The Alien - Link Select

Ahad, 20 Januari 2008

Hari ni... Isnin , so aku kena keje malam lak... minggu lepas dah keje siang dan minggu shif malam pula... Biasalah sebagai pekerja kat lib. memang payah sikit... boleh ikut opis hour je timecuti semester. Kalau time ada kuliah gini.. memang kenalah aku keje ikut shif... Hari ni best sikit... sebab aku dapat sijil 5s dan ROI. Cayalah Bro! malam tadi layan cite Heroes... memang cite yang best dan mendebarkan. Lepas tu cite Supernatural season 2. kali ini laagi best citenya! Lepas tu Misteri Nusantara... aku rasa pelikla juga ngan kes api misteri tu... camner leh terbakar? Hah? Kalau Sherlock Holmes siasat kes ini.. agaknya apa kesimpulannya??? yakin dan percayakah dia dengan alam ghaib, jin, Hantu Syaitan ni??? Entahlah.. Wallahu'alam..
Hari ahad tu lepas je member aku dari JB tu balik dalam jam 12.30 tgh hari tu ( sempatlah makan sama2) aku terus bergegas ke opis dan surf internet jap.. lepas tu aku ke JJ. Cloverfield tengah menunggu untuk ditonton. Malangnya aku tertidur masa pertengahan cerita. Walaupun pening kepala tgk skrin tetapi digagahi juga untuk menonton sampai habis... saspen gak citenya...
tetapi cara penyampaiannya tu... lain dari yang lain... diorang guna kamera handycamp. Tentulah bergegar2. Buat mata aku jadi juling. Sambil tgk sambil trbatuk-batuk( sisa demam 3 hari lepas).. lepas je cite habis... Aku termangu2 sendiri. tertanya-tanya... Apakah kesudahannya??? Raksasa dalam cite tu mati ker??? Aku harap diorang buat filem penyampaian lain pula(Yang biasa tu dahlah..).. he he he...
Hari ni... entah kenapa malas betul nak sambung karya... buntu pun ada... Agaknya apa yang akan Adamus buat bila dia sedar dia tidak akan ada jalan pulang ke dunia realiti dan akhirnya terpaksa kekal dalam alam fantasi???
5-7pm.. aku duk kaunter rujukan.... fuh ni yang mencabar gila babing ni... dah aku ni jenis yang tak gheti sangat berbahasa omputih ni... kalau student melayu ..oklaa boleh goreng je... tapi kalau kena student afrika, Eropah ke... tak ke aku naya???? Eeeee... pening kepala aku! Hari ni, lepas aku minum teh O bawang putih tu... rasa segar sikit badan yang lemah dan sakit2 ni... maklumlah semalam.. aku main badminton sampai tergolek-golek atas gelanggang.. siap dengan gelaknya lagi... apa tak penat dan sakit badan... Pagi atdi kalau aku tak layan susu bawang putih, tentu badan rasa sengal je... La ni dah ok dah... Biasanya hari isnin aku tak minum minuman manis ni... aku minum air suam je... untuk kesihatan buah pinggang aku yang bz gile setiap hari menyaring air yang masuk ke dalam badan aku ini... sian pula buah pinggang aku ni kalau aku sakit ye tak ??? Aku nak hidup lama wooo.... tak nak sakit2 dulu.. kalau boleh aku nak hidup 270 tahun lagi... kalau boleh lah kan ??!... hmmm... mana lah tau.. dalam 270 tahun tu aku jumpa sesuatu yang sangat aku impikan...
hihiihi... Apakah impian aku??? itu kena lah ikuti perjalanan hidup aku ini... Semalam aku beli DVD CR- Underworld 1 & 2... Lakonan Kate Beckinsvale tu... yang dia berlakon jadi 'Vampire' tu... fuhh... memang best aa.... aku suka tgk dia terjun dari bangunan tinggi tu.. dgn selamba je dia berjalan macam tak jatuh dari memana tempat... Lepas tgk cite tu aku layan pula cite Bloodrayne lakonan Kristina Loken ... alah.... Minah terminator 3 tu... tapi dia jadi Vampire half human half V laa... memang seronok gak cite tu... Apapun... kegemaran aku menonton DVD ni semakin tinggi dan berkobar-kobar... macam orang ngantuk disorong bantal....
inilah masanya aku tebus balik semua keseronokan zaman remaja yang tertinggal masa sekolah dulu....
ha ha ha ... aku cow dulu... kang kita jumpa di lain coretan.. lagipun hujan kat luar tu semakin deras dan lebat....
Brrrrr.... sejukkkk!

Jumaat, 18 Januari 2008

TODAY- Hari Sabtu laa... keje ! keje! keje! Bagai nak rak rasanya... namun, sebagai pekerja berdedikasi... Aku kenalah datang juga walaupun hati berkobar2 untuk layan komik di TV3... hari ni member aku dari JB datang umah... Malam tadi dia sampai. Dan pagi ni sarapan kat tempat keje aku, sama2. Kita orang palnning nak main badminton esok pagi...malam ni main Bowling kat Mid-Valley... Hari ni Linda yang baru aku kenal...chatting ngan aku... kiranya dia memang pompuan jenis baik... Dan Ann tu... dia memang kiut tapi dah kahwin... hehehhe melepas aku... hari ni... demam dah kebah... cuma batuk tu yang tak leh tahan... asyik nak berdesyum je!.. hihiihi... So today.. aku kena jaga kaunter jam 1 sampai jam 5... fuhhh... bagai nak tecabut buntut rasanya... Farah pula , kawan aku yang sekali je aku jumpa masa kat Dungun dulu nak interview kat MATRADE... aku suh dia pi je... cari pengalaman ..tak salah kan ??? Aku menjadi tak sabar2 nak jumpa budak tu.. dah gemuk agaknya dia ...hihiihi....
karang aku sambung petang ni... cow dulu!!!...
petang - aku jaga kaunter lak... Tv3 siarkan Salman Khan... sambil chatting sambil layan tv... petang ni tak ramai student... lega la sikit kepala otak aku ni... Tadi aku baru je chatt ngan seseorang yang sgt aku harap2 kan kebaikannya. Alhamdulillah... semua itu kurnia Allah... Semuanya berjalan ngan baik... sekarang ni tuanpunya badan.... Ya Tuhan Ku... mudahkanlah aku... Semoga Dia memberkati aku ini... dan menjadikan aku ini dikalangan yang beruntung di dunia dan di akhirat... amin... 'Maya' nama seorang yang sudah mengetuk pintu hati aku ini sejak setahun yang lalu. barulah tahun ni aku dapat bercakap ngan dia agak lama juga.... kesabaran aku mungkin akan hilang kalau berlanjutan setahun lagi...agaknya laa... walaupun hanya sekadar YM, tetapi itu sudah memuaskan hatiku.. segala puji bagi-Nya...
walaubagaimanapun... jodoh dan pertemuan di tangan Allah SWT... aku serahkan segalanya kepada -Nya... semoga dengan Maha Rahim-Nya dan Maha Rahman-Nya... aku diberkati... amin.

Khamis, 17 Januari 2008

Demam lagilaa...

Hmmm... hari ni hari ke3 aku demam selsema... panas dah kebah, cuma hidung ni asyik berair jee... member dah risau. Dia risaukan aku kena demam denggi. Naudzubillah... aku harap esok sembuhlah demam ni... semalam aku gi klinik Uitm. Mujurlah ada klinik free camni.. kalau tak malas aku nak gi klinik kat luar. Walaupun bayar singgit... tapi aku lebih selesa dengan yang percuma punya (he he he)... Bukan setakat ubat je percuma... aku harap ade lah peruntukan kerajaan pula makan percuma setriap hari untuk penjawat-penjawat awam... hihihiiihi...
hari ni biasalah... macam biasa aku kat kaunter. Jaga kaunter, tgk student ( cuci mata atau kotorkan mata) tak tahulah aku.... yang aku tau just duduk kat kaunter ni je... Mujurlah ada tv- layan Avatar pagi2 jumaat ni.... Game Avatar PS2 tu aku dah finishkan.... semua dah tamat kecuali Jet Li-Rise to Honor dan Star wars yang tak gheti-gheti habis... aku stuck di tahap yang sukar untuk melepasinya.
hari ada berita best yang buat aku berkobar-kobar utk menulis.... MHI-TV3 siarkan seorang penulis yang berjaya menghasilkan buku novel alaf 21 dalam 5 tahun ni... setahun satu novel...
agak payah juga tu nak buat... aku yang tgh berhempas pulas nak siapkan novel aku ni... pun rasa bagai nak tercabut tulang belakang. Buntu!... aku tambah sikit pasal Adamus hari ni...
Novel tu ? Entah bila nak siap. Aku harap bulan 2 nanti siaplaa..
aku perlu cari idea dan inspirasi yang cukup untuk hasilkan karya fantasi aku ni...
korang doakanlah agar aku punya novel ni siap bulan dua ni....
keje! keje! keje!
Syabas untuk aku yang tidak berputus asa dari menulis.!!!

Rabu, 16 Januari 2008

tak solat!!!!

"TIDAK KU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA-KU"

bila ingat balik firman Allah tu... rasa bersalah sangat hari ni... aku terlepas SOLAT SUBUH!!!! WARRRGGHHH!!!! Dah la hari ni mesti puasa.... tak sahur dan tak posa pun... Terlajak tidur pagi tadi..
dah bangun dah...tapi lelap jap...terus bangun balik dah jam 7.15 minit... waduhhh!!! Astaghfirullah... Lepas tgk cite Click malam tadi, aku betul-betul penat dan tertidur masa tgk cite tu... Sebelum aku tgk cite TV3-bersama mu.... kali ini lagi sedih paparannya... sian... namun saya respek TV3 sebab siarkan mende-mende ni... SYABAS TV3!!!! sekurang-kurangnya akan buka minda aku dan tahu ada ramai yang hidup lebih melarat berbanding aku yang dulu.... Alhamdulillah... sekarang ni walaupun keje tak bepa ada pangkat(Pangkat terendah dlm organisasi) aku bahagia dengan keje ni dan hidup aku lebih banyak ditumpukan kepada rohani... Subhanallah.. banyak hikmah disebalik ketentuan-Nya... Kawan chatting pun ramai...leh la bertukar2 pendapat...
aku cow dululaa... blog akupun sekarang rasanya dah complete... nanti sambung lagi..
salam...

TUDUNG?

Bukan sahaja dlm Al-Qur'an yang memerintahkan kita (Wanita) untuk menutup kepala dan bertudung malah di dalam Bible sendiri memerintahkan penganutnya agar menutup kepala (Ayat yang membawa maksud ke arahnya) dibawah ini:
1 Corinthians 11:5, menjelaskan bahawa, “Setiap wanita yang bersembahyang atau beramalan dengan kepalanya tidak ditutup tidak memuliakan kepalanya, dan itulah dan adalah sama seperti jikalau rambutnya dicukur.”-BIBLE.
Dalam Islam, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada :
surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."
Aku tengok kat Malaysia ni.. ramai yang pakai tudung tak betul... Tudung adat! bukan tudung agama Islam..
BERIKUT IALAH PERBUALAN SAYA DENGAN SEORANG KAWAN SPESEL...
green eye: 1 Corinthians 11:5, menjelaskan bahawa, “Setiap wanita yang bersembahyang atau beramalan dengan kepalanya tidak ditutup tidak memuliakan kepalanya, dan itulah dan adalah sama seperti jikalau rambutnya dicukur.”
green eye: awak faham ayat di atas?
wahida ieda: paham..
green eye: awak tudung camner ?
green eye: tudung tutupke ?
green eye: atau tudung jenis bungkus?
wahida ieda: tudung bungkus tu mcmana?
green eye: tudung bungkus..
green eye: tu macam kita bungkus buah yang pakai plastik..
green eye: bungkus yang masih nampak bentuknya.. dan rupa sebelah dalamnya..
green eye: tutup pula ialah yang jenis menutup sama ada bentuk dan rupa asalnya
wahida ieda: sy pakai tudung biasa je
wahida ieda: tutup kot
wahida ieda: sbb xde la smpai bole nampak bentuk.
wahida ieda: hihi
green eye: rupa dalam tu nampak tak dari luar ?
green eye: tudung labuh tak?
green eye: tudung labuh adalah tudung yang menepati firman Allah tu..
green eye: terdapat pada :surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."
green eye: maknanya.. hujung tudung tu mestilah selari dan sama ukuran dengan labuhnya... depan belakangnya.
green eye: bukan macam sekarang ni...
green eye: bahagian lengan atas tidak terlindung dan menampakkan bentuk buah di sebelah sisi..
green eye: masih nampak bentuk badan tu kan ?
green eye: tujuannya tudung sampai ke dada tu..
green eye: agar..
green eye: dapat melindungi bahagaian depan dada dan belakangnya sekali..
green eye: kita kena pk lojik laa.
green eye: dan pertimbangan suasana semasa..
wahida ieda: btul tu.
Rasa-rasa anda???
Aku kadang-kadang hairan ngan manusia ni... Manusia suka buat undang-undang sendiri untuk kepentingan sendiri tanpa peduli kepentingan orang lain. Sedangkan undang-undang Tuhan mereka ketepikan. Tetapi mengaku pula sebagai hamba tuhan. Pelik dan Bodoh!
Contohnya bila hukum HUDUD mahu dilaksanakan oleh PAS. Pihak ini akan memberontak pula, tidak mahu dengan pelaksanaan hukum itu... Tetapi yang peliknya mereka tuidak pula mahu memperbetulkan hukum2 itu berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis yang kononnya sebagai bahan rujukan utama dan tidak pula menguatkuasakannya seperti PAS. Pelik dan bodoh pihak-pihak macamni... Yang paling bodoh sekali ialah apabilamahukan pula keamanan dan tidak mahu jenayah berleluasa. BODOH!.... Ada undang2 Tuhan tak nak pakai! Buat undang-undang sendiri ? DEMI ALLAH ! TIDAK ADA UNDANG-UNDANG MANUSIA YANG MAMPU BAWA KEAMANAN SEPERTI MANA UNDANG-UNDANG TUHAN. Tuhan lebih tahu keperluan makhluk ciptaan-Nya. Dah tu.. tiba-tiba pula makhluk ciptaan-Nya menjadi lebih bodoh dari seekor keldai!.... KELAKAR!

Selasa, 15 Januari 2008

Fogging ke bunuh orang ni ???

Alhamdulillah... lega sikit hari ni... Demam dah kebah sikit... malam tadi dah minum ubat ( Panadol). tapi yang tak sedapnya... pagi tadi dalam jam 6.30, pagi-pagi buta tu, tiba-tiba je ada 'Fogging'-sembur asap bunuh nyamuk... bengang betul! Bodoh agaknya diorang ni... kita nak kalau pagi2 macam tu... udara segar untuk disedut... ini tak! apa lah bodoh nya orang buat semburan asap ni... buat lah waktu petang... waktu dimana nyamuk paling lemah... ini tak... buat pula waktu pagi2 buta tu... tak kah ia membuatkan aku dan penduduk kampung ini akan sakit paru-paru???? kanser paru2? Huh minta dijauhkan lah... Aku harap je yang sembur tu yang mampus kena kanser paru2 dulu... aku tengok dalam umah aku lepas tu... banyak lalat yang terkorban... nyamuk? aku tak nampak pula.... apa kah jadah diorang nak bunuh lalat( Makhluk Allah ) tu???? bodoh and bangang lah diorang ni.... Aku harap sangat kepada pihak2 yang suka 'Bunuh' orang waktu pagi-pagi buta ni... TOLONG BERHENTI! Kalu nak buat juga ... buat dalam halaman rumah sendiri dulu... biar anak isteri anda yang kena bahananya... baru padan muka korang... lepas tu barulah nak ' bunuh orang lain pula!!!!!!
Aku geram betul ngan orang jenis macam diorang tu!!! kesian aku ngan keluarga sebelah umah aku tu... terpaksa lah pagi-pagi buta selamatkan anak kecilnya dari terhidu asap tu... geram betul!! DIORANG NI TAKDE AKAL KER ? Sapa lah punya idea bodoh ni ??? Menyusahkan rakyat betul!!!!