleh itu... sila amalkan kalimat ini dimana saja. Insyallah... hati anda akan penuh dengan gelombang ini. Bila hati anda penuh gelombang ini maka bersinarlah hati. Bila hati sudah penuh dengan cahaya sinar ini... maka sihat hati... apabila hati sihat maka sihatlah seluruh tubuh zahir dan batin.
Satu lagi amalan datuk aku dulu. ialah.... menggunakan kalimat ini bersama tumbukan dan tendangan. Kesannya cukup hebat dan menggerunkan. namun ada amalan serta rutin puasa yang perlu diamalkan ... dan kalimat Allahuakbar itu akan menguatkan tubuh zahir dan batin kita. datuk aku dulu adalah pahlawan Islam yang dikatakan oleh orang kampung berjaya memusnahkan kubu tentera musuh dalam satu malam selain bertarung tangan kosong dengan seorang pesilat Sayau terkuat dalam markas tentera musuh tersebut... benar atau tidak .. wallahu'alam....
Oleh itu amalkanlah kalimat itu seikhlasnya. Insyallah selamat dari gangguan Syaitan.

Jumaat, 15 Februari 2008

BISMILLAH 6 DAN KELEBIHANNYA

KHASIATNYA.
DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN DIJAUHKAN DARI GANGGUAN SYAITAN DAN SIHIR. DIMURAHKAN REZEKI DARI SEGENAP PENJURU. DIMULIAKAN OLEH SEGALA MAKHLUK SEKIRANYA DIAMALKAN SECARA ISTIQAMAH. DIBERKATI PENGAMALNYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. INSYALLAH... AMALKAN SETIAP HARI DI WAKTU PAGI..

Isnin, 11 Februari 2008

AMARAN KEPADA ORANG YANG BUAT RASUAH!!!

Aku rasa tertarik dengan satu kes sahabat aku. Sahabat aku ni... disaman oleh seorang polis trafik. Dia pun tak ingat sapa polis trafik tu. Lepas dia cite kat aku... aku rasa kesian sangat kat polis trafik dan kawan aku yang sememangnya bodoh!. Kawan aku tu sanggup bagi duit RM 300 kerana semata-mata untuk lepaskan dirinya dari kena saman dan masuk mahkamah. Betapa bodohnya dua jenis manusia ni...
Dalam satu Hadis Nabi SAW
"Barangsiapa yang memberi rasuah dan menerima rasuah itu dalam NERAKA.."
kesian tak member aku tu??? dua2 masuk NERAKA... korang tak kesian kerr???
kalau aku lah yang kena ...
Aku bagi 3 pilihan je kat Polis trafik tu..
pilihan A- Aku boleh bayar duit rasuah tu. tetapi sanggupkah dia masuk neraka??? aku terus terang..TAK SANGGUP!

Bahagia menemui mu-Awie

Andainya kau ragu
Tanyalah pada hatimu
Hanya hatimu
Yang bisa mengemudikan mu
Ke arah yang sebenarnya
Ingin engkau tujui
Sebelum engkau tujui
Sebelum kau dihanyutkan gelora
Tanya hatimu
Ketulusan lamaranku
Kerna hatimu
Bisa berikan petunjuk
Bahawa aku tak berdusta
Pabila melafazkan
Ku lafazkan
Cinta ku untuk mu
Usahlah kau percaya
Sepatah pun kata-kata ku
Selagi hatimu sendiri
Belum membenarkannya
Kau dan aku
Asalnya satu
Lama berpisah
Kini bertemu
Bukan sedih, bukan pilu
Aku mengangis kerna rasa syukur
Bukan sedih, bukan pilu
Aku bahagia kerna menemuimu
Awie-
Lagu ni ada nilai2 best di dalamnya... hayati dan fahami..