The Alien - Link Select

Khamis, 24 Januari 2008

Jumaat!

Hari ni... hari Jumaat... penghulu segala hari dan tidak akan berlaku kiamat melainkan hari Jumaat. Pada hari ini juga ada satu saat yang iostimewa di mana doa-doa umat Muhammad diterima sekiranya berdoa tepat pada saat itu. Insyallah... Hari ni juga aku kena pi Bank Islam kat S.9... depan Blue Wave hotel laa... Nak bayar hutang PTPTN... Tahun ni dah cukup 2 tahun aku bayar sedikit dari hutang-hutang aku ngan PTPTN... Lepas tu gi Bank Giro [pula nak kirim duit kat Mak ayah di kampung... Sambil menunggu no. giliran aku balik ke lib. P1 untuk jumpa kengkawan kat sini... dan sambil2 tu isi blog ni hah.... hi hi hi.... Ustaz Lex sampai dah... macam biasalah, esok ada perlawanan badminton di antara beregu indon ngan beregu Bangla... hahahaha!... minggu lepas tak kesempaian disebabkan member beregu Bangla tercedera di kaki... kali ni... pasti perlawanan sengit akan meletus!
Hmm.. kita lupakan pasal tu... now... pagi tadi.. sya jumpa my GF... She is very seksi today... Tanpa aku sangka aku memerhatikannya dan merenungnya... seksi, manja dan kiutnya GF aku ni... kenapa aku baru sedar hari ini??? kenapa tidak dulu??? Why? Why?... Ya Allah, kenapa lah aku ini tidak pernah sedar akan nikmat-Mu yang sgt bernilai ini??? Selama ini aku doakan dia...lima kali sehari...( lepas solat)
Aku tak sangka makin hari.. makin cute dan seksi GF aku ni... bila aku dapat kahwin ngan dia??? tak sabar2 ni..hihiihih.... Masa ni aku teringat balik time study kat Bukit Sekilau Kuantan Pahanag(1999). Di situlah semuanya brmula... Yang bestnya... tiga sekawan ni(Maya, Lin and Mafiagal-GF) fall inlove kat aku yang tak berapa hensem ni... heran gak kan??? he he he he.. anyway semua tu akhirnya menjadi sejarah yang tidak mungkin akan berulang.... dan di situlah aku mula jatuh hati pada Kajol yang kini GF aku ni... he he he...
"Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kekasih ku ini, sihatkanlah dia danberkatilah dengan kasih sayang-Mu... hindarilah dia dari kemurkaan -Mu dan Neraka -Mu... kurniakanlah baginya keampunan-Mu dan Syurga-Mu... muliakanlah dia di dunia dan di Akhirat. Ya Allah... Jadikanlah kami ini suami isteri di dunia dan di akhirat buat selamanya... kurniakanlah untuk kami zuriat yang abid dan soleh... Amin ya Rabbil A'aalamin"

Rabu, 23 Januari 2008

SABAH COLLEGE


MAKTAB SABAH (1997-1998)(http://www.sabah.edu.my/maktab_sabah/home.html )- 2 tahun kat Maktab Sabah. Ni lagi kenangan paling bermaknan dalam hidup aku... di sinilah aku kenal macam2. Kenal kawan2 aku yang semua kepala gile2. Antara mereka ialah yang aku ingat lah... Boy- Roslin-Keje polis kat Ampang), Perry(Keje swasta artkitek kat area KL), Mohd Azlan blues(ilang tanpa jejak), Mohd Nazri kurus(Hilang), Nazri White(Masih di KK), Rudywan(Masih di KK), Yen Tahir(Sembulan), Yasir(Masih dilikas, sekarang bawa Bas ekspress dah kahwin dah pun...), Jaidi(MBKK), BJ(Kastam),Pok(KL), Robby(KFC-dah kahwin ngan Atikah) dan yang lain-lain macam Madzrah tu... dah lupa dah dah lost kontek... hihiii..
Diorang semua penah buat program camping ngan aku kat Sungai Sugut, penampang... masa tu aku tingkatan 6 atas kot... Kita orang planning pi camping 3 malam 4 hari kat sugut... tempat tu memnag strategik gile... best aa... aku masa tu merokok lagi.. sekarang dah berhenti laa.. hihiiiihi... kita orang berkehmah betul2 tepi sungai... kalau air naik malam tu tentu kitaorang hanyut oleh arus deras sungai sugut. Tetapi alhamdulillah... semua selamat...

HARI KHAMIS ???


Hari ni khamis... macam biasalah rutin harian aku... bangun sahur, untuk puasa hari Khamis... bagi aku puasa sunat pada hari ni adalah wajib... so takleh la tinggal... Minggu lepas sya demam.. so tak dapat nak puasa... Kena istighfar la juga 1000 kali sebagai ganti puasa yang tertinggal tu.... Hari ni alhamdulillah... dapat juga posa... pagi tadi .. lepas je subuh.. tak sedar tertidur masa layan DVD- cerita Rogue- Jet Li... lepas satu sedar je .. dah jam 9 pagi... Then layan lagi cite Unleasehed-Danny the dog ( jet Li ) Kiranya aku memang minat gile ngan pelakon juara wushu sedunia ni... Lepas klayan cite tu Aku bergegas mandi dan nak pi keje.... Biasalah shif malam... Mujurlah aku ni jenis yang rajin buang masa kat Library... so keje kat Library macam keje kat umah aku je... boleh dikatakan LIbrary adalah Rumah no.2 selepas rumah no.1 .. ...Hari ni sampai je opis terus ngadap komputer... buka E mail dan post new untuk blog ni... oklaa... see ya petang karang!


Jam lebih kuang 2.30 pm... aku selesai susun buku... jenuh juga menyusun buku yang berterabur kat ats rak2 tu... bagai nak tercabut tulang belakang aku ni... kekadang pelajar2 ni bikin geram tau! Diorang ni biasa jelaa selerakkan buku... letak buku merata-rata, sorok buku ditempat yang tertentu dan akhirnya buat aku susah nak susun balik untuk memudahkan diorang cari buku tu balik... ada kalanya terfikir ga aku... BODOH agaknya diorang ni... belajar je tinggi2 tapi bodoh tahap kambing! Ha ha ha!
Aku teringat masa aku sekolah kat SMK SANZAC( http://www.sabah.edu.my/sanzac/ ) sembulan Kota Kinabalu dulu... fuh memang best... penah tgk lambang sekolah? tu kat atas tu.. tu lambangnya... Banyak kenagan aku kat sekolah tu... di situlah aku jumpa Rizal Johari, Norzesam, Bobby, Rahmat, Johan Tamat, Iskandar, Al-Hajah(Sepupu-hilang tanpa jejak), Salleh Imbin, Lastin Garatam, Robin Tampulan, Mohd. Asri, Sani Imal, Azranizam Dugoh, Khusaini tarawek(Polis kat Bukit aman dah sekarang),Asmawi, Azrianie Idrus, Felicia Jaikul (Metron), Cikgu Yaakub( Warden) ngan Cikgu Muhammad, Cikgu Kamal, Sir James Molijoh, Paling penting sekali aku jatuh cinta ngan cikgu B.M aku... Cikgu Maslina... hahahaha... kelakatr bila ingat balik.! Anyway SMK Sanzac adalah sekolah yang paling bermakna bagi aku... sehingga aku menggelarkan diri aku ZACK sempena nama SANZAC....(1992-1995)



Selasa, 22 Januari 2008

PENJENAYAH PALING DIKEHENDAKI !!!



SAPA-SAPA KENAL ORANG INI... DISARANKAN AGAR MENGHUBUNGI POLIS DENGAN SEGERA !!! INI ADALAH MANUSIA PALING MERBAHAYA DI ZAMAN INI. ANAK ANDA MUNGKIN MENJADI MANGSA. BERTINDAKLAH SEKARANG !



wow.... hari ni agak penat sikit... banyak keje wooo... pi P1 dan balik ek p3... ada surat nak hantar... amik CD kat BSTM... penat wa cakap lu... hihihi.. hari ini GF aku cakap dia dah baca blog aku... hihihi Happy arrr.. best gak..! sekurang-kurangnya dia hargai apa yang aku buat ini... dia ajak makan kerang bakar!... faverit sejak dulu... hihiiihi... dulu kalau kuar sama2. memang akan makan kerang bakar dan Tom Yam seafood... dua makanan tu memang aku gile untuk makan!!!! he he he ... kalau ada sesapa ajak pi makan makanan tu.. aku tak tolak punya... yang penting dua mende tu...hihiih aku gile kerang ngan Tom Yam Seafood!... hihiihi... sapa2 nak kawan aku kenalah tau aku gile makan ni... tapi yang herannya walaupun aku kuat makan... tapi badan aku ni ,.... tak besar2 juga..pelik ye? Hmmmm.... sapa tak penah nampak Tom yam seafood dan kerang ... tu kat atas tu...
berita baru... sapa tgk berita TV3 malam ni... kehilangan Adik Sharlinie tu ada kaitan dengan ahli sihir... entahlah.. Hanya Allah je yang tahu... Semoga Adik Sharlinie kembali dengan selamat ke samping keluarganya.... marilah kita sama2 berdoa... satu lagi yang menyayat hati ialah tindakan Israel memutuskan bekalan elektrik ke atas Bandar Gaza.... bayangkan kalau kita kat Malaysia ni diputuskan bekalan elektrik... apa jadi??? Hmmm.. bodoh punya Israel... Suatu hari nanti keturunan aku akan memporak-porandakan Israel... suatu hari nanti!!!
Petang tadi sempatlah pekena Tom yam Udang kat Seksyen 7... fuh! sehingga menjilat jari wa cakap lu... sedapppp tuuu... taklah sehebat gambar kat atas tu... tetapi bolehlah!!!
Malam ni aku macam biasalah ... jaga kaunter... Malam ni cuaca cerah pula... rasa panas dalam lib ni walaupun aircond tak henti2 membekukan udara.... hi hi hi..



Ahad, 20 Januari 2008

Hari ni... Isnin , so aku kena keje malam lak... minggu lepas dah keje siang dan minggu shif malam pula... Biasalah sebagai pekerja kat lib. memang payah sikit... boleh ikut opis hour je timecuti semester. Kalau time ada kuliah gini.. memang kenalah aku keje ikut shif... Hari ni best sikit... sebab aku dapat sijil 5s dan ROI. Cayalah Bro! malam tadi layan cite Heroes... memang cite yang best dan mendebarkan. Lepas tu cite Supernatural season 2. kali ini laagi best citenya! Lepas tu Misteri Nusantara... aku rasa pelikla juga ngan kes api misteri tu... camner leh terbakar? Hah? Kalau Sherlock Holmes siasat kes ini.. agaknya apa kesimpulannya??? yakin dan percayakah dia dengan alam ghaib, jin, Hantu Syaitan ni??? Entahlah.. Wallahu'alam..
Hari ahad tu lepas je member aku dari JB tu balik dalam jam 12.30 tgh hari tu ( sempatlah makan sama2) aku terus bergegas ke opis dan surf internet jap.. lepas tu aku ke JJ. Cloverfield tengah menunggu untuk ditonton. Malangnya aku tertidur masa pertengahan cerita. Walaupun pening kepala tgk skrin tetapi digagahi juga untuk menonton sampai habis... saspen gak citenya...
tetapi cara penyampaiannya tu... lain dari yang lain... diorang guna kamera handycamp. Tentulah bergegar2. Buat mata aku jadi juling. Sambil tgk sambil trbatuk-batuk( sisa demam 3 hari lepas).. lepas je cite habis... Aku termangu2 sendiri. tertanya-tanya... Apakah kesudahannya??? Raksasa dalam cite tu mati ker??? Aku harap diorang buat filem penyampaian lain pula(Yang biasa tu dahlah..).. he he he...
Hari ni... entah kenapa malas betul nak sambung karya... buntu pun ada... Agaknya apa yang akan Adamus buat bila dia sedar dia tidak akan ada jalan pulang ke dunia realiti dan akhirnya terpaksa kekal dalam alam fantasi???
5-7pm.. aku duk kaunter rujukan.... fuh ni yang mencabar gila babing ni... dah aku ni jenis yang tak gheti sangat berbahasa omputih ni... kalau student melayu ..oklaa boleh goreng je... tapi kalau kena student afrika, Eropah ke... tak ke aku naya???? Eeeee... pening kepala aku! Hari ni, lepas aku minum teh O bawang putih tu... rasa segar sikit badan yang lemah dan sakit2 ni... maklumlah semalam.. aku main badminton sampai tergolek-golek atas gelanggang.. siap dengan gelaknya lagi... apa tak penat dan sakit badan... Pagi atdi kalau aku tak layan susu bawang putih, tentu badan rasa sengal je... La ni dah ok dah... Biasanya hari isnin aku tak minum minuman manis ni... aku minum air suam je... untuk kesihatan buah pinggang aku yang bz gile setiap hari menyaring air yang masuk ke dalam badan aku ini... sian pula buah pinggang aku ni kalau aku sakit ye tak ??? Aku nak hidup lama wooo.... tak nak sakit2 dulu.. kalau boleh aku nak hidup 270 tahun lagi... kalau boleh lah kan ??!... hmmm... mana lah tau.. dalam 270 tahun tu aku jumpa sesuatu yang sangat aku impikan...
hihiihi... Apakah impian aku??? itu kena lah ikuti perjalanan hidup aku ini... Semalam aku beli DVD CR- Underworld 1 & 2... Lakonan Kate Beckinsvale tu... yang dia berlakon jadi 'Vampire' tu... fuhh... memang best aa.... aku suka tgk dia terjun dari bangunan tinggi tu.. dgn selamba je dia berjalan macam tak jatuh dari memana tempat... Lepas tgk cite tu aku layan pula cite Bloodrayne lakonan Kristina Loken ... alah.... Minah terminator 3 tu... tapi dia jadi Vampire half human half V laa... memang seronok gak cite tu... Apapun... kegemaran aku menonton DVD ni semakin tinggi dan berkobar-kobar... macam orang ngantuk disorong bantal....
inilah masanya aku tebus balik semua keseronokan zaman remaja yang tertinggal masa sekolah dulu....
ha ha ha ... aku cow dulu... kang kita jumpa di lain coretan.. lagipun hujan kat luar tu semakin deras dan lebat....
Brrrrr.... sejukkkk!

Jumaat, 18 Januari 2008

TODAY- Hari Sabtu laa... keje ! keje! keje! Bagai nak rak rasanya... namun, sebagai pekerja berdedikasi... Aku kenalah datang juga walaupun hati berkobar2 untuk layan komik di TV3... hari ni member aku dari JB datang umah... Malam tadi dia sampai. Dan pagi ni sarapan kat tempat keje aku, sama2. Kita orang palnning nak main badminton esok pagi...malam ni main Bowling kat Mid-Valley... Hari ni Linda yang baru aku kenal...chatting ngan aku... kiranya dia memang pompuan jenis baik... Dan Ann tu... dia memang kiut tapi dah kahwin... hehehhe melepas aku... hari ni... demam dah kebah... cuma batuk tu yang tak leh tahan... asyik nak berdesyum je!.. hihiihi... So today.. aku kena jaga kaunter jam 1 sampai jam 5... fuhhh... bagai nak tecabut buntut rasanya... Farah pula , kawan aku yang sekali je aku jumpa masa kat Dungun dulu nak interview kat MATRADE... aku suh dia pi je... cari pengalaman ..tak salah kan ??? Aku menjadi tak sabar2 nak jumpa budak tu.. dah gemuk agaknya dia ...hihiihi....
karang aku sambung petang ni... cow dulu!!!...
petang - aku jaga kaunter lak... Tv3 siarkan Salman Khan... sambil chatting sambil layan tv... petang ni tak ramai student... lega la sikit kepala otak aku ni... Tadi aku baru je chatt ngan seseorang yang sgt aku harap2 kan kebaikannya. Alhamdulillah... semua itu kurnia Allah... Semuanya berjalan ngan baik... sekarang ni tuanpunya badan.... Ya Tuhan Ku... mudahkanlah aku... Semoga Dia memberkati aku ini... dan menjadikan aku ini dikalangan yang beruntung di dunia dan di akhirat... amin... 'Maya' nama seorang yang sudah mengetuk pintu hati aku ini sejak setahun yang lalu. barulah tahun ni aku dapat bercakap ngan dia agak lama juga.... kesabaran aku mungkin akan hilang kalau berlanjutan setahun lagi...agaknya laa... walaupun hanya sekadar YM, tetapi itu sudah memuaskan hatiku.. segala puji bagi-Nya...
walaubagaimanapun... jodoh dan pertemuan di tangan Allah SWT... aku serahkan segalanya kepada -Nya... semoga dengan Maha Rahim-Nya dan Maha Rahman-Nya... aku diberkati... amin.